Upload
abdul-muizz-awang-marusin
View
356
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
KEFAHAMAN YANG BENAR DALAM MENGHAYATI KONSEP KEHIDUPAN DAN KEMATIAN, UMMAH DAN UKHUWWAH
Oleh Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin
Isi Kandungan
1. Muqaddimah
2. Menginterpretasikan konsep dan falsafah kehidupan
3. Merenung kematian
4. Hubungan antara kehidupan dan kematian
5. Menghidupkan konsep ummah
6. Konsep Ukhuwah Islamiah dengan berwadah 1Malaysia
7. Perkaitan antara ummah dan ukhuwwah
8. Kesimpulan
9. Rujukan
1
ÁÎYj»A ÅÀYj»A ɼ»A ÁnI.f¨I B¿A .ÅΨÀUA ÉJZuË É»A Ó¼§Ë fÀZ¿ BÄ»Ìmi Ó¼§ ÂÝn»AË ÑÝv»A ,ÅÎÀ»B¨»A Li ɼ» fÀZ»A
.ÅÍf»A Ó¯ É´°Í AjÎa ÉI ɼ»A ejÍ Å¿ :(x) ¾Ìmj»A ¾B³Muqaddimah
Kehidupan, kematian, ummah dan ukhuwwah – perkara paling asas dalam
menjalankan peranan kita sebagai khalifah Allah dan hambaNya. Konsep dan falsafahnya
perlu difahami agar kita mengetahui sebab, tujuan dan objektif adanya perkara-perkara
tersebut. Ketidakfahaman akan perkara ini boleh membawa kepada banyak implikasi
dalam pelbagai sudut dan aspek yang termasuk sebagai merugikan diri sendiri.
Mungkin semua manusia boleh menyelami terlebih dahulu firman Allah SWT dari
surah At-Tin ayat 4 dan 5:
ي� ﴿ ﴾ و� ق� ن� ت س ح� � أ ن ف� ـ� نس �نا ٱل� لق� د� خ ل�ي ﴿٤لق ف� ـ� ل س ف س� " أ ه ـ� ن دد� ر ' ٥﴾ ث"
“Telah kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian kami menjatuhkan
martabat manusia serendah-rendahnya.”
Allah sebenarnya meninggikan darjat manusia dengan darjat yang tinggi. Namun,
hakikatnya, kerana diri kita jugalah membuatkan Allah SWT merendahkan martabat
manusia serendah-rendahnya. Mungkin silap manusia sehinggakan manusia amat dihina
oleh Allah adalah diri manusia yang kurang mengenal dan memahami falsafah dan tujuan
serta konsep hidup, mati, ummah dan ukhuwwah. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan
melainkan diri kita sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita memahami
kehidupan, kematian, ummah dan ukhuwwah secara konseptualistik.
2
Menginterpretasi konsep dan falsafah kehidupan
Setiap manusia ada tujuan hidup di atas dunia. Kehidupan ini telah disyarahkan
dalam banyak instrumen termasuklah dalam dalil naqli dan dalil aqli. Namun sebelum
hidup di dunia, semua roh sudahpun berjanji kepada Allah SWT untuk menyembah
kepadaNya dan menjadi hambaNya.
Salah satu tujuan kehidupan ada diterangkan dalam firman Allah SWT:
ل ك , و " إ�لي� ن ٱل' س ح� ا أ م ن ك س� ح� أ يا , و "ن� ن ٱل' ك م� يب نس نص� ل ت ة , و ر خ� ار ٱل� " ٱل' ك ٱل' ى� ا ءات غ� ف�يم ت ٱب� و
ين د� س� ف� " ٱل�م" ب' "ح� ل ي ٱل' ض� , إ�ن' ر� اد ف� ٱل� س غ� ٱل�ف ب� ت
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang
melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". 1
Dalam ayat ini, salah satu tujuan hidup di atas dunia adalah untuk mencari
kebaikan yang wujud di atas dunia dalam bentuk pahala, sedekah jariah, rahmat, berkat
dan penghargaan sebagai bekalan menuju hari akhirat. Ayat di atas juga berjaya
membuktikan bahawa pentingnya sejarah dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, ayat ini
menjelaskan bahawa sesiapa yang mengulangi sejarah, pasti dia akan mengulanginya.
Itulah juga yang pernah ditegaskan dalam falsafah George Santayana. 2 Maka pilihan kita
selanjutnya untuk mengukir sejarah yang manis lagi dihargai dan disanjung tinggi
mahupun yang pahit lagi memeritkan.
Dalam pada itu, hidup juga menggariskan banyak sebab. Menurut Wikipedia, antara
makna hidup berdasarkan pendapat masyarakat adalah untuk menyembah Tuhan dan
1 Surah al-Qasas, ayat 77.2 The Life of Reason, Volume 1: 1905
3
menjadi hamba Tuhan.3 Hal ini ada ditegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Tidaklah
mereka diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat
kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” 4 Allah berfirman lagi:
ن�ي م� ؤ� ع" ٱل�م" نف ى� ت ر ك� ٱل'� إ�ن' �ر� ف ذك' و"د"ون ب ل�يع� نس إ�ل' �
ٱل� و ن' ت" ٱل�ج� لق� ا خ م و
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.
Dan tidaklah aku (Allah) mencipatakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah
(kepadaKu).” 5
Allah menerangkan kewajipan manusia dalam menjalankan hidup di dunia adalah
untuk beribadah kepadaNya serta menunaikan suruhanNya dan meninggalkan
larangannya untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
Selain itu, Wikipedia menginterpretasikan hidup dalam banyak aspek yang baik dan
yang buruk. Dalam aspek yang baik, hidup ini bertujuan antaranya untuk berbuat baik
kepada manusia lain dan mencipta jasa untuk diingati oleh generasi akan datang.6 Hidup
dalam aspek yang buruk pula bertujuan untuk melakukan jenayah dan lain-lain.
Bagaimanapun, untuk menginterpretasikan tujuan dan falsafah kehidupan, segala-galanya
bermula dari niat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya segala amalan itu bermula
dengan niat dan setiap orang yang mendapat pahala adalah berdasarkan apa yang
diniatkan.” 7
Menurut Imam Abu Daud, niat adalah separuh daripada agama kerana agama
terdiri daripada zahir dan batin. Niat adalah batinnya, manakala amalan adalah zahirnya.
