23
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 TAHUN 1442H / 2021M JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

NEGERI PULAU PINANG DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN (PKP) COVID-19 TAHUN 1442H / 2021M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

2

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

COVID-19 TAHUN 1442H / 2021M

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini disediakan untuk menjadi dokumen rujukan

kepada pegawai, jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

di Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan ibadah korban

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19

bagi tahun 1442H / 2021M.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang sangat

dituntut untuk dilaksanakan oleh umat Islam dan

hukumnya ialah Sunat Muakkad. Pensyariatan ibadah ini

adalah bagi memperingati peristiwa pengorbanan dan

Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

3

ketaatan Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah

S.W.T melalui mimpi untuk mengorbankan anak baginda

iaitu Nabi Ismail A.S berdasarkan firman Allah S.W.T

dalam ayat 102, Surah As-Saffat yang bermaksud:

“Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam

mimpiku bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah

apa pendapatmu!” Anaknya menjawab, “Wahai bapaku!

Lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu.

Insya-Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-

orang yang sabar!”

2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak

akhir tahun 2019 masih belum berakhir. Malaysia kini

sedang menghadapi gelombang ke-3 yang begitu

membimbangkan sehingga Kerajaan Malaysia terpaksa

melaksanakan PKP menyeluruh (Total Lockdown) mulai

01 Jun hingga 28 Jun 2021. Sejajar dengan ini juga,

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pelan Pemulihan

Negara yang akan dilaksanakan secara berfasa pada 15

Jun 2021 yang lalu.

2.3 Bagi membolehkan ibadah korban sempena Sambutan

Hari Raya ‘Idil Adha yang menjadi salah satu syiar Islam

di Negeri Pulau Pinang dapat diteruskan dengan

mengambil kira Pelan Pemulihan Negara tersebut di atas,

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

4

maka jabatan ini mengambil langkah positif dengan

mewujudkan satu garis panduan khusus pelaksanaan

ibadah korban kepada jawatankuasa korban, masjid dan

surau. Garis panduan ini akan memastikan pelaksanaan

ibadah korban tidak membelakangkan ketetapan atau

peraturan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian

Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Pulau Pinang dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan panduan spesifik dan komprehensif kepada

pegawai, jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

serta petugas yang dilantik bagi melaksanakan ibadah

korban dalam tempoh PKP.

3.2 Mengangkat ibadah korban yang menjadi salah satu syiar

Islam dan amalan umat Islam dapat diteruskan dengan

lebih sistematik.

3.3 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan

dalam pelaksanaan ibadah korban berteraskan Maqasid

Syariah dan Kaedah Fiqh sebagai langkah pencegahan

kepada penularan pandemik COVID-19.

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

5

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN DAN TINDAKAN

4.1 Prinsip Teras Kawalan

Tahap kesedaran dan kebertanggungjawaban penuh

daripada jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

serta petugas yang dilantik amat penting bagi mencapai

tujuan teras kawalan ini. Ia meliputi keperluan memahami

skop tugas, perincian tanggungjawab serta kemahiran

petugas di samping mengekalkan sentimen kebimbangan

terhadap jangkaan risiko penularan wabak COVID-19

selain hasrat untuk memastikan kejayaan pelaksanaan

ibadah korban.

4.1.1 Kepatuhan Dan Peraturan Undang-Undang

a) Jawatankuasa ibadah korban, masjid, surau,

Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi

Swasta, Institusi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) serta orang perseorangan yang akan

melaksanakan ibadah korban hendaklah

menyediakan dokumen asas yang diperlukan oleh

undang-undang dan peraturan yang

dikuatkuasakan.

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

6

b) Jawatankuasa ibadah korban, masjid, surau dan

pihak-pihak lain yang dinyatakan di perenggan

4.1.1(a) tidak dibenarkan untuk melaksanakan

ibadah korban melainkan setelah mendapat

kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah.

