Upload
anasflyaway
View
247
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ok
Citation preview
ISI KANDUNGAN
BIL. TOPIK MUKA SURAT CATATAN1. Penghargaan 3
2. Soalan A (Berpasangan) :
i : Jadual Penentu Ujian
ii : 20 Soalan Aneka Pilihan
4
5
6
3. Soalan B (Individu) :
a : i) Pengiraan Indeks Kesukaran dan Indeks
Diskriminasi
: ii) Huraian Keberkesanan Item atau
Soalan
b : Penulisan Laporan dan Refleksi
11
12
14
36

5. Bibliografi 38
6. Lampiran A : Borang Kolaborasi
Lampiran B : Soalan
39
42
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin
kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Amalan Pentaksiran Dalam
Matematik ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan
bermakna dalam hidup saya sebagai seorang guru pelatih. Pengalaman yang saya
perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja
dalam hidup. Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan
pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu berkaitan cara
menjalankan amalan pentaksiran dalam Matematik.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
kami iaitu Puan Hasmaja Binti Hj. Shamsudin dan Encik Cheah Tong Tiat kerana
mereka berdua telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang
menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau berdua amat membantu saya dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.
Oleh itu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang
telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini.
Selain itu saya turut berterima kasih kepada rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyiapkan
tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
SOALAN A
BIL TOPIK / OBJEKTIF PEMBELAJARAN
(NOMBOR BULAT : TAHUN 5)
PENGETAHUAN ( MUDAH)
NO. SOALAN
KEFAHAMAN(SEDERHANA )NO. SOALAN
APLIKASI( SUKAR )
NO. SOALAN
ANALISIS(SUKAR)
NO. SOALAN
JUMLAH
1 Nombor sehingga1 000 000
1 dan 6 8 13 4
2 Penambahan sehingga1 000 000
2 dan 7 9 14 4
3 Penolakan sehingga1 000 000
3 10 15 18 4
4 Pendaraban sehingga1 000 000
4 11 16 19 4
5 Pembahagian sehingga1 000 000
5 12 17 20 4
JUMLAH 7 5 5 3 20
JADUAL PENENTU UJIAN
20 SOALAN ANEKA PILIHAN
1. ‘Enam puluh empat ribu tujuh ratus dua’ Dua puluh ribu lima ratus sembilan puluh satu’ ditulis dalam angka ialah
A 6 472 C 64 702
B 6 402 D 64 072
2. 32 845 + 33 195 =
A 66 040 C 65 040
B 55 920 D 56 040
3. 73 204 – 9 048 =
A 101 654 C 62 166
B 64 156 D 74 256
4. 4 346 X 27 =
A 102 342 C 118 342
B 107 342 D 117 342
5. 45 720 dibahagikan kepada 18
A 2 450 C 2 540
B 2 580 D 2 440
6. Kira jumlah 2528 + 1144 – 1391
A 2281 C 1662
B 1672 D 2211
7. 50 604 di tulis dalam perkataan ialah
A lima puluh ribu enam puluh empat C lima puluh ribu enam puluh empat
B lima puluh ribu enam puluh empat D lima puluh ribu enam puluh empat
8. 242 725 + 63 489 + 1278 =
A 307 504 C 308 504
B 307 492 D 307 592
9. 565 384 – 321 426 – 17 055 =
A 226 903 C 233 903
B 143 958 D 343 903
10. 8 642 X 100 =
A 86 420 C 864 200
B 8 642 D 86 402
11.Cari hasil bahagi bagi nombor berikut 82 648 ÷ 100
A 82 648 C 826.48
B 8264.8 D 82.648
12. 41 515 – 1 943 + 32 945 =
A 2 517 C 39 572
B 72 517 D 76 303
13. Pada tahun 2011 terdapat 82 824 orang pelajar di sebuah kolej. Pada tahun 2012 bilangan pelajar bertambah sebanyak 24 157. Berapakah bilangan pelajar kolej pada tahun 2012 ?
A 106 981 C 111 004
B 84 835 D 84 836
14.
