Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
ii
iii
PEMBANGUNAN MULTIMEDIA BERASASKAN LAMAN WEB BAGI
SUBJEK FIZIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT (TAJUK CAHAYA)
MOHAMAD NOR FAHMIE BIN ZAINAL ABIDIN
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
iv
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan
limpah kurnia sempurnalah projek sarjana muda ini dengan hasil yang cukup baik.
Hanya padanya tempat ku meminta pertolongan, petunjuk, keampunan dan taubat.
Semoga projek sarjana muda ini mendapat rahmat daripada-Nya.
Pertamanya, terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan kata-
kata semangat dan dorongan yang iltizam di dalam menempuh pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih juga diberikan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda, Dr
Dayang Hjh Tiawa Awang Hj Hamid atas cadangan dan kritikan yang diberikan serta
memberikan impak yang positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat perihal
diri ini dan membantu di saat susah. Dengan bantuan kalian penghasilan projek ini
dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Akhirnya kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa
memberi sokongan dan pandangan dari semasa ke semasa. Dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak dangan penghasilan projek sarjana muda ini. Terima kasih
diucapkan yang tidak terhingga kepada mereka.
vi
ABSTRAK
Pembangunan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web yang
menyediakan platform untuk pembelajaran bagi subjek Fizik untuk tajuk Cahaya.
Pembelajaran ini adalah interaktif dan berasaskan strategi pembelajaran berasaskan
masalah (PBM). Bahasa perantaraan yang digunakan adalah Bahasa Melayu.
Pembangunan laman web ini mengambil kira aspek pembelajaran Fizik melalui
rekabentuk dan pemiliham elemen multimedia yang sesuai. Model Waterfall telah
digunakan sebagai garis panduan dalam membangunkan laman web ini. Perisian
yang digunakan dalam proses pembangunan laman web ini adalah Adobe
Dreamweaver CS4 dan Microsoft Office FrontPage 2003 serta beberapa perisian
tambahan seperti Adobe Photoshop CS3, Adobe Flash CS3 dan juga Windows
Movie Maker. Diharap laman web ini dapat digunakan untuk membantu pelajar
dalam pembelajaran Fizik bagi tajuk Cahaya.
vii
ABSTRACT
The purpose of these developments is to produce website which provide a
platform for learning for Physics subject with topic Light. The learning process is
interactive and based on Problem Based Learning (PBL) strategy. The content of
website is presented in Malay language. The development of this website is concern
of learning Physics aspect through design and choice of the suitable multimedia
element. Waterfall Model has been choose as a guideline in developing this website.
Software that been used in development of this website is Adobe Dreamweaver CS4
and Microsoft Office FrontPage 2003 with some additional software such as Adobe
Photoshop CS4, Adobe Flash CS3 and Windows Movie Maker. Hopefully, this
website can be use to help student in process of learning Physics for topic Light.
