59
BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Kata Pengantar 2 2.0 Konsep Kesihatan 3 3.0 Tunjang Kesihatan Diri dan Keluarga 4 Set Soalan 18 4.0 Tunjang Gaya Hidup Sihat 22 Set Soalan 31 5.0 Tunjang Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran 36 Set Soalan 42 6.0 BIBLIOGRAFI 45 1

Hbhe1103 Pengenalan Pddkn Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Citation preview

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Kata Pengantar 2

2.0 Konsep Kesihatan 3

3.0 Tunjang Kesihatan Diri dan Keluarga 4

Set Soalan 18

4.0 Tunjang Gaya Hidup Sihat 22

Set Soalan 31

5.0 Tunjang Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran 36

Set Soalan 42

6.0 BIBLIOGRAFI 45

1

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

1.0 KATA PENGANTAR

Segala puji saya panjatkan kehadrat Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberikan rahmat dan

hidayah-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan tugas menghasilkan Buku Sumber Pendidikan

Kesihatan Tahun 5 ini dengan baik dan menepati masa yang ditetapkan oleh OUM.

Tulisan ini adalah hasil kajian dan pengamatan saya berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian

Sukatan Pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia disertai dengan analisa

dan kesimpulan serta hal yang lain sesuai dengan tugasan yang perlu disiapkan.

Semoga laporan ini dapat memberi manfaat bagi kita semua khasnya kepada murid-murid Tahun 5

sebagai bahan rujukan atau bahan mengajar/maklumat tambahan dalam menguasai kandungan

pengajaran dan pembelajaran.

Bersama ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En

Krisna Kumar s/o Varatharaj yang telah membantu hingga selesaikannya tugas ini, yang telah

memberikan banyak info, saranan, petunjuk dan dorongan dalam melaksanakan tugas ini, tidak

ketinggalan juga rakan-rakan sekuliah.

2

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

2.0 KONSEP KESIHATAN

Menurut Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Maksud

kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia

sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan

bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari

satu keadaan keseimbangan diantara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan

sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.

Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan

kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti

serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan.

Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan

seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang

berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan adalah perlu, untuk memilik kekuatan

senaman (cergas), sama ada secara semulajadi ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat

menambahkan isi saiz otot dan yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah

pembahagiaan senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu,

jantina dan sebagainya."

3

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

3.0 TUNJANG KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3.1 Kesihatan Diri

(b) Penyakit Tidak Berjangkit

Apa itu penyakit tidak berjangkit?

Penyakit tidak berjangkit ialah penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vector.

Penyakit ini berpunca daripada keturunan dan gaya hidup seseorang. Terdapat lima jenis

penyakit tidak berjangkit iaitu:

i) Jenis Penyakit Tidak Berjangkit

a) Karies Gigi

Penjelasan

Karies gigi ialah masalah gigi berlubang akibat tindak balas antara bakteria dengan makanan

bergula di permukaan gigi. Akibatnya ialah asid telah terhasil dan melembutkan lapisan

enamel gigi. Bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

Cara Mencegah

1. Berus gigi dengan cara yang betul 2 kali sehari.2. Flos gigi3. Amalkan pemakanan yang seimbang4. Kurangkan pengambilan gula dalam diet harian.5. Berjumpa dengan doktor gigi secara berkala iaitu setiap enam bulan sekali.

4

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

ii) Penyakit Jantung

Penjelasan

Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia

berisiko menghidapi penyakit jantung dan 1 daripada 6 kematian di hospital-hospital di

negara ini berpunca daripada penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok)

Penyakit ini berlaku apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke

seluruh tubuh. Ini kerana saluran darah jantung tersumbat. Akibatnya, pesakit akan berasa

teramat sakit seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam di bahagian dada.

Perunding kesihatan dari 4Life Research (Malaysia), Dr S.S Tamilselvan berkata, terdapat

12 simpton yang tidak harus dipandang ringan kerana ia mungkin petanda anda sedang

menghidapi penyakit jantung.

Faktor-faktor itu ialah:

1. Anxiety (resah yang keterlaluan)

2. Sakit dada

3. Batuk

4. Pening yang melampau

5. Sering letih.

6. Mual atau hilang selera makan

7. Sakit-sakit badan, terutama di bahagian kiri

8. Denyutan nadi yang tidak konsisten

9. Sesak nafas

10. Banyak berpeluh

11. Bengkak di bahagian-bahagian badan

12. Lesu atau terlalu lemah.

5

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

iii) Diabetes

Penjelasan

Diabetes adalah suatu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi

paras normal. Diabetes terjadi apabila pancreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi

atau apabila tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara berkesan.

