94

Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project
Page 2: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong

Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project.

And belongs to Syafiq Hadzir’s Manuscript Collection.

This book is free, with the help of 100% free software.

Thanks to LibreOffice, GIMP and Hunspell-MS.

LibreOffice: https://www.libreoffice.org/

GIMP: https://www.gimp.org/

Hunspell-MS: https://hunspell-ms.syafiqhad zir.dev /

Page 3: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

HIKAYAT MERONG

MAHAWANGSA

(Bab 1: Raja Merong Mahawangsa)

R. J. Wilkinson

GGKEY: C3N9YR6344B

Version 3

SYAFIQ HADZIR

i

Page 4: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Buku ini adalah percuma. Dan boleh didapati di:-

https://academic.syafiqhadzir.dev /publications/

Jikalau anda telah membuat sebarang pembayaran

kepada mana-mana pihak bagi mendapatkan salinan

ebook ini di dalam apa-apa bentuk perisian, anda mungkin

telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Melainkan pada perkara tambahan

apa yang telah dipersetujui oleh anda dan pihak

berkenaan.

Di sini kami menegaskan bahawa kami tidak terlibat

dengan sebarang aktiviti penjualan. Disarankan untuk

diedarkan dan disebarkan kepada orang ramai secara

percuma.

ii

Page 5: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

This book is free of charge. Obtain your own copy at:-

https://academic.syafiqhadzir.dev/publications/

If you have made any payment to any party for this copy

of ebook in any form of software, you may have been

taken advantage by unscrupulous individuals. Except as

to what additional terms have been agreed upon by you

and the parties concerned.

Hereby, we assert that we are not involved with any sales

activity. It is recommended to be distributed and

disseminated to the public for free.

iii

Page 6: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Hak Cipta © 2020 Syafiq Hadzir

Hak Cipta Terpelihara

Tidak ada bahagian daripada penerbitan ini yang boleh

diterbitkan semula, diedarkan, atau disiarkan dalam

sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk

fotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau

mekanikal yang lain, atau dengan apa jua cara lain yang

boleh diperolehi semula dari mana-mana sistem

penyimpanan dan pengambilan maklumat tanpa

kebenaran bertulis daripada penerbit, kecuali dalam hal

petikan yang sangat ringkas yang terkandung ulasan

kritikal dan penggunaan bukan komersial lain yang

dibenarkan oleh undang-undang hak cipta.

Transliterasi Hikayat Merong Mahawangsa versi R. J.

Wilkinson, bab yang pertama, telah diterbitkan semula

oleh Syafiq Hadzir dengan kerjasama Unit Pemeliharaan

dan Pendigitalan di Bahagian Teknologi Maklumat dan

Prasarana Ilmu Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti

Kebangsaan Malaysia ke dalam bentuk PDF bertujuan

untuk memupuk semangat kecintaan kita kepada bangsa,

bahasa ibunda dan tanah air.

iv

Page 7: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Copyright © 2020 Syafiq Hadzir

All Rights Reserved

No part of this publication may be reproduced,

distributed, or transmitted in any form or by any means,

including photocopying, recording, or electronic means or

other mechanically, or by any other means which may be

obtained back from where any information storage and

retrieval system without the written permission of the

publisher, except in the case of a very brief excerpt

containing critical review and other non-commercial use

permitted by copyright law.

This transliteration of R. J. Wilkinson’s version of Kedah

Annals, Hikayat Merong Mahawangsa, the first chapter,

has been republished by Syafiq Hadzir in collaboration

with Preservation and Digitalisation Unit in Information

Technology and Erudition Infrastructure Division of Tun

Seri Lanang Library, National University of Malaysia into

PDF format aimed at inculcating our spirit of love for the

nation, mother tongue and homeland.

v

Page 8: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Hak Cipta © Syafiq Hadzir

Hak Cipta Terpelihara

Judul:

Hikayat Merong Mahawangsa

(Bab 1: Raja Merong Mahawangsa)

Versi:

R. J. Wilkinson

Disemak Oleh:

Cik Farhannis Azhar

(PTSL UKM, UiTM Puncak Perdana)

Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin

dengan apa cara jua untuk tujuan komersial tanpa

keizinan bertulis daripada penulis atau penerbit.

vi

Page 9: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Penerbit (PDF):

Syafiq Hadzir

+6019-904 3852 (Whatsapp)

https://syafiqhadzir.dev

[email protected]

Terbitan Pertama: 2018

Terbitan Kedua: 2020

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel

dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang

tertera di atas.

Pengulangan cetak atau penyalinan semula dengan apa

cara jua untuk tujuan komersial tanpa keizinan bertulis

daripada penulis atau penerbit asal adalah dilarang sama

sekali.

vii

Page 10: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

This Work Is Licensed Under:-

Hasil Kerja Ini Dilesenkan Di Bawah:-

Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International

Atribusi-BukanKomersial-TiadaTerbitan 4.0 Antarabangsa

(CC BY-NC-ND 4.0)

Under this term, you are free to share by making copy and

redistribute the material in any medium or format. The

licensor cannot revoke these freedoms as long as you

follow the license terms. For more information:

Di bawah terma ini, anda bebas untuk kongsikan dengan

cara membuat salinan dan mengedar semula bahan ini di

dalam apa-apa sahaja medium atau format. Penerbit

yakni, pemberi lesen, tidak boleh menyekat apa sahaja

kebebasan yang tersebut selagi anda mengikuti syarat-

syarat terma. Untuk keterangan lanjut sila layari:

https://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/legalcode

viii

Page 11: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Penghargaan:

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnia dan

izinNya dapatlah saya menyiapkan dan menerbitkan

Hikayat Merong Mahawangsa bab yang pertama ini ke

dalam bentuk digital dalam usaha memupuk semangat

cinta akan sejarah bangsa, bahasa dan tanah air kita,

Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

diucapkan kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak,

Universiti Teknologi MARA, khususnya kepada

pustakawan Cik Nordiana Tukijo dan Cik Izzati Lokman

yang telah menyediakan bahan bacaan dan rujukan

kepada saya untuk menyiapkan eBook ini.

Juga kepada pihak Universiti Malaya dan Dewan

Bahasa dan Pustaka yang telah memuat naik beberapa

naskah manuskrip yang menjadi rujukan saya dalam

menyiapkan penerbitan ini.

ix

Page 12: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Tidak kurang juga penghargaan yang saya berikan

kepada pihak Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti

Kebangsaan Malaysia, khususnya kepada Encik

Muhammad Zul selaku pembantu di Unit Pemeliharaan

Dan Pendigitalan di Bahagian Teknologi Maklumat dan

Prasarana Ilmu kerana telah banyak memberikan saya

tunjuk ajar. Begitu juga kepada Cik Farhannis Azhar yang

turut sama membantu menyemak semula ejaan-ejaan di

dalam eBook ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada kedua

ayahanda dan bonda termasuk semua yang terlibat dalam

menanggung segala kos penerbitan ini, kepada isteri yang

tercinta juga kepada kedua anakanda yang disayangi

kerana telah menjadi pembakar semangat saya dalam

menyiapkan eBook ini.

Semoga Allah Subhanahuwataala memberikan

balas yang lebih baik jua. Amin.

x

Page 13: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Buat Tokoh Kesusasteraan Melayu:

Dato’ Prof. Dr. Siti Hawa Binti Haji Salleh Ph.D.

Semoga Allah senantiasa mengasihi dan

menyayangi tokoh akademik Melayu kelahiran negeri

Kedah ini, kerana tanpa beliau, tidaklah dapat saya

menyiapkan PDF ini.

Besar sumbangan beliau terhadap warisan sejarah

ketamadunan dan kesusasteraan bahasa bangsa ini.

Nabi Sallallahualaihiwasallam bersabda:

إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة من صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah

amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang

bermanfaat, dan doa anak yang soleh” [1]

Dan semoga dengan penerbitan ini, segala setiap huruf di

dalamnya, menjadi manfaat kepada beliau, Dato’ Prof. Dr.

Siti Hawa Binti Haji Salleh, kerana hal ini juga termasuk di

dalam ilmu yang bermanfaat.

1 Hadis riwayat Muslim no. 1631.

xi

Page 14: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

ع مدخلها واغسلها اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها وأكرم نزلها ووس

نس وأبدلها دارا ى الثوب األبيض من الد ها من الخطايا كما ينق لج والبرد ونق بالماء والث

خيرا من دارها وأهال خيرا من أهلها وزوجا خيرا من زوجها وأدخلها الجنة وأعذها

من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار

“Ya Allah, Engkau kurniakanlah keampunan baginya, dan

limpahkanlah rahmat ke atasnya, dan selamatkanlah dia

dan maafkanlah segala kesalahannya. Engkau muliakanlah

kedudukannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, dan

sucikanlah dia dengan air salji dan air yang sejuk. Engkau

bersihkanlah dia daripada kenodaan dosa sebagaimana

dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan

gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, juga

keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan

pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.

Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia

daripada seksaan kubur dan ujiannya serta jauhkanlah dia

dari azab neraka.” [2]

Dan mudah-mudahan Allah juga mengampunkan dosa

saya sekeluarga dan kaum muslimin samada yang masih

hidup ataupun yang sudah meninggalkan dunia ini. Amin.

2 Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih-nya, Kitab al-Janaaiz, no:

963.

xii

Page 15: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Sejuta Penghargaan:-

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Universiti Teknologi MARA

Dewan Bahasa Dan Pustaka Universiti Malaya (UM)

Page 16: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Dengan Kerjasama:-

Transliterasi Hikayat Merong Mahawangsa versi R. J.

Wilkinson, bab yang pertama, telah berjaya diterbitkan

semula ke dalam bentuk PDF pada tarikh 27 Disember

2018 dengan kerjasama pihak Perpustakaan Tun Seri

Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 17: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Halaman awal Hikayat Merong Mahawangsa versi R. J. Wilkinson, manuskrip yang dijadikan

teks dasar kajian ini. Maklumat yang diperoleh menyatakan bahawa naskhah ini tamat

disalin pada 2 Rejab 1316 bersamaan 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin

Nasruddin di Pulau Pinang. Versi ini dicetak batu oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang

Street, atas kehendak R. J. Wilkinson Esquire, Acting Inspector of Schools, Straits

Settlements. Penerbitan ini tersebar luas dan salah satu salinan tersimpan di Muzium

Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Page 18: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project
Page 19: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

﷽العالمين رب لله الحمد

Dengan nama Allah, tuhan yang amat murah lagi yang

amat mengasihani akan sekalian hamba-Nya, segala puji

bagi Allah, tuhan seru sekalian alam. Wa sholatu wa’l-

salam aala nabiyyihi [1], dan rahmat dan salam-Nya atas

yang diambil-Nya akan Nabi Muhammad ini’l-ladhi la

nabiyyu baadah [2], adapun Nabi Muhammad itu yang tiada

ada nabi kemudian: wa aala alihi wasahbihi’l-ladhi

yujahiduna bihamdihi [3], dan atas keluarganya dan segala

sahabatnya mereka itulah yang usahakan memuji dia. Wa

baada qala faqir wa bi’l-fakhru wa’l-taqsir [4], kemudian

daripada itu, telah berkata fakir yang insaf akan lemah

keadaan dirinya dan sangkut pengetahuan ilmunya:

1 Ejaan asal pada manuskrip: نبيه على والسالم والصالة

2 Ejaan asal pada manuskrip: بعده نبي ال الذي ن

3 Ejaan asal pada manuskrip: بحمده يجاهدون الذي وصحبه آله وعلى

4 Ejaan asal pada manuskrip: التقصير و وباالفخر فقير قال وبعد

1

Page 20: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam

Syah[5] ibnu Sultan Muzalfal Syah[6] yang maha mulia

kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke

penghadapan, dihadapi oleh segala menteri, hulubalang[7]

serta alim mutaallim [8], maka fakir pun ada hadirlah

mengadap baginda, penuh sesak di penghadapan itu

membicarakan negeri dan mengaji kitab. Setelah itu maka

titah duli baginda yang maha mulia, junjungkan ke atas

jemala[9] fakir, demikian titah yang maha mulia, “Bahawa

hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri [10]

peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya

sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita

yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan

sejarahnya.”

5 Seri Paduka Sultan Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan

Mudzaffar Shah I (1179 – 1201).

6 Seri Paduka Sultan Mudzaffar Shah I (1136 – 1179), raja Hindu

terakhir dan sultan Islam pertama negeri Kedah. Nama baginda

sebelum memeluk Islam adalah, Seri Paduka Maharaja Durbar II,

Raja Phra Ong Mahawangsa (c. 956 – 1136). Menurut hikayat ini,

baginda merupakan anak kepada Seri Paduka Maharaja Darma II,

Raja Phra Ong Mahaputisat (c. 880 – 956).

