Upload
mohd-nasro-bin-ismail
View
2.182
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1.0. PENDAHULUAN
Kesedaran tentang pentingnya penggunaan bahan kesusteraan Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada para pelajar sekolah dan pelajar IPT memang
sudah dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi. Kini, kurikulum Bahasa Melayu yang
telah melalui semakan dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 telah mengalami beberapa
pengubahsuaian dan unsur terbaru dalam pendidikan diintegrasikan dalam kandungan
kurikulum itu. Pengubahsuaian itu sesuai dengan tujuan pendedahan komsas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Antara tujuan karya sastera digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas)
adalah untuk membangkitkan minat dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang
bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur
ayat. Selain itu, karya sastera digunakan dalam Komsas adalah untuk membentuk kepekaan
para pelajar tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan,
kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya.
Selain itu, karya sastera juga turut digunakan untuk membangkitkan minat membaca
dalam kalangan pelajar terhadap karya-karya yang lain. Kemasukan komponen kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar
meningkatkan minat membaca pelbagai genre kesusasteraan Melayu seperti novel, cerpen,
drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Karya kesusasteraan Melayu ini
juga dapat memberikan mesej dan pengajaran kepada para pelajar kerana karya ini mudah
untuk difahami.
Seterusnya, karya sastera ini juga turut digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
(Komsas) kerana para pelajar berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan membina
sahsiah yang mulia. Ini kerana terdapat pelbagai mesej yang ingin diketengahkan oleh
pengkarya yang lebih cenderung kepada aspek nilai-nilai murni dan pengajaran. Keadaan ini
sudah pasti sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada pembaca untuk membentuk
akhlak yang baik.
1
Karya yang dipilih dan pelajar tingkatan yang sesuai menggunakan karya ini.
Cerpen yang dipilih ini merupakan cerpen yang dihasilkan oleh Mohd Nasro bin
Ismail iaitu bertajuk harga sebuah persahabatan. Pemilihan cerpen ini ialah disebabkan
terdapatnya beberapa aspek positif yang dapat dilihat dari segi jalan ceritanyya, nilai serta
mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. Di samping itu karya ini agak
sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran komsas.
Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi
pelajar tingkatan satu. Ini kerana terdapat nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam cerpen
ini. Mengikut sukatan dalam pelajaran juga, penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa
Melayu bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak yang mulia. Cerpen ini
juga begitu sesuai untuk pelajar tingkatan satu kerana pada peringkat ini para pelajar harus
diberi perhatian untuk membentuk peribadi yang mulia. Peribadi yang mulia sememangnya
harus dibentuk sejak mereka kecil lagi tetapi pada peringkat melangkah sekolah menengah,
para pelajar perlu diberi kesedaran dan peringatan semula.
Selain itu, nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini juga dapat membantu
memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar kerana cerpen ini mempunyai unsur-
unsur pengajaran yang boleh diambil dan diterapkan dalam diri mereka seperti yang dapat
dilihat menerusi watak “ayah” dan “emak” yang begitu gigih dengan pekerjaannya. Nilai-nilai
ini dapat memberi ruang dan pengajaran kepada para pelajar untuk memotivasikan diri dan
membentuk jati diri yang unggul untuk kecemerlangan yang berterusan.
2
Biodata Penulis.
Mohd Nasro bin Ismail dilahirkan pada 29 Ogos 1987 di 1A Kampung Masjid Tawai,
Gerik dan anak jati Perak. Beliau merupakan anak ke – tujuh daripada sembilan adik beradik
dan ibunya bernama Aminah binti Mohamad manakala bapanya bernama Ismail bin Abd
Wahab. Beliau berumur 22 tahun. Mohd Nasro bin Ismail mendapat pendidikan awal sekolah
rendah di Sekolah Kebangsaan Seri Tawai seterusnya memasuki Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Idris Shah II daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan 6. Beliau pada
masa kini sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di dalam program
Pendidikan Seni dan sudah semester lima. Selain itu dia juga mengikuti kursus minor
Kesusasteraan Melayu. Di samping itu juga Mohd Nasro bin Ismail pernah menuntut di kolej
Universiti Twintech (IUCTT) selama tiga bulan.
2.0. KESELURUHAN KARYA
3
Harga Sebuah Persahabatan.
Mohd Nasro Bin Ismail.
Entah mengapa hari demi hari aku masih lesu , perasaanku bagaikan ditiup oleh angin sejuk
yang dingin. Perasaanku tetap juga tidak susut dari lubuk hati ini. Ingin Aku luahkan isi hati
perasaan ku tetapi sangat sukar bagaikan duri yang berlumba - lumba mencucuk hatiku. Aku
cuba memberitahu kepada hati dan fikiranku supaya tidak meluahkan perasaan yang begitu
berat ditanggung, biarlah ia terbenak di dalam lubuk jiwaku. Aku mengambil keputusan
biarlah perasaan takutku terhadap peristiwa semalam tidak akan berulang lagi dan hanyut di
bawa arus malam yang pekat dan sepi.
Walaupun malam makin larut aku masih melengung, mindaku masih tertanya – tanya
“Adakah betul tindakanku meninggikan suara di hadapan Imran?.”
Bagiku Imran merupakan sahabat baikku yang sukar untuk ku perolehi. Ramai
sahabatku yang pernah aku kenali dulu tetapi tidak sebaik Imran yang menjadi sahabat
karibku beberapa tahun kebelakangan ini. Aku terdiam seketika memikirkan perkara yang
telah terjadi. Diriku masih tertanya – tanya adakah Imran begitu kecewa dengan ku kerana
memarahinya semalam di sebabkan perkara yang begitu kecil kerana tidak sengaja
menghilangkan diari ku. Tetapi diari itu amat penting bagi ku. Diari itulah yang merekodkan
segala perjalanan hidupku, perbuatan ku, cita – cita ku, impian ku, dan juga pengalaman ku.
Hati kecilku bertanya.
“Persahabatan atau diari itukah yang penting?”.
Imran telah banyak berjasa kepadaku, walaupun dia juga membesar dari keluarga
yang sederhana. Tidak sepertiku yang merupakan anak kepada ahli perniagaan yang kaya.
Keluarga Imran hanya dapat hidup senang sahaja tetapi hanya serba cukup untuk hidup dan
tidak bermewah – mewah. Sebenarnya Imran sangat berbudi kepadaku dan banyak
menolongku semasa di sekolah. Dialah yang banyak membantuku jika tidak mengerti apa
yang diajar oleh guru, dialah yang sanggup mengejarku ke hospital semasa aku pengsan di
4
gelanggang badminton dua bulan yang lalu. Namun sikapku yang melampau telah melukai
perasaannya dan menyebabkan persahabatan kami sedikit renggang.
Ibu dan bapaku telah bertanyakan kepadaku tentang Imran yang sudah sekian lama
tidak ke rumah mereka. Jiwaku terkelu darah yang mengalir bagaikan terhenti seketika
disebabkan persoalan yang diajukan oleh kedua - dua orang tuaku. Aku cuba menjawab
persoalan itu dengan nada yang terketar – ketar.
“ Imran aa...a agak si...buk sedikit dua tiga hari ni, dia menolong bapanya di kebun.”
Aku berasa lega walaupun terpaksa berbohong kepada ibu bapaku tetapi orang tuaku hairan
mengapa Imran tidak datang. Sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir. Ibuku berjalan
sambil bercakap seorang diri
“Hairan betul, selalunya waktu - waktu begini Imran sudah ada di sini untuk
mengulangkaji pelajaran bersama anakku.” “Tetapi ke kebun pula.”
Aku menulikan telingaku daripada mendengar percakapan ibuku. Keluargaku begitu
mengambil berat tentang Imran dari awal aku berkawan dengannya sehinggalah ke hari ini.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam namun aku masih belum dapat tidur.
Fikiranku berlegar - legar teringatkan peristiwa yang sudah berlaku lebih kurang dua hari lalu.