Hari Isnin Selasa Rabu
Bilangan ban 124 318 125 364
Jika jumlah bilangan ban yang telah dijual dalam tiga hari itu ialah 275 640, berapakah bilangan ban yang dijual pada hari Selasa? A 26 968 C 151 322
B 25 958 D 152 322
15. Kedai Roti Best menghasilkan 27 640 buku roti sehari. Berapa bukukah roti yang dapat dihasilkan oleh kedai roti itu dalam 14 hari ? A 376 969 C 386 950
B 357 550 D 386 960
16. Jasmine membuat 64 344 biji biskut. Dia memasukkan setiap 14 biji biskut ke dalam sat beg plastik. Berapakah bilangan beg plastik yang diperlukan ?
A 192 C 2 352
B 2 342 D 4 596
17. Terdapat 167 orang murid perempuan dan 157 orang murid lelaki di sebuah
dewan. Antara murid itu 97 orang memakai cermin mata. Berapakah bilangan murid yang tidak memakai cermin mata ?
A 227 C 324
B 156 D 421
18. – 135 164 – 2 750 = 264 357
Apakah nombor yang mesti ditulis dalam itu ?
A 261 607 C 129 193
B 127 562 D 126 443
19. Antara berikut yang manakah betul ?
A 423 X 1 000 = 42 300 C 640 X 1 000 = 640 000
B 7 900 X 100 = 70 900 D 180 X 1 000 = 18 000
20. Cari baki apabila 5 890 dibahagikan dengan 100. A 0 C 80
B 9 D 90
KEBERKESANAN ITEMS
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 1
1. ‘Enam puluh empat ribu tujuh ratus dua’ Dua puluh ribu lima ratus sembilan puluh satu’ ditulis dalam angka ialah
A 6 472 C 64 702
B 6 402 D 64 072
Ulasan soalan :
Seramai 29 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 7 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya
seorang tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 9 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 2 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.86, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.09, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 2
2. 232 845 + 33 195 =
A 66 040 C 65 040
B 55 920 D 56 040
Ulasan soalan :
Seramai 36 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini dan tiada seorang pun murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini dan tiada
sesiapa pun yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 1, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 3
3. 73 204 – 9 048 =
A 101 654 C 62 166
B 64 156 D 74 256
Ulasan soalan :
Seramai 32 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 4 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya
seorang tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat hanya seorang sahaja yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 1, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 4
4. 4 346 X 27 =
A 102 342 C 118 342
B 107 342 D 117 342
Ulasan soalan :
Seramai 32 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 4 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah pula, seramai 9 orang murid daripada 11
orang murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini.
Namun, terdapat 2 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.9, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.18, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 5
5. 45 720 dibahagikan kepada 18
A 2 450 C 2 540
B 2 580 D 2 440
Ulasan soalan :
Seramai 31 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 5 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 9 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 2 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
hanya terdapat seorang sahaja yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.86, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu -0.09, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi negatif kerana pencapaian bagi kumpulan skor rendah lebih
baik daripada pencapaian bagi kumpulan skor tinggi. Justeru, item atau
soalan ini tidak baik dan perlu dibuang segera.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4 dan ianya
mempunyai diskriminasi negatif. Intihanya, item atau soalan ini perlu
dibuang segera.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 6
6. Kira jumlah 2528 + 1144 – 1391
A 2281 C 1662
B 1672 D 2211
Ulasan soalan :
Seramai 34 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 2 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 9 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 2 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.9, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.18, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 7
7. 50 604 di tulis dalam perkataan ialah
A lima puluh ribu enam puluh empat C lima puluh ribu enam puluh empat
B lima puluh ribu enam puluh empat D lima puluh ribu enam puluh empat
Ulasan soalan :
Seramai 36 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini dan tiada seorang pun murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini dan tiada
sesiapa pun yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 1, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
Soalan ini juga mempunyai kesalahan di mana guru tidak dapat
mengesan kesalahan iaitu memberikan pilihan jawapan yang sama bagi
keempat-empat pilihan. Oleh itu guru perlulah lebih peka di masa
hadapan ketika membina item atau soalan yang lebih berkualiti.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 8
8. 242 725 + 63 489 + 1278 =
A 307 504 C 308 504
B 307 492 D 307 592
Ulasan soalan :
