33
Ibrani 1:1 1 Ibrani 1:6 Ibrani Allah berfirman melalui Putera-Nya 1 Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Putera-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Putera-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. 3 Putera itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya den- gan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. 4 Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka. 5 Kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: ‘Engkau Putera-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu’? Dan juga: ‘Aku akan menjadi Bapa-Nya, dan Dia akan menjadi Putera-Ku’? 6 Selanjutnya, apabila Allah menghantar semula putera sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya: ‘Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya.’

Ibrani filekelak. 2 Jika firmanyang disampaikan melalui para ... yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut menge- ... mati. 16 Dia tidak memberi pertolongan kepada para

Embed Size (px)

Citation preview

Ibrani 1:1 1 Ibrani 1:6

IbraniAllah berfirman melalui Putera-Nya

1Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengananeka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi.2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirmankepada kitamelalui Putera-Nya, yang telah dijadikan-Nyapewaris kepada segala-galanya; melalui Putera-Nya ituAllah telah mencipta alam semesta. 3 Putera itu adalahsinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurnakewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya den-gan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosakita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kananYang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. 4 Diri-Nyajauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melaluiwarisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlangdaripada mereka.

5Kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman:‘Engkau Putera-Ku,

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu’?Dan juga:‘Aku akan menjadi Bapa-Nya,

dan Dia akan menjadi Putera-Ku’?6 Selanjutnya, apabila Allah menghantar semula putera

sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya:‘Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya.’

Ibrani 1:7 2 Ibrani 1:127Dan tentang para malaikat, Dia berfirman:‘Dia menjadikan para malaikat-Nya angin,

dan para pelayan-Nya nyala api.’8 Tetapi tentang Putera itu Dia berfirman:‘Takhta-Mu, Ya Allah,

kekal selama-lamanya;Tongkat kebenaran adalah tongkatkerajaan-Mu.

9 Engkau telah mencintai kebenaran danmembenci kejahatan;Oleh itu Allah, Tuhan-Mu,telah mengurapi-Mudengan minyak kebahagiaan lebihdaripada teman-teman-Mu.’

10Dan:‘Pada mulanya, Engkau, Tuhanku,

yang meletakkan asas bumi,dan seluruh langit adalah hasilkerja tangan-Mu;

11 Bumi dan langit akan binasa,tetapi Engkau kekal;dan segalanya akan menjadiusang seperti pakaian;

12 Seperti jubah, Engkau akanmenggulungnya;seperti baju yang ditukar,semuanya akan diubah.

Tetapi Engkau tetap sama,dan zaman-Mu tidak berkesudahan.’

Ibrani 1:13 3 Ibrani 2:613 Tetapi kepada malaikat manakah Allah pernah berfir-man:‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,

sehingga Aku menjadikanmusuh-Mu alas kaki-Mu’?

14 Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yangdihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisipenyelamatan?

2Amaran supaya berwaspada

1 Oleh itu kita harus memberikan perhatian yang lebihkepada segala yang telah kita dengar; takut kita hanyutkelak. 2 Jika firman yang disampaikan melalui paramalaikat terbukti benar, dan setiap pelanggaran sertakeingkaranmendapat balasan yang setimpal, 3bagaimanakitamungkin terlepas daripadanya jika kitamengabaikanpenyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanyaJunjungan telah menyebutkannya, dan kemudian orangyang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut menge-sahkannya. 4Allah juga telahmemberikan kesaksian den-gan pelbagai tanda, keajaiban, mukjizat dan pengurniaanRoh Suci, menurut kehendak-Nya sendiri.5 Dia tidak meletakkan dunia akan datang, yang kitaperkatakan ini, di bawah takluk para malaikat. 6 Tetapiterdapat seorang yang telah memberikan kesaksian disuatu tempat:‘Apakah manusia maka Engkau

memberinya perhatian,Apakah putera insan maka Engkau

Ibrani 2:7 4 Ibrani 2:13memeliharanya?

7 Engkau telah menjadikannya rendahsedikit daripada malaikat;Engkau memahkotakannya dengankemuliaan dan kehormatan,8 dan Engkau meletakkan segala-galanyatertakluk di bawah kakinya.’

Denganmeletakkan segalanya tertakluk di bawahnya, Al-lah tidak meninggalkan suatu apapun di luar kekuasaan-nya. Tetapi sekarang kita masih belum melihat segala-galanya diletakkan di bawahnya.

Isa dijadikan rendah seketika9 Tetapi kita melihat Isa, yang dijadikan rendah sedikit

daripada malaikat, dimahkotakan dengan kemuliaan dankehormatan kerana telah menderita kematian; supayaDia, dengan kasih kurnia Allah, mengalami kematianuntuk setiap manusia.

10 Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dansegala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ra-mai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Diamenjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurnamelalui penderitaan. 11Dia yangmenyucikan danmerekayang disucikan adalah satu asalnya. Oleh itu Dia tidakmalumemanggil mereka saudara-saudara. 12Dia berkata:‘Aku akan mengisytiharkan nama-Mu

kepada saudara-saudaraku;Di tengah-tengah perhimpunanAku akan menyanyikan pujianuntuk-Mu.’

13Dan juga:

Ibrani 2:14 5 Ibrani 3:5‘Aku akan meletakkan kepercayaan-Ku kepada-Nya.’Seterusnya:‘Lihatlah, ini Aku dan anak-anak yang telah diberikan

Allah kepada-Ku.’14Oleh sebab anak-anak itu telah mendapat tubuh manu-sia, Dia sendiri pun mendapatkannya, supaya melaluikematian Dia dapat memusnahkan Iblis yang berkuasake atas kematian, 15 dan membebaskan mereka yang ter-takluk kepada belenggunya seumur hidup kerana takutmati. 16 Dia tidak memberi pertolongan kepada paramalaikat, tetapi Dia memberi pertolongan kepada ke-turunan Ibrahim. 17 Dengan demikian, dalam segalahal Dia harus disamakan dengan saudara-saudaranya,supaya Dia menjadi Imam Besar yang pengasihan dansetia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untukmenebus dosa umat manusia. 18 Oleh sebab Dia Sendiritelah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapatmenolong orang yang menghadapi godaan.

