Upload
vonhu
View
371
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
http://ekendiri.ijknm.moh.gov.my/admin
JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA Aras 3,4 dan 5, Wisma Persekutuan Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka. T: 06-2356999 F: 06-2345969
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 2/30
Pengenalan.............................................................................................................................................. 3
Paparan Muka Hadapan ..................................................................................................................... 3
Cara Penggunaan Sistem e-Kendiri ......................................................................................................... 4
Modul Laporan ........................................................................................................................................ 5
Laporan Bulanan Pemeriksaan Kendiri Kantin / Dapur Asrama (Borang Kendiri 3A) ......................... 5
Laporan Bulanan Penilaian Premis Makanan Berasaskan Risiko........................................................ 7
(KKM-PPKM-2/09) .............................................................................................................................. 7
Laporan Perbandingan KKM-PPKM-2/09 dan Kendiri 2 ..................................................................... 9
Jadual Pemeriksaan Ulangan ............................................................................................................ 10
Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - Kendiri 2 .............................. 11
Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - KKM-PPKM-2/09 ................. 12
Modul Ringkasan ................................................................................................................................... 14
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin Mengikut Daerah – Sekolah Rendah (Borang
Kendiri 3B) ........................................................................................................................................ 14
Modul Borang ....................................................................................................................................... 22
Borang Penilaian Bulanan Kebersihan Kantin dan Dapur Asrama Sekolah/Institusi (Kendiri 2) ...... 22
Borang Penilaian Premis Makanan Risiko (KMM-PPKM-2/09) ......................................................... 22
Modul Pengurusan ................................................................................................................................ 23
Pendaftaran Pengguna ..................................................................................................................... 23
Pendaftaran Pentadbir Sistem .......................................................................................................... 25
Sebarang Pertanyaan ............................................................................................................................ 30
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 3/30
Sistem pengurusan ekendiri disediakan untuk memudahkan pihak JKNM membuat pemantauan dan
mengetahui keadaan kantin sekolah dan dapur asrama. Sistem e-Kendiri ini boleh di akses
menggunakan url seperti dibawah.
http://ekendiri.ijknm.moh.gov.my/admin
Manual ini disediakan dengan tujuan sebagai rujukan kepada pentadbir sistem.
Paparan Muka Hadapan
Muka hadapan sistem pengurusan ekendiri adalah seperti berikut:
Komponen-komponen yang ada di muka hadapan sistem ini ialah:
Ruangan “Banner”
Ruangan “LogMasuk”
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 4/30
Untuk menggunakan sistem e-Kendiri ini, admin perlu memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata
Laluan untuk masuk ke sistem ini.
Sila layari http://ekendiri.ijknm.moh.gov.my/admin dan sebuah paparan login akan dipaparkan
pada skrin anda seperti rajah di bawah.
Pada paparan tersebut, terdapat dua (2) kotak yang perlu diisi dengan Kad Pengenalan dan kata
laluan. Pilih butang ‘Log Masuk’ untuk melihat paparan utama.
Setelah anda berjaya masuk ke dalam Sistem e-kendiri ini, anda akan dapat melihat paparan utama
seperti dibawah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 5/30
Pada paparan ini menunjukkan nama dan jawatan pengguna yang telah berjaya masuk ke dalam
sistem ini dan menu-menu utama pada paparan utama ini. Terdapat 4 modul iaitu :
1. Modul Laporan
2. Modul Ringkasan
3. Modul Borang
4. Modul Pengurusan
Pada modul laporan ini, terdapat enam (6) pautan iaitu:
1. Laporan Bulanan Pemeriksaan Kendiri Kantin / Dapur Asrama (Borang Kendiri 3A)
2. Laporan Bulanan Penilaian Premis Makanan Berasaskan Risiko (KKM-PPKM-2/09)
3. Laporan Perbandingan KKM-PPKM-2/09 dan Kendiri 2
4. Jadual Pemeriksaan Ulangan
5. Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - Kendiri 2
6. Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - KKM-PPKM-2/09
Laporan Bulanan Pemeriksaan Kendiri Kantin / Dapur Asrama (Borang Kendiri 3A)
Apabila pautan ini dipilih, halaman seperti dibawah akan dipaparkan.
