19
HOT NEWS! Logo Kumpulan Kongsi Gelap Didedah! Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

HOT NEWS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gang-gang ahli kongsi gelap yang ada di Malaysia.Logo kongsi gelap turut dipaparkan di dalam ini.

Citation preview

Page 1: HOT NEWS

HOT NEWS! Logo Kumpulan Kongsi Gelap Didedah!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Page 2: HOT NEWS

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota menteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan

Page 3: HOT NEWS

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.

Baca Selanjutnya: http://apple-bru.blogspot.com/2013/08/logo-kumpulan-kongsi-gelap-gangster-didedah.html#ixzz2x8ogCyjJ

Page 4: HOT NEWS

Tangan adik bercacah lambang kongsi gelap

Batu Pahat: Dengan menjadikan pelajar belasan tahun sebagai sasaran, Geng 04 di daerah ini dikatakan aktif merekrut remaja bertujuan mengukuhkan kegiatan gengsterisme dan pengaruh mereka.

Setiap ahli baru yang direkrut turut diumpan imbuhan wang dan jaminan keselamatan menyebabkan remaja termasuk yang masih bersekolah mudah terpengaruh untuk menyertai kumpulan haram itu.

Dengan menggunakan tatu bersimbol seperti lambang Nazi di tangan setiap anggotanya, Geng 04 dipercayai memperalatkan anggota mereka termasuk remaja untuk melakukan kegiatan pengedaran dadah selain terbabit dalam pergaduhan berkumpulan.

Mendedahkan perkara ini, seorang abang kepada ahli kumpulan 04, yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh, 30, berkata, dia menyedari adik lelakinya yang dikenali sebagai Ravi, 16, terbabit dalam Geng 04 selepas ternampak tatu di tangan kiri remaja itu.

“Saya terkejut apabila ternampak simbol itu di tangan adik menyebabkan saya mula menyoalnya beberapa soalan bagi mengetahui perkara sebenar.

“Pada mulanya dia enggan memberi jawapan, namun selepas dipujuk baru dia mengaku dan mendakwa dia dipaksa menyertai kumpulan itu.

“Adik saya juga memberitahu jika saya mendedahkan keahliannya, dia dibelasah,” katanya.

Suresh berkata, adiknya direkrut menjadi ahli Geng 04 oleh seorang lelaki yang menemuinya dan beberapa rakannya ketika dia bekerja sambilan di sebuah kedai di Yong Peng.

“Ada antara mereka juga diarahkan untuk mengedar dadah secara kecil-kecilan selain turut terbabit sekiranya terdapat pergaduhan.

“Kumpulan itu amat licik kerana saya dimaklumkan mereka juga memasang umpan duit sebagai habuan kepada pelajar yang menyertai kumpulan.

“Selain menconteng papan tanda dengan angka 04 bagi menunjukkan kawasan ‘jajahan’ mereka, geng terbabit turut bertindak ganas sekiranya arahan mereka diingkari,”katanya.

myMetro 29 Ogos 2013

Galak tunjuk taring

Kuala Lumpur: Penggunaan senjata api dalam kegiatan jenayah seperti samun, pergaduhan, dadah, parkir haram, pemerasan selain pembunuhan menjadikan Geng 04 kini disenarai antara kumpulan

Page 5: HOT NEWS

kongsi gelap paling aktif dan digeruni di negara ini.

Kumpulan terbabit dipercayai memiliki keahlian melebihi 1,000 orang selepas mereka dikesan turut merekrut golongan remaja berusia antara 15 dan 25 tahun.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam berkata, pihaknya akan mengumumkan nama 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kewujudan kumpulan haram terbabit.

Menurutnya, senarai itu yang turut merangkumi nama pertubuhan serta lokasi aktiviti akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Radzi hari ini.

Sumber memberitahu Harian Metro, keganasan Geng 04 mula terserlah selepas pembabitan mereka dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa siri tembakan dan pembunuhan, selain samun senjata api di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.

“Malah, lima ahli kumpulan mereka (04) yang ditembak mati dalam adegan berbalas tembakan di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu membuktikan tahap jenayah serius didalangi kumpulan itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Geng 04, sumber itu berkata, kumpulan kongsi gelap beroperasi sejak lebih dua tahun lalu itu merekrut golongan remaja terdiri daripada pelajar sekolah berusia semuda 15 tahun.