Permohonan untuk melaksanakan ibadah korban

tersebut hendaklah dimohon dengan menggunakan

borang permohonan yang mengandungi maklumat-

maklumat berikut: -

i. Tarikh pelaksanaan;

ii. Anggaran jenis dan jumlah haiwan

korban yang akan disembelih;

iii. Cadangan lokasi tempat

penyembelihan;

iv. Cadangan susun atur khemah / meja

berdasarkan keperluan perenggan

4.3.4(a);

v. Kaedah pengedaran/ pengagihan

daging korban; dan

vi. Langkah-langkah keselamatan yang

diambil bagi memastikan hanya

petugas yang berada di kawasan

penyembelihan.

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

7

c) Semua permohonan yang diterima oleh pihak

Pejabat Agama Daerah akan dikumpulkan dan

dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)

untuk kelulusan kepada pemohon atau penternak

yang meliputi: -

i. Permit Penyembelihan Luar

(MBSP/MBPP);

ii. Sijil Kesihatan Veterinar (Pejabat

Veterinar Daerah); dan

iii. Akuan Pemindahan Ternakan (Pejabat

Veterinar Daerah)

d) Tujuan dokumen tersebut adalah untuk memastikan

ternakan yang akan disembelih berada dalam

keadaan sihat, tidak terlalu kurus, tidak tempang

dan bebas dari sebarang kecacatan dan penyakit.

Aktiviti ini bertepatan dengan maksud Hadis

Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Barra

yang bermaksud:

“Empat perkara yang menyebabkan binatang tidak

sah dijadikan korban ialah binatang yang jelas buta

sebelah mata, penyakit yang nyata, jelas tempang

dan terlalu kurus”.

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

8

e) Aktiviti penyembelihan (menyembelih, melapah,

memotong dan mengedar) hanya dibenarkan

kepada warganegara Malaysia sahaja.

4.1.2 Tindakan Nyahkuman (Sanitasi)

Jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau perlu

memastikan tempat penyembelihan dan semua peralatan

yang digunakan bebas daripada sebarang bakteria melalui

proses nyahkuman mengikut tatacara yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum dan selepas

pelaksanaan ibadah korban.

4.1.3 Syarat Kelayakan, Tanggungjawab Petugas dan

Peserta Ibadah Korban

a) Syarat Kelayakan Petugas

i. Berumur dari 21 hingga 60 tahun dan

berstatus warganegara Malaysia sahaja;

ii. Bukan warganegara Malaysia tidak

dibenarkan sama sekali;

iii. Mahir dan berkebolehan menjalankan

kerja-kerja berkaitan korban;

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

9

iv. Tidak bergejala seperti demam, batuk,

selsema, sakit tekak dan penyakit kronik

(seperti darah tinggi, kencing manis dan

sakit jantung);

v. Rekod bacaan suhu tidak melebihi 37.5℃;

dan

vi. Petugas yang masih dalam tempoh

kuarantin tidak dibenarkan hadir.

b) Tanggungjawab Petugas

i. Mengimbas kod QR MySejahtera atau

merekodkan kehadiran di dalam buku

rekod yang disediakan;

ii. Mengambil dan merekodkan bacaan suhu

badan;

iii. Memakai penutup hidung dan mulut (face

mask) dan memastikan penjarakan fizikal;

iv. Memakai peralatan kelengkapan diri yang

cukup seperti apron dan sarung tangan;

v. Menggunakan hand sanitizer yang

disediakan secara berkala;

vi. Penggunaan pisau dan peralatan

penyembelihan tidak dibenarkan berkongsi

dan perlu dibawa sendiri;

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

10

vii. Tidak dibenarkan memasuki ke dewan

solat utama melainkan kawasan luar

persekitaran masjid atau surau; dan

viii. Penggunaan tandas dan bilik air pada

tahap minima dan dihadkan.

c) Tanggungjawab Peserta

i. Tidak digalakkan mengambil keseluruhan 7

bahagian haiwan korban (lembu, kerbau atau

unta) bagi memberi peluang kepada peserta

korban yang lain;

ii. Tidak digalakkan membuat akikah dalam

tempoh ibadah korban kerana waktu

pelaksanaan akikah adalah bebas dan tiada had

pada bila-bila masa berbanding dengan ibadah

korban;

iii. Mengesahkan penyertaan, menyempurnakan

akad / wakalah dan membuat pembayaran

secara atas talian (online);

iv. Tidak dibenarkan berada di kawasan

pengurusan korban melainkan peserta

merupakan sebahagian dari petugas yang

dilantik; dan

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

11

v. Boleh hadir ke kawasan pengurusan korban

secara berperingkat untuk mengambil bahagian

daging korban peserta mengikut kaedah yang

ditetapkan oleh jawatankuasa.

