24
i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA FAIZUNNIZA BINTI YAHINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

  • Upload
    lamthu

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

i

KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA

FAIZUNNIZA BINTI YAHINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

ii

JUDUL:

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN LIMA

SESI PENGAJIAN: __2007 / 2008

Saya : FAIZUNNIZA BINTI YAHINI_____________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan (√) ( (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ___________________________ _________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 619, FELDA TENGGAROH 2, PM. DR. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD JEMALUANG, 86810, MERSING, JOHOR. Nama Penyelia TARIKH: 2 MEI 2008 TARIKH : 2 MEI 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

iii

PENGAKUAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 4: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

iv

KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN LIMA

FAIZUNNIZA BINTI YAHINI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2008

Page 5: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

v

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya

saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : FAIZUNNIZA BINTI YAHINI

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 6: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

vi

DEDIKASI

Untuk Ayahanda yang disanjungiUntuk Ayahanda yang disanjungiUntuk Ayahanda yang disanjungiUntuk Ayahanda yang disanjungi

YahinYahinYahinYahini Parsii Parsii Parsii Parsi

Dan bondaDan bondaDan bondaDan bonda yang tersayang yang tersayang yang tersayang yang tersayang

Siti Ruminah Mat SaadSiti Ruminah Mat SaadSiti Ruminah Mat SaadSiti Ruminah Mat Saad

Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu yang telah bersusah payah Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu yang telah bersusah payah Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu yang telah bersusah payah Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu yang telah bersusah payah

mendidikku dan memeliharaku agar menjadi mendidikku dan memeliharaku agar menjadi mendidikku dan memeliharaku agar menjadi mendidikku dan memeliharaku agar menjadi

seorang manusia yang bergunaseorang manusia yang bergunaseorang manusia yang bergunaseorang manusia yang berguna

kakanda yang disayangi,kakanda yang disayangi,kakanda yang disayangi,kakanda yang disayangi,

SaifulSaifulSaifulSaiful

Adik yang dikasihiAdik yang dikasihiAdik yang dikasihiAdik yang dikasihi

Shafiq & FaiShafiq & FaiShafiq & FaiShafiq & Faizanzanzanzan

Serta tunang tersayang,Serta tunang tersayang,Serta tunang tersayang,Serta tunang tersayang,

Misran Bin SarawaniMisran Bin SarawaniMisran Bin SarawaniMisran Bin Sarawani

&&&&

RakanRakanRakanRakan----rakan,rakan,rakan,rakan,

Yaya,iqa dan raiYaya,iqa dan raiYaya,iqa dan raiYaya,iqa dan rai

Segala kesabaran dan doa kalian yang diberikan Segala kesabaran dan doa kalian yang diberikan Segala kesabaran dan doa kalian yang diberikan Segala kesabaran dan doa kalian yang diberikan

amat dihargai serta besar ertinya.amat dihargai serta besar ertinya.amat dihargai serta besar ertinya.amat dihargai serta besar ertinya.

Kejayaan ini adalah milik bersama.Kejayaan ini adalah milik bersama.Kejayaan ini adalah milik bersama.Kejayaan ini adalah milik bersama.

Page 7: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

vii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan

limpah kurnia serta keizinanNya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik

mungkin.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih

yang tidak terhingga kepada penyelia PM. Dr. Mohammad Yusof Bin Arshad di atas

bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini

dijalankan. Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya

telah berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu

memberi tunjuk ajar serta sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik kalian akan diberkati oleh

Allah SWT.

Page 8: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

viii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep

alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar sekolah menengah

Tingkatan Lima. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di tiga buah sekolah

menengah dalam daerah Pontian, Johor Darul Ta’zim yang telah dipilih secara rawak.

Instrumen kajian ialah soalan-soalan berstruktur yang berkaitan dengan fenomena

sains. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan untuk dibuat

perbandingan menggunakan Concept Profile Inventory (CPI). Analisis menunjukkan

bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep tindak balas kimia adalah lemah.

Kebanyakan daripada pelajar menggunakan idea alternatif apabila memberikan

penjelasan mengenai sesuatu fenomena yang sepatutnya memerlukan penjelasan

secara saintifik. Idea-idea alternatif boleh menghalang pembelajaran dan kefahaman

konsep-konsep sains. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira idea-idea

alternatif tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan

kefahaman pelajar.