3Isa lebih tinggi daripada Musa

1 Dengan demikian, saudara-saudara yang salih, yangjuga mendapat panggilan dari syurga, fikirkanlah Rasuldan Imam Besar yang kita akui, Isa al-Masih. 2 Diasetia kepada Allah yangmelantik-Nya, sebagaimanaMusajuga setia dalam seisi rumah Allah. 3 Dia dikira layakmenerima lebih banyak kemuliaan daripada Musa, se-bagaimana pembina rumah lebih dimuliakan daripadarumah. 4 Setiap rumah ada pembinanya, tetapi Dia yangmembina segalanya ialah Allah. 5 Musa memang setiadalam seisi rumah Allah sebagai seorang khadam, untuk

Ibrani 3:6 6 Ibrani 3:15kesaksian terhadap segala perkara yang akan dikatakankemudian. 6 Tetapi al-Masih setia sebagai Putera ke atasseisi rumah-Nya. Kita adalah isi rumah-Nya jika kitaberpegang teguh kepada kebahagiaan harapan ini hinggake akhir.

Amaran terhadap murtad7Oleh itu, sebagaimana dikatakan oleh Roh Suci:

‘Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,8 Jangan keraskan hatimu sepertidalam pemberontakan dahulupada masa cubaan di gurun,

9Ketika nenek moyangmu menguji-Ku, menduga-Ku,meskipun mereka telah melihat perbuatan-Ku se-

lama empatpuluh tahun.

10Oleh itu Aku murka dengan keturunan itu,dan Aku berkata, “Hati mereka sentiasa sesat, dan

mereka tidakmengenal jalan-Ku.”

11Maka Aku bersumpah dalamkemurkaan-Ku,“Mereka tidak akan masuk kedalam rehat-Ku.” ’

12 Awaslah, saudara-saudara, jangan ada dalam diri seo-rang pun daripadamu hati durjana yang tidak berimanlalu berpaling daripada Allah yang hidup. 13 Nasihatilahsesama sendiri setiap hari, selagi masih disebut ‘Hari ini’,jangan sampai sesiapa di antaramumenjadi keras hatinyaakibat dosa yangmemperdaya. 14Kita telahmenyertai al-Masih jika kita berpegangkepada keyakinankita yang kitamiliki dari mula-mulanya hingga ke akhir, 15 seperti manadikatakan:

Ibrani 3:16 7 Ibrani 4:4‘Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,

Jangan keraskan hatimuseperti dalam pemberontakan dahulu.’

16 Siapa yang memberontak setelah mendengar?Bukankah semua mereka yang telah dibawa oleh Musakeluar dariMesir? 17Dengan siapakah Allahmurka empatpuluh tahun? Bukankah dengan mereka yang melakukandosa, yang bergelimpangan mayatnya di gurun? 18 Dankepada siapakah Allah bersumpah bahawa mereka tidakakan masuk ke dalam rehat-Nya? Tak lain tak bukankepada mereka yang tidak taat. 19 Oleh itu nyatalahkepada kita bahawa mereka tidak dapat masuk keranatidak beriman.

4Hari rehat yang disediakan Allah

1 Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk kedalam rehat-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbangkalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak.2 Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka;tetapi firman yang mereka dengar tidak menguntungkanmereka kerana tidak berpadu dengan iman. 3 Kita yangtelah beriman memang masuk ke dalam rehat itu, seba-gaimana firman-Nya:‘Maka Aku bersumpah dalam

kemurkaan-Ku,“mereka tidak akan masuk kedalam rehat-Ku,” ’

walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia di-asaskan. 4 Allah telah berfirman demikian di suatutempat tentang hari ketujuh: ‘Dan Allah berehat pada

Ibrani 4:5 8 Ibrani 4:15hari ketujuh daripada segala pekerjaan-Nya.’; 5Kemudiandi sini pula: ‘Mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku.’ 6 Memandangkan sebilangan manusia pasti masukke dalam rehat itu, dan mereka yang terlebih dahulumendengar Injil tidak masuk disebabkan mereka ingkar,7maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nyakepada Daud, ‘Hari ini,’ setelah sekian lama, iaitu:‘Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya,

jangan keraskan hatimu.’8 Andainya Yusak telah memberikan rehat kepadamereka, Dia tidak akan berfirman kemudian tentang satuhari lain. 9 Oleh itu masih ada rehat-Sabat untuk umatAllah. 10 Orang yang telah masuk ke dalam rehat-Nyajuga telah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimanaAllah telah berhenti daripada pekerjaan-Nya. 11 Jadi,marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam rehat itu,supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contohmereka yang ingkar.

12 Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam dari-pada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisahnyawadan roh, sendi dan sumsum, sertamengenal antarafikiran dan niat di hati. 13 Tidak ada makhluk yangterlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanyaterdedah dan terbuka kepada mata Allah; kepada-Nyananti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuankita.

Isa Imam Besar14 Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang

agung yang telah melalui syurga, iaitu Isa Putera Allah,marilah kita berpegang teguh kepada pengakuan kita.15Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapatmerasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal

Ibrani 4:16 9 Ibrani 5:7Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi,tetapi Dia tidak melakukan dosa. 16 Oleh itu marilah kitatampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia,supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurniauntuk menolong kita ketika kita memerlukannya.

51Setiap ImamBesar dari kalanganmanusia dilantik untukmewakili manusia dalam hal-hal yang berkaitan den-gan Allah, supaya dia dapat memberikan persembahandan korban untuk menghapuskan dosa. 2 Dia dapatmerasakan belas kasih kepada mereka yang jahil dansesat, kerana dia sendiri menghadapi kelemahan diri.3Oleh itu dia dikehendaki membuat persembahan bukansahaja untuk menghapuskan dosa orang lain tetapi jugadosanya sendiri.

4 Tiada sesiapapun mengambil kehormatan ini untukdirinya, kecuali yang dipanggil oleh Allah, seperti Harun.5 Demikian jugalah al-Masih, Dia tidak memuliakan diri-Nya untuk menjadi Imam Besar, tetapi Allah telah berfir-man kepada-Nya:‘Engkau Putera-Ku,

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.’6Allah berfirman juga di suatu tempat lagi:‘Engkau menjadi imam untuk

selama-lamanyamenurut peraturan Melkisedek.’