“Mereka mengenakan wang perlindungan atau keahlian kepada anggota yang direkrut. Mereka begitu aktif memeras ugut pemilik kedai makan atau restoran 24 jam, kedai judi dan premis pelacuran.

“Jika pemilik premis itu enggan membayar wang perlindungan berkonsepkan bulanan yang mereka minta, pemilik itu akan dicederakan dan kemuncaknya akan dibunuh jika terus berdegil,” katanya.

Menurutnya, selain itu Geng 04 terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah selain ada yang ‘bekerja’ sebagai pembunuh upahan.

“Buktinya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lima ahli kumpulan 04 berusia 21 hingga 31 tahun yang ditembak mati itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes bunuh di Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada sidang media selepas kejayaan PDRM menumpaskan mereka,” katanya.

Bagaimanapun sumber atasan PDRM berkata, setiap kumpulan kongsi gelap disenaraikan mempunyai kekuatan atau keahlian tersendiri.

“Kegiatan kumpulan kongsi gelap sebenarnya bermusim. Mereka bukan kuat ataupun terlalu ganas seperti mana didakwa segelintir pihak. Ia masih berada dalam kawalan PDRM.

Page 6: HOT NEWS

“PDRM hanya memerlukan ruang dan peluang membanteras kumpulan berkenaan dan seperti dilihat, Op Cantas Khas dilakukan sejak 17 Ogos lalu membuahkan hasil,” katanya.

Menurutnya, jumlah seluruh keahlian sesebuah kumpulan kongsi gelap itu adalah antara 200 dan 1,000 orang.

“Namun, ada antara kumpulan tertentu yang keahliannya mencecah 5,000 orang. Ini yang berdaftar dengan mereka, (tetapi) ada juga ahli aktif menyertai kumpulan kongsi gelap itu, namun senarai ataupun nama tidak terdapat dalam senarai.

“Taktik ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa, namun PDRM mempunyai sumber risikan yang cekap dalam mengenal pasti mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

“Antara klasifikasi jenayah kekerasan membabitkan anggota kongsi gelap itu termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

“Polis akan meneruskan Op Cantas sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun. Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi rasa takut menjadi mangsa jenayah berkurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PDRM dan Universiti Limkokwing di Cyberjaya, semalam.

Sebelum ini, Harian Metro pada 5 Januari 2012 melaporkan beberapa kumpulan kongsi gelap dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108. Dalam laporan khas itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan dipetik berkata kumpulan itu terbabit secara langsung dengan dadah, pelacuran, parkir haram dan ceti haram.

myMetro 29 Ogos 2013

http://duniaitu.blogspot.com/2013/08/tangan-adik-bercacah-lambang-kongsi.html

Page 7: HOT NEWS

LOGO KUMPULAN KONGSI GELAP DIDEDAH (11 GAMBAR)

BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan

Page 13: HOT NEWS

Awasi kongsi gelap merekrut pelajar sekolah - Mohamad HasanSEREMBAN 30 Ogos - Pihak sekolah serta ibu bapa di negeri ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui terdapat unsur merekrut pelajar sekolah untuk menganggotai kumpulan kongsi gelap.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi mengelak perkara negatif itu menular dalam kalangan pelajar sekolah, seterusnya membendung kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

"Perhatikan lagak pelajar jika ada yang sudah terpalit dengan gengsterisme ini, dan pantau aktiviti mereka di luar kawasan sekolah termasuklah usaha merekrut mereka yang didalangi kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang dan merasmikan dewan badminton Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau hari ini.

Beliau berkata, jika kegiatan kongsi gelap menular ke dalam pagar sekolah, perkara itu bukan hanya membawa kepada kegiatan peras ugut, buli dan pergaduhan dalam kalangan pelajar malah akan menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pelajaran harus bekerjasama memantau perkara ini dengan membasmi kegiatan gengterisme dalam kalangan pelajar.

Mohamad berkata, sikap dan tingkah laku pelajar juga harus sentiasa diawasi jika mereka cuba meniru atau menggayakan identiti seperti kumpulan kongsi gelap.

Dalam pada itu, beliau membidas sikap segelintir pihak yang cuba mempertikai tindakan polis dalam menangani ancaman kumpulan kongsi gelap.

