Hubungan antara TQM dan kerja berpasukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Quality Management in Education

Citation preview

1.0 PENGENALANPengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM) atau Total Quality Management (TQM) merupakan penambahbaikan kepada cara tradisional dalam pengurusan organisasi. Hanya dengan cara menukarkan tindakan pengurusan sahaja sesuatu organisasi itu akan berjaya mengubah budaya dan tindakan keseluruhan organisasi. Secara umumnya, TQM boleh difahami melalui definisinya: Total bermaksud melibatkan secara keseluruhan (anggota atau aktiviti), Quality bermaksud memenuhi kehendak pelanggan atau tiada aduan, manakala Management pula bermaksud tindakan, seni atau cara mengurus, mengawal, mengarah untuk mencapai sesuatu objektif. Kualiti diukur apabila tiada aduan yang dibuat oleh pelanggan. Bagi organisasi sekolah pelajar, ibubapa, masyarakat adalah merupakan pelanggannya. Kualiti harus diurus, dengan kata lain, ianya tidak berlaku begitu sahaja. Kualiti bermakna harus melibatkan setiap orang dalam proses dan harus diterapkan keseluruh organisasi. Kualiti sebenarnya adalah mengikut pernyataan Quality is not a process but a journey.

2.0 DEFINISI TQMTQM mempunyai definisi yang pelbagai, diantaranya adalah: (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam) Bilangan 1 tahun 1992 mendefinisikan TQM sebagai satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Manakala Robiah Sidin ( 2003) memberi dua definisi kepada TQM iaitu satu proses pengurusan kualiti yang berorientasi pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasidan juga proses transformasi budaya, melalui amalan dan ciri-ciri baru yang lebih baik. ISO mendefinisi TQM sebagai, TQM is a movement approach for an organization, centred on quality, base on the participation of all its members and aiming at long term success through customer satisfaction, and benefits to all members of the organization and society 3.0 MODEL DAN CIRI-CIRI TQMRobiah Sidin (2003) menyatakan Model TQM mengandungi empat aspek berikut: matlamat, fokus, strategi dan pelaksanaan (rujuk rajah 1). Menurutnya lagi model TQM ini memerlukan persekitaran organisasi yang baik untuk bertapak kukuh sebagai satu budaya kerja. Bagi mewujudkan persekitaran itu sesebuah organisasi harus memberi penekanan kepada tujuh prinsip pengurusan TQM yang akan dibincangkan dibawah tajuk Prinsip-prinsip TQM

Rajah 1 Model dan Ciri-Ciri TQM

4.0 PRINSIP-PRINSIP TQM (PKPA BIL 1/92)Kerja berpasukan dalam konteks pendidikan ialah usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam sektor pentadbiran semangat berpasukan bermula dengan perkembangan budaya kerja kualiti dalam awal tahun 1990an (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 tahun 1991). Seterusnya, PKPA Bil 1/92 memberikan tujuh prinsip yang boleh membantu pelaksanaan TQM. Prinsip- prinsip itu ialah sokongan pengurusan atasan, kualiti perancangan strategik, mengutamakan pelanggan, latihan dan pengiktirafan, semangat berpasukan, pengukuran prestasi dan kepastian kualiti.

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan sebuah organisasi dinamik yang berinteraksi dengan agensi luar dan memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai potensi mereka. Oleh sebab itu sistem pengurusan kualiti sesuai dilaksanakan di sekolah sebagai asas untuk membekalkan perkhidmatan yang berprestasi tinggi. Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau TQM (Total Quality Management) telah diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920an dan terus mendapat sambutan selepas dipelopori semula oleh Edward Demings, 1950an dan tahun 1980an telah bangkit sebagai suatu cara peningkatan kualiti dan kaedah pengurusan yang bersistematik dan berstrategi di seluruh dunia. Salah satu daripada prinsip-prinsip yang menyokong pengurusan kualiti menyeluruh ialah mengukuhkan semangat berpasukan. PRINSIP 5: Semangat BerpasukanPengurus sekolah hendaklah mencipta satu budaya di sekolah sebagai usaha memupuk semangat berpasukan. Ini bermakna, budaya ialah satu sistem nilai yang abstrak seperti, kepercayaan, harapan, norma-norma dan matlamat yang sama dimiliki, diterima dan konsepnya dipegang secara umum dan dominan.Demi kejayaan organisasi, semua guru dan staf mestilah mempunyai nilai dan menuju ke arah matlamat yang sama. Sistem pengurusan sekolah hendaklah dalam bentuk berpasukan bukan mengikut sistem hierarki sebenar. Budaya individualisme juga perlu dihapuskan. Bukan semua keputusan mengurus sekolah dibuat hanya oleh pihak pentadbir atau Pengetua/Guru Besar, tetapi sebarang keputusan hendaklah dibuat bersama-sama, atau pihak pentadbir perlu menggunakan idea dan maklum balas dari guru, pelanggan dan staf semasa membuat sebarang perancangan. Konsep seperti ini akan memberi motivasi kepada semua warga sekolah memberikan komitmen yang sama kepada kejayaan organisasi tersebut.