7 Hulubalang: ketua pasukan askar, pemimpin pasukan.

8 Ejaan asal pada manuskrip: متعلم عاليم

9 Jemala: kepala; di atas ~ di atas kepala.

10 Peri: hal, keadaan, sifat; ~ peraturan sifat-sifat peraturan.

2

Page 21: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Setelah faqiru’l-ladhi tarkibu aala jahil [11], maka

fakir pun perkejaplah[12] diri pada mengusahakan dia.

Syahadan memohonkan taufiklah fakir ke hadrat tuhan

shoni’u-l’alim [13] dan meminta huruf kepada sayyidu’l-

anam [14] dan meminta afwah[15] kepada keempat sahabat

yang akram. Hatta maka fakir pun mengaranglah hikayat

ini, maka dinamai akan dia Sulalatus Salatin [16], iaitu

peraturan segala raja-raja. Hadhihi dawaïru'l-akhbari wa

ghururu’l-amthali [17]. Inilah mutia[18] segala ceritera dan

segala cahaya perumpamanya, maka barang siapa

membaca dia janganlah dibicarakan lagi, terlalu amat

sempurna bicaranya, karna hikayat ini tahulah kami akan

perkataan, karna sabda Nabi Sallallahualaihiwasallam:

“tafakkaru fi dhatillah” [19][20] yakni bicarakan olehmu pada

segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat

Allah.

11 Ejaan asal pada manuskrip: جهل على تركب الذي فقير

12 Kejap: tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh; ~lah diri

teguhlah diri.

13 Ejaan asal pada manuskrip: العالم صانع

14 Ejaan asal pada manuskrip: االنام سيد

15 Afwah: tuah (orang yg keramat).

16 Ejaan asal pada manuskrip: السالطين ساللة

17 Ejaan asal pada manuskrip: االمثال وغرور االخبار دوائر هذه

18 Mutia: mutiara.

19 Ejaan asal pada manuskrip: الله ذات في تفكرو

20 Hadis ini “dhaif”. Matan penuh: الله في تفكروا ولا الله آلاء في تفكروا

3

Page 22: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Ketahui olehmu kepada zaman dahulu kala dan

pada masa yang telah lalu, kata yang empunya cetera[21]

ini, maka adalah kepada suatu masa sedang zaman Nabi

Allah Sulaiman alaihissalam naik jadi raja yang tetap di

atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia

ini memerintahkan daripada segala makhluk khalayak-

khalayak yang berjenis-jenis bangsanya yang dijadikan

Allah Subhanahuwataala di dalam dunia ini, dititahkan

oleh tuhan seru sekalian alam memerintahkan isi alam

dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman

alaihissalam, tiada boleh hendak melalui daripada

hukumnya, baik daripada binatang yang melata di bumi

dan yang terbang di udara, sekaliannya dalam hukuman

Nabi Allah itu, beberapa banyak bukit, gunung, pulau

yang menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk.

Sebermula, maka tersebutlah perkataan Pulau

Langkapuri[22] itu. Selama peninggal perang Seri Rama[23]

dan Anduman[24][25] jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-

21 Cetera: cerita, ceritera.

22 Dipercayai ianya merupakan nama asal Pulau Langkawi.

23 Seri Rama @ Ramachandra: jelmaan ketujuh dewa Vishnu.

24 Anduman @ Hanuman: dewa Hindu yang berupa seekor monyet.

25 Menurut Hikayat Seri Rama di dalam sebuah epik Hindu Ramayana,

pertempuran di antara Seri Rama dan Anduman adalah disebabkan

peristiwa penculikan Sita Dewi.

4

Page 23: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

siapa duduk; maka datanglah seekor burung geroda[26]

yang amat besarnya, ia itu asalnya daripada anak cucu

Maharaja Dewata. Maka burung geroda itulah yang diam

di pulau itu mencari makan. Maka burung geroda itu pun

pada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masuk

perang, banyak juga kesaktiannya dan banyak juga segala

binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan

dia. Maka pada suatu hari datanglah seekor burung

rajawali[27] kepada burung geroda itu, katanya, “Adakah

tuan hamba beroleh khabar bahawa raja Rom itu beroleh

seorang anak laki-laki? Sekarang ini ia hendak meminang

anak raja Benua China, karna negeri kedua itu terlalulah

jauhnya, sebuah negeri itu sebelah matahari naik dan

sebuah negeri di sebelah matahari mati [28], maka

kehendaknya raja Rom itu hendak mengantarkan anaknya

itu berperahu dan belayar.”

26 Burung gergasi. Menurut Dewan Siswa (Nov 2011), Ibnu Battuta

pernah menceritakan seekor burung raksasa yang terbang di

angkasa Laut China Selatan, saiznya terlalu besar sehingga

kelihatan seperti gunung yang sedang terapung. Menurut Yule-

Cordier, Cathay & the Way Thither IV (1916:146), nota daripada

Wittkower, 1938. Pengakuan tentang kewujudan burung gergasi

ini juga turut dibuat oleh Marco Polo pada abad yang ke-13

berserta tokoh-tokoh yang lain.

27 Rajawali: burung, lang belalang, Accipiter badius poliopsis.

28 Mati: terbenam; di sebelah matahari ~ matahari terbenam.

5

Page 24: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka kata burung geroda itu kepada burung

rajawali, “Mana tuan hamba beroleh warta ini?”

Maka kata burung rajawali, “Hamba beroleh warta

daripada burung kakaktua, ialah yang melihat orang

membawa utusan dan penomah [29] dari Benua Rom,

hendak pergi ke Benua China. Maka hamba pun terbang

melintas melihat kelakuan itu, nyatalah adanya seperti

warta itu, karna raja Rom itu hendak menunjukkan

kebesarannya, mana yang tiada dapat dikerjakan oleh

segala raja-raja di dalam dunia ini, ialah konon hendak

mengadakan dan mengantarkan.”

Maka kata burung geroda kepada burung rajawali,

“Di mana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan

itu? Pada fikirku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu,

aku hendak pergi mengadap Nabi Allah Sulaiman karna ia

itu raja besar di dalam alam dunia ini. Jikalau sudah ada

seperti yang demikian itu, tiadalah kuberi jadi pekerjaan

nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu.”

Setelah didengar oleh burung rajawali kata burung

geroda itu, maka ia pun bermohon kepada burung geroda

lalu ia terbang.

29 Penomah: pemberian kpd bakal mentua.

6

Page 25: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Setelah itu maka burung geroda itu pun

terbanglah naik ke udara sampai pergi mengaras awan

udara, berasaplah kelihatan dunia ini.

Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung

geroda yang terlalu amat besarnya turun mengadap Nabi

Allah Sulaiman, sembahnya, “Ya Nabi Allah, hamba dengar

warta raja Rom menaruh seorang anak laki-laki dan raja

Benua China ada menaruh seorang anak perempuan. Maka

sekarang raja Rom itu hendak meminang anak raja Benua

China. Konon akan rupa kedua anak raja itu terlalu amat

eloknya, tiadalah lagi bandingnya akan rupa keduanya itu,

dan kedudukan negeri itu terlalulah jauh, pada fikir hamba

bukanlah jodo [30] pertemuannya.”

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung

geroda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo

pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun

tiada siapa yang dapat menceraikan dia.”

Maka sembah burung geroda, “Ya Nabi Allah, akan

pekerjaan itu atas hambamulah menceraikan dia. Jika tiada

dapat hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya

30 Jodo: jodoh, sesuai; @ jodoh.

7

Page 26: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

hamba undurlah daripada bawah langit dan atas bumi

daerah tempat kediaman segala manusia sekalian ini.”

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Baik, perbuatlah

oleh tuan hamba barang kuasa engkau, tetapi pesanku

kepada engkau tatkala sudah tetap engkau boleh

menceraikan jodo pertemuan manusia itu, hendaklah

engkau datang ke mari ceterakan kepada aku.”

Maka sembah burung geroda, “Baiklah, ya Nabi

Allah.”

Setelah sudah maka burung geroda pun

bermohonlah kepada Nabi Allah Sulaiman lalu terbanglah

ia pergi ke Benua China.

Hatta beberapa lamanya ia terbang itu, maka

sampailah ke Benua China lalu dilihatnya segala perintah

raja Benua China itu, nyatalah seperti warta burung

rajawali itu adanya jadi berkahwin. Maka adalah kepada

suatu hari pergilah tuan puteri anak raja Benua China itu

bermain ke taman lalu memungut segala bunga-bungaan

dan buah-buahan. Setelah dilihat oleh burung geroda

tuan puteri itu duduk di dalam taman memungut segala

bunga-bungaan dan buah-buahan, lalu ia pun terbanglah

8

Page 27: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

menuju pergi kepada tuan puteri itu ke dalam taman.

Serta sampai lalu disambarnya tuan puteri itu dengan

mulutnya serta digenggam dengan kukunya yang kanan.

Maka mak inang[31] tuan puteri serta dengan

kundangnya[32] seorang budak perempuan, maka

keduanya itu pun disambar dengan kukunya kaki kiri

digenggamnya, lalu dibawa terbang mereka itu menuju ke

Pulau Langkapuri, halanya itu ke sebelah laut selatan.

Setelah sampai ke Pulau Langkapuri itu lalu

dibawa turun karna sudah ada tempatnya seperti rupa

sebuah mahaligai[33]. Tempat itulah ditaruhkannya tuan

puteri itu tiga dengan sahayanya[34], serta dicarinya

makanan, dihantarkan kepada tuan puteri itu. Barang

dikehendakinya dicari oleh burung geroda itu diberi akan

tuan puteri dan sahayanya kedua itu.

Sebermula, maka tersebutlah perkataan raja Rom

sedang dihadap oleh segala raja-raja yang besar-besar

yang bermahkota, dengan segala menteri dan para

31 Inang: perempuan yg menjaga dan melayan anak-anak (biasanya

anak raja-raja atau anak orang besar-besar).

32 Kundang: budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll).

33 Mahaligai @ mahligai: istana tempat kediaman raja (permaisuri

atau putera puteri raja).

34 Sahaya: abdi, hamba.

9

Page 28: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

penggawa[35], hulubalang, sida-sida[36], bentara[37],

biduanda[38] sekalian, penuh sesak di balai paseban[39]

agung, bermesyuarat bicara hendak mengantarkan

anakanda baginda itu ke Benua China serta menghadirkan

segala kelengkapan bahtera dan kapal dan mencari

harapan akan ganti baginda itu. Maka adalah dalam

banyak segala raja-raja yang duduk mengadap itu, adalah

seorang raja yang besar lagi bermahkota, sahabat

kepadanya, bernama Raja Merong Mahawangsa[40].

Adapun raja itu ayahnya daripada indera-indera[41]

dan bondanya itu asal daripada dewa-dewa. Maka

terbukalah pintu hatinya gemar dan suka ia beristeri akan

anak Raja Gergasi, karna puteri itu kecil lagi baik rupa

parasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi

tiadalah suka ayah bondanya Raja Merong Mahawangsa

akan dia beristeri akan tuan puteri itu. Maka oleh Merong

35 Penggawa: ketua kampung (daerah), penghulu.

36 Sida: gelaran orang daripada keturunan bangsawan. Sida-sida:

pegawai dlm istana (semacam pendeta).

37 Bentara: pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat

kerajaan).

38 Biduanda: budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba raja.

39 Balai paseban: balai besar.

40 Seri Paduka Maharaja Durbar Raja I Raja Merong Mahawangsa @

Maharaja Parveen I (330-390).

41 Indera: raja atau kerajaan. Raja-raja.

10

Page 29: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Mahawangsa, barang ke mana ia pergi dibawanya pergi

isterinya itu bersama-sama dengan dia, tiada ditinggalkan

dengan segala menteri, para penggawa, hulubalang, sida-

sida, bentara, biduanda, rakyat sekalian, karna Raja

Merong Mahawangsa itu ia ketahui ilmu kesaktian dan

ditakuti oleh sekalian raja-raja.

Maka titah sultan Rom kepada Raja Merong

Mahawangsa, “Hai saudara hamba, hendaklah saudara

pergi ke Benua China ganti hamba membawa pergi paduka

anakanda ini, kahwinkan dengan anak raja Benua China.”

Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, “Baiklah,

tuanku, barang yang dititahkan itu patik kerjakan, tuanku.”

Setelah itu maka sultan Rom pun menghadirkan

sebuah bahtera akan kenaikan anakanda baginda itu

dengan segala anak menteri, penggawa, hulubalang,

dengan empat puluh anak raja-raja dan sebuah bahtera

akan kenaikan Raja Merong Mahawangsa dengan segala

menteri, para penggawa, hulubalang, rakyatnya,

mengiringkan anak raja Rom itu. Lain daripada bahtera

dua buah itu beberapa pula banyak kapal dan keci [42] yang

bersama-sama mengiring akan anak raja itu.

