12
HELAH BELA DIRI KONSEP DAN PENGERTIAN HELAH BELA DIRI Budaya Helah Bela Diri satu budaya yang sering diamalkan di sekolah khususnya bagi murid-murid sekolah rendah atas tujuan utama untuk menyelamatkan diri . Apabila saya hendak mengumpul latihan yang diberi semalam, saya sering menerima alasan berikut daripada murid: terlupa nak bawa.. tertinggal.. mak tak masukkan buku dalam begkawan pinjam.. pensel tiada buku hilang dan macam-macam alasan lagi. Situasi di atas merupakan situasi yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru-guru di sekolah masa kini. Mengapa wujudnya budaya helah bela diri ini? Di sini saya ingin menghuraikan pemahaman saya berkaitan dengan mekanisme helah bela diri ini. Antara konsep penting dalam kajian psikologi ialah helah bela diri (defense mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah. Helah bela diri boleh dinisbahkan sebagai topeng kepada si pemakai bagi menyembunyikan wajah sebenar. Terdapat pelbagai jenis topeng yang

Helah Bela Diri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

helah bela diri

Citation preview

Page 1: Helah Bela Diri

HELAH BELA DIRI

KONSEP DAN PENGERTIAN HELAH BELA DIRI

Budaya ‘Helah Bela Diri’ satu budaya yang sering diamalkan di sekolah khususnya bagi

murid-murid sekolah rendah atas tujuan utama untuk ‘menyelamatkan diri’. Apabila

saya hendak mengumpul latihan yang diberi semalam, saya sering menerima alasan

berikut daripada murid:

terlupa nak bawa..

tertinggal..

mak tak masukkan buku dalam beg…

kawan pinjam..

pensel tiada

buku hilang

dan macam-macam alasan lagi.

Situasi di atas merupakan situasi yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru-

guru di sekolah masa kini. Mengapa wujudnya budaya helah bela diri ini? Di sini saya

ingin menghuraikan pemahaman saya berkaitan dengan mekanisme helah bela diri ini.

Antara konsep penting dalam kajian psikologi ialah helah bela diri (defense

mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi

perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad

kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam

proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih

tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah.

Page 2: Helah Bela Diri

Helah bela diri boleh dinisbahkan sebagai topeng kepada si pemakai bagi

menyembunyikan wajah sebenar. Terdapat pelbagai jenis topeng yang bertukar ganti

berdasarkan tujuan tertentu. Pada amnya, semua manusia tidak sunyi daripada

kekurangan dan khilaf. Maka, manusia akan berusaha supaya hanya sisi terang mereka

yang kelihatan, sementara sisi gelap dapat disorokkan.

Murid sekolah memang tidak pernah terkecuali. Sebagai murid, dalam banyak

keadaan mereka berada dalam kedudukan yang tidak memihak (disadvantage). Selain

disogokkan dengan pelbagai harapan, kecuali harapan kendiri, murid sering

menganggap diri mereka sebagai "mangsa" kepada banyak proses.

Murid ditetapkan dengan sejumlah kod tingkah laku, peraturan dan etika. Murid

perlu mengawal diri dalam ruang bilik darjah (termasuk bengkel, makmal dan padang

permainan) supaya proses pembelajaran dapat diterima sepenuhnya. Rutin harian

enam jam sehari, lima hari seminggu, 42 minggu setahun dan kira-kira 200 hari setahun

itulah yang akan dilalui sepanjang tempoh bergelar sebagai murid.

Sebagai kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami perubahan hormon,

serta pertumbuhan fizikal anatomi dan fisiologi, sesetengah murid mungkin tidak betah

diam membatu untuk sesuatu tempoh yang panjang kepada mereka. Mujurlah reka

bentuk pedadogi pembelajaran telah mengambil kira segala domain kognitif, afektif dan

psikomotor, selain akur kepada taksonomi Bloom, somatik dan reka bentuk aktiviti yang

membolehkan murid mengembangkan potensi dan yang ada dalam diri mereka.