Aku masih teringatkan kesilapanku memarahi Imran serta memaki hamunnya disebabkan
diari itu. Aku terdiam seketika, keadaan menjadi sepi apabila sudah lewat malam dan mataku
sedikit demi sedikit menjadi kabur. Aku terlena di penjuru katilku. Tiba - tiba aku terdengar
bunyi laungan yang tidak berapa kuat dan samar - samar seperti memanggil namaku
“Azman...Azman...bangun sudah pukul 6.30 pagi nak.”
Rupa - rupanya ibu mengejutkanku supaya bersiap untuk ke sekolah. Badanku terasa
begitu berat untuk ke sekolah disebabkan rasa bersalahku terhadap Imran dan ingin mengelak
bertemu dengannya. Aku bergegas ke bilik air dengan cepat dan selepas solat subuh aku
sempat menjamah sedikit sarapan, lalu mencapai basikal untuk ke sekolah yang tidak jauh
dari rumahku. Mataku liar memandang rumah Imran yang tidak jauh dari rumahku yang
berselang dengan enam, tujuh buah rumah kalau - kalau terserempak dengan Imran.
Setibanya Aku ke sekolah aku memandang ke garaj basikal tetapi tidak juga
kelihatan Imran di situ, di kantin, di bilik darjah, di tapak perhimpunan pun tidak ada. Jam
5
sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi tetapi Imran masih tidak sampai. Terdetik di fikiranku
apa yang berlaku terhadap Imran sehingga tidak datang ke sekolah pada hari ini. Adakah dia
masih terkilan dengan peristiwa yang berlaku antara kami berdua. Aku cuba bertanya kepada
rakan sekelas iaitu Aini yang merupakan rakan sekelas yang sentiasa mengambil berat tentang
Imran.
“Aini, kenapa Imran tidak datang hari ini?”
“Entahlah Azman. Mungkin dia tidak sihat hari ini.”
“Apa dah jadi pada Imran ya.” Bisik hatiku ingin tahu.
Perasaanku begitu rungsing pada hari itu. Aku sudah mengerti bagaimana jika
kehilangan sahabat yang begitu rapat. Perasaan risau terhadap Imran makin menjadi - jadi,
makin meluap - luap di benak hatiku. Darah di badanku berkelodak terlalu laju seolah - olah
sesuatu perkara buruk telah berlaku kepada Imran. Tentang perkara yang telah berlaku dua
hari lepas telah hilang begitu jauh dari fikiranku, dan tidak difikirkannya lagi tetapi yang
difikirkanku adalah rakanku yang banyak berjasa kepadaku iaitu Imran. Teringat akan
kejadian yang menimpaku di gelanggang badminton dua bulan yang lalu bagaimana Imran
cuba mendapatkan orang untuk membawaku ke hospital kerana pengsan akibat kehilangan
stamina selepas berlatih badminton bersama - sama. Kejadian tersebut tidak luput di
ingatanku, tambahan pula Imran sanggup menjagaku bersama - sama orang tuaku di hospital.
Tiba - tiba bunyi loceng memecahkan gelora fikiranku tentang Imran. Jam di tangan
ku diperhati. “Sudah pukul 1.05 minit” keluhku.
Rakan - rakanku sudah bergegas untuk pulang ke rumah masing - masing. Sebelum
pulang ke rumah aku bercadang hendak singgah sebentar di rumah Imran kalau - kalau dia
ada di rumah, bolehlah aku meminta maaf di atas kejadian tempoh hari. Aku keluar dari kelas
dan menuruni tangga lalu menuju ke arah garaj di mana basikalku di letakkan disitu. Aku
mencapai basikalku, pedal basikal ditekanku lalu dikayuh perlahan - lahan untuk pulang ke
rumah.
Semasa perjalanan aku memerhati keadaan kampung yang tak ubah seperti
sebelumnya iaitu sebelum kami sekeluarga datang menetap di sini empat tahun yang lalu
sewaktu aku berumur 14 tahun. Kini umurku sudahpun genap 17 tahun dan tahun ini sekali
lagi aku perlu menempuhi ujian peperiksaan yang begitu penting untuk masa depanku iaitu 6
SPM. Tiba - tiba kayuhan aku terhenti lalu rumah Imran dipandang dalam - dalam. Aku cuba
memberanikan diriku untuk bertemu dengan Imran. Hatiku berbicara sendirian.
“ Mahukah Imran berjumpa denganku”, “Atau dia masih lagi benci denganku”
Aku berjalan dengan rentak yang perlahan menuju ke muka pintu rumahnya, badanku
sedikit terketar untuk berjumpa dengannya. Rumah Imran nampak sunyi sepi seperti tiada
orang di rumah. Aku melepaskan pandanganku di sekeliling rumahnya. Aku cuba memberi
salam kalau – kalau ada orang yang menyahut.
“ Assalamualaikum...Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...” jawab emak Imran dari belakang rumah..
“Oh...Azman”. “lama Makcik tak nampak kamu”
“Kamu sihat?” “Saya sihat Makcik.” Jawabku dengan nada yang sederhana.
“Saya datang nak jumpa Imran Makcik, dia ada di rumah tak Makcik?”
“Oh...Imran tiada di rumah, dia ada di Hospital”. Hatiku tidak tenang apabila
mendapat tahu Imran berada di hospital.
“saya datang nak minta maaf pada Imran tentang kejadian tempoh hari”. Ibu Imran
menjawab “ Ohh...pasal diari yang dihilangkan Imran ke?”, “ya makcik”. “sebenarnya Imran
tidak marah pada kamu”.
Hatiku lega apabila mendapat tahu Imran tidak mengambil hati pasal kejadian tempoh
hari. Tetapi legaku hanya sementara sahaja. Tanda kerisauan masih lagi tidak hilang jika
tidak berjumpa dengan Imran. Aku cuba bertanya kepada orang tua Imran.
“Imran sakit apa makcik?”. Emak Imran menjawab “dia kemalangan baru – baru ni”.
Aku terkejut “ betul ke makcik?”, “bagaimana dengan dia?”, “terukkah dia?” dengan laju aku
bertanya, persoalan ku tidak sempat dijawab oleh emak Imran.
“Imran masih tidak sedarkan diri”, “tangannya patah”.
Hatiku begitu gelisah mendengarkan kata – kata emaknya. Adakah ini disebabkan
oleh sikapku tempoh hari sehinggakan Imran kemalangan. Patutlah hari ini dia tidak ke
sekolah, keluhku sendiri. Muka ku semakin sebal setelah mendapat tahu kejadian tersebut. 7
Jantungku makin pantas denyutannya dan nafasku tersekat – sekat. Aku memandang wajah
orang tua Imran dengan tiba – tiba perasaanku tidak dapat ditahan lagi, sebalku makin
bertambah, perasaan bersalah makin membuak – buak. Tersembul dari mulutku
“Saya minta maaf makcik, ini mungkin salah saya...mung..kin sa...lah sa...ya”.
Percakapanku mula terketar – ketar.
“ Kalau saya tidak marah dan memakinya mesti dia tidak jadi begini”.
Air yang jernih dari telaga mataku keluar mengalir disebabkan perasaan sebal dan
bersalah terhadap Imran.
“ Bukan salahmu Azman...ini sudah ketentuan tuhan, lagipun Imran hendak ke kedai
hari itu..” “Makcik yang menyuruhnya ke kedai.”
“ Dia dilanggar kereta” jawab emak Imran dalam keadaan yang sedih. “Sudah...kamu
jangan menangis lagi” tegur emak Imran.
Esakanku makin perlahan menahan rasa bersalah yang tidak terhingga. Aku mengesat
air mata yang mengalir tadi dengan bajuku. Rasa sedih dan bersalah aku masih belum
terpadam dari diriku. Aku mesti membalas budi Imran kembali seperti yang telah dia lakukan
terhadapku dahulu.
“Aku mesti balas jasamu!”. Bisikku sendirian.