Dalam halaman ini, anda boleh :
1. Mencari maklumat laporan bulanan pemeriksaan kantin atau dapur asrama dengan
memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Admin boleh melihat borang yang telah dibuat oleh pihak sekolah. Contoh borang
seperti dibawah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 6/30
Pada halaman ini, anda boleh mencetak borang penilaian bulanan ini.
3. Pada pautan pilih ini, merupakan status pengendali makanan. Jika anda belum
mendaftarkan diri sebagai pengendali makanan, sistem tidak akan dapat mencari
maklumat. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
Jika ini berlaku anda perlu mendaftar sebagai pengendali makanan terlebih dahulu bagi
proses seterusnya. Pendaftaran sebagai pengendali makanan ini akan diterangkan lebih
lanjut pada modul pengurusan.
4. Untuk melihat data yang telah diisi dalam borang penilaian ini, sila pilih pautan lihat
untuk melihat senarai pengendalian makanan.
5. Admin boleh mengemaskini senarai pengendalian makanan.
6. Pada halaman ini juga, admin boleh mencetak senarai sedia ada, sila pilih butang
. Satu pop up akan terpapar. Admin boleh mencetak senarai untuk rujukan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 7/30
Laporan Bulanan Penilaian Premis Makanan Berasaskan Risiko
(KKM-PPKM-2/09)
Apabila pautan ini dipilih, halaman seperti dibawah akan dipaparkan.
Pada halaman ini, anda boleh :
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 8/30
1. Mencari maklumat laporan bulanan penilaian kebersihan kantin atau dapur asrama
dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Admin boleh melihat borang yang telah dibuat oleh pihak sekolah. Contoh borang
seperti dibawah.
Pada halaman ini, anda boleh mencetak borang penilaian kebersihan kantin/dapur
asrama.
3. Pada pautan pilih ini, merupakan status pengendali makanan. Jika anda belum
mendaftarkan diri sebagai pengendali makanan, sistem tidak akan dapat mencari
maklumat. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
Jika ini berlaku anda perlu mendaftar sebagai pengendali makanan terlebih dahulu bagi
proses seterusnya. Pendaftaran sebagai pengendali makanan ini akan diterangkan lebih
lanjut pada modul pengurusan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 9/30
4. Pada halaman ini juga, admin boleh mencetak senarai sedia ada, sila pilih butang
. Satu ‘pop up’ akan terpapar. Admin boleh mencetak senarai untuk
rujukan.
5. Pada halaman ini juga admin boleh memuat turun laporan yang diperlukan.
Laporan Perbandingan KKM-PPKM-2/09 dan Kendiri 2
Perbandingan dibawah menunjukkan laporan bulanan yang diisi daripada pihak sekolah dan pihak
pegawai JKNM.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 10/30
1. Mencari maklumat laporan perbandingan KKM-PPKM-2/09 dan Kendiri 2 dengan
memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Menunjukkan markah KKM-PPKM-2/09 mengikut sekolah. Pada pautan ini, pihak admin
dapat melihat borang penilaian yang telah dimasukkan. Contoh borang seperti dibawah.
Pada halaman ini, anda boleh mencetak borang penilaian bulanan ini.
3. Pada halaman ini juga, admin boleh mencetak senarai sedia ada, sila pilih butang
. Satu pop up akan terpapar. Admin boleh mencetak senarai untuk rujukan.
4. Pada halaman ini juga admin boleh memuat turun laporan yang diperlukan.
Jadual Pemeriksaan Ulangan
Pada pautan ini, admin akan dapat mengetahui dan menyemak jadual pemeriksaan ulangan
mengikut sekolah. Jadual pemeriksaan ini mengikut markah penilaian KKM-PPKM-2/09. Markah
seperti dalam jadual dibawah samaada pemeriksaan ulangan setiap 6 bulan, 4 bulan, 3 bulan atau
tempoh 14 hari.