Bukan itu sahaja, bahkan iman pun boleh diterjemahkan sebagai mengaku di lidah,
membenarkan di hati dan dibuktikan melalui amalan zahir. Jelaslah bahawa setiap tujuan
3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Makna_hidup 4 Surah al-Bayyinah, ayat 5.5 Surah Adz-Dzariyat, atat 55 dan 56.6 http://ms.wikipedia.org/wiki/Makna_hidup 7 Hadis diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA, riwayat Mutafaqqun Alaih.
4
kehidupan di dunia segala bermula dari hati dan akhirnya dibuktikan dengan amalan.
Jika hidup bertujuan untuk ihsan, maka kita akan cuba membuktikan keihsanan kita
kepada Allah mahupun kepada manusia. Kalau hidup bertujuan untuk keseronokan, maka
kita pun akan cuba membuktikan diri kita merasa seronok dengan kehidupan di dunia.
Namun, kita yang mempunyai tujuan hidup tidak seharusnya lupa bahawa hidup bukan
setakat di dunia, namun hidup itu wujud di akhirat sama ada untuk kebahagiaan (hidup di
dalam syurga Allah) mahupun untuk kesengsaraan (hidup di dalam neraka Allah)
berdasarkan amalan yang dikerjakan di atas dunia sama ada pahala mahupun dosa.
Islam mempunyai satu cara hidup yang lengkap yang boleh diistilahkan dengan
nama Islam sebagai ad-din. Islam sebagai ad-din bermaksud satu cara hidup yang
lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan. 8 Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran,
ayat 85: “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan diterima oleh
Allah. Pada hari akhirat jadilah mereka antara orang yang rugi.”
Islam juga membawa banyak rahmat. Antaranya rahmat hidayah, rahmat ibadah,
rahmat akhlak, rahmat akal, rahmat ilmu dan rahmat iman. 9 Rahmat yang dibawa oleh
Islam membuktikan bahawa Islam itu lengkap dan saujana. Seterusnya, peranan kitalah
sebagai umat Islam untuk mensaujanakan Islam dengan menjadikan al-Quran, as-
Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber perundangan dan panduan hidup umat Islam,
mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan ajaran para sahabatnya, tabiin dan tabi' tabiin
RAnhum dan seterusnya melestarikan gaya hidup dan budaya Islam. Namun, Ustaz
Pahrol Mohamad Juoi dalam puisinya pernah menyuarakan kekesalannya terhadap umat
Islam kini kerana tidak langsung mengamalkan gaya hidup Islam. 10
Islam merupakan agama ilmu. Ilmu telah terbukti dalam membezakan antara Islam
dengan agama lain yang bersifat warisan kerana agama yang lain selain Islam (walaupun
ada agama ciptaan Allah yang disebut sebagai agama Samawi) sudah dicipta mahupun
diseleweng oleh manusia-manusia yang tidak diredhai Allah sekaligus agama itu sudah
berjaya menyesatkan manusia jauh untuk mendapat rahmat Allah SWT. Islam mewajibkan
8 Mohamad bin Arifin, Mohd. Zaini bin Yahya dan Affendey bin Sahey, Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: 2004, halaman 15.
9 Ibid., halaman 16.10 Puisi: Budaya Berkat Bersendi Syariat, Pahrol Mohamad Juoi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5
semua umatnya menuntut ilmu 11 sepanjang kehidupan. Oleh sebab itu, menuntut ilmu
juga adalah salah satu konsep kehidupan. Tiada manusia yang lahir sudah mempunyai
ilmu. Jikalau kita tidak menuntut ilmu, maka rugilah kita kerana termasuk dalam golongan
orang yang bodoh (jahil) dan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang
memudahkan baginya jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan
ke syurga.” 12 Betapa pemurahnya Allah SWT ke atas hambanya.
Hidup juga memerlukan kita untuk berbakti. Manusia boleh berbakti kepada
pelbagai pihak. Kita boleh berbakti kepada Allah dengan mengangkasakan syiar Islam.
Kita boleh berbakti kepada manusia dengan melakukan sesuatu yang dianggap
bersejarah kepada hidup manusia. Kita boleh berbakti kepada tanah dengan
menghijaukan semula alam sekitar yang semakin hari semakinlah alam sekitar ini menjadi
padang jarak padang tekukur. Akhirnya, Allah berterima kasih kepada manusia yang
berjasa melalui firmannya dalam Surah Al-Insaan, ayat 22:
ا Tك"ور ش� م م' "ك" ي ع� ان س ك اءY و ز م� ج ان لك" ا ك ذ ـ� ه إ�ن'
“Sesungguhnya semua yang baik ini untukmu sebagai balasan dan adalah usaha dan
amal kamu diterima oleh Allah.”
Di kala kita sering menilai tujuan kehidupan, kita tidak boleh lupa bahawa adanya
kehidupan selepas mati seperti yang telah saya sebutkan. Hidup di dunia hanyalah
sementara, hidup di akhirat kekal abadi selamanya. Maha Kekallah Allah dengan zat-
zatNya yang Maha Murni.
Secara tuntasnya, konsep hidup dapat diterangkan seperti berikut:
1. Hidup ini mempunyai berbagai tujuan selaras dengan niat masing-masing.
2. Hidup yang sebenar adalah bertujuan untuk mencari segala kebaikan di dunia
sebagai bekalan menuju alam akhirat.
3. Hidup memerlukan kita untuk mencipta bakti yang dihargai oleh Allah mahupun
11 Hadis riwayat Muslim.12 Hadis Abu Darda RA, riwayat Mutafaqqun 'alaih.
6
manusia.
4. Manusia wajib menuntut ilmu untuk menambahkan pengetahuan dalam selok-belok
kehidupan.
