28

ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep
Page 2: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Pengenalan 1 – 2

2.0 Ujian Aptitud Am 2 – 6

3.0 Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen Aptitud Am Tahun 3 6 – 9

4.0 Kemahiran Yang Diukur Dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 9

5.0 Contoh-contoh Item Ujian Aptitud Am Tahun 3 10 – 16

6.0 Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 17

7.0 Pentadbiran dan Pengoperasian Ujian Aptitud Am Tahun 3 17 – 21

Lampiran 1

Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid 22

Lampiran 2

Contoh Borang Profil Kelas 23

Rujukan 24 – 25

Page 3: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

1

PRAKATA

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori

Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum dan bertujuan mengukur kebolehan semulajadi

dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Ujian Aptitud Am

diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai

pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran

berfikir aras tinggi murid.

Manual Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3 diterbitkan untuk memandu semua

pihak yang berkaitan mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 di sekolah. Manual ini

mengandungi teori kognitif yang menjadi sandaran kepada pembinaan instrumen ujian

Aptitud Am Tahun 3 oleh Lembaga Peperiksaan dengan bantuan pakar psikologi, kaunselor

dan pakar pentaksiran negara ini. Selain daripada kaedah pentadbiran ujian, kaedah

mentafsir skor murid dan pendokumentasian maklumat murid juga diperjelaskan untuk

memastikan penjaminan kualiti ujian daripada sudut kesahan dan kebolehpercayaan. Profil

keupayaan kognitif murid boleh dijadikan rujukan oleh guru untuk merancang pengajaran

dan pembelajaran. Maklumat ini boleh menunjukkan perkembangan kognitif murid.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan penerbitan manual ini. Semoga manual ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh

semua yang terlibat untuk melaksanakan Pentaksiran Psikometrik di sekolah.

DR NA’IMAH BT ISHAK

PENGARAH PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

2

1.0 PENGENALAN

Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di masa akan datang

(Chatterjee, 2007). Aptitud seseorang adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

Maklumat daripada ujian aptitud ini menunjukkan kebolehan seseorang dalam

sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang

diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau kapasiti seseorang itu untuk

berjaya di dalam bidang yang akan diceburinya. Salkind dan Rashmussen (2007)

mendefinisikan aptitud sebagai ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung

kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu atau kemahiran. Kubiszyn dan

Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang.

Pelbagai definisi mengenai aptitud ini bolehlah disintesiskan sebagai kebolehan

seseorang individu mempelajari sesuatu dan melakukan sesuatu kemahiran dengan

mudah dan pantas.

Ujian Aptitud ditadbir untuk meramal kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.

Sebagai contoh Scholastic Assessment Test (SAT) yang dahulunya dikenali sebagai

Scholastic Aptitude Test diduduki oleh pelajar Amerika Syarikat sebagai kelayakan

untuk meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (Gregory, 2007). SAT

menguji kemahiran menaakul matematik, algebra, geometri, kefahaman membaca,

pengetahuan perbendaharaan kata dan kemahiran menulis. Pentaksiran Psikometrik

dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga memperkenalkan Ujian Aptitud,

iaitu Ujian Aptitud Am untuk murid Tahun 3 yang menguji aras pemikiran tinggi

seperti penyelesaian masalah dan menaakul. Penyelesaian masalah dan menaakul

ini adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid untuk

mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi di masa akan datang.

Terdapat ramai murid yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk ke sekolah dan

tidak berminat untuk belajar (Suppiah, Kamarulzaman Kamaruddin dan rakan-

rakannya, 2009). Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sekolah

menitikberatkan hanya aspek kognitif seperti verbal-linguistik, logik-matematik dan

kecerdasan ruang semasa proses pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Aspek

kecerdasan yang lain seperti kecerdasan muzik dan kecerdasan naturalis kurang

Page 5: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

3

diberikan penekanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada

ujian aptitud ini dapat membantu guru untuk:

i. mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang perkembangan

kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman

hidup seseorang murid.

ii. mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan

murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi,

berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kaedah

pembelajaran yang bole h digunakan dalam bilik darjah ialah simulasi,

main peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang

sama, guru juga boleh mentaksir murid dengan memberikan peneguhan

semasa sesi maklum balas.

iii. membantu meningkatkan keyakinan diri murid. Apabila guru dapat

menyedarkan seseorang murid itu mengenai kecenderungannya dalam

sesuatu jenis kecerdasan, maka murid itu tidak perlu merasa rendah diri

jika mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran.

