7
http://pendidikansenivisualsk.blogspot.com/2012/07/kssr-dan- pendidikan-seni-dan-visual.html KSSR DAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL Lebih 500,000 pelajar baru akan memasuki tahun satu menjelang tahun depan dengan KPM memperkenalkan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan iaituPendidikan Seni dan Visual selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang akan diperkenalkan pada tahap satu. Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dantidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti

Insan Harmonis Dlm KSSR

Embed Size (px)

Citation preview

http://pendidikansenivisualsk.blogspot.com/2012/07/kssr-dan-pendidikan-seni-dan-visual.htmlKSSR DAN PENDIDIKAN SENI DAN VISUAL

Lebih 500,000 pelajar baru akan memasuki tahun satu menjelang tahun depan dengan KPM memperkenalkan kurikulum baru iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan iaituPendidikan Seni dan Visualselain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang akan diperkenalkan pada tahap satu.

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dantidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan matapelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiranbefikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.MATLAMATMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantumurid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIFSetelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatifdanmeyeronokkan.3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan senivisual.6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat danselamat.7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri danbertanggungjawab.8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan senivisual.10.Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

KANDUNGAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar2. Membuat Corak dan Rekaan3. Membentuk dan Membuat Binaan4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1. MENGGAMBARBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranserta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuatgambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,struktur, imbangan dan komposisi.Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1 Lukisan1.2 Catan1.3 Kolaj1.4 Montaj1.5 Cetakan1.6 Resis1.7 Gosokan1.8 Stensilan1.9 Percikan1.10 Gurisan1.11 Capan1.12 Mozek1.13 PosterBidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akanmemperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokuskegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsivisual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelarasapa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,lakonan, nyanyian dan cerita.2. MEMBUAT CORAK DAN REKAANBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagaicara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suaturekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamanahasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatanseperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:2.1.1 Pualaman2.1.2 Tiupan2.1.3 Titisan2.1.4 Ikatan dan celupan2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:2.2.1 Lukisan2.2.2 Catan2.2.3 Cetakan2.2.4 Capan2.2.5 Lipatan dan guntingan2.2.6 Resis2.2.7 Kolaj2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalamalam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenalmotif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan inimemberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan danlakonan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelasbila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid denganpenggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberipeluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni.Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:3.1 Arca timbul3.2 Asemblaj3.3 Mobail3.4 Stabail3.5 Model3.6 Diorama3.7 Boneka3.8 Topeng3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberikesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita.4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yangmelibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, muriddiperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

4.1 Alat domestic4.2 Alat permainan4.3 Alat pertahanan diri4.4 Perhiasan diri (ornament)4.5 Batik4.6 Tekat4.7 Ukiran4.8 Tenunan4.9 Anyaman4.10 Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisionaldalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yangmerangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokohbagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalampelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan ceritaPosted bySiti Rokiah Hamid dan Azlina Ahmad