Upload
dangtu
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
PERSEPSI GURU TERHADAP KBKK DALAM PENGAJARAN MATA
PELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH
BATU PAHAT, JOHOR
NAZLINA BINTI NARMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Buat abah dan mak tercinta, Narman bin Othman dan Sulimah Bt Abd Hamid. Segala pengorbanan, sokongan dan doa mu yang mengiringi perjuangan ku di sini amat ku
hargai dan termetri di hati ini hingga akhir hayat nanti
Buat abang tersayang, Mohamad Nazrul Bin Narman Segala bantuan dan dorongan mu amat ku hargai dan tidak mungkin ku lupakan
Teristimewa buat Ahmad Shukri Bin Taha Dikau penguat semangat untuk ku menggapai kejayaan ini dan segala bantuan mu amat ku
hargai
Buat rakan-rakan 5 SPM, Memori kita bersama sungguh bermakna dalam hidupku
Ikhlas, Nazlina binti Narman
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala
puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi
kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Cik Sarimah Bt Ismail di
atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau
sepanjang menjayakan projek ini.
Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan,
sokongan dan dorongan. Terima kasih juga buat rakan-rakan serta pihak-pihak yang
membantu secara langsung atau tidak langsung menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengetahuan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam konteks pengajaran mata pelajaran
Matematik di 20 buah sekolah menengah daerah Batu Pahat, Johor. Responden yang
terlibat terdiri daripada 68 orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik
tingkatan lima. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data yang
diperolehi akan diproses menggunakan perisian SPSS versi13.0 For Windows
(Statistical Package for Social Sciences). Statistik yang digunakan ialah peratusan dan
min. Nilai kebolehpercayaan, α bagi soal selidik ini ialah 0.756. Dapatan kajian ini
menunjukkan tahap persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif berada pada tahap tinggi. Kefahaman umum dan teknik meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga berada pada tahap tinggi. Di akhir
kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak
pentadbiran sekolah dan Jabatan sains dan Matematik Negeri Johor untuk kebaikan
bersama.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify teacher’s perception towards the
knowledge of thinking skills creatively and critically in teaching Mathematics at 20
schools in Batu Pahat, Johor. 68 Mathematics teachers who teaching form five were
involved in this study. Data derived from questionnaire were analyzed using computer
software program, SPSS (Statistical Package for Social Sciences) Version 13.0 for
Windows. The value of reliability, α is 0.756. Finding of this study have shown that
the critical and creative thinking skills of Mathematics Teachers are at the highest level.
The general knowledge and technique to improve the critical and creative thinking skills
were also at the highest level. At the end of the study a few suggestions have been
made by the research to school administration and Johor State Mathematics and
Sciences Committee.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii - x
SENARAI JADUAL xi -xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN 1 - 12
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
viii
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.7.1 Guru 8
1.7.2 Pelajar 9
1.7.3 Pentadbiran Sekolah 9
1.7.4 Bahagian Pendidikan Guru 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Guru 10
1.8.3 Kemahiran Berfikir 10
1.8.4 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 11
1.8.5 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 11
1.8.6 Matematik 12
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13 - 23
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Berfikir 14
2.2.1 Konsep Pemikiran Kritis 15
2.2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 17
2.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 18
2.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 19
2.5 Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran 20
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
2.6 Teknik atau Kaedah Pengajaran dn Pembelajaran 21
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
2.7 Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan 22
Kreatif Dalam Pengajaran.
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24 -31
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Prosedur Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Analisis Data 28
3.7 Kajian Rintis 30
3.8 Kesimpulan 31
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS DATA 32 - 48
4.1 Pengenalan 32
4.2 Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Guru Matematik Mengikut Jantina 33
4.2.2 Taburan Guru Matematik Mengikut Kelulusan 33
Ikhtisas.
4.2.3 Taburan Guru Matematik Mengikut Pengalaman 34
Mengajar Mata Pelajaran Matematik
4.2.4 Taburan Guru Matematik Mengikut Kekerapan 35
Penggunaan KBKK Dalam Sesi Pengajaran
4.2.5 Taburan Guru Matematik yang Pernah 36
Mengikuti Sebarang Kursus Berkaitan
KBKK.