viii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan
1.5 Skop Pembangunan
1.6 Rasional Pembangunan
1
2
4
4
5
5
1.7 Kepentingan Pembangunan
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Guru
5
6
6
ix
1.7.3 Masyarakat
1.8 Batasan Pembangunan
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Internet
1.9.2 World Wide Web
1.9.3 Laman Web
1.10 Penutup
6
7
7
7
7
8
8
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Perkembangan Komputer Dalam Pendidikan
2.2.1 Pembelajaran Berasaskan Komputer
2.2.2 Pembelajaran Berasaskan Internet
2.2.3 Pembelajaran Melalui Web
2.2.4 Multimedia dalam Pendidikan
2.2.5 Multimedia dalam Laman web
2.2.5.1 Elemen Grafik
2.2.5.2 Elemen Teks
2.2.5.3 Elemen Audio
2.2.5.4 Elemen Animasi
2.2.5.5 Elemen Video
9
10
10
11
12
13
13
14
14
15
15
16
2.3 Teori Pembelajaran
2.3.1 Teori Konstruktivisme
2.4 Pendekatan Pembelajaran
16
17
18
x
2.4.1 Pembelajaran Aktif
2.4.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah
2.5 Model Rekabentuk Laman Web
2.5.1 Model Hanafin dan Peck
2.6 Penutup
18
19
21
21
24
3
REKABENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Model Rekabentuk Laman Web yang Digunakan
3.2.1 Fasa Analisa
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran
3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi Pelajaran
3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan dan Perisian
3.2.2 Fasa Rekabentuk
3.2.2.1 Carta Alir Laman Web
3.2.2.2 Perkakasan yang Digunakan
3.2.2.3 Perisian yang Digunakan
25
26
26
27
28
29
29
30
32
32
3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan
3.2.4 Penilaian Dan Semakan
3.2.5 Pengujian Laman Web
3.3 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Laman Web
3.3.1 Microsoft Office 2007
3.3.2 Adobe Dreamweaver CS3
3.3.3 Adobe Flash CS3
33
33
34
35
35
36
36
xi
3.3.4 Adobe Photoshop CS3
3.3.5 Mozilla Firefox 3.5
3.3.6 Sony Sound Forge 6.0
3.3.7 Macromedia Captive 1.0
3.3.8 Adobe Premier 1.5
3.4 Penyebaran Laman Web
3.5 Penutup
37
37
38
38
38
39
40
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Struktur Asas dan Perbincangan Persembahan Laman
Web
4.2.1 Paparan Laman Utama
4.2.2 Paparan Laman Objektif
4.2.3 Paparan Laman Nota
4.2.4 Paparan Laman Pembiasan
4.2.5 Paparan Laman Pantulan
4.2.6 Paparan Laman Kuiz
4.2.7 Paparan Pautan
4.3 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web
4.4 Penutup
41
42
42
44
44
46
51
55
56
57
58
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
xii
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Masalah dan Kekurangan Yang Dihadapi
5.3.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengetahuan
5.3.2 Kekurangan Masa
5.4 Kelebihan Laman Web
5.5 Kekurangan Laman Web
5.6 Cadangan
5.7 Penutup
59
60
60
61
61
62
63
64
65
RUJUKAN 67
1
BAB Ι
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia kini yang juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan telah banyak
mengubah cara hidup masyarakat dunia terutamanya di dalam bidang teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT). Kita dapat melihat penggunaan ICT secara meluas
dimana-mana sahaja seperti telefon bimbit, komputer riba dan banyak lagi. Pihak
kerajaan juga menyediakan pelaburan yang agak besar setiap tahun untuk
membangunkan bidang ini supaya kemudahan ini dapat berkembang dengan pesat.
Kedatangan teknologi yang serba canggih ini diterima baik oleh masyarakat
terutamanya golongan remaja kerana mereka membesar disamping kemudahan
teknologi ini.
Namun begitu, perkembangan teknologi ini tidak seiring dengan
perkembangan matapelajaran Fizik walaupun Fizik wujud lebih awal berbanding
teknologi yang digunakan. Kebanyakkan masyarakat tidak memandang serius
dengan matapelajaran Fizik dan menganggapnya susah dan tidak penting. Ramai
2
masyarakat yang beranggapan bahawa Fizik ini menyusahkan dan teknologi itu
memudahkan. Teknologi yang seringkali digunakan masyarakat pada zaman
sekarang adalah internet. Oleh kerana internet sesuatu yang penting kepada mereka,
maka amat sesuailah jika pembelajaran subjek Fizik dilakukan melalui internet.
Pelajar juga dapat membina pengetahuan sendiri dengan cara mencari dan belajar
menggunakan laman web tanpa bantuan sesiapa. Dengan ini, ilmu akan dapat
dikonstruk kedalam minda pelajar dengan berkesan.
Terdapat pelbagai media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran laman web tetapi pemilihan media yang baik dan menarik merupakan
kemestian untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2000), multimedia boleh
didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang
merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan
animasi. Apabila elemen-elemen multimedia diserap dalam bidang pendidikan, maka
proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi satu pengalaman yang
menyeronokkan dan akan membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Fizik merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian kita.