Aku mesti pulang memberitahu kedua – dua orang tuaku. Aku meminta diri untuk
pulang ke rumah kepada orang tua Imran. Aku mendapatkan basikalku yang disandarkan di
tiang penjuru rumah Imran. Basikalku di pegang dengan kuat, kakiku memijak pedal dengan
kuat dengan laju mengayuh basikal menuju ke rumah. Kayuhan demi kayuhan barulah aku
sampai ke rumah. Belum pun sempat menuju ke pintu pagar rumah sudahku lepaskan basikal
di situ.
Aku menjerit di pintu rumah “ Ibu! Ibu!”. Daun pintu ditolakku dengan kuat
“kenapa dengan kau?” sampuk Ibuku dari dapur. “Ibu lihat kamu ni macam dikejar hantu.”
aku menjawab dengan kelam kabut.
“Imran Ibu...Imran..”
8
“kenapa dengan Imran?”, “dia terlantar di hospital...dia kemalangan”
“Subhanallah...bagaimana dengan dia?” “Dia masih pengsan.”
Jawabku dengan cepat. Aku menceritakan segala kejadian yang sudah berlaku diantara
kami iaitu mengenai sebuah diari yang tidak sengaja dihilangkan oleh Imran. Aku juga
menceritakan tentang sikap terlanjurku memarahi dan memaki hamunnya kepada ibuku.
Ibuku begitu terkejut dengan kejadian yang berlaku kepada Imran.
“kenapa kamu memarahinya begitu sekali?, Diakan kawan baik kamu.” Celah ibu.
Aku terdiam seketika, “saya tidak sengajaja ibu...saya ingin melawatnya di hospital petang
ini” balasku dengan nada bersalah.
Selang beberapa minit bapaku tiba di rumah dengan menaiki kereta, Ibuku tergesa –
gesa memberitahu kepada bapaku.
“ Bang. Imran berada di hospital!. Kita kena lawat dia bang.” “ kenapa dengannya?”.
Soal bapaku.
Ibuku menceritakan segalanya kepada ayahku dan mereka ingin melawat Imran di
hospital. Kami bersiap - siap untuk ke hospital yang jaraknya lebih kurang sepuluh kilometer
dari rumahku. Sewaktu perjalanan ke hospital wajahku merenung jauh di luar tingkap
kenderaan yang dipandu oleh bapaku. Terbayang - bayang di fikiranku bagaimanakah
keadaan Imran sekarang. Sudah sedarkah dia atau masih koma.
Setibanya di hospital aku tergesa - tergesa keluar dari kenderaan lalu menuju ke
kaunter hospital tersebut dan bertanya di mana bilik wad Imran.
“Nurse di mana bilik pesakit bernama Mohd Imran?”.
Jururawat tersebut membelek - belek fail pesakit dan mengambil satu fail di celahan
fail yang banyak itu
“dia di bilik nombor 102” jawab jururawat tersebut.
Lalu aku, Ibu dan bapaku menuju ke wad tersebut yang berada di tingkat dua. Aku
menolak pintu wad tersebut, ternampak aku Imran yang sedang terbaring di atas katil wad
tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kepalanya luka sedikit, bahagian tangan kirinya
9
patah dan dibaluti dengan simen. Tiba - tiba seorang jururawat datang untuk memeriksa
keadaan semasanya. Bapaku bertanya kepada jururawat tersebut
“Bagaimana dengan keadaan Imran nurse?.” “Keadaan dia sudah stabil.” Balas
jururawat tersebut.
Aku berasa lega dengan kata - kata jururawat tersebut. Terdengar suara memberi salam
dari pintu bilik tersebut. Aku menoleh, rupa - rupanya orang tua Imran datang menziarahi.
Orang tuaku menghulurkan salam kepada emak Imran dan mereka berborak tentang
kejadian yang menimpa Imran. Ibuku memberi semangat kepada orang tua Imran supaya
lebih tabah dan tidak hilang semangat tentang kejadian yang telah ditentukan oleh-Nya.
Selang beberapa minit kami di situ, Aku ternampak jari Imran bergerak sedikit demi sedikit,
kami semua memandang Imran dengan penuh perhatian. Imran membukakan mata, dan tiba –
tiba menyebut namaku .
“Azman ...Azman...Azman” berulang kali. Aku terkejut “ syukurlah Imran kamu
sudah sedar”.
Aku berada di tepinya, aku memandang wajahnya dan mulutku cuba untuk meminta
maaf tetapi Imran seperti sudah mengetahui.
“Bukan salahmu azman.” Dia bersuara. Tentang perkara lalu aku sudah lama
memaafkanmu.”
Airmataku tiba – tiba mengalir dan barulah ku sedar bertapa berharganya sebuah
persahabatan yang dibina.
“ Aku yang bersalah kepadamu.” Jawab Imran.
Aku mengeleng - gelengkan kepala menunjukkan yang dia tidak bersalah. Emak Imran
begitu gembira melihat anaknya sudah sedar dan boleh bercakap seperti biasa. Semua orang
di sekililing juga gembira dengan situasi tersebut.
“ syukurlah Imran sudah sedar.”
Pada hari itu aku menjadi orang yang paling gembira setelah sahabat karibku telah
kembali walaupun tidak lagi sembuh seperti sedia kala. Keadaan Imran yang sudah terjaga
10
dari tidur yang agak lama telah melenyapkan perasaanku yang walang. Aku begitu bersyukur
kepadaNya.
Aku berjanji kepada Imran tidak akan memarahinya lagi walau apapun yang berlaku.
Kerana bagiku persahabatan lebih berharga daripada cintakan sesuatu barang yang boleh
diperolehi dengan mudah dan persahabatan itulah yang membuatkan aku rasa bahagia.
“ Inilah harga sebuah persahabatan.” Jawab hatiku.
11
3.0 ANALISIS DAN ULASAN
3.1 Nilai
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2007:273), nilai ialah segala perbuatan,
perlakuan atau tindakan yang bermutu , berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan
contoh dan teladan. Nilai pendidikan yang sesuai diterapkan dalam diri pelajar setelah
membaca serta menganalisis cerpen Harga sebuah persahabatan ini ialah :-
Nilai yang pertama ialah nilai mengambil berat. Nilai mengambil berat merupakan
nilai yang begitu penting di dalam cerpen ini. Nilai ini dapat dilihat daripada perwatakan
Azman yang sentiasa mengambil berat tentang sahabat baiknya iaitu Imran. Iaitu Azman tidak
akan berasa selesa jika tidak mengetahui keadaan semasa pada sahabatnya. Contohnya Azman
tidak dapat berfikir tenang apabila Imran tidak hadir ke kelas pada hari tersebut dan dia
terpaksa ke rumah Imran untuk mengetahui hal sebenar.
Seterusnya ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang ini dapat dilihat daripada
perwatakan Azman dan juga merupakan sahabat yang begitu baik. Persahabatan mereka tidak
dapat dipisahkan kerana nilai kasih sayang yang erat yang telah dipupuk semenjak mereka
masih kecil lagi. Mereka berdua sangat rapat dan sentiasa belajar dan bermain bersama –
sama. Contoh nilai kasih sayang yang dapat dilihat ialah apabila Imran sanggup menjaga
Azman semasa rakannya itu pengsan semasa bermain badminton.
Selain itu di dalam cerpen ini terdapatnya nilai tolong – menolong. Nilai tolong -
menolong dapat dilihat pada perwatakan Imran yang sentiasa menolong sahabatnya iaitu
Azman. Imran dikatakan sentiasa menolong Azman terutamanya di dalam pelajaran. Imran
akan menerangkan perkara yang tidak difahami Azman semasa di sekolah dan sewaktu
mereka mengulangkaji pelajaran bersama – sama.