4.3 Bahagian B 37
4.3.1 Pembahagian Item-item Bagi Set Soal Selidik 37
4.4 Persoalan Kajian Pertama 39
x
4.5 Persoalan Kajian Kedua 42
4.6 Persoalan Kajian Ketiga 43
4.7 Persoalan Kajian Keempat 46
4.8 Rumusan Analisis Data 48
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 49 - 59
5.1 Pengenalan 49
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 50
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 51
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 52
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56
5.4 Cadangan 57
5.4.1 Guru 57
5.4.2 Pihak Pentadbiran Sekolah 58
5.4.3 Jabatan Sains dan Matematik 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 59
BIBLIOGRAFI 60 - 63
LAMPIRAN A –E 64 - 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sekolah dan bilangan guru yang mengajar Matematik 26
di sekolah menengah harian gred A di daerah Batu Pahat.
3.2 Pembahagian item soal selidik mengikut aspek yang dikaji. 29
3.3 Taburan markat min bagi menentukan tahap persepsi guru 30
Matematik terhadap pengetahuan KBKK.
4.1 Taburan guru Matematik mengikut jantina. 33
4.2 Taburan guru Matematik mengikut kelulusan ikhtisas. 33
4.3 Taburan guru Matematik mengikut pengalaman mengajar mata 34
pelajaran Matematik
4.4 Taburan guru Matematik mengikut kekerapan penggunaan KBKK 35
dalam sesi pengajaran.
4.5 Taburan guru Matematik yang pernah mengikuti sebarang kursus 36
berkaitan pengetahuan KBKK.
4.6 Taburan item-item bagi set soal selidik. 37
4.7 Taburan markat min bagi menentukan tahap persepsi guru 38
Matematik terhadap pengetahuan KBKK.
4.8 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir 39
secara kritis.
4.9 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir 42
secara kreatif.
4.10 Taburan persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum 43
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
4.11 Taburan teknik yang digunakan oleh guru Matematik bagi 46
meningkatkan KBKK semasa sesi pengajaran.
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A Surat kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Lampiran B Surat kebenaran Pejabat Pelajaran Daerah
Batu Pahat, Johor
Lampiran C Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia
Lampiran D Surat pengesahan item soal selidik
Lampiran E Soal selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Sebagaimana yang kita ketahui, proses pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam merealisasikan Wawasan 2020. Tanpa pendidikan mungkin
Wawasan 2020 itu sendiri pun tidak dapat diilhamkan apatah lagi untuk
direalisasikan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan mangkin kepada
pembangunan sesebuah negara. Bagi merealisasikan Wawasan 2020 itu, kita
mestilah membuat persediaan yang rapi dan lengkap bermula dari sekarang.
Bagi menunjukkan betapa pentingnya proses pendidikan ini kepada individu
khasnya dan negara amnya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam ayat 34
– 36 Surah Saba’ tentang usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan ini.
Ayat tersebut bermaksud :
“Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu ; hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencari kebenaran kerana Allah
semata-mata sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri“.
Daripada ayat Al-Quran tersebut, ia menunjukkan bahawa Allah telah
memberikan manusia akal untuk berfikir. Ini merupakan kurniaan yang paling
istimewa kepada manusia berbanding makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. Maka
potensi berfikir yang diberikan Allah ini haruslah dikembangkan dan dijadikan
2
kenyataan sesuai dengan petunjuk Allah (Mohd Azhar, 2000). Oleh itu, kebolehan
berfikir ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) juga menekankan perkembangan
kurikulum dari segi pembangunan minda dan intelek iaitu sebagai unsur secara
bersepadu. Unsur intelek meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
mengembangkan daya pemikiran supaya individu mampu menghurai, menganalisis,
menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea baru yang bernas. Jelaslah di sini
bahawa pembangunan minda atau intelek boleh dicetuskan melalui kemahiran
berfikir.
Bagi merealisasikan falsafah yang menekankan kepada perkembangan
kurikulum dari segi pembangunan intelek ini, maka peranan pendidik menjadi
semakin mencabar. Oleh itu, setiap pendidik perlu memahami, menghayati dan
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Antara tanggungjwab dan amanah pendidik ialah sebagai pengajar dan penyebar ilmu,
penyelidik, pembimbing, pembentuk akhlak, penjaga atau ibu bapa (Esah Sulaiman,
2003). Pendidik merupakan tonggak dalam merealisasikan perubahan dan kehendak
negara iaitu membentuk sebuah negara yang masyarakatnya bermoral dan beretika,
saintifik dan berteknologi tinggi (Wawasan 2020). Oleh itu, pendidik perlu peka
dengan segala ilmu kependidikan dan bergerak seiring dengan perkembangan terkini.