Seramai 35 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Hanya seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
hanya terdapat seorang sahaja yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.95, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.09, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 9
9. 565 384 – 321 426 – 17 055 =
A 226 903 C 233 903
B 143 958 D 343 903
Ulasan soalan :
Seramai 24 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 12 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 8 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 3 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 9 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
hanya terdapat 2 orang sahaja yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.77, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu -0.09, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi negatif kerana pencapaian bagi kumpulan skor rendah lebih
baik daripada pencapaian bagi kumpulan skor tinggi. Justeru, item atau
soalan ini tidak baik dan perlu dibuang segera.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada dua kehendak
iaitu memenuhi indeks kesukaran yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8
namun, indeks diskriminasi berada di nombor negatif yang mana
sepatutnya berada melebihi 0.4 dan ianya mempunyai diskriminasi
negatif. Intihanya, item atau soalan ini perlu dibuang segera.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 10
10.8 642 X 100 =
A 86 420 C 864 200
B 8 642 D 86 402
Ulasan soalan :
Seramai 31 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 5 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 7 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 4 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.82, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.37, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang sederhana. Justeru, item atau soalan perlu
diubasuai.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada kedua-dua
kehendak iaitu tidak memenuhi indeks kesukaran yang mana sepatutnya
berada di antara 0.3 dan 0.8 namun ianya hampir memenuhi indeks
diskriminasi yang mana berada di 0.37 hampir-hampir pada 0.4. Intihanya,
item atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 11
11.Cari hasil bahagi bagi nombor berikut 82 648 ÷ 100
A 82 648 C 826.48
B 8264.8 D 82.648
Ulasan soalan :
Seramai 16 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 20 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 7 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 4 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 2 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 9 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.41, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.45, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi. Justeru, item atau soalan ini sangat sesuai
dan boleh diterima serta disimpan segera dalam bank soalan.
Kesimpulannya, soalan ini memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran iaitu 0.41 yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi iaitu 0.45 yang mana berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini sangat sesuai dan boleh diterima serta perlu segera
disimpan di dalam bank soalan.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 12
12.41 515 – 1 943 + 32 945 =
A 2 517 C 39 572
B 72 517 D 76 303
Ulasan soalan :
Seramai 32 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 4 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 8 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 3 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.86, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.27, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang sederhana. Justeru, item atau soalan perlu
diubasuai.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada kedua-dua
kehendak iaitu tidak memenuhi indeks kesukaran yang mana sepatutnya
berada di antara 0.3 dan 0.8 namun ianya hampir memenuhi indeks
diskriminasi yang mana berada di 0.27 hampir-hampir pada 0.4. Intihanya,
item atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 13
13. Pada tahun 2011 terdapat 82 824 orang pelajar di sebuah kolej. Pada tahun 2012 bilangan pelajar bertambah sebanyak 24 157. Berapakah bilangan pelajar kolej pada tahun 2012 ?
A 106 981 C 111 004
B 84 835 D 84 836
Ulasan soalan :
Seramai 33 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 3 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 8 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 3 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.86, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu rendah atau mudah. Oleh itu, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.27, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang sederhana. Justeru, item atau soalan perlu
diubasuai.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada kedua-dua
kehendak iaitu tidak memenuhi indeks kesukaran yang mana sepatutnya
berada di antara 0.3 dan 0.8 namun ianya hampir memenuhi indeks
diskriminasi yang mana berada di 0.27 hampir-hampir pada 0.4. Intihanya,
item atau soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 14
14.
