102
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL KOKURIKULUM MPUD2042 BINA INSAN GURU 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) KURSUS DALAM CUTI (KDC)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

  • Upload
    others

  • View
    74

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL KOKURIKULUM

MPUD2042BINA INSAN GURU

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1-3, BLOK 2250JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

2

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

Page 3: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang i

Kandungan ii

Panduan Pelajar iii

Pengenalan iv

Agihan Tajuk dan Unit v

UNIT 1 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) 1

UNIT 2 AKTIVITI PERKHEMAHAN 17

UNIT 3 AKTIVITI AIR 48

UNIT 4 AKTIVITI KEMBARA 61

UNIT 5 AKTIVITI TALI 67

Bibliografi 79

Panel 80

Simbol 81

3

KANDUNGANMUKA SURAT

Page 4: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia

(PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di

mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.

Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka

secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).

Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Latihan

6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

4

PANDUAN PELAJAR

Page 5: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

IKON

Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pengukuran pencapaian pelajar akan diukur melalui Kuiz, Pembentangan Kumpulan (Refleksi) dan Projek semasa kursus dijalankan. Tarikh dan masa Pentaksiran Berterusan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar.

Soalan Kuiz akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian (OL).

5

Page 6: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pembinaan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru. Selain itu, modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)

2. Mempamerkan nilai kepemimpinan semasa aktiviti perkhemahan yang dijalankan.

3. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui semua aktiviti yang disertai.

6

Page 7: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARANPanduan Kepada Pengguna

Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa

dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan

pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka

diperuntukan 82% (60% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 22%

interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 18% lagi adalah pembelajaran

pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

JAM KREDIT ASAL 100%

66 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA60%

47 JAM

MODUL32%

21 JAM

(KULIAH/TUTORIAL/

AMALI)60%

40 JAM

DALAM TALIAN

8%5 JAM

1. Prosedur Operasi Standard

Aktiviti Perkhemahan(K/M)

Aktiviti Air(K/M) Aktiviti Kembara(K/M) Aktiviti Tali(K/M)

8 4 (f2f) 1 3

2. Perkhemahan (4H 3M) Aktiviti

Perkhemahan Persiapan

Mendirikan Khemah(A/M)

Malaysia Cergas dan Patriotik(A)

Tazkirah, Kerohanian Etiket Sosial dan

Protokol (A/M) Refleksi (DT)

2017

(Perkhemahan)1 2

3. Aktiviti Air Persiapan Keyakinan Di Air(A/M)

14

7

1 6

7

Page 8: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

JAM KREDIT ASAL 100%

66 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA60%

47 JAM

MODUL32%

21 JAM

(KULIAH/TUTORIAL/

AMALI)60%

40 JAM

DALAM TALIAN

8%5 JAM

Apungan(A/M) Kemahiran Asas

Renang(A/M) Kemahiran Asas

Menyelamat(A/M) Refleksi (DT)

(Perkhemahan)

4. Aktiviti Kembara Persiapan (A/M) Berjalan Merentas

Rimba/Lasak(A/M) Aktiviti Penghayatan

Alam(A/M) Refleksi (DT)

145

(Perkhemahan)1 8

5. Aktiviti Tali Persiapan (DT) Pelbagai Aktiviti

menggunakan tali (A/M)

Penyelesaian masalah(Contoh – spider web)(A/M)

107

(Perkhemahan)1 2

JUMLAH 66 JAM 40 JAM 5 JAM 21 JAM

Nota:K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

8

Page 9: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

UNIT 1 Prosedur Operasi Standard

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa

dan selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi

Standard.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi

Standard (SOP) sebelum, semasa, dan selepas menjalankan aktiviti perkhemahan,

aktiviti air, aktiviti kembara, dan aktiviti tali.

KERANGKA TAJUK

1.1 Definisi Prosedur Operasi Standard

1.2 Prosedur Operasi Standard Perkhemahan

1.3 Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air

1.4 Tugasan

9

Page 10: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

1.1 Definisi Prosedur Operasi Standard

Prosedur Operasi Standard adalah sesuatu set arahan atau perintah kerja yang

terperinci dan bertulis yang harus diikuti bagi mencapai keseragaman dalam

menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu dengan berpandukan matlamat yang

ingin dicapai. Menurut EPA (2008) , SOP ialah rantaian peraturan yang

dibukukan berdasarkan aktiviti yang dilakukan berkali-kali dalam sesebuah

agensi. Menurut Federal Emergency managegement Agensi atau dikenali

sebagai FEMA (2008), SOP merupakan satu panduan atau aturan yang

menjelaskan proses yang dijalankan secara teratur dan terperinci. Lingappan

(2000) SOP merupakan satu rangkaian peraturan yang digunakan dan dipatuhi

dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

SOP diperincikan melalui arahan bertulis bagi mencapai keseragaman

pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu. SOP yang ditulis dengan baik boleh

digunakan untuk memenuhi keperluan pematuhan. SOP juga disyorkan untuk

semua prosedur yang menimbulkan risiko kepada kesihatan dan keselamatan.

Oleh yang demikian, dengan adanya SOP kita dapat mengendalikan sesuatu

aktiviti, peraturan, pematuhan kerja dan dasar-dasar.dengan betul dan selamat.

Prosedur Operasi Standard juga harus sering dikemaskini untuk

menginsuranskan patuh kepada syarat-syarat kesedaran dan amalan kerja

Keselamatan DiriKeselamatan semasa menjalankan aktiviti di daratan amatlah dititikberatkan oleh

semua pihak yang terlibat sama ada pihak penganjur atau pun para

peserta.Proses ini perlu dimaklumkan lebih awal kepada para peserta agar

semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara perkara-perkara

yang berkaitan keselamatan adalah seperti berikut:

Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim,

kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu

yang ditetapkan oleh kem komandan.

10

Page 11: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam

setiap program.

Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau

memindahkan peralatan ke tempat lain.

Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam

kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata rata

tempat.

Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam

kawasan perkhemahan.

Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-

binatang.

Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan

demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.

Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar

atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada

kawasan perkhemahan.

Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .

Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-

masing,selepas jam 12.00 tengah malam.

Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa

kebenaran semasa perkhemahan.

Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan

tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.

Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa

perkhemahan.

Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa

aktiviti rasmi.

Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.

Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah

penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.

Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan

pengawasan pihak bertanggungjawab.

Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari

pihak penganjur.

1.2 Prosedur Operasi Standard Perkhemahan

11

Page 12: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan

kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti

mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah

dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti

perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti

perkhemahan.

Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan,

kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang

sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau

berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti

sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di

antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling,

orienteering, ikhtiar hidup, kembara, dan sebagainya.

1.3 Prosedur Operasi Standard Aktiviti Air

Peraturan keselamatan di dalam air

Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada

orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan

mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.

Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan

badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak

seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan

meletakkan tangan anda di dalam air.

angan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.

Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air,

segera keluar dari kolam

Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian re-

nang

12

Page 13: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing

Perkara yang boleh dilakukan keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan walau-

pan anda seorang perenang yang mahir

perhatikan bendera kuning di kawasan berenang

kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merbahaya

untuk berenang

jauhi mereka yang bermain surf board

jauhi bot dan jet ski

sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan pere-

nang

berhati – hati dengan pasang dan surut air laut

air pasang boleh membahayakan perenang

mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas

tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua pihak

Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap

sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara

merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menunjukkan

bahaya

boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat melihatnya

berenang ketika bendera merah dinaikkan

bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya ketika itu

menggunakan airbates di dalam laut

ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak menyedarinya

berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian

menolak rakan ke kolam renang mudah untuk anda terjatuh dan terced-

era kerana kawasan tersebut licin

berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang yang

mahir

memakai pelampung tangan di kaki

Keselamatan di Kolam Renang beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam

renang atau tempat-tempat lain

13

Page 14: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan se-

belum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang

cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk

tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ pro-

gram atau penyewaan/ penggunaan secara harian

semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan

serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang

kerosakan/ kehilangan perlu diganti

orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket

yang boleh dibeli di kolam renang

kanak-kanak yang berumer 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan

masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang

penjaga.

semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit se-

belum ditutup

pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai

pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta

mengikut etika berpakaian di kolam renang

pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam

pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau meng-

ganggu orang lain

orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang ba-

haya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang

pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merba-

haya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan,

botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan seba-

gainya

bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke

kawasan kolam renang

pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga se-

mua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgu-

nakan

sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan

tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan

pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dila-

rang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang

14

Page 15: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam

renang

pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di

kawasan kolam renang

setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu

memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur

binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa ma-

suk ke kawasan kolam renang

penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah dite-

tapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke

semasa oleh pegawai yang bertugas

Keyakinan Dalam Aira) Memakai baju keselamatan

ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan

pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju kesela-

matan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak terto-

lak ke atas apabila terapung.

b) Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan

pastikan peserta mestilah dalam berpasangan

bantu membantu antara satu sama lain

jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan

semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan

arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan ju-

rulatih

1.4 Tugasan

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang Prosedur Operasi Standard yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan.

15

TUGASAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 16: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Definisi

ii. Prosedur Operasi Standard

iii. Prosedur Operasi Standard Perkhemahan

iv.Prosedur Operasi Standard Air

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv.Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

UNIT 2 Perkhemahan (M)

16

Page 17: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti perkhemahan

dan perkara-perkara yang sepatutnya. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam unit

ini ialah persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan dijalankan.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menyatakan langkah-langkah persediaan yang perlu sebelum, semasa dan

selepas aktiviti perkhemahan.

ii. Melakukan Malaysia Cergas melalui aktiviti nyanyian lagu-lagu patriotik, kawad

kaki, dan senamrobik semasa perkhemahan dijalankan

iii. Mempamerkan sifat kerjasama dan berinteraksi secara efektif dalam

kepelbagaian kebudayaan.

iv. mengendalikan majlis berpandukan Etiket Pengendalian Majlis Rasmi

KERANGKA TAJUK

2.1 Mendirikan khemah

2.2 Malysia Cergas dan Patriotik

2.3 Tazkirah dan kerohanian

2.4 Etiket Sosial dan Protokol

2.1 MENDIRIKAN KHEMAHPerkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua

aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang

menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih bakal guru menyelesaikan segala

tugasan dengan penuh tanggungjawab di samping meningkatkan keyakinan

diri. Melalui aktiviti perkhemahan, bakal- bakal guru juga dapat

mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang dipelajari.

17

Page 18: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

2.1.1 Kompenan-Komponen Perkhemahan: Jenis-Jenis KhemahDi bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk

aktiviti berkhemah: • Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang

• Khemah ‘A’ berhelaian • Khemah pengembaraan

• Khemah satu tiang

• Khemah bentuk dinding

• Khemah Ridge dua tiang

• Khemah wagon

• Khemah dome

• Khemah igloo

• Khemah berangka

2.1.2 Pemilihan KhemahPerkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk

memilih atau membeli khemah

a) Perlindungan

Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan

perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk

angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat

memberi pelindungan daripada serangga-serangga.

b) Keselesaan

Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama

dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai

ruang untuk menyimpan barang-barang.

c) Kalis air

Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah

yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu

18

Page 19: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-

benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan

d) Tahan lasak

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil

kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu

ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila

ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan

hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah

e) Ukuran

Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita

mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu

atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat

menyukarkan kita membawanya

2.1.3 Pemilihan Kawasan Perkhemahan / Tapak Perkhemahan

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara

yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan

kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan

jika tidak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:

a) Tanah atau tapak yang rata

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan –

pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.

Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada

terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah

tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air

bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

b) Corak tapak perkhemahan

19

Page 20: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang

mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab,

dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila

elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh

sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air

yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

c) Berhampiran punca air Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca

air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan

dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk

memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah

berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau

sebagainya.

Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya

supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau

sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih.

Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui

kawasan yang bagaimana.

d) Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk

mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di

tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.

e) Mudah untuk mendapat bantuan

Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat

yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang

kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan

laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti

perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib

seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

20

Page 21: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

f) Mudah untuk mendapat bahan bakar

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan

faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk

memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan

binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya.

Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-

daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

g) Keselamatan kawasan perkhemahan Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan

tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar

seperti gajah, babi dan sebagainya.

h) Jangkamasa perkhemahan

Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa

perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama

maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan

memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain. 

i) Bilangan peserta perkhemahan Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang

aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai.

Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan

peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah

sebagai tempat tidur malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah

lain.

j) Alam Persekitaran

Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu

aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar

berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar

melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan

21

Page 22: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat

penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.

2.1.4 Pemilihan Tempat Untuk Mendirikan Khemah

Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali

setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan.

Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-

perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:

• Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )

• Terlindung dari angina

• Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai 

• Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan  terhibur apabila melihatnya ).

• Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan

keadaan  sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.

• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita

bergerak semula bagi tujuan kecemasan.

2.1.5 Peraturan Keselamatan Perkhemahan

Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-

peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:

• Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.

• Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,

• Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut

perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan

atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.

• Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan

khemah.

• Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. 

• Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). • Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau

22

Page 23: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

atau binatang merayap daripada memasuki khemah. • Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

• Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.

• Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.

• Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur • di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar

dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.

• Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,

• ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.

• Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari

masa ke semasa dan segala pantang larang.

• Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian

dan tapak perkhemahan.

• Berhati-hati melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta

menghargai kawasan sekitar.

• Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam

menghadapi sebarang gangguan keselamatan.

• Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang.

• Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.

• Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau

kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang

kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.

• Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga

rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.

• Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan

berhampiran sungai, laut atau tasik.

• Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang

dan menyalahi undang-undang.

• Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan

yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.

• Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan

setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg.

• Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku

sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.

2.2 MALAYSIA CERGAS

23

Page 24: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Malaysia Cergas adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi penekanan

kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan bakal

guru.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan yang berteraskan kepada

penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Disamping

itu juga, aktiviti ini bertujuan menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan

masyarakat Malaysia khususnya bakal guru.akan kepentingan kesihatan yang perlu

dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Amalan sihat ini perlulah dikekalkan dan

dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang dijalankan dalam Malaysia Cergas ialah

menaikkan bendera, kawad kaki dan diakhiri dengan senamrobik.

2.2.1 Naik Bendera

a. Lantik seorang Ketua Peserta atau ketua yang bertugas. Ketua Peserta berdiri di

tengah-tengah menghadap barisan kumpulan. Ketua Peserta menentukan petugas

untuk menaikkan bendera dan pembaca doa.

b. Bariskan anggota/peserta bertiga-tiga mengikut kumpulan menghadap tiang

bendera. Ketua Kumpulan berada di hadapan di tengah-tengah kumpulan.

c. Ketua Kumpulan dikehendaki melapor kepada Ketua Peserta tentang jumlah / ke-

dudukan ahli kumpulan

d. Ketua Peserta/Petugas akan memberikan hukuman:

Sedia

Ke kanan lurus ( dan pandang depan)

Bendera (Panggilan)

Lagu Negara-Ku

Lagu Guru Malaysia

Bacaan doa.

e. Selepas upacara naik bendera, Ketua Peserta akan menyerahkan kepada Ketua

Jurulatih untuk menyampaikan amanat untuk hari tersebut.

f. Senamrobik

Susunan Upacara Naik Bendera (protokol susunan bendera mengikut negeri masing-masing)

24

Page 25: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

2.3. TAZKIRAH / KEROHANIAN

Aktiviti tazkirah dan kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri

yang mantap dalam kalangan bakal guru sekiranya dilaksanakan sejajar dengan

keperluan pelajar.Justeru adalah penting bagi institusi pendidikan guru melatih bakal-

bakal guru untuk menjadi insan yang bermoral dan memiliki sahsiah yang dikagumi.