Di dalam cerpen ini juga terdapatnya nilai tekun dalam menimba ilmu. Nilai ini
dapat dilihat daripada perwatakan Azman dan juga Imran yang begitu rajin dan tekun dalam
menimba ilmu. Mereka berdua merupakan pelajar sekolah menengah yang berada di tingkatan
lima dan akan menghadapi peperiksaan SPM. Mereka berdua sentiasa mengulangkaji
12
pelajaran untuk menghadapi peperiksaan dan ingin berjaya di dalam peperiksaan dan
melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Cerpen ini juga menyelitkan nilai keagamaan. Nilai keagamaan dapat dilihat melalui
perwatakan ibu Imran yang mengingatkan dirinya dan juga Azman bahawa peristiwa yang
menimpa anaknya iaitu Imran adalah merupakan ketentuan Illahi iaitu Qada’ dan Qadar
walaupun dirinya berasa sedih apabila menceritakan hal tersebut kepada Azman. Keadaan
tersebut menyebabkan ibu Imran tenang walaupun diberikan dugaan yang besar.
Nilai seterusnya ialah nilai kemaafan. Nilai kemaafan terdapat di dalam cerpen ini,
iaitu dapat dilihat melalui perwatakan Imran yang mempunyai sifat memaafkan kesilapan
orang lain. Walaupun Imran dan Azman mempunyai konflik di sebabkan oleh sebuah diari
yang tidak disengaja dihilangkan oleh Imran. Peristiwa tersebut menyebabkan Azman
memarahinya. Namun begitu Imran tidak menyimpan perasaan dendam dan cepat memaafkan
Azman.
Di samping itu di dalam cerpen ini juga terdapat nilai ziarah – menziarahi. Nilai
ziarah – menziarahi dapat dilihat daripada perwatakan kedua – dua keluarga iaitu keluarga
Azman dan keluarga Imran. Contohnya keluarga Azman menziarahi Imran yang terlantar di
hospital akibat kemalangan yang menimpanya. Mereka pergi untuk melihat keadaan Imran di
hospital.
13
3.2 Kewajaran dan rasional
3.2.1 Pemilihan Cerpen Harga Sebuah Persahabatan.
Saya memilih cerpen “Harga sebuah persahabatan” kerana cerpen ini menggunakan
bahasa yang baik dari segi struktur, tatabahasa dan tidak bercampur dengan bahasa asing
seperti bahasa Inggeris. Gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini juga mengandungi gaya
bahasa yang bertenaga yang mampu mendukung ekspresi serta dapat menimbulkan
kesejajaran antara persoalan dan tekniknya. Pengajaran dan pembelajaran gaya bahasa dalam
Bahasa Melayu lazimnya dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran komsas. Hal ini juga
bersesuaian dengan tujuan hasil pembelajaran utama bidang estetika yang mana pelajar
akhirnya dapat memahami dan menghayati pelbagai genre sastera dengan mempelajari
pelbagai konsep dan variasi bahasa dalam sastera.
Selain itu pemilihan cerpen ini juga adalah bertujuan menerapkan nilai – nilai murni
melalui pembacaan cerpen tersebut. Nilai – nilai murni yang diselitkan di dalam cerpen ini
mampu memberikan impak yang positif kepada pemikiran para pembaca. Nilai – nilai positif
tersebut secara tidak langsung dapat memberikan kesan kepada budaya hidup yang positif
seperti yang terdapat di dalam cerpen Harga sebuah persahabatan.
Sinopsis.
Cerpen ini mengisahkan tentang Azman yang berasa begitu bersalah terhadap rakan
karibnya iaitu Imran yang telah lama dia kenali. Azman telah memarahi Imran serta memaki
hamunnya kerana telah menghilangkan diari kesayangan Azman yang menyimpan pelbagai
maklumat tentang dirinya. Azman berasa begitu bersalah dan ingin meminta maaf kepadanya
namun hajatnya tidak kesampaian apabila Azman tidak hadir ke sekolah. Fikiran Azman
begitu terganggu apabila Azman yang merupakan pelajar yang rajin tidak hadir ke sekolah.
Azman begitu risau terhadap Imran jika terjadi apa – apa kepada Imran selepas kejadian
tempoh hari. Dia juga risau jika Imran terlalu mengambil hati dan kecewa dengan sikapnya.
14
Azman telah bertekad untuk menemui Imran di rumahnya setelah pulang dari sekolah namun
setelah Azman sampai di rumah Imran dia masih tidak dapat bersemuka dengannya. Azman
juga begitu terkejut apabila mendapat tahu kejadian yang telah menimpa Imran setelah
diceritakan oleh emak Imran yang berada di rumah pada waktu itu. Iaitu Imran koma selepas
dilanggar kereta. Fikiran Imran makin berkecamuk setelah mengetahui perkara tersebut dan
dia berasa begitu bersalah. Perasaan sedih dan bersalah tersebut menyebabkan dia menangis
dan telah ditenangkan oleh emak Imran. Azman bergegas pulang ke rumah dan memberitahu
kedua – dua ibu bapanya tentang kejadian yang telah menimpa Imran. Lalu Azman dan
keluarganya bergegas ke hospital. Setibanya di hospital Azman terus meluru ke bilik wad
rawatan Imran dan akhirnya Imran telah sedar dari koma dan menyebut nama Azman. Azman
meminta maaf atas kesalahannya tetapi Imran tidak menyalahkan Azman tentang perkara
yang telah terjadi. Akhirnya Azman mengerti tentang erti persahabatan dan betapa
berharganya persahabatan itu.
Tema.
Tema merupakan gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang
menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan oleh pengarang
sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair (Nik
Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 384).
Cerpen harga sebuah persahabatan ini adalah bertemakan tentang sebuah
persahabatan yang mempunyai pelbagai rintangan. Iaitu mengenai persahabatan yang terjalin
di antara Azman dan juga Imran. Persahabatan yang dijalin begitu kukuh walaupun
berlakunya dugaan apabila Imran telah menghilangkan diari milik Azman. Kejadian tersebut
menyebabkan Azman memarahi Imran. Walaupun begitu masalah tersebut dapat di atasi atas
sikap yang saling menghargai antara satu sama lain.
15
Persoalan.
Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh
pengkarya atau pengarang untuk mementapkan tema dalam sesebuah karya ataupun isi-isi
sampingan yang membentuk idea-idea puisi (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 368).
Di dalam cerpen ini terdapat beberapa Persoalan yang timbul daripada idea utama. Antaranya
ialah :
Persoalan pertama yang terdapat di dalam cerpen Harga Sebuah Persahabatan ialah
Persoalan mengenai sikap marah yang sukar di kawal. Persoalan ini dapat dilihat daripada
watak Azman yang telah memarahi serta memaki hamun Imran walaupun Imran merupakan
sahabat baiknya sejak beliau kecil lagi. Azman memarahi Imran tanpa berfikir panjang kerana
sebuah diari yang boleh diperolehi semula. Contohnya dapat dalam petikan di dalam cerpen
tersebut :
Namun sikapku yang melampau telah melukai perasaannya dan menyebabkan
persahabatan kami sedikit renggang.
(Muka surat 1)
Persoalan yang seterusnya ialah persoalan tidak amanah. Persoalan ini dapat di lihat
daripada perwatakan Imran yang telah menghilangkan diari milik Azman yang di pinjamnya
walaupun tidak sengaja. Sikap tidak amanah tersebut telah menyebabkan Azman berang dan
memarahinya kerana baginya diari tersebut sangat penting dan menyimpan pelbagai
maklumat tentang dirinya. Contohnya dapat dilihat pada petikan tersebut.
Diriku masih tertanya – tanya adakah Imran begitu kecewa dengan ku kerana
memarahinya semalam di sebabkan perkara yang begitu kecil kerana tidak sengaja
menghilangkan diari ku.
(muka surat 1)
Persoalan mengambil berat. Persoalan mengambil berat ini dapat dilihat daripada
perwatakan Aini yang merupakan rakan sekelas Azman dan Imran yang begitu mengambil
16
berat tentang rakan – rakannya. Aini sentiasa mengambil berat tentang Imran di kelas jika
Imran tidak hadir. Contohnya dapat dilihat daripada petikan tersebut :
Aku cuba bertanya kepada rakan sekelas iaitu Aini yang merupakan rakan sekelas
yang sentiasa mengambil berat tentang Imran.