Pengidap diabetes mudah mendapat komplikasi penyakit seperti penyakit jantung, angin

ahmar, penyakit buah pinggang, kebutaan, kerosakan saraf, mati pucuk dan jangkitan kuman

pada anggota badan terutama kaki yang lambat/tidak sembuh sehingga mengakibatkan

amputasi.

Adakah saya mempunyai gejala-gejala seperti berikut?

Ramai dalam kalangan pengidap diabetes tidak mengalami gejala diabetes. Atau, gejalanya

mungkin ringan sehingga tidak dapat dirasa atau dikesan oleh individu tersebut.

Berikut ialah gejala-gejala yang patut diberi perhatian:

Kerap rasa haus yang berlebihan

Kerap rasa lapar yang berlebihan

Rasa letih dan lesu

Kerap buang air kecil terutama pada waktu malam

Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas

7

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Penglihatan yang kabur

Luka lambat sembuh

Rasa gatal terutama di bahagian kemaluan

. Cara Pencegahan

8

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

9

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

iv) Asma

Penjelasan

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit paru-

paru yang terjadi akibat radang dan pengucupan saluran pernafasan. Antara symptom yang

boleh diperhatikan termasuklah pernafasan yang berbunyi yang kedengaran berulang-ulang,

batuk terutamanya pada waktu malam atau selepas melakukan latihan fizikal, dan kahak

berlebihan. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu,

pencemaran udara dan cuaca. Saluran pernafasan amat peka terhadap pendedahan kepada

benda-benda luaran seperti habuk, asap rokok atau udara sejuk.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 300 juta orang mengalami asma dan

255,000 orang mati akibat asma pada 2005 di seluruh dunia. Institut Jantung, Paru-paru dan

Darah Kebangsaan, Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa dengan rawatan yang teratur,

hampir semua pesakit berupaya mencapai dan mengekalkan kawalan yang baik terhadap

asma, membolehkan mereka bergiat cergas di sekolah, tempat kerja dan aktiviti biasa yang

lain.

Terdapat dua kategori utama ubat untuk asma; sejenis ubat pelega yang bertindak cepat yang

perlu dibawa bersama sepanjang masa untuk merawat serangan atau pelega segera kepada

simptom, dan ubat kawalan yang diambil setiap hari untuk tempoh yang lama untuk

mengelakkan simptom dan serangan daripada bermula.

10

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Cara Pencegahan

Jauhi punca serangan asma seperti kawasan berdebu

Jangan merokok dan jauhi asap rokok

Sentiasa membawa ubat asma seperti ubat pelega (inhaler)

v) Penyakit Buah Pinggang

11

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Penjelasan

Penyakit buah pinggang berlaku apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan

darah. Kegagalan buah pinggang ini berfungsi disebabkan jangkitan kuman, keracunan, dan

penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan. Akibatnya, pesakit akan hilang selera makan,

berasa mual dan muntah-muntah, serta kelihatan lemah.

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing

samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika

terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan

hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel

darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan

mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan

berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya

akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa

buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk. 12

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan

buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam

darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa

buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa

kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin

disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya

buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan

ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan

kekurangan oksigen di dalam otak.

Cara Pencegahan

Amalkan pemakanan seimbang

Kekalkan berat badan unggul

Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari

Bersenam secara konsisten

Amalkan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

ii) Cara Mencegah Penyakit Tidak Berjangkit

Secara umumnya, penyakit tidak berjangkit boleh dicecah sekiranya kita :

13

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

1. Bersenam dan bersukan

Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman

dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.

1.1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.

1.2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa

minggu bila anda semakin lebih cergas.

1.2.1. Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15

minit.

1.2.2. Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30

minit .

1.3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan

selepas senaman.

1.4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan

regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.

1.5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan

senaman.

1.6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:

1.6.1. Ketidakselesaan

1.6.2. Sakit

1.6.3. Pening

1.7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.

1.8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:

1.8.1. Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )

1.8.2. Petang ( selepas pukul 6 petang )

1.9. Persekitaran tempat senaman:

1.9.1. Permukaan yang rata.

1.9.2. Suhu dan kelembapan udara terkawal.

1.9.3. Kawasan redup/teduh.

1.9.4. Tempat yang cukup terang.

1.10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas

senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.

1.11. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.

1.12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:

14

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

1.12.1. Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana

keadaan hipoglisemia (paras glukos rendah).

1.12.2. Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari

kecederaan kaki.

1.12.3. Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.

1.13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:

1.13.1. Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.

1.14. Jika anda Gemuk:

1.14.1. Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang

berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot

2. Memeriksa Makan makanan seimbang

15

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Menurut Journal of Adolescent Health, makan bersama keluarga adalah cara yang baik untuk

mengelakkan tabiat makan yang boleh mendatangkan mudarat. Amalan bersama sarapan pagi dan

makan malam di rumah dapat mengurangkan pergantungan dan pengambilan makanan kurang

sihat, mengurangkan makan di luar, meningkatkan pengambilan makanan lebih sihat, membantu

kanak-kanak dan remaja memupuk emosi yang positif dan menjaga kesihatan fizikal serta

mengakrabkan hubungan keluarga.