Kepesatan perubahan persekitaran yang lebih deras bermakna bahawa murid

perlu disediakan dengan kurikulum yang mampu menampung kehendak semasa dan

masa hadapan, di samping tidak melepaskan akar umbi dan jati diri mereka. Prinsip

pemerolehan ilmu diolah begitu rupa supaya input pembelajaran akan kekal relevan

walaupun persekitaran dan zaman sudah berlainan. Maka, banyaklah tugasan yang

dibekalkan kepada murid bagi mencapai hasrat berkenaan. Sesetengah daripada murid

ini berpendirian positif dan sesetangah pula berpendirian negative yang membawa

kepada wujudnya mekanisme helah bela diri dikalangan murid tersebut.

Page 3: Helah Bela Diri

Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada

dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada

pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang

individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan

naluri diri bagi memuaskan kehendaknya Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat

menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar

menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi

Menurut Davidoff (1976) helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik

seseorang memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang

diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya.

Manakala Sigmund Freud pula menyatakan helah bela diri digunakan untuk

mengubah fokus perhatian atau memasuki alam fantasia atau melakukan tindakan

tertentu untuk mengurangkan kerisauan. Helah bela diri juga sebagai pelindung atau

pembela bagi konsep kendiri dengan menyamakan perkara tidak boleh diterima oleh

diri.

Page 4: Helah Bela Diri

MEKANISME HELAH BELA DIRI

Terdapat dua bentuk helah bela diri iaitu helah bela diri pasif dan helah bela diri aktif.

Antara mekanisme helah bela diri pasif yang digunakan adalah seperti berikut:

Represi

Bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas. Ia

sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan

dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan

tingkah laku sesaorang tanpa disedari. 

Contoh: Seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang

pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau

kekurangannya. Maka si bos ini akan berterusan membenci orang bawahannya itu.

Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau

marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.

Penafian

Helah bela diri ini berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima

kenyataan. Individu ini secara sengaja tidak mahu percaya bahawa perkara yang buruk

atau sedih telah berlaku dan akan melupakannya supaya mereka tidak perlu mengingati

kejadian tersebut.

Contoh:

Apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba

menyatakan dignosis doctor adalah salah.

Page 5: Helah Bela Diri

Contoh:

Seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM

atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat

atau si pelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat kesalahan

tersebut.

Regresi

Keadaan ini berlaku apabila seseorang kembali kepada tingkah laku kebiasaan di

peringkat awal perkembangan (langkah ke belakang).  Ini kerana tindakan menyorot

kembali ke peringkat perkembangan awal yang dirasai lebih selamat.

Contoh:

Seorang suami menjerit-jerit kerana isterinya tidak membenarkannya pergi menonton

filem dengan rakan sekerjanya.

Page 6: Helah Bela Diri

Antara mekanisme helah bela diri aktif yang digunakan adalah seperti berikut:

Sublimasi

Ini merupakan helah bela diri yang paling sihat. Individu ini menerima atau redha

bahawa dia tidak boleh memiliki segalanya dalam hidup dan kemudian membuat satu

rasional dan alasan munasabah bagi menjelaskan keadaanya pada sesuatu masa.

Menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh

diterima.

Contoh:

Seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan, mungkin menyalurkan

perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi atau berkaraoke.

Rasionalisasi

Keadaan ini berlaku apabila seorang individu akan cuba menipu atau berbohong

dengan orang lain bagi menutupi kesalahannya. Individu ini mereka alasan yang salah

walaupun boleh diterimapakai.

Contoh:

Si suami berkata dia tidak suka kerjanya jadi dia berhenti kerja walhal dia dipecat oleh

majikannya kerana prestasi buruk.

Page 7: Helah Bela Diri

Pemindahan

Individu ini akan mengalihkan kemarahannya kepada sasaran lain kerana dia tidak

dapat meluahkan kemarahan sebenarnya kepada orang tersebut.

