hbhe3203 Kesihatan

  • Upload
    shida

  • View
    29

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA_____________________________________________________________________HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SEMESTER SEPTEMBER 2015________________________________________________________________________

TUTOR : EN. MUFTAR B. MOHAMAD SAAD @ MOHD RASHID NAMA PELAJAR : MAIZATUL SHIDA BT MOHD SHARIFNO. MATRIKULASI : 731027086940001 NO. KAD PENGNEALAN : 731027086940NO. TELEFON: 019 4754997E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE ( ALOR SETAR )

HBHE2203PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEMESTER SEPTEMBER 2015________________________________________________________________________ ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT1.0 Pengenalan 41.1 Definisi Konflik 51.2 Kesihatan mental 51.3 Punca konflik 5 1.4 Kesan konflik 5

2.0 Definisi Stres 62.1 Dua jenis stres 6 2.2 Tiga Tahap Stres 72.3 Tanda-tanda stress 8 2.4 Faktor-faktor yang menyebabkan stres 9

3.0 Kesan Stres 10 3.1 Kesan Stres Positif 10 3.2 Kesan Stres Negatif 11 4.0 Cara untuk mengurangkan konflik dan stres 12 - 16 di kalangan murid-murid sekolah.

5.0 Penutup 17

6.0 Rujukan 18

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAR DIRAJA,05250 ALOR SETAR , [email protected] PANDUAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHATMinggu kesihatanKONFLIK & STRES

1.0 Pengenalan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap postif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dalam tunjang kedua iaitu Gaya Hidup Sihat, ia menekankan para pelajar mengamalkan kehidupan harian yang sihat dan menjauhi pelajar daripada tingkah laku berisiko. Pelajar didorong oleh guru untuk cuba berfikir cara menyelesaikan konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan yang seimbang dan mengetahui kesan penyalahgunaan bahan dan pencegahannya. Oleh itu, Kempen Gaya Hidup Sihat Minggu Kesihatan Konflik dan Stres di sekolah saya ini amat berguna dan memberi banyak ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan guru-guru cara- cara untuk mengenali dan mengendalikan kehidupan yang mengandungi konflik dan stress ini dengan cara yang lebih berkesan dan cepat bertindak bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Stres adalah sebahagian daripada hidup kita. Kebanyakan orang akan berasa tertekan pada suatu masa tertentu. Tekanan boleh datang daripada berbagai sumber yang berlainan. Biasanya tekanan yang kita alami datangnya dari kerja, sekolah, keluarga, perhubungan, kesihatan dan berbagai peristiwa hidup. Stres boleh di atasi. Kanak-kanak perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka.

Seseorang individu perlu mengamalkan diet yang seimbang supaya ia dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu 'mood', mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita. Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil untuk menjalani kehidupan.

1.1 Definisi konflik

Konflik ialah perselisihan atau pertentangan idea dan kepentingan dalam diri sendiri atau antara individu yang timbul daripada:1. perubahan fizikal 2. fisiologi dan persekitaran sosial3. boleh mengganggu kesihatan mental kita.

1.2 Kesihatan mental pula melibatkan :1. proses pemikiran termasuk pembelajaran 2. menghadapi dan menyelesaikan masalah,3. merancang dan membuat keputusan.

1.3 Konflik berpunca kerana: 1. komunikasi yang tidak sempurna 2. wujud persaingan kepentingan3. mementingkan kecemerlangan atau kesempurnaan 4. bertingkah laku negatif kepada orang lain5. terpaksa membuat pilihan 6. perbezaan pendapat, persepsi, sikap dan fahaman.

1.4 Kesan konflik:1. kemurungan2. kekacauan fikiran3. menjejaskan kesihatan mental4. hubungan menjadi renggang5. pertengkaran dan penganiyaan6. menjejaskan prestasi pelajaran

2.0 Definisi stress.

Stres ialah suatu kesan reaksi tubuh (fizikal) dan minda (mental) yang disebabkan oleh tekanan yang diterima dari dalaman dan luaran. oleh tekanan yang diterima dari dalaman dan luaran. Kanak-kanak pada zaman ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres di peringkat usia yang masih muda. Stres berlaku akibat kesan tindak balas seseorang terhadap stressor iaitu sebarang tuntutan ke atas tubuh dan fikiran.

2.1 Dua jenis stress. Stres terbahagi kepada dua iaitu:1. eustres 2. distress (sumber : Hans Selye, 1975)

2.2 Tahap Stres2.2.1 Tahap Satu iaitu stres tahap ketegangan rendah dikenali sebagai distres bermaksud reaksi negatif daripada stres. Stres yang terlalu rendah mengakibatkan seseorang berasa bosan dan mempunyai sikap tidak mengambil peduli terhadap kehidupan seharian. Seseorang pelajar yang mengalami stres tahap satu ini akan mengalami kesan psikologi seperti berasa malas dan tidak bersemangat dalam pelajaran.

