of 40 /40
ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan 1

Embed Size (px)

Text of Isu-Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan 1

  • ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  • PENGENALANTeknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web(www), CD-ROM dan video disc.Kajian isu-isu dan trend perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara hasilan dan prodak orang lain.Antara isu dan trend tersebut termasuklah hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi.

  • ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKANKAWALAN KENDIRIKERAHSIAANHAK CIPTA TERPELIHARAKESELAMATAN

  • HAK CIPTA TERPELIHARAHak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.Akta Hak Cipta 1987 melindungi hak cipta di Malaysia. Merangkumi;Karya sasteraMuzikSeniFilemRakaman bunyiSiaran dan terbitan

  • Perlindungan akan diberikan dengan tiga syarat;

    Usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asliKarya tersebut tertulis atau direkod Penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia

    (Wikipedia,2008)

  • TUJUAN HAK CIPTAHak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik untuk mengawal penggunaan karya, bahan bercetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa jua cara pun.

    (KPM,2008)

  • Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya.Dalam konteks ini, pengguna perlu meminta kebenaran atau kadang kala harus mengemukakan bayaran bagi penggunaannya.

  • Semua urusan surat-menyurat dan rekod mengenai permohonan perlu disimpan untuk rujukan.Dalam proses permohonan, pengguna perlu spesifik dari segi memberikan halaman dan perenggan yang ingin digunakan.

  • Koleksi bebas daripada royalti;

    Koleksi bahan media dalam CD-ROM.Berbeza daripada satu koleksi dengan yang lain.Tidak ada had penggunaanya atau sebaliknya.

  • Para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari internet dalam cara yang sama seperti bahan cetak.Tidak boleh memuat turun atau mengedar bahan secara elektronik tanpa memohonkan kebenaran pemilik.

  • Perlakuan yang melanggar hak cipta;Mengeluarkan semula dalam bentuk menayang, mempamer, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan.

    Bahagian Buku Teks,2007 adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta.

  • Dalam kes pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang dipegang oleh kerajaan atau kontraktor atau penerbit.Selain itu, setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaanya yang sah untuk penggunaan sesebuah komputer sahaja atau lesen untuk jaringan.

  • KESELAMATANDalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal komputer dan bilik teknologi yang dilengkapi dengan peralatan elektronik.Pengguna haruslah mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara.

  • Perkakasan komputer perlu dijaga dengan baik dari segi;Alat paparan video (monitor)KekunciTetikusUnit sistem pencetakTermasuklah tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakan fail data

  • Keselamatan data menyimpan data dalam cekera keras / salinan dalam cekera linut atau ke dalam storan skunder yang lain.Tujuan salinan asal selamat jika fail asal dirosakan oleh virus.

  • Keselamatan komputer persekitaran yang sesuai serta kebersihan sistem komputer secara keseluruhannya.

    Bilik komputer sesuai cahaya tidak terlalu cerah atau gelapSkrin komputer - 15 hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin 40-70 cm

  • Memastikan sistem komputer yang tahan lama;Peralatan harus bersih dan tidak berdebuDiletakkan pada tempat yang udara persekitarannya tidak panas atau lembapSaiz meja yang sesuai untuk meletakkan komputerJarak dengan dinding sesuai untuk peredaran udara

  • KERAHSIAANPengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur kerahsiaan merupakan agenda utama.Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan; Bahan dan alat atau objek Bahan bertulis seperti petaPita rakaman dan alat-alat lain yang mengandungi suaraFilem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang.

  • Sebagai contoh, Microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan memajukan teknologinya sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamanya di serata dunia.Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutamanya dalam penggunaan alat komunikasi dari segi;Status kewanganInsuransKesihatanTempat tinggal

  • Kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, imej atau grafik secara e-mel menyebabkan nilai-nilai kerahsiaan ini tergugat.Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan;Penguatkuasaan undang-undangPeraturanPelesenanPraktis penguatkuasaan pentadbiran.

  • KAWALAN KENDIRI Satu ikhtiar atau usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran.

    Berpusatkan pada kebolehan seseorang menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya.

  • Pada zaman perkembangan teknologi dan komunikasi, setiap individu harus mempunyai kawalan kendiri terhadap tindak-tanduk sendiri.

    Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak.

    Setiap individu harus mengikut prosedur dan etika penggunaan bahan dan teknologi.

  • Semasa menggunakan bahan , seseorang perlu berkebolehan untuk mengawal diri dari segi melayari bahan yang melanggar undang-undang, kod etika diri, serta perlu mempunyai disiplin diri dalam menentukan prioriti.