5.0 KONSEP KERJA BERPASUKANMenurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilanganindividu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segikeupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masingmempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukankadangkala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untukmencapai matlamat spesifik organisasi atau organisasi. Saari (1991) menyatakan bahawa, kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yangmelaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan danberusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.5.1 Norma PasukanNorma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujuisecara kolektif bagi menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat.Oleh itu, norma berperanan untuk:i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui bersama oleh ahli-ahli pasukan.ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan dengan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap ahli yang lain dalam organisasi yang dianggotai.iv. membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk bertindak dalam situasi yang baru.v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma yang ada dalam pasukannya.vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen terhadap organisasi.Dalam sesebuah organisasi biasanya akan membentuk norma tidak formalbagi membendung perlakuan yang diizinkan atau pengelak daripada berlakunyapelencongan di kalangan ahli. Oleh kerana perubahan akan mengubah strukturtanggungjawab dan perhubungan maka secara tidak langsung di antara pasukan, norma dan tanggapan ahli-ahli yang memerlukan penerimaan norma baru untuksituasi yang baru.5.2 Keakraban PasukanKeakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarikterhadap satu dengan yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalampasukan. Keakraban yang ditunjukkan menyebabkan mereka lebih bersedia untukberkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran. Disamping itu, pereratan yang tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak ansur untuk saling membantah ke atassesuatu isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa pemikiran yangtinggi.Adalah didapati keakraban pasukan akan mempengaruhi produktiviti sesuatupasukan. Hubungan antara keakraban dengan pasukan adalah seperti berikut:i. keakraban pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada komitmen dan keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain.ii. keakraban dan produktiviti saling mempengaruhi prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kesan daripada semangat ada dalam setiap ahli pasukan.iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan tahap keakraban yang tinggi akan menjurus kepada peningkatan produktiviti kesan daripada penumpuan total yang diberikan terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan.iv. jika keakraban dalam organisasi tinggi tetapi norma prestasi yang rendah akan mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan daripada tumpuan terhadap tugas yang rendah.v. jika keakraban rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti jugaakan rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber organisasi kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan.Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatupasukan. Ahli pasukan yang menjalin hubungan baik dan akrab dengan ahli yang lain akan berusaha memelihara hubungan tersebut dan menghalang semua usaha atau percubaan untuk memecahdan mengubah matlamat pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan mempertahankan kepentingan pasukan daripadaancaman perubahan yang dapat menggugat kedudukan mereka.5.3 Lepak Sosial PasukanLepak sosial pasukan merupakan keadaan subordinat yang tidak bersediamelakukan perubahan apabila berada dalam organisasi di mana prestasi kerjakeseluruhan adalah rendah. Bagi mereka mengapa perlu berubah sedangkan ahlipasukan yang lain tidak bersedia untuk berubah. Oleh itu, tiada sebab bagi sesetengah ahli pasukan bersusah payah berhadapan dengan ketidakpastianmelakukan perubahan walhal ahli-ahli yang lain bersikap tunggu dan lihat. Lepaksosial pasukan berlaku adalah mungkin disebabkan oleh ramai ahli dalam pasukantidak memberikan tahap usaha yang sama untuk melakukan perubahan berbanding dengan segelintir yang lain. Sekiranya terdapat di kalangan ahli dalam pasukan yangmenolak perubahan maka kebiasaannya akan mempengaruhi ahli-ahli yang lain.Lepak sosial pasukan berlaku apabila wujudnya senario tunggu dan lihat dikalangan ahli sebelum menerima atau menolak senario perubahan. Akibat daripada keadaan ini berlaku, ahli-ahli tertentu mengharapkan ahli lain supaya melakukanperubahan terlebih dahalu. Lepak sosial pasukan mungkin juga disebabkan terdapatdi kalangan ahli pasukan yang bergantung kepada kesediaan dan keupayaan individutertentu untuk mengambil initiatif bagi memulakan perubahan. Akibat daripadakeadaan ini banyak di kalangan ahli pasukan yang lain menunggu untuk mengambil kesempatan dan menumpang di atas kejayaan orang lain.