Makan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang kaya nutrien. Kita perlukan lebih 40 nutrien

berlainan untuk menjamin kesihatan. Sebaik-baiknya, kita perlu mengambil makanan bijirin

penuh. Roti mil penuh, biskut mil penuh, buah-buahan dan sayur sayuran menambah serat

dan nutrien ke dalam diet harian kita.

Maklumat pemakanan pada label memberitahu tentang kalori dan nutrien seperti lemak,

kolesterol, natrium, serat dan vitamin serta zat galian tertentu dalam setiap hidangan produk.

Gunakan label ini sebagai panduan selain memastikan tarikh luputnya.

Pastikan diet harian mengandungi 5 sukatan sayuran dan buah-buahan. Pilih sayuran berdaun

hijau gelap, sayuran buah- buahan, tauge dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat tentang makanan dan pemakanan yang sesuai untuk anda sekeluarga

daripada pakar diet/pemakanan

3. Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap

16

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Pemeriksaan kesihatan berkala bertujuan untuk mencegah penyakit dan melibatkan kesemua

peringkat pencegahan penyakit, terutamanya mengenal pasti faktor risiko dan ujian saringan

(pencegahan penyakit peringkat sekunder), di samping pendidikan kesihatan dan pelalian

(pencegahan penyakit peringkat primer), serta pengawalan penyakit yang sudah dihidapi bagi

mengehadkan komplikasi dan ketidakupayaan akibat penyakit tersebut (pencegahan penyakit

peringkat tertiar).

Melalui pemeriksaan secara berkala, kita boleh tahu malah mencegah sesuatu penyakit yang

boleh mendatangkan bahaya yang ada kalanya datang dalam senyap seperti serangan jantung.

Soalan Set A

17

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Soalan Objektif

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara tanda-tanda penyakit jantung ialah…

A. sakit dada,batuk,resah

B. sakit dada,batuk,letih

C. sakit dada,jantung bengkak,telinga berdarah

2. Diabetes ialah…

A. kandungan gula dalam darah melebihi paras normal

B. kandungan garam dalam darah adalah kurang

C. tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.

3. Apakah cara-cara pencegahan bagi mengekalkan kesihatan diri?

A. bersenam,pantau BMI,makan makanan seimbang

B. berlari,mengayuh basikal,naik dan turun tangga

C. makan pelbagai makanan,banyak minum air kosong,rehat yang cukup

4. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan penyakit asma,

kecuali

A. dikenali juga sebagai semput atau lelah

B. merupakan sejenis penyakit paru-paru

C. batuk terutamanya pada waktu pagi

5. Akibat daripada penyakit ini, seseorang itu akan hilang selera makan,berasa mual dan

muntah-muntah serta kelihatan lemah.

Pernyataan di atas merujuk kepada penyakit…..

A. buah pinggang

B. sakit jantung

18

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

C. asma

6. Salah satu cara mencegah penyakit buah pinggang ialah….

A. amalkan pemakanan seimbang

B. mendengar radio

C. makan makanan segera

7. Perkara yang manakah tidak patut dilakukan jika inginkan badan

yang sihat dan cergas?

A. Menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan bermain

permainan video.

B. Berbasikal bersama rakan pada waktu petang.

C. Tidak makan makanan ringan.

8. Jika kita ingin sihat, kita perlu amalkan …..

A. pemakanan yang seimbang.

B. tidur dan rehat yang sedikit.

C. makan banyak makanan yang berlemak.

9. Berikut ialah gejala-gejala penyakit diabetes kecuali

A Kerap rasa haus yang berlebihan

B Sakit dada

C Rasa letih dan lesu

10 Pemeriksaan kesihatan berkala bertujuan untuk

A Mencegah penyakit

B Membuat pemeriksaan darah

19

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

C Mengetahui jenis penyakit

Soalan Set B

1. Nyatakan 5 jenis penyakit tidak berjangkit.

a) ________________________________

b) ________________________________

c) ________________________________

d) ________________________________

e) ________________________________

2. Apakah maksud penyakit tidak berjangkit?

_____________________________________________________________________

3. Padankan pasangan penyakit dan faktornya

Sakit jantung Paras gula melebihi paras

normal

Karies gigi Buah pinggang gagal

berfungsi untuk

membersihkan darah

Diabetes Sakit dada

Asma Tindakbalas antara bakteria

dengan makanan bergula

Buah pinggang Radang dan pengucupan

saluran pernafasan

4. Pencegahan untuk penyakit tidak berjangkit

ialah________________________,______________________dan____________________

___________________.

5. Terdapat dua kategori utama ubat untuk asma iaitu ________________dan

___________________.

6. Mengapakah kita perlu bersenam? Berikan 2 contoh aktiviti bersenam.

20

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

2 contoh aktiviti bersenam :