5. Manusia akan melalui dua kehidupan, kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.
7
Merenung kematian
Firman Allah SWT:
د ق ة ف ن' ل ال�ج خ� "د� أ ار� و ن� الن' ح ع ز� ح� ن ز" م ة� , ف يام م ال�ق� و� ك"م� ي "ج"ور ن أ و� ف' "و ا ت م إ�ن' ت� d و و� " ال�م ة سg ذائ�ق " نف� ك"ل'"ور اع" ال�غ" ت م يا إ�ل' "ن� " ال' ياة ا ال�ح م از d و ف
“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya di hari kiamat sahajalah
akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, barangsiapa yang dikeluarkan daripada
Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan
ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpesona.” 13
Kematian diistilahkan sebagai perpisahan antara roh dan jasad. Menurut Wikipedia,
kematian dimaksudkan sebagai penamat muktamad bagi fungsi biologi yang mentakrifkan
organisma hidup. 14 Wikipedia mentakrifkan kematian ini dalam aspek sains dan diterima
oleh pemikiran saintifik sahaja. Bagi pemikiran diniah, pendapat yang bersifat saintifik itu
sukar diterima kerana menurut Islam, setelah kematian, manusia akan menempuh alam
barzakh, suatu persinggahan sebelum menuju alam akhirat.
Manusia kini hampir tertipu dengan kata manis bahawa hidup ini hanya sekali
sedangkan Allah menyediakan dua alam kehidupan, dunia dan akhirat. Mesej mengenai
hidup cuma sekali secara hakikatnya merupakan ajaran agama Kristian yang mengatakan
bahawa dunia adalah destinasi terakhir (final destination) bagi manusia. 15
Kematian juga melambangkan perpisahan kita dengan kehidupan. Kehidupan
sememangnya berakhir dengan kematian. Tiada satu benda akan kekal hidup melainkan
Allah SWT yang Maha Hidup lagi Maha Kekal Abadi.
Kematian juga adalah simbolik bagi manusia untuk berehat daripada kehidupan di
13 Surah Ali Imran, ayat 185.14 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ajal 15 Mohd. Syahir Ismail, Ceramah Khas Nisfu Syaaban. 27 Julai 2010, SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, Sabah.
8
dunia sebelum meneruskan kehidupan seterusnya di alam akhirat. Kematian juga disebut
sebagai pemutus segala kenikmatan kerana segala nikmat dunia kekallah dengan
keduniaannya melainkan tiga harta berharga yang boleh dititipkan di dalam kubur, iaitu
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua orang
tuanya. 16
Kematian boleh terjadi dalam dua perkara, iaitu kesudahan yang baik (husnul
khatimah) dan kesudahan yang buruk (suul khatimah). Cara kematian pula ada berbagai
cara. Mungkin Allah meniadakan kita ketika sedang lena tidur. Mungkin juga Allah
meniadakan kita dalah keadaan yang tragis (seperti kemalangan dan pembunuhan).
Mungkin Allah harus menamatkan riwayat kita ketika mana kita tidak tahu pun bila
kematian kita. Semua yang mati akan berada di alam barzakh sama ada wujud simbolik
kematiannya (kubur) atau tiada.
Kesudahan yang baik (husnul khatimah) adalah benda yang manusia inginkan. Kita
sering sahaja berdoa minta kita mati dalam iman, mati dengan cara baik, namun kita
kurang berusaha mengecapinya. Namun, beruntunglah bagi sesiapa yang menerima
kesudahan yang baik bagi kehidupannya. Di sini bolehlah saya berkongsi satu cerita. Al-
Marhum Ustaz Hj. Nahar Hj. Matamin (1968-2010) merupakan seorang daie dan alim
tersohor di negeri Sabah. Di tengah-tengah al-Marhum menikmati kesihatannya, al-
Marhum harus pergi mengadap Ilahi. Dilaporkan wajah al-Marhum sesudah meninggal
dunia adalah tenang kerana jasanya yang mengangkasakan syiar Islam di negeri Sabah.
Semoga Allah merahmati al-Marhum dan ditempatkan dalam kalangan mukminin. Al-
Fatihah.
Namun, seharusnya kita bimbang kalau-kalau kita mendapat kesudahan buruk
(suul khatimah) seperti yang selalu didedahkan oleh media massa. Baru-baru ini,
pengasas Nouvelles Visage, YBhg Datuk Sosilawati Lawiya bersama peguamnya,
pemandunya dan seorang eksekutif di CIMB Bank hilang dipercayai dibunuh dan dibakar
di Banting, Selangor akibat perbalahan dalam isu pembelian tanah. 17 Secara zahir,
mungkin orang yang tafaqquh fiddin akan mengaitkan gaya hidupnya dengan kematiannya
adalah sebagai suul khatimah walaupun ramai ahli kabinet persekutuan mengutuk
16 Hadis riwayat Muslim.17 Buletin Utama, TV3. 12 September 2010, 8.00 malam.
9
sekeras-kerasnya pembunuhan dan meminta Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat dan
seterusnya terus dibawa kepada Pendakwa Raya untuk dihukum mengikut kehakiman
negara. 18 Bagaimanapun, Allahlah yang maha menilai kesudahan dan kematian itu.
Anggapan terbaik adalah “Allah menyayanginya”.
Mungkin di sini ataupun ketika berada dalam sakaratul maut barulah kita
menghitung diri kita, apa yang sebenarnya sudah kita lakukan di atas dunia. Mungkin kita
masih banyak hutang-piutang dengan manusia. Mungkin kita tidak dimaafkan manusia
atas satu kesilapan. Mungkin kita terlalu bermaksiat. Begitulah, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada berguna. Inilah pemergian kita yang abadi dan takkan kembali.
Kita wajib percaya bahawa adanya alam kubur dan segala kejadian di dalamnya.
Menurut Ustaz M. Ali Hasan Umar, kubur itu suatu tahanan yang menjadi lanjutan
kehidupan setiap manusia. 19 Di alam kuburlah kita akan disoal siasat oleh Malaikat
Munkar dan Nakir tentag hidup kita di dunia.
Talqin sering sahaja menyebut antara soalan-soalan dua malaikat ini seperti siapa
tuhan kamu, siapa rasul kamu, apa ikutanmu, siapakah saudaramu dan lain-lain. Akhirnya
mereka akan bertanya ahli kubur soalan ini, “apa yang telah engkau iktikadkan tentang
orang ini (Muhammad SAW)?” Jawapannya terserah kepada diri masing-masing.