2.0 UJIAN APTITUD AM

Ujian Aptitud Am menguji kemahiran menyelesaikan masalah numerik, penaakulan

numerik, penaakulan Bahasa Melayu dan penaakulan Bahasa Inggeris. Ujian ini

ditadbirkan kepada murid Tahun 3 untuk mengetahui kemajuan dalam pembelajaran

yang telah dilalui selama tiga tahun di sekolah. Ujian aptitud yang dibangunkan

adalah bersandarkan kepada teori perkembangan kognitif. Ujian Aptitud yang dibina

tidak berdasarkan kurikulum kebangsaan.

Ahli psikologi Eropah telah mengenal pasti asas pembentukan mental dan

hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Ahli kognitif juga telah

membuktikan bahawa manusia dapat mengkaji serta menghuraikan pembentukan

keupayaan mental berkembang dan sumbangan yang boleh diberikan oleh

perkembangan mental dalam setiap tahap perkembangan manusia. Pendapat ini

adalah berbeza dengan pendapat ahli teori pembelajaran tingkah laku. Pakar teori

Page 6: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

4

perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia,

berupaya atau berpotensi besar untuk menggunakan segala keupayaan mental yang

ada. Keupayaan mental ini boleh digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang

diterima. Justeru, ahli teori perkembangan kognitif memegang prinsip bahawa setiap

orang merupakan ahli fikir yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu

berdasarkan kebolehan masing-masing. Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan

teori kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada pendapat Piaget, minda boleh

berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

berinteraksi dengan persekitaran.

Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977)

perlu difahami sebelum kita membincangkan tahap perkembangan kognitif kanak-

kanak. Konsep-konsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan

keseimbangan.

Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau

bertindak dengan cara yang tertentu. Dengan kata lain, skema merupakan model

tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri

dengan persekitaran. Sejak dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberpa

gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya ialah gerakan menghisap,

memandang, mencapai, merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki.

Dalam hal ini, skema boleh wujud menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental.

Misalnya, skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semua

tindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada

bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.

Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang

sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur

kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada

seseorang. Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam

persekitarannya, misalnya pembelajaran cara makan ala Barat, ia biasanya akan

Page 7: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

5

menggunakan pengalaman, pandangan dan mentafsirkan situasi pembelajaran

tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.

Contohnya , cara hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan

garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi

berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang

belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap

perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur

dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek

baru kereta dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap

kereta mainan itu. Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses

psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk

mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang

dihadapi.

Contohnya:

2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4

Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip

yang salah dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila

ditambah atau didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta

memberi jawapan bagi 3 + 3 = 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur

kognitifnya kerana struktur kognitif yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan

keperluan yang baharu.

Adaptasi adalah suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi

untuk disesuaikan dengan persekitaran. Menurut Piaget, adaptasi merupakan

proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku

kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan

persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah

mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan

Page 8: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

6

tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran

sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.

Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara

satu sama lain. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.

Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan

semasa proses pengubahsuaian diri, maka seseorang itu tidak lagi perlu

memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu tidak berlaku. Ini

bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi pun belum berubah. Oleh

itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan

keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema

sedia adanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan

keseimbangan antaranya dengan persekitaran akan hilang dan lenyap. Dalam

keadaan ini, ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan

persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya. Konsep-konsep ini

boleh digunakan oleh guru sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Bahagian seterusnya membincangkan tahap

perkembangan mental yang diasaskan oleh Piaget (Piaget, 1970).

Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan

yang tersendiri. Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan

peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif

mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan

berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah penting bagi

perkembangan peringkat yang berikutnya, kerana ia mempengaruhi perkembangan

di peringkat berikutnya.

Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu

semasa proses perkembangan yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan

kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut

ialah:

1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)

2. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)

Page 9: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

7

3. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)

4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)

Pada tahap sensori motor atau deria motor , Piaget menekankan bayi dapat melihat

objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan

diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik

sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi

menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun

begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat

memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.

3.0 KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 3

Rajah 1 : Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen

Pada tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun), kanak-kanak telah mula menguasai

bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Kebolehan menggunakan

lambang sebagai ganti benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada

terikat kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Walau bagaimanapun,

perkembangan bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Di

samping memperkaya kefahaman tentang alam maya, kanak-kanak juga bertambah

daya untuk berimaginasi dan berfantasi di dalam dunia berpura-pura pada tahap ini.

Teori Piaget (1970) Taksonomi Bloom

Kemahiran penaakulan bahasa, penaakulan matematik dan penyelesaian masalah bahasa dan matematik

Pendekatan

Analisis logikal pakar Model asas pembinaan instrumen Teori Pengujian Klasik dan Teori Pengujian Moden

Instrumen

Aptitud Am

Tahun 3

Page 10: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

8

Selain itu tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga bertambah. Menurut Piaget,

kanak-kanak pada tahap ini berada dalam peringkat praolahan, iaitu mereka masih

belajar untuk mengaitkan perkataan dan lambang dengan cara intuisi dan bukannya

dengan penaakulan. Mereka masih berada pada tahap permulaan pembinaan

konsep, iaitu pada tahap mengkelas benda dan kejadian. Konsep yang dibentuk

juga masih jauh daripada kesempurnaan. Tumpuan perhatian dan ingatan mereka

juga bertambah. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak

menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini,

iaitu:

1. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku

yang ketara seperti kebolehan mengira

2. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan

digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil

3. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan

sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang

kemajuan dan sesuatu objek.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan kepada tiga

fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.

Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,

ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian kepada

hubungan antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan

utama proses kognitif pada tahap ini, iaitu egosentrik, konsep sebab-akibat,

peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

Pada tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai

konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan

itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan

seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda

sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat

menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada

peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralih

perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika. Kebolehan

Page 11: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

9

itu menyebabkan kanak-kanak dapat mempertimbangkan saiz dan isi atau saiz dan

berat serentak. Proses pemisahan diri ini membolehkan kanak-kanak memahami

konsep pembalikan kepada keadaan asal. Contohnya air di dalam tabung yang

tinggi dan runcing dan air di dalam tabung yang rendah dan besar jika dituangkan ke

dalam bekas yang lain mempunyai kuantiti air yang sama banyak.

Operasi mental bertugas hanya apabila kanak-kanak mengemukakan keterangan

yang diperoleh secara langsung. Pada tahap ini kanak-kanak dapat menumpukan

perhatian mereka kepada sesuatu bidang dan memahami proses konservasi melalui

kuantiti perturutan proses. Konservasi dirujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk

memahami bahawa bahan akan tetap sama dari segi bahan, berat dan isi padu

selagi tidak ditambah atau dikurangkan. Pada tahap ini kanak-kanak dapat

menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat menyatukan

dua atau lebih kelas dalam satu kelas; reversibility, iaitu satu kemungkinan yang

tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan penggabungan,

iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran. Hasil daripada cara penyelesaian

yang berbeza itu dapat menunjukkan keputusan yang sama dan akhirnya mereka

telah dapat memahami identiti sesuatu objek.

Pada tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) pula, tahap perkembangan

kanak-kanak berada pada peringkat tertinggi. Piaget mempercayai bahawa pada

umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat

sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif

manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan

penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan

yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat

keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat

ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan

rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya

menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga

mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran

mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada had-

had tertentu.

Page 12: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

10

Pembangunan instrumen ujian aptitud Tahun 3 yang mengukur kemahiran menaakul

bahasa dan menaakul matematik adalah berdasarkan teori Piaget. Pada peringkat

ini kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini kanak-kanak

dapat menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat

menyatukan dua atau lebih kelas dalam satu kelas. Konsep reversibility, iaitu satu

kemungkinan yang tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan

penggabungan (association), iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran.

