Upload
vunhan
View
297
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
1
Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS)
Di Malaysia
Najahudin Lateh (Universiti Teknologi MARA)
Salmy Edawati Yaacob (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Abstrak1
Kertas ini menjelaskan dapatan daripada kajian pembangunan instrumen
Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar dan mempunyai
tahap kualiti tinggi berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini
menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan kajian Reka
bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui
tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Dapatan data Fasa Analisis
menunjukkan semua (100 peratus) pelabur dan pakar bersetuju bahawa panduan
pelaburan emas dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Semua responden
pakar juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai tiga dimensi,
iaitu (i) pelabur dan institusi pelaburan; (ii) barang dan harga; dan (iii) akad
tawaran. Kriteria bagi panduan tersebut adalah berdasarkan dua teori transaksi
emas, iaitu kriteria umum dalam syarat al-bay’ dan kriteria khusus dalam bay’ al-
sarf. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua (100 peratus)
pakar Delphi bersetuju dengan ketiga-tiga dimensi tersebut. Dapatan fasa ini juga
menunjukkan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan mereka untuk bersetuju
menerima 33 item dengan skor median adalah 4 dan JAK antara 0.00 hingga 1.00.
Skor ini disokong oleh analisis FDM yang menunjukkan nilai threshold (d ≤ 0.2)
serta peratusan kesepakatan pakar ( ≥75%). Dapatan data pada Fasa Penilaian
menunjukkan terdapat satu item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak
sepadan (misfit) dengan nilai PTMEA CORR negatif (-0.17logit) dan berada di
luar sempadan yang ditetapkan (outfit z-std=2.9). Kajian tinjauan sebenar telah
mengekalkan 32 item kerana mempunyai ciri kesahan yang baik bagi setiap item
dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.94; kebolehpercayaan person: 0.94;
PTMEA CORR item yang positif; infit MNSQ item=0.44-1.66logit; and z-std > -
/+2). Profil pelaburan emas menunjukkan majoriti institusi pelaburan emas tidak
patuh syariah dengan hanya 7.5 peratus yang mempunyai komitmen tinggi untuk
mematuhi kriterianya dan terdapat dua item (6.25%) yang sukar dipatuhi kerana
berada di atas mean person. Akhirnya, kajian ini berjaya menghasilkan panduan
1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Emas dalam Institusi Kewangan di Malaysia pada 22 Mac
2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
2
pelaburan emas secara syariah berkualiti tinggi serta memberi implikasi
penambahbaikan kepada Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakui pihak
kerajaan dan rujukan masyarakat.
Kata kunci: emas, patuh syariah, pelaburan
1.0 Pendahuluan
Kajian ini dilakukan hasil daripada isu dan permasalahan berkaitan amalan pelaburan emas dalam
kalangan masyarakat serta kepatuhannya kepada hukum syariah. Permasalahan tersebut adalah
ketidakrangkuman kajian spesifik tentang panduan pelaburan emas yang melibatkan kesepakatan
pakar muamalat serta kekurangan panduan pelaburan emas syariah yang secara empirikal
mempunyai tahap kualiti yang tinggi sebagai panduan umat Islam. Permasalahan tersebut turut
menimbulkan persoalan apakah kriteria bagi panduan tersebut serta bagaimanakah bentuknya yang
disepakati oleh pakar muamalat. Persoalan juga timbul tentang sejauh manakah tahap kualiti
panduan yang dibina tersebut sebagai alat pengukuran pematuhan syariah dalam pelaburan emas
di Malaysia.
Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan panduan bernama Instrumen
Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi melalui tiga
objektif, iaitu (i) mengenal pasti kriteria yang diperlukan sebagai kontruk instrumen, (ii)
mendapatkan kesepakatan pakar serta (iii) menilai kualiti instrumen tersebut.
2.0 Metodologi
Kajian ini berbentuk mix method (kaedah campuran) kualitatif dan kuantitatif dengan
menggunakan kaedah triangulasi data untuk menjawab tiga persoalan kajian yang ditetapkan.
Kajian kualitatif dilakukan melalui metode dokumentasi dan instrumen temu bual, sementara
kajian kuantitatif menggunakan set soal selidik pada kajian Teknik Delphi (TD), rintis dan
tinjauan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta menggunakan analisis statistik
deskriptif, Fuzzy Delphi Method (FDM) dan model Rasch.
Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan (DDR)
(Richey & Klein, 2007) berdasarkan permasalahan, persoalan dan objektif seperti ditunjukkan
pada Jadual 1.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
3
Jadual 1: Ringkasan reka bentuk kajian berdasarkan tujuan penyelidikan
Permasalahan
kajian Persoalan kajian Objektif kajian
Kerangka
teori kajian
Reka
bentuk
kajian
Ketidakrangkuman
kajian spesifik
tentang kriteria
pelaburan emas
secara syariah
Apakah kriteria yang
diperlukan untuk membina
panduan pelaburan emas
secara syariah?
Mengenal pasti
kriteria yang
diperlukan dalam
pembinaan panduan
pelaburan emas
secara syariah.
Teori Rukun
Akad (TRA),
Teori Syarat
al-Bay’
(TSB),
Teori Bay’ al-
Sarf (TBS)
Analisis
Ketidaksepakatan
ulama tentang
hukum-hakam
transaksi emas
Bagaimanakah bentuk
Instrumen Pelaburan Emas
Patuh Syariah (iPEPS) yang
disepakati oleh pakar
muamalat?
Membangunkan
Instrumen Pelaburan
Emas Patuh Syariah
(iPEPS) yang
disepakati pakar
muamalat.
Teori al-ijma'
Reka
Bentuk
Pembuktian
panduan pelaburan
emas secara
empirikal
berkualiti tinggi
Sejauh manakah tahap
kualiti Instrumen Pelaburan
Emas Patuh Syariah
(iPEPS) sebagai alat
pengukuran pematuhan
syariah dalam pelaburan
emas di Malaysia?
Menilai tahap kualiti
Instrumen Pelaburan
Emas Patuh Syariah
(iPEPS) berdasarkan
pelaburan emas di
Malaysia.
Teori respons
item Penilaian
Fasa 1 ialah analisis kajian keperluan terhadap panduan PEPS serta bentuk kriteria bagi dimensi
dan itemnya. Data dikutip melalui kajian deskriptif terhadap literatur lepas serta soal selidik
terhadap 56 orang pelabur emas dan temu bual bersama tiga orang pakar muamalat Islam. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan nilai peratusan dan penelitian terhadap transkrip temu
bual. Fasa 2 merupakan proses mendapatkan kesepakatan pakar terhadap kontruk PEPS yang telah
dikenal pasti. Data diperoleh melalui soal selidik menggunakan TD melibatkan 13 orang pakar
sebanyak dua pusingan. Analisis data dilakukan menggunakan kaedah TD klasik berdasarkan
UKB melalui nilai median dan JAK serta kaedah FDM.
Fasa 3 pula ialah kajian penilaian terhadap kualiti instrumen PEPS yang telah dibangunkan untuk
mengukur kepatuhan syariah pelaburan emas di Malaysia. Data dikutip daripada 27 orang
responden kajian rintis dan 40 responden kajian tinjauan sebenar yang terdiri daripada pelabur dan
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
4
institusi pelaburan emas. Analisis kedua-dua data tersebut dilakukan menggunakan model
pengukuran Rasch. Tahap kualiti instrumen tersebut dinilai dari aspek kesahannya meliputi
kebolehpercayaan, kalibrasi skala pemeringkatan, unidimensi, polariti item, kesepadanan dan
kebezaan kefungsian item. Selain itu profil PEPS di Malaysia juga dibentuk menggunakan model
pengukuran tersebut. Ringkasan metodologi kajian berpandukan pendekatan DDR ditunjukkan
pada Jadual 2.
Jadual 2: Ringkasan metodologi berdasarkan kajian DDR
Reka bentuk
kajian
Pengumpulan
data Instrumen kajian Sampel kajian Analisis data
Analisis
Kajian Literatur Dokumentasi -
Analisis deskriptif
Kajian Keperluan Temu bual
berstruktur
3 pakar
muamalat Analisis deskriptif
Kajian Keperluan Soal selidik
(Aneka pilihan) 56 pelabur emas
Frekuensi
Peratusan
Reka
Bentuk
2 pusingan
Teknik Delphi
Soal selidik (Skala
Likert 4-poin)
13 pakar
muamalat
Mod, Median dan
Julat Antara Kuartal
Fuzzy Delphi Method
Penilaian
Kajian Rintis Soal selidik (Skala
Likert 4-poin) 27 pelabur emas
Model Pengukuran
Rasch
Kajian Tinjauan Soal selidik (Skala
Likert 4-poin)
40 pelabur dan
institusi
pelaburan emas
Model Pengukuran
Rasch
Setiap instrumen soal selidik yang digunakan dipastikan mempunyai indeks kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian rintis turut dilakukan pada data Fasa Penilaian sebelum
kajian tinjauan sebenar dilakukan. Proses terakhir kajian ini menemukan tiga dimensi dan 32 item.
Jumlah dimensi sebanyak tiga ditetapkan oleh pengkaji mengikut kajian literatur dan dipersetujui
oleh tiga orang pakar yang ditemu bual serta 13 peserta TD. Namun, jumlah item mengalami
perubahan hasil semakan pada setiap fasa seperti ditunjukkan pada Jadual 3.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
5
Jadual 3: Jumlah item mengikut fasa kajian
Fasa Kajian Jumlah
Item Awal Kaedah Semakan
Jumlah
Item Akhir Hasil
Analisis -
32
Kajian literatur
(Penyelidik)
Semakan pakar (3 orang)
32
34
Item B05 dan B15
ditambah.
Reka
Bentuk
34 Teknik Delphi
(13 pakar)
33 Item B05 dan B15
digugurkan.
Item C11 ditambah.
Penilaian 33 Analisis Model Rasch
(Kajian rintis)
32 Item A03 digugurkan.
3.0 Dapatan Fasa Analisis
Pembangunan iPEPS dimulakan pada peringkat Fasa Analisis bagi mengenal pasti kriteria
panduan patuh syariah komprehensif yang diperlukan dalam pelaburan emas. Dapatan kajian
membuktikan 100 peratus pelabur emas sangat memerlukan suatu panduan untuk memilih
pelaburan emas yang menepati kehendak syariah. Panduan tersebut diperlukan untuk membantu
mereka memilih produk yang betul dan berkat serta memastikan pelaburan mereka adalah halal.
Reka bentuk panduan yang diperlukan ialah berbentuk suatu instrumen yang dapat menilai
kepatuhan syariah pelaburan emas ditawarkan oleh institusi pelaburan. Panduan tersebut perlu
bersifat ringkas, ayatnya boleh difahami dan boleh diaplikasikan oleh semua pihak termasuk oleh
orang awam.
Dapatan ini sejajar dengan perintah al-Quran supaya mukmin mematuhi hukum Islam secara
syumul dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT:
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
6
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam
(mematuhi hukum-hukumnya) seluruhnya; dan janganlah kamu menurut
jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata.
(al-Baqarah, 2:208)
Selain itu, dapatan kajian ini turut mengukuhkan dapatan kajian oleh Lokmanulhakim et al. (2012)
bahawa masyarakat memerlukan panduan tentang perkara tersebut kerana kebanyakan produk
pelaburan emas di Malaysia tidak patuh syariah. Hasil analisis juga menunjukkan semua responden
termasuk pakar muamalat bersetuju bahawa panduan berbentuk instrumen sebagai alat menilai
kepatuhan syariah bagi aktiviti pelaburan emas lebih diperlukan oleh pelabur emas dan masyarakat
awam di Malaysia. Dapatan ini agak berbeza dengan kajian Rosnah (2013) yang memperoleh
panduan yang diperlukan adalah suatu profil mengandungi senarai amalan terbaik organisasi
pembelajaran untuk sekolah Malaysia. Walaupun begitu, dapatan berbeza berlaku atas
kebarangkalian faktor sifat kajian dan responden yang berbeza.
Panduan pelaburan emas dibina berdasarkan pandangan literatur lepas dan seterusnya dipersetujui
oleh pakar muamalat. Kriterianya dikenal pasti berdasarkan TRA, TSB, TBS di samping penelitian
ke atas PPE dan undang-undang di Malaysia yang berkaitan. TRA menghasilkan dimensi bagi
panduan tersebut terdiri daripada tiga (3) elemen, iaitu (a) pelabur dan institusi pelaburan; (b)
barang dan harga; dan (c) akad tawaran pelaburan. Pemilihan ketiga-tiga dimensi tersebut diakui
oleh ketiga-tiga (100%) pakar muamalat yang ditemu bual serta bertepatan dengan pandangan
tokoh-tokoh ulama empat mazhab (al-Zuhayli, 1989; Sabiq, 1993) bahawa rukun akad terdiri
daripada pihak yang berakad, subjek yang diakad dan sighah akad. Ketiga-tiga rukun ini turut
dipersetujui dan diperincikan oleh al-Syarbini (1994) dan al-Khin et al. (1987) meliputi pembeli
sebagai subjek (مثمن) dan barang (ثمن) iaitu pihak yang berakad, harga ,(مشتر) dan penjual (بائع)
yang diakad serta penawaran (إيجاب) dan penerimaan (قبول) sebagai sighah akad.
Selain itu, kriteria pelaburan emas dikenal pasti melalui kajian dokumentasi dan analisis deskriptif
terhadap kajian-kajian lepas, termasuklah karya ulama silam dan kontemporari. Dokumen
berkaitan seperti PPE JAKIM, akta-akta kerajaan serta panduan oleh BNM turut digunakan untuk
tujuan tersebut. Hal ini diakui oleh penyelidik lain (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988) sebagai
cara meningkatkan kesahan kandungan sesuatu instrumen. Pemilihan item bagi setiap dimensi
dibuat dan dianalisis secara meta data. TSB menghasilkan 21 kriteria bagi PEPS sementara TBS
menghasilkan enam kriteria. Sebanyak 27 kriteria diperoleh daripada PPE di samping empat
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
7
kriteria lain yang dikenal pasti berdasarkan akta dalam undang-undang di Malaysia. Dua kriteria
kemudiannya ditambah hasil cadangan pakar yang melakukan semakan awal.
Oleh itu, terdapat 34 kriteria telah dikenal pasti bagi setiap dimensi panduan tersebut, iaitu lima
kriteria berada di bawah dimensi ‘Pelabur dan institusi pelaburan’, 19 pada dimensi ‘Barang dan
harga’ sementara 10 kriteria di bawah dimensi ‘Akad tawaran pelaburan’. Item yang telah dibina
di bawah ketiga-tiga dimensi tersebut seterusnya dibuat kajian pada pusingan pertama TD sebagai
proses awal untuk mendapatkan kesepakatan pakar. Jadual 4 menunjukkan rumusan sumber
kriteria yang dikenal pasti diperlukan bagi pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah.
Jadual 4: Rumusan mengenal pasti kriteria panduan pelaburan emas secara syariah
Dimensi
(TRA) Item
Sumber Kriteria
PPE TSB TBS Undang-
undang
Pakar
Penilai
PIP
A01 TSB
(U01/14)
AK1950
AUD1971
A02 TSB
(U02/14)
AK1950
AUD1971
A03 PPE No.2 (b) TSB
(U03/14)
A04 ABN
2009
AS 1965
A05 IFSA 2013
BDH
B01 PPE No.4 TSB
(U04/14)
B02 PPE No.4 TSB
(U05/14)
B03 PPE No.5 TSB
(U06/14)
B04 PPE No.6 TSB
(U09/14)
B05 √
B06 PPE No.6 (c) TSB
(U10/14)
B07 PPE No.6 (c) TSB
(U11/14)
B08 PPE No.6 (c) TSB
(U12/14)
B09 PPE No.6 (c) TSB
(U13/14)
B10 PPE No.10 (b),
15
TSB
(U14/14)
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
8
B11 PPE No.10 (a) TBS
(K03/06)
B12 PPE No.13 (b) TSB
(U07/14)
B13 PPE No.20 TSB
(U08/14)
B14 PPE No.3 TSB
(U16/14)
B15 √
B16 PPE No.12,
15,16
TSB
(U15/14)
B17 PPE No.10 (a) TBS
(K04/06)
B18 PPE No.12 TBS
(K05/06)
B19 PPE No.22 TBS
(K06/06)
ATP
C01 PPE No.7 TSB
(U17/14)
C02 PPE No.14 TBS
(K02/06)
C03 PPE No.11 TSB
(U18/14)
C04 PPE No.4, 20, 21 TSB
(U19/21)
C05 PPE No.20, 21
C06 PPE No.18
C07 PPE No.20 TSB
(U20/21)
C08 PPE No.20
C09 PPE No.23 TSB
(U21/21)
C10 TBS
(K01/06)
Semua item yang dipilih sebagai kriteria iPEPS tersebut lebih spesifik tentang pelaburan emas
berbanding kriteria-kriteria umum badan piawai antarabangsa seperti DJIM, S&P dan MPS SC
yang hanya menyentuh status patuh syariah dalam sekuriti pasaran modal. Hal ini turut memenuhi
cadangan Ho et al. (2012) supaya suatu piawai yang universal ditetapkan untuk diguna pakai oleh
semua pihak kerana wujudnya perbezaan kriteria patuh syariah antara badan-badan piawai
tersebut. Secara langsung proses pemilihan item dalam pembangunan iPEPS ini telah mencapai
tujuan kajian menambah baik panduan pelaburan emas sedia ada tersebut seperti disyorkan oleh
MPS institusi-institusi kewangan Malaysia (JAKIM, 2012c). Pemilihan kriteria iPEPS
berdasarkan pembahagian umum dan khusus dalam kajian ini juga bertepatan dengan kajian al-
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
9
Misri (1999), al-Kamali (2002), Saddam (2006) dan Lokmanulhakim et al. (2012) yang turut
melakukan demikian. Perkara ini disebabkan transaksi emas melibatkan kriteria umum jual beli
(al-bay’) dan syarat khusus dalam jual beli mata wang (bay’ al-sarf).
4.0 Dapatan Fasa Pembangunan
Pembangunan iPEPS diteruskan pada Fasa Reka Bentuk melalui penglibatan pakar muamalat, iaitu
seramai 13 orang peserta TD sebanyak dua pusingan. Bilangan ini bertepatan dengan syor yang
dikemukakan oleh Dalkey et al. (1972) serta memenuhi cadangan ramai pengkaji Delphi lain
seperti Linstone (1978), Martino (1983), Reid (1988), Delbecq et al. (1975) dan Ziglio (1996) iaitu
antara tujuh hingga 15 orang. Fasa ini merupakan pengesahan kepada kriteria PEPS yang
dihasilkan pada fasa sebelum ini melalui kajian literatur. Dapatan kajian ini dianalisis melalui
statistik deskriptif pada kedua-dua pusingan TD serta disokong oleh data analisis FDM.
Dua item, iaitu B05 dan B15 ditolak pada pusingan kedua TD kerana mempunyai kesepakatan
yang tinggi untuk menolaknya dengan nilai JAK (0.00) dan Mdn (2.00). Penolakan ini disokong
oleh data FDM yang menunjukkan nilai d threshold kedua-dua item ialah 0.338 dan kesepakatan
pakar ialah sebanyak 38 peratus. Item-item lain termasuklah satu item baru (C11) dikekalkan
kerana memenuhi syarat nilai d threshold item kurang daripada 0.2 (d≤ 0.2) seperti cadangan Chen
(2000) dan Cheng & Lin (2002) serta mempunyai peratus kesepakatan pakar melebihi 75 peratus
(≥75%) seperti cadangan Chu & Hwang (2008) dan Murry & Hammons (1995).
Dapatan kajian turut menunjukkan panel pakar TD telah bersepakat untuk menerima ketiga-tiga
dimensi bagi iPEPS tanpa sebarang perubahan. Pemakaian ketiga-tiga dimensi iPEPS juga lebih
menyeluruh berbanding dokumen patuh syariah sedia ada di Malaysia seperti panduan MPS SC
yang hanya berkaitan sekuriti patuh syariah (SC, 2013). Kesepakatan terhadap kriteria item iPEPS
pula merangkumi beberapa aspek transaksi semasa yang tidak dinyatakan secara jelas dalam PPE
seperti larangan ‘kunci harga’ (lock price) yang tidak boleh dibatalkan, (trade-in) emas lama
dengan emas lain dengan berat berlainan serta teknik sewaan emas yang kini ditawarkan dalam
pasaran. Sebagai contohnya, kaedah ‘kunci harga’ agak popular dalam pelaburan emas mutakhir
ini kerana harga yang dikunci tidak terjejas dengan perubahan naik turun harga emas yang berlaku
setiap minit. Namun, kaedah ini biasanya tidak memenuhi kehendak syariah kerana wa’ad (janji)
tersebut bersifat telah berlaku kontrak jual beli kerana wajib ditunaikan dan tidak boleh dibatalkan.
Penetapan kriteria ini bertepatan dengan kajian Zuhaili & Dahlan (2015) yang mencadangkan
wa’ad melalui ‘kunci harga’ tidak boleh menjadi kemestian untuk disempurnakan. Hal ini kerana
wa’ad daripada pelabur hanyalah sebagai lindung nilai daripada perubahan nilai, bukanlah
mengandungi akad mu’awadat yang bersifat lazim dan perlu ditunaikan. Kriteria berdasarkan
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
10
senario transaksi pelaburan emas kontemporari tersebut juga memenuhi hasrat resolusi MPS IFI
di Malaysia dalam muzakarah kali ke-8 pada 29 Mei 2012 yang meminta PPE perlu dikemas kini
serta kajian lanjut perlu dilakukan (JAKIM, 2012c). Dapatan kajian ini memperlengkapkan
panduan PPE sedia ada untuk diguna pakai oleh masyarakat.
Selain itu, kriteria umur 18 tahun untuk melabur, institusi berdaftar dengan pihak kerajaan serta
mempunyai ahli jawatankuasa syariah juga penambahbaikan kepada panduan PPE sedia ada.
Penetapan 18 tahun sebagai umur minimum untuk melakukan transaksi bertepatan dengan
pendapat fiqh Abu Hanifah dan mazhab al-Maliki. Ia juga bertepatan dengan Akta Kontrak 1950,
Akta Umur Dewasa 1971 serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 yang
mendefinisikan ‘orang muda’ dan umur orang dewasa apabila seseorang mencapai 18 tahun.
iPEPS turut mengambil kira aspek undang-undang lain di Malaysia dengan tambahan kriteria
pelesenan dan kewujudan jawatankuasa syariah. Hal ini bertepatan dengan ABN 2009 seksyen 2
(1) dan Akta Syarikat 1965 seksyen 4 tentang pelesenan institusi pelaburan serta IFSA 2013
seksyen 30 (1) berkaitan penubuhan jawatankuasa syariah.
Ringkasnya, sebanyak tiga dimensi dan 33 item bagi kriteria PEPS yang telah disepakati oleh pakar
adalah (i) Dimensi “Pelabur dan Institusi Pelaburan” yang mengandungi lima item; (ii) Dimensi
“Barang dan Harga Emas” yang mengandungi 17 item; dan (iii) Dimensi “Akad Tawaran
Pelaburan” yang mengandungi 11 item. Proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar
ditunjukkan pada Rajah 1.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
11
Rajah 1: Rumusan proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar
5.0 Dapatan Fasa Penilaian
Kajian diteruskan pada fasa terakhir untuk menilai tahap kualiti iPEPS berdasarkan pelaburan
emas di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan model pengukuran Rasch
bagi mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan tersebut. Penggunaan model ini lebih tepat untuk
mendapatkan ciri kualiti sesuatu instrumen yang menyeluruh. Ini dibuktikan melalui kajian
Pusingan 1
Analisis Delphi
Analisis FDM
30 item mencapai kesepakatan yang tinggi
untuk dipersetujui.
Dua item mencapai kesepakatan yang
sederhana (B05, B15).
Dua item mendapat cadangan
penambahbaikan struktur ayat (B18, C02).
Satu item baru dicadangkan sebagai
penambahan (C11).
TEKNIK
Dimensi disepakati:
Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP).
Barang dan Harga (BDH).
Akad Tawaran Pelaburan (ATP)
Pusingan 2
Analisis Delphi
Analisis FDM
Dua item mencapai kesepakatan yang tinggi
untuk ditolak (B05, B15).
Dua item penambahbaikan struktur ayat
mencapai kesepakatan yang tinggi untuk
diterima (B18, C02).
Satu item baru mencapai kesepakatan yang
tinggi untuk diterima (C11).
Kesepakatan tahap tinggi
untuk menerima 3 dimensi dan 33 item:
Dimensi Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP) – 5 item
Dimensi Barang dan Harga (BDH) – 17 item
Dimensi Akad Tawaran Pelaburan (ATP) – 11 item
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
12
perbandingan oleh K. E. Green & Frantom (2002) dengan menggunakan model Rasch dan tidak
menggunakannya telah membuktikan kajian yang dianalisis menggunakan model Rasch
memberikan maklumat yang lebih berbanding dengan analisis biasa.
Penilaian ini dilakukan untuk memastikan iPEPS sebagai alat pengujian yang memenuhi ciri
kualiti yang baik. Hal ini kerana instrumen berkualiti perlu memenuhi kriteria sebagai alat
pengujian yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta ciri
kepenggunaan yang baik (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988). Tahap kualiti iPEPS ditentukan
melalui analisis pengukuran Rasch melalui enam elemen, iaitu (a) kebolehpercayaan; (b) ketepatan
skala pengukuran; (c) kearahan dimensi; (d) kesahan konstruk; (e) kesesuaian padanan; dan (f)
kesesuaian keobjektifan (Bond & Fox, 2015; Azrilah, 2013; Linacre, 2012 & Rasch, 1980).
Kajian ini telah berjaya menghasilkan iPEPS yang berkualiti tinggi serta dapat mengukur secara
baik dan normal. Perkara ini disokong melalui bukti empirikal bahawa instrumen tersebut
mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan konstruk yang tinggi serta bersifat unidimensi.
Skala pemeringkatan yang digunakan juga adalah baik kerana dapat dibezakan oleh mereka yang
terlibat dengan kontrak pelaburan emas. Item-item dalam instrumen ini sepadan walaupun terdapat
tiga item yang mempunyai unsur bias. Semuanya hasil kebarangkalian andaian yang tinggi oleh
pelabur emas bahawa produk pelaburan emas yang disertai oleh mereka adalah patuh syariah
sedangkan kebanyakan institusi pelaburan yang menawarkan produk tersebut menganggap
sebaliknya. Oleh itu, pola patuh syariah menunjukkan tahap kepatuhan yang diandaikan oleh
pelabur emas adalah lebih tinggi berbanding institusi pelaburan emas.
Selain itu, analisis tahap kualiti iPEPS melalui model Rasch turut berupaya menghasilkan profil
pematuhan pelaburan emas di Malaysia melalui dua aspek, iaitu (a) Kriteria yang mudah dan sukar
untuk dipatuhi; dan (b) Tahap pematuhan syariah dalam pelaburan emas di Malaysia. Bukti
empirikal menunjukkan tahap patuh syariah dalam pelaburan emas di Malaysia secara umumnya
adalah sederhana dan masih memerlukan perubahan serta penambahbaikan. Statistik kajian
menunjukkan lebih separuh institusi pelaburan emas mempunyai komitmen sederhana untuk patuh
syariah. Namun, agak mendukacitakan kerana terdapat 22.5% institusi tidak mempunyai
komitmen untuk patuh syariah. Hanya 7.5% institusi mempunyai komitmen tinggi untuk patuh
syariah dengan dua daripadanya (5%) memenuhi semua kriteria yang ditetapkan. Baki 95 peratus
institusi pelaburan emas tidak mempunyai ahli penasihat syariah, iaitu salah satu daripada dua item
(6.25%) yang paling sukar dipenuhi selain keperluan pendaftaran dengan pihak berwajib. Aspek
yang paling mudah untuk dipenuhi pula adalah tentang berat dan bentuk emas yang diketahui oleh
pelabur. Rumusan kesahan iPEPS dan bentuk profil pelaburan emas di Malaysia berdasarkan
analisis model Rasch ditunjukkan pada Jadual 5.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
13
Jadual 5: Rumusan kualiti iPEPS
Elemen Analisis Data Rumusan
Kebolehpercayaan
item Item r=0.94
Item mempunyai nilai
kebolehpercayaan item yang
tinggi.