Antaranya, guru mestilah menguasai ilmu dan kemahiran dalam mata pelajaran
tertentu, menguasai penggunaan teknologi maklumat, menggunakan teknik mengajar
yang berkesan dan sebagainya (Esah Sulaiman, 2003).
Daripada penyataan-penyataan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa guru-
guru serta pelajar-pelajar harus mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mencapai hasrat Wawasan 2020
dan melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek sepertimana yang diwar-
warkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para guru harus sedar bahawa dalam
membekalkan ilmu pengetahuan guru-guru haruslah memiliki daya pemikiran yang
kritis dan kreatif agar berupaya melahirkan generasi yang tinggi pemikirannya. Di
samping menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3
1.2 Latar belakang Masalah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap aspek
perkembangan intelek di mana salah satu daripada ciri-ciri unsur intelek yang
dinyatakan adalah sentiasa berfikir dan berusaha untuk mengembangkan daya
pemikiran supaya individu mampu menghurai, menganalisis, menaakul, merumus
dan menghasilkan idea-idea yang bernas (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993).
Penekanan terhadap aspek perkembangan intelek dan pemikiran kritis di sekolah
bukan sahaja dilaksanakan di negara kita bahkan di seluruh dunia.
Kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Matematik bukanlah satu elemen
baru, malah ianya sudah lama digunakan dalam pengajaran Matematik. Namun
ramai guru yang tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dalam
pengajaran Matematik ini. Semasa mengajar kebanyakan guru Matematik hanya
memberi tumpuan kepada penghafalan teorem-teorem dan formula dalam mata
pelajaran Matematik. Misalnya penghafalan Teorem Phitagoras. Maka melalui
KBKK ini, pelajar akan sentiasa didedahkan kepada suasana yang mendorong dan
menggalakkan pelajar berfikir bukan sahaja untuk meningkatkan pencapaian
akedemik malahan untuk meningkatkan kualiti pemikiran mereka (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1994).
Bagi mencapai tahap negara maju menjelang 2020, sistem pendidikan kita
memainkan peranan penting untuk menyediakan pelajar yang berkualiti dan
mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi supaya dapat menghadapi senario
masyarakat masa depan dengan jayanya. Kurikulum tradisional yang menekankan
penguasaan isi kandungan sahaja perlu diubahsuai bagi merealisasikan hasrat di atas.
Peranan pendidik haruslah bersifat dinamik dan futuristik. Para guru
hendaklah melakukan perubahan dari amalan “ritual teaching” yang tidak produktif
kepada kaedah pengajaran yang lebih baik seperti pengajaran secara koleberatif dan
koperatif yang sejajar dengan arus pemikiran baru (Hadi,1997 dalam Mohd Azhar,
2000). Oleh itu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah didokumentasikan
dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam KBSM di mana objektifnya ialah
4
untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, pemikiran rasional,
kritis dan kreatif.
Bagi merealisasikan objektif yang terdapat dalam KBSM ini, Datuk Seri
Anwar Ibrahim iaitu bekas Menteri Pelajaran Malaysia telah menyatakan bahawa
kita perlu mewujudkan suatu corak pendidikan bersifat terbuka yang menekankan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan pelajar sekolah (NST, 16
September1996). Saranan ini telah diberi sokongan padu oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia apabila menterinya pada masa itu iaitu Datuk Seri Najib Tun
Abd Razak menegaskan bahawa pelajar yang terpilih ke sekolah bestari akan dilatih
supaya mempunyai sikap inovatif, kreatif, dan analitik (NST,19 September 1996).
Ini selaras dengan fungsi sekolah untuk memupuk kemahiran berfikir di kalangan
pelajarnya kerana ekonomi global makin memerlukan pekerja yang berupaya
menganalisis situasi-situasi baru serta menyediakan penyelesaian yang kreatif
(Fiske, 1992 dalam Faizah Ali,2002). Oleh itu guru memainkan peranan yang
penting dalam menerapkan kemahiran berfikir sebagaimana yang dinyatakan dalam
penyataan di bawah:
“Penyoalan yang dirancang dengan baik merupakan teknik paling asas digunakan oleh guru untu merangsang pelajar berfikir. Aras soalan yang digunakan oleh guru akan mendorong pelajar berfikir pada tahap pemikiran aras rendah atau aras tinggi yang sepadan. Penggunaan soalan aras tinggi akan mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif manakala penggunaaan soalan aras rendah akan menggalakkan pelajar mengingat sahaja” .