2.3.1 Pemantapan Etika Kerohanian

2.3.1.1 Tazkirah Imam Ghazali 

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-

Ghazali bertanya (pertama): “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman

dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling

dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap

yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling

jauh dari diri kita di dunia ini?”

25

Petunjuk:

1 : Bendera Malaysia2 : Bendera negeri3 : Bendera Institut/BPG

J : JurulatihKP : KETUA PESERTA

K : Ketua Kumpulanxxx : Barisan peserta

Kxxxxxxxxx

Kxxxxxxxxx

Kxxxxxxxxx

Kxxxxxxxxx

Kxxxxxxxxx

K xxx xxx xxx

KP

J J J J J J

Bendera 2 1 3

Page 26: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan

bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang

mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah ‘masa lalu.’

Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali

kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang

dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: “Apa

yang paling besar di dunia ini?”

Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua

jawapan itu benar, kata Imam al-Ghazali.

Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah

‘nafsu’ (sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf).

Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu

menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang

menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan

benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang

amanah.’ (lihat ayat 72, surah al-Ahzab)

Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu

ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia

ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah

sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang

amanahnya.

Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang

menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-

Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’

Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.

26

Page 27: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah

‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati

dan melukai perasaan rakan sendiri.

Sekian, assalamulaikum...dan bertemu di waktu yang sama.

2.3.2 Amalan Solat

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat

sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud

merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang

terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x

selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL

hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar

jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya

akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu

akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat-

Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas

Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat

Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.”

Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda:

“Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah

Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat

Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk

meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan

takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu

fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti

27

Page 28: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri

kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-

dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi

keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah

mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara

daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk

dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.

Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi

SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah

keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan

kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati

dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat

Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu

‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran

seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran

adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan

seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat

dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca

surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga

ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua

kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai

amalan tetap dan berkekalan.

28

Page 29: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang

digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-

suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi

SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan

mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata,

telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang

sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan

sampaikan. Amin

2.3.3 Solat Sewaktu DaruratSolat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf adalah

kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam solat-solat yang

lain. ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan suasana

peperangan kerana bimbang akan diserang musuh.

Firman Allah  وتعالى : سبحانه

سجدوا فإ'ذا أسل'حتهم وليأخذوا عك م نهم م طائ'فة فلتقم الة الص لهم فأقمت م يه' ف' كنت وإ'ذاوأسل'حتهم ذر هم ح' وليأخذوا معك فليصلوا يصلوا لم أخر ى طائ'فة ولتأت' ور ائ'كم م'ن  فليكونوا

دة واح' يلة م عليكم يلون فيم' وأمت'عت'كم أسل'حت'كم عن تغفلون لو كفر وا الذ'ين جناح  ود وال أسل'حتكم تضعوا أن مر ضى كنتم أو مطر من أذى ب'كم كان إ'ن ذر كم  عليكم ح' وخذوا ه   اللـ إ'ن

﴿ ن�ا هي م�� ن�ا ذ�ا ذ� ذ� ه�‌ي ه� ذ�ا ل� ه� �� ذ ذ� ١٠٢ذ�ا

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa

perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah

sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah

mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud,

maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan

hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga

serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan

hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-

masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta

benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai

29

Page 30: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika

kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan

hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah

menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-

Nisa’ 4; Ayat 102)

.

Ulamak–ulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai

solat khauf ini,“Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.”

.

Allah  وتعالى :berfirman سبحانه

ر كبانا أو فر' جاال فتم خ'  فإ'ن

“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik kenderaan.” (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239)

.

2.3.4 Bila Dan Di mana ?.

Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan

keadaan.

1. Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.

2. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau

berkenderaan.

3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.

4. Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat..

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص bersabda: “Jika keadaan itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan, menghadap kiblat ataupun tidak.”   (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

2.3.5 Batal Solat KhaufPerkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf:

1) Terbatal wuduk ketika sedang solat

2) Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan)

3) Melakukan banyak pergerakan yang tiada kaitan dengan peperangan

30

Page 31: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

4) Keluar darah yang banyak tidak menjejaskan solat (di sisi mazhab Maliki

tetapi imam Syafie ia membatalkan solat kecuali kerana terpaksa atau

darurat) maka ianya dimaafkan.

..

2.3.6 Cara Solat Khauf .Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia

merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang berlaku sama

ada ketika sakit, keuzuran atau pun ketika di medan peperangan.dengan cara-cara yang

telah ditetapkan.

Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak.

Solat ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak,

menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang.

.

2.4 ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

2.4.1 Etiket Pengendalian Majlis Rasmi

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada

dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis

yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua peri laku yang dilakukan oleh

seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh

masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai

mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan

yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping

menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.

Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan

kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu

majlis.

2.4.2 Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan

surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.

31

Page 32: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

2. Majlis Rasmi dan Formal Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk

seseorang ketua negara asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh

sempena hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal Majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti

perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal Majlis yang tidak memerlukan protokol seperti hari keluarga sesebuah agensi

kerajaan atau swasta.

2.4.3 Aspek Pengurusan Pelbagai Majlis Rasmi Atau formal

1. Jawatankuasa

2. Tempat majlis

3. Penyediaan senarai jemputan

4. Aturcara majlis

5. Kesesuaian pakaian dalam majlis

6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan

7. Pemilihan Menu

8. Susunan keutamaan

9. Panggilan hormat

10. Susunan tempat duduk

11. Pengacaraan Majlis Formal

12. Penyediaan aturcara pentadbiran

13. Peranan penyambut tetamu

14. Raptai

15. Nilai-nilai Islam

16. Postmortem

2.4.4 Elemen Penting Etiket1. Citarasa Berpakaian

32

Page 33: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi

3. Penampilan Diri

4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan

5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial

6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri

7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk

8. Kesopanan dalam Majlis Buffet

9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia

10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)

11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis Luar Rumah)

12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal

13. Mengenali Peralatan Jamuan

14. Cara Menghidang

15. Tertib di Meja Makan

2.4.5 Perkara-Perkara Penting Dalam Etiket

1. Tertib Perkenalan a) Prinsip Perkenalan

Perkenalkan lelaki kepada wanita

Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih

penting

Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang

yang lebih tinggi pangkatnya

Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua

b) Keberkesanan dalam perkenalan Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk

menerima perkenalan

Sebut nama dengan jelas dan betul

Perlakuan yang tertib

Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan

Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-

baiknya akui

Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu

Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau

menggenggam dengan kuat

33

Page 34: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas

c) Tertib Memperkenalkan Izinkan saya memperkenalkan............

Puan.......inilah Encik........

Boleh saya memperkenalkan..............

d) Cara Menjawab Yang Sopan Apa Khabar?

Bertuah dapat berkenalan !

Hello !

e) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan Elakkan bertanya tentang asal usul tempat/daerah/bangsa/agama

Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus

Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara

Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain

Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan

Elakkan memberi senyuman sinis/tidak ikhlas

2. Berjabat Tangan (Bersalam)a) Pelbagai cara

Kasar dan agresif

Mengawal

Hujung jari sahaja

Tarik

Sejuk

Erat dan mesra

b) Perkara-perkara negatif semasa bersalam Pegangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil

lewa

Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang

penting

Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting/kurang suka dan

tidak berminat

34

Page 35: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan

marah

Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau

membenci

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah

mengikut keadaan. Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak

mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan

di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung/sapu tangan

untuk bersalam.