42 Keci: (kéci) sejenis kapal layar empat persegi.

11

Page 30: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Hatta setelah sudah lengkap maka pada ketika hari

saat yang baik, maka Raja Merong Mahawangsa pun

mengangkatkan layar serta segala kapal dan keci yang

serta bersama-sama mengiringkan itu semuanya disuruh

naikkan segala layarnya. Maka segala kapal itu pun

membongkarkan sauhnya serta menaikkan layar masing-

masing lalu berlayarlah sekalian mengikut bahtera anak

raja Rom dan bahtera Raja Merong Mahawangsa.

Setengah dahulu, setengah kemudian, bertaburan

penuhlah laut itu, menuju halanya ke Benua China.

Hatta beberapa lamanya berlayar daripada negeri

Rom itu, maka sampailah ke tengah arungan[43] dengan

beberapa melalui kuala negeri segala raja-raja yang takluk

kepada raja Rom. Maka sekalian raja-raja itu pun

datanglah mengantarkan makanan dan hadiah berbagai-

bagai jenisnya, daripada sebuah negeri kepada sebuah

negeri, karna sekalian itu negeri yang besar-besar jua,

takluk ke Benua Rom. Maka dengan hal yang demikian,

pelayaran pun sampailah ke laut sebelah Hindustan. Maka

terlalu banyak segala yang ajaib-ajaib dan yang indah-

indah kelihatan pada mata sekaliannya itu. Maka dipintasi

juga belayar merentas segala tanjung-tanjung, terlalulah

ramainya belayar itu.

43 Arungan @ harungan: laut yg boleh dilayari.

12

Page 31: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Adapun pelayaran angkatan anak raja Rom hendak

pergi kahwin ke Benua China itu adalah seperti burung

terbang ke sarang dan tiangnya seperti batang pepara[44]

lakunya, barang di mana berlabuh dan berhenti itu seperti

pulau yang besar, serta dengan segala bunyi-bunyian pun

dipalu oranglah, terlalu azmat[45] bunyinya seperti akan

terangkatlah lautan itu, tambahan pula dengan bunyi

bedil meriam pun terlalu banyak. Maka bahananya bunyi

bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan

tagar[46], terlalu amat gempita, alamat di dalam laut itu

tiadalah dengan kemasyghulannya[47] melainkan dengan

kesukaan belaka. Barang di mana berjumpa dengan pulau,

singgah berlabuh, naik ke daratan mengambil air dan kayu

serta mandi sekalian dan memungut daripada ketam,

siput, karangan[48], serta mengambil tali akar dan umbut[49]

kayu, pucuk kayu, akan makanan segala yang bernafsu di

dalam kapal dan bahtera; terlalulah kesukaan sekaliannya.

44 Pepara: tumbuhan (rumpai), rumput sendayan.

45 Azmat: kuat sekali; hebat.

46 Tagar: (bunyi) guruh (guntur).

47 Masyghul: berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung,

sedih; ke ~ an kesedihan.

48 Karangan: batu karang.

49 Umbut: pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dll.)

yg lembut dan boleh dimakan.

13

Page 32: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Adapun sekaliannya berlayar itu tiada juga jauh

daripada tanah daratan, hingga kelihatan jua daratan itu.

Maka sampailah ke laut Kuala Canggung[50] namanya dan

nama rajanya negeri itu Kelinggi[51]. Maka kelihatanlah

pada mata sekalian datang teduh redum[52] dari sebelah

matahari hidup[53] itu seperti hendak menimpa atas segala

kapal, keci, bahtera. Maka tengah belayar itu datanglah

kelam-kabut guruh petir dengan hebat dahsyat;

datangnya itu seperti pohon angin ribut yang besar

rupanya. Maka bahtera kenaikan anak raja Rom pun

mendekati kenaikan Raja Merong Mahawangsa. Maka

titah anak raja Rom suruh bertanya: “Apa juga yang

datang di hadapan itu seperti hendak menimpa di atas

segala perahu itu?”

Maka Raja Merong Mahawangsa pun segeralah

naik ke atas beranda bahteranya dengan alat senjatanya.

Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa yang datang

itu bukannya daripada angin ribut taufan, hanya bunyi

50 Dipercayai Kuala Canggung adalah nama Melayu kepada Kuala

Chittagong, Bangladesh hari ini.

51 Kelinggi atau Halingyi (ဟန�လင�းကြ�) adalah sebuah negara kota

purba di Burma. Namun, tidak diketahui siapa sebenarnya di

sebalik watak “Raja Kelinggi” di dalam hikayat ini.

52 Redum: mendung, redup, suram (gelap); @ redam.

53 Hidup: Terbit; Di sebelah matahari ~ matahari terbit.

14

Page 33: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

sayap burung terbang juga, akan datang rupanya hendak

merosakkan segala perahu yang dinaik sekaliannya. Maka

Raja Merong Mahawangsa pun bertitah kepada

sekaliannya suruh beringat-ingat alat senjata masing-

masing tangan serta mengisi ubat bedil meriam, jangan

dialpakan[54]. Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja

Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itu

pun mengerahlah sekalian orangnya suruh beringat-ingat

serta memegang senjata masing-masing tangan.

Adapun burung geroda itu setelah nyatalah

angkatan anak raja Rom itu, maka datanglah marahnya

lalu ia pun terbang datang menyambar, langsung

dihalakannya ke sebelah matahari jatuh. Maka Raja

Merong Mahawangsa pun menarik busur anak panahnya

yang bernama Ayun-ayunan itu ke udara, bergemuruhlah

bunyinya seperti [هلنتر](halilintar) membelah. Maka segera

ditepiskan dengan sayapnya, tiada kena. Maka segala

yang memasang bedil meriam itu pun dipasangnya hala

ke langit, tiadalah berhenti lagi; jikalau guruh petir di

langit pun tiadalah kedengaran lagi, terlalulah azmatnya.

Demi dilihat oleh burung geroda terlalu banyak alat

senjata yang datang hendak mengenai dia, maka ia pun

tiada ambil tahu kerana tiada memberi guna kepada

54 Alpa: lalai, kurang mengendahkan.

15

Page 34: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

burung geroda itu, habis berterbangan pergi hala ke lain,

ke sana ke mari. Setelah demikian datang pula burung

geroda itu serta menurunkan guruh hujan angin ribut,

datangnya itu dari sebelah selatan, lantas ke utara. Demi

dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal kelakuan

burung geroda itu kesaktian menurunkan hujan, angin

ribut guruh petir itu, maka segeralah ia mengambil anak

panah yang bernama Ayun-ayunan bicara menahankan

angin ribut burung geroda itu, hujungnya merah seperti

api. Demi ditariknya busurnya lalu dipanahkannya ke

udara bergemuruh seperti taufan bunyinya di udara itu

seketika lagi datanglah suatu gunung dari udara

menahani daripada angin ribut taufan yang datang

daripada burung geroda itu. Maka burung geroda itu pun

terlepaslah ia ke sebelah utara, mencarikan alpa anak raja

Rom tiga buah bahtera itu, hendak dirosak tenggelamkan

kapal anak raja Rom itu ke dalam laut. Maka daripada

tiada berhenti datang senjata kena kepada tubuhnya

burung geroda itu, maka ia pun tiada memberi guna

kepadanya. Maka burung geroda itu pun ghaiblah terbang

pergi halanya ke darat lantas ke hutan-rimba belantara.

Maka Raja Merong Mahawangsa hendak membalas panah

sekali lagi, tiada sempat karna burung geroda itu terlalu

cepat dan tangkasnya ia terbang itu. Maka hari pun

malamlah, lalu berhenti sekaliannya pada malam itu.

16

Page 35: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Telah keesokan harinya dinanti-nanti kalau-kalau

datang burung geroda itu melanggar pula, tiada datang.

Maka sekaliannya pun belayarlah pula tiada juga jauh

daripada daratan. Antara beberapa hari belayar

sekaliannya itu dengan tempik sorak serta memalu segala

bunyi-bunyian sepanjang-panjang laut, maka sampailah ke

laut Kuala Tawai[55] namanya itu. Maka datanglah pula

burung geroda itu dengan hebat dan garangnya seperti

tiada berlawanlah kelakuan rupanya, datang dengan

angin ribut, guruh petir, kilat sabung-menyabung. Maka

oleh Raja Merong Mahawangsa segera disuruh

kembarkan bahtera itu dengan bahtera kenaikan anak

raja Rom itu. Maka segala kapal dan keci pun berlabuhlah

berkeliling bahtera kenaikan dua buah itu, masing-masing

memegang senjata. Maka Raja Merong Mahawangsa pun

naiklah ke atas beranda bahteranya itu dengan alat

senjata serta memegang panahnya yang bernama Berana

Pura itu, bernyala-nyala api hujungnya, segera ditarik

busurnya. Maka dikenakannya anak panah Berana Pura itu

lalu dipanahkan naik ke udara, bergemuruhlah bunyinya.

Maka turunlah anak panah itu menerbangkan segala yang

kelam-kabut, zulmat[56] dan angin ribut, hujan itu pun

55 Lokasinya terletak di Tavoi, Myanmar. Kuala Tawai merupakan

nama asal Tavoi sebelum bumi Melayu tersebut dijajah Burma.

56 Zulmat: gelap (kerana ribut), kegelapan.

17

Page 36: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

habislah sekaliannya hilang. Maka kelihatanlah burung

geroda itu sudah menerbangkan kapal tiga buah di dalam

kelam zulmat itu juga. Maka sorak tempik pun terlalulah

azmat, tambahan dengan bunyi bedil meriam pun seperti

bertih dan tagar di langit sekalipun tiada juga kedengaran

kepada sangat azmat itu; hingga dengan kelam-kabut

asap bedil jua di dalam banyak peluru meriam dan bedil

itu dengan beberapa pula anak panah segala raja-raja

seperti hujan yang lebat rupanya datang mengenai

kepada tubuh burung geroda itu, suatu pun tiada singgah,

habis bertabur dan berkibaran melayang di dalam laut itu:

jika kena ke tubuh burung geroda itu, jangan pun hendak

luka tubuhnya, bulunya pun tiada luruh barang sehelai jua

pun. Maka terlalulah ramai dengan tempik soraknya

mereka itu, bergempita di dalam laut itu. Seketika lagi

datang pula burung geroda itu terbang melayangkan

dirinya seperti angin taufan yang besar bunyinya dan

suaranya seperti bunyi guruh dan (halilintar)[هلنتر]

membelah. Maka tuli pekak telinga sekalian itu.

Maka Raja Merong Mahawangsa pun segera

memanahkan dengan anak panahnya Berana Pura itu ke

udara bergemuruh perginya hendak mengenai burung

geroda itu, segera dikibarkannya dengan sayapnya, maka

anak panah itu pun jatuh ke dalam laut. Lalu burung

18

Page 37: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

geroda itu pun menyambar pula tiga buah kapal itu

dengan paruhnya dan kakinya kedua belah itu membawa

terbang ke atas udara seperti tangkas tiada sempat

melihat rupanya daripada sangat tangkas itu, seperti

angin ribut taufan yang besar. Maka rosaklah enam buah

kapal itu, tenggelam, orangnya habis mati, tiada lagi

hidup. Di dalam itu pun susah juga burung geroda itu

hendak memenatkan segala angkatan anak raja Rom itu,

langsunglah burung geroda itu terbang ke hutan rimba

gunung mencari bicara hendak merosakkan kenaikan

anak raja Rom itu.

Sebermula segala kapal dan bahtera kenaikan anak

raja Rom itu dinanti-nantinya serang langgar burung

geroda itu, tiadalah akan datang maka hari pun malamlah.

Maka berkampunglah sekaliannya bersuatu pula

sementara hari hendak siang. Telah keesokan harinya,

maka sekaliannya pun belayarlah serta membaiki segala

tali akar yang rosak binasa itu. Jadi kemasyghulanlah anak

raja Rom dan Raja Merong Mahawangsa melihat kapal

dan keci banyak yang habis rosak dengan orangnya sekali

habis binasa, tiada kelihatan barang seorang pun.