Mukminin akan menyebut syahadah sebagai jawapannya, manakala kafirin mahupun
musyrikin tidak dapat menjawab soalan ini kerana tidak tahu apa-apa mahupun hanya
pandai jadi pak turut. Maka bergembiralah mukminin dengan nikmat kubur dan
terseksalah kafirin dan musyrikin dengan azab kubur. 20
Menyentuh sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim
daripada Saidina Uthman bin Affan RA, maksudnya: “Sesungguhnya alam kubur
(kematian) itu tahap pertama menuju alam akhirat. Jika seseorang selamat pada tahap itu,
maka mudahlah baginya tahap-tahap lain. Sebaliknya, jika tidak selamat seseorang pada
tahap itu, maka lebih dahsyatlah tahap yang selanjutnya.” 21
18 Ibid., 14 September 2010, 8.00 malam.19 M. Ali Hasan Umar, Mahkamah di Padang Mahsyar, Al-Haramain Sdn. Bhd. Singapura: 1980, halaman 16.20 Ibid., halaman 19.21 Ibid., halaman 21.
10
Saya juga cuba menyentuh tentang ungkapan “harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama”. Saya bersetuju juga dengan peribahasa Melayu ini.
Akan tetapi, manusia yang mati itu meninggalkan ilmu dan ilmu tetap hidup walaupun
pemberinya sudah tiada – hujah Islami. Mungkin pada pendapat ahli bahasa “nama” yang
dimaksudkan adalah jasanya mengenai sesuatu perkara seperti Al-Marhum Aminuddin
Baki yang berjasa membangunkan pendidikan di Malaysia, akhirnya namanya diabadikan
pada sebuah institut keguruan di Malaysia dengan nama Institut Aminuddin Baki (IAB).
Pendapat ini mungkin boleh diperhalusi dan diterima pakai.
Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa mati itu pasti berlaku. Kematian
adalah persinggahan dan pemisah antara dunia dan akhirat. Mati juga disebut sebagai
kiamat kecil. Kiamat besarnya pula adalah hari kiamat di mana semua yang bernyawa
semuanya akan mati dan dihidupkan semula.
Di akhirat nanti, kita akan mengadap Allah SWT, Raja segala Raja dan Hakim
segala Hakim untuk diadili amalan baik dan buruk kita. Di dunialah kita harus bersedia
mengadap Allah dengan kesejahteraan dengan mencari rahmat dan redhaNya. Barulah
Allah akan memberi balasan setimpal dengan amalan. Maka selamatlah orang yang
sejahtera mengadap Allah dengan membawa kebaikan berganda. Firman Allah SWT:
﴾ ﴿ "ون ن ل ب الj و ع" م نف م ل ي و� ل�ي� ﴿٨٨ي ل�ب� سق ب� ت ٱل' ن� أ م ٨٩﴾ إ�ل'
“(Itulah) hari yang tidaklah bermanfaat harta dan anak pinak (bagi manusia), melainkan
mereka yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.”
(Surah asy-Syuara, ayat 88 da 89)
11
Hubungan antara kehidupan dan kematian
Kehidupan merupakan diri kita yang dinyawakan untuk menurut perintah Allah SWT.
Maka, kita berperanan untuk mencorakkan kehidupan kita sendiri, sama ada dicorakkan
dengan kebaikan mahupun keburukan. Namun, kita tidak seharusnya lupa. Sebelum hidup
di dunia, kita hidup dalam dua alam lain: alam rohani dan alam dalam kandungan ibu. Di
alam rohani, semua roh sudah berjanji untuk mentuhankan dan mentauhidkan Allah SWT
sepertimana dalam firman Allah SWT:
� ل "واq ب ال م� , ق ك" ب'� ر ت" ب� لس� � أ ه� نف"س� t أ � ل � ع ه" د ه ش� أ "م� و ت ي' "ر'� � ذ ه� ور� "ه" ن ظ م م� ن�ى� ءاد ن} ب "ك م� ب' ذ ر خ إ�ذ� أ و ﴾﴿ ل�ي ف� ـ� ا غ ذ ـ� ن� ه ا ع ا ك"ن' ة� إ�ن' م ـ� ي م ٱل�ق� و� "واq ي ق"ول ن ت نا { أ د� ه� ١٧٢ش
“(Ingatlah, wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari
belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Dia
berfirman): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka menjawab, “Benar (bahawa Engkaulah
Tuhan kami, kami menjadi saksi.” Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari
kiamat kelak: “Sesungguhnya kami lalai tentang (tauhid) ini.” 22
Seterusnya roh kita akan ditiup ke jasad kita yang ketika itu berada di dalam perut
ibu kita. Tetapi kita sendiri tidak dapat mengetahui tentang roh itu. Firman Allah SWT:
ل�يل ق م� إ�ل' ل� ن ٱل�ع� "وت�يت" م'� ا أ م ب'� و ر� ر م� ن� أ وح" م� " "ل� ٱلر' وح� , ق " ن� ٱلر' "ونك ع ل ـ� س� ي و
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu adalah urusan
Tuhanku dan kamu tidak akan diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” 23
Setelah dalam perut ibu, kita akan tetap turun ke dunia sebagai manusia baru.
Kelahiran kita mesra disambut lagikan ria oleh keluarga kita dengan harapan semoga
berguna dalam kehidupan.
22 Surah al-A'raaf, ayat 172.23 Surah Al-Israa', ayat 85
12
Kemudiannya, kita diberi peluang hidup mengikut qadha dan qadar Allah. Allah
SWT telah menentukan beberapa perkara terpelihara di Luh Mahfuz. Antaranya
termasuklah rezeki kita, jodoh kita dan mati kita. Hanya Allahlah yang Maha Mengetahui.
Hidup kita pula mestilah ada visi dan misinya sendiri selaras dengan niat yang
disandarkan di hati.
Setelah kehidupan, semua manusia akan merasai kematian yang menjadi penamat
kepada segala kenikmatan dan kehayatan di dunia. Di alam kubur, kita akan disoal siasat
mengenai kehidupan kita di atas dunia. Kalau kita berjaya di dalam alam kubur, kita akan
berjaya juga di akhirat dan sebaliknya.