3. Perbualan Sosiala) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai

Hobi

Sukan

Muzik

Rancangan Televisyen

Pakaian

Menanam bunga (Gardening)

Makanan

Pengembaraan

Kesenian

Cuaca

b) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai Perbualan peribadi

Fahaman politik

Keagamaan

Peperangan

c) Tertib perbualan sosial Kedua-dua pihak berminat

Pandang ke arah orang yang bercakap

Mendengar dengan teliti

Bercakap dengan nada yang biasa

Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama)

Bercakap secara bersahaja

35

Page 36: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap

Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam

sesuatu kumpulan

4. Tatahias Pakaian Dan Gaya Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf

majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan

rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi tempat berkhidmat

ii. Imej peribadi

a) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian:-

Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari

Elakkan daripada memakai satu warna sahaja

jangan melebihi empat warna pada satu masa

Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan

bentuk badan

Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai

Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang

Apabila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan

gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat

Rambut hendaklah tersisir rapi

Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai

tudung

Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah

bertentangan dengan warna baju

Bila gunakan sarung kaki pilih warna `skin colour`

Corak fabrik tidak lebih daripada empat warna

Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan

yang berloceng yang akan berbunyi apabila anda berjalan

Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol(frills) ataupun

berbunga besar

Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata

Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di tangan yang

sama

36

Page 37: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher

Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali

butang kolar)

Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang

Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang

Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala

tali pinggang

Sesuaikan warna tali leher dengan baju

Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak

Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet

Sesuaikan warna stoking dengan seluar

Kasut hendaklah bersih dan berkilat

Stoking putih tidak sesuai dalam majlis

Gunakan `cologne` dan deodoron yang lembut. Jika bergaul

dengan orang ramai sapukan `cologne` di kedua belah bahu

Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai

kelihatan singlet tersebut

Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan

(material)

Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna

tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua

Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar

Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan

pergerakan badan dan tangan

Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur

keseluruhannya

Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun

singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang

ketat (drainpipe)

Stoking berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat

melainkan berpakaian putih/berpakaian sukan

Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan

rasmi

5. Hiasan

37

Page 38: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang,

gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin dan rantai leher memang perlu

dipakai. Perhiasan yang sederhana adalah penting kerana ia

merupakan sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh hal

yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai.

Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali pinggang

i) daripada jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skaf

i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis

rasmi dengan cara disangkutkan di bahu

ii) dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian -

selendang menutupi seluruh kepala

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti:

i) kegunaan harian di pejabat

ii) kegunaan pelbagai

iii) kegunaan majlis rasmi

6. Minyak Wangi Pilihan yang lembut, supaya tidak melemaskan atau memeningkan

a) Minyak wangi tulen

i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja

b) Eau de toilette

i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah dan perlu dipakai

beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat

c) Semburan badan

i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat

7. Kesihatan, Kebersihan dan Kesihatan

Aspek ini amat penting,hal ini menggambarkan sejauhmana seseorang

itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

a) Bahagian kepala dan muka

38

Page 39: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga

misai dan janggut diurus dengan rapi

bulu hidung tidak kelihatan liar

gigi sentiasa bersih

pernafasan tidak berbau

b) Bahagian badan dan tangan

badan tidak berbau

baju tidak ada tanda carik

baju tidak kelihatan berdaki di lengan,poket dan kolar

baju kelihatan tidak bergosok

kuku jari dipotong, tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit

kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda penyakit atau

bersisik

c) Bahagian punggung dan kaki

seluar perlu bergosok

seluar tidak kelihatan carik

berstoking

Elakkan daripada memakai stoking melebihi had harinya

bagi wanita, jangan pakai stoking berwarna perang atau berbunga

kasut kelihatan kelabu

kasut coklat kelihatan hitam

tumit kasut hendaklah dalam keadaan yang baik.

2.4.5 Etiket di Meja Makan (Table Manner)

Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada

setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara

gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan itu,

kita mestilah mengetahui asas etika di meja makan.

Penggunaan peralatan yang digunakan untuk makan yang betul boleh

menyelamatkan kita daripada terjebak di dalam situasi yang kekok apabila berada

di meja makan. Peralatan bagi sajian barat adalah pelbagai dan mempunyai fungsi

tertentu. Peralatan bagi sajian cina dan melayu adalah berbeza. Ianya bergantung

terhadap pihak panganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di

39

Page 40: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

dalam suatu majlis jamuan rasmi.Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah

penting.

Secara asasnya, kita memegang sudu di sebelah kanan dan garpu di

sebelah kiri sekiranya sajian makanan melayu dihidangkan. Memegang pisau di

sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri untuk sajian barat. Chopstick di sebelah

kanan untuk sajian makanan cina. Tidak mengambil kira sama ada anda seorang

yang kidal.

a) Makan sup Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri.

Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.

Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap

hendaklah tundukkan kepala sedikit.

Menyeduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.

Untuk memakan isi sup pula ( sayur atau daging ) boleh dimakan melalui

hujung sudu.

Sup tidak boleh dihirup sehingga kedengaran bunyi yang nyaring.

Bila ingin makan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan

bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu

mentega sahaja.

Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah

kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan di dalam mangkuk jika tidak

berpiring.

b) Majlis Makan Rasmi Tunggu semua di meja mendapat makanan (sup/makanan utama)

sebelum anda mula makan.

Apabila memakan masakan utama seperti stek/ayam atau bahan-bahan

pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda.

Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu

dengan tertib.

Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar

Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda

mengambil bahagian yang terdekat sekali.

Jangan diluahkan makanan yang telah dimasukkan ke mulut walaupun

anda tidak menggemarinya. Jika tercekiuk tulang, cepat-cepat ke bilik air.

40

Page 41: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Makanan utama di makan dengan menggunakan pisau dan garpu di

tangan kiri, garpu dengan posisi telungkup.

Daging , ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih

tetap di tangan kiri.

Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan

Apabila selesai makan, pisau dan garpu hendaklah di letakkan sebelah

menyebelah dengan posisi tangkai arah kanan dan hujungnya pula

mengarah tangan.

c) Panduan Menggunakan Pisau, Sudu dan Garpu Dengan Betul Susunan pisau, sudu dan garpu di meja makan cara barat

Makan tengah hari atau makan malam

Pisau mentega (diletak di atas piring untuk roti)

Garpu hidangan pertama (juga digunakan untuk ikan dan salad)

Garpu makan hidangan utama

Camca sedang `dessert`(jika pisau yang diperlukan, gantikan ia dengan

pisau makanan pencuci mulut)

Garpu sedang (dessert)

Gelas

Napkin

Pisau hidangan utama untuk daging (jika ikan yang disediakan, letakkan

pisau untuk ikan sebagai ganti)

Sudu makan hidangan utama (di Malaysia digunakan untuk nasi)

Pisau hidang, garpu-garpu untuk pelbagai keperluan menurut jenis

hidangannya diletakkan berderet di sebelah kiri piring, sedangkan di

sebelah kanan piring adalah deretan pisau-pisau dan sudu-sudu

Garpu diletakkan dengan jari-jarinya menghadap ke atas. Pisau

diletakkan dengan mata pisau menghadap ke piring.

Tuala makan diletakkan dengan terlipat senduknya rapi di atas piring

utama jika makanan disajikan di dalam pinggan lain tapi kalau makanan

sudah di piring seperti di restoren, serbetnya diletakkan di tempat piring

atau di sebelah paling kiri dari letak garpu

Pelbagai gelas minuman terletak berderet di sebelah kanan atas

Piring mentega atau roti dan beberapa tempat penyedap makanan

berada di sebelah atas kiri

Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang

paling luar dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita

41

Page 42: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu dan barulah

pisau dan garpu utama

d) Fungsi Napkin

Napkin di meja makan dilipat di dalam pelbagai bentuk.Kebiasaannya

diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Walau

bagaimanapun ia kelihatan sangat cantik dan unik, jangan berasa bersalah untuk

menggunakaannya. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting

ketika berada di meja makan.

Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk

mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Napkin

mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang

mungkin terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan.

Selain daripada itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa

tidak selesa dan mahu terbatuk.

Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan

yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ini

membawa maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas

meja makan, memberitahu pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah

meninggalkan jamuan makan.

2.4.6 Adab Makan di Majlis Rasmi : Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu

Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan

semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan

sosial dan perangai sebenar seseorang individu.

Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnyqa dilabel sebagai

seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang

42

Page 43: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai

seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.

Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima

jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis,

cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan

anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.

a) Menggunakan Pisau, Garpu, Sudu dan Kadang-Kadang Tangan

Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis

makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang

disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh

steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda

perlu tahu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk

pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad.

Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah

mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak

paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.

Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan

sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu paling kiri. Namun,

trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut

juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.

Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri.

Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan

ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh

memotong dengan tangan kiri.

Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang

dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong

kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian

depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke

tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.

43

Page 44: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di

antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu

yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan

alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di

dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu dan garpu hendaklah diletakkan di tepi piring

yang digunakan untuk mengalas mangkuk.

Kenali Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Dimakan Menggunakan Peralatan Yang

Sesuai Atau Dengan Tangan

Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut

agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mestilah dihirup perlahan-lahan.

Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut dianggap

tidak sopan.

Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil

sedikit berbanding garpu biasa.

Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk

ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

Daging – gunakan garpu utama yang disediakan

Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya.

Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau

piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.

Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus

tersebut tidak disaluti apa-apa sos. jika tidak, anda boleh menggunakan

garpu yang disediakan untuk salad.

Daging nipis – apabila daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak

berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek

biasa. hal ini kerana agak susah untuk memotong daging nipis yang garing

menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu kepingan daging nipis

tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong.

Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan

pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum

mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakanj, gunakan pisau

untuk menyapu mentega tersebut poada cebisan roti sebelum anda

memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas,

anda dibenarkan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi

mencairkannya.

44

Page 45: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan

buah-buahan atau tuna di atasnya.

Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda

boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan

secara sebiji-sebiji, anda dibenarkan makan menggunakan tangan.

sekiranya mentega disediakan, gunakan piusau untuk menyapu pada dua

baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris

berikutnya.

Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini

dikatogerikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di

majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam

bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau

dan garpu.

Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filing yang

terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut,

dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih

bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh

menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut

melayang. Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan

tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan

di dalam pinggan anda. jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang

kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi

orang lain.

UNIT 2b Perkhemahan (DT)

2.5 KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit)

1.2 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari

(10 minit)

45

Page 46: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

1.3 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi

aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input)

(20 minit)

1.4 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh

pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)

1.5 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)

1.6 Tamat

1.7 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)

2.6 Tugasan

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ?

2. Bincangkan jenis-jenis majlis rasmi?

A. Media Digunakan

iii. WhatsApp

iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Perkhemahan

46

TUGASAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 47: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Aktiviti persiapan mendirikan perkhemahan

ii. Malaysia Cergas dan Patriotik

iii. Etiket Sosial dan Protokol

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

UNIT 3 Aktiviti Air

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. menunjukkan keyakinan diri ketika berada di dalam air

ii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti air

47

Page 48: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

iii. menunjukkan sikap bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi

iv. percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan

v. Menyatakan jenis-jenis apungan dalam aktiviti air.

vi. Mempelajari teknik renang dengan betul

vii. Menunjukkan cara kemahiran asas menyelamat.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti air yang dijalankan

semasa perkhemahan. Aktiviti air adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan

juga merbahaya jika tidak patuh kepada arahan-arahan keselamatan. Melalui

pembelajaran ini, bakal guru akan diberi kesedaran tentang bahaya-bahaya yang tidak

diundang, penyelamatan dan usaha-usaha untuk mengurangkan kejadian lemas.

KERANGKA TAJUK3.1. Keyakinan dan keselamatan di air

3.2 Asas Apungan

3.3 Asas Renang

3.4 Kemahiran Asas Menyelamat

3.1 Keyakinan dan Keselamatan di Air

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan

semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek

penting dalam acara renang di dalam Kurikulum , yang mana sebahagian

daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas luar persekitaran kolam renang.

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan

pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip

keselamatan diri. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan

merangsang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada

mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi

merbahaya. Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi

pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila

program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.

48

Page 49: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Di samping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk

memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika

menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah cara yang terbaik untuk memberi

bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air.

a) Peraturan keselamatan di dalam air

Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa

ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh ber-

enang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.

Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pus-

ingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan

jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perha-

tian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.

Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan

makanan berat.

Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di

dalam air, segera keluar dari kolam

Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu

pakaian renang

Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing

b) Perkara yang boleh dilakukan

keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan

walaupan anda seorang perenang yang mahir

perhatikan bendera kuning di kawasan berenang

kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang merba-

haya untuk berenang

jauhi mereka yang bermain surf board

jauhi bot dan jet ski

sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan

perenang

berhati – hati dengan pasang dan surut air laut

49

Page 50: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

air pasang boleh membahayakan perenang

mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas

tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan

perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua

pihak

c) Perkara yang dilarang berenang berseorangan di dalam gelap

sukar mendapat bantuan jika terjadi sesuatu perkara

merosakkan apa-apa papan notis atau papan tanda yang menun-

jukkan bahaya

boleh membahayakan perenang lain jika mereka tidak dapat meli-

hatnya

berenang ketika bendera merah dinaikkan

bendera merah membawa maksud keadaan sedang merbahaya

ketika itu

menggunakan airbates di dalam laut

ia mudah dibawa ombak ke tengah laut ketika anda tidak

menyedarinya

berlari-lari di tepi kolam renang dan tempat persalinan pakaian

menolak rakan ke kolam renang

mudah untuk anda terjatuh dan tercedera kerana kawasan tersebut

licin

berenang di kawasan dalam jika anda bukan seorang perenang

yang mahir

memakai pelampung tangan di kaki

d) Keselamatan di Kolam Renang

Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam

renang atau tempat-tempat lain

pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan se-

belum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang

cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk

tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ program

atau penyewaan/ penggunaan secara harian

50

Page 51: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan

serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang

kerosakan/ kehilangan perlu diganti

orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket

yang boleh dibeli di kolam renang

kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan

masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang pen-

jaga.

semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum

ditutup

pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai paka-

ian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta

mengikut etika berpakaian di kolam renang

pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam

pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau meng-

ganggu orang lain

orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang ba-

haya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang

pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merbahaya

dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol

minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya

bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke

kawasan kolam renang

pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga se-

mua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau disalahgu-

nakan

sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan

tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan

pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang

menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang

pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam re-

nang

pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di

kawasan kolam renang

setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu

memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur

51

Page 52: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk

ke kawasan kolam renang

penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetap-

kan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa

oleh pegawai yang bertugas

e) Keyakinan Dalam Air

Memakai baju keselamatan

ikatkan tali yang disediakan pada baju keselamatan

pastikan terdapat wisel pada setiap baju yang dipakai baju kesela-

matan perlu dipakai dengan kemas dan pastikan ianya tidak tertolak

ke atas apabila terapung.

b) Buddy System ( berdua-dua) atau berkumpulan

pastikan peserta mestilah dalam berpasangan

bantu membantu antara satu sama lain

jika dalam kumpulan, lima orang bagi setiap kumpulan

semasa di dalam air, mestilah berpegang tangan dalam kumpulan

arahan jurulatih perlu dipatuhi dan bertindak mengikut arahan juru-

latih

3.2 Asas Apungan

Apungan merupakan salah satu kemahiran asas dalam berenang.

Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh kerana ianya dibantu oleh kandungan

udara dalam paru-paru. Terdapat tiga unsur yang mengawal keapungan iaitu:

kawalan nafas

posisi tubuh

kesantaian/rehat

Apungan dengan menggunakan baju keselamatan

a) Latihan bernafas ( blow bubbles )

berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja

tahan nafas dan selamkan muka

apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan hem-

buskan melalui hidung

52

Page 53: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air

dan tarik nafas

bertindak sebagai daya apungan badan. Badan yang

beroksigen lebih mudah terapung

memanjangkan stamina apabila berada di dalam air

mengurangkan kepenatan selepas aktiviti renangan; blow

bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.

b) Aktiviti apungan asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh

berenang

berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar

arahan

apungan berdiri

depa tangan - bernafas dengan tenang dan masih berpegangan

tangan.

buat bulatan 5 – 6 orang dengan berpegangan tangan

Apungan Terlentang

peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan

kaki dibuka membentuk `V` dan tangan didepa membentuk

`T`seperti bintang

kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air

depa tangan – bernafas dengan tenang

terlentang sambil berpegangan tangan

Apungan Meniarap

rebahkan badan ke hadapan

luruskan kaki

masih berpegangan tangan

muka dimasukkan ke dalam air

peralatan pernafasan biasa boleh digunakan

Apungan Cendawan

teknik yang paling mudah

kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala ditundukkan

sehingga badan seperti bola

53

Page 54: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

tenang dan santai, anda pasti terapung

semua di atas

dilakukan secara individu

apungan meniarap dan bergerak jarak 3 meter

berenang berdua ke hadapan

lawan berenang

3.3 Asas Renang

Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan

umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya

mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum

mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh

disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan serta kebolehan. Aktiviti renang

membolehkan seseorang itu dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi

menyeronokkan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati

lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokkan.

Di sekolah acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum

kebangsaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum, terutamanya

bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka

meninggalkan sekolah rendah, kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang

sekurang-kuranngnya 25 meter dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai

keselamatan dalam air.

3.3.1 Gaya Renang

Ada empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat

sukan Olimpik iaitu gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak

lentang dan gaya bebas.

Gaya kuak dada.

Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang

rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini

memerlukan tubuh stabil dan kepala boleh berada di luar atau di dalam

air  untuk suatu tempoh yang lama.

54

Page 55: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Kedua-dua belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-dua belah

tangan diluruskan ke hadapan. Kemudian kedua-dua beelah tangan

dibuka ke arah sisi badan seperti gerakan membelah air supaya badan

maju ke hadapan. Gerakan ini seolah-olah meniru gaya seekor katak

yang sedang berenang.  Perenang melakukan pernafasan ketika mulut

berada di permukaan air. Ini di selang seli dengan satu kali gerakan

tangan  kaki atau dua kali gerakan tangan kaki.

Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk

berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada

ini adalah renang yang paling lambat sekali mengikut aturan yang

dikeluarkan olah Federasi Renang Internasional.

Gaya Kuak Lentang

Gaya kuak lentang ialah perenang melakukan renangan dengan cara

menelentang di atas permukaan air.  Wajah perenang menghadapa ke

atas dan ini memudahkan perenang bernafas. Namun perenang hanya

boleh memandang ke atas dan tidak boleh memandang ke hadapan.

Ketika berlumba perenang mengetahui jarak dinding dengan mengira

jumlah gerakan kayuhan renang mereka.

Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa dengan gaya

bebas. Kedua – dua belah tangan secara bergilir digerakkan menuju ke

pinggang seperti pergerakan mengayuh. Di dalam pertandingan,

permulaan acara gaya kuak lentang adalah berbeza dengan gaya bebas,

kuak dada dan gaya kupu – kupu yang semuanya bermula di atas blok

permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril bermula di dalam kolam. 

Perenang akan menghadap dinding dengan kedua-dua belah  tangan 

memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua – dua lutut dibengkokkan

ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam.  Apabila siren

dibunyikan perenang akan menolak dinding dengan  dan badan akan

mula membelah air kolam.

Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak

zaman kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di

Olimpiade Paris. Oleh itu ianya merupakan gaya renang kedua tertua

selepas gaya bebas.

55

Page 56: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Gaya Kupu – kupu

Gaya kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya

berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua

belah lengan secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke

arah luar sebelum diayunkan ke depan. Kaki pula digerakkan dengan

cara menendang ke atas dan ke bawah bersama-sama. Udara

dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul

dipermukaan air. Udara dihirup ketika berada di luar air.

Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya renang

yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya ini perlu

mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya

renang yang lain. Ini kerana gaya renang ini memerlukan waktu yang

lebih lama untuk koordinasi gerakan tangan dan kaki.

Gaya renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang menggunakan

tenaga yang lebih banyak. Kelajuan gaya renang ini diperolehi daripada

ayunan kedua belah tangan secara sama. Perenang yang berenang

dengan menggunakan gaya renang kupu-kupu ini boleh mengatasi

kepantasan perenang yang berenang dengan gaya bebas.

Gaya bebas

Gaya bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke

permukaan air. Kedua belah lengan secara bergantian digerakkan jauh

ke depan dengan gerakan mengayuh, sementara kedua belah kaki

secara bergantian digerakkan naik turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu

berenang gaya bebas, posisi wajah menghadap ke permukaan air.

Pernafasan dilakukan semasa lengan digerakkan keluar dari air, semasa

tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa mengambil nafas,

perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan

3.3.2. Bagaimana berenang gaya bebas dengan cara yang betul: Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang

mengambil nafas

Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian (tanpa     

henti).

56

Page 57: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyen-

tuh permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari tangan yang

menyentuh permukaan air terlebih dahulu.

Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil

nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke dalam

air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri) selesai.

Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil,

pengambilan nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi

jangan sesekali gerakan tangan sambilmengambil nafas.

3.4 Kemahiran Asas MenyelamatKemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah

ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak

diingini dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang

tersendiri. Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan

yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada

menghadapi situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh

membawa kepada kematian, kecederaan ataupun kecacatan yang berpanjangan

dan berterusan.

3.4.1. Prinsip-Prinsip Menyelamat a. Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab

b. Mengenali kewujudan masalah.

c. Menginterperastasikan peristiwa.

d. Berasa tanggungjawab.

3.4.2. Penilaian

Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum

memasuki air.

Keselamatan kendiri.

Kesedaran tentang kebolehan fizikal.

Bantuan yang diperolehi.

Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.

Keadaan persekitaran.

Bilangan mangsa.

Pakaian yang perlu ditanggalkan. 

“cross bearings”.

57

Page 58: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

3.4.3. Tindakan

Keadaan air.

Tingginya tempat memasuki air.

Jenis alat bantuan yang dibawa.

Jenis dasar air.

Keadaan mangsa.

Kepantasan yang diperlukan.

3.4.4. Cara-cara memasuki airMelangkah masuk.

Lompat.

Junam.

Lompat “straddle”.

3.4.5. Mendekati mangsao Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman

mangsa.

o Pendekatan bercakap.

o Pendekatan menggunakan alat bantuan.

o Mendekati mangsa yang tidak sedar.

o Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air

dan mencari mangsa di dalam air.

o Kecederaan tulang belakang.

o Menyokong mangsa.

o Memberi bantuan pernafasan.

3.4.6. Menunda mangsao Mengiringi mangsa dengan alat bantuan.

o Menunda tanpa sentuhan.

o Menunda dengan sentuhan.

3.3.7. Mendaratkan mangsao Mendaratkan mangsa dengan cara yang betul

o Meminta bantuan dengan segera

58

Page 59: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

3.4.8. Rawatan kecemasan dan tindakan susulano Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.

o Kecederaan.

o Perkhidmatan kecemasan.

3.5 Tugasan

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang langkah-langkah untuk menyelamat mangsa di air ?

2. Jelaskan jenis-jenis apungan dan jenis-jenis renang ?

A.

Media Digunakan

v. WhatsApp

vi. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Prosedur Operasi Standard

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Persiapan menjalankan aktiviti air

ii. Keyakinan di Air

iii. Apungan

iv.Kemahiran Asas Menyelamat

59

TUGASAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 60: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii.Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv.Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

UNIT 4 Aktiviti Kembara

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti kembara dijalankan.

ii. Menjelaskan apakah tujuan aktiviti kembara diadakan.

iii. Menyatakan langkah-langkah persediaan sebelum melakukan aktiviti kembara

iv. Menyatakan kepentingan amalan konservasi

60

Page 61: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti kembara yang

dijalankan dalam setiap perkhemahan. Kembara didefinisikan sebagai satu perjalanan

yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran

fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang

sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan,

alam semulajadi.

KERANGKA TAJUK4.1. Kembara

4.2 Amalan Konservasi

.