6.0 KEPENTINGAN KERJA BERPASUKANFrancis dan Young (1992) menyatakan bahawa, terdapat enam kelebihan dalam amalan kerja berpasukan iaitu:

Keberkesanan kerja berpasukan bergantung kepada ahli pasukan bersemangat untuk bekerjasama, menerima dan menggunakan kekuatan yang ada pada setiap ahli dalam pasukan, dan sentiasa memberikan galakan antara sesama mereka dalam menjalankan tugas masing-masing. Setiap ahli perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada matlamat yang telah ditetapkan dan mereka perlu juga mengambil berat dan prihatin terhadap sesama ahli dalam pasukan mereka. Selain daripada itu, aspek yang perlu diberi perhatian ialah kepuasan kerja yang merupakan kesan daripada keberkesanan kerja berpasukan.

Maddux (1993), membuktikan dalam kajian beliau bahawa peningkatan produktiviti semakin bertambah jika kerja dilakukan secara berpasukan berbanding kerja secara individu. Kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi adalah jelas dan tidak boleh disangkal lagi dengan meningkatnya tugas dan tanggungjawab Ketua Organisasi, Panitia serta guru di sekolah akibat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan dalam sistem pendidikan sekolah. Menurut Ahmad Fadzli Yusof (2004), seseorang itu dianggap benar-benar cemerlang jika dia boleh mencipta situasi saling kebergantungan antara satu sama lain. Dalam buku beliau juga memperkatakan kemahiran kerja berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis kerja dengan orang lain yang paling popular dan berkesan. Sudah banyak organisasi-organisasi besar dan pakar-pakar pengurusan menekankan kepentingan kerja berpasukan kerana ia adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan-pertubuhan induk dunia. Antara kemahiran kerja berpasukan yang perlu di terokai seperti komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian,memberi ganjaran, dan sebagainya.Kerja berpasukan yang berkesan penting dalam sesebuah organisasi sekolah kerana ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling baik. Contohnya, Jika organisasi atau panitia itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan ahli, tiba-tiba ada seorang ahli yang marah seorang ahli lain,setiap ahli dalam organisasi atau panitia tidak akan dapat menerima kelakuan ini kerana kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara yang munasabah. Dalam kerja berpasukan, setiap anggota tidak akan melambatkan kerjanya. Jika ada seseorang ahli tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua ahli dalam organisasi pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis. Selain itu, dalam kerja berpasukan, jika sifat tolong-menolong itu sudah menjadi tradisi dalam organisasi, maka setiap ahli tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-masing akan bekerja bersendirian. Kerja berpasukan adalah penting kerana ia dapat membina semangat kerja dalam kalangan Ketua Panitia yang akan menentukan keberkesanan organisasi berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan dan kualiti pembelajaran di kalangan ahli pasukan serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Semangat kerja berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh ahli organisasi dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan ini boleh dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh organisasi. Semangat berpasukan di kalangan ahli pasukan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah menjalankan kempen kesedaran, mengadakan latihan, mewujudkan struktur pasukan, memberi pengiktirafan dan memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja. Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan organisasi atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea dalam kalangan ahli pasukan, mewujudkan perasaan saling mempercayai di kalangan ahli, mengukuhkan komunikasi di dalam organisasi atau panitia ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Menurut Fields (1993), kualiti amat penting dalam sesebuah organisasi, dan kualiti tidak wujud dengan sendirian, kualiti adalah perubahan budaya yang mengutamakan proses menambahbaik dan prinsip-prinsip yang berkualiti akan berkekalan. Semangat kerja berpasukan dapat membendung seseorang itu daripada terbabit dalam salah laku dan gejala negatif kerana segala urusan pembangunan ekonomi dapat diimbangkan dengan pembangunan kemanusiaan seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Menurut beliau, integriti yang kukuh dalam pasukan berupaya membendung kelemahan dalam pentadbiran, perkhidmatan dan pengurusan kewangan serta menjauhkan individu daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Beliau mahu nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama serta sentiasa bermusyawarah diterapkan di kalangan kakitangan supaya satu pasukan bekerja yang lebih berkesan dapat dibentuk. Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada mereka dan kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi sekolah serta matlamat sekolah. Recardo et.al, (1996), menyatakan bahawa high involvement high performance dan penglibatan serta komitmen akan memberi hasil yang memberangsangkan. Kerja berpasukan akan dapat memberi peluang kepada ahli dan ketua bekerja secara bersama dan berkesan demi kebaikan pelanggan. Pasukan yang efektif adalah yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. (Hadyn and McDonnel, 1996).