Page 9: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

ix

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the Form Five students’ understanding

and alternative conceptions about chemical reaction. One hundred of Form Five

students from three schools in the district of Pontian, Johor Darul Ta’zim were

chosen randomly as samples. A set of question consisted of common science

phenomena were given to the students. Their responses were analyzed using Concept

Profile Inventory (CPI). The findings showed that students’ understanding about

chemical reaction were not consistent with the scientific theory in explaining the

phenomena. As the implications, teachers should be more sensitive and consider

students’ alternative conceptions to improve the students’ understanding on the

concepts of chemical reaction

Page 10: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBARAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Kesimpulan 11

Page 11: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

xi

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Matlamat Kurikulum Kimia KBSM 13

Kajian mengenai kefahaman pelajar 14

mengenai konsep kimia

2.3 Kajian mengenai kefahaman pelajar 15

mengenai tindak balas kimia

2.4 Kajian mengenai konsep alternatif 19

2.5 Kajian mengenai konsep alternatif dalam 20

tindak balas kimia

2.7 Kajian mengenai faktor-faktor 23

mempengaruhi konsep alternatif dalam

tindak balas kimia

2.7.1 Masalah bahasa dari segi istilah 24

2.7.2 Pelajar gagal menggambar konsep abstrak 25

2.7.3 Kaedah pengajaran guru yang kurang 26

berkesan

2.8 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk kajian 28

3.3 Tempat kajian 29

3.4 Subjek kajian

3.4.1 Populasi 29

3.4.2 Sampel kajian 30

3.5 Instrumen kajian 31

3.5.1 Taburan item-item soal selidik 32

3.6 Prosedur kajian 34

3.7 Analisis data 35

3.8 Kesimpulan 36

Page 12: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

12

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Kefahaman pelajar mengenai konsep 38

perubahan dan keabadian jisim bagi

suatu fenomena tindak balas kimia

4.2.1 Kefahaman pelajar terhadap konsep 38

perubahan jisim bagi pembakaran wul besi

4.2.2 Kefahaman pelajar mengenai konsep 42

perubahan jisim bagi pembakaran petrol

4.2.3 Kefahaman pelajar mengenai konsep 45

keabadian jisim bagi tindak balas fosforus

4.3 Kefahaman pelajar mengenai konsep asas 49

persamaan kimia bagi suatu tindak balas kimia

4.3.1 Kefahaman pelajar mengenai konsep 50

asas persamaan kimia dengan melukis

stuktur atom berdasarkan suatu persamaan

kimia

4.3.2 Kefahaman pelajar mengenai konsep 52

pekali dan subskrip bagi suatu persamaan

kimia

4.3.3 Kefahaman pelajar mengenai konsep asas 54

persamaan kimia dalam sesuatu tindak

balas kimia berdasarkan gambarajah

4.4 Kefahaman pelajar mengenai konsep reagen 55

penghad bagi suatu tindak balas kimia

4.4.1 Kefahaman pelajar mengenai konsep 56

reagen penghad berdasarkan suatu

persamaan kimia

4.5 Kesimpulan 58

Page 13: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

13

BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Dapatan kajian dan perbincangan

5.2.1 Kefahaman pelajar mengenai konsep 61

perubahan dan keabadian jisim bahan

tindak balas

5.2.2 Kefahaman pelajar mengenai konsep 62

asas persamaan kimia bagi suatu tindak

balas kimia

5.2.3 Kefahaman mengenai konsep reagen 63

penghad bagi sesuatu tindak balas kimia

5.3 Rumusan 63

5.4 Implikasi kepada pendidikan 65

5.5 Cadangan kajian lanjutan 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 71

Page 14: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

14

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Taburan bilangan responden bagi 30

setiap sekolah

3.2 Taburan item mengikut soalan dan objektif 32

3.3 Taburan item-item mengikut objektif 34

4.1 Analisis kefahaman pelajar mengenai 71

konsep perubahan jisim semasa pembakaran

wul besi

4.2 Analisis respon pelajar mengenai konsep 73

asas persamaan kimia bagi tindak balas di antara

sulfur dan oksigen

4.3 Analisis respon pelajar mengenai konsep 75

pekali dan subskrip bagi suatu persamaan kimia

4.4 Analisis respon pelajar mengenai konsep 76

reagen penghad dalam suatu tindak balas kimia

4.5 Analisis respon pelajar mengenai konsep 78

keabadian jisim bagi tindak balas fosforus

dalam sistem tertutup

Page 15: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

15

4.6 Analisis respon pelajar mengenai konsep 80

persamaan kimia bagi tindak balas kimia antara

unsur X dan Y

4.7 Analisis respon pelajar mengenai konsep 81

perubahan jisim bagi pembakaran minyak petrol

Page 16: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

16

SENARAI GAMBARAJAH

NO.GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tiga aras pembinaan konsep sains 3