    Teknologi memberikan pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik.

  • Data elektronik kini mudah diperoleh pada komputer, sama ada dalam bentuk :

    Video digitalMuzik

    Teks ImejLain-lain

  • (willard, 2001), satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini.

  • TREND TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPANAntara trend yang berkait rapat dengan pendidik dan jurulatih termasuk :

    Pengunaan berterusan media tradisionalPenggunaan komputerPembelajaran elektronikPerubahan dalam peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Penggunaan Media Tradisional secara Berterusan

    Smaldino et al. (2005), ramai guru ingin melupakan media tradisional dan memberikan fokus kepada teknologi baharu.

    Namun media tradisional masih dan terus digunakan kerana ada antara jenis media ini lebih memberikan manfaat berbanding teknologi baharu yang lain.

  • Guru harus bijak dalam memilih pelbagai media yang sedia ada dan yang terbaik untuk meransang pembelajaran.Contohnya:- Kebanyakkan bilik darjah masih menggunakan papan kapur dan papan putih - OHP sebabagi alat bantu mengajar- Buku Teks dan bahan bercetak.

  • Pembelajaran ElektronikInternet merupakan punca utama maklumat untuk pelajar dan guru.

    Penggunaan internet untuk menyampaikan arahan kepada pelajar semakin meningkat.

    Komputer merupakan alat yang berkesan dalam memudah cara pembelajaran, tambahan pula komputer boleh dihubung ke Internet dan akan menjadi alat yang paling efektif untuk pembelajaran.

  • Pemerolehan maklumat untuk penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran melalui internet semakin meningkat.

    E-pembelajaran secara interaktif merupakan satu alternatif untuk menyampaikan maklumat secara elekktronik kepada semua pelajar di luar kelas formal yang biasa.

  • Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan semakin giat kerana perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan

    Modul E-pembelajaran interaktif dibangunkan untuk membantu proses pembelajaran di dalam dan luar kelas.

    Pelajar tidak seharusnya bergantung pada buku teks, tetapi boleh mengakses laman web.

  • Kepentingan E-pembelajaranMembantu guru yang tidak dapat menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu.

    Mengembangkan potensi pelajar dalam melayari maklumat untuk penyelesaian pembelajaran .

    Memenuhi perasaan ingin tahu pelajar.

  • Peranan guru sebagai perancang dan fasilitator memang amat berkesan

    Pelajar memperoleh bahan pembelajaran di samping latihan dan tutorial untuk menguji minda dan ini merupakan suatu cara alternatif yang kian memainkan peranan penting dalam pendidikan.

  • Perubahan dalam Peranan GuruPeranan guru kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan teknologi di dalam bilik darjah.

    Walaupun tempat guru tidak dapat diambil alih oleh teknologi, akan tetapi peranan guru telah berubah daripada penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran.

  • Guru sebagai fasilitator, pengurus dan penggerak. Pelajar dibantu dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca.

    Guru menjadi pembimbing dan bukan lagi penyampai di atas pentas.

    Permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran komputer kian meningkat.

  • Justeru, amat penting untuk guru berkemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah carapelajar serta dapat mengekalkan minat pelajar dengan pelbagai jenis media pengajaran.

  • Penggunaan Teknologi untuk pelajar Berkeperluan Khas.Pengintegrasian teknologi membantu guru menghadapi kepelbagaian keperluan khas pelajar.

    Sekolah boleh dilengkapkan dengan alat-alat teknologi dan kemajuan dalam perkembangan teknologi agar dapat mengakomodasi pelajar-pelajar berkeperluan khas.

  • Stesen-stesen pembelajaran di dalam bilik darjah boleh dilengkapkan untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

    Pelajar boleh mengawal kadar penyampaian selain membesarkan saiz teks supaya dapat dibaca dengan bantuan komputer.

  • RUMUSANHak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan undang-undang kepada pemilik untuk mengawal penggunaan bahan atau karyanya bagi satu tempoh masa yang ditetapkan.Di malaysia, semua pemilik bahan berhak cipta diberikan perlindungan di bawah Akta Hak Cipta 1987.Setiap pengurusan harus memelihara dan membina unsur-unsur kerahsiaan

  • Setiap pengguna perlu bertanggungjawab dan mempunyai kawalan diri dalam apa-apa juga yang dilakukan.Trend-trend terkini dalam teknologi pendidikan termasuk pembelajaran elektronik, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran untuk pendidikan berkeperluan khas.