Berdasarkan penyataan tersebut, guru memainkan peranan yang penting
dalam usaha membentuk dan merangsang perkembangan intelek pelajar. Maka
penguasaan pengetahuan isi kandungan dan pengaplikasian kemahiran berfikir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran mestilah
dirancang dengan sempurna (Falkof dan Moss, 1995 dalam Mohd Faizul, 2003).
Persoalannya sekarang adakah guru-guru tersebut telah mempunyai pengetahuan
yang cukup dan pada tahap manakah guru-guru menguasai seterusnya
mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran mereka? Selain itu, adakah guru-guru
akan memastikan pelajar-pelajar mereka menguasai KBKK bagi menyelesaikan
masalah pelajaran mereka? Keadaan ini juga berkisar pada tahap kecemerlangan
pelajar dalam peperiksaan di sekolah itu sendiri.
5
Peningkatan soalan bercorak KBKK bagi semua kertas peperiksaan telah
menjadi salah satu faktor kemerosotan keputusan peperiksaan. Kenyataan ini telah
dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawat jawatan Menteri
Pendidikan Malaysia semasa mengadakan sidang akhbar pada November 1999.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) satu analisis telah dibuat dan
hasilnya menunjukkan bahawa ramai calon memberi jawapan salah bagi soalan
berbentuk KBKK (Berita Harian, 1999). Berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia bagi mata pelajaran Matematik pada tahun 2001 telah
menurun sebanyak 2.1% iaitu daripada 72.1% pada tahun 2000 kepada 70.0% pada
tahun 2001 (Utusan, 2001). Situasi ini telah merujuk kepada guru bahawa sejauh
manakah mereka telah menguasai penerapan unsur KBKK dalam pengajaran serta
dalam pembinaan soalan. Selain itu, apakah guru-guru tidak memberi pendedahan
kepada pelajar tentang cara penyelesaian masalah yang boleh menggerakkan
pemikiran para pelajar secara kritis dan kreatif ?
1.3 Penyataan Masalah.
Berfikir dalam satu saat adalah lebih baik dari ibadat setahun (Imam Al-
Ghazali dalam Mohd Azhar,2001). Ini menunjukkkan bahawa proses pemikiran itu
merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan sesorang insan. Apatah lagi
sekiranya pemikiran itu dilakukan secara kritis dan kreatif. Memiliki kepintaran
sahaja masih belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan kemahiran berfikir.
Ramai orang yang pintar tetapi tidak mempunyai kemahiran berfikir, malah ramai
orang yang mempunyai kepintaran yang biasa tetapi mempunyai kemahiran berfikir;
ada pula yang terjerumus dalam perangkap dan seterusnya menjadi pemikir yang
tidak mahir (Ainon Mohd, 1995).
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memainkan peranan yang
penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi
sekaligus melahirkan insan yang cemerlang. Ini bermakna, para pendidik
mempunyai peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
menerapkan KBKK dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Sehubungan dengan
6
perkara tersebut, penyelidik ingin mengkaji persepsi guru Matematik terhadap
penguasaan pengetahuan KBKK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Matematik di sekolah menengah sekitar daerah Batu Pahat, Johor.
1.4 Objektif Kajian.
Fokus utama kajian ini dijalankan ialah untuk :
1.4.1 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran
berfikir secara kritis dalam pengajaran mata pelajaran Matematik.
1.4.2 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran
berfikir secara kreatif dalam pengajaran mata pelajaran Matematik.
1.4.3 Mengenal pasti persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum
pengetahuan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran
mata pelajaran Matematik.
1.4.4 Mengenal pasti teknik yang digunakan oleh guru Matematik untuk
meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran
mata pelajaran Matematik.
7
1.5 Persoalan Kajian.
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk menjawab beberapa persoalan
mengenai persepsi guru Matematik terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dalam pengajaran Matematik di sekolah menengah daerah Batu Pahat, Johor.
Antara persoalan kajian bagi kajian ini ialah :
1.5.1 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran
berfikir secara kritis dalam pengajaran mata pelajaran Matematik?
1.5.2 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap pengetahuan kemahiran
berfikir secara kreatif dalam pengajaran mata pelajaran Matematik?
1.5.3 Sejauh manakah persepsi guru Matematik terhadap kefahaman umum
pengetahuan kemahiran befikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran
mata pelajaran Matematik?
1.5.4 Apakah teknik yang digunakan oleh guru Matematik untuk meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran mata pelajaran
Matematik?