1. ____________________________________

2. _____________________________________

7. Berikan 2 tanda-tanda awal penyakit sakit jantung.

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

8. Siapakah orang yang patut kita temui untuk mengetahui berkaitan pemakanan?

_____________________________________________________________________

9. Persekitaran tempat senaman ialah:

a. ___________________________

b. ___________________________

c. ___________________________

d. ___________________________

10. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap _____________________,

________________________ dan ______________________________

4.0 TUNJANG GAYA HIDUP SIHAT

21

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

3.1 PEMAKANAN SIHAT

Kumpulan dan Jenis Makanan

Piramid Makanan Malaysia adalah panduan yang boleh membantu kita merancang dalam pemilihan

jenis dan kandungan makanan yang diambil setiap hari.

• Ia digunakan untuk mengimbangkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam sajian harian.

• Terdapat 4 kumpulan makanan di dalam piramid makanan yang diletakkan pada aras yang

berbeza iaitu:

Contoh Piramid Makanan

Kumpulan Makanan serta kepentingannya

KUMPULAN MAKANAN KEPENTINGAN1. Karbohidrat

Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian

Contoh : beras, gandum, oat, jagung, roti mi,

kentang, keledek dan keladi

Makanan di dalam kumpulan ini

kaya dengan sumber karbohidrat

kompleks yang merupakan sumber

tenaga yang penting.

Ia juga membekalkan vitamin,

mineral, serat dan sedikit protein.

Sajian makanan kita harus datang

sebahagian besarnya dari kumpulan

22

Kumpulan

karbohidrat

Kumpulan vitamin

& mineral

Kumpulan

Protein

Kumpulan Lemak

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

ini. Setiap hari kita perlukan 4-8

sajian daripada kumpulan ini.

Makanlah semua jenis makanan

daripada kumpulan makanan ini dan

utamakan makanan tinggi serat

seperti beras perang atau roti bijirin

penuh.

2. Vitamin dan mineral

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Makanan daripada kumpulan ini

adalah rendah kalori, lemak dan

tidak mengandungi kolesterol.

Ia membekalkan sebahagian besar

vitamin, mineral, serat dan

antioksida yang diperlukan oleh

manusia untuk meningkatkan daya

ketahanan badan daripada penyakit,

menghindari sembelit, melambatkan

proses penuaan dan mengurangkan

risiko penyakit jantung dan kanser.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

adalah makanan yang amat penting

dan perlu dimasukkan ke dalam

perancangan menu makanan sihat

harian.

Pilihlah pelbagai jenis buah-buahan

dan sayur-sayuran. Ambil sekurang-

kurangnya 5 sajian setiap hari iaitu 3

sajian sayur-sayuran dan 2 sajian

buah-buahan.

3. Protein

i) Ikan, ayam, daging dan kekacang

Makanan daripada kumpulan ini

merupakan sumber protein, vitamin

B, zat besi, zink, kalsium dan

magnesium.

Makanlah makanan ini secara

sederhana dan pilihlah makanan

23

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

yang rendah lemak.

Kekacang merupakan makanan yang

baik untuk menggantikan sumber

protein haiwan kerana ia mempunyai

kandungan lemak yang rendah.

Contoh kekacang ialah seperti

kacang soya dan hasil produknya,

kacang merah serta kacang dal.

Jumlah sajian yang disyorkan ialah

2-3 sajian sehari.

Protein

ii) Susu dan hasil tenusu

Susu dan produk tenusu terletak pada

aras yang sama dengan ikan, daging,

ayam, itik dan kekacang.

Ia merupakan sumber kalsium yang

penting. Ia diperlukan lebih banyak

bagi golongan ibu hamil dan

menyusukan anak, remaja dan warga

emas.

Individu yang kekurangan kalsium

terutama wanita berisiko mengalami

osteoporosis ( kerapuhan tulang).

Jika boleh, pilihlah susu dan produk

tenusu yang rendah lemak. Jumlah

sajian yang disyorkan ialah 1 hingga

2 sajian setiap hari.

4. Lemak

Lemak, minyak, garam dan gula

Lemak, minyak, gula dan garam

terletak pada aras 4 iaitu aras teratas

dalam Piramid Makanan Malaysia.

Kumpulan makanan ini perlu diambil

dalam jumlah yang sedikit sahaja

dalam pengambilan makanan harian.

Gula adalah karbohidrat ringkas

24

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

yang hanya membekal kalori tanpa

nutrien lain.

