IKHTIAR HIDUP PBSM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pbsm

Citation preview

IKHTIAR HIDUP

NAMA PELAJAR: LAU XIN YI 930820-13-: LING NGIIK BING 931022-13-6386: LING BIN RU 930902-13-6080: LING KA YIN 930121-13-5720TAJUK : IKHTIAR HIDUPKOD KURSUS: WAJ 3111KUMPULAN UNIT: PISMP PSV AMBILAN JAN 2013 [P4F]NAMA PENSYARAH:INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.

IKHTIAR HIDUPMembuat masakan solarMembuat masakan ala rimbaMembuat perangkapPENGENALAN IKHTIAR HIDUP

Istilah Inggeris-survivaliaituthe will to live,to outlive, state of continuing to live.Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat, ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.Terselamat dalam nahas udara atau laut.Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

Situasi ikhtiar hidup.

Kehabisan bekalan makanan dan minuman.Ancaman binatang.Masalah perlindungan.Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental(pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan, pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup

Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

Usaha dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

Kawalan diri dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.Kerjasama jika dalam kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.MakananMakanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.Perubatan5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3. Alat kegunaanAlat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.Antara alat-alat yang sesuai:-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)1 @2 batang lilin1 kotak mancis api/1 pemetik api1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.