7.0 KELEBIHAN KERJA BERPASUKANMenurut Spiegel Cresencio Torres (1994) kerja berpasukan memberikan banyak faedah kepada pasukan mahupun ahli dalam pasukan tersebut. Dari segi faedah pasukan, ia akan meningkatkan produktiviti kerja, meningkatkan kualiti kerja dan meningkatkan moral pekerja. Dari segi faedah individu pula, ia dapat mengurangkan tekanan kerja dengan tanggungjawab dikongsi bersama, mereka akan merasakan diri dihargai oleh ahli dalam pasukan, kebolehan individu boleh dikongsi bersama dengan ahli pasukan dan pengalaman setiap ahli pasukan boleh dijadikan panduan kejayaan. Dengan itu, kejayaan akan dikongsi bersama ahli pasukan. Kerja berpasukan turut mempunyai kelebihan seperti meningkatkan ransangan, mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja, mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat dan mewujudkan perasaan seronok bekerja. Ahli pasukan akan sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik dan mampu mewujudkan suasana yang intim. Mereka juga akan meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. Pasukan kerja yang efektif dianggap sebagai pemangkin yang terkuat untuk melaksanakan perubahan organisasi (Katzenbeg dan Smith dalam Tengku Abd Aziz, 1999). Pasukan kerja yang berkesan tidak akan wujud secara kebetulan. Pasukan berkesan perlu dilahirkan dengan sengaja dan diurus secara sistematik. Maka dalam konteks organisasi sekolah, pasukan kerja yang diwujudkan adalah bertujuan dan memiliki matlamat yang jelas (Tengku Abd. Aziz, 1999). Manfaat yang akan diperolehi oleh panitia mata pelajaran dengan bertindak sebagai kerja berpasukan ialah berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Mereka bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti organisasi. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan kerana cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan cadangan yang dibuat oleh individu. Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti iaitu pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai dalam kalangan kakitangan dan komunikasi yang lancar di dalam organisasi. Ahli kerja pasukan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja melalui kerja berpasukan. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang ahli dalam pasukan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan. Dalam suasana kerja berpasukan, ahli pasukan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi mengerakkan proses peningkatan kualiti.

8.0 ULASAN JURNAL TERPILIHBagi melengkapkan tugasan ini, 3 jurnal telah dipilih bagi melihat aspek kerja berpasukan dalam konteks Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)Jurnal IAn Evaluation od Factors Influencing Teamwork and Customer Focus

PENULIS: Dotun Adebanjo Dennis Kehoe (Liverpool UK)ABSTRAKKerja berpasukan dan tumpuan pelanggan merupakan aspek penting dalam kualiti menyeluruh . Penyelidikan ini menghuraikan agen perubahan dan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan kepada aspek-aspek tersebut. Kesan faktor motivasi dan sikap kerja terhadap kerja berpasukan dan fokus pelanggan telah dikaji dengan menggunakan soal selidik dan temubual berstruktur yang mana telah melibatkan lebih daripada 150 syarikat .Syarikat-syarikat tersebut telah telah dibezakan kepada syarikat yang mengamalkan kualiti menyeluruh (TQ) dan syarikat yang tidak mengamalkan kualiti menyeluruh (non-TQ).DAPATANDapatan awal kajian telah melihat faktor kerja berpasukan yang lemah dan ketidak upayaan untuk meraih tumpuan pelanggan menjadi aspek penghalang dalam melaksanakan kualiti menyeluruh. Analisis kajian seterusnya membawa kepada penentuan agen pembangunan membawa perubahan penting terhadap kedua-dua aspek. Satu kerangka kajian yang melibatkan penerangan aktiviti perubahan telah dibangunkan untuk membantu syarikat-syarikat dalam pembangunan tumpuan pelanggan dan kerja berpasukan.