Gula yang terdapat secara semula

jadi dalam buah-buahan dan dalam

susu. Mengikut saranan WHO,

pengambilan gula yang disarankan

adalah 50g sehari (10 sudu teh). Ini

termasuk gula tersembunyi dalam

makanan.

Garam ialah sejenis bahan yang

memberi rasa masin dalam makanan.

Pengambilan yang berlebihan

dikaitkan dengan risiko tekanan

darah tinggi.

Kepentingan Jenis-jenis Makanan

25

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Kesan akibat mengambil makanan tidak seimbang.

26

VITAMIN APenting untuk kesihatan mata dan dapat mengelakkan penyakit rabun ayam.Diperoleh dari tomato,lobak,minyak limpa ikan,sayur-sayuran berdaun hijau.

VITAMIN BUntuk membina sel-sel darah merah supaya kulit sentiasa segar dan cantikDiperoleh dari susu,telur,bijirin,buah-buahan segar

VITAMIN CUntuk kesihatan kulit.Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarahDiperoleh dari jambu batu,betik,limau,oren,sayur-sayuran berdaun hijau.

VITAMIN DMembantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemahDiperoleh dari ikan,minyak limpa,susu,telur, mentega

VITAMIN EOtot-otot berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam berseriDiperoleh dari gandum,kekacang,sayuran berdaun,bijirin,hati haiwan

VITAMIN KMempercepat darah membeku apabila mendapat luka atau kemalanganDiperoleh dari sayuran berdaun hijau,telur,kacang soya,minyak soya,minyak limpa,ikan,bunga kobis.

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

JENIS MAKANAN KESAN

Mengambil gula secara berlebihan Perlu diingat, pengambilan gula yang

sederhana dalam sehari adalah dalam

lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk

bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi.

Namun gula dalam minuman adalah amat

berbahaya kerana badan kita tidak dapat

menukarkan gula ini kepada tenaga. Gula

yang terkumpul ini akan ditukar kepada

lemak yang menyebabkan seseorang itu

gemuk dan berisiko mengidap penyakit

seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi

juga boleh rosak.

Mengambil garam secara berlebihan Garam diperlukan dalam menyedapkan

juadah makanan. Tetapi pengambilan garam

secara berlebihan membahayakan kesihatan.

Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang

sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan

berkait dengan tekanan darah tinggi.

Mengambil minyak secara berlebihan Namun seperti juga bahan lain, jika diambil

dalam kuantiti yang berlebihan ia

menyumbang kepada masalah penyakit

berkaitan obesiti dan jantung.

Tidak mengambil buah-buahan Makanan ini sering dilupakan semasa

menghidang juadah. Gantikan buah-buahan

untuk dijadikan pengganti pemanis mulut.

Buah-buahan pelbagai rasa, warna, dan

bentuk . Lebih menarik, ia kaya vitamin C

yang amat diperlukan badan.

Tidak mengambil sayur-sayuran Selain hidangan daging dan ayam, sayur-

sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini

27

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana

kandungannya itu amat penting bagi tubuh

dan sistem penghadaman. Kehadiran serat

ini dapat membantu mengurangkan tahap

kolesterol darah.

Tabiat makan yang baik Tabiat makan yang tidak baik

Pilihan Makanan Sihat

28

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Fatimah Arshad (1988) menyatakan bahawa makanan seimbang harus mempunyai semua bahan

makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan normal. Makanan-makanan ini terdiri

daripada tiga kumpulan yang besar iaitu makanan yang memberi tenaga untuk kita bekerja dan

bergerak, makanan yang boleh menjauhkan daripada penyakit serta makanan yang membina sel-sel

dan tisu tubuh sama ada untuk proses pertumbuhan atau lain-lain fungsi tubuh yang normal.

Disamping itu, hidangan yang seimbang adalah kandungan makanan dari kumpulan makanan

bijirin/berkanji, kumpulan makanan tenusu dan kumpulan buah-buahan serta sayuran.Untuk

tumbesaran yang baik, kita hendaklah mengambil makanan yang kaya dengan nutrient bagi

memastikan kita bertenaga dan sentiasa sihat.(Rina Ismail,1998). Bagi mendapatkan semua nutrient

tersebut kita hendaklah mengambil

Sarapan

Sajian makan tengah hari

Sajian makan malam

29

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

30

• contoh sajian sarapan pagi

• 2 keping roti mil penuh

• 1/4 sudu teh marjerin lembut

• 2 hiris tomato + salad

• 1 cawan susu rendah lemak

• 1 biji pisang bersaiz sederhana

• contoh sajian makan tengah hari

• 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi

• 1 mangkuk sederhana sup sayur

• 1 keping ikan tenggiri kukus

• 1 biji limau• 1 gelas air kosong

Contoh sajian makanan

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Soalan Set A

Pilih jawapan yang betul.