Hari Isnin Selasa Rabu
Bilangan ban 124 318 125 364
Jika jumlah bilangan ban yang telah dijual dalam tiga hari itu ialah 275 640, berapakah bilangan ban yang dijual pada hari Selasa? A 26 968 C 151 322
B 25 958 D 152 322
Ulasan soalan :
Seramai 18 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 18 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi seramai 8 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 3 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah seramai 4 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun
terdapat 7 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.55, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.36, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang sederhana. Justeru, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada kedua-dua
kehendak iaitu memenuhi indeks kesukaran iaitu 0.55 yang mana berada
di antara 0.3 dan 0.8 namun ianya hampir memenuhi indeks diskriminasi
yang mana berada di 0.36 hampir-hampir pada 0.4. Intihanya, item atau
soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 15
15. Kedai Roti Best menghasilkan 27 640 buku roti sehari. Berapa bukukah roti yang dapat dihasilkan oleh kedai roti itu dalam 14 hari ? A 376 969 C 386 950
B 357 550 D 386 960
Ulasan soalan :
Seramai 28 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 8 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan
ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 10 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 1orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 5 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 6 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.68, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.45, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi. Justeru, item atau soalan ini sangat sesuai
dan boleh diterima serta disimpan segera dalam bank soalan.
Kesimpulannya, soalan ini memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran iaitu 0.68 yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi iaitu 0.45 yang mana berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini sangat sesuai dan boleh diterima serta perlu segera
disimpan di dalam bank soalan.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 16
16. Jasmine membuat 64 344 biji biskut. Dia memasukkan setiap 14 biji biskut ke dalam sat beg plastik. Berapakah bilangan beg plastik yang diperlukan ?
A 192 C 2 352
B 2 342 D 4 596
Ulasan soalan :
Seramai 21 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 15 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 3 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 8 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.64, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.72, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi. Justeru, item atau soalan ini sangat sesuai
dan boleh diterima serta disimpan segera dalam bank soalan.
Kesimpulannya, soalan ini memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran iaitu 0.64 yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi iaitu 0.72 yang mana berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini sangat sesuai dan boleh diterima serta perlu segera
disimpan di dalam bank soalan.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 17
17. Terdapat 167 orang murid perempuan dan 157 orang murid lelaki di sebuah dewan. Antara murid itu 97 orang memakai cermin mata. Berapakah bilangan murid yang tidak memakai cermin mata ?
A 227 C 324
B 156 D 421
Ulasan soalan :
Seramai 22 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 14 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 9 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 3 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 3 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 8 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.55, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.55, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi. Justeru, item atau soalan ini sangat sesuai
dan boleh diterima serta disimpan segera dalam bank soalan.
Kesimpulannya, soalan ini memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran iaitu 0.55 yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi iaitu 0.55 yang mana berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini sangat sesuai dan boleh diterima serta perlu segera
disimpan di dalam bank soalan.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 18
18. – 135 164 – 2 750 = 264 357
Apakah nombor yang mesti ditulis dalam itu ?
A 261 607 C 129 193
B 127 562 D 126 443
Ulasan soalan :
Seramai 12 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 24 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 5 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan hanya 6 orang
tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 2 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 9 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.31, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.27, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang sederhana. Justeru, item atau soalan perlu
diubahsuai.
Kesimpulannya, soalan ini hanya memenuhi satu daripada kedua-dua
kehendak iaitu memenuhi indeks kesukaran iaitu 0.31 yang mana berada
di antara 0.3 dan 0.8 namun ianya hampir memenuhi indeks diskriminasi
yang mana berada di 0.27 hampir-hampir pada 0.4. Intihanya, item atau
soalan ini perlu diubahsuai.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 19
19.Antara berikut yang manakah betul ?
A 423 X 1 000 = 42 300 C 640 X 1 000 = 640 000
B 7 900 X 100 = 70 900 D 180 X 1 000 = 18 000
Ulasan soalan :
Seramai 22 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 14 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, seramai 11 orang murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik dan tiada seorang
pun tidak dapat menjawab soalan ini.