7 Ketika Isa hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa danmerayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasamenyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah

Ibrani 5:8 10 Ibrani 6:6mendengar-Nya kerana kewarakan-Nya. 8 SungguhpunDia Putera, namun Dia belajar taat melalui segalapenderitaan-Nya. 9 Setelah Dia dijadikan sempurna, Diamenjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semuayangmematuhi-Nya. 10Dia dipanggil Allahmenjadi ImamBesar menurut peraturan Melkisedek.

Amaran supaya jangan menjadi murtad11 Tentang ini kami ada banyak untuk dikatakan, na-

mun sukar hendak diterangkan, kerana pendengaranmusudah tumpul. 12 Sepatutnya sekarang ini kamu sudahboleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi ten-tang prinsip-prinsip asas firman Allah; seolah-olah kamumasih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerimamakanan pepejal. 13 Orang yang hanya boleh minumsusu itu tidak mahir dalam ajaran tentang kebenaran,kerana dia masih bayi. 14Makanan pepejal adalah untukorang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah mem-biasakan akalnya membezakan baik dengan buruk.

61Dengan demikian,marilah kita tinggalkan perbincanganasas ajaran tentang al-Masih dan terus beralih kepadakesempurnaan. Usahlah kita letakkan asas lagi, iaitutaubat daripada perbuatan yang sia-sia, dan berimankepada Allah, 2 ajaran tentang pengimadan, meletakkantangan, kebangkitan daripada kematian, dan hukumanyang kekal. 3 Kita akan melakukannya jika Allah men-gizinkan.

4 Bagi orang yang pernah mengenal kebenaran, telahmengecap pemberian dari syurga, telah menerima RohSuci, 5 telah merasakan kebaikan firman Allah dan kuasazaman akan datang, 6 jika mereka berpaling, mustahil un-tuk membawa mereka bertaubat semula, kerana mereka

Ibrani 6:7 11 Ibrani 6:17telah menyalib Putera Allah sekali lagi bagi diri merekaserta memalukan-Nya di mata orang ramai.

7Tanah yang menghirup air hujan yang sering menim-panya, lalu mengeluarkan tanam-tanaman yang bergunabagi orang, adalah diberkati Allah. 8 Sebaliknya, jikatanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka ia dis-ingkirkan serta hampir dilaknat, dan akhirnya dibakar.

Berdiri teguh dalam iman9 Namun, saudara-saudara yang dikasihi, sungguhpun

kami berkata demikian, kami yakin bahawa perkara yanglebih baik akan berlaku kepadamu, ya, perkara yangmengiringi penyelamatan. 10Allah sentiasa adil dan tidakakan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamutunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedangmelayan orang yang salih. 11 Kami mahu setiap seorangdaripada kamu menunjukkan kesungguhan usaha yangsama untuk memberi sepenuh keyakinan terhadap hara-pan kita hingga ke akhir. 12 Janganlah kamu menjadilembap; teladani mereka yang mewarisi janji itu melaluiiman dan kesabaran.

13 Apabila Allah berjanji kepada Ibrahim, Dia tidakmungkin bersumpah dengannama lain kerana tiada siapalebih besar daripada-Nya, lalu Dia bersumpah dengannama-Nya sendiri. 14 Allah berfirman: ‘Sesungguh-nya Aku akan memberkatimu dan memperbanyak ketu-runanmu.’ 15Dengan demikian, setelah Ibrahimmenang-gung kesusahan dengan sabar, dia mendapat janji itu.

16Orang memang bersumpah dengan nama yang lebihbesar daripada dirinya, dan suatu sumpah sebagai penge-sahan mengakhiri segala pertikaian. 17Dengan demikianAllah, untuk menunjukkan kepada waris-waris janji itubahawa kehendak-Nya tidak mungkin berubah, telah

Ibrani 6:18 12 Ibrani 7:6mengesahkannya dengan sumpah. 18Dengan adanya duaperkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allahtidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telahlari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepadaharapan yang dihulurkan kepada kita. 19Kita mempunyaiharapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap danteguh, dan masuk sampai ke balik tirai. 20Di situ perintisjalan telahmasuk untuk kita, iaitu Isa, yang telahmenjadiImam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturanMelkisedek.

7Imam Melkisedek

1 Melkisedek ini raja Salem, Imam Allah Yang MahaTinggi. Dia telah bertemu dengan Ibrahim yang dalamperjalanan pulang setelah menewaskan raja-raja, lalu diamemberkati Ibrahim. 2 Kepadanya juga Ibrahim meny-erahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya.Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai ‘raja kebe-naran’; kemudian dia dipanggil juga sebagai ‘raja Salem’,bermakna ‘raja kesejahteraan’. 3 Dia tidak mempunyaiibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan ataupenghabisan hayatnya, tetapi seperti Putera Allah, diaterus-menerus menjadi Imam.

4 Sekarang fikirkanlah betapa besarnya orangitu, hinggakan moyang kita Ibrahim menyerahkankepadanya sepersepuluh daripada rampasan perangnya.5 Keturunan Lewi yang menerima jawatan imamdikehendaki memungut sepersepuluh hasil daripadakaum itu menurut hukum Taurat, iaitu daripada saudara-saudara mereka, walaupun dari benih Ibrahim. 6 Tetapiseorang yang bukan daripada keturunan mereka telahmenerima bayaran sepersepuluh hasil daripada Ibrahim

Ibrani 7:7 13 Ibrani 7:17dan telah memberkati Ibrahim, penerima janji-janjiAllah. 7 Tidak boleh dinafikan bahawa orang yanglebih rendah kedudukannya diberkati oleh orang yanglebih tinggi. 8 Di sini manusia biasa yang akan matimenerima bayaran sepersepuluh hasil, tetapi di sana diamenerimanya, yang telah disaksikan hidup berterusan.9 Lewi yang menerima bayaran sepersepuluh hasil punboleh dikatakanmembayarnyamelalui Ibrahim, 10keranadia masih dalam sulbi moyangnya apabila Melkisedekberjumpa dengannya.