Jurnal IIThe Soft Foundation of the Critical Success Factors on TQM Implementation in MalaysiaPENULIS: H.C Lau dan M.A Idris (UTM, SIRIM Malaysia BHD)ABSTRAKKajian literatur menyimpulkan bahawa TQM adalah pendekatan sistematik yang telah terbukti memberi sumbangan besar peningkatan proses perniagaan secara keseluruhan, termasuk pengeluaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Kekurangan data dan maklumat didapati menyumbang kepada perlaksanaan TQM yang berkesan dan berjaya. Kajian ini membangunkan model TQM yang sesuai digunakan dalam membangunkan konsep TQM yang berjaya. Ia telah dianggap sebagai satu keperluan dan memudahkan aktiviti TQM. Kajian ini turut melihat hubungan antara elemen-elemen lain yang turut membantu dalam kejayaan TQM seperti budaya, kepercayaan, kerja berpasukan, kesinambungan pekerjaan, pendidikan dan latihan, kepimpinan pengurusan atasan untuk kualiti dan penambah baikan secara berterusan serta penglibatan dan kepuasan pekerja. Tiga kaedah penyelidikan utama yang diguna pakai dalam membangunkan model TQM: satu soal-selidik pasca tinjauan , temuduga berstruktur dan pelaksanaan model praktikal yang digunakan di syarikat berkenaan. Analisis regresi berganda dan ujian binomial digunakan untuk menganalisis data.DAPATANLapan elemen telah dikenalpasti sebagai memberi kesan terhadap perlaksanaan TQM dan elemen penting dalam menentukan kejayaan TQM di sesebuah organisasi adalah budaya dan kepercayaan, diikuti dengan kerja berpasukan.

Jurnal IIIA Study on TQM in Higher Education Industry in MalaysiaPENULIS: Hani Samimi Sabet, Zeinab Seyed Saleki, Benoush Roumi, Amin Dezfoulian (Multimedia University, Cyberjaya)ABSTRAKPengurusan kualiti menyeluruh (TQM) telah berkembang dan ditakrifkan dalam banyak organisasi industri tetapi kini TQM memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Kertas ini secara ringkas mengulas bagaimana pengurusan kualiti beroperasi dalam bidang perindustrian dan menjelaskan bagaimana falsafah TQM boleh diterjemahkan ke dalam bidang pendidikan; Ia juga menjelaskan bagaimana pensyarah universiti melaksanakan jumlah proses dan konsep yang di dalam kelas mereka pengurusan kualiti dan mengetengahkan hubungan antara faktor-faktor ini. Penduduk sasaran kajian ini adalah 112 pensyarah lima universiti terkenal di Malaysia dan soal selidik telah dibina oleh pengkaji sebagai instrumen kajian. SPSS telah digunakan sebagai perisian menganalisis untuk membandingkan dan menganalisis data.DAPATANDaripada dapatan kajian ini melihat bahawa semua pensyarah komited untuk menggunakan konsep-konsep pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan proses di dalam kelas mereka sebagai satu cara untuk peningkatan kualiti. Ini membawa kepada pemahaman yang lebih baik dalam kalingan pelajar tentang bahan dan akhirnya ia adalah kunci penting dalam bidang pendidikan. Hasil kajian mendapati bahawa aspek komitmen dan kerja berpasukan dalam pelaksanaan TQM adalah dua elemen penting di universiti di Malaysia yang boleh membawa kepada banyak kelebihan. Pensyarah Somany menyebut bahawa terdapat hubungan antara ganjaran dan pengiktirafan dan motivasi dengan pencapaian tinggi dan ia menunjukkan bahawa di universiti, kerja berpasukan yang bersesuaian boleh meningkatkan kreativiti, kepuasan dan kemahiran akhirnya menyokong kejayaan mereka.