Bagi kumpulan skor rendah, seramai 2 orang murid daripada 11 orang
murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini. Namun,
terdapat 9 orang yang tidak dapat menjawab soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0.59, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai sederhana. Oleh itu, item atau soalan boleh diterima.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0.81, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi. Justeru, item atau soalan ini sangat sesuai
dan boleh diterima serta disimpan segera dalam bank soalan.
Kesimpulannya, soalan ini memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran iaitu 0.59 yang mana berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi iaitu 0.81 yang mana berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini sangat sesuai dan boleh diterima serta perlu segera
disimpan di dalam bank soalan.
ANALISIS ITEM ATAU SOALAN 20
20.Cari baki apabila 5 890 dibahagikan dengan 100. A 0 C 80
B 9 D 90
Ulasan soalan :
Seramai 4 orang daripada 36 orang murid yang mendapat jawapan betul
bagi soalan ini. Seramai 32 orang murid yang tidak dapat menjawab
soalan ini dengan baik.
Bagi kumpulan skor tinggi, tiada seorang pun murid daripada 11 orang
kesemuanya berjaya menjawab soalan ini dengan baik
Bagi kumpulan skor rendah juga, tiada seorang murid pun daripada 11
orang murid berjaya mendapatkan jawapan yang betul bagi soalan ini.
Untuk indeks kesukaran, iaitu 0, item atau soalan ini dikategorikan
sebagai terlalu sukar. Oleh itu, item atau soalan perlu diubahsuai.
Bagi indeks diskriminasi pula, iaitu 0, item atau soalan ini mempunyai
diskriminasi positif yang rendah. Justeru, item atau soalan perlu dibina
semula.
Kesimpulannya, soalan ini tidak memenuhi kedua-dua kehendak indeks
kesukaran yang mana sepatutnya berada di antara 0.3 dan 0.8 dan indeks
diskriminasi yang mana sepatutnya berada melebihi 0.4. Intihanya, item
atau soalan ini perlu diubahsuai.
LAPORAN
Berdasarkan soalan yang telah dihasilkan hanya terdapat satu soalan yang
bermasalah dari segi pemilihan jawapannya iaitu soalan 7 yang mana guru tidak peka
dengan soalan yang telah dihasilkan. Terdapat pemilihan jawapan yang sama bagi
keempat-empat jawapan.
Secara keseluruhannya hanya terdapat 5 soalan yang boleh diterima dan perlu
disimpan segera di dalam bank soalan iaitu soalan 11, 15, 16, 17, dan 19 yang mana
soalan ini mempunyai indeks diskriminasi positif yang tinggi dan soalan atau item
bersifat sederhana.
Soalan yang perlu diubahsuai sedikit terdapat sebanyak 2 iaitu soalan 14 dan 18.
Soalan yang perlu diubahsuai banyak terdapat 3 iaitu soalan 10, 12, dan 13. Hal ini
kerana indeks diskriminasi yang ditunjukkan soalan atau item menunjukkan ianya
hampir kepada nilai positif tinggi dan soalan atau item bersifat sederhana.
Soalan yang perlu dibina semula terdapat sebanyak 7 iaitu soalan 1, 2, 3, 4, 6, 7,
dan 8. Soalan ini majoritinya terlalu senang atau mudah dan indeks diskriminasinya
pula adalah positif rendah.
Terdapat tiga soalan yang tidak boleh diterima yang mana soalan tersebut ialah
soalan 5 dan soalan 9 kerana ianya mempunyai diskriminasi negatif. Manakala soalan
20 pula soalannya terlalu sukar untuk dijawab murid.
REFLEKSI
Pelaksanaan tugasan ini banyak membantu saya membentuk budaya guru yang
bakal saya terapkan semasa dalam sesi persekolahan nanti. Hal ini kerana tugasan
yang berupa jurnal serta membuat rancangan pengajaran harian berdasarkan tajuk
jurnal membantu saya melihat kepentingan topik Matematik tersebut terhadap dunia
luar. Tajuk yang telah saya pilih adalah Nombor Bulat. Justeru dengan pembacaan
mengenai Amalan Pentaksiran dalam Matematik telah meluaskan lagi pengetahuan
saya berkaitan tajuk ini. Buku dan bahan bacaan ini juga sarat dengan ilmu yang saya
perlukan. Pembacaan ini sangat berguna bagi saya dan membantu meningkatkan
budaya guru dalam diri saya.