2.1 Peta konsep sistem representasi untuk 17

menggambarkan tindak balas kimia

Page 17: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

17

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

Jadual-jadual analisis respon relajar 71

Borang soal selidik 83

Pengesahan instrumen kajian/ soal selidik

daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengesahan instrumen kajian/ soal selidik daripada

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Page 18: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

18

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan negara membangun yang sedang giat berusaha

membentuk sebuah negara maju selaras dengan misi dan visi Wawasan 2020.

Sejajar dengan itu, pembangunan sains dan teknologi merupakan sebahagian

daripada usaha yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan visi dan misi tersebut.

Pendidikan merupakan salah satu aspek penting yang perlu diperkukuhkan

memandangkan kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem

pendidikan yang dilaksanakan. Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan menyatakan

bahawa pendidikan penting bagi melahirkan individu yang boleh memberi

sumbangan dalam bidang sains dan teknologi serta dapat mengaplikasikannya dalam

usaha pembangunan negara.

Oleh itu, dalam usaha melahirkan individu yang sedemikian, pelajar bukan

sahaja perlu mengenali sains semata-mata malah mereka harus mampu berfikir

secara kreatif dan kritis tentang ilmu sains. Selaras dengan itu, peranan golongan

pendidik juga perlu diambil kira bagi memastikan objektif pendidikan negara kita

tercapai.

Page 19: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

19

Kimia merupakan salah satu cabang sains yang penting dalam kehidupan

harian. Kimia merupakan subjek yang sukar untuk dipelajari samada di peringkat

sekolah menengah mahupun pengajian tinggi (Treagust, 2000). Kimia juga

merupakan salah satu cabang sains yang mana tujuan utamanya adalah untuk

menggambarkan dan menerangkan perubahan kimia. Justeru itu, memandangkan

tindak balas kimia merupakan salah satu objektif penting dalam pengajaran kimia,

guru seharusnya mengambil berat tentang kesukaran dan kefahaman pelajar dalam

menguasai konsep ini.

Proses pengajaran dan pembelajaran kimia perlulah efektif bagi

meningkatkan kemahiran pelajar berfikir secara saintifik. Para guru seharusnya

memulakan pengajaran dengan mengenalpasti konsep-konsep sains yang sedia ada

dalam diri pelajar dan merancang aktiviti yang sesuai supaya dapat distruktur semula

konsep-konsep kimia tersebut ke arah konsep-konsep kimia yang sebenar. Ini dapat

direalisasikan dengan menjalankan kajian untuk mengenalpasti konsep-konsep

alternatif yang dialami oleh pelajar dalam mempelajari kimia serta mengkaji punca

yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku. Kajian ini memfokus kepada

kefahaman pelajar memahami topik tindak balas kimia.

1.2 Latar belakang Masalah

Kimia merupakan salah satu cabang sains yang mengandungi konsep-konsep

abstrak yang memerlukan aras kognitif yang tinggi untuk mempelajarinya. Bagi

menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas untuk

menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih kompleks. Penguasaan

konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang

tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepsian itu iaitu aras makroskopik, mikroskopik

dan persimbolan kerana setiap subkonsep ini adalah saling berkaitan dan

mempengaruhi antara satu sama lain. Makroskopik merupakan perkara yang dapat

Page 20: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

20

dilihat, dihidu dan disentuh dan mikroskopik tidak dapat dilihat dan abstrak seperti

atom, elektron dan molekul. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol sebagai

representasi pengetahuan.