Isa al-Masih sama seperti Melkisedek11 Oleh itu, kalaulah kesempurnaan didapati daripada

keimaman Lewi (kerana di bawahnya orang menerimahukum Taurat), mengapakah perlu bangkitnya seorangimam lagi menurut peraturan Melkisedek, yang tidakdipanggilmenurut peraturanHarun? 12Dengan berubah-nya keimaman, semestinya berubahlah hukum Taurat.13 Dia yang disebut berkaitan segala ini datang darisuku lain, yang belum pernah menghasilkan imam untukbertugas di tempat persembahan. 14 Jelas bahawa Jun-jungan kita keturunan Yahuda, tetapi tentang suku iniMusa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam. 15 Jauh lebih jelas lagi jika, seperti Melkisedek,bangkit seorang imam lagi, 16yangdatang bukanmenurutperintah berkenaan hal jasmani, tetapi menurut kuasahidup yang tidak berkesudahan. 17 Tentang Dia, telahdisaksikan:

‘Engkau menjadi imam untukselama-lamanyamenurut peraturan Melkisedek.’

Ibrani 7:18 14 Ibrani 7:2818 Perintah dahulu telah terbatal disebabkan lemah dantidak berguna, 19keranahukumTaurat tidakmenyempur-nakan apa-apapun. Di samping itu, telah dibawa masukharapan yang lebih baik, yang membawa kita lebih dekatkepada Allah.

20 Dan semua ini tidaklah dilakukan tanpa sumpah.21 Imam-imam lain telah diangkat tanpa sumpah, tetapiIsa al-Masih telah menjadi imam dengan sumpah dari-pada Allah yang berfirman kepada-Nya:‘Tuhan telah bersumpah

dan tidak akan mengubah ketetapan:“Engkau menjadi imam selama-lamanya.” ’22Dengandemikian Isamenjadi jaminanyang lebih kukuhbagi perjanjian yang lebih baik.

23Ramai yang telahmenjadi imam itu, kerana kematianmenghalang mereka daripada berterusan dalam jawatan.24 Tetapi Isa, kerana Dia berterusan selama-lamanya,mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah.25Oleh itu Dia dapat menyelamatkan sepenuhnyamerekayang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidupselama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka.

26 Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Diasuci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripadaorang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripadaisi syurga; 27 Imam Besar yang dahulu perlu mempersem-bahkan korban setiap hari, mula-mula untuk mengha-puskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa oranglain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telahmelakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Diamempersembahkan diri-Nya. 28 Hukum melantik manu-sia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi

Ibrani 8:1 15 Ibrani 8:8Imam Besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yangdatang selepas hukumTaurat, melantik Putera yang telahdisempurnakan untuk selama-lamanya.

8Imam Besar perjanjian baru

1Pokok segala yang kami katakan: Kitamempunyai ImamBesar yang duduk di sebelah kanan takhta Allah YangMaha Mulia di syurga. 2 Dia adalah Penjawat di tempatsuci dan di khemah sejati, yang dibina oleh Tuhan, bukanoleh manusia.

3 Setiap Imam Besar dilantik untuk membuat persem-bahan dan korban. Oleh itu Imam Besar ini juga mestiada sesuatu untuk dipersembahkan. 4 Sekiranya Dia dibumi, Dia tidaklah menjadi imam, kerana ada imam yangmembuat persembahan menurut hukum Taurat. 5 Imamdi dunia mempersembahkan salinan dan bayang-bayangperkara di syurga. Demikianlah arahan kepada Musatatkala dia bersedia untuk membuat khemah itu. Allahberfirman, ‘Pastikan bahawa engkau membuat segalanyamenurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gu-nung itu.’ 6 Tetapi sekarang Dia telah mendapat jawatanyang lebih tinggi, kerana Dia juga menjadi Pengantarabagi perjanjian yang lebih baik, yang diasaskan pada janji-janji yang lebih baik.

7Andainya perjanjian pertama itu tidak bercela, tidak-lah perlu diadakan perjanjian lagi. 8 Tetapi Allah telahmendapati mereka bercela lalu berfirman:‘Lihatlah, akan tiba harinya, firman Tuhan,

apabila Aku membuat perjanjian baru dengan kaumIsrael

dan dengan kaum Yahuda –

Ibrani 8:9 16 Ibrani 8:139 tidak seperti perjanjian

yang telah Kubuat dengan nenekmoyang mereka

ketika Aku membimbing tangan merekauntuk membawa mereka keluar daritanah Mesir,

kerana mereka tidak terus-menerusmemegang janji-Ku,lalu Aku berpaling daripada mereka;demikian firman Tuhan.

10 Inilah perjanjian yang akan Kubuatdengan kaum Israelselepas zaman itu, Tuhan berfirman.

Aku akan meletakkan hukum-Ku di dalamfikiran merekadan menuliskannya di hati mereka;

Aku akan menjadi Allah Tuhan mereka,dan mereka akan menjadi umat-Ku.

11 Tiada seorang pun daripada merekaakan mengajar jirannya atausaudaranya dengan berkata,“Kenalilah Tuhan,”

kerana semuanya akan mengenal-Ku,daripada yang terkecil kepada yangterbesar antara mereka.

12Aku akan berbelas kasihan terhadapkesalahan mereka;dan dosa serta perbuatan merekayang ingkar tidak akanKuingati lagi.’

13 Dengan menyebut ‘perjanjian baru,’ Tuhan telah men-jadikan perjanjian pertama dahulu tidak terpakai lagi.

Ibrani 9:1 17 Ibrani 9:10Sesuatu yang kian tidak terpakai dan usang sudah sampaimasanya untuk lenyap.

9Ibadat di bumi dan di syurga

1 Perjanjian pertama itu mempunyai rukun-rukun ibadatdan tempat suci di bumi. 2 Suatu khemah telah disedi-akan: di bahagian pertama terdapat kaki pelita, meja danpersembahan roti; ini disebut Tempat Suci. 3 Di baliktirai kedua ialah bahagian khemah yang disebut TempatPaling Suci. 4 Di situ terdapat perasapan emas, petiperjanjian yang bersalut emas, bokor emas yang berisimanna, tongkatHarunyangbertunas, dan loh-lohperjan-jian. 5Di atasnya kerub kemuliaan yangmenaungi tempatbelas kasihan. Perkara ini tidak dapat diperkatakan satupersatu sekarang.