1. Makanan seimbang adalah terdiri dari makanan………

A. Nasi,sayur,daging dan air

B. Nasi dan air

C. Sayur, nasi dan air

D. Nasi,sayur dan air

2. Makanan seimbang membekalkan nutrient seperti berikut kecuali

A karbohidrat

B lemak

C protein

D air

31

• contoh sajian makan malam

1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi

1/2 cawan kailan tumis

1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam )

1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )

1 potong tembikai. 1 gelas air kosong

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

3. Kandungan nutrient dalam nasi adalah……

A karbohidrat

B Protein

C Kalsium

D Lemak

4. Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit……

A diabetis

B tekanan darah tinggi

C taun

D influenza

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran tergolong dalam kumpulan makanan

A karbohidrat

B protein

C vitamin dan mineral

6. Fungsi vitamin D dalam makanan ialah…

A membantu pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat.

B membina sel-sel darah merah

C mempercepatkan darah membeku apabila mendapat luka

7. Kesan mengambil garam secara berlebihan ialah….

A membahayakan kesihatan

B mendapat penyakit diabetes

C meningkatkan paras kolesterol

8. Piramid makanan terdiri daripada kumpulan makanan..

A karbohidrat,vitamin,protein, dan zat besi

B karbohidrat,vitamin,kalsium dan protein

C lemak,vitamin,protein, dan karbohidrat

32

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

9. Bagi mendapatkan semua nutrient kita disarankan mengambil

i sarapan,makan tengah hari dan makan malam iii makan malam dan sarapan

ii makan tengah hari dan makan malam iv sarapan dan makan tengah hari

A i sahaja

B ii dan iii

C iii dan iv

10 Ikan,ayam,daging dan kekacang kaya dengan…

A sumber kalsium

B sumber protein

C sumber karbohidrat

Soalan Set B

Soalan Objektif

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah maksud gaya hidup sihat?

A. Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan

pencegahan penyakit.

B. Gaya hidup yang mengutamakan kebersihan fizikal sahaja.

C. Gaya hidup yang mengutamakan kebersihan mental sahaja.

2. Mengapakan gaya hidup sihat sangat penting?

A. Supaya dapat melahirkan rakyat yang mundur.

B. Supaya kita hidup senang

33

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

C. Supaya tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.

3. Apakah yang akan terjadi jika kita mengambil lemak berlebihan?

A. Kurus

B. Obesiti

C. Kekurangan zat

4. Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan faedah berehat,

kecuali

A. Memberi peluang kepada otak pulih daripada keletihan.

B. Untuk menenangkan fikiran.

C. Menambah kepenatan.

5. Bagaimanakan cara untuk mengelakkan diri daripada obesiti

(kegemukan).

A. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

B. Makan secara berlebihan.

C. Tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

6. Mengapakah makanan segera tidak sesuai untuk murid-murid

sekolah?

A. Makanan ini mempunyai banyak khasiat.

B. Makanan ini mneyebabkan badan akan menjadi lesu dan tidak

bermaya.

C. Badan akan menjadi sihat dan cergas jika makan makanan segera.

7. Perkara yang manakah tidak patut dilakukan jika inginkan badan

yang sihat dan cergas?

34

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

A. Menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan bermain

permainan video.

B. Berbasikal bersama rakan pada waktu petang.

C. Tidak makan makanan ringan.

8. Jika kita ingin sihat, kita perlu amalkan …..

A. pemakanan yang seimbang.

B. tidur dan rehat yang sedikit.

C. makan banyak makanan yang berlemak.

9. “Untuk kesihatan kulit.Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit kulit dan gusi

berdarah. Ini merujuk kepada jenis makanan

A vitamin A

B vitamin B

C vitamin C

10. Sumber makanan boleh diperoleh dari susu,telur,bijirin dan buah-buahan segar.

A vitamin B

B vitamin D

C vitamin E

35

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

5.0 TUNJANG KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

5.1 Pertolongan Cemas

Apakah pertolongan cemas?

Menurut Dr. H. Nasrudeen Karim (1994), pertolongan cemas ialah bantuan, penjagaan dan rawatan

yang mula-mula sekali diberikan kepada seseorang mangsa yang mengalami kecederaan atau

diserang penyakit secara tiba-tiba, sebelum ketibaan ambulans atau bantuan daripada orang yang

benar-benar layak atau berpengetahuan seperti ahli pertolongan cemas yang terlatih atau doktor.

Pertolongan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa

itu.

Bantuan awal Kecederaan Ringan

i) Luka kecil

36

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Pendarahan dari luka kecil mudah untuk dikawal. Ia boleh dilakukan melalui pengangkatan anggota dan tekanan. Bantuan perubatan diperlukan jika perkara-perkara berikut berlaku:

Jika ada objek asing di dalam luka Jika berlaku pendarahan yang banyak dan tidak berhenti Jika luka kemungkinan boleh berjangkit Jika luka sudah berjangkit

Cara memberi bantuan:

1. Basuh tangan kamu dengan bersih sebelum merawat

luka. Gunakan sarung tangan pakai buang sekiranya

ada.