Markah
penilaian
Gred Tindakan
90% A Pemeriksaan ulangan setiap 6 bulan
80% - 90% B Pemeriksaan ulangan setiap 4 bulan
70% - 79% C Pemeriksaan ulangan setiap 3 bulan
<70% D Penutupan premis di bawah Akta Makanan 1983 &
pemeriksaan ulangan dalam tempoh 14 hari.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 11/30
Pautan ini menunjukkan halaman seperti berikut.
1. Mencari tarikh pemeriksaan ulangan mengikut sekolah dengan memilih ‘dropdown’
pada bahagian carian maklumat.
2. Menunjukkan nama sekolah. Pada pautan nama sekolah ini, admin akan dapat melihat
borang yang telah diisi.
Pada halaman ini, anda boleh mencetak borang penilaian premis makanan berasaskan
risiko.
3. Menunjukkan tarikh pemeriksaan seterusnya bagi sekolah tersebut. Pada jadual ini
menunjukkan pemeriksaan seterusnya adalah 6 bulan. Ini menunjukkan pemantauan
yang telah dilakukan di sekolah ini mendapat gred A
Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - Kendiri 2
Pada pautan ini, menunjukkan senarai Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan /
Tahun - Kendiri 2. Apabila pautan ini dipilih, paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 12/30
Laporan Senarai Sekolah Belum Diperiksa Mengikut Bulan / Tahun - KKM-PPKM-
2/09
Pada pautan ini juga memaparkan senarai sekolah yang belum diperiksa mengikut bulan dan Tahun -
KKM-PPKM-2/09. Apabila pautan ini dipilih, paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 13/30
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 14/30
Pada modul ringkasan ini, terdapat lima (5) pautan iaitu:
1. Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin Mengikut Daerah – Sekolah Rendah (Borang
Kendiri 3B)
2. Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin / Dapur Asrama Mengikut Daerah - Sekolah
Menengah (Borang Kendiri 3B)
3. Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin / Dapur Asrama Mengikut Daerah -
Keseluruhan (Borang Kendiri 3B)
4. Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin Sekolah Mengikut Daerah (Borang Kendiri
3C1)
5. Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Dapur Asrama Mengikut Daerah (Borang Kendiri
3C2)
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin Mengikut Daerah – Sekolah
Rendah (Borang Kendiri 3B)
Pada pautan ini, menunjukkan ringkasan pemeriksaan program Kendiri Kantin Mengikut Daerah bagi
sekolah rendah. Ini memudahkan pihak admin untuk melihat ringkasan pemeriksaan yang telah
dilakukan. Apabila pautan ini dipilih, paparan seperti di bawah akan dipaparkan.
1. Mencari maklumat ringkasan pemeriksaan program Kendiri Kantin mengikut daerah
dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Pada pautan ini dapat memaparkan borang mengikut kod. Kod-kod ini mewakili setiap
sekolah. Kod ini boleh dipilih dan akan mengeluarkan borang seperti contoh dibawah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 15/30
Pada borang ini anda dapat melihat keseluruhan borang bagi sekolah tersebut. Borang
ini boleh dicetak menggunakan pdf.
3. Tanda x pada senarai ini menunjukkan terdapat dimerit bagi perkara tersebut.
4. Jumlah skor ini menunjukkan jumlah sekolah yang melakukan kesilapan bagi jenis
kesalahan berikut.
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin / Dapur Asrama Mengikut
Daerah Mengikut Daerah – Sekolah Menengah (Borang Kendiri 3B)
Pada pautan ini, menunjukkan ringkasan pemeriksaan program Kendiri Kantin Mengikut Daerah bagi
sekolah menengah. Ini memudahkan pihak admin untuk melihat ringkasan pemeriksaan.
1. Mencari maklumat ringkasan pemeriksaan program Kendiri Kantin mengikut daerah
dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Pada pautan ini dapat memaparkan borang mengikut kod. Kod-kod ini mewakili setiap
sekolah. Kod ini boleh dipilih dan akan mengeluarkan borang seperti contoh dibawah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 16/30
Warna pada setiap kod sekolah ini menunjukkan kantin asrama atau dapur asrama. Bagi
warna mewakili kantin asrama manakala bagi warna mewakili dapur
asrama.