19

Page 38: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Antara beberapa hari lamanya sekaliannya belayar

itu, maka sampailah ke laut Kuala Parit[57] namanya. Maka

kelihatan pula kelam-kabut turun dengan hujan, angin

ribut yang amat gemuruh jadi gemparlah segala isi kapal

dan keci dan bahtera itu pun berkampunglah jadi suatu

pula, serta melabuhkan sauhnya masing-masing, serta

memegang alat senjata pada segenap tangan dan berjaga

tali akar dan mengisi ubat segala bedil meriam. Maka Raja

Merong Mahawangsa pun terlalulah sebal[58] hatinya

melihat kelakuan burung geroda itu hendak

membinasakan ia sekalian itu. Lalu ia segera naik ke atas

beranda itu serta memegang panahnya yang bernama

Pusar Sempani Gembira, anak panah itu merah menyala-

nyala api hujungnya. Katanya, “Hai Pusar [59] Sempani

Gembira, pergilah engkau lawan burung geroda itu.” Maka

segeralah ditariknya busur panah itu lalu dibubuh anak

panah, dipanahkan naik ke udara, bergemuruh bunyinya

seperti taufan. Seketika keluarlah kelam-kabut, datanglah

hantu syaitan di dalam kelam-kabut itu, menyakiti burung

geroda itu. Maka burung geroda pun sudah diketahuinya

anak panah Pusar[60] Sempani Gembira namanya. Maka

57 Berkemungkinan ianya kuala Sungai Irrawaddy.

58 Sebal: ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati.

59 Ejaan asal pada manuskrip: فراسر

60 Ejaan asal pada manuskrip: فراسر

20

Page 39: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

segera dikiraikan[61] oleh burung geroda dengan sayapnya

serta menerkam datangnya itu menyambar tiga buah

kapal dan keci dengan mulutnya dan kukunya,

diterbangkan ke udara mengambatkan segala kaum

syaitan dan hantu kesaktian itu dan segala bedil dan

tikam dan panah anak raja-raja yang seperti hujan yang

lebat mengenai pada tubuh geroda, dengan tempik

soraknya terlalu gempita bunyinya, seperti guruh di langit

bahananya; itu pun tiada memberi gentar dan dahsyat di

hati burung geroda itu, sebagai jua ia terbang datang

mengusir hantu syaitan itu. Seketika habislah sekaliannya

hilang, cerah terang sampai ke dalam laut. Maka kapal

yang tergonggong di paruhnya dan yang tergenggam

kepada kakinya itu pun habislah bertaburan dan

berpecah-pecah pada segala laut itu dan setengah jatuh

segenap hutan rimba, habislah luluh lantak segala tulang

jadi serbuk sekalian.

Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal

anak panahnya itu terus[62] tiada jua memberi bekas pada

burung geroda itu, maka terlalulah marahnya lalu

dibalasnya pula suatu anak panahnya, dipanahkan naik ke

61 Kirai: mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang

debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-

goyangkan (sayap, bulu, dll)

62 Ejaan asal pada manuskrip: تيراس

21

Page 40: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

udara, bergempita gemuruh bahananya di dalam laut itu.

Seketika datanglah seekor burung jentayu[63] mengambat

burung geroda. Maka burung geroda itu pun sudahlah ia

ketahui bahawa anak panah itu juga menjadi burung

jentayu itu. Maka bertemulah keduanya, menyambar

dengan paruhnya, berkibar-kibaran dengan sayapnya,

terlalu amat berdahanam[64] gemuruh bunyinya di udara

itu. Hairanlah segala yang melihat burung kedua itu

berperang; jikalau burung geroda di atas burung jentayu

memagut-magut[65], serta keluar dari mulutnya api

bernyala-nyala. Terbakarlah burung jentayu itu lalu

hilanglah kembalilah kepada tarkasynya[66]. Maka sekali

lagi hendak dibalaskan oleh Raja Merong Mahawangsa,

hari pun sudah malam. Maka burung geroda itu pun

duduk menanti kalau-kalau datang pula senjata Merong

Mahawangsa, tiada jua datangnya. Lalu ia pun pulanglah

terbang ke gunung berhenti akan lelahnya, serta mencari

akan kira-kira hendak membinasakan segala kenaikan

anak raja Rom itu karna banyak sangat raja-raja yang

kesaktian bersama-sama dengan anak raja Rom. Itu pun

dapat jua ia melawan melainkan Raja Merong

Mahawangsa itu juga, susah sedikit hatinya hendak

63 Jentayu: burung yang selalu berseru meminta hujan.

64 Dahanam: bunyi yg kuat, bergempa.

65 Memagut: mematuk (ular, burung, dll), mencatuk.

66 Tarkasy: lubang tempat menyimpan anak panah.

22

Page 41: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

melawan akan dia itu karna ia raja kesaktian, terlebih

daripada segala raja-raja yang lain pada zaman itu. Maka

burung geroda itu pun duduk diam mencari alpa hendak

dirosakkan juga.

Adapun akan anak raja Rom dengan Raja Merong

Mahawangsa itu pun berkampunglah pada malam itu

serta menanti burung geroda itu kalau-kalau datang

melanggar ia sekalian, tiada jua akan datang. Lalu

berlayarlah pula daripada laut Kuala Morib[67] menuju

susur daratan jua. Antara beberapa hari lamanya belayar

itu lalu kelihatanlah pula Pulau Salang[68] antara Laut

Bangtafan[69] namanya. Oleh Raja Merong Mahawangsa

disuruh orang pergi kepada anak Raja Rom itu

mengatakan ia sebuah bahtera itu hendak singgah

kepada pulau itu karna keputusan air dan kayu dan segala

kenaikan anak Raja Rom itu pun sekaliannya, “Janganlah

berhenti, berlayarlah karna burung geroda tiada sudah ia

mari melanggar kita lagi karna banyaklah hari sudah tiada.

67 Kuala Morib @ Moulmein yang merupakan kuala Sungai Salween.

68 Dipercayai Pulau Salang ini adalah nama asal bagi Phuket (atau

nama Melayunya Pulau Tanjung Salang).

69 Bangtafan (تافن Gبع) atau 龐大濆 bermaksud “Tebing Besar”, merujuk

kepada gugusan kepulauan di Segenting Kra, Burma-Thailand.

Namun, ada juga mengatakan ianya di tebing laut daerah Pangan,

yang bernama Ban Bang Taphan (บานบางตะพาน).

23

Page 42: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Kalau ia hendak datang selama ini datanglah sudah

melanggar kita seperti yang telah lalu itu.”

Maka utusan yang disuruh oleh Raja Merong

Mahawangsa itu pun berlayarlah pergi menujukan

bahtera anak raja Rom itu, serta sampai lalu disembahkan

seperti titah Raja Merong Mahawangsa itu kepada anak

raja Rom itu. Maka titah anak raja Rom kepada orang itu,

“Baiklah.”

Maka utusan itu pun menyembah lalu kembali

kepada Raja Merong Mahawangsa dimaklumkan seperti

titah anak raja Rom itu. Maka Raja Merong Mahawangsa

pun singgahlah kepada suatu pulau mengambil air. Maka

anak raja Rom sekalian itu pun belayarlah menuju kepada

Tanjung Hujung Salang[70]. Maka kapal dan keci sekalian

pun mengiringkan bahtera anak raja Rom itu.

Hatta, tiada beberapa lamanya belayar, adalah

kira-kira sehari semalam lagi hendak sampai ke Pulau

Langkapuri itu, maka terlihatlah kepada burung geroda

angkatan pelayaran anak raja itu, lalu dinantikan hari

malam. Setelah itu bahtera Raja Merong Mahawangsa

70 Lokasinya berkemungkinan terletak di antara selatan Pulau Salang

dan Pulau Langkawi.

24

Page 43: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

pun singgah kepada suatu pulau mengambil air kayu.

Maka geroda pun datanglah seperti ribut taufan yang

teramat besar, menyambar dan memukul dengan

sayapnya dan menendang dengan kakinya kepada

bahtera anak raja Rom itu hingga habislah karam

tenggelam segala kapal dan keci itu, orang pun banyaklah

mati daripada yang hidup, bertaburan sepanjang laut itu.

Maka tatkala itu anak raja Rom pun berpegang pada

suatu papan di dalam laut itu dengan seorang dirinya.

Habislah binasa segala kapal dan keci serta sekalian

bahtera anak raja Rom itu, pada sangka hati burung

geroda itu matilah sudah anak raja Rom itu. Maka ia pun

kembalilah ke Pulau Langkapuri.

Adapun akan Raja Merong Mahawangsa setelah

hari sudah siang lalu ia pun berlayarlah menurut anak raja

Rom itu adanya. Syahadan, tiada berapa lamanya berlayar

itu sampailah kepada tempat anak raja Rom rosak itu, lalu

bertemu dengan orang berenang, diambilnya dan

bertanya. Maka dihikayatkan orang itu segala halnya yang

dibinasakan oleh burung pada malam tadi. Demi didengar

oleh Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu maka

disuruh layar kapal pergi mencari kalau-kalau bertemu

dengan anak raja Rom itu. Maka dicarikan oranglah tiada

25

Page 44: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

berjumpa sehingga bertemu dengan orang lain juga,

bertaburan pada segala laut itu.

Hatta berapa hari lamanya anak raja Rom itu tiada

berjumpa dengan siapa-siapa jua pun. Maka Raja Merong

Mahawangsa pun terlalulah masyghulnya karna ia suatu

harapan yang besar kepada sultan Rom itu. Litarlah[71]

sudah disuruh cari pada segala menteri, para penggawa,

hulubalang sekalian tiada juga bertemu. Maka Raja

Merong Mahawangsa pun berlayarlah hala ke sebelah

timur dengan bahteranya menyusur daratan tanah besar

itu sambil mencari anak raja itu.

Hatta, dengan hal yang demikian maka sampailah

kepada suatu teluk dengan suatu tanjung. Maka Raja

Merong Mahawangsa pun bertanya pada seorang mualim [72] yang tuha[73] di dalam bahteranya itu. Maka katanya,

“Bahawa pulau yang besar itu baharu hendak bersuatu

dengan daratan itu bernama Pulau Serai [74] dan suatu

71 Litar: bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; ~ lah

sudah berkelilinglah sudah.

72 Ejaan asal pada manuskrip: معلم

73 Tuha: tua atau pakar, berkemahiran, ketua pemimpin.

74 Menurut lagenda negeri Kedah, Gunung Jerai itu asalnya sebuah

pulau dan pulau itu namanya Pulau Serai.

26

Page 45: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

pulau yang kecil itu bernama Pulau Jambul [75] dan ke

daratnya sedikit bernama Pulau Lada [76], tuanku.”

Maka titah Raja Merong Mahawangsa. “Jikalau

demikian singgahlah berlabuh kita di tanjung pulau itu.”

Maka belayarlah bahtera itu menuju tempat yang

dititah oleh Raja Merong Mahawangsa itu. Setelah sampai

maka berlabuhlah bahtera itu.

Maka Raja Merong Mahawangsa pun dengan

segala menteri hulubalang naik ke darat. Maka tatkala itu

datanglah kaum gergasi, orangnya besar-besar, terlalu

banyak terlalu baik datang mengadap Raja Merong

Mahawangsa. Maka Raja Merong Mahawangsa pun sudah

ketahui bangsanya gergasi lalu ditegurnya dengan manis

suaranya mengambil hatinya. Maka segala kaum gergasi

itu pun takutlah akan Raja Merong Mahawangsa itu serta

hebat sikapnya tiada berlawan pada zaman itu dan yang

melihat akan dia itu takut dan gentar sekaliannya

daripada segala bangsa. Maka titahnya kepada segala

kaum gergasi yang datang itu, “Adapun beta singgah di

75 Menurut hikayat ini, Bukit Lada itu asalnya sebuah pulau dan pulau

itu namanya Pulau Lada.

76 Menurut hikayat ini, Bukit Jambul di daerah Pendang pada hari ini

asalnya itu sebuah pulau yang bernama Pulau Jambul.

27

Page 46: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

sini ini jikalau baik-baik bicaranya mahulah beta duduk

berhenti di sini dahulu sementara menanti mengambil

khabar anak raja Rom itu, kalau-kalau ada hidupnya.”

Maka sembah segala kaum gergasi itu, “Patik

sekalian pun lebih lagi kesukaan karna patik sekalian ini

tiada menaruh raja pada tempat ini. Jikalau demikian

baiklah duli tuanku cuba berangkat melihat tanah ini yang

patut tempat hendak duduk.”

Maka Raja Merong Mahawangsa pun berjalanlah

hendak melihat susuk tanah tempat hendak diperbuat

kota parit balai istana diiringkan oleh kaum gergasi

dengan segala menterinya lalu bertemulah dengan tanah

bumi yang baik, terlalulah indah tempatnya dengan

tanahnya, menjadi tiadalah turun ke bahteranya, gila

dengan membuat kota istana dengan balainya yang

terlalu amat besarnya lagi dengan indahnya. Setelah

sudah balai itu maka dinamai akan dia “Langkasuka” karna

mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-

sukaan serta dengan beberapa binatang jenis-jenisnya

daripada rusa, kijang, pelanduk, napuh[77], sapi dengan

segala perburuan yang dimakan oleh sekaliannya. Terlalu

amat kesukaannya serta dengan tepuk tarinya segala

77 Napuh: pelanduk besar, Tragulus napu.

28

Page 47: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

kaum itu karna mereka itu tiada beraja, hanya

berpenghulu sahaja dan lagi pula dengan baik bahasanya

Raja Merong Mahawangsa itu. Setelah sudah lengkap

kota istana, kemudian segala menteri hulubalang pun

masing perbuatlah rumah dan kampung, diaturnya

berkeliling kota rajanya. Setelah sudah sekaliannya itu,

maka masing-masing pun datanglah mengadap rajanya

sehari-hari.