2. Basuh bahagian anggota yang luka dengan air

atau Dettol supaya tidak dijangkiti kuman.

3. Lap luka agar kering menggunakan kapas kesat.

37

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

4. Tutup luka dengan pembalut kasa sateril.5. Bersihkan sekeliling luka dengan air dan sabun

6. f) Tanggalkan pembalut kasa dan sapu luka denagan dengan iodin

a. g) Balut dengan kain pembalut

Patah

Patah ialah pecahan atau rekahan pada tulang. Patah dan retak disebabkan oleh pukulan atau

hentakan kuat, terseliuh atau tergeliat.

Tanda-tanda patah atau retak:

a) Kesakitan yang amat sangat.

b) Mangsa dapat mendengar atau merasa tulang tersebut patah atau retak.

c) Bahagian anggota yang patah atau retak akan terasa sakit apabila digerakkan.

d) Bengkak dan luka pada bahagian yang tercedera

e) Lembik pada bahagian yang tercedera

f) Anggota badan yang patah atau retak akan menjadi pendek atau terkehel.

g) Kesukaran untuk menggerakkan anggota yang tercedera secara normal

h) Tulang menonjol dari kulit

i) Terkejut terutamanya dalam kes yang serius.

38

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Patah tangan

Cara memberi bantu mula:

Minta mangsa duduk dalam keadaan selesa. Sokong tangan yang tercedera mantap pada

dada mangsa

Letakkan pad lembut atau pembebat tiga segi di antara dada dan lengan yang tercedera

sebagai anduh lengan. Lapik lengan bawah dengan sehelai tuala kecil.

Balut sekeliling lengan dengan anduh lengan. Jika boleh sokong anduh pada dada dengan

pembebat yang lebar.

Patah kaki

Cara memberi bantu mula

a) Baringkan mangsa dan sangga kakinya pada

pergelangan kaki dan lutut

b) Tegapkan kaki yang tercedera dengan pad

c) Letakkan kain yang digulung di sekeliling kaki mangsa

d) Lipat pembalut pada lipatan kecil dalam bentuk angka 8

di sekeliling kain dan pergelangan kaki.

39

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

e) Ikat pembalut lipatan besar dalam lipatan bentuk 8 di atas bahagian yang cedera dan lutut.

f) Ikatkan pembalut lipatan besar pada bahagian lutut.

g) Bawa mangsa ke klinik atau hospital.

iii) Terseliuh

Terseliuh terjadi apabila ligament di sekeliling sendi terkoyak atau terengang secara tiba-tiba.

Bahagian yang terseliuh akan menjadi bengkak dan lebam. Anggota yang kerap terseliuh ialah

pergelangan tangan dan kaki.

Cara memberi bantu mula:

Rehatkan mangsa samaada duduk atau baring.

Angkat bahagian anggota yang tercedera. Sokong bahagian

anggota yang tercedera dalam keadaan selesa.

Tuam anggota yang cedera dengan tuaman ais atau air sejuk

selama 30 minit untuk mengurangkan sakit dan bengkak.

Tuam anggota yang cedera dengan lapisan tebal yang lembut

seperti kapas atau plastik berbusa. Balut lapisan dengan

pembebat

Angkat kaki ke atas dan sokong bahagian yang cedera bagi

mengalirkan peredaran darah ke bahagian yang cedera.

40

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Lebam

Lebam terjadi akibat anggota terkena hentakan dan berlakunya pendarahan dalaman.

Cara memberi bantu mula:

a) Letakkan bahagian anggota yang cedera dalam keadaan selesa

b) Gunakan tuaman sejuk untuk merawat anggota yang lebam itu.

iv) melecur

Melecur terjadi apabila lapisan atas kulit terbakar akibat terkena air atau minyak panas.

Cara memberi bantu mula:

a) Tanggalkan pakaian atau perhiasan pada bahagian yang melecur sebelum gelembung

terbentuk.

b) Alirkan air sejuk pada bahagian yang cedera selama 10 minit. Gunakan susu cair jika tidak

ada air.

c) Tutup luka dengan pembalut steril atau pad bagi mencegah jangkitan kuman.

d) Biarkan kulit melecur kering sendiri.41

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

e) Jangan tanggalkan kulit yang melecur.

f) Elakkan menyapu minyak atau krim pada kulit yang melecur

Selepas memberi rawatan bantu mula, kita perlulah membawa mangsa ke klinik atau hospital untuk

dirawat oleh doktor.

Soalan Set 1

Tandakan √ pada pernyataan yang betul dan X pada yang tidak betul.