Semua orang wajib memahami konsep hidup dan mati agar semua dapat merasai
iman dan taqwa yang manis lagi berhalwa. Ketidakfahaman terhadap konsep hidup dan
mati membawa kepada wujudnya masyarakat yang tidak bertamadun dan langsung
berfahaman sekularisme. Fahaman sekularisme boleh dielakkan sekiranya wujudnya
ketinggian iman dan taqwa dalam diri masing-masing. Sama-sama kita mencapainya.
13
Menghidupkan konsep ummah
Ummah bolehlah ditakrifkan sebagai masyarakat dari segi bahasa. Dari segi istilah,
ummah ialah masyarakat yang menurut ajaran seseorang nabi atau rasul Allah. Kita
bolehlah digelar sebagai umat Muhammad SAW kerana kita hidup selepas kerasulan rasul
terakhir, Nabi Muhammad SAW. Seorang penulis laman web, Khalif Muammar
menterjemahkan konsep ummah sebagai masyarakat universal yang dianggotai oleh
berbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen masing-masing terhadap Islam.
Konsep ummah mewujudkan kebergantungannya kepada iman dan tauhid kepada Allah.24
Ummah mempunyai misinya sendiri – mewujukan persekutuan masyarakat sosial
yang diperintah dalam pemerintahan Islam, menjalankan amanah Allah dan membina
peradaban dan ketamadunan yang gemilang agar disegani kawan dan lawan.
Umat Islam adalah umat yang mentaati arahan Allah SWT yang memandu hidup
yang sejahtera, duniawi mahupun ukhrawi. Umat yang terbaik yang Allah iktiraf adalah
umat yang beristiqamah dalam menjalankan amalan yang baik dan menghayati ajaran
Islam dengan sepenuh penghayatan seperti firmah Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat
110:
ٱل "ون ب� ن م� "ؤ� ت ر� و نك ن� ٱل�م" ن ع و� ن� ت "وف� و
ع� ٱل�م ون ب� أ�م"ر"اس� ت ت� ل�لن' ج ر� "خ� ةg أ "م' أ ي� � خ ك"نت"
“Jadilah kamu sebaik-baik umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran dan yang beriman kepada Allah.”
Setiap insan yang berummah ada kemuliaan dan kehormatannya sebagai manusia
dan hak ini harus dijaga oleh semua manusia. Hak kehormatan adalah antara salah satu
konsep ummah yang harus diamalkan. Di samping itu, ummah dikonsepkan sebagai
kumpulan manusia yang ditarafkan sama (walaupun pada pandangan Allah SWT, manusia
berbeza mengikut keimanan dan ketaqwaannya).
Cuba kita menilai ummah dahulu dengan ummah kini. Amat ketara perbezaannya.
24 http://khairaummah.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=120
14
Ummah dahulu berada dalam persatuan yang kuat dan teguh. Begitu juga di masa kini.
Namun, persatuan dalam ummah kurang diberi penekanan dan kurang diambil perhatian
lantas wujudlah jurang yang ketara lagi luas dalam berbagai lapangan kehidupan.
Dunia ini juga boleh membentuh satu ummah. Namun, akibat daripada perbuatan
pihak-pihak yang tidak berperikemanusiaan seperti Mustafa Kamal At-Tartuk dan sekutu-
sekutunya, satu negara Islam yang besar dan yang boleh dicipta akhirnya berpecah.
Pernah seorang pejuang Islam berkata, “kalaulah dunia Islam ini satu negara, nescaya
aku akan jadikan kota Andalusia sebagai ibu negara Islam.” Namun, perbuatan banyak
kuasa penjajah membuatkan kini wujudnya sebanyak hampir 196 buah negara sehingga
kini.
Namun begitu, kita harus berbangga kerana Malaysia berjaya dimerdekakan
(sebagai Persekutuan Tanah Melayu) pada tahun 1957 dan ditubuhkan pada tahun 1963
berserta pemisahan dan kemerdekaan Singapura pada tahun 1965. Ummah wataniah kini
harus mengekalkan konsep ummah yang sebenar agar negara berada dalam kestabilan.
Namun, kita sedih ada dalam kalangan ummah berpecah-belah. Hal ini kerana mereka
kurang memahami konsep ummah.
Kelemahan ummah yang lain yang boleh diambil perhatian termasuklah
ekstrimisme, terlalu sibuk dengan khillafiyyah, krisis ilmu dan minda, merasa rendah diri
dengan tamadun asing selain tamadun Islam dan lain-lain. Untuk itu, antara cara
mengatasi kelemahan ummah ini termasuklah memperbanyakkan aktiviti pemikiran dan
ilmiah dalam kalangan ahli komuniti, mengurangkan perbincangan terhadap khilafiyyah,
menghitung diri agar tidak terjebak dengan ekstrimisme (seperti yang pernah terjadi di ibu
negara kita) melalui pengamalan fahaman konsep wasatiyyah (bersederhana) 25 dan
merasa bangga dengan sunnah Rasulullah SAW dan tamadun Islam serta menghayati
dan mengamalkannya. Maka, kita mampu merealisasikan hasrat menggemilangkan
ummah sehingga disegani kawan dan lawan.
Namun begitu, tentang ummah juga, banyak kejayaan dikecapi oleh orang Islam.
Antara faktornya termasuklah tauhid dan pandangan terhadap Islam yang mampu
25 YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perutusan sempena Aidilfitri 1431/2010, Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Putrajaya: 9 September 2010.
15
membentuk jati diri seorang Islam, penguasaan terhadap ilmu dan falsafah, iltizam dan
ijtihad, kesepaduan akhlak dan akidah, kreativiti, produktiviti, inovatif, serta syariah dan
intergriti yang tinggi. Umat Islam boleh mengamalkan resepi kejayaan dalam menyemai
semangat ummah.
Cuba fikirkan sejenak. Palestin (yang mengandungi Baitulmaqdis) diiktiraf oleh Allah
SWT sejak 1400 tahun silam. Tetapi, Israel pula wujud di atas tanah Palestin pada tahun
1948. Kini, Israel menjajah Palestin dan sehingga kini Palestin seakan tidak merdeka
walaupun United Kingdom dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf
kewujudan kedua-dua negara dengan pembahagian dua negara yang berjalan tanpa
keadilan pada tahun 1948. Adakah kesilapan ini datang daripada ummah, ukhuwah
ataupun rakyat Palestin sudah cukup-cukup berjuang namun jiran tetangga yang ada
mengelilingi Palestin (seperti Arab Saudi, Jordan dan Mesir) bebal dengan konsep
ummatan wasata? Renung-renungkan dan selamat berummah.