Contoh:

Seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah lalu dimarahi oleh gurunya. Apabila

pulang ke rumah, dia melepaskan kemarahannya kepada adik-adiknya.

Projeksi

Keadaan apabila individu membalikkan sesuatu kelemahan atau keinginan kepada

orang lain agar orang tersebut dipersalahkan. Individu ini cuba menuduh orang lain

melakukan kesilapan kerana ingin menyembunyikan kesalahannya. Mereka ini jenis

yang tidak boleh terima kelemahan sendiri tatapi menyalahkan orang lain.

Contoh:

Sifat tidak mahu berkawan dengan orang lain, mengatakan orang lain sombong tidak

mahu berkawan dengannya.

Page 8: Helah Bela Diri

Intelekstualisasi

Individu ini memendam emosi yang tidak menyenangkan dan mengasingkan diri

mereka daripada realiti. Mereka sengaja mengelakkan masalah dengan rakan sebaya

atau pasangan. Menghadapi masalah dalam menbina perhubungan yang rapat dengan

orang lain.

Contoh:

Semasa di sekolah Ana sering bersendirian di dalam kelas dan kurang bercakap. Bila

diselidik di rumah pun Ana suka menyendiri dan sering menjadi mangsa dera emak

angkatnya.

Pembentukan reaksi

Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara

yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan

polariti. Individu akan melepaskan dirinya dari situasi yang tidak menyenangkan dengan

tindakan yang melampau bagi menghapuskan kekecewaannya. Pembentukan reaksi

dilakukan individu yang bertentangan dengan perasaan atau motif asal untuk elak

konflik.

 

Contoh:

Sekumpulan kanak-kanak bersiul ketika melalui perkuburan (seolah-olah bergembira

dan tidak takut tetapi sebenarnya mereka cuba melindungi perasaan takut)

Page 9: Helah Bela Diri

KEBAIKAN HELAH BELA DIRI

Sebenarnya mekanisme helah bela diri ini juga mempunyai beberapa

kebaikannya. Namun individu tersebut hendaklah sederhana dalam mengamalkan

helah bela diri ini supaya tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada individu dan

orang disekelilingnya.

Antara kebaikan kepada penggunaan helah bela diri ini ialah boleh membantu

individu dalam menilai tingkah laku diri sendiri. Seseorang itu dapat mengenal dirinya

sendiri melalui beberapa cara. Antaranya adalah dengan memahami cara bagaimana

dia membentuk imej dirinya. Semakin seseorang itu faham mengapa dia mempunyai

anggapan-anggapan tertentu mengenai dirinya, semakin dia dapat memahami siapa

dirinya yang sebenar.

Konsep diri boleh muncul daripada cara bagaimana seseorang individu itu

mentafsir dan menilai tingkah laku serta fikirannya sendiri. Perbuatan dan tingkah laku

seseorang menyebabkan individu lain mempunyai persepsi imej berkenaan diri individu

itu. Apabila seseorang itu menunjukkan perilaku positif, individu lain mempunyai imej

positif berkenaan diri individu itu. Ini menyebabkan individu lain itu bercakap dan

melayannya dengan cara positif, begitu juga sebaliknya.

Selain itu, individu tersebut boleh meneguhkan kekuatan diri dan membina

peribadi mulia untuk menjadi insan berwibawa. Melalui penggunaan mekanisme helah

bela diri yang bertepatan individu ini boleh menjadi semakin yakin kepada diri sendiri

dan boleh membina kekuatan dalam diri sendiri.

Helah bela diri ini juga boleh menjadikan individu menjadi lebih kreatif. Manusia

memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk maju.  Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja

boleh melakukan latihan-latihan tertentu secara konsisten bagi meningkatkan daya

kreativiti mereka. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif

biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting

tetapi bermakna. Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi   yang menulis dalam The

Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Page 10: Helah Bela Diri

Namun pengalaman semata-mata tidak berguna. Ia perlu disertakan dengan

pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk

meneroka luar daripada batas pengetahuan. Melalui mekanisme helah bela diri yang

digunapakai pada masa-masa tertentu, individu tersebut akan memperoleh pengalaman

dan meningkatkan kreativitinya dalam sesuatu perkara.

