40
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPT/ 2014 HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NO MATRIKULASI : 651210095001001 NO. KAD PENGNEALAN : 651210095001 NO. TELEFON : 0194640077 E-MEL : [email protected] NAMA : NOOR AHMAD BIN NOORDIN PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI , KEDAH

HBHE3203 Noor Ahmad b Noordin 651210095001001.docx

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPT/ 2014HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO MATRIKULASI : 651210095001001NO. KAD PENGNEALAN: 651210095001NO. TELEFON: 0194640077E-MEL: [email protected]:NOOR AHMAD BIN NOORDINPUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI , KEDAH

KANDUNGAN

PerkaraMuka surat

1.0 Teks ceramah : Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Di sekolah1-82.0 Lima Set Borang Maklum Balas Mengikut Skala Likert9-133.0 Laporan kaji selidik14-154.0 Dapatan maklum balas15-215.0 Cadangan pencegahan dan penambahbaikan21-236.0 Kesimpulan24-257.0 Rujukan26

1.0 Teks Ceramah : Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan di Sekolah

Salam sejahtera, Yang saya hormati Tuan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian.Sepertimana yang kita semua ketahui sekolah adalah seperti rumah kedua bagi warga sekolah. Jika selama ini kita mengambil pendekatan atau slogan Rumahku Syurgaku, mengapa kita tidak boleh mengambil pendekatan yang serupa iaitu Sekolahku Syurgaku? Elemen inovatif dan futuristik dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah sebenarnya tidak boleh dielakkan sama ada kita suka ataupun tidak. Bagaimanapun, inovasi yang dimaksudkan bukanlah merekacipta sesuatu yang baharu sebaliknya ia adalah pembaharuan dalam aspek pengurusan di sekolah manakala futurustik pula merujuk kepada kemampuan pengurusan mengejar peralihan masa.Seseorang pentadbir atau pengurus sekolah akan dapat mengenalpasti sebarang masalah atau kesulitan yang bakal dihadapi dan telah merancang awal bagaimana untuk menanganinya. Program Sekolahku Syurgakujika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu bersih dan selamat untuk warganya. Sebagaimana diketahui umum sekarang ini terdapat pelbagai kes yang melibatkan keselamatan terpampang didada akhbar. Antaranya tercucuk besi penutup longkang, ditimpa tiang gol dan bermacam lagi biasanya berkisar dari masalah penjagaan keselamatan di sekolah Begitu juga dengan aspek kebersihan. Sesetengah sekolah terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes,semak samun yang boleh mengundang bahaya dan sebagainya. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula keesokan harinya. Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku adalah dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti 1mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama bapa para pelajar.Program ini juga bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid. Murid-murid juga perlu mengamal dengan istiqamah amalan kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab murid-murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi. Untuk pengetahuan hadirin semua, sekolah adalah pusat pendidikan atau tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu. Oleh itu alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar untuk menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah serta mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan selamat kepada semua penghuninya.Kebersihan di sekolah boleh didefinisikan sebagai personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.Tujuan amalan kebersihan di sekolah adalah untuk:i. Menjadikan sekolah sebagai pusat pendidikan yang bersih, indah, ceria dan selamat.ii. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.iii. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.iv. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.v. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.vi. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.2Manakala keselamatan di sekolah pula boleh ditakrifkan, suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan atau suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah yang boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan jati diri murid daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.Tujuan amalan keselamatan di sekolah adalah:i. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat kepada semua warganya.ii. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program keselamatan sekolah.Hadirin sekalian,Amalan kebersihan merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang. Pelbagai slogan yang biasa kita dengar seperti Negara Bersih Rakyat Sihat, Kebersihan Asas Keimanan,Bersih Itu Indah dan sebagainya. Ini membuktikan betapa pentingnya amalan kesihatan kepada kita semua. Tugas ibu bapa memainkan peranan utama dalam memastikan kebersihan awam dan alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak sejak mereka dibangku sekolah rendah lagi . Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menghalang penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan diri sendiri dan persekitaran. Dengan adanya didikan agama yang mantap,kebersihan di tempat awam serta kebersihan alam sekitar dapat dizahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka.Selain ibu bapa yang bertanggungjawap mendidik anak ke arah kebersihan, guru juga memainkan peranan penting dalam memumupuk nilai kebersihan dalam hati sanubari pelajar.Mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan banyak memberi penekanan kepada pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni dalam sukatannya. Ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mementingkan kebersihan. Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan tanggungjawap mereka sebagai pendidik yang 3berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam minda pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek kebersihan terutamanya kebersihan kelas dan kawasan sekolah dan seterusnya memaklumkan kepada murid betapa pentingnya penjagaan kebersihan alam sekitar dengan melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat dan sebagainya. Konsep bersih ini perlu diperluaskan bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina kolam ikan, taman mini dan landskap supaya keadaan sekolah lebih ceria dan menghijau.Mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam serta Sivik dan Kewarganegaraan perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang betapa pentingnya amalan kebersihan kepada kehidupan. Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang berada ditahap terbaik akan mengharumkan nama sekolah dan dapat mempromosi sekolah. Kawasan sekolah yang bebas daripada aspek kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa, komuniti dan masyarakat luar. Sekolah yang memiliki kawasan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan ceria akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah berdekatan dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan. Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kelas dan kawasan sekolah kita pada setiap masa. Dengan menjadikan persekitaran sekolah yang bersih pelbagai penyakit biasa dan berjangkit akan dapat dicegah dan dijauhi .Kawasan sekolah yang bersih akan dapat mengelak dari penyakit demam denggi yang dapat membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang terurus akan menghalang haiwan-haiwan yang berbahaya membiak. Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit berjangkit tidak mengancam kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah menjalankan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Aktiviti 4kokurikulum juga boleh dijalankan dengan sempurna apabila wujudnya kawasan sekolah yang bersih .Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan Ini akan menggalakkan pelajar lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

Hadirin yang dikasih sekalian, Perubahan yang berlaku dalam era pendidikan masa kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti strategi, kaedah dan model program yang dapat mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan modul dan manual konsep Sekolah Selamat pada tahun 2002 sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sesebuah sekolah itu selamat.Berdasarkan panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam menentukan aspek keselamatan. Amalan keselamatan juga memainkan peranan utama untuk mempromosi sekolah menjadi sekolah yang selamat. Kepentingan amalan keselamatan adalah bagi meningkatkan pemahaman, penghayatan dan amalan bahawa aspek keselamatan hendaklah dijadikan keutamaan dalam semua aktiviti di sekolah. Warga sekolah hendaklah sentiasa sedar dan peka terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka. Selaras dengan perkembangan isu-isu keselamatan yang berkaitan dengan murid dan warga sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa berasa selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah. Iklim persekolahan yang selamat dan kondusif akan meningkatkan keyakinan kendiri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara. Keselamatan murid semasa di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini adalah disebabkan terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan 5langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, perkhemahan, lawatan serta keselamatan semasa di asrama..Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak tidak prihatin, peka dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah menghadapi suatu isu keselamatan menjadi satu kemestian. Dalam arahan ini, kris dan bencanatermasuklah kejadian banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, jerebu, tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga sekolah. Prasarana atau infrasturtur sekolah juga boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus tadbir dengan baik. Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan dan berkala agar kawasan sekolah menjadi tempat yang selamat dengan suasana persekitaran yang kondusif untuk menjamin keselamatan warganya. Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, perparitan dan sistem pembentungan, tandas,bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama, lanskap sekolah, padang, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah. Risiko juga merupakan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah, terutamanya pentadbir. Risiko bermaksud apa-apa sahaja keadaan dan situasi yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan nyawa. Pengurusan ancaman risiko yang bersistematik dan mantap dapat membantu pihak sekolah mengambil tindakan bagi mengelakkan kerugian atau kesan yang kurang menyenangkan. Kawasan, keadaan atau situasi berisiko adalah terdapat di dalam atau di luar kawasan sekolah yang melibatkan murid dan warga sekolah termasuklah kawasan sungai, longkang besar, lombong, tasik, paya, kolam kumbahan, kolam, jalan raya, pencawang elektrik, jalan denai,belukar, semak samun, titi, jambatan usang, dan sebagainya. Sesungguhnya menjadi harapan semua pihak khususnya warga sekolah menyambut baik arahan serta tatacara keselamatan sekolah yang diarahkan oleh kementerian agar sekolah ini dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu yang selamat dan kondusif. 6Dengan pelaksanaan arahan dan tatacara keselamatan sekolah ini, ibu bapa serta masyarakat setempat akan berasa lebih yakin dengan sistem persekolahan di negara ini yang boleh memacu kecemerlangan anak-anak mereka ke tahap kegemilangan.Di sini saya perturunkan cara-cara bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat:i. Kepimpinan dan pentadbiran yang berkesan.ii. Mewujudkan hubungan dengan keluarga murid dan masyarakat setempat.iii. Menekankan perhubungan yang positif antara semua warga sekolahiv. Membincangkan isu keselamatan secara terbuka bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatandan kebajikan diri masing-masing.v. Kawalan keluar masuk sekolah. Pihak sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini mengenaipergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolahvi. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat.vii. Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah. Pihak pentadbir perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja pekerja dan ibu bapa. Bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu dan berterusan perlu dijalankan bukan sahaja oleh pengetua atau guru besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga oleh seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berkesinambungan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

7 Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa aspek kebersihan dan keselamatan memainkan peranan yang penting kepada pihak sekolah bagi menjelmakan sekolah yang melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkeperibadian mulia serta mantap dari segi amalan, sahsiah dan tingkahlaku dan seterusnya dapat mempromosi sekolah kita sebagai sekolah yang sihat dan selamat.Sekian, terima kasih.

8

2.0 Merangka Lima Set Borang Maklum Balas Mengikut Skala Likert

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH

Adakah anda berpuas hati dengan:Skala:Tarikh :.Sangat memuaskan4

Memuaskan3

Kurang memuaskan2

Tidak memuaskan1

1) Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

2) Kantin

3) Makmal Sains

4) Bangunan sekolah

5) Bilik darjah

Komen/Cadangan untuk menambah mutu perkhidmatan kantin sekolah.

9

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan. No.PerkaraSangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

12345

1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang).12345

2Kantin.12345

3Makmal Sains.12345

4Bangunan sekolah.12345

5Bilik darjah.12345

1. Adakah anda berpuas hati dengan penyampaian keseluruhan laman web ini? Nyatakan alasan anda._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Berikan cadangan anda untuk menambahbaik dan menjadikan laman web ini lebih berkesan penggunaannya._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

10

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KEBERSIHAN KAWASAN DAN BILIK DARJAH

Borang Maklum Balas

(Tandakan ( ) pada gred yang sesuai)1Tidak Puas Hati

2Kurang Puas Hati

3Puas Hati

4Sangat Puas Hati

BilButir ButirAras Pemarkahan

1234

1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

2Kantin

3Makmal sains

4Bangunan sekolah.

5Bilik darjah

Komen/cadangan.

Berikan komen atau cadangan di ruangan yang disediakan di bawah.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh :..11

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

BORANG MAKLUM BALAS

ARAHAN : SILA TANDAKAN () PADA KOTAK YANG DISEDIAKAN.

4Sangat Memuaskan3Memuaskan2Kurang Memuaskan1 Tidak memuaskan

PERKARA1234

1. Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

2. Kantin

3. Makmal sains

4. Bangunan sekolah

5. Bilik darjah

6. Berikan cadangan penambahbaikan untuk masa hadapan._______________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________

Tarikh:.

12

SEKOLAH KEBANGSAAN SIK DALAMBORANG MAKLUM BALAS KESELAMATAN KAWASAN SEKOLAH

Tarikh:

Soalan dibawah berkaitan dengan keselamatan bangunan sekolah. Bulat jawapan anda berdasarkan kepada skala dibawah :(1)Sangat tidak setuju(2)Tidak setuju(3)Setuju(4)Sangat setuju

NoSoalanSangat tidaksetujuTidak SetujuSetujuSangatsetuju

1Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)1234

2Kantin1234

3Makmal sains1234

4Bangunan sekolah1234

5Bilik darjah1234

Komen untuk penambahbaikan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13

3.0 Laporan Kaji Selidik Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan sekolah adalah salah satu daripada senarai tugas pentadbiran sekolah terutamanya oleh Guru Besar/Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Oleh yang demikian, prosedur-prosedur pemeriksaan sekolah perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah, khususnya pelajar sekolah. Aktivitipemeriksaan sekolah dijalankan adalahbertujuan untuk menilai tahap kebersihan dankeselamatan di sekolah. Pemeriksaan ini jugabertujuan untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Ordinan Pendaftaran Sekolah 1952.Antaraundang-undang yang terlibat dan menjadi rujukan dalam aktiviti pemeriksaan sekolah adalah :i. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan1985.ii. Undang-undang Kecil Bangunan Sekolah 1984.iii. Ordinan Sekolah 1952.iv. Garis panduan Kantin sekolah.

Tujuan utama pemeriksaan sekolah adalah bagi memantau pematuhan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah terhadap aspek keselamatan, kebersihan, kesihatan dan keselesaan penghuni sekolah tersebut khususnya para pelajar menilai kesesuaian penambahan struktur(jika ada) dan memberikan cadangan bagi penambahbaikan aspek-aspek yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan. Kesemua komponen item yang dibuat pemantauan dan pemeriksaan serta skor-skor diukur dan dibuat dengan menggunakan Skala Likert. Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang atau sekelompok orangtentang fenomena sosial. Dalam penelitian, fenomena sosial ini telah ditetapkansecara spesifik oleh pemantau, yang selanjutmya disebut sebagai variable penelitian. Dengan skala Likert, maka variabel yang akan diukur dijabarkan menjadi indikator variabel. Kemudian indikator tersebut dijadikan sebagai titik tolak untuk menyusun item-item instrumen yang dapat berupa pernyataan atau pertanyaan, baik 14bersifat positif atau bersifat negatif. Skala ini menilai sikap atau tingkah laku yang diinginkan oleh para pemantau atau peneliti dengan cara mengajukan beberapa pertanyaan kepada responden. Kemudian responden diminta memberikan pilihan jawaban atau respons dalam skala ukur yang telah disediakan.Skala ini mempunyai nilai kualitatif yang diukur mengikut skala 4 mata.Skor 1 bermakna item berkenaan memberikan gambaran tidak memuaskan dan skor 4 memberikan gambaran sangat memuaskan. Pemantau perlu memilih satu set pernyataan sikap dan responden (guru sekolah)perlu menandakan persetujuan atau pun ketidak persetujuan mereka terhadap setiap pernyataan sepanjang skala 4 mata atau lebih bermula dari sangat memuaskan kepada tidak memuaskan.4.0 Dapatan maklum balas.

Kebersihan Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)SkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan315

Memuaskan1050

Kurang memuaskan525

Tidak memuaskan210

Kebersihan KantinSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan420

Memuaskan1260

Kurang memuaskan315

Tidak memuaskan15

15

Kebersihan Makmal SainsSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan840

Memuaskan735

Kurang memuaskan420

Tidak memuaskan15

Kebersihan Bangunan SekolahSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan840

Memuaskan1050

Kurang memuaskan15

Tidak memuaskan15

Kebersihan Bilik DarjahSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan945

Memuaskan840

Kurang memuaskan210

Tidak memuaskan15

16

Keselamatan Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)SkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan210

Memuaskan1050

Kurang memuaskan630

Tidak memuaskan210

Keselamatan KantinSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan420

Memuaskan945

Kurang memuaskan525

Tidak memuaskan210

17Keselamatan Makmal SainsSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan735

Memuaskan1050

Kurang memuaskan210

Tidak memuaskan15

Keselamatan Bangunan SekolahSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan840

Memuaskan840

Kurang memuaskan210

Tidak memuaskan210

Keselamatan Bilik DarjahSkalaBilanganPeratus

Sangat memuaskan735

Memuaskan840

Kurang memuaskan210

Tidak memuaskan210

18

Berpandukan jadual dan carta di atas bolehlah dibuat analisa bahawa skala memuaskan menjadi pilihan kebanyakkan responden dalam aspek kebersihan sekolah. Berpandukan maklumat di atas bolehlah dikategorikan bahawa aspek kebersihan sekolah ini memang dititikberatkan oleh pihak pentadbir sekolah serta warganya.Walaubagaimanapun masih terdapat ruang yang perlu dibaiki dan dibuat penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran dan kawasan sekolah yang lebih bersih dan kondusif. Kebersihan kantin dan makmal sains masih boleh diperbaiki lagi. Berpandukan data di atas kebersihan kantin masih lagi terdapat 15% dalam skala kurang memuaskandan kebersihan bilik sains masih lagi 20% dalam skala yang sama. Oleh itu pihak pentadbir masih boleh berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian dari maklum balas yang dibuat.