Kemahiran kognitif inilah yang diperlukan oleh murid yang berumur 9 tahun untuk

melakukan penaakulan dan menyelesaikan masalah.

4.0 KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Kemahiran yang diukur dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 ialah:

1. Domain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menguji kemahiran menaakul

seperti kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Kemahiran

perkataan menguji keterampilan murid mengeja perkataan, memahami makna

perkataan dan menggunakan perkataan dengan betul. Konsep verbal pula

menguji kecekapan murid memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu

perkataan. Aplikasi kritikal menguji kemahiran membaca yang merangkumi

kefahaman, menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap apa

yang telah dibaca.

2. Domain Matematik pula menguji sistem numerik, penyelesaian masalah,

penaakulan matematik untuk tugasan logik nombor dan membuat persepsi.

Penyelesaian masalah memerlukan murid membuat penaakulan dengan

menganalisis maklumat yang diberikan dalam tugasan. Aspek sistem numerik

memerlukan murid menterjemahkan simbol yang mewakili nombor. Kemahiran

menambah, menolak, membahagi dan mendarab diperlukan untuk

menyelesaikan masalah sistem yang diberikan kepada murid. Penaakulan

matematik pula memerlukan murid menganalisis maklumat yang diberikan

untuk menghasil logik dan membuat persepsi bagi menyelesaikan masalah

matematik.

Page 13: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

11

5.0 CONTOH-CONTOH ITEM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Contoh-contoh Item Bahasa Melayu

Kemahiran perkataan

1. Pilih perkataan yang salah ejaannya.

A. cerdik B. pintar C. bijaksanna

2. Pilih perkataan yang salah ejaannya.

A. garang B. perama C. mesra

3. Pilih perkataan yang betul ejaannya.

A. gerobook B. almari C. keruse

4. Pilih perkataan yang betul ejaannya.

A. kaseh B. gumbira C. sayang

5. Sedih mempunyai maksud yang sama dengan

A. menangis B. pilu C. mengilai

6. Gerimis mempunyai maksud yang sama dengan

A. renyai B. lebat C. terik

Kemahiran konsep verbal

7. Paru-paru adalah kepada manusia, insang adalah kepada

A. semut B. kura-kura C. ikan

8. Cantik adalah lawan hodoh, manakala malas adalah lawan

A. rajin B. lalai C. leka

9. Permaidani adalah untuk lantai, manakala langsir adalah untuk

Page 14: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

12

A. perabut B. tingkap C. bumbung

10. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?

A. Gembira B. Riang C. Duka

11. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?

A. Teh B. Kopi C. Santan

Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

Farid dan Amri adalah pemain bola sepak, tetapi Aziz dan Faris adalah pemain

bola keranjang. Farid dan Faris adalah pemain tenis.

12. Siapakah pemain bola sepak dan tenis?

A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

13. Siapakah pemain tenis dan bola keranjang?

A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

Pelbagai makanan disimpan di dalam peti ais. Di dalam sebuah peti ais, terdapat

tiga rak. Marjerin disimpan di bawah rak telur, sementara santan disimpan di atas

rak susu. Marjerin juga disimpan di atas rak susu, tetapi telur berada di rak yang

sama dengan kek. Ais krim pula disimpan di atas rak santan.

14. Apakah makanan yang disimpan di rak paling bawah?

A. Marjerin B. Telur C. Santan D. Susu E. Ais krim

15. Makanan yang disimpan di rak yang sama adalah

A. majerin dan santan

B. ais krim dan susu

C. majerin dan ais krim

D. santan dan susu

Page 15: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

13

Contoh-contoh Item Bahasa Inggeris

Kemahiran perkataan (word skills)

16. One lion, many _____.

A. lions B. lionss C. lioness

17. Over the hills far away,

Came little frogs hopping away,

Croak, croak said the frogs,

_____, _____ replied the ducks.

A. hoof, hoof B. moo, moo C. quack, quack

Kemahiran konsep verbal (verbal concept skills)

18. School : Student, Hospital : ?

A. Nurse B. Doctor C. Patient

19. ‘Calf’ is related to ‘cow’ in the same way as ‘kitten’ is related to

A. deer B. duck C. cat

20. ant = fly = bee

Hamster = Squirrel = ?