Rajah 1.1: Tiga aras pembinaan konsep kimia

Kimia merupakan salah satu bidang sains yang sukar dikuasai. Antara topik

yang terkandung dalam mata pelajaran kimia yang diakui sukar untuk dipelajari oleh

para pelajar termasuklah konsep mol, pengoksidaan-penurunan, ikatan kimia dan

tindak balas kimia (Hackling dan Garnett dalam Ozmen dan Ayas, 2003). Ini

menunjukkan bahawa tindak balas kimia merupakan salah satu konsep yang sukar

untuk difahami. Tindak balas kimia merupakan suatu konsep berhubung transformasi

sesuatu bahan melalui interaksi dengan bahan yang lain untuk membentuk suatu

bahan baru. Perubahan yang dapat dilihat merupakan hasil daripada pembentukan

bahan baru tersebut. Bilangan dan spesies atom tidak berubah dalam tindak balas

kimia. Tindak balas kimia dapat dilihat dengan jelas apabila ia dipersembahkan

secara simbolik iaitu dalam bentuk persamaan kimia. Persamaan kimia merupakan

representasi simbolik yang penting bagi menunjukkan sesuatu tindak balas kimia.

Jumlah bahan reaktan dan hasil tindak balas perlulah sama. Sebab itulah persamaan

tindak balas perlu seimbang di kedua-dua belah reaktan dan hasil. Dalam pada itu,

persamaan kimia dapat menunjukkan reagen penghad yang terdapat dalam tindak

balas. Reagen penghad merupakan bahan kimia yang menentukan sejauh mana

tindak balas boleh berlaku sebelum ia habis digunakan dan menyebabkan tindak

balas kimia tersebut berhenti berlaku.

Pembinaan konsep kimia

Makroskopik

Mikroskopik Persimbolan

Page 21: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

21

Terdapat beberapa kesukaran yang sering dialami oleh pelajar dalam

memahami tindak balas kimia. Kesukaran tersebut adalah disebabkan oleh konsep

alternatif yang dipegang pelajar mengenai sesuatu konsep tersebut. Sebelum pelajar

menerima pengajaran formal di sekolah, mereka telah mempunyai idea tersendiri

mengenai sesuatu fenomena berdasarkan pengalaman dan interaksi dengan alam

sekitar. Idea yang tidak selari dengan konsep sains ini dikenali sebagai kerangka

alternatif (Taber, 1998) dan konsep alternatif (Driver, 1985). Konsep alternatif ini

biasanya disebabkan percanggahan kefahaman antara pengalaman dan pengetahuan

sedia ada pelajar dengan konsep sebenar tindak balas kimia. Fenomena ini menjadi

satu penghalang kepada kefahaman konsep saintifik dan menimbulkan kesulitan

untuk memahami fakta saintifik, mengasimilasi dan menyusunnya apabila diperlukan.

Beberapa kajian menyatakan, antara konsep alternatif yang sering dialami

oleh pelajar adalah tidak dapat membezakan perubahan kimia dan fizik (Tsaparlis,

2003). Ini menunjukkan terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak mampu

menguasai konsep asas tindak balas kimia. Terdapat pelajar menyatakan bahawa

pembakaran merupakan salah satu contoh tindak balas fizik sementara pembekuan

dan pendidihan merupakan tindak balas kimia.

Di samping itu, kebanyakan pelajar juga mengalami konsep alternatif tentang

konsep keabadian jisim bahan bagi tindak balas kimia dalam sistem tertutup.

Menurut kajian Ozmen dan Ayas (2003), ramai pelajar tidak sedar bahawa jisim hasil

tindak balas adalah sama dengan jisim bahan tindak balas dalam sistem tertutup.

Mereka beranggapan jisim bahan tindak balas berkurang atau bertambah selepas

tindak balas bergantung kepada jenis reaktan. Pelajar juga berpendapat atom boleh

dicipta atau dimusnahkan dalam tindak balas kimia yang menyebabkan jisim bahan

berubah.

Kesukaran pelajar memahami konsep tindak balas kimia adalah disebabkan

oleh kegagalan pelajar menggambarkan sesuatu konsep yang abstrak (Rozaimi,

1991). Menurut kajian Briggs dan Holding dalam kajian Barker (1995) terhadap

Page 22: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

22

pelajar berusia 15 tahun, pelajar tersebut menerangkan bahawa tindak balas kimia

wujud apabila berlaku perubahan jisim, isipadu dan warna pada bahan. Perkara ini

menunjukkan bahawa pelajar hanya dapat menerangkan sesuatu perkara yang dapat

dilihat dengan mata kasar. Mereka tidak berupaya menerangkan tindak balas kimia

melalui konsep yang abstrak seperti susunan atom, molekul, ikatan kimia dan

perubahan tenaga. Dalam erti kata yang lain, pelajar hanya mampu berfikir secara

makroskopik dan tidak pada ketiga-tiga aras pengkonsepsian. Justeru itu, model

saintifik perlu digunakan oleh guru untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak

dapat dilihat bagi memudahkan kefahaman pelajar (Hodgson dalam Treagust, 1995).