19Hasil maklum balas tersebut juga mendapati bahawa pihak sekolah perlu berusaha lagi jika ingin jadikan sekolah ini sekolah yang bersih. Ini adalah disebabkan sekolah yang bersih adalh sekolah yang boleh mencapai tahap sangat memuaskan dalam semua item yang dibuat kajian. Kebersihan persekitaran termasuk padang dan gelanggang hanya mendapat 15% (sangat memuaskan) sahaja. Dalam item ini menunjukkan masih banyak yang perlu dibuat penambahbaikan agar keadaan persekitaran sekolah mencapai tahap sekolah bersih seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan. Begitu juga dengan kantin sekolah yang perlu ditingkatkan kebersihannya bagi mencapai kantin 4 atau 5 bintang. Kebersihan kantin adalah sangat penting di sesebuah sekolah. Kewujudankantin disekolah, tidak hanya sekadar untuk memenuhi keperluan makan dan minum warga sekolah semata-mata, namun dapat dijadikan sebagai ruang untuk mendidik warga sekolah tentang kesihatan, kebersihan, kejujuran, saling menghargai, disiplin dan nilai-nilai lainnya.Di sinilah pentingnya kebersihan kantin sekolah sebagai salah satu aspek kebersihan sekolah. Dalam aspek keselamatan pula, item keselamatan persekitaran (termasuk padang dan gelanggang) dan keselamatan kantin juga perlu dibuat penambahbaikan bagi menjadikan sekolah ini sebagai sekolah selamat kepada penghuni-penghuninya. Berpandukan maklum balas dari responden, skala sangat memuaskan bagi kedua-dua item agak kurang memberangsangkan. Hanya 10% sahaja yang memilih sangat memuaskan bagi item persekitaran sekolah manakala 20% bagi item kantin. Tahap keselamatan persekitaran sekolah termasuk padang dan gelanggang di kalangan pelajar-pelajar sekolah merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah berdasarkan dapatan kajian yang dibuat. Keselamatan persekitaran kawasan sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi perhatian golongan masyarakat. Faktor ini adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah besar di sekolah. Pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan terutamanya kemalangan di persekitaran sekolah. Memandangkan pentingnya aspek keselamatan ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan 20aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Sesi pemerhatian dijalankan sendiri oleh pengkaji untuk mendapatkan sendiri maklumat yang berkaitan dengan aspek keselamatan yang disediakan oleh pihak sekolah. Hasil maklum balas dari guru-guru sekolah ini selaku responden pelbagai maklumat dapat dikumpul terutamanya tentang keberkesanan sistem keselamatan yang dijalankan di sekolah berkenaan.Berpandukan hasil dapatan yang diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah ini masih perlu ditingkatkan bagi membentuk persekitaran sekolah yang bersih dan selamat terutama kepada penghuninya. Pihak pentadbir dan guru-guru perlu memainkan peranan utama mendidik pelajar ke arah mewujudkan iklim sekolah yang selamat, bersih dan kondusif.5.0 Cadangan Pencegahan dan PenambahbaikanKementerian Pendidikan telah melancarkan program sekolah selamat pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk menjadikan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan ibu bapa dan komuniti setempat. Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan persediaan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat kepada semua sekolah. Amalan sekolah selamat walaupun telah lama wujud ,namun hanya sekarang satu garis panduan yang tersusun diperkenalkan untuk semua sekolah di seluruh negara untuk mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan dengan pelbagai insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.