Fizik dapat membantu manusia menyelesaikan pelbagai masalah di dalam kehidupan
seharian kita. Namun begitu, pembelajaran fizik dianggap sukar oleh sebilangan
pelajar sekolah menengah. Ini menyebabkan ramai pelajar mulai hilang minat untuk
mempelajari subjek fizik.
Oleh kerana menganggap fizik itu susah, maka secara automatiknya mereka
tidak menggemari fizik. Padahal, fizik itu mudah untuk dipelajari. Fizik untuk
tingkatan 4 adalah penting kerana jika mereka tidak cuba untuk mempelajari dan
meningkatkan prestasi, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mempelajari fizik
3
tingkatan 5 kelak. Ini akan mempengaruhi markah serta minat terhadap fizik di masa
depan.
Pelajar yang kurang gemarkan fizik ini biasanya terdiri daripada pelajar-
pelajar yang lemah dalam fizik. Pelajar yang lemah ini biasanya tidak mampu
memahami konsep serta tidak dapat menguasai kemahiran fizik yang diterapkan,
menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah matematik dengan baik.
Oleh itu kajian ini dibuat untuk membangunkan sebuah laman web yang
bertajuk Fizik Tingkatan 4 bagi tajuk “Cahaya” berasaskan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) supaya pelajar dapat memahami dengan lebih berkesan
dan pelajar akan membina kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis secara
berterusan berkaitan dengan idea yang dihasilkan serta apa yang dilakukan dengan
maklumat yang diterima.
Pembangun memilih pembelajaran konstruktivisme sebagai pembelajaran
dalam laman web yang dihasilkan. Dalam pembanggunan laman web, pembangun
menekankan ciri-ciri pembelajaran konstuktivisme dengan pendekatan pembelajaran
berasaskan masalah di samping pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered).
Berdasarkan pembelajaran ini, sesuatu masalah akan diberikan kepada pelajar dan
pelajar akan cuba menyelesaikannya sesama sendiri disamping bertanyakan kepada
guru. Pembangun berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan masalah
sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan laman web ini kerana pendekatan ini
memberi penekanan kepada pelajar supaya mencari maklumat terlebih dahulu
sebelum mendapat pengetahuan atau idea berkenaan tajuk. Pendekatan ini juga
kurang memberi penekanan kepada tingkahlaku pelajar atau aspek fizikal tetapi lebih
menekankan aktiviti mental pelajar. Melalui laman web yang dihasilkan ini,
pembelajaran kendiri dan idea akan dapat dibentuk di mana pelajar akan belajar
dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar dengan komputer.
Oleh itu, pembelajaran berasaskan laman web ini diharap dapat menarik
minat pelajar dan seterusnya diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi mereka
dalam matapelajaran fizik.
4
1.3 Penyataan Masalah
Di dalam tingkatan 4, tajuk “Cahaya” adalah antara tajuk yang sukar dan
memerlukan kefahaman yang tinggi bagi para pelajar. Dalam tajuk ini, banyak
masalah yang timbul dalam proses P&P. Salah satu daripadanya ialah mewujudkan
fenomena - fenomena fizik yang berkaitan dengan tajuk. Ini menyebabkan pelajar
tidak dapat mendalami tajuk yang diajar. Jika kelemahan ini tidak dapat dibaiki,
pelajar akan mulai hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, tajuk
“Cahaya” adalah tajuk yang terakhir dalam silibus tingkatan empat. Maka di sekolah,
tajuk ini seringkali tidak sempat habis diajar kepada pelajar atau diajar dengan cepat
supaya dapat menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan. Diharap
pembangunan laman web ini dapat membantu proses P&P dengan menyediakan
ruang untuk para pelajar mendalami tajuk “Cahaya” disamping memahaminya
dengan berkesan.
1.4 Objektif Pembangunan
Antara objektif pembangunan yang ingin dicapai oleh pembangun ialah
i. Merekabentuk sebuah pembangunan multimedia berasaskan laman web bagi
subjek Fizik untuk tingkatan 4 bagi tajuk “Cahaya”.
ii. Membangunkan laman web berasaskan kepada pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah.