full paper bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysiajutawanemas.com/v1/documents/kertas_kerja_sedinar09_bagaimana... · BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA Oleh Syukor

  • Upload
    buihanh

  • View
    241

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

  • BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

    Oleh

    Syukor bin Hashim

    Admin www.jutawanemas.com

    Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui

    Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    pada 27/8/2009.

    PENDAHULUAN.

    Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran

    mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada

    dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini

    kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.

    Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak.

    Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

    Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 2009, kita akan

    dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:

    Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz

    Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

  • Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27%

    setahun)

    BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA?

    Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

    1. Pelaburan emas fizikal 2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

    PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.

    Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

    1. Syiling emas 2. Jongkong emas 3. Barangan kemas

    Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

    Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan

    pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561

    Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.

    atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!

    Sumber: Bank Negara Malaysia:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

  • Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di

    dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong

    emas memiliki kelebihan seperti berikut:

    1. Mudah dibawa

    2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.

    3. Mudah ditunaikan.

    4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

    Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi

    disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang

    kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

    INSTITUSI/SYARIKAT YANG MENJUAL SYILING EMAS.

    Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan

    iaitu:

    1. Maybank - Syiling Kijang Emas http://www.maybank2u.com.my/ 2. UOB Bank - http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm 3. Dinar Emas Kelantan - http://dinarkel.com/ 4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold - http://publicgold.com.my/ 5. Public Dinar - http://publicdinar.com/

    SYILING EMAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.

    Gambar: Syiling Kijang Emas Dijual di Maybank (cawangan tertentu)

  • Gambar: Canada Gold Maple Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

    Gambar: Australian Kangaroo Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

    Gambar: Singapore Gold Lion Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

  • Gambar: Syiling Emas Public Gold

    Gambar: Dinar emas Kelantan

    Gambar: Dinar Emas Public Dinar

  • JONGKONG EMAS.

    Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli

    jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga

    emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian

    dan jualan yang rendah.

    Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu:

    1. PAMP Suisse

    2. Poh Kong Bunga Raya

    3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

    JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

    PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Mtaux Prcieux) (artistic,

    precious metals products).

    PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang

    terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk

    daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

    Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

    Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia.

    Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

    Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga

    jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.

    Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas, Habib Jewel dan

    juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk

    Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

  • Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse

    Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

  • JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.

    Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.

    Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut

    dengan melawati laman web syarikat berkenaan di:

    http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

    Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

  • JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD.

    (PUBLIC GOLD)

    Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan

    pelaburan.

    Syarikat ini beralamat di:

    Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)

    12E Ground Floor, Jalan Rumbia,

    11900 Bukit Jambul, Penang.

    Tel : 04-644 9999

    Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100

    gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya

    yang tersendiri.

  • Gambar: Jongkong Emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram Public Gold.

    PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS

    Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh

    membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank

    yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

    1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)

    2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

    Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

  • Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya

    nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga

    emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

    Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank.

    Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas

    tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank

    pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal.

    Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.

    Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah

    menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak

    mendapat emas fizikal.

    FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI

    EMAS PELABURAN.

    Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor

    berikut:

    1. Harga emas tersebut semakin murah harganya maka semakin baik. 2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas 3. Ketulenan emas sebaiknya beli emas 999.9 atau 916 4. Stok yang mudah diperolehi 5. Perbezaan harga belian dan jualan ( 6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,

    bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

  • RUJUKAN

    Harga Emas dunia

    http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

    Harga emas kijang emas:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

    UOB Bank

    http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

    http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

    Dinar Emas Kelantan

    http://dinarkel.com/

    Public Fine Gold International Sdn Bhd

    http://publicgold.com.my/

    Public Dinar

    http://publicdinar.com/

    PAMP Suisse

    http://pamp.com/main.htm

    Poh Kong Jewellers

    http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

    Maybank Gold Saving Passbook Account

    http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=I

    NV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.02&programId=INV03-

    Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment

    Public Bank Gold Investment Account

    http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

  • BIODATA PENULIS

    SYUKOR BIN HASHIM

    Penulis merupakan seorang staf Universiti Multimedia kampus Melaka. Beliau aktif

    membuat penyelidikan mengenai emas dan pelaburan emas dari tahun 2005.

    Beliau mempunyai blog yang mengkhususkan di dalam pelaburan emas di Malaysia.

    Blog beliau boleh dilawati di www.jutawanemas.com

    Penulis percaya bahawa pengetahuan mengenai emas perlu dikongsi bersama. Ini kerana

    maklumat mengenai pelaburan emas masih sukar didapati di Malaysia.

    Jika anda ada sebarang komen atau pendapat, anda boleh menghubungi penulis melalui

    email [email protected]