2.2.2 Tahap Dua iaitu stress tahap ketegangan sederhana dikenali sebgai eustres. Eustres dikaitkan dengan perubahan yang menggembirakan seperti lulus peperiksaan atau mendapat hadiah. Ia boleh menjadikan seorang pelajar itu menjadi lebih bertenaga atau bessemangat melakukan sesuatu tindakan. Eustres boleh menjadi pendorong kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran atau berlatih berssungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu pertandingan dalam sukan.

2.2.3 Tahap Tiga iaitu stress tahap ketegangan tinggi dikenali sebagai distress yang menyebabkan perasaan risau, bimbang dan cepat marah. Tahap ketegangan stress tiga ini tinggi disebabkan konflik dan kehilangan sesuatu yang berharga. Contohnya kegagalan dalm peperiksaan, bergaduh dengan rakan, perceraian ibu bapa dan kematian ahli kelurga merupakan beberapa contoh keadaan yng menghasilkan stress di kalangan pelajar. Ia memberikan kesn psikologi seperti kesedihan dan kesan fisiologi seperti pening, sakit kepala dan tekanan darah tinggi kepada pelajar .

Tindakbalas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampau tahap yang boleh diterimanya. Setiap individu menerima stres dalam cara yang berbeza-beza di mana sesuatu perkara itu menimbulkan stres kepada seseorang tetapi perkara itu dianggap biasa kepada individu yang lain. Setiap individu harus bijak menguruskan sesuatu perkara bagi menghadapi stres.2.3 Tanda-tanda stress: 1. Degupan jantung meningkat.2. Rasa ketegangan otot yang bersedia untuk bertindak balas.3. Pernafasan menjadi cepat untuk membekalkan sebanyak mungkin oksigen kepada otot otot.4. Proses pencernaan menjadi lambat dan pengeluaran asid bertambah di dalam perut yang mengakibatkan anda mengalami kesakitan fizikal.5. Mengalami perasaan negatif seperti keresahan, kebimbangan, ketakutan atau kemarahan6. Mengalami masalah tidur (masalah untuk tidur dan tidur yang lena atau tidur berlebihan)7. Mengalami masalah dalam selera makan (tidak berselera untuk makan pada waktunya, atau sentiasa terasa lapar)

2.4 Faktor-faktor yang menyebabkan stres Kedua-dua stres ini berpunca daripada faktor luaran dan faktor dalaman. 2.4.1 Faktor luaran berlaku hasil dari tindakbalas ransangan persekitaran iaitu: a) masalah kekeluargaan - berjauhan dengan keluarga, persaingan untuk melanjutkan pelajaran b) masalah sosial & masyarakat di persekitaran tempat tinggal yang sesak dan kotor, kawasan kejiranan yang kurang selamat, penyalahgunaan dadah, merokok, tiada taman permainan untuk bermain.

2.4.2 Faktor dalaman berlaku hasil daripada tindak balas emosi yang tidak terkawal iaitu:a) masalah peribadi seperti kurang motivasi diri, kurang keyakinan diri, dan kurang kematangan berfikir,. b) masalah keluarga apabila berlaku konflik antara ibu dan bapa, kematian orang tersayang dan gagal memenuhi kehendak ibu bapa.c) masalah sekolah apabila bertukar sekolah baru, bergaduh, dibuli dan banyak aktiviti sekolah.d) masalah kesihatan seperti kurang bersenam dan riadah, runsing kerana mengalami keuzuran atau kecederaan, tidak cukup tidur serta kurang selera makan.

3.0 Kesan Stres(a) Sakit kepala dan sukar tidur(b) Penyalahgunaan dadah(c) Kerja yang bertangguh(d) Masalah membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat panas baran dan cepat naik angin(g) Tahap kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh dan mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan(l) Hilang selera makan

3.1 Kesan Stres Positif(a) Optimis(b) perubahan positif (c) sumber motivasi diri.(d) kecemerlangan diri.(e) berkeyakinan diri tinggi.(f) kuat/gigih berusaha.(g) prestasi pelajaran meningkat

3.2 Kesan Stres Negatif

(a) resah gelisah.(b) rasa bersalah.(c) pesimis dan sensitif.(d) prestasi pelajaran menurun (e) hilang kesabaran (f) rendah diri.(g) hilang pertimbangan (h) mental dan fizikal mudah letih.(i) hilang semangat dan motivasi.(j) Gangguan Kesihatan selsema, letih, lesu, panik, gelisah, sakit kepala dan serangan jantung.