A. Mouse B. Cat C. Spider

Kemahiran aplikasi kritikal (critical application skills)

21. The day before yesterday was Monday, so tomorrow it will be

A. Friday B. Thursday C. Monday

Page 16: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

14

Azizi, Teo and Sujit each has a pair of shoes, a jacket and a shirt. The three

shirts the three boys wear are of three different sizes: small, medium and large.

So are the jackets and the pairs of shoes. Each boy’s shoes, jacket and shirt are

all of different sizes. The jacket belonging to Sujit is not a medium one. Teo’s

shirt and Azizi ’s shoes have the same size label. Sujit’s shirt , Teo’s shoes and

Azizi’s jacket all have the same size label. Sujit’s shoes are large.

22. What size are Teo’s shoes?

A. Small B. Medium C. Large

23. What size is Azizi’s shirt?

A. Small B. Medium C. Large

Contoh-contoh item Matematik

Penaakulan matematik untuk sistem numerik

= 60 = 200 = 20

24. Berdasarkan rajah di atas, yang manakah memberikan nilai yang terkecil?

A

B

C

Page 17: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

15

= 5 = 4 = 10

25. Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan yang manakah mempunyai nilai

yang sama dengan 53 – 24 = ?

A

B

C

Penaakulan matematik untuk logik nombor

26

A 25

B 27

C 28

27

A 420

B 415

C 394

28

A 4207

B 4209

C 4211

5 9 14 18 23 ?

456 447 438 429 ?

4233 4220 ? 4194 4181

Page 18: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

16

Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

29.

A

B

C

30.

Apakah urutan selepas ini?

A B C

X

?

Page 19: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

17

Penyelesaian masalah

31. Ali mengambil masa 20 minit untuk ke kedai.

Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Ali untuk pergi dan balik semula

ke rumahnya?

A 15 minit

B 20 minit

C 40 minit

32. Dalam sebuah bakul terdapat 6 ikat rambutan. Setiap ikat mengandungi 20

biji rambutan. Terdapat 15 biji rambutan yang telah rosak dalam bakul itu. Ibu

mengambil 2 ikat dan 17 biji rambutan daripada bakul tersebut. Adik pula

mengambil 8 biji rambutan daripada bakul itu.

Berapakah baki rambutan yang tinggal?

A 2 ikat

B 1 ikat, 10 biji

C 2 ikat, 5 biji

33. Berat sebiji tembikai ialah 3 kg. Berat dua biji durian ialah 3 kg lebih daripada

berat tembikai. Berat sebiji betik pula ialah 1 kg kurang daripada berat sebiji

durian.

Buah apakah yang paling ringan?

A Betik

B Durian

C Tembikai

Page 20: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

18

6.0 FORMAT INSTRUMEN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan

bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud

Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur

kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh

ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.

7.0 PENTADBIRAN DAN PENGOPERASIAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Pentadbiran instrumen ini perlu dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap

dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Semua arahan perlu

diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil ujian.. Sekiranya murid tidak hadir

pada hari ujian dengan alasan yang munasabah, murid dibenarkan mengambil ujian

atas budi bicara GPK/SUP pada hari yang lain. Cara pelaksanaan ujian di sekolah

adalah mengikut budi bicara pihak sekolah berdasarkan tarikh dan panduan yang

ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 adalah seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

LP Muat naik di laman web LP

JPN

PPD

SEKOLAH

Muat turun dan cetak

Page 21: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

19

Ujian Aptitud Am Tahun 3 hendaklah ditadbirkan berpandukan carta aliran pada

Rajah 3.

Rajah 3 : Pentadbiran dan Pengurusan Ujian Aptitud Am Tahun 3

Hari Peperiksaan

Edaran kertas ujian dan borang jawapan

Penerangan

Murid menjawab soalan

Guru mengumpul kertas jawapan, memeriksa

jawapan dan memberi skor

GBKSM / GBK mentafsir skor dan menyediakan profil

Penyimpanan Fail

Masa : Bulan Oktober Sasaran : Murid Tahun 3 Tempat : Sesuai dan kondusif (Bilik darjah atau dewan)

Murid menjawab di atas borang jawapan

Masa Ujian : 1 jam 30 minit Bilangan soalan : 80 soalan objektif aneka pilihan

Guru kelas memeriksa jawapan dan memberi skor.