Maka termasyhurlah Raja Merong Mahawangsa itu

sudah duduk menjadi raja pada tempat itu. Maka segala

dagang senteri[78] pun berhimpunlah datang berniaga ke

dalam negeri itu. Dengan baik budi bahasanya baginda itu

serta dengan menteri sekalian itu tiadalah merasai

kesakitan segala rakyat mencari makan pergi mari ke

negeri. Maka banyaklah orang yang telah pindah dengan

anak isterinya pergi duduk bersama-sama Raja Merong

Mahawangsa; makinlah bertambah-tambah rakyatnya

daripada sebulan kepada sebulan, daripada setahun

kepada setahun, makin banyak segala orang pindah ke

negeri itu. Maka tetaplah Raja Merong Mahawangsa di

atas takhta kerajaan dengan adil murahnya. Demikianlah

diperintahkan oleh baginda itu, tiadalah lagi berubah

78 Dagang senteri: berbagai-bagai orang asing yg mendatang

(saudagar, pelawat, pelajar, dll.).

29

Page 48: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

melainkan bertambah-tambah kebajikan di dalam negeri

itu.

Sebermula, maka tersebutlah perkataan anak raja

Rom di atas papan sekeping ia bergantung, tiada makan

dan tiada minum, kurus kering tubuh badannya dengan

dihinggap oleh kapang[79] dan teritip[80] pada segala

badannya; datang pasang disorong oleh pasang dan

datang surut dibawa surutnya, dengan dijulang pula oleh

ombak angin. Dengan hal yang demikian itu jatuhlah di

celah batu yang di Pulau Langkapuri itu dengan letih-

lesunya dan lapar dahaganya. Maka mengerang pun tiada

kedengaran suara lagi karna sangat daif[81] itu.

Maka adalah kepada suatu hari ketika burung

geroda itu pergi mencari makan, tiada ia di pulau itu,

maka turunlah tuan puteri anak raja China itu serta

dengan inang pengasuhnya datang ke tepi laut itu

mencari ketam siput di susur pantai itu. Tiba-tiba

kedengaranlah bunyi suara orang mengerang perlahan-

lahan. Maka titah tuan puteri kepada inangnya, “Aku

79 Kapang: berkapang bercendawan, berlapuk.

80 Teritip: siput laut yg kecil yg suka melekat pd perut perahu atau pd

tiang-tiang yg terendam dlm air laut.

81 Daif: cacat, hina, lemah.

30

Page 49: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

mendengar bunyi suara orang mengerang. Pergilah mak

inang cari beri bertemu juga dengan suara itu.”

Setelah ratalah sudah dicarinya lalu bertemulah

dengan manusia yang tiada berketahuan rupanya, penuh

dengan kapang segenap tubuhnya, matanya jua terkelip-

kelip. Maka inang itu pun terkejutlah lalu berlari-lari

kembali pada tuan puteri mengatakan hal itu. “Maka patik

lihat akan dia tiada boleh patik sembahkan yang khusus

kepada tuan puteri karna patik takut hendak pergi melihat

hampirnya dengan sebab rupanya tiada berketahuan

orangkah atau jin syaitankah?”

Maka tuan puteri pun tersenyum mendengar

sembah inangnya itu. Maka titah tuan puteri, “Hai mak

inang, pergi juga gagah lihat baik-baik, manusiakah atau

bukan. Jika manusia boleh kita mengambil khabar.”

Maka oleh inang itu daripada tiada berdaya, maka

ia pun pergilah pula dengan digagahnya serta dihampiri

lalu duduk dekat bertanya, katanya, “Siapa tuan ini?

Berkata benar-benarlah, jinkah atau manusiakah?”

Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-

lahan, “Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini

31

Page 50: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin

dengan puteri anak raja Benua China dengan beberapa

banyak bahtera, dan kapal keci kenaikan beta habislah

diserang oleh geroda, dibinasakan sekaliannya. Maka

dengan sebab itulah, hai ibuku, jadi yang demikian ini.”

Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah

belas kasihan hatinya mendengarkan hal anak raja Rom

itu lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal

itu sekaliannya dengan suka tertawanya. Maka tuan

puteri pun tunduk sambil tersenyum. Setelah itu maka

tuan puteri pun bertitah kepada mak inang itu,

“Hendaklah segera mak inang pergi ambil anak raja itu

sembunyikan sebelum datang burung geroda itu. Siapa

tahu kalau terlihat kepadanya, tentulah mati anak raja itu,

dan hendaklah jangan mak inang beri akan dia nasi yang

berbiji, berilah air nasi sahaja dahulu supaya segar sedikit

serta mak inang mandikan dia.”

Maka inang itu pun pergilah dua dengan budak

kundang tuan puteri itu, mengusung anak raja itu masuk

ke dalam suatu gua lalu ditutup dengan batu yang kecil-

kecil kepada pintu gua itu supaya jangan dilihat oleh

geroda itu. Maka air pun diangkatnyalah dua-dua orang,

dimandikan dan dikikisnya buang segala kapang dan

32

Page 51: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

teritip pada segala tubuhnya itu, serta diberi oleh mak

inang kain yang dipakainya. Maka pada hematnya waktu

ketika burung geroda itu datang baharulah hendak

dikatupkan pintu gua itu. Lalu keduanya pun kembalilah

mengadap tuan puteri itu. Demikianlah tiap-tiap hari mak

inang itu memeliharakan anak raja Rom dengan tiada

diketahuinya oleh geroda itu, daripada sehari kepada

sehari makin bertambah baik rupa parasnya dan badannya

pun kuatlah.

Maka tatkala bolehlah anak Raja Rom itu makan

minum seperti sediakala, rupa parasnya pun baliklah

seperti selamanya, hanya yang kurang pakaian juga. Maka

sembah mak inang pada tuan puteri, “Pada fikiran patik,

tuan puteri, nyatalah anak raja Rom, patut sangat dengan

budi pekertinya dan perkataannya, bertambah-tambah

pula dengan rupa parasnya daripada sehari kepada sehari,

berlainan daripada anak raja yang kebanyakan di Benua

China atau anak raja lain-lain pun. Hanya sayang sedikit

dengan sebab tiada berpakaian sahaja.”

Maka titah tuan puteri, “Hai mak inang, sabarlah

dahulu, nanti datang burung ke mari kita pinta kepadanya

segala pakaian.”

33

Page 52: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Setelah hari pun malam, maka burung geroda itu

pun datanglah mengantarkan makanan akan tuan puteri.

Maka kata tuan puteri, “Hai nenekku burung geroda,

betapa nenekku bawa akan kami ketiga ini ke sini memberi

kesakitan di atas kami? Bahawa sesungguhnya nenekku

memberi makan dengan serbaneka makanan sekalian ada,

tetapi segala pakaian aku hendaklah nenek ambil beri,

bolehlah aku bersalin hal kami ketiga orang ini.”

Maka burung geroda pun tertawa mendengar kata

tuan puteri itu serta berkata, suaranya seperti [هلنتر]

(halilintar) membelah dari langit, “Hai cucuku, tiada

apanya nenek hendak berbuat di atas cucuku yang tiga

berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah

Sulaiman jua. Tiada berapa lamanya nenek hendak

kembalikan cucuku kepada ayah bonda cucuku jua. Maka

sekarang ini di mana jua tempatnya segala pakaian cucuku,

di dalam istana ayah bonda cucuku di Benua China itukah

ada atau kepada tempat yang lainkah? Hendaklah cucuku

katakan kepada nenek supaya boleh nenek pergi ambil beri

akan cucuku.”

Maka kata tuan puteri, “Hai nenekku, adalah di

dalam istana besar ayahku raja di Benua China itu, di dalam

suatu bilik yang berdinding cermin itu, ada suatu peti besar

34

Page 53: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

yang bersendi gading dan bersendi dengan permata-

permata yakut [82], di situlah sekalian ada pakaianku.

Jikalau ada boleh nenekku ambil beri akan daku, maka

terlalulah kesukaan hati ketiga orang ini.”

Maka kata burung geroda, “Baiklah, hai cucuku,

biarlah nenek pergi ambil beri kepada cucuku. Jangan

seperti istana ayah bonda cucuku di Benua China itu, jika

terlebih sukar daripada tempat itu pun kehendak cucuku,

itu pun nenek pergi ambil jua, apatah bahananya kepada

nenek yang demikian itu.”

Maka tuan puteri pun terlalulah sukacitanya

mendengar kata burung geroda itu. Setelah sudah burung

geroda itu berkata-kata dengan tuan puteri itu maka ia

pun terbanglah pergi halanya ke Benua China ditujunya.

Setelah sampailah ia terbang ke Benua China lalu ia

bertengger[83] pada suatu gunung berhentikan lelahnya

seketika. Lalu terbanglah pula ia pergi menuju mahaligai

Raja Benua China itu serta ia menurunkan angin ribut,

taufan, hujan, kilat, guruh, petir (halilintar)[هلنتر] serta

dengan kelam-kabut zulmat berdahanam bunyinya tiada

siapa mengenal siapa lagi. Maka tatkala itu Raja Benua

82 Yakut: Sejenis batu permata.

83 Tengger: (ténggér); Ber ~ duduk pada tempat yg ketinggian.

35

Page 54: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

China pun tengah ramai dihadap oleh segala menteri,

hulubalang, para penggawa, sida-sida, bentara biduanda

sekalian, penuh sesak dengan rakyat bala tentera di balai

paseban agung hendak mendengarkan surat utusan

datang dari Benua Rom bertanya khabar anaknya sampai

atau tidak.

Adapun orang membawa surat itu berjalan tiba-

tiba datang angin ribut taufan itu yang amat besar serta

dengan hujan yang teramat lebat. Maka segala yang

duduk hampir itu pun tiada berkenalan lagi dibuat oleh

kelam-kabut itu; menjadi haru-haralah sekalian mereka

itu, terkejut masing-masing hingga dengan

memeliharakan dirinya. Habis bergoncang balairung raja

itu, terlalulah amat hebat dan dahsyatnya, pekak tuli

telinga segala yang mendengar itu. Maka dilihatlah oleh

burung geroda itu sekalian orang itu di dalam darurat

belaka, ke sana ke mari tiada berketahuan. Maka burung

geroda pun turunlah di dalam kelam zulmat itu menuju

istana besar itu serta mencabut suatu papan[84] dinding

istana itu, mengulur kepalanya mengangkatkan peti itu

dengan paruhnya seperti yang dipesan oleh tuan puteri

itu, tiadalah bersalahan lagi. Setelah dapat sudah peti itu

84 Bacaan Prof. Dr. Siti Hawa. Ejaan asal pada manuskrip: بنتي

36

Page 55: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

maka ia pun terbanglah kembali ke atas udara seperti

angin yang maha tangkas menuju ke Pulau Langkapuri itu.

Maka tiadalah berapa lamanya ia terbang itu

sampailah ke hadapan tuan puteri itu lalu meletakkan peti

itu di hadapan tuan puteri. Demi dilihat oleh tuan puteri

petinya sudah datang itu maka terlalulah suka hatinya

serta menerkam dan mencapai petinya itu dengan anak

kuncinya karna ada sedia terduduk di tubuh tuan puteri

itu, lalu diambil oleh tuan puteri segala pakaiannya yang

digemarnya, bertimbun-timbun dihantarkan di

hadapannya. Maka burung geroda itu pun terbanglah naik

ke atas mercu pulau itu bertengger ia berhentikan

lelahnya.

Telah keesokan harinya maka burung geroda itu

pun terbanglah ke darat mencari makan. Maka peninggal

burung itu maka tuan puteri pun mengambil

seperanggu[85] pakaiannya daripada jenis peterana[86] yang

keemasan Iengkap dengan alatnya pakaian segala raja-

raja, disuruhnya mak inangnya hantarkan kepada anak

raja itu. Maka oleh inang itu pun dibawakan pergi segala

pakaian serta dengan nasi sekali akan anak raja Rom.

85 Seperanggu: selengkap (pakaian dll.).

86 Peterana: bangku tempat duduk pengantin atau raja-raja.

37

Page 56: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Serta sampai inang itu kepada anak raja itu lalu

dihantarkan segala pakaian dan nasi ke hadapannya lalu ia

menyembah anak raja itu. Maka anak raja itu pun

terlalulah sukacitanya beroleh pakaian itu lengkap

sekalian itu.