Pada peringkat permulaan, saya susah mencari petunjuk untuk membuat soalan
yang sesuai bagi saya membuat tugasan ini. Setelah pembacaan dibuat di
perpustakaan IPG serta pencarian dibuat melalui internet, akhirnya saya berjaya
memperoleh tajuk dan cara menyediakan pentaksiran yang sesuai dengan saya.
Pembacaan dibuat dan input yang diperoleh telah saya saringkan maklumat.
Dalam membuat item dan analisis pada peringkat awal saya agak menghadapi
masalah. Kekurangan idea menyekat saya meneruskan dalam menyediakan soalan
yang bermutu dan menarik perhatian murid. Setelah bacaan demi bacaan dibuat
akhirnya ia merangsang minda saya memikirkan soalan yang sesuai bagi menjalankan
amalan pentaksiran saya. Idea melalui beberapa buku sedikit sebanyak membantu
saya menyediakan soalan dan membuat analisis items.
Kesimpulannya semasa melakukan tugasan kerja kursus ini saya amat
bersyukur kerana secara tidak langsung saya dapat mempelajari dengan baik tugasan
topik yang akan saya depani di sekolah. Justeru dengan ini saya amat berharap
tugasan seperti ini dapat diperkembangkan dan diamalkan lagi dalam tugasan pada
masa depan.
Bibliografi
Mok Soon Sang (2010) : A Primary Education Course in MATHEMATIS for Post
Graduate Diploma (K.P.L.I), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.
Mok Soon Sang (2000) : Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) : Penilaian Kendalian Sekoalh. Kuala
Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) : Pukal Latihan Kursus Orientasi
Matematik KBSR, Modul 2 : Penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik KBSR. Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
LAMPIRAN A :
BORANG KOLABORASI
REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR :
KUMPULAN : PISMP-MT SEMESTER/PERINGKAT : SEMESTER 6
MATA PELAJARAN : AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK
PENSYARAH PEMBIMBING : PN. HASMAJA BT HJ. SHAMSUDDIN
EN. CHEAH TONG TIAT
TARIKH PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
22.07.2012 Menerima soalan tugasan
dan taklimat ringkas
daripada pensyarah mata
pelajaran-
Pn. Hasmaja bt. Hj.
Shamsudin
Tugasan perlu dihantar
selewat-lewatnya pada 02
SEPTEMBER 2012
Memahami kehendak soalan
Memulakan proses mencari
maklumat.
23.07.2012 En. Cheah Tong Tiat
memberi sedikit panduan
kerja kursus.
Bertanya Pn. Hasmaja dan
En. Cheah untuk bertanya
skop soalan.
30.07.2012
hingga
15.08.2012
Mencari dan mencatat
maklumat
Mencari maklumat di
perpustakaan
Membuat catatan nota
Catatan bibliografi
15.08.2012
hingga
16.08.2012
Mengadakan
perbincangan dengan
rakan –rakan.
Bekongsi maklumat yang
diperoleh.
Menyusun maklumat tersebut.
Menganalisis maklumat
berdasarkan kehendak
tugasan
Membuat huraian terperinci.
17.08.2012
hingga
Proses menyiapkan
tugasan
Mula membuat tugasan yang
diberikan dengan
sepenuhnya.
18.08.2012
19.08.2012
hingga
20.08.2012
Menaip tugasan
sepenuhnya
Penambahbaikan tugasan.
Mencari maklumat tambahan.
21.08.2012 Menyusun maklumat Mengemaskini maklumat.
Menyiapkan bahagian-
bahagian lain di dalam
tugasan tersebut.
Membuat semakan tugasan
yang telah dibuat.
02.00.2012 Menghantar kerja kursus
kepada Pn. Hasmaja bt.
Hj. Shamsudin