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin/Dapur Asrama Mengikut
Daerah – Keseluruhan (Borang Kendiri 3B)
Pada pautan ini, menunjukkan ringkasan pemeriksaan program Kendiri Kantin keseluruhan bagi
sekolah menengah dan sekolah rendah.
Jadual diatas menunjukkan ringkasan pemeriksaan program kendiri mengikut daerah bagi sekolah
rendah dan menengah. Pada halaman ini juga admin dapat mencetak ringkasan ini dengan memilih
butang . Paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 17/30
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Kantin Mengikut Daerah (Borang
Kendiri 3C1) Pada pautan ini menunjukkan ringkasan pemeriksaan program kendiri kantin. Pada halaman ini
memaparkan masalah yang paling banyak dihadapi bagi semua sekolah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 18/30
1. Mencari maklumat ringkasan pemeriksaan program kendiri kantin mengikut daerah
dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
2. Pada pautan ini dapat memaparkan borang mengikut kod. Kod-kod ini mewakili setiap
sekolah. Kod ini boleh dipilih dan akan memaparkan borang.
Jadual diatas menunjukkan ringkasan pemeriksaan program kendiri. Pada halaman ini juga
admin dapat mencetak ringkasan ini dengan memilih butang . Paparan seperti
dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 19/30
Ringkasan Pemeriksaan Program Kendiri Dapur Asrama Mengikut Daerah
(Borang Kendiri 3C2) Pada pautan ini menunjukkan ringkasan pemeriksaan program kendiri dapur asrama. Pada halaman
ini memaparkan masalah yang paling banyak dihadapi bagi semua sekolah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 20/30
3. Mencari maklumat ringkasan pemeriksaan program kendiri dapur asrama mengikut
daerah dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat.
4. Pada pautan ini dapat memaparkan borang mengikut kod. Kod-kod ini mewakili setiap
sekolah. Kod ini boleh dipilih dan akan memaparkan borang.
Jadual diatas menunjukkan ringkasan pemeriksaan program kendiri. Pada halaman ini juga
admin dapat mencetak ringkasan ini dengan memilih butang . Paparan seperti
dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 21/30
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 22/30
Pada modul borang ini, terdapat dua (2) pautan iaitu:
1. Borang Penilaian Bulanan Kebersihan Kantin dan Dapur Asrama Sekolah/Institusi (Kendiri 2)
2. Borang Penilaian Premis Makanan Berasaskan Risiko (KMM-PPKM-2/09)
Borang Penilaian Bulanan Kebersihan Kantin dan Dapur Asrama Sekolah/Institusi
(Kendiri 2)
Dalam halaman ini, terdapat borang yang diisi oleh pegawai JKNM. Bagi Borang Kendiri 2 ini, pihak
pegawai mengisi bagi pihak sekolah. Contoh halaman seperti dibawah.
1. Mencari maklumat penilaian mengikut daerah dengan memilih ‘dropdown’ pada
bahagian carian maklumat penilaian.
2. Markah dimerit bagi kesalahan yang dilakukan.
3. Pada bahagian ini, terdapat ‘check box’. Jika ‘check box’ ini dipilih, markah dimerit akan
dipotong.
4. Apabila ‘check box’ ini dipilih, anda perlu menulis catatan bagi pemasaalahan yang
timbul dan jika terdapat file yang hendak di muat naik, sila pilih .
Borang Penilaian Premis Makanan Risiko (KMM-PPKM-2/09)
Dalam halaman ini, terdapat borang yang diisi oleh pegawai JKNM. Bagi borang KMM-PPKM-2/09 ini,
pihak pegawai dari pihak JKNM mengisi borang. Contoh halaman seperti dibawah.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 23/30
1. Mencari maklumat penilaian mengikut daerah dengan memilih ‘dropdown’ pada
bahagian carian maklumat penilaian.
2. Markah dimerit bagi kesalahan yang dilakukan.
3. Pada bahagian ini, terdapat ‘check box’. Jika ‘check box’ ini dipilih, markah dimerit akan
dipotong dan markah bagi sekolah tersebut akan dikurangkan.