6 Setelah segala ini disediakan, imam-imam sentiasamasuk ke bahagian pertama khemah itu danmenyempur-nakan ibadatnya. 7Tetapi ke bahagian kedua, Imam Besarmasuk seorang diri setahun sekali sahaja, tidak bolehtidak membawa darah, yang dipersembahkannya untukdosa dirinya dan untuk dosa orang lain yang dilakukanakibat kejahilan. 8Roh Suci membayangkan bahawa jalanmasuk ke Tempat Paling Suci tidak dinyatakan selagibahagian pertama khemah masih tetap berdiri. 9 Inimelambangkan zaman ini, ketika persembahan dan kor-ban dipersembahkan tetapi tidak menjadikan orang yangmenjalankan ibadat itu sempurna dari segi hati nurani.10 Semua ini hanya soal makanan dan minuman, pelbagaiupacara pembasuhan iaitu peraturan-peraturan lahiriahyang dikenakan hingga sampai masa pembaharuan.

Al-Masih Pengantara manusia

Ibrani 9:11 18 Ibrani 9:2211 Tetapi al-Masih datang sebagai Imam Besar bagi

perkara-perkara baik yang akan datang, dengan khemahyang lebih besar dan lebih sempurna, yang bukan bu-atan manusia, bukan sebahagian daripada kejadian alam.12 Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapidengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam TempatPaling Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Diamendapatkan penebusan yang kekal. 13 Jika darah lembujantan dan kambing serta abu lembu betina muda yangdirenjiskan ke atas orang bernajis dapat menyucikanbadannya, 14 lebih-lebih lagilah darah al-Masih, yangmelalui Roh kekalmempersembahkandiri-Nya tanpa celakepada Allah, menyucikan hati nuranimu daripada per-buatan yang mati supaya kamu dapat beribadat kepadaAllah yang hidup.

15 Itulah sebabnya Diamenjadi Pengantara bagi perjan-jian baru, melalui kematian, untuk menebus kesalahan dibawah perjanjian pertama, supayamereka yang dipanggildapat menerima janji warisan yang kekal.

16 Apabila ada wasiat, semestinya ada kematian pe-wasiat. 17 Wasiat berkuatkuasa selepas kematian sese-orang, kerana langsung tiada kuasanya selagi pewasiatmasih hidup. 18Perjanjian pertama itupun tidaklah diten-tukan tanpa darah. 19SetelahMusamenyampaikan segalaajaran kepada semua orang menurut hukum Taurat, diamengambil darah anak lembu dan kambing, dengan air,bulu domba berwarna merah dan zufa, lalu merenjiskanke atas kitab serta semua orang, 20 sambil berkata: ‘Inidarah bagi perjanjian yang telah diperintahkan Allahkepadamu.’ 21 Selepas itu dia merenjiskan juga darah keatas khemah dan segala alat ibadat. 22 Menurut hukumTaurat hampir segala-galanya disucikan dengan darah,dan tanpa darah tidak ada pengampunan.

Ibrani 9:23 19 Ibrani 10:423 Salinan segala yang terdapat di syurga perlu disu-

cikan dengan ini, tetapi segala yang di syurga itu sendirimemerlukan korban yang lebih mulia. 24 Al-Masih tidak-lah masuk ke tempat suci yang dibuat dengan tanganmanusia, iaitu salinan tempat suci sejati. Dia telahmasuk ke syurga itu sendiri, ke hadirat Allah untuk kita.25 Dia tidak perlu mempersembahkan diri-Nya berkali-kali, sebagaimana Imam Besar masuk ke Tempat PalingSuci setiap tahun dengan membawa darah makhluk lain.26Andainya demikian, terpaksalah Diamenderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja,sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosadengan mengorbankan diri-Nya. 27 Sebagaimana manu-sia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan,28 begitulah al-Masih telah dikorbankan sekali untukdosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagikali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untukmenyelamatkan mereka.

10Korban al-Masih yang sempurna

1 Hukum hanya bayang-bayang perkara baik yang akandatang, bukan hakikat perkara itu sendiri. Den-gan demikian hukum itu sekali-kali tidak akan da-pat menyempurnakan orang yang mempersembahkankorban-korban yang demikian itu tahun demi tahun.2Andainya dapat, tidakkah persembahan itu dihentikan?Sekiranya orang yang beribadat itu telah disucikan,mereka tidaklahmerasa diri mereka berdosa lagi. 3Tetapisegala korban itu mengingatkan tentang adanya dosasetiap tahun. 4Tidaklahmungkin darah lembu jantan dankambing dapat menghapuskan dosa.

Ibrani 10:5 20 Ibrani 10:145 Oleh itu, apabila al-Masih datang ke dunia, Dia

berkata:

‘Korban dan persembahan tidak Kauingini,tetapi Engkau telah menyediakantubuh bagi-Ku.

6Persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidakKauredai.

7Kemudian Aku berkata, “Lihatlah,Aku telah datang –dalam naskhah kitab tersurattentang-Ku –untuk melakukan kehendak-Mu,Ya Allah.” ’

8 Mula-mula Dia berkata, ‘Korban dan persembahanbakaran, dan persembahan untuk menebus dosa, tidakKauingini dan tidak Kauredai,’ (iaitu yang dipersem-bahkan menurut Hukum). 9 Kemudian Dia berkata, ‘Li-hatlah, Aku telah datang untukmelakukan kehendak-Mu,Ya Allah.’ Dia menyingkirkan yang pertama untuk men-gasaskan yang kedua. 10 Dengan kehendak Allah itu kitatelah disucikan melalui persembahan tubuh Isa al-Masih,sekali untuk selama-lamanya. 11 Setiap imam berdiri danberibadat setiap hari serta mempersembahkan berkali-kali korban yang serupa, yang sampai bila-bila pun tidakakan dapat menghapuskan dosa. 12Tetapi Imam ini, sete-lah Dia mempersembahkan satu korban untuk menebusdosa selama-lamanya, duduk di sebelah kanan Allah.13 Dari saat itu Dia menanti hingga musuh-musuh-Nyadijadikan alas kaki-Nya. 14Dengan satu persembahan Diatelah menyempurnakan untuk selama-lamanya semuaorang yang disucikan.

Ibrani 10:15 21 Ibrani 10:2515Roh Suci jugamemberi kesaksian kepada kita; kerana

setelah Dia berfirman,16 ‘Inilah perjanjian yang akan Kubuat

dengan mereka selepas zaman itu,Tuhan berfirman:

Aku akan meletakkan hukum-Kudi hati merekadan menuliskannya di dalamfikiran mereka.’

17Dia menambah,‘Dosa dan perbuatan mereka yang ingkar

tidak akan Kuingati lagi.’18 Setelah ada pengampunan, tidaklah ada lagi persemba-han untuk menebus dosa.