Menyerahkan skor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) / Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

GBKSM / GBK mencatatkan skor secara manual, mentafsir skor dan menyediakan profil

GBKSM / GBK menyimpan skor dan profil murid di dalam fail, mengikut kelas.

Pengesahan/tandatangan GBKSM / GBK / GB

Fail disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Page 22: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

20

7.1 Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3 1) Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif

2) Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian dan berada

dalam keadaan selesa

3) Edarkan kertas soalan dan borang jawapan kepada setiap murid

4) Beri arahan kepada murid :

a. tulis nama dan kelas pada borang jawapan

b. hitamkan semua jawapan di borang jawapan

c. jangan meniru

d. semak jumlah halaman kertas soalan

e. masa ujian ialah 1 jam 30 minit

5) Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti menulis

dengan meletakkan pensel di atas meja.

6) Pengawas/Guru hendaklah mengumpul kertas soalan dan borang

jawapan, dan memastikan jumlah borang jawapan dan kertas soalan

yang dikumpul akur dengan jumlah calon yang hadir dalam jadual

kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar dari dewan/bilik

peperiksaan

7) Guru kelas hendaklah memeriksa jawapan dan memberi skor

8) Guru kelas hendaklah menyerahkan borang jawapan dan skor murid

kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)

9) GBKSM / GBK hendaklah masukkan skor murid dalam fail markah

10) GBKSM / GBK perlu meyimpan skor murid dalam fail mengikut kelas

dan nama murid mengikut abjad di tempat yang selamat. Maklumat

skor murid hendaklah disimpan secara hard copy (file) dan soft copy

(sistem).

Page 23: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

21

7.2 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) dan Sekolah

JPN - (Pegawai Sektor Penilaian dan Peperiksaan)

1 Memberi taklimat kepada Pegawai PBS Daerah dan Pegawai

Pelajaran Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah

2 Mengedarkan bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada PPD

melalui Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran

Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah

3 Melaksanakan pemantauan pengendalian Ujian Aptitud Am

Tahun 3 di peringkat PPD

PPD - (Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran Bimbingan Kaunseling

dan Kerjaya Daerah)

1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing

menerima bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3

2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD

masing-masing berkaitan Ujian Aptitud Am Tahun 3

3 Memastikan pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 di

peringkat sekolah

Sekolah - (Guru Besar)

1 Mengadakan perbincangan bersama guru kelas dan Guru

Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) / Guru

Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah masing-masing

mengenai pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Ujian

Aptitud Am Tahun 3

3 Memastikan guru kelas dan GBKSM / GBK melaksanakan Ujian

Aptitud Am Tahun 3 berdasarkan proses kerja yang telah

ditetapkan

Page 24: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

22

Sekolah - (GBKSM / GBK)

1 Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar tentang

prosedur pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3

2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran

Psikometrik

3 Memberi taklimat kepada semua murid mengenai Pentaksiran

Psikometrik

4 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3

5 Menyediakan profil berdasarkan skor ujian aptitud am

6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan

profil

7 Menyimpan profil dan dokumen berkaitan di tempat yang

selamat dan mematuhi prosedur keselamatan

8 Menyimpan kertas soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai

bahan rujukan.