Setelah datanglah antara enam tujuh harinya pada

ketika burung geroda itu tiada ia pergi mencari makan,

maka anak raja Rom itu pun datanglah mengadap tuan

puteri, dibawa oleh mak inang. Serta dilihat oleh tuan

puteri kepada anak raja Rom, maka ia pun tunduk kemalu-

maluan rupanya akan anak raja Rom itu. Maka anak raja

Rom itu pun jatuhlah hatinya, jadi tiadalah takut keduanya

itu akan burung geroda itu. Maka apakala hari hampir

petang pada ketika burung geroda itu akan kembali maka

keduanya itu pun berpeluk, bercium bertangis-tangisan

keduanya. Setelah sudah maka anak raja Rom itu pun

kembalilah pergi ke dalam gua tempat duduknya itu,

dihantarkan oleh inang tuan puteri itu serta dengan

segala makanan anak raja itu hendak makan pada malam

itu. Setelah sudah sampai ke dalam gua itu, maka segala

makanan itu pun dihantarkanlah ke hadapannya, serta

menangis belas hatinya memandang hal keduanya. Lalu ia

menyembah keluar dari dalam gua itu sambil menutupkan

pintu gua itu dengan batu. Lalu ia pun kembalilah kepada

38

Page 57: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

tuan puteri, didapatinya tuan puteri pun sedang menangis

berkenangkan untung nasibnya. Serta dilihat inangnya

maka segera disapukan air matanya. Duduk seketika,

burung geroda itu pun datanglah membawa makanan

akan tuan puteri tiga berhamba itu. Setelah sudah

dihantarkan makanan, maka ia pun terbanglah naik ke

atas mercu pulau itu.

Demikianlah kelakuannya tuan puteri dan anak

raja Rom itu tiap-tiap hari. Burung geroda itu pun tiadalah

khali[87] lagi ia mengantarkan makanan akan tuan puteri

tiga berhamba itu, tetapi tiada diketahui oleh burung itu

bahawa anak raja Rom itu ada hidup, tiada mati, dan peri

ia hanyut pergi jatuh ke pulau itu dan peri tuan puteri

bertemu dengan anak raja Rom itu.

Hatta, berapa lamanya maka pada suatu hari kata

burung geroda kepada tuan puteri, “Hai cucuku,

tinggallah cucuku duduk baik-baik, nenek hendak pergi

mengadap Nabi Allah Sulaiman.”

Maka kata tuan puteri, “Baiklah, hai nenekku.”

87 Khali: diam (tidak berbuat apa-apa).

39

Page 58: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Setelah itu burung geroda itu pun terbanglah naik

ke udara sampai mengaras awan lalu menuju pergi

kepada tempat Nabi Allah Sulaiman. Setelah sampai

langsung tunduk menyembah Nabi Allah Sulaiman. Maka

sabda Nabi Allah, “Hai burung geroda, apa khabarnya yang

engkau berjanji hendak pergi perbuat? Adakah dapat

engkau perbuat seperti cakapmu itu atau tiadakah?”

Maka sembah burung geroda, “Ya Nabi Allah,

setelah sudahlah hambamu kerjakan seperti kehendak

hambamu itu.”

Maka sabda Nabi Sulaiman, “Betapa perinya

perbuatan engkau atas kedua anak raja dua buah negeri

itu?”

Maka sembah burung geroda, “Adalah hambamu

ambil anak raja Benua China tiga berhamba perempuan

ketiganya, hamba bawa pergi ke Pulau Langkapuri,

hambamu duduk-duduk diam itu, ya Nabi Allah; serta

hambamu peliharakan, cari beri segala makanan akan dia

tiap-tiap hari tiada lagi khalinya, serta hambamu ambil

pula beri segala pakaiannya suatu peti yang besar. Tiadalah

hambamu beri ia kesakitan di atas ketiga orang itu, duduk

dengan kesukaan jua, ya Nabi Allah.”

40

Page 59: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Adakah anak

raja Rom itu belayar pergi ke Benua China itu atau tidak?”

Maka sembah burung geroda, “Ya Nabi Allah,

dengan beberapa banyak kapal dan keci bahtera dialatkan

oleh raja Rom itu serta dengan raja yang besar-besar serta

pula ada seorang raja yang sangat besar lagi pula dengan

kesaktiannya bernama Raja Merong Mahawangsa, jadi

harapannya membawa anaknya sebuah bahtera

kenaikannya dengan menteri, hulubalang rakyat sekalian.

Maka belayarlah anak raja itu diiring oleh Raja Merong

Mahawangsa serta segala kapal keci yang banyak itu pun

belayarlah sekaliannya. Hatta apabila sampai pada

pertengahan jalan lalu bertemu dengan hambamu. Maka

hambamu pun merosakkanlah sekalian kapal-kapal

kenaikan mereka itu sekalian sehingga karam tenggelam ke

dalam laut itu, habislah mati orang berhamburan pada

segenap laut itu, tiada lagi hidup barang seorang jua pun.”

Maka Nabi Allah Sulaiman pun tertawa

memandang pada segala menterinya. Maka segala orang

besar-besar yang ada mengadap Nabi Allah Sulaiman itu

pun suka tertawa gelak-gelak mendengar sembah burung

geroda itu mengatakan sudah habis mati itu. Tiada sekali-

kali ia berpegang pada kuasa Tuhan seru sekalian alam.

41

Page 60: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman pada burung

geroda itu, “Kalau-kalau ada hidup, apa jua katamu?”

Maka sembah burung geroda, “Jikalau ada hidup

anak raja Rom itu serta bertemu dengan anak raja China

yang perempuan tiga berhamba itu, bahawa sesungguhnya

tiadalah hambamu ubahkan seperti janji hambamu

daripada zaman ini hendak berundur daripada segala kaum

sifat manusia itu dan di manakan boleh hambamu

mungkirkan janji hambamu dengan Nabi Allah hendak

undur dari bawah langit dan atas bumi yang didiami oleh

segala manusia, ya Nabi Allah. Beranikah hambamu

membuat dusta kepada Nabi Allah?”

Maka Nabi Allah Sulaiman tersenyum mendengar

sembah geroda itu. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman

kepada raja jin yang bernama Harman Syah, “Hendaklah

tuan hamba suruh akan menteri tuan hamba barang

seratus orang pergi ambil puteri anak raja China itu. Maka

hendaklah dibubuh ke dalam petinya ketiga berhamba itu

serta dengan anak raja Rom itu. Pada ketika ini juga mahu

sampai sekalian itu mari di hadapan hamba.”

Setelah demikian maka Raja Jin Harman Syah pun

menyuruhlah pada menterinya serta seratus jin bersama-

42

Page 61: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

sama pergi mengambil anak-anak raja itu. Maka

menyembahlah sekalian itu lalu terbang ke udara ghaib

dengan sesaat itu juga ia pergi menuju ke Pulau

Langkapuri. Serta sampai dilihatnya ada sungguh anak

raja Rom itu bersama-sama puteri anak raja China. Maka

sembah menteri jin sekalian itu, “Hendaklah tuanku

keempat berhamba ini masuk ke dalam peti ini, boleh patik

sekalian hendak bawa mengadap Nabi Allah Sulaiman.

Dengan titahnya jua hamba sekalian datang ini dan burung

geroda itu adalah ia tengah mengadap Nabi Allah

Sulaiman.”

Setelah didengar oleh anak raja Rom akan

perkataan jin itu, lalu ia memasukkan segala harta yang di

luar ke dalam peti itu serta dengan dirinya keempat orang

sekali masuk ke dalamnya serta dikuncinya peti itu dari

dalam. Setelah sudah maka diusunglah oleh jin itu

menerbangkan menuju halanya ke penghadapan Nabi

Allah Sulaiman. Tiada berapa lamanya sampailah

mengadap ke hadapan Nabi Allah Sulaiman lalu

diletakkan oleh segala menteri jin itu di hadapan Nabi

Allah itu serta menyembah lalu undur sekaliannya.

Demi dilihat oleh Nabi Allah Sulaiman peti itu

terhantar di hadapannya dan di hadapan burung geroda

43

Page 62: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

itu, maka titah Nabi Allah Sulaiman suruh keluarkan

sekaliannya. Maka keluarlah keempat mereka itu duduk

menyembah Nabi Allah Sulaiman serta tunduk kepalanya.

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman kepada burung[88]

geroda, “Hai burung geroda, laki-laki yang mana dan anak

siapa ini?”

Demi dilihat dan mendengar titah Nabi Allah

Sulaiman demikian itu, maka burung geroda itu pun

tiadalah terkata-kata lagi, datanglah ketakutannya yang

amat sangat, gementar menggeligis[89] sendi tulangnya

daripada sangat takutnya akan Nabi Allah Sulaiman serta

dengan kemaluannya kepada segala raja-raja yang

kebanyakan dan daripada bangsa raja yang besar

bermahkota itu beribu-ribu, menjadi tiadalah terkata lagi.

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai segala raja-raja dan

menteriku bangsa yang baik-baik, hendaklah engkau dan

kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku

dan kamu sekalian di atas segala makhluk-Nya, dalam

empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan,

jikalau tiada dengan janji-Nya daripada tuhan alam.

Pertama rezeki, sedikit atau banyak pada sehari semalam

88 Tulisan pada transkrip: “Burung-burung”.

89 Geligis: menggeligis bergerak-gerak badannya kerana kesejukan

atau ketakutan dsb; menggigil.

44

Page 63: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

itu tiadalah segala makhluk hendak tentukan, melainkan

dengan janji-Nya juga. Kedua, perkara yang memutuskan

rezekinya, seperti yang akan datang mara dan maut,

hendak itu pun tiadalah boleh seseorang jua pun daripada

makhluk-Nya hendak mengetahuikan dia dan hendaklah

jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya,

melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua. Ketiga,

perkaranya jodo pertemuan satu-satu makhluk-Nya; jikalau

berhimpunkanlah seisi alam dunia ini daripada segala

bangsa yang dijadikan Allah Taala, hendak menceraikan,

tiada akan dapat hendak diceraikannya, melainkan dengan

kehendak Tuhan yang menjadikan sekalian alam jua,

dengan janji-Nya. Keempat, perkara penceraian yang sudah

sampai waktu, saat harinya, tiada akan dapat hendak

menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan

dengan sekaliannya itu pun dengan janji-Nya jua.”

Maka sembah segala raja-raja dan hulubalang

sekaliannya, “Sebenarlah seperti sabda Nabi Allah,

pengajar di atas sekalian hambamu ini.”

Maka burung geroda itu pun berdatang sembah,

“Ya Nabi Allah, hambamu pohonkan ampun banyak-banyak

di atas nyawa badan hambamu daripada kesalahan

hambamu yang telah lalu itu. Ya Nabi Allah, mohonlah

45

Page 64: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

hambamu pada tahun, bulan, hari ini, hendak pergi keluar

daripada bawah langit dan bumi ini, barang ke mana

hambamu bawa diri hambamu diberi izin oleh Nabi Allah di

atas hambamu ini.”

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Akan hal anak

raja kedua ini betapa jua kehendak engkau?”

Maka sembah burung geroda, “Ya, Nabi Allah,

telah hambamu pulanglah kepada Nabi Allah ia sekalian ini.

Di dalam itu pun lebih maklumlah kepada Nabi Allah jua.”

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Jikalau demikian

pergilah engkau pada hari ini, keluarlah dari sini, biarlah

jauh daripada tanah yang diduduk oleh segala manusia itu,

kepada laut yang bernama Qulzum [90], yang tiada dihampiri

dan sampai oleh manusia.”

Maka sembahnya, “Jikalau demikian titah Nabi

Allah di atas hambamu, baiklah, ya Nabi Allah.”

90 Ejaan asal pada manuskrip: قلزوم. Laut Qulzum adalah sebuah laut di

utara Teluk Suez, atau nama Melayunya, Laut Merah, yang

berhampiran dengan bandar purba Klisma (Κλῦσμα).

46

Page 65: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Lalu ia tunduk kepalanya ke bawah seperti laku

orang menyembah bermohonkan kepada Nabi Allah

Sulaiman lalu ia terbang pergi halanya menuju Laut

Kalzum yang tiada pernah sampai oleh segala manusia. Di

sanalah ia diam duduk mencari makan. Maka sabda Nabi

Allah Sulaiman kepada seorang menteri berbuat suatu

surat dengan bahasa Cina hendak dihantarkan anaknya

dan anak raja Rom, serta beri khabar hal ehwalnya

sekalian perbuatan burung geroda itu di atas anak raja

Rom itu. Maka disuratlah oleh menteri itu. Maka sabda

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada anak raja Rom

kalau-kalau ada raja-raja yang diharap oleh raja yang

bersama-sama mengiringkan. Maka sembah anak raja

Rom, “Ada, tuanku, raja yang tuha sebuah bahtera, yang

bernama Raja Merong Mahawangsa kepada waktu malam

hambamu rosak itu ia singgah pada suatu pulau mengambil

air dan kayu, kalau-kalau ialah ada hidup tiada binasa,

tuanku.”

Maka sembah seorang menteri daripada dewa-

dewa, “Ada, tuanku, kepada daratan tanah besar sebelah

Pulau Serai namanya, ia membuat negeri serta hendak

menanti ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.”

47

Page 66: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Khabar itu pun

bubuhlah juga di dalam surat itu supaya boleh disuruhnya

panggil kembali oleh raja Rom ke negerinya itu.”

Maka disurat oleh menteri itu sekaliannya,

disembahkan kepada Nabi Allah Sulaiman surat itu,

terlalulah baik bunyinya.