(muka surat 3)
Persoalan tabah menerima dugaan. Persoalan ini dapat dilihat daripada perwatakan
emak Imran yang tabah menerima dugaan daripada tuhan apabila anaknya mengalami
kemalangan dan berada di dalam keadaan koma di hospital. Bagi emak Imran kejadian yang
menimpanya anaknya merupakan ketentuan tuhan. Contohnya dapat dilihat di dalam petikan
tersebut :
“ Bukan salahmu Azman...ini sudah ketentuan tuhan...
(muka surat 5)
Persoalan seterusnya ialah persoalan tentang kepentingan ilmu. Persoalan ini dapat
dilihat melalui watak Azman dan juga Imran yang merupakan sahabat baik. Mereka berdua
begitu rajin mengulangkaji pelajaran bersama – sama untuk menempuhi peperiksaan SPM.
selain itu Azman sentiasa meminta Imran dalam mengajarnya tentang pelajaran jikan dia tidak
faham kerana Imran merupakan budak yang pandai dan tidak kedekut ilmu. Persoalan ini
dapat dilihat pada petikan tersebut :
Dialah yang banyak membantuku jika tidak mengerti apa yang diajar oleh guru,...
(muka surat 1)
Persoalan tentang sikap memaafkan kesalahan orang lain. Persoalan ini dapat dilihat
pada perwatakan Imran yang merupakan seorang pemaaf walaupun dia telah dimarahi atas
kesilapannya menghilangkan diari kesayangan milik Azman. Imran memaafkan Azman
walaupun Azman tidak bersalah semasa ianya terlantar di hospital setelah terjaga daripada
koma. Persoalan tersebut dapat dilihat melalui petikan tersebut :
“ Bukan salahmu azman.” Dia bersuara. Tentang perkara lalu aku sudah lama
memaafkanmu.”
(muka surat 7)
17
Binaan dan teknik plot
Melalui cerpen Harga Sebuah Persahabatan oleh Mohd Nasro bin Ismail telah
menghasilkan sebuah cerpen yang mempunyai aspek tekik plot yang agak menarik serta
rasional untuk dijadikan sumber pengajaran di dalam Bahasa Melayu. Dari segi binaan plot
dalam cerpen ini adalah mengikut kronologi yang mudah difahami oleh pelajar – pelajar. Plot
di dalam cerpen Harga Sebuah Persahabatan adalah terdiri daripada awal permulaan,
perkembangan, konflik, klimaks dan akhirnya perleraian.
Pada permulaan plot, penulis memulakan penceritaan dengan menceritakan tentang
Azman yang masih lagi memikirkan masalah yang dihadapinya iaitu dia mengimbas kembali
perkara yang telah telanjur di lakukan. Dia tidak sengaja memarahi Imran di sebabkan oleh
kecuaian Imran yang menghilangkan diari yang begitu penting kepada Azman. Perkara
tersebut telah bermain – main di fikirannya sehinggalah ke esokan harinya. Azman juga
begitu risau dengan perbuatannya terhadap Imran. Dia begitu risau dengan Imran jika Imran
memendan perasaan di sebabkan kejadian tersebut.
Seterusnya pada perkembangan plot dapat dilihat apabila Azman begitu risau dengan
Imran setelah Imran tidak hadir ke sekolah pada keesokan harinya. Azman tertanya – tanya
kenapa Imran yang merupakan pelajar yang rajin dan tidak suka ponteng tidak hadir pada hari
tersebut. Puas Azman memikirkan tentang perkara tersebut. Dia telah cuba bertanya kepada
rakan sekelasnya iaitu Aini yang merupakan rakan yang sentiasa mengambil berat tentang
Imran.
Pada peringkat konflik iaitu peringkat perumitan pula dapat dilihat apabila Azman
begitu terdesak untuk mengetahui perkara sebenar mengapa Imran tidak ke sekolah. Azman
begitu risau jika kejadian dia memarahi Imran dua hari lepas mempunyai kaitan dengan Imran
yang tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Azman bergegas ke rumah Imran untuk berjumpa
dengan Imran namun Imran tiada di rumah. Azman berjumpa dengan emak Imran dan
mendapat tahu bahawa Imran terlibat dalam kemalangan dan masih terlantar di hospital dalam
keadaan koma.
Manakala pada peringkat kemuncak atau klimaks dapat dilihat peristiwa di mana
Azman begitu berasa bersalah terhadap Imran apabila mendapat tahu Imran terlibat dalam
kemalangan. Azman pulang lalu memberitahu kedua – dua ibu bapanya tentang kejadian
18
tersebut dan mereka dalam keadaan kelam kabut bergegas ke hospital. Azman bertekad untuk
meminta maaf kepada Imran tentang kesalahannya apabila Imran sedar kelak.
Akhirnya pada peringkat perleraian dapat dilihat melalui peristiwa apabila Imran telah
terjaga daripada koma dan terus menyebut nama Azman. Azman begitu terkejut lalu menangis
dan meminta maaf kepada Imran pada kejadian tempoh hari dan Imran tidak mengatakan
Azman bersalah. Azman begitu sedar tentang pentingnya persahabatan mereka. Azman juga
berasa lega setelah melihat Imran sudah kembali seperti biasa walaupun masih tidak sembuh.
Dia juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahnya itu serta menyedari erti persahabatan.
19
Watak.
Watak ialah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita yang memainkan
peranan bagi menggerakkan atau menghidupkan sesuatu cerita dalam sesebuah karya atau
teks kesusasteraan (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a: 384). Watak boleh terdiri
daripada manusia atau bukan manusia seperti jin, binatang atau benda. Manakala perwatakan
pula ialah ”bermaksud penjelasan, penggambaran, dan pendedahan perlakuan, sifat atau ciri-
ciri, dan percakapan watak-watak di dalam sesebuah cerita.
Perwatakan.
i. Azman.
Azman merupakan seorang pelajar sekolah yang berada di tingkatan lima. Dia
merupakan anak tunggal di dalam keluarganya. Selain itu keluarga Azman adalah
keluarga yang kaya dan hidup mewah. Bapanya merupakan seorang usahaman dan ibunya
seorang suri rumah. Azman mempunyai seorang kawan yang sangat rapat dengannya
sejak kecil lagi iaitu Imran. Di samping itu Azman juga mempunyai hobi bermain
badminton. Dia juga kurang daya tahan dari segi fizikal dan pernah pengsan sewaktu
bermain.
Azman mempunyai perwatakan yang baik iaitu sentiasa mengambil berat terhadap
orang lain. Azman sentiasa mengambil berat tentang sahabatnya iaitu Imran setelah
kesilapannya memarahinya di sebabkan sebuah diari. Azman begitu risau setelah Imran
tidak hadir ke sekolah dan dia terpaksa pergi ke rumah Imran untuk mengetahui sebab
sahabatnya tidak hadir pada hari itu. Perwatakan ini dapat dilihat melalui petikan di dalm
cerpen tersebut :
Sebelum pulang ke rumah aku bercadang hendak singgah sebentar di rumah
Imran kalau - kalau dia ada di rumah...
(muka surat 3)
20
Perwatakan Azman seterusnya ialah seorang yang mudah risau. Azman merupakan
seorang yang mempunyai sikap mudah risau di atas sesuatu kejadian. Iaitu dia begitu
risau dengan keadaan Imran selepas kejadian dia memarahi Imran. Azman risau jika
Imran terlalu mengambil dan kecewa dengan sikapnya. Perkara tersebut bermain – main
difikirannya dan dia begitu risau di atas tindakannya. Contohnya dapat dilihat daripada
petikan tersebut :
“Adakah betul tindakanku meninggikan suara di hadapan Imran?.”
( muka surat 1)
Perwatakan Azman yang seterusnya merupakan seorang yang mudah melenting.
