JURNAL MINGGU 9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jurnal praktikum

Citation preview

JURNAL MINGGU 9

TARIKH: 30.3.2014-3.4.2014MASALAH : Kenakalan Murid Sewaktu Proses PdP Dalam Bilik Darjah

1. MASALAH /PERISTIWA

Di Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Tengku Mahmud II, Besut, saya diberi tugas untuk mengajar dua kelas yang terdiri daripada murid tahun 3 dan tahun 5 yang berbeza pencapaian dan kemampuan akademik mereka. Contohnya bagi tahun 5, Kelas 5 Cemerlang merupakan murid yang dikategorikan murid sederhana tetapi murid Kelas 3 Wawasan merupakan kelas yang dikategorikan murid lemah. Sepanjang 9 minggu saya mengajar kelas-kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal terutamanya di kelas 5 Cemerlang. Mereka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka turut berjalan-jalan di dalam kelas ketika proses PdP sedang berjalan di dalam bilik darjah kadang-kadang dan juga mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan.

2. ANALISIS

Sepanjang minggu ini, saya dapati murid-murid yang agak lemah dalam akademiknya bersikap lebih aktif dan tidak suka terus-terusan berdiam diri bahkan mangganggu rakan lain. Tingkah laku mereka ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu. Saya perhatikan sebenarnya murid-murid ini tiada masalah dalam pembelajaran tetapi hanyalah sikap dan perangai mereka sahaja yang menimbulkan masalah. Kebanyakan murid-murid kelas ini tinggal di kawasan taman perumahan berhampiran yang mempunyai kepadatan rumah. Murid-murid ini mungkin tidak mempunyai ruang atau kawasan untuk bermain ataupun berekreasi ketika di rumah menyebabkan mereka berasa agak terkongkong dan hanya di sekolah sahaja mereka dapat bermain dan melakukan aktiviti.

Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk, 2004). Selain itu, berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya setelah bercuti selama seminggu.Selain daripada itu, mungkin juga mereka bosan dengan pengajaran saya pada hari tersebut.3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Bagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat bising dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka. Selain itu, saya juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang unik dan kreatif bagi menarik minat murid bermasaalah untuk belajar supaya murid ini tidak menganggu proses pembelajaran dan mereka juga turut serta dalam proses pembelajaran bersama guru.

Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang kerana dapat berkongsi dan melepaskan masalah dalam diri mereka. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.

Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi yang baik di sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-kanak khususnya yang menghadapi pengalaman dan pengaruh negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu strategi untuk mencegah masalah disiplin dan tingkah laku dan bukan satu respon kepada tingkah laku murid.

Selain itu, saya perlu membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu melakukan tingkah laku negatif semasa PdP dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan negatif.

4. TEMPOH MASA (30.3.2014-3.4.2014)

Saya akan cuba mengatasi masalah ini di dalam tempoh seminggu selama berpraktikum di sini. Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin berdasarkan beberapa cadangan yang telah dibincangkan.

5. PENILAIAN KEJAYAAN

Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan tingkah laku dalm bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Seorang murid yang melakukan tingkah laku negatif akan mempengaruhi tingkah laku rakan sebaya di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menguruskan bilik darjah untuk mengurang dan mengelakkan tingkah laku negatif. 6. TINDAKAN SUSULAN

Ketika berlakunya Pengajaran dan Pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan kelakuan murid-murid terbabit setelah teguran dan nasihat diberikan. Bermula daripada situ, guru dapat mengenalpasti sama ada teguran dan nasihat yang diberikan kepada murid terbabit diikuti dan dipatuhi atau tidak. Selain itu, kebiasaannya, apabila telah diberi nasihat dan teguran, akan ada sedikit perubahan terhadap tingkah laku murid. Oleh itu, guru perlu memberi peneguhan positif seperti pujian dan galakan kepada murid-murid tersebut. Murid tersebut dijadikan contoh kepada murid-murid lain yang masih melakukan tingkah laku negatif.

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.....................................

Nama : TN.HAJI MUHAMMAD KAMIL BIN JAAFAR

Tarikh :.......................................