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman kepada Raja Jin

Harman Syah, “Hendaklah tuan hamba dengan seribu

tentera jin bawakan anak raja kedua ini empat berhamba,

lima dengan petinya itu, hantarkan kepada raja Benua

China serta tuan hamba suruh kahwin keduanya ini seperti

adat anak raja-raja yang besar dan suruh raja Benua China

itu beri surat ke Benua Rom, nyatakan khabar hal ehwal

anaknya kedua orang ini.”

Maka sembah Raja Jin Harman Syah, “Baiklah, ya

Nabi Allah, terjunjunglah sabda Nabi Allah itu.”

Maka anak raja Rom dan anak raja Benua China

empat berhamba itu pun menjunjung duli Nabi Allah

Sulaiman. Setelah itu lalu masuk ke dalam petinya dan

menguncikan peti itu dari dalamnya. Maka Raja Harman

Syah pun menyembah Nabi Allah Sulaiman lalu menyuruh

48

Page 67: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

hulubalangnya mengusung peti itu terbang menuju hala

ke Benua China dengan seribu orang tenteranya.

Adapun tatkala itu raja Benua China pun tengah

ramai dihadap oleh sekalian raja-raja dan hulubalang

penuh sesak di balairung itu, muafakat bicara menanti

segala menterinya pergi mencari khabar anakanda

baginda tuan puteri dan anak Raja Rom itu, di mana juga

khabarnya. Dan utusan daripada Benua Rom itu pun ada

lagi, tiada lagi kembali ke Benua Rom, ada hadir

sekaliannya duduk mengadap raja China itu karna tiada

dilepas oleh raja Benua China sekalian kembali lagi,

hendak beri tentu juga warta itu. Tatkala itu maka

datanglah Raja Jin Harman Syah terdiri di hujung

balairung, langsung ke tanah sampai lantas pergi ke pintu

gerbang itu penuh sesak dengan tentera jin. Demi dilihat

mangkubumi[91] raja Benua China hal yang demikian, kaum

jin terlalu banyak datang itu, maka ia pun segeralah

bangun dengan seorang raja bersama-sama dengan dia

datang mengalu-alukan jin sekalian itu serta rajanya jin

Harman Syah, pergi kepada hujung balairung itu serta

bertanya, katanya, “Siapa tuan hamba ini dan dari mana

tuan datang ini, maka tiba-tiba timbul sudah ada terdiri di

balairung raja kami ini?”

91 Mangkubumi: perdana menteri; bendahara.

49

Page 68: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka kata Raja Jin Harman Syah, “Hamba ini

namanya Raja Jin Harman Syah. Hamba ke mari ini

membawa surat titah dengan dititahkan oleh raja kami,

raja segala makhluk di dalam dunia ini, iaitu Nabi Allah

Sulaiman, menyuruh bawa titah ini kepada raja tuan hamba

di sini.”

Setelah didengar oleh mangkubumi dan raja itu

demikian, maka segera dipegang tangan Raja Jin Harman

Syah itu seorang sebelah, dibawa ke hadapan raja China.

Maka raja China itu pun bangun memberi hormat takzim

serta dengan hairan melihat petinya dibawa orang

diletakkan ke hadapan raja yang banyak itu, serta berkata,

“Silakan tuan hamba duduk.”

Maka diunjukkan[92] oleh Raja Jin Harman Syah

surat daripada Nabi Allah Sulaiman itu. Maka oleh raja

Benua China disambutnya surat itu dijunjungnya dan

diciumnya, lalu diunjukkan kepada mangkubumi. Maka

segera mangkubumi menyambut surat itu, dipermulianya

pula dengan seribu kemuliaan, lalu dibukabacakan sambil

berdiri juga.

Demikianlah bunyinya di dalam surat itu:

92 Unjuk: tunjuk; mengunjuk menunjuk.

50

Page 69: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

“Inilah surat daripada Nabi Sulaiman, bahawa

datang kepada raja Benua China. Hendaklah tuan

hamba ketahui perbuatan burung geroda di atas

anak perempuan tuan hamba dan di atas menantu

tuan hamba anak Raja Rom dengan segala raja-raja

dan menteri, para penggawa, hulubalang, sida-sida,

bentara, biduanda, rakyat sekalian; berapa kapal

keci dan bahtera yang sudah diperbinasakan oleh

burung geroda itu. Sekarang ini keduanya sekali

hamba bertemu. Maka inilah hamba suruh

hantarkan kepada menteri hamba Raja Jin Harman

Syah ini kepada tuan hamba. Maka hendaklah pinta

tuan hamba kerjakan pekerjaan kebajikan itu

keduanya dengan segera sempurna ikut seperti adat

anak raja-raja yang besar, jangan diberi

berkurangan mengikut adat tamdim [93] juga dan

hendaklah serta tuan hamba beri surat pergi ke

Benua Rom itu, suruh panggil himpunkan segala

raja-raja dan tenteranya yang pecah belah itu bawa

kembali ke Benua Rom, serta hendaklah tuan

hamba terima ambil anak dan menantu tuan hamba

keempat berhamba di dalam peti daripada tuan

hamba juga. Maka inilah hamba nyatakan.”

93 Tamdim: Tempat diam; istiadat adat ~ adat istiadat.

51

Page 70: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk

sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun

menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin

Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih, hai saudaraku Raja

Harman Syah,” serta menyuruh keluar ia itu. Maka

segeralah ia membukakan kuncinya, lalu ia pun keluarlah

keempatnya menyembah ayahanda baginda raja Benua

China itu. Maka dipeluk diciumnya oleh baginda akan

anakanda itu kedua dengan gemar kasih rasanya melihat

rupa anak raja Rom itu, lalu dipegang tangan dibawakan

duduk ke sebelah iringan kanannya keduanya serta

menyuruh orang bawa peti itu masuk ke dalam istana.

Setelah itu maka titah raja China, utusan daripada

Benua Rom itu. Maka segera utusan itu datang duduk

bertelut[94] menyembah. Maka titah raja Benua China pada

utusan itu, “Iakah ini tuanmu?”

Maka sembah utusan itu, “Ialah ini tuan patik, anak

raja Rom dengan beberapa banyak kapal keci dan bahtera

yang dialatkan oleh tuan patik raja Rom akan anakanda

baginda ini dengan raja-raja, menteri, hulubalang, para

penggawa, sida-sida, bentara, biduanda dan berlaksa-laksa

94 Telut: duduk berlutut.

52

Page 71: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

[95] tentera tuan patik ini. Patik pun hambanya, dititah oleh

tuan patik itu raja Benua Rom, tiga tahun sudah lamanya

patik datang ini, hendak mengambil khabar dan mencari

akan tuan patik inilah.”

Maka titah anak raja Rom, “Hai Syahbandar,

bahawasanya sepenuh-penuh kasih tuan hamba akan

hamba, sudah untung nasibku akan jadi yang demikian.

Semoga-moganya aku bertemu dengan Nabi Allah

Sulaiman, raja alam ini, maka aku sampai mari mengadap

paduka ayahanda baginda ke Benua China ini. Jikalau

tiada, entahkan di mana aku mati, diperbuat oleh geroda

itu.”

Maka sembah Raja Syahbandar, “Dengan sebab

itulah maka sangatlah percintaan duli paduka ayahanda

baginda di Benua Rom.”

Setelah demikian, maka raja Benua China pun

memberi kurniai makan minum dan memberi persalinan

akan Raja Jin Harman Syah. Setelah itu maka ia pun

bermohonlah kepada raja Benua China dan kepada anak

raja Benua Rom kembali mengadap Nabi Allah Sulaiman.

95 Laksa: sepuluh ribu; empat ~ empat puluh ribu.

53

Page 72: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Maka peninggal Raja Jin Harman Syah itu, maka

raja Benua China pun memberi surat kepada Raja

Syahbandar ke Benua Rom dengan nama raja Benua China

dan nama anak raja Rom itu, menyuruhnya segala orang

memberi surat pada segenap negeri yang takluk kepada

Benua China itu serta menyuruh membawa jenis daripada

segala makanan dan hadiah. Disuruhnya berhimpun

segala raja-raja sekalian hendak mengerjakan anakanda

keduanya itu, hendak menurut seperti sabda Nabi Allah

Sulaiman itu. Tiadalah mahu raja Benua China itu melalui

sabda Nabi Allah Sulaiman hendak mengerjakan ikut

istiadat raja yang besar-besar. Setelah itu raja Benua

China pun membawa anakanda baginda kedua masuk ke

dalam istananya.

54

Page 73: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Glosari

1. Afwah: Ar tuah (orang yg keramat): dgn ~

maulana menolong hamba mungkin tercapai

segala yg dicitakan.

2. Alpa: lalai, kurang mengendahkan; janganlah

~ akan kewajibanmu janganlah lalai akan

kewajibanmu.

3. Azmat: kuat sekali; hebat: Terlalu ~ tempik

sorak kedua-dua pihak yg berperang itu.

4. Balai paseban: balai besar.

5. Bentara: sl pesuruh raja (yg menyampaikan

titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan

pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan

tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan

bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara

yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg

ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd

orang awam dlm mahkamah; Id pegawai tidak

bertauliah (tentera).

Page 74: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

6. Biduanda: budak kundang, budak raja, juak-

juak, hamba (suruhan) raja: baginda ...

membuat segala anak tun-tun akan ~ kecil,

pekerjaannya akan membawa segala alat raja.

7. Cetera: cerita, ceritera: demikian mula ~nya;

menceterakan menceritakan: adapun

diceterakan oleh orang yg punya cetera ini.

8. Dagang senteri: berbagai-bagai orang asing

yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar,

dll.).

9. Dahanam: Kd, Kl bunyi yg kuat, bergempa;

berdahanam berbunyi dgn kuat.

10. Daif: cacat, hina, lemah: orang yg ~;

mendaifkan memandang rendah (hina),

menghinakan: tidak guna ~ orang yg lemah;

kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan,

kelemahan.

11. Geligis: menggeligis bergerak-gerak

badannya kerana kesejukan atau ketakutan

dsb; menggigil.

12. Harungan: bahagian sungai dll yg tidak dalam;

tempat orang mengharung; laut yg dpt dilalui

Page 75: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

kapal.

13. Hidup: bernyawa dan bernafas (bkn manusia,

binatang dll); tumbuh dan berfungsi

sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-

tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~.

Pokok padinya ~ dgn subur.; terbit; Di sebelah

matahari ~ matahari terbit.

14. Hulubalang: ketua pasukan askar, pemimpin

pasukan; Pr gelaran orang besar yg delapan;

askar pengawal; pengawal keamanan

kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara

yg dr kanan; habis ~ bersiak prb apabila tiba

masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg ada.

15. Inang: perempuan yg menjaga (memandikan

dll) anak tuannya (biasanya anak raja-raja atau

anak orang besar-besar): baginda telah

memilih beberapa orang perempuan yg muda-

muda utk menjadi ~ kpd anakanda baginda itu;

~ pengasuh perempuan yg menjaga dan

mengasuh (kadang-kadang menjadi teman

puteri raja bermain-main); mak ~ panggilan yg

agak hormat kpd inang yg telah berumur;

penghulu ~ sl pegawai istana (perempuan) yg

Page 76: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

mengurus hal-hal istana.

16. Indera: roh yg dipercayai menguasai alam dan

manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa;

raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~

mahkota raja; gelaran kehormatan utk orang-

orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan;

rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan

berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan

suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan,

iaitu malaikat. keinderaan tempat segala

dewa kayangan.

17. Jemala: sl kepala; batu ~ batu kepala, kepala;

di atas ~ di atas kepala.

18. Jentayu: sj burung geroda; burung yg selalu

berseru meminta hujan; spt ~ menantikan

hujan prb orang yg sangat rindu akan sesuatu

(kekasih dll).

19. Jodo: Jk jodoh, sesuai; @ jodoh.

20. Karangan: batu karang: laut ini terlalu cemar,

banyak ~nya.

21. Kapang: Mn; berkapang bercendawan,

berlapuk.

Page 77: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

22. Keci: (kéci) sejenis kapal layar empat persegi.

23. Kejap: tidak mudah tercabut (terurai dll),

ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di

pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~ - ~ pd

roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis

oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan

atau mengetatkan ikatan dsb: Tuk ~ kain di

pinggang.

24. Khali: Ar diam (tidak berbuat apa-apa),

berhenti berbuat sesuatu, lalai (drpd berbuat

sesuatu); tiada ~ tidak berhenti atau lalai drpd

(berbuat sesuatu): Pak Pandir pun tiada ~ lagi

drpd melihat lukahnya; tidak ~ berbuat ibadat

sentiasa (selalu) berbuat ibadat.

25. Kirai: mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn

keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan,

mengepak-ngepakkan atau menggoyang-

goyangkan (sayap, bulu, dll).