Perwatakan ini dapat dikenal pasti apabila Azman memarahi Imran kerana tidak sengaja
menghilangkan diarinya. Azman tidak memikirkan perasaan Imran semasa memarahinya
kerana perkara yang begitu kecil. Disebabkan perkara tersebut dia berasa gelisah kerana
tidak mempunyai kawan. Contohnya dapat dilihat dalam petikan tersebut :
Diriku masih tertanya – tanya adakah Imran begitu kecewa dengan ku kerana
memarahinya...
(muka surat 1)
Selain itu Azman juga seorang yang suka mengelak daripada disoal. Iaitu dia
terpaksa membohongi ibunya setelah ibunya bertanya tentang Imran yang tidak datang ke
rumahnya untuk mengulangkaji. Ibunya hairan kerana Imran merupakan budak yang rajin
terutamanya dalam pelajaran. Contohnya dapat dilihat dalam petikan berikut.
“ Imran aa...a agak si...buk sedikit dua tiga hari ni, dia menolong bapanya di
kebun.” Aku berasa lega walaupun terpaksa berbohong kepada ibu bapaku...
(muka surat 2)
Perwatakan yang terakhir ialah Azman merupakan seorang yang berani. Sifat
berani Azman dapat dilihat dari perwatakannya iaitu apabila dia ingin meminta maaf atas
kesilapannya kepada Imran. Azman memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan Imran
di rumahnya walaupun dia risau jika Imran tidak mahu memaafkannya. Perwatakan ini
dapat dilihat daripada Petikan :
21
Aku cuba memberanikan diriku untuk bertemu dengan Imran.
(muka surat 4)
ii. Imran.
Imran merupakan sahabat baik kepada Azman. Selain itu Imran berlatar belakangkan
daripada keluarga yang sederhana. Imran merupakan seorang pelajar yang bijak dia selalu
membantu Azman dan di dalam pelajaran. Selain itu Imran mempunyai minat dalam
permainan badminton.
Perwatakan Imran di dalam cerpen ini Imran merupakan seorang yang suka
membantu orang lain. Imran dikatakan seorang yang sentiasa membantu rakannya
terutamanya di dalam pelajaran. Iaitu dia sentiasa membantu Azman apabila sahabatnya
itu tidak memahami sesuatu perkara mengenai pelajaran. Dia tidak berasa jemu dalam
membantu orang lain. Perwatakan ini dapat dilihat daripada petikan tersebut :
Dialah yang banyak membantuku jika tidak mengerti apa yang diajar oleh guru...
(muka surat 1)
Perwatakan Imran yang seterusnya ialah merupakan seorang yang mementingkan
pelajaran. Iaitu Imran dikatakan sentiasa mengulangkaji pelajaran bersama Azman pada
waktu petang. Selain itu Imran juga merupakan seorang pelajar yang bijak di dalam kelas.
Perwatakan ini dapat dilihat daripada petikan tersebut :
“Hairan betul, selalunya waktu - waktu begini Imran sudah ada di sini untuk
mengulangkaji pelajaran bersama anakku.” “Tetapi ke kebun pula.”
(muka surat 2)
Selain itu Imran juga mempunyai perwatakan seperti tidak mudah terkilan
apabila dimarahi. Perwatakan ini dapat dilihat apabila Imran tidak sedikit pun memendam
perasaan setelah Azman memarahinya kerana tidak sengaja menghilangkan diari milik
22
Azman. Dia menafikan kemalangan yang menimpanya itu berpunca daripada perkara
tersebut. Di samping itu dia tidak mahu Azman meminta maaf kepadanya di sebabkan
perkara tersebut selepas dia mula sedar dari koma. Contohnya dapat dilihat daripada
petikan tersebut :
“Bukan salahmu azman.” Dia bersuara. Tentang perkara lalu aku sudah lama
memaafkanmu.”
(muka surat 7)
iii. Ibu Azman.
Ibu Azman merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan. Mempunyai seorang
anak lelaki yang bernama Azman. Selain itu Ibu Azman merupakan seorang suri rumah
sepenuh masa.
Perwatakan ibu yang pertama ialah merupakan seorang yang mengambil berat.
Perwatakan ini dapat dilihat daripada perwatakan ibu Azman yang sentiasa bertanya
tentang sahabat anaknya iaitu Imran. Ibu Azman hairan apabila Imran tidak datang ke
rumahnya untuk mengulangkaji pelajaran sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir.
Perwatakan ini dapat dilihat daripada petikan tersebut :
...orang tuaku hairan mengapa Imran tidak datang. Sedangkan peperiksaan sudah
semakin hampir. Ibuku berjalan sambil bercakap seorang diri...
(muka surat 2)
Perwatakan ibu azman yang seterusnya ialah seorang yang mudah terkejut.
Perwatakan ini dapat dilihat apabila anaknya Azman menceritakan segala kejadian yang
menimpa Imran. Contohnya dapat dilihat daripada petikan tersebut :
Ibuku begitu terkejut dengan kejadian yang berlaku kepada Imran.
(muka surat 6)
23
iv. Emak .
Emak merupakan ibu kepada Imran. Selain itu emak tidak mempunyai pekerjaan tetap
iaitu hanya membuat kerja kampung sahaja serta menjadi suri rumah. Emak merupakan
penduduk asal kampung yang diduduki oleh keluarga Azman. Di samping itu emak hidup
dalam keadaan yang sederhana.
Perwatakan emak Imran yang pertama ialah seorang yang mengingati ajaran agama.
Perwatakan ini dapat dilihat apabila emak Imran menenangkan Azman yang sedang
menangis setelah emak Imran menceritakan tentang musibah yang menimpa Imran. Dia
menenagkan Azman dengan mengatakan kejadian tersebut adalah di sebabkan oleh
ketentuan tuhan. Contohnya dapat dilihat pada petikan tersebut :
“Sudah...kamu jangan menangis lagi” tegur emak Imran.
( muka surat 5)
Perwatakan seterusnya ialah merupakan seorang yang memahami perasaan orang lain.
Perwatakan ini dapat dilihat apabila Azman ingin berjumpa dengan anaknya Imran untuk
meminta maaf. Walaubagaimanapun emak Imran sudah mengetahui perkara tersebut dan
memahami perasaan Azman pada waktu itu. Contohnya dapat dilihat pada petikan tersebut :
“ Bukan salahmu Azman...ini sudah ketentuan tuhan...
( muka surat 5)
24
Pengajaran
pengajaran ialah mesej pengarang atau amanat yang diharap akan menjadi teladan
kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Manakala
menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), pengajaran ialah nilai yang menyaran individu
atau mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi serta boleh
diterima oleh setiap anggota masyarakat dan agama, meninggalkan apa sahaja yang
bertentangan dengan kehendak masyarakat.
Di dalam cerpen Harga sebuah persahabatan terdapat beberapa unsur pengajaran yang
diselitkan di dalam cerita ini. Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah tidak terburu –
buru dalam melakukan sesuatu. Iaitu seseorang individu hendaklah berfikir secara matang
dan secara positif tentang sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Keputusan
yang dibuat mestilah keputusan yang baik supaya tidak menyinggung mana – mana pihak.
Iaitu di dalam cerpen ini dapat dilihat perwatakan Azman yang dikatakan terburu – buru
bertindak memarahi Imran yang merupakan sahabatnya baiknya di sebabkan oleh diari yang
tidak sengaja di hilangkan oleh Imran.
Pengajaran yang seterusnya yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita janganlah
mengguris hati orang lain. Iaitu kita perlu menjaga hati seseorang individu daripada terkilan
oleh tindakan kita tidak kira sama ada individu yang lebih tua mahupun yang lebih muda
dari kita. Iaitu di dalam cerpen Harga sebuah persahabatan dapat dilihat perwatakan Azman
yang terlepas kata – katanya semasa memarahi Imran yang merupakan sahabat baiknya.
Disebabkan perkara itu Imran tidak ke rumahnya dan mengalami kemalangan.
Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain. Kesalahan
yang tidak sengaja dilakukan oleh orang mestilah di maafkan dan tidak memaki hamunnya.