Konsep alternatif yang dipegang oleh pelajar mengenai sesuatu konsep tindak

balas kimia boleh memberi kesan buruk . Mereka bukan sahaja tidak dapat

menguasai tindak balas kimia semata-mata malah gagal mengaplikasikan

penggunaan tindak balas kimia dalam topik yang lain. Justeru itu, konsep alternatif

ini perlu diperbetulkan supaya ia tidak berterusan dan boleh mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti konsep-konsep alternatif yang

dialami oleh pelajar mengenai tindak balas kimia. Konsep-konsep alternatif tersebut

menyebabkan pelajar gagal menguasai ketiga-tiga aras pengkonsepsian sains iaitu

aras makroskopik, mikroskopik dan simbolik bagi memahami dan menguasai konsep

tindak balas kimia. Melalui kajian ini, kefahaman dan konsep alternatif yang dialami

oleh pelajar dapat diketahui dengan lebih mendalam. Konsep alternatif tersebut akan

dispesifikkan kepada beberapa konsep penting tindak balas kimia seperti perubahan

dan keabadian jisim, reagen penghad dan persamaan tindak balas kimia.

Page 23: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

23

Konsep alternatif merupakan idea pelajar mengenai sesuatu konsep sains

yang tidak selaras dengan pandangan ahli sains yang berasaskan teori dan prinsip

yang telah dibuktikan. Menurut kajian-kajian terdahulu, terdapat pelbagai konsep

alternatif yang sering dialami pelajar mengenai tindak balas kimia. Antaranya

termasuklah kegagalan pelajar mengenalpasti samada sesuatu tindak balas itu

merupakan tindak balas kimia atau fizik. Di samping mereka juga gagal

menerangkan konsep keabadian jisim dan tenaga dalam sesuatu tindak balas kimia.

Selain itu, kefahaman pelajar mengenai konsep asas persamaan kimia adalah sangat

penting. Ia merupakan elemen penting bagi menguasai tindak balas kimia secara

keseluruhan. Dalam masa yang sama, kefahaman mengenai konsep reagen penghad

adalah penting bagi menguasai konsep tindak balas kimia dengan lebih mendalam.

Kimia merupakan suatu cabang sains yang mengandungi konsep-konsep

abstrak. Memandangkan pelajar lebih cenderung memikirkan perkara-perkara yang

konkrit, ia menjadi penghalang kepada pelajar untuk menguasai tindak balas kimia.

Tindak balas kimia memerlukan pelajar menggambar sesuatu konsep abstrak

contohnya seperti konsep susunan zarah, ikatan kimia dan penggabunan atom-atom.

Justeru itu, strategi pengajaran berkesan perlu dirancang bagi mengatasi masalah ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif. Objektif kajian

ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai tindak balas kimia.

ii. Mengenalpasti konsep alternatif pelajar mengenai tindak balas kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Page 24: i KEFAHAMAN MENGENAI TINDAK BALAS KIMIA DI … fileKajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kefahaman serta konsep-konsep alternatif mengenai konsep tindak balas kimia di kalangan pelajar

24

Bagi memenuhi objektif kajian ini, persoalan kajian yang ingin dikemukakan

adalah seperti berikut:

i. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep tindak balas kimia?

ii. Apakah konsep alternatif pelajar mengenai konsep tindak balas

kimia?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kefahaman dan konsep alternatif

yang dialami oleh pelajar mengenai konsep tindak balas kimia. Konsep alternatif

tersebut menyebabkan pelajar tidak mampu menguasai ketiga-tiga aras

pengkonsepsian sains iaitu aras makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Oleh itu,

kajian ini penting bagi mengenalpasti apakah konsep alternatif pelajar tersebut. Di

samping itu, kajian ini juga penting bagi mengetahui kefahaman pelajar tentang

beberapa konsep tindak balas kimia seperti konsep keabadian dan perubahan jisim,

konsep asas persamaan kimia dan konsep reagen penghad dalam suatu tindak balas

kimia.

Kajian ini akan memberi banyak kebaikan kepada pelbagai golongan

antaranya termasuklah pelajar, guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi

golongan pelajar, kajian ini dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang

konsep-konsep alternatif yang sering mereka alami mengenai tindak balas kimia.

Justeru itu, ia dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai topik penting

ini.