26. Kundang: sl budak pengiring (raja, orang

bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll),

biduanda, juak-juak: maka baginda pun

bangun berangkat bersiram ke taman bunga

diiringkan ~ - ~.

Page 78: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

27. Laksa: sepuluh ribu; empat ~ empat puluh

ribu; berlaksa-laksa berpuluh-puluh ribu.

28. Litar: lilit (pd sesuatu benda), keliling;

bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat

lainbergerak berkeliling dr satu tempat ke

tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak

dr satu tempat ke tempat lain utk

menjalankan tugasnya; ~ lah sudah

berkelilinglah sudah.

29. Mahligai: istana tempat kediaman raja,

permaisuri atau putera puteri raja.

30. Mangkubumi: sl bendahara, perdana menteri.

31. Masyghul: Ar berasa dukacita kerana sesuatu,

susah hati, murung, sedih: setelah baginda

mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka

baginda pun terlalu ~; kesal hati, sebal hati;

memasyghulkan menyedihkan (menyusahkan)

hati: sekarang bapa angkat hamba itu

menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; berasa

dukacita (sedih dll) bkn sesuatu;

kemasyghulan; kesedihan (kesusahan,

kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh

bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-

Page 79: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

bunyikannya; menjadi (menderita) masyghul:

ia masih sangat ~.

32. Mati: tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi:

biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup

tidak bersopan; timbunan kayu ~; tidak pernah

hidup (barang-barang spt batu dll): tidak

bernyawa; terbenam; di sebelah matahari ~

matahari terbenam; tidak menyala lagi (api,

lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~.

33. Memagut: mengenakan paruh atau mulut pd

sesuatu dgn cepat; mematuk dgn paruh (bkn

ayam dll); menggigit (bkn ular); mencatuk:

Burung kakaktua itu terus ~ mata anak raja itu

sehingga buta.

34. Mutia: mutiara.

35. Napuh: sj pelanduk besar, Tragulus napu.

36. Penggawa: sl ketua pasukan; 2. ketua

kampung (daerah), penghulu; ~ marga

(Palembang) ark camat.

37. Penomah: ark; raja ~ pemberian kpd bakal

mentua.

38. Pepara: sj tumbuhan (rumpai), rumput

Page 80: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

sendayan, Rhynchospora corymbosa.

39. Peri: hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd

wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka;

terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri

itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd

binatang; ~ kehidupan keadaan kehidupan; ~

kesopanan sifat sopan; cara (mengerjakan

sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya

itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa

~(nya) bagaimana caranya (halnya); ~ yg layak

bagi manusia perbuatan yg layak bagi

manusia; bagaimana, betapa: kita hendaklah

sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan

taat setia rakyat pd negara; sl hal (yg berlaku),

kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga

Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu

Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu

tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi.

40. Peterana: sj tempat duduk utk orang yg

dihormati (raja, mempelai, dll).

41. Rajawali: sj burung, Accipiter badius po-

liopsis; sj burung, lang belalang, Accipiter

badius poliopsis.

Page 81: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

42. Redum: ark mendung, redup, suram (gelap);

@ redam.

43. Sahaya: abdi, hamba.

44. Sebal: ~ hati berasa dongkol atau marah dlm

hati (kerana kecewa dll), berasa kesal

(kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan

hati yg ~; dgn perasaan yg ~, kami bertujuh

pulang hampa; menyebal menjadi (berasa)

sebal, menjadi jengkel (mendongkol); kalau

pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb

kelakuan yg tidak pd tempatnya; menyebalkan

menyebabkan sebal, menimbulkan rasa

dongkol, mengesalkan; penyebal orang yg

mudah berasa sebal.

45. Seperanggu: selengkap (pakaian dll.).

46. Sida: sl gelaran orang drpd keturunan

bangsawan; sida-sida sl pegawai dlm istana

(semacam pendeta); pegawai dlm istana yg

telah dikasi (dikembiri); menyidai sl mengasi,

mengembiri.

47. Tagar: (bunyi) guruh (guntur): maka sorak

orang pun gemuruhlah spt ~ di langit

Page 82: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

bunyinya; bagai ~ di Pulau Sembilan prb

percakapan yg terlalu tinggi lagi

sombong;bertagar berbunyi spt guruh,

gemuruh, berdegar-degar.

48. Tamdim: Tempat diam; istiadat adat ~ adat

istiadat.

49. Tarkasy: sl lubang tempat menyimpan anak

panah: ~ berisi anak panah.

50. Telut: bertelut (duduk) berlutut: maka ketiga-

tiganya ~ di tanah memanah.

51. Tengger: (ténggér); bertengger duduk pd

tempat yg ketinggian (burung di atas dahan

dll), bertenggek: seekor gagak tua ~ di hujung

ranting kering; tenggeran (bilah dll) tempat

burung ber-tengger dlm sangkar; sangkar

emas ~ suasa prb laki-laki yg menunggu

isterinya (kekasihnya) dgn rumah yg bagus

serta cukup alat perkakasnya.

52. Teritip: siput laut yg kecil yg suka melekat pd

perut perahu atau pd tiang-tiang yg terendam

dlm air laut.

53. Tuha: tua atau pakar, berkemahiran, ketua

Page 83: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

pemimpin.

54. Umbut: pangkal pucuk batang pokok palma

(kelapa, pinang, dll) yg lembut dan boleh

dimakan: mencari ~ utk dimakan; cari ~ kena

buku prb mencari yg baik, men-dapat yg

buruk; mencari ~ dlm batu prb membuat

pekerjaan yg sia-sia; mengumbut mencari

(mengambil) umbut (drpd pohon kelapa, enau,

dll).

55. Unjuk: tunjuk; mengunjuk menunjuk;

mengunjukkan memberitahu dgn menunjuk,

memperlihatkan, menunjukkan: Penghulu ~

tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai

itu; pengunjukan perihal (perbuatan dsb)

meng-unjukkan (menunjukkan), sesuatu yg

memberi-tahu atau yg menunjukkan,

petunjuk.

56. Yakut: sj batu permata.

57. Zulmat: Ar gelap (kerana ribut), kegelapan;

keadaan sesat tanpa hidayah.

Page 84: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Indeks

A

• Afwah – 3

• Alpa – 15, 16, 23

• Anduman – 4, 5

• Arungan - 12

• Azmat – 13, 15, 18

B

• Balai paseban – 10

• Bentara – 10, 11, 36, 51, 52

• Biduanda – 10, 11, 36, 51, 52

• Berdahanam – 22, 35

• Berlaksa-laksa – 52

• Bertelut – 52

• Bertengger – 35, 37

C

• Cetera – 4, 8

• Ceterakan – 8

• Cina – 47

Page 85: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

D

• Dagang senteri – 29

• Dahanam – 22, 35

• Daif – 30

• Dikiraikan – 21

• Dialpakan – 15

• Diunjukkan – 50

F

• Fakir – 1, 2, 3

G

• Geligis – 44

H

• Halingyi – 14

• Harungan – 12

• Hemat – 33

• Hematnya – 33

• Hidup – 14, 19, 25, 28, 39, 41, 42, 47

• Hulubalang – 2, 10, 11, 26, 27, 29, 36, 41, 45, 49, 51, 52

Page 86: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

I

• Inang – 9, 30, 31, 32, 33, 37, 38, 39

• Indera – 10

J

• Jemala – 2

• Jentayu – 22

• Jodo – 7, 8, 45

K

• Kapang – 30, 31, 32

• Karangan – 13

• Keci – 10, 11, 12,14, 17, 19, 20, 21, 24, 25, 32, 41, 51, 52

• Kejap – 3

• Khali – 39, 40

• Khalinya – 40

• Kirai – 21

• Kundang – 9, 10, 32

• Kundangnya – 9

• Kedah – 2, 26

• Kelinggi – 14

Page 87: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

• Kemasyghulanlah – 13, 19

• Kematiannya – 45

• Kuala Canggung – 14

• Kuala Chittagong – 14

• Kuala Morib – 23

• Kuala Parit – 20

• Kuala Tawai – 17

L

• Laksa – 52, 53

• Litar – 26

• Litarlah – 26

M

• Magut – 22

• Mahaligai – 9, 35

• Maharaja Dewata – 5

• Mahligai – 9

• Mangkubumi – 49, 50

• Masyghul – 13, 19, 26

• Masyghulnya – 26

• Mati – 5, 19, 25, 32, 39, 41, 45, 53

Page 88: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

• Matilah – 25

• Memagut – 22

• Menunjukkan – 6

• Mutia – 3

N

• Napuh – 28

P

• Penggawa – 10, 11, 26, 36, 51, 52

• Penomah – 6

• Pepara – 13

• Peri – 2, 39, 40

• Perinya – 40

• Peterana – 37

• Pulau Jambul – 27

• Pulau Lada – 27

• Pulau Langkapuri – 4, 9, 24, 25, 30, 37, 40,

43

• Pulau Salang – 23, 24

• Pulau Serai – 26, 47

• Pulau Tanjung Salang – 23

Page 89: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

R

• Rajawali – 5, 6, 8

• Raja Jin Harman Syah – 42, 48, 49, 50, 53,

54

• Redum – 14

S

• Sahaya – 9

• Sebal – 20

• Seperanggu – 37

• Seri Rama – 4, 5

• Sida-sida – 10, 11, 36, 51

• Sultan Muazzam Syah – 2

• Sultan Muzalfal Syah – 2

• Sungai Irrawaddy – 20

• Sungai Salween – 23

T

• Tagar – 13, 18

• Tanjung Hujung Salang – 24

• Tamdim – 51

• Tarkasy – 22

Page 90: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

• Tavoi – 17

• Telut – 52

• Tengger – 35, 37

• Teritip – 30, 33

• Tuha – 26, 47

U

• Umbut – 13

• Unjuk – 6, 50

Y

• Yakut – 35

Z

• Zulmat – 18, 35

Page 91: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Bibliografi

Manuskrip

1. Hikayat Merong Mahawangsa, MS 134

[D61.dir], Katalog manuskrip Melayu: Koleksi

Pusat Dokumentasi Melayu. Kuala Lumpur:

Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2006, p.43.

Buku

1. Adam, Ahmat. Hikayat Hang Tuha (Atau

Hikayat Hang Tua). Strategic Information and

Research Development Centre, 2018.

2. Gaya Dewan: Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan

Pustaka, 2018.

3. Kamus Dewan: Edisi Keempat. Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 2010.

4. Kamus Dewan: Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan

Pustaka, 1998.

Page 92: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

5. Karim, Nik Safiah, et al. Tatabahasa Dewan:

Edisi Ketiga (Harga Ekonomi). Dewan Bahasa

Dan Pustaka, 2015.

6. Muhammad Hassan bin Dato Kerani

Muhammad Arshad. At-Tarikh Salasilah Negeri

Kedah. 2017.

7. Othman, Ruslaini. Membongkar Misteri

Hikayat Melayu: Antara Yang Tersurat Dan

Yang Tersirat. Hijjaz Records Publishing, 2018.

8. Salleh, Siti Hawa. Hikayat Merong

Mahawangsa. Yayasan Karyawan Dan Penerbit

Universiti Malaya, 1998.

9. Salleh, Siti Hawa. Hikayat Patani. Dewan

Bahasa & Pustaka, 2010.

10. Taslim, Noriah. Asas-Asas Pembinaan Epik:

Satu Pendekatan Berdasarkan Hikayat Hang

Tuah Dan Hikayat Amir Hamzah. Penerbit

Universiti Sains Malaysia Bagi Pihak Pusat

Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1986.

11. The Keddah Annals. The American

Presbyterian Mission Press, 1908.

Page 93: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Laman Sesawang

1. Winstedt, R. O. The Kedah Annals. Journal of

the Malayan Branch of the Royal Asiatic

Society, vol. 16, no. 2 (131), 1938, pp. 31–35.

JSTOR, https://jstor.org/stable/41559921.

2. Sanin, Saharil Hasrin. “Geroda Burung

Gergasi.” Dewan Siswa, Dewan Bahasa Dan

Pustaka, http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?

p=44.

3. Yule, Henry. Cathay and The Way Thither:

Being A Collection of Medieval Notices of China.

Vol. 1, Munshiram Manoharal, 1998.

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.4

7864/page/n3/mode/2up.

4. Yule, Henry. Cathay and The Way Thither:

Being A Collection of Medieval Notices of China.

Vol. 4, Munshiram Manoharal, 1998.

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.4

7865/page/n11/mode/2up.

Page 94: Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong … · 2020-03-02 · Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project

Hikayat Merong Mahawangsa – Chapter 1: Raja Merong

Mahawangsa is a Hunspell-MS Malay Manuscript project.

And belongs to Syafiq Hadzir’s Manuscript Collection.

This book is free, with the help of 100% free software.

Thanks to LibreOffice, GIMP and Hunspell-MS.

LibreOffice: https://www.libreoffice.org/

GIMP: https://www.gimp.org/

Hunspell-MS: https://hunspell-ms.syafiqhad zir.dev /