Iaitu di dalam cerpen Harga sebuah persahabatan dapat dilihat bahawa Azman terlalu
mudah untuk memarahi orang tanpa berfikir panjar kesan kepada orang yang dimarahi dan
juga kepada dirinya.
Selain itu juga di dalam cerpen harga sebuah persahabatan ini terdapat juga pengajaran
seperti kita hendaklah bercakap jujur terhadap orang tua kita. Iaitu sebagai seorang anak kita
haruslah patuh kepada kedua – dua ibu bapa dan perlu bercakap benar kepada mereka. Di
dalam cerpen ini dapat dilihat bahawa Azman terpaksa menipu ibunya apabila ditanya
25
tentang sahabatnya Imran yang sudah lama tidak datang ke rumah untuk mengulangkaji
pelajaran.
Di samping itu kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu. Iaitu di dalam cerpen ini
dapat dilihat melalui perwatakan Azman dan Imran yang begitu rajin dalam mengulangkaji
pelajaran di rumahnya pada setiap hari. Selain itu Imran juga sentiasa membantu Azman di
dalam pelajaran jika Azman tidak faham apa yang diajar oleh guru mereka. Mereka begitu
tekun dalam menuntut ilmu terutamanya peperiksaan SPM yang sudah semakin hampir.
Pengajaran yang terakhir yang terdapat di dalam cerpen ini ialah kita mestilah percaya
kepada ketentuan illahi. Pengajaran ini dapat dilihat daripada perwatakan Emak Imran yang
percaya bahawa kejadian yang menimpa anaknya adalah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Hatinya tenang walaupun masih sedih terhadap kemalangan yang menimpa Imran. Di
sebabkan sikap tenang tersebut emak Imran mampu menenangkan Azman yang berasa
dirinya bersalah terhadap Imran.
26
Pemaparan masyarakat yang berkait dengan agama, sikap, politik dan ekonomi.
Karya yang dihasilkan Mohd Nasro bin Ismail dalam cerpen Harga Sebuah
Persahabatan ini amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu (Komsas)
kerana banyak memaparkan tentang masyarakat yang sangat berkait rapat dengan nilai
agama, sikap dan juga ekonomi.
Pemaparan masyarakat yang berkait dengan nilai agama dapat dilihat menerusi watak
Emak Imran yang tidak pernah menyalahkan sesiapa apabila anaknya ditimpa musibah.
sebagai umat Islam emak Imran percaya apa yang menimpa keluarganya iaitu anaknya adalah
berpunca daripada ketentuan Allah S.W.T. Iaitu emak Imran percayakan kepada rukun Iman
yang ke enam iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar.
Seterusnya ialah pemaparan dari segi sikap dapat dilihat melalui sikap Azman dan
juga Imran yang gigih berusaha untuk berjaya di dalam peperiksaan SPM. mereka berdua
sentiasa mengulangkaji pelajaran bersama – sama untuk berjaya serta melanjutkan pelajaran.
Selain itu juga dapat dilihat melalui sikap positif yang ditonjolkan oleh Imran yang suka
menolong orang di dalam kesusahan. Iaitu dia telah menolong Azman yang pengsan sewaktu
bermain badminton dan sanggup menjaga Azman di hospital.
Selain itu juga penulis juga menyorok tentang pemaparan dari sudut peningkatan
ekonomi di mana ia dapat dilihat melalui watak ayah Azman yang berjaya dan hidup senang.
Iaitu ayah Azman dapat hidup senang kerana kegigihannya berniaga sehinggalah mereka
memiliki rumah yang besar. Ayah Azman merupakan seorang usahawan yang berjaya serta
seorang yang gigih dalam pekerjaan. Hal ini dapat menimbulkan motivasi kepada pembaca
tentang kegigihan untuk meningkatkan status ekonomi di dalam masyarakat.
27
Mengandungi unsur falsafah
Cerpen Harga Sebuah Persahabatan ini mengisahkan tentang erti sebuah persahabatan
di antara dua orang pelajar iaitu Azman dan Imran yang mempunyai perbezaan dari segi
status ekonomi tetapi mampu menjadi sahabat yang begitu baik. Cerpen ini mengandungi
unsur falsafahnya tesendiri kerana dalam falsafah negara juga ada mengatakan pentingnya
keseimbangan komponen utama sebagai seorang manusia yang mana manusia dianggap
terdiri daripada empat komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Gabungan daripada empat komponen iaitu Jasmani, emosi , rohani dan intelek sentiasa
bersifat bersepadu dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam cerpen Harga sebuah
persahabatan mempunyai komponen-komponen tersebut. Contohnya komponen jasmani, ini
dapat dilihat menerusi watak emak dan ayah Imran yang mempunyai jasmani yang kuat untuk
mengerah kudratnya membanting tulang semata-mata ingin melihat kehidupan mereka
sekeluarga terjamin. Mereka berdua rajin bekerja untuk mendapatkan punca rezeki untuk
menanggung kehidupan mereka dan juga anak – anaknya.
Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis juga berjaya memberi ruang dan kesedaran
dalam diri pelajar kerana dalam cerpen ini mengandungi banyak nilai-nilai dan pengajaran
yang wajar dicontohi. Disamping itu, cerpen ini juga berjaya menyisipkan pemikiran
ideologikal yang menyanggah pandangan terhadap masyarakat Melayu kampung yang sering
dilabelkan sebagai masyarakat yang tidak berwawasan serta tidak mempunyai keupayaan
dalam menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Contohnya dapat dilihat melalui
perwatakan Azman yang merupakan orang kampung yang mempunyai cita – cita untuk
menjadi orang yang berguna. Iaitu dapat dilihat apabila dia sentiasa mengulangkaji pelajaran
bertujuan untuk berjaya di dalam peperiksaan dan melanjutkan pelajaran di universiti.
28
3.2.2 Sesuai dengan pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan bahasa dalam karya untuk memperkaya kosa kata/perbendaharaan kata
Karya ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana penulis
menggunakan bahasa dalam cerpen untuk memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata.
Penulis juga turut memasukkan perkataan baru yang boleh membantu memperkayakan
perbendaharaan kata bagi seseorang pelajar. Penggunaan kosa kata yang baik mampu
memberikan satu kelebihan kepada pelajar terutamanya dalam menulis karangan. Berikut
merupakan contoh-contoh kosa kata yang terdapat dalam cerpen di dalam cerpen Harga
sebuah persahabatan :
i. Walang.
Penulis memasukkan perkataan ‘walang’ bertujuan untuk menambahkan kosa
kata baru yang boleh memperkayakan pembendeharaan kata. Kosa kata
walang memberikan maksud iaitu berduka cita. Contoh petikan yang
mempunyai kosa kata tersebut ialah :
Keadaan Imran yang sudah terjaga dari tidur yang agak lama telah
melenyapkan perasaanku yang walang .
ii. Melengung.
Penulis juga memasukkan perkataan ‘melengung’ untuk menambah kosa kata
baru. Kosa kata ini sentiasa digunakan oleh masyarakat kampung iaitu
merupakan dialek negeri. Perkataan melengung memberikan maksud iaitu
termenung. Contoh petikan yang menggunakan perkataan ‘melengung’ ialah :
Walaupun malam makin larut aku masih melengung, mindaku masih
tertanya – tanya. “Adakah betul tindakanku meninggikan suara di hadapan
Imran?.”
29
iii. Sebal.
Perkataan ‘sebal’ juga digunakan oleh penulis untuk menggantikan perkataan
yang sering digunakan dalam penulisan. Perkataan sebal mengikut kamus
dewan edisi yang keempat bermaksud berasa kesal ataupun kecewa. Contoh
petikan yang diselitkan dengan perkataan ‘sebal’ ialah :
Muka ku semakin sebal setelah mendapat tahu kejadian tersebut.
iv. Terbenak.
Perkataan ‘terbenak’ adalah berasal dari kata dasar ‘benak’. Mengikut kamus
dewan edisi keempat ‘benak’ membawa maksud bodoh atau dungu. Contoh
perkataan ini dapat dilihat melalui petikan tersebut :
biarlah ia terbenak di dalam lubuk jiwaku.