1. Langkah pertama yang perlu dilakukan apabila kita mendapat luka ialah menyuci luka dengan

air sejuk ( )

2 Patah ialah pecahan atau rekahan pada tulang. ( )

3. Anggota badan yang kerap terseliuh ialah pergelangan kaki dan leher. ( )

4. Susu pekat boleh digunakan untuk merawat luka melecur. ( )

42

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

5. Untuk merawat lebam, tuaman sejuk digunakan untuk merawat. ( )

6. Jenis-jenis luka ialah luka melecet, luka tetas,luka tergores,luka tercucuk,dan luka tikaman.

( )

7. Tanda-tanda patah atau retak ialah kesakitan yang amat sangat,bengkak dan luka pada

bahagian yang tercedera, tulang menonjol. ( )

8. Bagi mengurangkan kesakitan akibat terseliuh, tuam anggota yang cedera dengan tuaman

sejuk selama 30 minit. ( )

9. Pertolongan cemas ialah bantuan, penjagaan dan rawatan awal sebelum ketibaan ambulan

atau doktor. ( )

10 Alirkan air suam pada bahagian luka melecur selama 10 minit. ( )

Soalan Set B

Isi teka silangkata yang diberikan.

Melintang

1. Salah satu daripada jenis-jenis luka.

2. Digunakan untuk menyokong tangan yang patah.

3. Tuaman______________digunakan untuk merawat anggota yang lebam.

4. Anggota yang kerap terseliuh ialah pergelangan tangan dan ____________.

5. Bawa mangsa ke ____________atau hospital.

6. _____________terjadi akibat terkena hentakan dan berlakunya pendarahan dalaman.

43

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

7. Sebelum mula merawat mangsa yang luka,_____________tangan hingga bersih.

Menegak

8. Gunakan __________atau air sejuk untuk mengurangkan sakit dan bengkak.

9. Pertolongan ________________ialah bantuan awal kepada mangsa yang cedera.

10. Sapu bahagian luka dengan _______________.

9

B A S U H2

A N D U H7

L E B A M

E10

I1

M E L E8

C E T O

D6

K L I N I K4

K5

A K I N

I3

S E J U K

6.0 KESIMPULAN

Menjaga kesihatan amat penting demi menjamin kualiti hidup yang sihat. Pemilihan pemakanan

seimbang dapat mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu. Selain daripada menjaga

pemakanan, amalan bersenam dan gaya hidup yang sihat juga tidak kurang pentingnya untuk

mengekalkan tahap kesihatan yang maksima.

Apabila tubuh badan sihat, ianya dapat menghindari diri daripada penyakit-penyakit yang boleh

memudaratkan kesihatan dan menjejaskan aktiviti harian. Membuat pemeriksaan secara berkala

membantu kita untuk mengetahui tahap kesihatan dan memastikan tahap kesihatan berada di tahap

yang terbaik.

44

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Walaubagaimanapun, seandainya tubuh badan kita cedera, kita patut tahu bagaimana cara untuk

merawat yang betul.

BIBLIOGRAFI

Bernama (2011April 29).Amalkan Cara Hidup Sihat, Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala:Rosmah. Mstar Online . Retrieved November 5,2012 from http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/4/29/mstar_berita/20110429100028

Cegah Diabetes. (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved November 10,2012 from www.infosihat.gov.my

Dr.Fatimah Arshad (1988). Makanlah Sayang. Selangor:Times Edition Pte.LTD.

H.Nasrudeen Karim(1994).Kaedah pertolongan cemas.Kuala Lumpur:Percetakan Sooriya

45

BUKU SUMBER PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, Kementerian Pendidikan

Mohd Rizal Bin Mohd Said & Nurul Zafira Binti Ruslan(n.d.). Persepsi pelajar sekolah rendah terhadap pemakanan seimbang di kantin sekolah kebangsaan kangkar pulai, Johor . Retrieved Oktober 30,2012 from http://eprints.utm.my/10277/2/Nurul_Zafira_Binti_Ruslan.pdf

Pertolongan cemas dan keselamatan (2008).[CD-ROM].

Rina Ismail (1998). Sistem cadangan pemakanan seimbang. Retrieved Oktober 30, 2012 from https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:UvQb63wr-qkJ:ir.fsksm.utm.my/2916/1/rinaismail.pdf+menu+sarapan+pagi+yang+seimbang&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESgxX9kTOwzOC-NU3sU81zkraS-y54gc5ky6xPdbY6xvJORVww2PNh-5YlXT7p2mDiAk07flBFC9nAjOsfh7ukb9lRkJk40WtOh_TLLxQBNXUAqzrLBV2vtvAEtWuzPV6D6nApyS&sig=AHIEtbShPAzr8QGSwp-4_ZnbnpRoR1w33Q

The sports trainer :care and prevention of sporting injuries (1986).Australia:The jacaranda press

46