Bertekun selalu19 Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai

keberanian untuk masuk ke Tempat Paling Suci melaluidarah Isa, 20 melalui jalan yang baru dan hidup, yangdibukakan-Nya untuk kita, menerusi tirai, iaitu tubuh-Nya. 21 Kita mempunyai Imam Besar di atas isi rumahAllah. 22 Maka marilah kita hampir dengan hati yangtulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati kita telahdirenjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuhkita telah dibasuh dengan air yang bersih. 23 Marilahkita berpegang teguh kepada pengakuan harapan kitatanpa berganjak, kerana Dia yang berjanji sentiasa se-tia. 24 Marilah kita saling perhatikan satu sama lainuntuk menimbulkan kasih dan perbuatan yang baik.25 Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yangdilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah

Ibrani 10:26 22 Ibrani 10:36sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar HariTuhan itu kian hampir.

26 Jika kita sengaja melakukan dosa setelah kita men-genal kebenaran, tiada lagi korban untuk menebus dosa.27 Yang ada hanyalah ketakutan menanti hukuman, danapi kemurkaan yang akan memusnahkan semua yangingkar. 28 Sesiapa yang menolak hukum Musa matitanpa belas kasihan atas kesaksian dua atau tiga orangsaksi. 29 Pada hematmu, betapakah lebih dahsyatnyahukuman yang dianggap setimpal bagi orang yang telahmelanyak Putera Allah di bawah kakinya, memandangringan kepada darah perjanjian yang telah menyucikan-nya, dan menghina Roh kasih kurnia? 30 Kita mengenalDia yang berfirman, ‘Pembalasan adalah hak-Ku, Akuakan membalas, demikian firman Tuhan.’ Dan juga,‘Tuhan akan menghakimi umat-Nya.’ 31 Sungguh dahsy-atnya jatuh ke tangan Allah yang hidup.

32 Tetapi ingatlah masa silam, ketika kamu dibericahaya kebenaran, kemudian kamu dengan keteta-pan yang gigih menanggung penderitaan yang hebat;33 sebahagiannya apabila kamu sendiri diaibkan di kha-layak ramai dengan celaan serta seksaan, dan sebaha-giannya apabila kamumenjadi temanmereka yang diper-lakukan demikian. 34 Kamu telah merasakan belas kasihterhadap mereka yang terpenjara. Kamu telah menerimadengan sukacita apabila hartamu dirampas, kerana kamutahu bahawa kamu mempunyai milik yang lebih baik dankekal di syurga.

35 Oleh itu janganlah buangkan keyakinanmu, yangakan diberi ganjaran besar. 36 Kamu perlu tabahmenderita. Dengan demikian, setelah kamu melakukankehendak Allah, kamu dapat menerima janji itu:

Ibrani 10:37 23 Ibrani 11:637 ‘Seketika sahaja lagi, Dia yang akan datang itu akan

sampaitanpa berlengah-lengah.

38 Sekarang orang yang benar akan hidup dengan iman;Tetapi jika sesiapa undur,

jiwa-Ku tidak meredainya.’39 Tetapi kita bukanlah antara mereka yang undur kearah kebinasaan, tetapi antara mereka yang beriman dandiselamatkan.

11Berasaskan iman

1 Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang di-harapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidakdilihat. 2Melaluinya nenek moyang kita telah dipuji.

3 Melalui iman kita mengerti bahawa seluruh alamdibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segalayang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yangdapat dilihat.

4Melalui iman Habil telah mempersembahkan kepadaAllah korban yang lebih baik daripada yang dipersem-bahkan olehKabil. Dengandemikian diamendapat kesak-sian bahawa dia seorang yang warak; Allah memberikankesaksian tentang persembahannya. Oleh itu setelahHabil mati pun, dia masih berkata-kata.

5Melalui imanHenokh (juga disebut Idris) dipindahkansupaya dia tidak mengalami kematian, ‘dan tidak dapatdijumpai kerana Allah telah memindahkannya’; keranasebelum dia dipindahkan, dia telah menerima kesaksian,bahawa dia mendapat keredaan Allah. 6 Tetapi tanpaiman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yangdatang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah

Ibrani 11:7 24 Ibrani 11:16wujud danDiamemberikan ganjaran kepadamereka yangberusaha untuk mencari-Nya.

7 Melalui iman, Nuh yang diberi amaran tentangperkara-perkara yang belum dilihat telah bertindak den-gan rasa takut akan Allah. Nuh telah menyediakanbahtera untuk menyelamatkan seisi rumahnya. Dengandemikian dia telah mempersalahkan dunia dan mewarisikebenaran menurut iman.

8 Melalui iman Ibrahim taat apabila disuruh pergi ketempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya.Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi. 9Melaluiiman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti dinegara asing. Dia tinggal di khemah-khemah denganIshak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janjiitu; 10 kerana dia menanti kota yang berasas, yang dibinadan dicipta oleh Allah.

11 Melalui iman Sarah juga mendapat kekuatan untukmengandungkan benih lalu melahirkan anak padahalusianya sudah lanjut; kerana dia yakin bahawa Dia yangberjanji itu setia. 12Oleh itu daripada seorang lelaki yangdianggap hampir dengan maut, telah lahir keturunansebanyak bintang-bintang di langit, tidak terkira bilan-gannya seperti butir-butir pasir di pantai.

13 Semua mereka ini telah mati dalam iman. Merekabelummenerima janji itu. Akan tetapi setelahmelihatnyapada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya,dan mengakui mereka orang asing dan musafir di mukabumi ini. 14Mereka yang berkata demikian menyatakanterang-terang bahawa mereka sedang mencari tempatuntuk dijadikan tanah air mereka. 15 Sesungguhnya,kalaulah mereka teringat akan negara yang telah merekatinggalkandahulu,mereka akanmendapat peluanguntukkembali. 16 Tetapi kini mereka inginkan tempat yang

Ibrani 11:17 25 Ibrani 11:28

lebih baik, iaitu di syurga. Oleh itu Allah tidak malu dise-but sebagai Allah Tuhan mereka; Dia telah menyediakansebuah kota untuk mereka.