Kebolehpercayaan
person Person r=0.94
Item mempunyai nilai keboleh-
percayaan responden yang
tinggi.
Pengasingan item 3.98 Item mempunyai nilai
pengasingan item yang baik.
Pengasingan
person 4.12
Item mempunyai nilai
pengasingan responden yang
baik.
Kalibrasi skala
pemeringkatan
Julat nilai pengasingan s antara setiap
pemeringkatan: 1.4 < s < 5.0.
Skala adalah baik, tiada
penindihan antara skala dan
arasnya boleh dibezakan.
Unidimensi
Nilai varians yang boleh dijelaskan
dalam pengukuran 69.4% (melebihi
50%)
Nilai varians yang tidak dapat
dijelaskan 5.2% (kurang daripada
15%)
Instrumen mengukur pada satu
arah tanpa kesamaran atau unsur
meragukan.
Polariti item
Tiada nilai PTMEA CORR yang
negatif dan kebanyakan item berada
pada julat (0.4 – 0.8)
Instrumen adalah baik dan
mengukur secara normal.
Kesepadanan item
Terdapat dua item (A04; B09) yang
sama-sama melebihi julat infit MNSQ
(0.5<y<1.5) dan nilai z-std (+-2).
Semua item dikekalkan kerana
mempunyai nilai PTMEA CORR
yang positif dan mengukur
secara normal.
Kesepadanan
person
Terdapat satu item (P392) yang sama-
sama melebihi julat infit MNSQ
(0.5<y<1.5) dan outfit z-std (+-2),
namun nilai infit z-std masih dalam
julat.
Semua item dikekalkan kerana
mempunyai nilai PTMEA CORR
yang positif dan mengukur
secara normal.
Kebezaan
kefungsian item
(DIF)
Tiga item (A02; B17; C06)
mempunyai nilai skor DIF melebihi
nilai terkawal t = (+/-2).
Item-item tersebut mempunyai
respons bias yang menunjukkan
kebarangkalian pelabur bahawa
produk pelaburan emas adalah
patuh syariah sedangkan
sebaliknya bagi institusi
pelaburan.
Item mudah dan
sukar
Sangat sukar dipatuhi = 2 item (6.3%)
Sukar dipatuhi = 17 item (53.1%)
Mudah dipatuhi = 12 item (37.5%)
Sangat mudah dipatuhi = 1 item
(3.1%)
Kebanyakan item adalah sukar
dipatuhi terutamanya dari aspek
kewujudan ahli penasihat
syariah.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
14
Pematuhan
syariah
Tiada komitmen = 9 (22.5%)
Komitmen rendah = 6 (15%)
Komitmen sederhana = 22 (55%)
Komitmen tinggi = 3 responden
(7.5%)
Majoriti institusi pelaburan emas
tidak patuh syariah dengan hanya
7.5% yang mempunyai
komitmen tinggi untuk patuh
syariah.
6.0 Penutup
Kajian ini telah mencapai ketiga-tiga objektif yang dirangka, iaitu (i) Mengenal pasti kriteria yang
diperlukan dalam pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah; (ii) Membangunkan
Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar muamalat; dan (iii)
Menilai tahap kualiti Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) berdasarkan pelaburan
emas di Malaysia. iPEPS yang mempunyai ciri kualiti yang baik berjaya dibentuk terdiri daripada
tiga dimensi dan 32 item. Instrumen ini boleh diguna pakai untuk semakan atau audit patuh syariah
pelaburan emas serta sebagai asas kajian berkaitan produk patuh syariah pelaburan lain pada masa
akan datang.
Rujukan
Al-Qur'an al-Karim
al-Kamali, 'Abd al-Rauf bin Muhammad bin Ahmad. (2002). Al-Ziyadah wa Atharuha fi al-
Mu'awadat al-Maliyyah. Kuwait: Muassasah Gharas li Nasyr wa al-Tauzi'.
al-Khin, Mustafa, Mustafa al-Bugha & 'Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik:
Matba’ah al-Sabah.
al-Misri, Rafiq Yunus. (1999). Ahkam al-Bay’ wa Syira’ Hulli al-Dhahab wa al-Fiddah. Damsyik:
Dar al-Qalam.
al-Syarbini, Syams al-Din, Muhammad bin Ahmad al-Khatib. (1994). Mughni al-Muhtaj ila
Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Syawkani, Muhammad bin al-'Ali. (1987). Al-Durari al-Madiyyah Syarh al-Durr al-Bahiyyah.
Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
15
Azrilah Abdul Aziz, Mohd Saidfudin Masodi & Azami Zaharim. (2013). Asas Model Pengukuran
Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Bond, Trevor G., & Christine M. Fox. (2015). Applying the Rasch Model (3rd ed.). New York:
Routledge Taylor & Francis Group.
Chu, Hui-Chun, & Gwo-Jen Hwang. (2008). A Delphi-based Approach to Developing Expert
systems with the Cooperation of Multiple Experts. Expert Systems with Applications, 34
(4), 2826-2840. doi: 10.1016/j.eswa.2007.05.034
Dalkey, Norman Crolee, Daniel L. Rourke, Ralph Lewis & et al. (1972). Studies In The Quality of
Life: Delphi and Decision-making. Lexington, Massachusetts: Lexington Books.
Delbecq, André L., Andrew H. Van de Ven & David H. Gustafson. (1975). Group Techniques for
Program Planning: A Guide to nominal Group and Delphi Process. Glenview, Illinois:
Scott, Foresman and Company.
Green, Kathy E., & Catherine G. Frantom. (2002). Survey Development and Validation with the
Rasch Model. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Questionnaire
Development, Evaluation, and Testing 2002, Charleston, SC.
Ho, Catherine Soke Fun, Omar Masood, Asma Abdul Rehman & et al. (2012). Syariah Accounting
and Compliant Screening Practices. Qualitative Research in Financial Markets, 4 (2/3),
240-254. doi: 10.1108/17554171211252556
JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2012). Rumusan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat
Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-8 Tahun 2012. Portal Rasmi Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia. Capaian 31 Mac 2013. http://www.islam.gov.my/en/rumusan-
muzakarah-ahli-majlis-penasihat-syariah-institusi-kewangan-di-malaysia-kali-ke-8-
tahun-2012
Linacre, John Michael. (2012). A User's Guide to Winsteps/Ministeps Rasch-model Computer
Programs. Chicago, IL: Winsteps.com.
Linstone, Harold A. (1978). The Delphi Technique: Handbook of Futures Research (J. Fowles
Ed.). Westport, CT: Greenwood Press.
Lokmanulhakim Hussain, Mohamed Fairooz Abdul Kadir, Mohd Bahroddin Badri & et al. (2012).
Analisis Syariah Terhadap Produk-produk Pelaburan Emas di Malaysia. Research Paper
(Bil. No. 36/2012): International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
16
Martino, Joseph P. (1983). Technological Forecasting for Decision Making. New York: Elsevier
Science Publishing.
Messick, Samuel B. (1995). Validity of Psychological Assessment. American Psychologist, 50 (9),
74-149.
Murry, John W., & James O. Hammons. (1995). Delphi, a Versatile Methodology for Conducting
Qualitative Research. The Review of Higher Education, 18 (4), 423-436.
Rasch, Georg W.. (1980). Probabilistic Models for Some Intelligence and Attainment Tests.
Chicago: University of Chicago Press.
Reid, Norma. (1988). The Delphi Technique: Its Contribution to the Evaluation of Professional
Practice. Dlm. R. Ellis (Ed.), Professional Competence and Quality Assurance in the
Caring Professions. London: Chapman & Hall.
Richey, Rita C, & James D Klein. (2007). Design and Development Research: Methods, Strategies
and Issues. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Rosnah Ishak. (2013). Pembinaan Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran untuk Sekolah
Malaysia. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sabiq, Al-Sayyid. (1993). Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Fath li al-A'lam al-'Arabi.
Saddam, 'Abd al-Qadir 'Abd Allah. (2006). Bay' al-Dhahab wa al-Fiddah. Amman: Dar al-Nafais.
SC, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (2013). Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (29 November 2013). Kuala Lumpur: Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia.
Wainer, Howard, & Henry I. Braun. (1988). Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates.
Ziglio, Erio. (1996). The Delphi Method and its Contribution to Dicision-making. Dlm. M. Adler
& E. Ziglio (Ed.), Gazing Into the Oracle: The Delphi Method and Its Application to Social
Policy and Public Health. London: Jessica Kingsley.
Zuhaili, Muhamad Zuhaili Saiman & Ahmad Dahlan Salleh. (2015). Kajian Konsep al-Wa'ad dan
al-Wa'dan menerusi Kaedah 'Lock Price' dalam Urusniaga Bertangguh Emas Fizikal. Dlm.
Nik Abdul Rahim et al. (Ed.), Prosiding Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa &
E-PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA
17
Perundangan Islam 2015 Batam Indonesia, 300-314. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.