Sekolah - (Guru Kelas)

1 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada murid Tahun 3

2 Memeriksa jawapan murid dan menyerahkan skor kepada

GBKSM / GBK

3 Menggunakan hasil dapatan profil yang telah dibincangkan

bersama GBKSM/GBK untuk penambahbaikan perancangan

pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid

Page 25: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

23

Lampiran 1

Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid

Nama Murid : …………………………………………………

Kelas : …………………………………………………

Tahun : …………………………………………………

Domain Skor Markah Penuh

Interpretasi

Bahasa Melayu

Kemahiran perkataan 10 > 6 Baik, < 6 Kurang potensi

Kemahiran konsep verbal 15 > 10 Baik, < 10 Kurang potensi

Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

5 > 4 Baik, < 4 Kurang potensi

Bahasa Inggeris

Word skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

Verbal concept skills 20 > 15 Good, < 15 Low potential

Critical application skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential

Matematik

Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor

7 > 5 Baik, < 5 Kurang potensi

Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

4 > 3 Baik, < 3 Kurang potensi

Penyelesaian masalah 9 > 7 Baik, < 7 Kurang potensi

Page 26: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

24

Lampiran 2

Contoh Borang Profil Kelas

Bil.

Nama

Murid

Domain

BM

Domain

BI

Domain

Matematik

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9

1 Kemahiran perkataan

2 Kemahiran konsep verbal

3 Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)

4 Word skills

5 Verbal concept skills

6 Critical application skills

7 Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor

8 Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

9 Penyelesaian masalah

Nama Guru Kelas : ………………………………………….

Nama Guru Besar : ………………………………………….

Tarikh : ………………………………………….

Page 27: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

25

RUJUKAN

1 Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publication 2 Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya. 2005.

Psikologi Kognitif. Johor : Penerbit UTM 3 Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press 4 Baumrind, D. 1991. Parenting styles and adolescence development. In

encyclopaedia of adolescence learner. R.M. Peterson A.C and Brooks-Gunn, J.(Eds). New York : Garland

5 Baum, S., Viens, J & Slatin, Barbara. 2005. Multiple Intelligences in the

elementary school. New York : Teachers College Press 6 Chatterji, M. 2003. Designing and using tools for educational assessment.

USA : Pearson Education 7 Clark, R.d. dan Shileds, G. 1997. Family communications and deliquency.

Adolescence. 32(125)81-92 8 Fatanah Mohamed. 2007. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar-pelajar

sekolah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa. Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

9 Gardner. H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligences.

New York : Basic Books 10 Gregory, R. 2007. Psychological testing : History, Principles and Applications.

5th Edition. Boston : Pearson International Edition. 11 Guilford, J. P. 1959. Personality. New York : McGraw Hill Book Company 12 Guilford,J.P.1985. The structure of intellect model. In B.B. Wolman 1st Edition.

Handbook on intelligence : Theories, measurements and applications. New York : Wiley

13 Humphreys, L. G. 1979. The construct of general intelligence.

Intelligence 3 : 105-120 14 Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrumen

pentaksiran kecerdasan pelbagai. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

15 Jensen, A. R. 1980. Bias in mental testing. New York : Free Press

Page 28: ISI KANDUNGANppdkulai.com/v9/attachments/article/828/Panduan Pentadbiran Ujian... · perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia, ... Konsep-konsep

26

16 Gagne, R.M. 1977. The Conditions of Learning. Third Edition. New York : Rinehart & Winston

17 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur 18 Kubiszyn , T & Borich, G. 2003. Educational Testing and Measurement.

7th ed., Singapore: John Wiley & Sons,Inc. 19 Murphy, K.R. & Davidshofer, C. O. 1998. Psychological Testing : principles

and applications. 4th edition. New Jersey: Prentice – Hall. New York : Psychological Cooperation

20 Piaget, J.1970. Piaget’s Theory. Car Michael’s Manual of Child Psychology,

Vol. 1 (3rd edition). New York : Wiley 21 Salkind ,N.J. and Rashmussen, K. 2007.Encyclopaedia of Measurement and Staistics. 1, London:SAGE Publications, Inc 22 Spearman, C. 1927. Nature of intelligence and the principles of cognition.

London : MacMillan 23 Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor,

Ramlan Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah. 2009. Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kuala Lumpur : Oxford

24 Sternberg, R.J. 1994. Encyclopeadia of human intelligence. New York :

MacMillian Publishing Company 25 Tun Mahathir Mohamad . 2009. Merealisasikan wawasan negara. Jabatan

Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 26 Wechsler, D. 1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children-

Revised 27 Wells, D. 2003. Applied Consumer Science. http://myschoolnet.ppk.kpm.my