17 Melalui iman Ibrahim, apabila diuji, menyerahkanIshak sebagai korban; dia yang menerima janji-janjiitu mempersembahkan anak lelakinya yang tunggal.18Tentang anak itu telah disebutkan, ‘Dalam Ishak, benihketurunanmu akan dipanggil.’ 19 Allah berkuasa mem-bangkitkannya daripada kematian; dan secara perlam-bangan dia telah menerimanya semula daripada kema-tian.

20 Melalui iman, Ishak telah memberkati Yakub danEsau berkenaan perkara-perkara yang akan datang.

21 Melalui iman, Yakub ketika akan mati telah mem-berkati setiap orang anak lelaki Yusuf lalu menyembahsambil bersandar kepada kepala tongkatnya.

22Melalui iman Yusuf, apabila hampir sampai ajalnya,telah menyebut pemergian kaum Israel dan berpesantentang tulang-tulangnya.

23 Melalui iman Musa telah disembunyikan oleh ibubapanya selama tiga bulan sejak lahirnya, kerana merekamelihat bahawa dia seorang bayi yang berparas istimewadan mereka tidak takut akan perintah raja.

24 Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu dise-but anak kepada puteri Firaun. 25 Dia memilih untukmenanggung kesusahan bersama umat Allah daripadamenikmati nikmat sementaramelakukandosa. 26Baginyacelaan yang ditanggung al-Masih lebih berharga daripadaseluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap menda-pat ganjaran. 27 Melalui iman dia meninggalkan Mesir,tanpa takut akan kemurkaan raja; kerana hatinya teguhseolah-olah diamelihat Allah yang tidakmungkin dilihat.28 Melalui iman dia mengadakan perayaan Paska dan

Ibrani 11:29 26 Ibrani 11:40

perenjisan darah, supaya pembunuh anak-anak sulungtidak menyentuh anak-anak sulung Israel.

29 Melalui iman mereka menyeberangi Laut Merahseolah-olah berjalan di darat, sedangkan orang Mesiryang cuba berbuat demikian mati lemas.

30 Melalui iman tembok Yerikho telah roboh setelahdikepung tujuh hari.

31 Melalui iman wanita pelacur yang bernama Rahabtidakmusnah bersama orang yang tidak beriman, setelahdia menyambut para perisik dalam sejahtera.

32 Apa lagi yang harus kukatakan? Aku kesuntukanwaktu untuk bercerita tentang Gideon, Barak, Simson,Yefta, Daud, Samuel dan nabi-nabi, 33 yang melalui imantelahmenaklukkan kerajaan,menegakkan keadilan,men-dapatkan janji, menutup mulut singa, 34 memadamkanapi yang ganas, terselamat daripada mata pedang, men-jadi berani dalam peperangan, mengusir tentera-tenteraasing. 35 Ada wanita yang mendapat kembali ahli kelu-arganya yang telah mati dan dihidupkan semula. Adaorang yang diseksa tetapi tidak mahu diselamatkan ker-ana mereka ingin mendapat kebangkitan yang lebih baik.36 Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan den-gan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan. 37Merekadirejam dengan batu, digergaji putus dua; merekadigoda, dan dibunuh dengan pedang. Mereka merayau-rayau berpakaian kulit kambing dalam keadaan papa,menderita, terseksa – 38 dunia tidak layak menampungmereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah.

39 Semua mereka ini, sungguhpun mendapat kesaksianyang baik melalui iman, tidak menerima janji itu. 40Allahtelah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita,supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.

Ibrani 12:1 27 Ibrani 12:912

Teguh dalam iman1 Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegituramainya saksi, hendaklahmenjauhi bebandandosa yangamat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigihdalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita. 2 Kitaharus meneladani Isa, yang mewujudkan dan menyem-purnakan iman kita. Untuk kebahagiaan yang diten-tukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpamenghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk disebelah kanan takhta Allah. 3 Fikirkanlah Dia yang tabahmenderita apabila orang berdosa memusuhi-Nya, supayakamu tidak berasa bosan dan tawar hati.

4 Dalam perjuangan melawan dosa, kamu belum lagibertahan sehingga tumpah darahmu. 5 Kamu telahmelupakan nasihat yang disampaikan kepadamu sepertikepada anak-anak sendiri:‘Anakku, jangan pandang ringan

pengajaran Tuhan,dan jangan tawar hati apabilaDia menegurmu,

6Kerana Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya,Dan menghukum sesiapa yangditerima-Nya sebagai anak.’

7 Jika kamu tahan diajari, Allah memperlakukan kamusebagai anak; kerana anak manakah yang tidak diajarioleh bapanya? 8Tetapi jika kamu tidak diajari, sedangkanorang lainmenerimapengajaran,maka kamuadalah anakharam dan bukanlah anak yang sah. 9 Tambahan pula,kita mempunyai bapa di dunia yang mengajari kita dankita menghormati mereka. Tidakkah sepatutnya kita

Ibrani 12:10 28 Ibrani 12:20lebih rela lagi tunduk kepada Bapa segala roh untukhidup? 10 Bapa kita di dunia mengajari kita beberapawaktu menurut apa yang terasa baik bagi mereka. TetapiTuhan mengajari kita untuk menguntungkan kita, su-paya kita mendapat sebahagian kesucian-Nya. 11 Tiadapengajaran yang menggembirakan ketika dilaksanakan;semuanya terasa teruk. Tetapi kemudiannya pengajaranitu menghasilkan kebenaran yang mendatangkan rasaaman kepada mereka yang telah dididik dengannya.

12Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lesu dan lutut yanglemah, 13 serta buatkan lorong yang lurus bagi kakimu,supaya yang tempang tidak terpelecok tetapi sembuh.

Amaran terhadap mereka yang menolak Tuhan14 Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan se-

mua orang, serta kesucian; tanpanya tiada sesiapapundapat melihat Tuhan. 15Awaslah, jangan sampai ada sesi-apapun yang tidak mendapat kasih kurnia Allah. Janganbiarkan kepahitanmenimbulkan kekacauan, sehingga ra-mai yang tercemar. 16 Janganlah ada di antaramu penzinaatau pencinta dunia seperti Esau, yang menjualkan hakwarisannya untuk sesuap makanan. 17 Kamu ketahui ba-hawa kemudiannya, apabila dia hendak mewarisi berkatitu, dia ditolak, kerana dia tidak mendapat ruang untukbertaubat, walaupun dia memohon berkat itu dengan airmata.