Konsep Pasukan Kerja telah benyak digariskan dalam kajian-kajian yang dijalankan oleh ramai pelopor teori TQM. Antara yang telah menyatakan konsep kerja berpasukan adalah salah satu ciri penting dalam pengurusan kualiti sesebuah organisasi adalah seperti:i. Deming Put everybody in the organization to work to accomplish the transformation top management commitment to action (P14)ii. Kaoru Ishikawa encourages group participation and utilizes group knowledge of the process (Reasons for implementing Fishbone Diagram)iii. Flynn et al (1994) teamwork (C9)iv. Goetch and Davis(1995) - - teamwork (C5)v. Detert et al. (2003) Collboration (teamwork) (C6)

Dalam konteks pendidikan, banyak kajian telah dijalankan bagi melihat perkaitan antara konsep kerja berpasukan dan TQM. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukanmembawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi,perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberitranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti bukanlahusaha yang boleh diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagiandan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luarkemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam organisasiperlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang adadalam organisasi dapat digemblengkan sepenuhnya. Kerja berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan organisasi atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan organisasi berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam organisasi serta menuju ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi sekolah. Sekolah yang berkesan melahirkan murid, pekerja dan organisasi yang berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan dalam organisasi menjadi salah satu elemen kualiti menyeluruh yang dapat membantu pihak pengurusan mencapai visi dan misi sekolah dengan cemerlang. Kerja berpasukan dapat mengenal pasti masalah kualiti, dapat mengkaji masalah dan membuat cadangan serta boleh digantikan dengan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan ahli kerja berpasukan,mewujudkan semangat bekerja secara berpasukan, penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif. Dengan melalui penglibatan dan minat terhadap kerja akan memberi dorongan kerja yang tinggi kepada ahli pasukan dan mewujudkan kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, pasukan, organisasi dan sekolah. Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dari pelaksanaan KMK. Di antaranya ialah mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan,memupuk kerjasama di kalangan pekerja dan memberi kepuasan bekerja. Begitu juga,dengan dorongan untuk bekerja akan memberi keyakinan mengenai kebolehan diri ahli pasukan, mengasah bakat kepimpinan dan menggalakkan daya kreativiti dalam kalangan ahli pasukan, memperbaiki sistem dan cara bekerja serta membina semangat kerja berpasukan.

9.0 PENUTUPKeberkesanan kerja berpasukan dalam organisasi di sesebuah sekolah amat penting. Ini disebabkan kerja berpasukan yang berkesan mengutamakan kualiti kerja dan produktiviti seterusnya membina kepuasan kerja lalu dapat membina inovasi dan kreatif di kalangan Ketua Panitia dalam organisasi. Kerja berpasukan yang berkesan juga akan mengurangkan masalah pembaziran tenaga dan meningkatkan semangat dan daya motivasi di kalangan ahli pasukan dalam organisasi. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan ahli pasukan itu seterusnya akan memudahkan proses komunikasi di dalam organisasi. Dengan ini, ahli di dalam organisasi bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di antara ahli organisasi, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi organisasi tersebut seterusnya mencapai misi dan visi yang telah disasarkan.

RUJUKANAbd. Aziz Yusof,(2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Kuala Lumpur: Prentice Hall.Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Ahmad Fadzli Yusof (2004). Mengurus Kerja Berpasukan. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Berk, M.&Lintern,S. (2000). What Is Team Work. University of South Austrralia:Flexible Learning Centre.Chand, Sunil; Holm, Maudie, L. (1998). Managing for Result Through Teams. Community College Journal of Research & Practise: 22.4. 363-380.Fields.J.C.(1993). Total Quality For Schools: A Suggestion for American Schools. Wisconsin: ASQC Quality Press.Hadyn.Ingram and McDonnel.B. (1996). Effective Performance Managemant-The Teamwork Approach Consider. Managing Service Quality.6(6). 38-42.Kazemark, E. (1991). Ten Criteria for Effective Team Building. Health Care Financial Managemant.Maddux Robert. B.(1993). Membina Semangat Berpasukan: Latihan Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Recardo R.J., David., Mention III, A.Charles, Jennifer.J(1996). Teams Who NeedsHouston. Texas: Gulf Publishing Company.Spiegel, J. and Torres, C (1994). Manager's Official Guide to Team Working. California: Pfeiffer & Co.Weller.D.L.(1998). Unlocking the Culture for Quality Schools:Reengineering. International Journal of Education Management.12/6. 250-259.Zainal Ariffin Ahmad (1998). Perlakuan Organisasi. Shah Alam: Fajar Bakti.

19