4.1 Kembara

Kembara bermaksud mengikuti denai-denai atau lorong-lorong kecil yang dilalui

oleh manusia mahupun haiwan. Antara aktiviti kembara yang dijalankan ialah

berjalan merentas rimba atau berjalan lasak. Aktiviti ini merupakan sebahagian

daripada program perkhemahan semasa Bina Insan Guru. Tujuan aktiviti kembara

dijalankan adalah untuk:-

membina ketahanan fizikal dan mental

mengamalkan sikap berdikari semasa menjalankan aktiviti

membentuk semangat berpasukan yang nilai kerjasama yang tinggi

membina nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi

meningkatkan apresiasi terhadap alam sekitar

Sebelum aktiviti kembara dilaksanakan, perancangan perlulah dibuat dengan

teliti untuk mengelakkan kemalangan atau sesat perjalanan.

4.1.1. Persiapan Awal sebelum Memulakan Aktiviti Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu

maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti

kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam

kumpulan masing-masing

61

Page 62: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

memberi nombor kepada para peserta

memberi penerangan berkenaan jarak dan gambaran perseki-

taraan yang akan ditempoh oleh setiap peserta

memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua

peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan,

pemandu arah dan perawat kecemasan

diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta seki-

ranya berlaku kecemasan

Aktiviti memanaskan badan

seorang ketua akan membuat aktiviti memanaskan badan

pastikan stamina dalam keadaan yang baik

sentiasa dalam keadaan yang bersedia

pastikan peralatan yang dibawa mencukupi dan tidak terlalu

banyak

Bacaan Doa

Bagi yang beragama islam, carilah yang mampu membaca doa

secara beramai-ramai

Bagi yang Non Muslim, mereka dibenarkan berdoa sendiri atau

pun berdiam diri

4.2. Amalan Konservasi

Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah

pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentinhnya

konservasi alam. ini akan membawa kese3daran kepada mereka tentang

kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif

terhadap alam.

Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat

disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa

yang mempunyai keberanian, bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika

dan mempunyai visi yang berwawasan.

62

Page 63: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan

aktivitinya di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pelatih guru yang mengikuti

program Bina Insan Guru (BIG). Aktiviti seperti berakit, menjelajah, mendaki

gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Alam sekitar

memainkan peranan yang penting kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang

tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.

Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan

menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan sekiranya alam sekitar di negara kita

tidk dijaga dengan baik.

Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya

terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar

yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat

memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah

memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak

berlaku pencemaran.

4.2.1. Aktiviti Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu

bapa, badan kerajaan, NGO dan badan swasta untuk menimbulkan kesedaran

pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjur, pelajar akan dapat memahami

tentang kepentingan untuk memmelihara dan memulihara alam sekitar.

Kempen Kitar semula

Kempen-kempen yang barkaitan dengan mengurangkan bahan buangan,

mengguna semula dan mengitar semula 3R (reduce,reuse,recycle) di

sekolah-sekolah. pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan

atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar

mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula

akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini

sejak kecil lagi. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran

dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam

sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan

majalah-majalah maka bdapatlah memelihara dan memulihara dari aspek

tumbuhan.Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan

aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas

bermakna lebih banyak polkok akan ditebang. jikalau hutan tidak

63

Page 64: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi.

dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan

membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar

dan memelihara sumber alam sekitar.

Jungle Trekking/Kembara

Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti

penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang bkepentingan

dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-

pelajar ke Taman Negara. Banyak pengetahuan yang berkaitan alam

boleh diterangkan kepada para pelajar. Antaranya tumbuhan yang boleh

dijadikan ubat dan habitat bagi haiwan-haiwan.Di samping itu juga,

kesan-kesan pemusnahan hutan dan akibatnya boleh juga diterangkan

seperti banjir, tanah runtuh dan kepupusan flora dan fauna.

Perkhemahan

Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari

pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan

belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar

dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini,

mereka akan mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam

sekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat

meneruskan hidup. Habitat haiwan juga akan musnah, banyak bianatang

akan mengalami kepupusan.

64

Page 65: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

UNIT 4b KEMBARA (DT)

KERANGKA PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

1.1 Memastikan semua pelajar berada dalam talian (5 minit)

1.1 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari

(10 minit)

1.2 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi

aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input)

(20 minit)

1.3 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh

pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)

1.4 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)

1.5 Tamat

1.6 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)

AKTIVITI 1 :

65Hasilkan sebuah peta konsep i-

Think berasaskan

Page 66: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis aktiviti penghayatan alam semasa kembara.

2. Bincangkan persiapan yang diperlukan sebelum melaksanakan aktiviti kembara.

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Kembara

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti kembara

ii.Aktiviti merentas rimba /lasak

iii. Aktiviti penghayatan alam

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

66

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

TUGASAN

Page 67: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

UNIT 5 Aktiviti Tali

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti tali dijalankan.

ii. Menyatakan langkah-langkah penjagaan dan keselamatan tali

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti tali yang

dijalankan dalam setiap perkhemahan. Aktiviti tali didefinisikan sebagai satu perjalanan

yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran

fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang

sihat, menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan,

alam semulajadi.

67

Page 68: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

KERANGKA TAJUK5.1. Sejarah Tali

5.2 Aktiviti Tali

5.3 Jenis Tali

5.4 Penjagaan dan Keselamatan Tali.

5.1 Sejarah Tali dan Pembinaan TaliTali bermaksud untaian-untaian panjang yang dibuat dari berbagai bahan

yang berfungsi untuk mengikat, menarik, menjerat, menambat, menggantung

dsb. Secara etimologi, tali dapat diertikan sebagai segala sesuatu yang berkaitan

dengan fungsi dan kegunaan tali. Tali pada mulanya berasal dari bahan alam

semulajadi seperti dari akar-akar pohon. Namun mengikut perubahan masa tali

kini boleh dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan sintetik dan kimia.

Tali yang diperbuat dari alam semulajadi semata-mata adalah lebih

mudah rosak dan tidak tahan lama. Kebanyakan bahan alam semulajadi yang

digunakan untuk menghasilkan tali adalah seperti kapas, jut dan sabut kelapa

dan dari haiwan adalah seperti sutera dan bulu biri-biri. Bagi menghasilkan tali

yang bermutu tinggi dan tahan lama, para saintis telah berjaya mencipta tali

dengan cara menggabungkan kedua-dua elemen alam semulajadi dan sintetik

Pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan

dihasilkan oleh E.I. du Pont de Memors and Co. syarikatnya pada tahun 1938.

Tali dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada awalnya hanya dihasilkan untuk

kegunaan para pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak digunakan

untuk aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali tinggi & rendah.

5.2 Aktiviti Tali

5.2.1 Aktiviti AbseilingAbseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah.

Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat

aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.

Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi

saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta

apabila berada di tempat yang tinggi.

68

Page 69: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik

penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.

Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah

peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang

pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta

yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat

merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang

tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak

langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

5.3 Jenis-jenis Tali

1) Tali Karmental (kernmantle)

Tali ’kernmantle’ terdiri dari dua lapisan :

kern (core) – iaitu pintalan beberapa serat tali kecil yang membentuk satu

teras yang kuat ; dan

mantle(shealth) – selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk

membentuk satu lapisan kulit luar.

Kernmental digunakan untuk aktiviti rekreasi luar. Gabungan bahan

semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope &

dynamic rope. Kernmental merupakan satu-satunya tali yang di sahkan

oleh Union Internationale des Association d’Alpinisme (UIAA) yang

menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan aktiviti elemen tali. Ia

terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang dikenali sebagai

‘kern’ dan lapisan luar yang turut terdiri dari anyaman nylon yg dikenali

sebagai ‘mantle’ Tali kernmental adalah ringan dan boleh menambung

berat sehingga 2 ton metrik.

2) Tali Nylon

69

Page 70: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Nylon merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik yang

dikenali sebagai polyamid dan merupakan jenis tali yang paling mudah di

temui dipasaran.

Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat,

tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton.

3) Polyester - merupakan tali kategori polimer. Polyester turut dikenali

melalui nama saintifiknya iaitu polyethylene terephthalate (PET).

Polyester adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam

Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik untuk

tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts)

4) Hemp adalah merupakan tali yang diperbuat dari fiber-fiber tumbuhan

yang dipintal. Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas,

pokok jut, sabut kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan

sebagainya. Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia akan

menjadi lebih kuat jika dalam keadaan basah.

5) Hawser laid merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan

satu tali yang kukuh .Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada

hasilan 3 tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan

dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri

daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.

5.4. Penjagaan dan Keselamatan tali.1) Cara mencuci alatan

a) Tali kernmantle dan harness - Dibasuh dengan air tawar tanpa

menggunakan sebarang bahan pencuci (mengelakkan

tindakbalas kimia). Tali yang kotor perlu direndam terlebih

dahulu, kemudian dicuci secara teliti dari hujung ke hujung tali.

2) Cara mengeringkan peralatan.

70

Page 71: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang

alik pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah

terus kepada cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya

tempat tersebut mestilah mempunyai kitaran udara yang baik.

Kaedah ini akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.

b) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan

dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar

hendak digunakan di masa hadapan.

3) Cara menggulung dan membawa tali karmental

a) Tali kernmantle yang panjang perlu digulung dan diuruskan

dengan baik. Ini bagi mengelakkan berlaku kekusutan dan sukar

hendak digunakan di masa hadapan.

b) Teknik menggulung (coiling) boleh dilakukan dengan dengan

kaedah

i) Mountaineering

Uraikan tali supaya tidak kusut dan bersimpul.

Pegang salah satu hujung tali dengan sebelah tangan dominan.

71

Page 72: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.

Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.

Ulang perbuatan sehingga habis tali dan anda akan dapati

satu gulungan tali yang besar.

Gunakan salah satu hujung tali untuk diikat

pada bahagian tengah gulungan secara simpul manuk.

72

Page 73: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

ii) Butterfly

Pegang hujung tali. Uraikan tali sehingga habis.

Pegang hujung salah satu hujung dan lurutkan tali antara 1 hingga 1.5 meter.

Letakkan di belakang tengkok dan lurut tali ke bawah.

Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.

Ulangi langkah tersebut sehingga habis tali.

73

Page 74: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.

Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.

4) Kaedah membawa tali.

1) Kaedah membawa tali.

a) Menggunakan beg khas.

Tali yang telah digulung diisikan ke dalam beg khas.

74

Page 75: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

b) Menggalas di belakang.

Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di

belakang.

c) Menyilang di badan.

Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang

ke badan untuk dibawa ke lokasi.

d) Menggalas di sisi.

Tali digulung dan buat tali penyangkut seperti tangkai beg tangan.

75

Page 76: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

5) Punca-punca Kerosakan Tali

5.1 Geseran

Kemungkinan disebabkan tali melalui bucu yang tajam

dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada

permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali

5.2 Terluka

Belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk

ke dalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan

lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus.

Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya

menjadi lebih besar

Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena

dengan air

Tali tidak tersusun dengan baik dan menyebabkannya

bengkok

5.3 Cuaca terlalu panas

Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat

Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada

jangka masa yang lama

5.4 Asid / alkali

Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi

apbila terkena asid atau pelarut atau sperid yang kuat

akan merosakkan tali

Sebagai langkah keselamatan, semua tali yang tercemar

hendaklah diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan

sama sekali)

5.5 Terkena serangan Cendawan @ kulat

Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas

apabila terkena cendawan atau kulat

Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah

dikeringkan tanpa menggunakan haba jika tidak digunakan

5.5 Tugasan

76

Page 77: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis-jenis tali?

2. Jelaskan teknik-teknik menggulung tali?

3. Bincangkan kaedah-kaedah membawa tali?

A. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam

bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Aktiviti Tali

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)

i. Persiapan untuk menjalankan aktiviti tali

ii.Pelbagai aktiviti menggunakan tali.

iii. Aktiviti penyelesaian masalah menggunakan tali

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

77

TUGASAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 78: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (MPUD2042)

PAGI

TG

H

PETANG

MALAM

5.00-

6.00

6.00-7.00

7.00-8.00

8.00-9.00

9.00-10.00

10.00-11.00

11.00-12.00

12.00-1.00

1.00-2.00

2.00-3.00

3.00-4.00

4.00-5.00

5.00-6.00

6.00-7.00

7.00-

8.00

8.00-

9.00

9.00-10.0

0

10.00-

11.00

HARI1

PERJALANAN

PEN

DA

FTA

RA

N D

AN

T

AK

LIM

AT

ME

ND

IRIK

AN

KH

EM

AH

(2J)

KE

YA

KIN

AN

AIR

(2J)

SOL

AT

/MA

KA

N/

PEN

GU

RU

SAN

DIR

I

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

(1J)

RE

FLE

KSI

TA

KL

IMA

T A

KT

IVIT

I/SO

P

HARI2 SO

LA

T

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

(1J)

MA

LA

YSI

AA

CE

RG

AS/

MA

KA

N (1

J)

AK

TIV

IIT

I AIR

(5J)

MA

KA

N /S

OL

AT

j

A

KT

IVIT

I K

EM

BA

RA

(5J)

SOL

AT

/MA

KA

N/

PEN

GU

RU

SAN

DIR

I

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

(1J)

RE

FLE

KSI

TA

KL

IMA

T A

KT

IVIT

I/SO

P

HARI3

SOL

AT

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

(1J)

AKTIVITI TALI (5 J)

MA

KA

N /S

OL

AT

A

KT

IVIT

I TA

LI

(2J

)

ET

IKE

T

SISI

AL

/PR

OT

OK

OL

(3J)

SOL

AT

/MA

KA

N/

PEN

GU

RU

SAN

DIR

I

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

(1J)

RE

FLE

KSI

AK

TIV

ITI

HARI4

SOL

AT

TA

ZK

IRA

H/ M

OR

AL

PE

NT

AK

SIR

AN

/

R

EFL

EK

SI

BR

EA

KC

AM

P/M

AJL

IS

PEN

UT

UP

PER

JAL

AN

AN

BA

LIK

78

Page 79: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

BIBLIOGRAFI

Abdul Alim Abdul Rahim (2013), Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Carr,Bob.(2012) Camp Sights. 1st University of Minnesota Press.

Environmental Protection Agency (2008), Pennsylvania Ave,NW,Washington, DC

Federal Emergency Management Agency (2008), Mitigation Division, Washington, DC

Ikmalhisham bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.

Ismail Kamus, MohdAzrulAzizan Ab. Hamid (2013). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jabatan Perdana Menteri, (2014) Panduan Pengurusan Majlis Dan Acara. Kuala Lumpur: Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.

Knight, Richard L.(2012) Wildlife and Recreationists: Coexistence Through Managementand Research. Washington, D.C.: Island Press.

Krogerus, M., Tcshappeler, R. (2014), The Test Book. Profile Books Ltd., London.

Mohd Haji Mohd Tohar (2012), Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis. Kuala Lumpur : INTAN

Linggapan (2000) Definisi Pengertian Standard Operasi Prosedur. Manado, Grameda

79

Page 80: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

PANEL PENGGUBALMPUD2042 BINA INSAN GURU

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Nazri Bin Bedin

Sarjana Pendidikan Sains Sukan, UPSISarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (UPSI)Sijil Perguruan Asas (MPSAH)

2 Mohd Zainuri Bin Embi

Sarjana Sains (Sains Sukan), UPMSarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian, UiTMKursus Sijil Perguruan Khas PJK (MPSAH)Sijil Perguruan Asas (MPMK)

3 Mohd Sidek Bin MuhamadSarjana Sains (Pentadbiran Pendidikan), UPMSarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPM)Sijil Perguruan Asas ( MPSI)

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

80

Page 81: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

81

Page 82: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA€¦ · Web viewFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

82