4.2 Kawalan Lokal Dan Domestik

Bagi memastikan ibadah korban dapat diteruskan dengan

kawalan yang lebih tegas, ketat dan teratur, Jawatankuasa

ibadah korban, masjid dan surau perlu mematuhi kawalan

lokal dan persekitaran yang menjadi tempat Program

Ibadah Korban dilaksanakan.

4.2.1 Penetapan Akses Pintu / Laluan Keluar Masuk

i. Jawatankuasa hendaklah menetapkan pintu/ laluan

utama yang akan dijadikan laluan keluar masuk

petugas dari masjid atau surau ke tapak sembelihan

atau sebaliknya;

ii. Menetapkan zon parkir kenderaan petugas; dan

iii. Menutup pintu/ laluan utama keluar masuk jika

didapati berlaku sebarang gangguan daripada

jemaah atau pihak lain yang tidak berkaitan.

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

12

4.2.2 Pengurusan Petugas Korban

i. Memastikan petugas memakai penutup hidung dan

mulut (face mask), apron dan sarung tangan;

ii. Merekod kehadiran dan suhu badan setiap petugas

sebelum memulakan tugas di dalam buku daftar/

borang yang disediakan;

iii. Memastikan petugas menggunakan hand sanitizer

yang disediakan; dan

iv. Memastikan bilangan petugas tidak melebihi had

yang ditetapkan.

4.3 Kawalan Pelaksanaan

Jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

hendaklah mengambil inisiatif untuk memastikan

pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP ini dapat

dikawal sepenuhnya dengan penuh ketegasan. Langkah

ini amat perlu sebagai usaha bersama semua pihak dalam

memastikan penularan wabak COVID-19 dapat

dibendung.

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

13

4.3.1 Kawalan Keselamatan

Pihak jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

disyorkan untuk melantik sukarelawan atau mana-mana

badan beruniform yang difikirkan sesuai bagi membantu

mengawal keselamatan dan perlindungan di kawasan

penyembelihan khasnya bagi:

i. Mengawal dan menghalang kehadiran serta

keterlibatan bukan warganegara Malaysia;

ii. Mengawal kawasan persekitaran tapak

penyembelihan daripada dikunjungi oleh ahli kariah

yang bukan petugas;

iii. Melancarkan pergerakan petugas di tapak

penyembelihan;

iv. Mengawal proses pelaksanaan pengagihan yang

ditetapkan oleh jawatankuasa; dan

v. Mengawal kawasan parkir dan lalu lintas kenderaan.

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

14

4.3.2 Lokasi Penyembelihan Korban

4.3.2.1 Penyembelihan hendaklah dilaksanakan di

kawasan / premis berikut:

i. Masjid dan surau dengan syarat setelah mendapat

kebenaran sembelih/ lesen khas penyembelihan

daripada PBT dan Sijil Kesihatan Veterinar serta

Permit Pemindahan daripada Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Daerah. Kawasan sembelihan juga

hendaklah sesuai, bersih, selamat dan tidak terletak

berhampiran saliran awam;

ii. Rumah Sembelihan Pihak Berkuasa Tempatan atau

Jabatan Perkhidmatan Veterinar; atau

iii. Rumah Sembelihan Swasta / Persendirian yang

mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa

Tempatan.

4.3.2.2 Pelaksanaan ibadah korban di mana-mana

tempat selain daripada senarai kawasan /

premis yang dinyatakan pada para 4.3.2.1

seperti di rumah kediaman, dewan orang ramai,

kawasan lapang dan lain-lain tempat adalah tidak

dibenarkan sama sekali.

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

15

4.3.3 Had Bilangan Haiwan Korban dan Jumlah Petugas

a) Jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

hendaklah menetapkan bilangan haiwan korban dan

melantik petugas ibadah korban tidak melebihi had

yang ditetapkan seperti jadual berikut:

Bil Tempat Korban

Bil.Petugas

(Maksimum)

Bil. Haiwan

(Maksimum)

Lembu/

Kerbau/

Unta

Kambing

1. Rumah Sembelihan

25 orang

Tiada had Tiada had

2. Masjid 25 orang 10 ekor 20 ekor

3. Surau 25 orang 5 ekor 10 ekor

b) Had bilangan haiwan korban bagi setiap kategori

tempat korban seperti di jadual tersebut di atas

adalah ditetapkan untuk sepanjang tempoh hari-

hari korban (tasyrik) iaitu 10,11,12 dan 13

Zulhijjah dengan had maksimum sembelihan

sehari sebanyak lima (5) ekor sahaja kecuali bagi

Rumah Sembelihan.

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

16

c) Bilangan maksimum petugas ibadah korban yang

ditetapkan seramai 25 orang adalah untuk proses

berikut:

i- Proses sembelihan: 10 orang

ii- Proses melapah: 5 orang

iii- Proses memotong dan mengagih: 10 orang

d) Aktiviti gotong-royong korban adalah tidak

dibenarkan. Hanya petugas yang dilantik sahaja

dibenarkan menjalankan kerja-kerja ibadah korban.

Petugas yang dilantik perlulah di kalangan mereka

yang mahir dan berkebolehan melaksanakan kerja-

kerja berkaitan korban.

e) Hanya petugas yang telah dilantik sahaja

dibenarkan berada di kawasan penyembelihan dan

pelaksanaan korban. Para peserta ibadah korban /

orang ramai adalah tidak dibenarkan berada di

kawasan pelaksanaan ibadah korban.

Jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

digalakkan membuat liputan secara langsung

(live) pelaksanaan operasi penyembelihan korban

untuk disaksikan oleh peserta / orang ramai.

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

17

f) Jawatankuasa ibadah korban, masjid dan surau

boleh mengambil inisiatif menyediakan pas

petugas, t-shirt khas, topi atau apa-apa perkara

yang boleh mengesahkan identiti petugas dan

mengelakkan keterlibatan mana-mana pihak yang

tidak berkenaan.

g) Peralatan Penyembelihan Korban:

i. Peralatan penyembelihan, melapah dan

memotong hendaklah dibawa sendiri oleh

petugas dan tidak dibenarkan berkongsi.

ii. Memastikan semua peralatan penyembelihan

sentiasa tajam, bersih serta dinyahkuman

sebelum dan selepas penyembelihan, melapah

dan memotong.

4.3.4 Kawalan Semasa Pelaksanaan

a) Mengekalkan Pematuhan Pencegahan

Memastikan aktiviti pengurusan ibadah korban yang

melibatkan proses menumbang dan menyembelih,

proses melapah dan memotong karkas, proses

melapah besar dan pemotongan tulang serta proses

pemotongan kecil dan penimbangan hendaklah

menekankan aspek penjarakan fizikal dan ianya

boleh dilaksanakan seperti berikut:

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

18

i. Haiwan korban hendaklah ditambat / diikat di

antara pokok atau tempat penambat dengan

jarak 15-20 kaki di antara satu sama lain;

ii. Khemah dan meja yang digunakan bagi setiap

proses melapah besar, memotong tulang,

memotong kecil, proses menimbang dan

membungkus serta pengumpulan dan

pengedaran daging korban hendaklah

mempunyai jarak 15 – 20 kaki antara satu sama

lain; dan

iii. Mengurang dan mengelakkan sebarang aktiviti

yang melibatkan sentuhan di kalangan para

petugas.

b) Menetap Dan Menjadualkan Penyembelihan

Haiwan Korban

i. Memastikan penyembelihan dilaksanakan

mengikut hari-hari korban (tasyrik) iaitu 10, 11,

12 dan 13 Zulhijjah 1442H / 2021M.

ii. Waktu penyembelihan hanya dibenarkan

antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

sahaja bagi masjid dan surau, manakala bagi

Rumah Sembelihan akan ditentukan oleh

pengendali Rumah Sembelihan tersebut.