18 Kamu tidak pernah datang ke gunung yang dapatdisentuh dan menyala dengan api, ke dalam gelap-gelitaserta ribut taufan, 19 dan bunyi sangkakala bersamasuara yang menuturkan kata-kata, sehingga sekalianyang mendengarnya merayu supaya kata-kata itu tidakdilafazkan lagi kepada mereka. 20 Mereka tidak tahan

Ibrani 12:21 29 Ibrani 12:29

mendengar apa yang diperintahkan: ‘Jika seekor bi-natang pun menyentuh gunung ini, ia mesti dire-jam dengan batu atau ditembusi dengan anak panah.’21 Penglihatan itu begitu menggerunkan sehingga Musaberkata, ‘Aku amat ketakutan dan menggeletar.’

22Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kotaAllah yang hidup, Baitulmaqdis yang di syurga, kepadapara malaikat yang tidak terkira banyaknya, 23 ke per-himpunan besar dan ke jemaah anak sulung yang didaf-tarkan di syurga, kepada Allah Hakim ke atas sekaliannya,kepada roh-roh orang benar yang telah disempurnakan,24 kepada Isa, Pengantara perjanjian baru, dan kepadadarah renjisan yang menuturkan perkara-perkara yanglebih baik daripada darah Habil.

Kerajaan yang tidak dapat diruntuhkan25 Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang

bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuaradi bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Diayang bersuara dari syurga. 26 Dulu suara-Nya meng-goncang bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji: ‘Sekalilagi Aku menggoncang bukan sahaja bumi tetapi jugasyurga.’ 27 ‘Sekali lagi’ ini bermaksud bahawa segala yangdigoncang, iaitu semua benda buatan akan dihapuskanmanakala segala yang tidak dapat digoncang akan tetapwujud.

28 Oleh sebab kita menerima sebuah kerajaan yangtidak dapat digoncang, biarlah kita mendapat kasih kur-nia, kerana dengannya kita dapat menjalankan kehendakAllah secara yang diredai-Nya, dengan penuh hormatdan takut akan Dia. 29 Allah Tuhan kita adalah api yangmenghanguskan.

Ibrani 13:1 30 Ibrani 13:913

Nasihat akhir1 Pastikan kasih persaudaraan berpanjangan. 2 Janganlupa meraikan orang asing, kerana dengan berbuatdemikian ada orang yang telah meraikan para malaikattanpa mengetahuinya. 3 Ingatlah kepada orang yangterpenjara seolah-olah kamu terantai bersama mereka;kenanglah orang yang dianiaya seolah-olah kamu jugadianiaya, kerana kamu dan mereka adalah satu.

4Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua,dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Al-lah akanmenghukumpenzina baik yang bujangmahupunyang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya.5 Jaga kelakuanmu supaya jangan mengejar kebendaan;kamu harus merasa cukup dengan apa yang ada padamu.Dia Sendiri telah berjanji:‘Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu

Aku tidak sekali-kali akanmembiarkanmu.’

6Oleh itu kita boleh berkata dengan bersemangat:‘Tuhan Penolongku; Aku tidak akan takut.

Apa yang dapat dilakukan manusiakepadaku?’

7 Ingatlah mereka yang menjadi ketuamu yang telahmenyampaikan firman Allah kepadamu. Teladani imanmereka, perhatikan hasil jalan hidup mereka. 8 Isa al-Masih tetap sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya.

9 Jangan terikut-ikut pelbagai ajaran yang berlainandaripada ajaran yang benar. Tetapkan hati dengankasih kurnia Allah, bukan dengan makanan yang tidak

Ibrani 13:10 31 Ibrani 13:19menguntungkan mereka yang asyik dengannya. 10 Kitamempunyai tempat persembahan di mana orang yangmenjalankan ibadat khemah tidak berhak makan sesuatudaripadanya.

11 Bangkai semua binatang, yang darahnya dibawamasuk ke tempat suci oleh Imam Besar untuk menebusdosa, dibakar di luar perkhemahan. 12 Oleh itu Isajuga, untuk menyucikan umat manusia dengan darah-Nya sendiri, menderita di luar pintu gerbang. 13 Dengandemikian marilah kita pergi mendapatkan-Nya, di luarperkhemahan, dan menanggung celaan yang dideritai-Nya. 14 Di sini kita tidak ada kota kekal, tetapi kitaberusaha mendapatkan kota yang akan datang.

Korban yang diredai Allah15 Oleh itu melalui-Nya marilah kita terus-menerus

mempersembahkan korban iaitu pujian kepada Allah,sebagai buah-buahan hasil bibir kita, sambil bersyukurkepada nama-Nya. 16Tetapi jangan lupa berbuat baik danberkongsi, kerana korban demikianlah yang diredai Allah.

17 Taati ketua-ketuamu, dan hendaklah kamu bersikappatuh, keranamerekamengawasi keselamatan rohanimu,sebagai orang yang dipertanggungjawabkan kelak atasperlakuanmu. Pastikanlah bahawa mereka melakukan-nya dengan sukacita, bukan dengan dukacita kerana itutidak akan membawa keuntungan kepadamu.

18Doakanlah kami; kerana kami yakin hati nurani kamibersih, ingin hidup bermaruah dalam segala hal. 19Tetapiaku terutamanyamendesakmu berbuat demikian, supayaaku dikembalikan ke kalanganmu lebih awal.

Doa berkat

Ibrani 13:20 32 Ibrani 13:2520 Semoga Allah Tuhan kesejahteraan yang telah mem-

bangkitkan Junjungan kita Isa daripada kematian, Gem-bala yang mulia itu, melalui darah perjanjian kekal,21 melengkapkan kamu dalam setiap kerja kebajikanuntuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalamdirimu apa yang diredai-Nya, melalui Isa al-Masih, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin.

22 Aku merayu kepadamu, saudara-saudara, dengarlahnasihatku ini dengan sabar, kerana aku menulis ringkassahaja kepadamu.

23 Ketahuilah bahawa saudara kita Timotius telahdibebaskan. Aku akan menemui kamu bersamanya jikadia datang segera.

24 Sampaikan salamku kepada semua ketuamu dansaudara seiman kita. Saudara-saudara dari Itali berkirimsalam kepadamu.

25Semoga kasih kurnia Allahmenyertai kamu sekalian.Amin.

33Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 14 Mar 2019 from source files dated 21Dec 2018648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827