16
Konsep Ukhuwah Islamiah berwadah gagasan 1Malaysia
Akhir-akhir ini, Malaysia dihiaskan dengan pengilhaman konsep 1 Malaysia oleh
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak. Menurut
Datuk Seri Najib, konsep 1 Malaysia diertikan sebagai perpaduan antara rakyat Malaysia
tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Ilham ini timbul setelah melihat
kepada keadaan negara yang sering sahaja dihujani dengan berita yang mengisahkan
tentang cubaan memecahbelahkan perpaduan antara rakyat, penghinaan terhadap agama
dan bangsa. Maka, Kerajaaan telah mengilhamkan gagasan berikut dengan mengadakan
beberapa program yang menjurus ke arah perpaduan yang kini disokong hampir seluruh
rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, kita hampir terlupa bahawa 1 Malaysia itu asalnya daripada
gagasan Ukhuwah Islamiah. Ukhuwah diterjemahkan sebagai persaudaraan dan
perpaduan antara umat Islam. Ukhuwah juga hampir sama bunyinya dengan Ittihad Islami.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
"ون ح "ر� م� ت ك" ل' لع ق"واq ٱل' ٱت' م� � و ك" ي�و خ أ ي� ل�ح"واq ب ص� أ j ف ة و "ون إ�خ� ن م� ؤ� ا ٱل�م" م إ�ن'
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah antara dua
saudara kamu (yang berbalah), dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu dirahmati.”
Allah juga berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 103:
"وا ق ر' ف ل ت ا و Yيع� � ج ل� ٱل' ب� ح واq ب� م" ص� ت ٱع� و
“...dan berpegang teguhlah pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.”
Dalil-dalil naqli di atas membuktikan kepentingan perpaduan dalam Islam (yang
juga disebut sebagai Ukhuwah Islamiah). Sesiapa yang tidak mengamalkan perpaduan
dalam Islam, maka insan itu tidak mendapat keredhaan Allah sebagaimana yang pernah
disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan
17
persaudaraan.” 26
Sebenarnya kita akan mendapati hikmah yang ajaib apabila kita menggenggam
kuat-kuat semangat Ukhuwah Islamiah. Antara hikmah yang boleh dijelaskan adalah:
PERTAMA: Ukhuwah Islamiah menjadi instrumen kepada kestabilan masyarakat.
Masyarakat yang mengamalkan ukhuwah Islamiah yang sahih dan teguh mampu
membawa kepada wujudnya keamanan dan kedamaian. Hal ini sering sahaja dibuktikan
sebagai kejayaan terutamanya dari kalangan pemimpin kerajaan. Kejayaan ini diketahui
hampir seluruh pelusuk dunia sekaligus dapat menarik minat warga asing datang melawat
negara kita.
KEDUA: Ukhuwah Islamiah yang diamalkan menjanjikan kebahagiaan dalam hidup dan
keluasan rezeki. Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang suka diperluaskan rezekinya dan kehidupan yang baik, maka
hendaklah menyambung silaturrahim.” 27
(Hadis Riwayat Bukhari)
KETIGA: Ukhuwah Islamiah menjadi benteng pertahanan ummah. Ummah yang
berpegang kepada ukhuwah yang teguh mampu melindungi diri mereka daripada diserang
oleh anasir zalim sama ada secara zahir mahupun batin.
Misalan termudah ialah di negeri Sabah sendiri. Pada akhir tahun 1980-an, umat Islam di
negeri Sabah pernah sama sekali dizalimi oleh pemerintah bukan Islam. 28 Namun, sebab
persepakatan yang dibulatkan bersama oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah,
kegemilangan Islam bersinar kembali di bumi Sabah seperti sediakala.
26 Khutbah Khas Aidilfitri: Silaturrahim Pelengkap Sambutan Aidilfitri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kuala Lumpur: 10 September 2010, halaman 5.
27 Ibid., halaman 4.28 Usaha Ke Arah Menyatupadukan Ummah di Sabah, Jawatankuasa Majlis Perpaduan Ummah Sabah., Halaman 16.
18
KEEMPAT: Menjaga Ukhuwah Islamiah dan perpaduan melambangkan kemanisan iman.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: “Tiga perkara yang
menyebabkan seseorang itu mendapat kemanisan iman: cinta kepada Allah dan RasulNya
lebih daripada cintanya kepada yang lain, mengasihi sahabat semata-mata kerana Allah
dan benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya daripada hal
itu sebagaimana ia benci untuk diazab di dalam neraka.” 29
KELIMA: Umat Islam yang mengamalkan Ukhuwah Islamiah dicontohi oleh umat yang
lain. Perkara ini banyak dibuktikan dalam sirah Rasulullah SAW. Antaranya, sifat Saidina
Abu Bakar as-Siddiq RA yang suka membenarkan dan membantu Rasulullah SAW. Sifat
ini dicontohi oleh seluruh umat Islam dan diabadikan dalam karya Ibnu Hisyam berjudul
Sirah Nabawiyyah.
Namun, kita sedih dengan kelonggaran Ukhuwah Islamiah yang diamalkan
terutamanya dalam bernegara dan berpolitik. Politik dengan landasan yang sahih
bertujuan untuk memajukan dan mengekalkan kestabilan negara. Namun, amalan
terhadap ideologi politik yang berbeza membuatkan Ukhuwah Islamiah semakin terhakis
dalam kalangan negarawan lantas pembangunan negara semakin hari semakinlah kurang
kepesatannya bahkan boleh mundur kerana perpecahan. Pemimpin yang berjaya
merupakan pemimpin yang berdaya maju, mengamalkan politik dalam landasan sahih dan
bersatu padu dengan pemimpin lain dan masyarakat.