4.0 Cara untuk mengurangkan konflik dan stres di kalangan murid-murid sekolah.

Terdapat berbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan atau mengurangkan stres menerusi pengurusan stres iaitu pengurusan masa, beriadah, bersikap positif, mengawal diri, menyelesikan masalah secara kreatif, mengamalkan pemakanan seimbang, mengamalkan teknik relaksasi dan mendapatkan sokongan sosial. a) Kaedah kawalan sakit kepala sakit kepala berpunca daripada stress.Katakan kepada diri anda : Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala. Saya akan mengira 1 - 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi .Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda pada kiraan 5 saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.b) Teknik KawalanSakit Kepala Berpunca Daripada MigrainUntuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas tetapi lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya. Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang membeli ubat.

c) Kaedah Mengatasi Gugup teknik pernafasanCuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.d)Teknik Meningkatkan TumpuanSatu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, mungkin anda masih belum lagi dapat menangani stres anda dengan baik. Bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya memberikan tumpuan dalam solat, ada juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya kepada hal-hal yang lain. Justeru, itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang.e) Kaedah Mengatasi Stress Dengan Mengeluarkan PeluhBersenam adalah cara yang sangat penting dalam melegakan stress yang terkumpul. Walaupun begitu orang dahulu kala tidaklah mengalami kemudaratan yang dipanggil stress. Ini adalah kerana corak hidup orang dahulu banyak menggunakan tenaga fizikal mereka dan ini bukan sahaja mengunakan hormon-hormon yang dikeluarkan semasa dalam keadaan tertekan tetapi juga meningkatkan daya kardiovaskular mereka. Aktivit fizikal juga dalam kadar yang berat dan sederhana berat akan membuat badan kita mengeluarkan hormon endorfin, yang seakan sama dengan morfin. Oleh kerana ia dikeluarkan dari dalam badan dengan kadar yang terkawal dan bersesuaian maka ia banyak mendatangkan rasa kelegaan dan akan mengukuhkan semangat seseorang untuk meneruskan aktiviti fizikalnya itu.Harmoni dalam diri adalah penting untuk pemikiran yang kreatif, pengamatan yang jelas dan tepat, membuat keputusan yang baik, dan menyelesaikan masalah. Jika tiada harmoni dalam diri pengamatan juga akan gagal, kerana mata kita mematuhi aksi minda. Contohnya jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akan kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga akan membuat kita gagal melihat kepada sumber. Oleh itu, untuk memulihkan harmoni dalam diri kita mestilah belajar mengenali dan membaiki pengamatan, sikap dan kepercayaan pada diri. Hidup dengan baik dalam diri dan kita dan kita akan belajar hidup dengan baik dengan dunia sekeliling kita.Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalin dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah, penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan memudahkan diri mendapat penyakit. Tanpa rehat, rekreasi dan masa untuk pulih dari ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan.g) Menghadapi Stress Dengan Sifat Keberanian"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya diselamatkan dari bahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yang membahayakan dirinya, dan bukan ribut diluar".Stress berganding erat dengan ketakutan.Takut kegagalan, takut dalam pengharapan, takut perubahan, takut keseorangan, takut imej diri yang tidak baik, takut kejayaan, takut akan tidak dapat melakukan sesuatu adalah di antara bermacam-macam jenis takut. Takut tidak dapat melakukan sesuatu ada kalanya menghalang seseorang itu memulakan sebarang usaha. Penawar paling baik kepada takut tidak dapat melakukan sesuatu ialah dengan terus melakukannya.Takut seperti juga stress ada positif dan ada negetifnya. Langkah pertama kepada pengawalan stress ialah keberanian, berani untuk menerima perasaan takut dan mengawal atau menakluki ketakutan itu. Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajar mengambil kira hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak realistik.h) Atasi Stress Dengan Rasa PenerimaanBanyak orang telah mengalami stress tetapi terus dengan cara kehidupan yang sama dengan menggunakan penafian. Seseorang itu akan menggunaka mekanisma minda untuk mempertahankan diri dari sedar akan keadaannya yang sebenar.Antaranya ialah menidakkan atau merationalisasi perbuatannya itu mempunyai sebab-sebab yang boleh diterimanya. Contohnya seorang perokok itu menidakkan keadaan paru-parunya yang tidak sihat dan mengatakan merokok itu baginya melegakan stress. Mekanisma mempertahankan diri ini agak sesuai dalam mengendalikan diri semasa berhadapan dengan stress yang besar tetapi bukan cara yang baik untuk megatasi masalah atau stress yang berpanjangan.Pengawalan stress yang berjaya ialah dengan bersikap "Apa yang boleh dilakukan" dan tidak "Kalaulah" Dengan penerimaan dan bertindak melegakan stress yang memudaratkan akan membantu diri kita hidup dalam keadaan sihat dan cergas.i) Ekspresi Satu Cara Penyembuhan StresKawan yang paling bernilai adalah mereka yang boleh mendengar dengan baik. Memendam rasa dan kebimbangan akan menyuburkan lagi stress. Dengan melahirkan kebimbangan atau ketakutan adalah langkah pertama membolehkan diri berhadapan dengan stress, mengawalnya dan seterusnya melepaskan stress tersebut.Berhadapanlah dengan stress, dengan bercakap, menulis, menyayikannya, ketawa, menangis dan lain-lain lagi. Cara ini membantu kerana dengan melahirkannya, akan menjelaskan dan meletakkannya sesuatu konflik kepada perpektif yang lebih objektif. Ekspresi menggalakan penyembuhan.Menulisnya boleh membuatkan yang subjektif lebih objektif, yang tak sedar di bawa kepada kesedaran dan yang tak terlahir kepada yang dilahirkan. Tulis tampa tapisan, bebas, berterusan dan tampa kritikan. Selepas itu simpan kertas itu ditempat yang selamat, dan analisanya secara objektif tampa terlalu beremosi, 1 jam, sehari atau seminggu selepas itu.Satu lagi cara ialah dengan menulis diari stress setiap hari. Dengan cara ini kita akan lebih peka akan pertalian pemikiran dan perasaan kita dan seterusnya dapat memperbaiki bentuk-bentuk pemikiran dan perasaan yang negatif.