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

19

c) Majlis Pelancaran / Acara Perasmian /

Penyediaan Jamuan / Aktiviti Memasak Daging

Haiwan Korban

i. Majlis pelancaran / acara perasmian program

korban adalah tidak dibenarkan;

ii. Aktiviti memasak daging haiwan korban /

penyediaan jamuan di tempat pelaksanaan

ibadah korban / masjid / surau adalah tidak

dibenarkan sama sekali; dan

iii. Penyediaan jamuan petugas ibadah korban

hendaklah disediakan secara bungkus / dalam

bekas sahaja.

d) Agihan Daging

Pengagihan daging korban boleh dibuat melalui

kaedah berikut:

i. Melantik petugas khas atau sukarelawan untuk

mengedar dan mengagih daging korban; atau

ii. Melantik wakil dari setiap blok kediaman, jalan,

lorong, taman atau kampung untuk mengedar

dan mengagihkan daging korban.

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

20

4.3.5 Selepas Pelaksanaan

a) Membersihkan Tapak Pelaksanaan Ibadah

korban

i. Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan,

melapah dan mengagih dibersihkan;

ii. Sisa pepejal hendaklah dibungkus dan

dilupuskan dengan cara bersesuaian

berdasarkan peraturan Pihak Berkuasa

Tempatan;

iii. Sisa cecair seperti darah haiwan sembelihan

hendaklah ditanam atau dilupuskan dengan cara

yang bersesuaian; dan

iv. Memastikan semua peralatan yang digunakan

dibersihkan, dinyahkuman, disusun dan

disimpan di tempat yang selamat.

b) Tanggungjawab Petugas

i. Membuang apron, sarung tangan, penutup

hidung dan mulut (face mask) yang digunakan;

ii. Membersihkan tangan dan anggota daripada

sebarang kotoran; dan

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

21

iii. Meninggalkan segera tempat pengurusan

penyembelihan korban, masjid dan surau sebaik

selesai ibadah korban.

5.0 PEMATUHAN

5.1 Garis panduan ini akan menjadi rujukan utama agensi dan

institusi yang terlibat dalam pelaksanaan ibadah korban di

Negeri Pulau Pinang. Justeru, pematuhan kepada

pelaksanaannya juga akan lebih menyeluruh meliputi:

i. Semua Institusi Masjid dan Surau di Negeri Pulau

Pinang;

ii. Jabatan Kerajaan, badan berkanun dan agensi

swasta;

iii. Institusi kebajikan dan pertubuhan bukan

kerajaan (NGO); dan

iv. Orang perseorangan yang ingin melaksanakan

ibadah korban.

5.2 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Garis

Panduan Pelaksanaan Ibadah korban yang dikeluarkan

oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Garis

Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Pulau Pinang.

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

22

6.0 PELANGGARAN

6.1 Pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan

Perkhidmatan Veterinar (JPV), Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

(JHEAIPP) akan memantau secara tegas terhadap

pelaksanaan garis panduan ini.

6.2 Mana-mana masjid dan surau serta pihak-pihak penganjur

lain yang gagal mematuhi garis panduan ini dalam

pelaksanaan ibadah korban, maka boleh diambil tindakan

oleh jabatan ini atau agensi-agensi berkuasa yang lain

seperti berikut:

i. Memberi amaran kepada pelaksana untuk

mematuhi garis panduan dan komitmen

pematuhan yang telah dikemukakan kepada

Pejabat Agama Daerah; atau

ii. Mengenakan apa-apa tindakan di bawah Enakmen

atau Akta yang dikuatkuasakan oleh agensi

berkaitan kepada mana-mana pihak yang ingkar.

Page 23: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI … · 2021. 6. 19. · 2.2 Pandemik COVID-19 yang mula melanda dunia sejak akhir ... Jun 2021 yang lalu. 2.3 Bagi membolehkan ibadah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1442H/ 2021M

23

7.0 TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai 21 Jun 2021 dan hanya

tertakluk untuk pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 pada Tahun

1442H / 2021M sahaja.

8.0 PENUTUP

Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan

kebiasaan atau norma baharu kehidupan dan mematuhi semua

Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh kerajaan bagi

memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal. Diharapkan garis

panduan ini dapat membantu pegawai dan jawatankuasa ibadah

korban, masjid dan surau serta pihak-pihak lain dalam

menjayakan tanggungjawab pelaksanaan ibadah korban di

Negeri Pulau Pinang.

Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

21 Jun 2021M bersamaan 10 Zulkaedah 1442H