Kita sedih juga dengan warga kejiranan terutamanya di rumah bertingkat
(apartmen, kondominium dan flat perumahan). Warga kejiranan kurang menghayati
ukhuwah Islamiah dan semangat kejiranan. Jiran tidak ambil tahu pun kesenangan
mahupun kesusahan jirannya yang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak pandai
mengerti kehendak Islam dalam berjiran dan bersaudara apatah lagi dengan jiran sesama
agama yang mempunyai hak Islam dan hak jiran. Contoh tersenang kita boleh tonton
melalui media massa. Baru-baru ini, seorang ustazah di SK Port Dickson, Negeri
Sembilan dan anak lelakinya berusia 10 tahun mati dibunuh. Jiran mengetahui kejadian itu
namun tidak dipedulikan. Ini menunjukkan ukhuwah tidak erat. Kalaupun jirannya bukan
penganut Islam, semangat perpaduan (atau istilah lain gagasan 1Malaysia) perlu
29 Hadis daripada Anas bin Malik, riwayat Mutafaqqun 'alaih.
19
diamalkan dengan baik. Kalaulah kita mampu mengadakan rumah terbuka sambutan
perayaan dengan menjemput kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta
jiran tetangga yang Islam mahupun tidak yang sekaligus mengiktiraf gagasan 1Malaysia,
perpaduan dan ukhuwwah Islamiah, mengapa semangat-semangat itu tidak diteruskan
pengaplikasiannya pada waktu lain walhal Allah menuntut semangat itu kekal di masa
senang mahupun masa susah. Maka, mungkin jawatankuasa berkaitan dengan kebajikan
kejiranan boleh mempertimbangkan banyak lagi aktiviti untuk melestarikan perpaduan dan
mengangkasakan gagasan 1Malaysia itu sendiri. Mungkin kita boleh mengadakan gotong-
royong. Mungkin kita boleh bermusyawarah mengenai masalah kejiranan dan lain-lain.
Begitu juga dengan semangat sosialis. Masyarakat kini terutamanya dalam
kalangan pemuda dan remaja rata-ratanya mengamalkan ukhuwah berfahaman sosialis.
Ukhuwah berfahaman sosialis sifatnya mencintai kebebasan. Penyokong fahaman ini juga
antara orang yang amat meminati kesukanan. Golongan ini juga sering melakukan
kesalahan seperti menjalankan keadilan tanpa kuasa, bergaduh dengan orang yang
menyemai ideologi bertentangan dengan mereka seperti fahaman liberal30 dan
konservatif31, merokok, mengadakan vandalisme, melepak di jalanan dan lain-lain. Akhlak
mereka kurang daripada tahap yang memuaskan pada pandangan masyarakat alias
intergriti dan disiplin mereka juga semakin berkurang. 32 Golongan ini boleh didapati
melalui pemuda kampung, pelajar sekolah berasrama yang kurang berdisiplin serta
masyarakat yang belum berumahtangga dan berkeluargakan sahabat ketika pekerjaannya
mahupun pengajiannya.
Pengikut fahaman sosialis biasanya cuba merenggangkan perpaduan melalui sikap
mereka yang selalunya menidakkan yang benar, cuba menabur fitnah, suka mencari
kesalahan, suka menghina, suka mengaibkan orang, suka berprasangka buruk terhadap
orang dan menunjukkan kenakalan. Bagaimanapun, perkara ini boleh dibanteras
sekiranya konsep satu hati ke arah kebaikan – ukhuwah Islamiah – diamalkan dalam
kehidupan. Untuk menidakkan perbuatan pengikut fahaman sosialis seperti yang
diterangkan ini, Allah menegur mereka beberapa perkara. 33 Antara nasihat Allah ialah:
30 Liberal dalam konteks ini bermaksud orang yang mencintai kemajuan dan kecemerlangan.31 Konservatif dalam konteks ini bermaksud orang yang suka mengekalkan warisan dan adat selagi mana ia dinilai
sebagai suatu kebaikan.32 Dalam erti kata lain, mereka terlalu nakal dan kebudak-budakan.33 Surah Al-Hujurat, ayat 11-12.
20
PERTAMA: Jangan menghina manusia lain. Mungkin diri orang yang dihina lebih baik
daripada kita yang suka menghina.
KEDUA: Jangan mencela diri sendiri (membuka keaiban orang lain). Diri sendiri selau
teraib, inikan pula mahu mengaibkan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, barangsiapa
yang membuka keaiban orang di dunia, Allah akan membuka keaibannya di hari akhirat.
Si pencela juga akan mendapat kecelakaan di hari akhirat. 34
KETIGA: Jangan memanggil manusia lain dengan gelaran buruk (yang tidak disukainya).
Nama dan panggilan itu suatu doa. Dalam erti kata lain, jangan mendoakan keburukan. 35
KEEMPAT: Jangan buruk sangka melainkan kepada orang yang popular dengan
jenayahnya sebagai berhati-hati. 36
KELIMA: Jangan cari kesalahan orang. Hitunglah diri sebelum menghitung orang lain. 37
KEENAM: Jangan mengumpat. Mengumpat itu diibaratkan sebagai memakan daging
manusia itu sendiri walaupun perkara yang diumpat itu benar-benar berlaku. 38
Larangan-larangan ini harus dijaga oleh semua umat Islam supaya ukhuwah
Islamiah dapat dilestarikan dan dikekalkan seperti yang Allah harapkan. 39
34 Surah al-Humazah, ayat 1.35 Mohamad bin Ariffin, Mohd. Zaini bin Yahya dan Affendey bin Sahey, Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: 2004, halaman 120.36 Ibid., halaman 121.37 Ibid., halaman 122.38 Ibid., halaman 123.39 Ibid., halaman 116.
21
Perkaitan antara ummah dan ukhuwwah
Ummah dan ukhuwwah saling berkaitan dan saling memerlukan. Tanpa ummah, tak
wujudlah ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah, ummah hilang kesempurnaan. Gabungan ummah
dan ukhuwwah membentuk kesempurnaan hidup bermasyarakat. Namun, semua perlu
berhati-hati apabila ukhuwwah dibentuk. Walaupun Islam menyediakan hanya satu
ideologi iaitu segalanya kerana Allah SWT, namun generasi kini gemar mencipta iedologi
baru. Berbagai ideologi wujud – sosialis, liberal, konservatif dan lain-lain – ukhuwwah yang
kadangkala bertentang dengan ukhuwwah Islamiah. Bagaimanapun, sepatutnya semua
ideologi yang ala politik ini boleh diketepikan dengan menggunapakai ideologi yang
digagaskan oleh Islam.