Gaya bahasa
Gaya bahasa bermaksud cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengarang
untuk mempersembahkan tema, persoalan, latar cerita, dan pelbagai aspek yang terkandung
dalam sesebuah novel. Dalam pada itu, antara aspek-aspek yang terkandung dalam gaya
bahasa termasuklah diksi atau pemilihan kata, penguasaan ayat, dan unsur-unsur yang
terkandung dalam bahasa iaitu simile, personifikasi, perkataan pinjaman, perkataan berganda,
metafora, simbolik, penggunaan peribahasa, dan simpulan bahasa dan inversi.
Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005), Gaya bahasa ialah cara atau ragam
bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam
sesebuah karya, susunan kata , frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
melengkapkan tema dan persoalan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Gaya bahasa juga
dapat dikelompokkan kepada lima jenis iaitu:-
1. Gaya bahasa pengulangan
2. Gaya bahasa penyirnaan30
3. Gaya bahasa perbandingan
4. Gaya bahasa pertautan
5. Gaya bahasa pertentangan
Terdapat pelbagai unsur gaya bahasa yang digunakan dalam Harga Sebuah
Persahabatan. Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai keindahannya yang tersendiri.
Penulis juga menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menarik minat para pembaca agar
mengetahui tentang variasi bahasa di samping memberi keseronokan kepada para pembaca
untuk meneruskan pembacaannya. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah :
i. Gaya bahasa Repitasi.
Gaya bahasa pengulangan banyak digunakan di dalam cerpen ini. Salah satu
gaya bahsa pengulangan yang digunakan ialah gaya bahasa epifora. Iaitu
pengulangan perkataan di akhir baris atau perkataan. Contohnya dapat dilihat
pada petikan tersebut iaitu pengulangan perkataan ‘ku’
Diari itulah yang merekodkan segala perjalanan hidupku, perbuatanku,
cita – citaku, impianku, dan juga pengalamanku. Hati kecilku bertanya.
ii. Gaya bahasa simile.
Gaya bahasa simile juga terdapat di dalam cerpen Harga sebuah Persahabatan.
Gaya bahasa perumpamaan merupakan gaya bahasa yang mempunyai
perkataan ‘seperti’, ‘bak’, ‘bagai’, ‘umpama’ ‘laksana’ dan ‘macam’.
Contohnya dapat dilihat melalui petikan tersebut :
...bagaikan duri yang berlumba - lumba mencucuk hatiku...
31
iii. Gaya bahasa Sinkof.
Gaya bahasa sinkof merupakan gaya bahasa singkatan perkataan. Sinkof ialah
pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan dengan menghilangkan huruf
tengah bagi perkataan atau pewujudan kata singkat iaitu kata yang terhasil akibat
penghilangan huruf atau suku kata. Contohnya dapat dilihat dalam petikan tersebut.
“Azman...Azman...bangun sudah pukul 6.30 pagi nak.”
Apa dah jadi pada Imran ya.” Bisik hatiku ingin tahu
iv. Gaya bahasa Personifikasi
Personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan
atau pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu
benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak
bernyawa atau idea yang abstrak (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007b; 87).
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1026) pula mendefinisikan istilah
personifikasi sebagai pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tidak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain yang mendapat kesan sastera
atau seni.
Air yang jernih dari telaga mataku keluar mengalir disebabkan
perasaan sebal dan bersalah terhadap Imran.
32
Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
Cerpen Harga Sebuah Persahabatan ini adalah amat sesuai sekali digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Setelah para pelajar selesai membaca karya ini sebagai aktiviti
pembelajaran, guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran
yang membolehkan para pelajar dapat mengingat dan mendalami karya ini dengan baik.
Contohnya, guru meminta para pelajar mengkaji tentang gaya bahasa yang terdapat dalam
karya ini.
Seterusnya para pelajar dikehendaki menyenaraikan gaya bahasa yang terdapat dalam
karya ini sepeti gaya bahasa metafora, personifikasi, anafora, simile dan sebagainya. Selepas
itu, para pelajar dikehendaki membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong
dengan menggunakan pelbagai kreativiti dihadapan pelajar yang lain. Setelah para pelajar
selesai membuat pembentangan guru hendaklah memberi komen. Perkara yang terakhir sekali
yang perlu dilakukan oleh guru adalah para pelajar dikehendaki menghantar tugasan
pembentangan tersebut kepada guru.
Karya ini membantu pelajar menghasilkan penulisan kreatif dengan baik
Cerpen Harga Sebuah Persahabatan ini menggunakan ayat yang agak ringkas dan
mudah. Ini dapat membuktikan kepada pelajar bahawa untuk menghasilkan penulisan kreatif
bukanlan memerlukan penggunaan ayat yang panjang atau bahasa yang tinggi tetapi para
pelajar itu sendiri perlu membangkitkan minat dan memahami dengan lebih mendalam
tentang bentuk bahasa yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan
struktur ayat yang hendak digunakan. Selain itu, dengan adanya cerpen ini secara tidak
langsung dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar bagaimana cara untuk mengolah
dan menghasilkan penulisan kreatif yang sememangnya mempunyai unsur keindahan,
kekreatifan, kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan mutu dan gaya bahasa yang
memiliki ciri menghibur.
Di samping itu juga karya yang dibaca oleh pelajar dapat memberikan panduan kepada
pelajar untuk menulis. Iaitu melalui pembacaan cerpen ini secara tidak langsung memberi 33
pengetahuan dan juga idea untuk menghasilkan sesebuah karya. Melalui pembacaan secara
tidak langsung pelajar mengetahui bagaimanakah susunan penceritaan dapat dilakukan di
samping itu pelajar juga dapat mengetahui
34
4.0 PENUTUP
Cerpen Harga Sebuah Persahabatan ini boleh digunakan di dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran iaitu di dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) kerana
mempunyai unsur – unsur yang menepati pengajaran KOMSAS tersebut. Di dalam
cerpen Harga Sebuah Persahabatan terdapatnya unsur – unsur seperti pengajaran,
mesej, nilai, gaya bahasa dan sebagainya yang mempunyai unsur – unsur positif untuk
pembacaan.
Unsur – unsur positif dapat dilihat melalui nilai yang terdapat di dalam cerpen
ini seperti nilai tolong – menolong, mengambil berat, kasih sayang, tekun, keagamaan
dan sebagainya. Nilai – nilai ini dapat disematkan ke dalam diri pelajar – pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu cerpen ini juga menggunakan perkataan – perkataan yang mudah
difahami oleh pelajar. Perkataan – perkataan yang mudah ini membolehkan pelajar
memahami jalan cerita di dalam cerpen ini. Di dalam cerpen ini juga terdapat juga
penggunaan kosa kata seperti perkataan walang, melengung dan sebagainya untuk
mengindahkan lagi bahasa di dalam cerpen ini. Pengajaran juga akan menjadi mudah
apabila pelajar memahami cerpen tersebut dan mampu menghayati cerpen yang
dibaca.
Sesuatu pengajaran itu akan menjadi menarik sekiranya guru dapat
mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Contohnya, guru meminta para
pelajar mencari gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini. Secara tidak langsung
pelajar akan dapat menyenaraikan dan cuba mencari gaya bahasa seperti yang
dikehendaki oleh guru. Selain itu, cerpen ini wajar dijadikan bahan pengajaran kerana
terdapat nilai positif yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikannya
dalam bilik darjah dengan baik
35
Bibliografi.
Rujukan buku.
Ariff Mohamad dan Siti Khariah Mohd Zubir, 2009. Kesusasteraan dalam
Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir, 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu
Teras Pegangan Guru. Tanjong Malim : Leon Region Sdn. Bhd.
Nor Aisyah Ramly, Saudah Mohamed, 2008. Ulasan Grafikal Komsas 2
dalam 1 Julia dan Antologi Kerusi. Kuala Lumpur : UG Press Sdn. Bhd.
Rujukan Internet.
http://prpm.dbp.gov.my
36