Katanya, pihak polis harus diberi ruang dan kepercayaan untuk menjalankan tugas mereka dalam membasmi jenayah serta menjaga keharmonian rakyat.

"Bila ada sahaja penjenayah ditembak mati, ada pula yang cuba membela. Bila orang awam atau anggota keselamatan kita terbunuh mahupun ditembak, tiada siapa yang berhajat untuk membela.

"Jangan kerana segelintir yang bercakap soal hak asasi manusia dan pertahankan individu tertentu, kita abaikan pula hak asasi lebih 24 juta rakyat negara ini yang cintakan keamanan," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130830/dn_34/Awasi-kongsi-gelap-merekrut-pelajar-sekolah---Mohamad-Hasan#ixzz2x8rMTXHP © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 14: HOT NEWS

Kongsi gelap rekrut remajaOleh ANGELINA [email protected]

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Polis mengesan banyak kumpulan kongsi gelap yang berlumba-lumba mencari ahli baharu dalam kalangan remaja terutama mereka yang bermasalah dan tercicir dalam pelajaran bagi menguatkan lagi kumpulan mereka.

Golongan remaja yang bersemangat dan berani menjadi pilihan kerana mudah direkrut untuk melakukan kerja-kerja 'kotor' kumpulan terbabit seperti melakukan samun dan pergaduhan.

Akibat terpengaruh, terdapat remaja termasuk pelajar sekolah asrama sanggup menoreh tangan atau anggota badan untuk 'mengukir' lambang kumpulan kongsi gelap yang disertai.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, mengikut rekod, golongan yang paling ramai menjadi

Page 15: HOT NEWS

anggota kongsi gelap ialah lelaki berusia 15 hingga 45 tahun dan ada segelintir remaja yang masih belajar di sekolah rendah.

Beliau berkata, dalam kongsi gelap terdapat hierarki iaitu didahului oleh ketua kumpulan dikenali sebagai Ah Kun bagi kongsi gelap Cina, Ayahanda (Melayu) dan nama individu tertentu bagi kongsi gelap India.

Katanya, selepas ketua, terdapat ahli biasa iaitu mereka yang menyertai kongsi gelap sebab mahu dilindungi tetapi tidak aktif dalam aktiviti kumpulan.

"Seterusnya ialah ahli aktif tetapi tidak berani. Mereka hanya bertindak menjadi pemandu membawa rakan-rakan semasa melakukan jenayah atau pergaduhan.

"Hierarki yang paling memerlukan ahli muda yang berani ialah fighter. Menyertai kumpulan ini ialah anak-anak muda termasuk remaja yang bersemangat, berani menggunakan senjata dan benar-benar setia dengan arahan ketua," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Abdul Jalil, bagi membentuk keberanian, golongan muda itu akan mengambil dadah dan minuman keras.

Beliau berkata, jika mereka berjaya mencapai kemenangan beberapa kali dalam pergaduhan, ahli fighter akan dinaikkan pangkat Tiger General yang membolehkan mereka menguasai sesebuah kawasan.

Katanya, tujuan kongsi gelap menarik ramai remaja menjadi ahli ialah bagi menambah jumlah pengikut agar kumpulan mereka menjadi semakin kuat.

"Ketika ini, kongsi gelap Cina yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh berbanding kongsi gelap kaum lain dilihat banyak menguasai perniagaan perkhidmatan membaiki kenderaan dan pusat hiburan.

"Kongsi gelap Melayu pula terlibat dalam kegiatan menarik kereta, jadi pengawal atau bouncer kelab malam dan pemerasan," katanya.

Abdul Jalil berkata, kongsi gelap India adalah paling ganas kerana banyak terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan samun.

Beliau berkata, kegiatan merekrut remaja menyertai kongsi gelap jika tidak dibendung boleh memudaratkan kerana golongan terbabit adalah pelapis masa depan negara.

Sehubungan itu, ujarnya, ibu bapa patut membantu polis mengawasi anak-anak agar tidak terlibat menyertai kongsi gelap dan aktiviti haram dilakukan oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130908/je_01/Kongsi-gelap-rekrut-remaja#ixzz2x8rx0aOq © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 16: HOT NEWS