Menurut Mejar (B) Abu Dzarin Taharem, antara sebab pentingnya merealisasikan
gagasan gabungan ummah dan ukhuwah adalah seperti berikut:
PERTAMA: Manusia tidak boleh hidup bersendirian.
KEDUA: Manusia tidak mampu mengusahakan kesemua keperluan hidup secara
bersendirian.
KETIGA: Manusia tidak boleh terlepas dari berbagai ujian. Dalam menempuh ujian,
manusia memerlukan bantuan orang lain untuk menempuhnya.
KEEMPAT: Tabiat manusia sering mengundang seteru. Manusia memerlukan kawan yang
sudi membantu untuk menolaknya.
KELIMA: Kewujudan rangsangan antara berlainan jantina membuatkan timbulnya rasa
saling memerlukan antara satu sama lain sekaligus mewujudkan perkahwinan.
KEENAM: Manusia ingin maju dan membangun. Untuk maju dan membangun, manusia
diperlukan untuk menjalankan urusan selain mengendalikan pentadbiran dan operasi.
KETUJUH: Tabiat manusia inginkan ilmu. Guru dan murid saling diperlukan dan
memerlukan untuk meneruskan tradisi keguruan dan keilmuan.
22
KELAPAN: Tabiat semulajadi manusia ingin memimpin manusia kerana kelebihannya dan
kecemerlangannya. Pemimpin dan rakyat saling memerlukan bak kata pepatah raja dan
rakyat berpisah tiada. 40
Ummah dan ukhuwwah sebenarnya tidak memerlukan organisasi atau parti kerana
ianya hanyalah suatu mekanisme untuk mewujudkan ummah dan ukhuwwah. Yang paling
penting adalah usaha kita memahami dan menghayati kefahaman yang benar terhadap
konsep ummah (kemasyarakatan) dan ukhuwwah (persaudaraan). Kegagalan manusia
menghayati kefahaman yang benar tentang ummah dan ukhuwwah membawa kepada
wujudnya banyak implikasi. Oleh itu, kefahaman yang benar penting dalam merealisasikan
hasrat agama untuk menggemilangkan ummah dan ukhuwah. Samalah dengan harapan
kerajaan kita masa kini melihat kegemilangan negara melalui tema acara berunsurkan
Islam, “Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah”.
Cogan kata di atas pun sudah cukup memberi pengertian bahawa masyarakat yang
unggul dan perkasa hanya wujud dalam ikatan perpaduan yang kukuh dan erat.
40 Mejar (B) Abu Dzarin Taharem, Cetusan Minda, Penerbitan Minda Ikhwan. Rawang: 2004, halaman 73 dan 74.
23
Kesimpulan
Kehidupan, kematian, ummah dan ukhuwah ada maknanya dan falsafahnya sendiri.
Falsafah mengenainya perlu diberi penghayatan yang tinggi demi mewujudkan budaya
Islam yang makmur dan signifikan dengan keamanan yang dikecapi kini.
Dalam kehidupan, kita diberi peluang untuk bernyawa. Dengan nyawalah kita
mampu buat segalanya selagi selari dengan hukum syarak. Dalam kematian, itulah
sebenar-benar kerehatan setelah kehidupan manusia di dunia.
Ummah muncul hasil dari kehidupan sebilangan manusia dengan tujuan yang
sama. Tujuan yang sama akhirnya membentuk kasih sayang antara manusia yang disebut
sebagai ukhuwah. Namun, kita harus ingat bahawa Allah menjadikan kita berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku agar kita saling kenal-mengenal. 41 Dari perkenalanlah
wujudnya perpaduan (ukhuwwah insaniah). Perpaduan di Malaysia diolah oleh Kerajaan
sebagai 1 Malaysia.
Akhirnya, kita boleh berjaya menjadi hamba Allah yang cemerlang kerana berhasil
memahami falsafah dan konsep kehidupan, kematian, ummah dan ukhuwwah.
41 Surah al-Hujurat, ayat 13.
24
Rujukan
KITAB AGUNG DAN ILMIAH
Al-Quran al-Karim.
Hadis Rasulullah SAW.
Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Muhammad Bukhari Ahmad dan Dr. Rosnanaini Sulaiman, Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: 2002.
Mejar (B) Abu Dzarin Taharem, Cetusan Minda, Penerbitan Minda Ikhwan. Rawang (Selangor): 2004.
Mohamad Arifin, Mohd. Zaini Yahya dan Affendey Sahey, Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: 2004.
M. Ali Chasan Umar, Mahkamah di Padang Mahsyar, Al-Haramain. Singapura: 1980.
Rohawi Musannif, Membina Generasi Anak-anak ke arah Ketaqwaan, Jahabersa. Johor Bahru (Johor): 2000 (Cetakan Kedua).
Malai Ali Malai Ahmad, Syukur, Radio Televisyen Malaysia Cawangan Sabah. Kota Kinabalu (Sabah): 1995.
Azwira Abdul Aziz, Ahmad Kamal Mat dan Mohd. Hashim Nawawi, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: 2002.
Usaha Ke Arah Menyatupadukan Ummah di Sabah, Jawatankuasa Majlis Perpaduan Ummah Sabah. Kota Kinabalu (Sabah): 1989.
KOLEKSI UCAPAN DAN CERAMAH
Mohd. Najib Abdul Razak, Perutusan Khas sempena Aidilfitri 1431/2010, Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Putrajaya: 2010.
Jamil Khir Baharom, Khutbah Khas Aidilfitri: Silaturrahim Pelengkap Aidilfitri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya: 2010.
Mohd. Syahir Ismail, Ceramah sempena Nisfu Syaaban, SMKA Tun Ahmadshah (Kota Kinabalu, Sabah). Kota Kinabalu: 2010.
LAMAN WEB
http://ms.wikipedia.org/
http://khairaummah.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=120
25
http://www.rediesh.com/
http://www.1malaysia.com.my
http://www.pmo.com.my
26