20

gambar anak Pra.docx

Embed Size (px)

Citation preview

GAMBAR ANAK-ANAK PRASEKOLAH

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk menyediakan keadaan persekitaran yang sihat

untuk anak-anak. Di samping itu, kita perlu memastikan anak-anak mendapat imunisasi dan

rawatan yang diperlukan. Penjagaan kesihatan kanak-kanak perlu dititikberatkan kerana mereka

mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan penyakit berjangkit.

Terdapat banyak aspek keselamatan yang guru perlu sedar bergantung pada umur dan

perkembangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa dan guru atau penjaga, kita perlu sedar akan

keupayaan kanak-kanak di bawah jagaan kita. Sebagai contoh, mainan atau makanan tertentu

tidak membahayakan kanak-kanak dalam usia tertentu tetapi boleh membawa maut kepada

kumpulan umur lain. Kita perlu berhati-hati tentang perkara tersebut.

Aspek-aspek keselamatan yang perlu dijaga adalah:

( a ) Keselamatan dapur;

( b ) Keselamatan Luar:

( c ) Keselamatan Dalam;

( d ) Keselamatan makanan; dan

( e ) Keselamatan Bermain.

Mengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal

mental/emosi, rohani dan sosial. Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa

berubah serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan yang

seimbang dan berterusan. Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan

kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja.

Maka adalah menjadi peranan ibu bapa dan pusat penjagaan untuk sama-sama memastikan anak-

anak kita sihat dan terhindar daripada penyakit. Ilmu pengetahuan tentang kesihatan kanak-kanak

perlu ditimba dari semasa ke semasa supaya anak-anak kita dibesarkan dengan panduan

kesihatan yang betul.

i. Pihak sekolah amat menitikberatkan penjagaan kesihatan kanak-kanak.

ii. Kanak-kanak lelaki dimestikan berambut pendek dan kanak-kanak perempuan yang berambut

panjang dimestikan mengikat rambut dan berpakaian kemas.

iii. Pakaian seragam kanak-kanak dimestikan bertukar setiap hari.

iv. Pembantu tabika yang amat prihatin dengan kanak-kanak akan memotong kuku kanak-kanak

yang panjang.

v. Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan juga diamalkan.

vi. Pihak hospital juga mengadakan lawatan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sebagai

contoh, pada hari khamis 2 july 2015, jururawat hospital datang untuk membuat pemeriksaan

dan membekalkan kanak-kanak dengan ubat cacing setiap seorang.

LANGKAH PENCEGAHAN

Dalam merawat penyakit berjangkit, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Ibu bapa

harus sedar tanggungjawab mereka dalam pencegahan penyakit-penyakit berjangkit. Mereka

tidak perlu menghantar anak-anak mereka yang sakit ke sekolah untuk beberapa hari. Selain

mendapat rehat yang cukup dan semakin pulih di rumah, penyakit yang dijangkiti tidak merebak

kepada anak-anak yang lain. Pusat penjagaan kanak-kanak dan prasekolah perlu

menguatkuasakan peraturan demi kesihatan anak-anak. Jadual 1 di bawah menunjukkan langkah-

langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah penyakit berjangkit.

Jadual 1: Langkah-langkah untuk Penyakit Berjangkit Biasa

PENYAKIT LANGKAH PENCEGAHAN

Selesema Amalan tabiat kebersihan yang baik dan

polisi yang teguh iaitu kanak-kanak

yang sakit tinggal di rumah.

Menggalakkan anak-anak untuk

membasuh tangan dengan kerap.

Tidak menggalakkan perkongsian

peralatan seperti sudu, lampin dan tuala

dengan rakan-rakan beliau ketika

makan.

Penyakit tangan-kaki dan mulut

Gastroenteritis

Kebersihan am

Basuh tangan dan tidak menggosok

mata.

Tidak menggalakkan perkongsian sapu

tangan dan tuala.

Basuh tangan dengan kerap terutamanya

selepas ke tandas.

Pastikan makanan yang diberi di

Prasekolah adalah bersih dan baru

dimasak.

Daging mesti dimasak sepenuhnya dan

(minuman termasuk susu) tidak terdedah

pada pencemaran.

Sakit tekak sepsis ( Strep tekak ) Tidak berkongsi perkakas makan,

lampin, sapu tangan atau tuala.

Mencuci tangan merupakan amalan kebersihan yang paling penting bagi setiap orang. Mencuci

tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-

birit,penyakit tangan kaki dan mulut dan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria.

Walaupun semua orang mencuci tangan dengan air tetapi tidak semua orang mencuci tangan

dengan sabun selepas menggunakan tandas atau sebelum mengendalikan makanan. Mencuci

tangan dengan sekerap mungkin dengan sabun satu cara terbaik, paling mudah, murah dan

berkesan menghalang penularan penyakit berjangkit. Penyakit yang mudah tersebar melalui

sentuhan adalah seperti jangkitan saluran pernafasan (selesema, influenza, demam), penyakit

tangan, kaki dan mulut, masalah usus dan hepatitis A yang disebabkan masalah makanan

tercemar akibat tidak mencuci tangan dengan bersih.

Menurut jurnal perubatan Lancet (2003) melaporkan bahawa setiap tahun lebih 3.5 juta kanak-

kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia akibat cirit birit dan jangkitan akut pada

saluran pernafasan. Justeru itu, Malaysia telah menyokong kempen membasuh tangan sedunia

yang diadakan pada setiap tahun yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah badan

kerajaan mahupun swasta serta badan bukan kerajaan lain yang berganding bahu membuat

promosi secara besar-besaran melalui pelbagai pendekatan media komunikasi. Kanak-kanak

adalah generasi awal yang diberi penekanan aspek kebersihan tangan. Ini kerana kanak-kanak

adalah golongan yang mudah terdedah kepada wabak jangkitan virus, kuman dan bakteria.

Mereka diberikan maklumat pendedahan bagaimana mencuci tangan dengan betul. Golongan

profesional seperti pakar kesihatan akan menyampaikan khidmat nasihat kesihatan di samping

menunjukkan cara-cara membasuh tangan dengan betul. Melalui pendekatan ini, kempen

membasuh tangan dengan sabun menjadi amalan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa kanak-kanak

juga perlu mengambil berat sikap anak supaya melakukan pembersihan tangan dengan sabun di

rumah. Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah

jangkitan penyakit seperti cirit birit ,penyakit tangan kaki dan mulut dan sejenis penyakit lain

yang disebabkan oleh bakteria. Cara terbaik menghapus kuman adalah dengan membasuhkan

tangan menggunakan sabun.

Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata tiga

bidang keberhasilan utama dikenal pasti di peringkat kementerian di bawah teras keempat

Rancangan Malaysia ke sepuluh ialah berkaitan kesihatan. Bidang pertama, membabitkan

perubahan sektor kesihatan melalui tahap kecekapan dan keberkesanan