21Antara objektif yang ada dalam konsep pelaksanaan sekolah selamat ini ialah i. Untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,sihat, selamat dan menyeronokkan. ii. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. iii. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. iv. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. v. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. vi. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah dan menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.vii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.viii. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. Antara cadangan penambahbaikan aspek kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah adalah dengan mengekalkan dasar disiplin yang konsisten serta memupuk para pelajar untuk mencintai sekolah. Semua warga sekolah terutama para pelajar dan guru perlu proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah dan hendaklah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah. Setiap penghuni sekolah juga perlu memberi respon segera terhadap hal kecemasan agar sebarang kemalangan yang lebih besar dapat dielakkan. Adalah penting juga bagi memastikan sekolah selamat dengan sentiasa memastikan amalan kebersihan dijaga dan dipelihara di samping memastikan kawasan kantin dan persekitaran sekolah termasuk padang dan gelanggang bersih dan selamat supaya dapat mengelakkan dari terjadinya sebarang kecelakaan di sekolah. Untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kebersihan sekolah Pengetua/Guru Besar perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan dan kebersihan sebagai sebahagian daripada peraturan sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk 22guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan dan kebersihan di sekolah perlu dilaksanakan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan persekitaran sekolah termasuk semasa penggunaan padang dan gelanggang dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di kantin sekolah , bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis boleh membantu pihak sekolah mencapai hasrat sekolah selamat dengan melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. Pihak ibu bapa dan komuniti setempat dapat memainkan peranan dengan menjadi sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak membenarkan pelawat memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan pelajar tanpa kebenaran pengetua/guru besar perlulah dipatuhi . Bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah, talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat serta hospital atau pusat kesihatan berhampiran perlu diadakan sepertimana yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan. Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan.. Pihak sekolah mesti mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur api dan sebagainya. Kebanyakkan sekolah mempunyai kantin. Kantin merupakan premis yang penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada di sekolah. Kantin juga merupakan sebuah tempat yang sering menjadi tumpuan murid-murid terutamanya pada waktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini untuk mengalas perut selepas sesi pembelajaran.. Andai pengurusan prosedur keselamatan di kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak risiko yang akan berlaku. Oleh itu, bagi mewujudkan kantin yang bersih dan selamat pihak sekolah perlu menyediakan tatacara yang harus dijadikan sebagai panduan penggunaan kantin kepada semua warga sekolah termasuklah pengusaha dan pekerja kantin. Pihak pentadbir dan guru perlu memastikan kebersihan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak kantin adalah ditahap memuaskan dan tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985. Makanan dan minuman yang dijual juga mesti menepati piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.236.0 Kesimpulan Usaha untuk mewujudkan iklim sekolah yang bersih dan selamat amat penting dalam membina persekitaran dan kawasan sekolah yang berkesan.Oleh hal yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif . Sekiranya aspek kebersihan dan keselamatn sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah yang tidak ceria dan membosankan apabila kita menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaan sekolah yang tidak teratur, rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang, basikal dan kereta yang tidak tersusun,kantin yang kurang bersih, bilik darjah, tandas serta makmal yang kotor, cermin-cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau busuk serta kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap akan menjadikan iklim sekolah yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seterusnya menggambarkan bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut. Pada dasarnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota yang berada di dalamnya.Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap kebersihan dan keselamatan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang menumpukan aspek tersebut. Oleh yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana berasa seronok berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah akan berkait dengan masalah disiplin pelajar yang dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang selamat dan bersih pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.24 Sudah menjadi impian setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah masing-masing yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapat pelbagai halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangan tehadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan dan kebersihan biasanya timbul daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua perlu bekerjasama termasuklah, pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Antara program dan aktiviti yang boleh dijayakan bersama adalah seperti gotong-royong secara berkala, pertandingan keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum kelas bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik. Kekadang halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan kebersihan sekolah adalah berpunca daripada segelintir guru dan para pelajar yang enggan memberikan kerjasama. Oleh itu, sikap dan gaya kepimpinan pihak pentadbiran sekolah yang berwibawa seharusnya mampu menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang bersih dan selamat, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.

25

7.0 RujukanAzizi Ahmad. (2007). Keselamatan dan kesihatan industri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Kesihatan Malaysia.(1999). Manual kempen cara hidup sihat: Promosi keselamatan dan pencegahan kecederaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Amalan kebersihan sekolah panduan aktiviti. Kuala Lumpur. Percetakan Haji Jantan Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR: Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin (2011). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan persekitaran. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Noryati Ismail.(2000). Keracunan makanan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd.

26