4. Apabila ‘check box’ ini dipilih, anda perlu menulis catatan bagi pemasaalahan yang
timbul.
Pada modul pengurusan ini, terdapat empat (4) pautan iaitu:
1. Pendaftaran Pengguna
2. Pendaftaran Pentadbir Sistem
3. Senarai Sekolah
4. Senarai Pengendali Makanan
Pendaftaran Pengguna
Pada halaman pendaftaran pengguna ini, menunjukkan senarai pengguna yang menggunakan sistem
ini. Contoh halaman seperti dibawah menunjukkan senarai pengguna yang menggunakan sistem ini.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 24/30
1. Pada halaman ini, terdapat butang untuk tambah pengguna. Apabila butang ini dipilih,
halaman seperti dibawah ini akan dipaparkan.
Anda perlu mengisi kesemua medan kosong bagi mendaftarkan diri. Selepas selesai, sila
pilih butang daftar, dan satu ’pop up’ akan terpapar menyatakan pendaftaran anda telah
berjaya.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 25/30
2. Menunjukkan senarai pengguna yang menggunakan sistem ini.
Pendaftaran Pentadbir Sistem
Pada halaman ini, akan menunjukkan senarai admin.
1. Mencari senarai admin mengikut PTJ dengan memilih ‘dropdown’ pada bahagian carian
senarai admin.
2. Pada pautan kemaskini ini, anda boleh membuat kemaskini tugas bagi admin yang
menggunakan sistem ini. Apabila pautan kemaskini ini dipilih, paparan seperti dibawah
akan dipaparkan.
Setelah selesai, sila pilih butang kemaskini bagi sistem menyimpan data yang telah
dimasukkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 26/30
3. Pada bahagian ini, terdapat ‘check box’. Pada bahagian ini, anda boleh menghapuskan
admin yang sedia ada. Bagi menghapuskan admin ini, anda perlu tanda pada ‘check box’
dan pilih butang dan satu pop up akan dipaparkan.
Sila pilih butang ok bagi memadam admin dari sistem.
Senarai Sekolah
Dalam halaman ini menunjukkan senarai sekolah yang berdaftar dengan pihak JKNM.
1. Mencari maklumat senarai sekolah mengikut daerah dengan memilih ‘dropdown’ pada
bahagian carian maklumat penilaian.
2. Pada halaman ini, admin boleh menambah sekolah dengan memilih butang
tambah sekolah. Apabila butang ini dipilih, paparan seperti dibawah akan
dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 27/30
Anda perlu mengisi kesemua medan kosong bagi mendaftarkan sekolah. Selepas selesai,
sila pilih butang daftar.
3. Menunjukkan senarai sekolah dalam sistem ini.
Senarai Pengendali Makanan
Dalam halaman ini menunjukkan senarai pengedali makanan yang berdaftar dengan pihak
JKNM.
1. Mencari maklumat senarai pengendali makanan mengikut daerah dengan memilih
‘dropdown’ pada bahagian carian maklumat penilaian.
2. Pada halaman ini, anda boleh menambah pengendali makanan dengan memilih
butang tambah pengendali makanan. Apabila butang ini dipilih, paparan seperti
dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 28/30
Setelah mengisi borang diatas, sila pilih butang daftar.
3. Pada pautan ini, anda boleh melihat maklumat pemeriksaan kesihatan pengendali
makanan yang telah dipilih. Pada halaman ini anda boleh menambah maklumat atau
memadam maklumat yang telah dimasukkan.
4. Pada pautan kemaskini ini, anda boleh mengemaskini maklumat pengendali makanan.
Apabila pautan ini dipilih, paparan seperti dibawah akan dipaparkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 29/30
Setelah selesai memasukkan data. Sila pilih butang kemaskini bagi menyimpan data yang
telah dimasukkan.
© 2013 – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muka Surat 30/30
Sekiranya ada sebarang maklumbalas atau pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Maklumat,
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di:
JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA Aras 3,4 dan 5, Wisma Persekutuan Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka. T: 06-2356999 F: 06-2345969