5.0 Penutup Stres merupakan halangan yang normal di dalam menjalani kehidupan seharian kita. Adakalanya stres membawa kesan yang positif dan individu yang mengalami stres positif akan merasa lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan. Sebagai seorang murid eustres diperlukan sebagai pendorong untuk berjaya dalam pelajaran. Seseorang individu itu perlu tahu cara menguruskan stresnya dengan betul dan bijak supaya tidak memberi kesan negatif mengikut situasi masing-masing supaya tingkah laku kita dapat dikawal agar tidak menjejaskan kesihatan dan tidak menimbulkan masalah di kemudiaan hari. Stres berlaku dalam semua aspek kehidupan. Adakalanya stres membawa kesan yang positif dan individu yang mengalami stres positif akan merasa lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan. Pengurusan masa yang bijak adalah antara langkah yang sesuai untuk mengatasi stress.Gaya hidup sihat adalah mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Rakyat Malaysia tanpa mengira usia perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan yang seimbang dan berkhasiat, melakukan aktiviti fizikal, berfikiran positif, patuh kepada agama, menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit yang memudaratkan, mendapatkan rehat yang cukup dan menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran adalah langkah-langkah ke arah gaya hidup sihat. Sekiranya seseorang itu gagal mematuhi amalan-amalan gaya hidup sihat, seseorang itu mudah diserang penyakit, menghadapi konflik dan stres atau terjebak di dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat mampu menjauhkan dirinya daripada menghadapi masalah stress, masalah kesihatan serta masalah mental dan sosial. Secara keseluruhan, kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting dalam kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas kita tidak akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat dan kurangnya tenaga dalam badan untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga. Seseorang individu perlu bersenam untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan mentalnya kerana amalan hidup cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak.

6.0 Rujukan Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd Halim M.S. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Agensi Anti Dadah Kebangsaan.(2004). Trend masalah dadah. Dicapai dari laman web Kementerian Keselamatan Dalam Negeri: http://www.adk. gov.my/stamei05.html. Dr. Abu Bakar A, M. (1995). Kumpulan dadah penindas- alkohol. Dicapai dari laman web Pusat Racun Negara: http://www.prn2. usm. my/mainsite/bulletin/kosmik/1995/kos mik7.html Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat. Melvin H. Williams (2002). Nutrition for health, fitness & sport (6th ed.). USA: McGraw- Hill Higher Education

Majlis Fatwa Kebangsaan. (2004). Hukum mengenai alkohol. Dicapai dari laman web Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan: http://mba2u.blogspot. com/ 2004_09_01_archive.html pada 10 September 2004. Paul Insel, R. Elaine Turner, & Don Ross (2002). 2002 update: Nutrition. Sudbury, Massachusetts: Jones And Bartlett Publishers.

2