KELEMAHAN HELAH BELA DIRI

Walaubagaimana pun helah bela diri ini jika sering digunakan dan keterlaluan

akan mendatangkan keburukan. Pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu

helah yakni pemesongan keadaan adalah dikenali sebagai makenisma helah bela diri.

Antara kelemahan penggunaan helah bela diri adalah mengalakkan individu

menjadi penipu. Apabila individu berada dalam situasi yang tertekan mereka akan

memilih untuk menggunakan helah bela diri sebagai topeng bagi menyembunyikah

wajah sebenar atau keadaan sebenar mereka.

Selain itu, berlaku mental block keadaan apabila individu tidak dapat berfikir

dengan baik. Kemampuan mereka berfikir secara analitis dan kreatif tersekat kerana

sering mencari helah untuk melarikan diri dari menghadapi tekanan atau masalah.

Lama kelamaan keadaan yang berlanjutan ini akan menyebabkan seseorang menjadi

malas berfikir.

Penggunaan helah bela diri juga boleh menyebabkan kurang rasa keyakinan dan

perasaan rendah diri yang berpanjangan pada individu tersebut. Sifat rendah diri yang

keterlaluan boleh menjadikan kita susah untuk bercampur dengan masyarakat, kurang

keyakinan kendiri, kurang kawan dan sebagainya. Keadaan ini jika dibiarkan dan

dianggap remah akan mendatangkan kesan negative kepada personaliti individu

tersebut.

  

Page 11: Helah Bela Diri

IMPLIKASI HELAH BELA DIRI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Implikasi mekanisme helah bela diri terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru-guru harus mengenali dan menangani

pelbagai jenis helah bela diri ini.

Para guru-guru harus mengenali kenyataan bahawa kebanyakan tingkah laku

negatif di dalam bilik darjah merupakan satu mekanisme helah bela diri yang berpunca

daripada kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid-murid. Murid-murid

akan cuba untuk ‘menipu’ guru-guru dengan pelbagai mekanisme helah bela diri yang

berlaianan.

Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui tentang jenis-jenis makanisme helah bela

diri yang berlainan dan tingkah laku negative yang berkaitan dengan helah bela diri

yang berbeza. Ini membantu mereka untuk menjadikan pengajaran lebih efektif.

Disebabkan helah bela diri ini berpunca daripada minda yang bukan sedar, guru-

guru tidak dapat memodifikasikan mekanisme helah bela diri dengan strategi-strategi

modifikasi tingkah laku. Justeru guru yang peka serta memiliki personaliti dan konsep

kendiri yang positif dapat menangani masalah-masalah negative murid-murid dengan

menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat tentang murid mereka.

Implikasi yang paling penting untuk semua guru ialah mereka harus

meningkatkan motivasi dan konsep kendiri para murid supaya murid-murid tidak perlu

mengamalkan pelbagai jenis-jenis helah bela diri yang berlainan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 12: Helah Bela Diri

KESIMPULAN

Kesimpulannya helah bela diri ini sentiasa digunakan oleh individu untuk

mempertahankan harga diri. Namun, ianya tidak boleh digunakan pada setiap situasi

kerana akan memberikan kesan negatif. Helah bela diri ini hanya membantu

menghilangkan kebimbangan yang bersifat sementara namun tidak dapat

menyelesaikan masalah.

Memberi masa pada seseorang untuk menilai mengenai cara menyelesaikan

masalah. Dapat menambah kemahiran dalam hidup dari segi mengurangkan tekanan

atau perasaan bimbang. Helah bela diri dapat mententeramkan jiwa seseorang itu

berjumpa kaunselor untuk membantunya. Helah bela diri sublimasi dan rasionalisasi

dapat menjadikan seseorang kreatif.