Upload
ngokhuong
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN MENGENAI
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH
SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU
ADAWIYAH HAYATI BINTI ADNAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA: SATU TINJAUAN MENGENAI TAHAP
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH
DAERAH KUALA TERENGGANU
ADAWIYAH HAYATI BINTI ADNAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
iii
iv
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah melimpahkan kurnia dan rahmatNya bagi
memudahkan saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya dalam
jangkamasa yang telah ditetapkan melalui pelbagai cabaran dan dugaan.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Haji Aziz
Nordin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari awal kajian
hinggalah ianya disiapkan. Sesungguhnya saya amat menghargai segala pandangan dan
teguran yang membina dari beliau.
Tidak lupa juga rakaman terima kasih ini saya tujukan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
memberikan saya kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih yang tak
terhingga kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala
Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan
Sekolah Menengah Bandar Kuala Terengganu. Tidak dilupakan rakan-rakan
seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan
penyelidikan ini. Jasamu tetap ku kenang.
v
DEDIKASI
Sekalung budi, sejunjung kasih buat........................
Ayahanda yang kusanjungi
Hj. Adnan Bin Ismail
Ibunda yang tercinta
Hjh Wan Nurizam Binti Wan Ismail
Kekanda dan adinda yang dikasihi
Ahmad Azrin Adnan & Maldiana Abd Fatah
Ahmad Azlan Adnan & Nor Azizah Hj Razali
Mohd Razali Adnan & Norliza
Nurul Ashikin Adnan
Mohd Hanif Adnan
Anak buah tersayang
Zafran Adli Razali
Rakan seperjuangan
Faridah, Zuraidah, Sabariah, Diana
Insan teristimewa
Naem Idham
Kau Ilhamku
vi
ABSTRAK
Tajuk Formula dan Persamaan Kimia mengandungi konsep-konsep yang
abstrak dan sering dilaporkan sukar untuk dipelajari oleh pelajar. Kajian ini adalah
bertujuan untuk menyelidik tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan
Pesamaan Kimia. Kajian dijalankan di tiga buah sekolah di Daerah Kuala Terengganu,
Terengganu. Setiap pelajar diberikan satu set soalan soal selidik yang terbahagi kepada
bahagian. Bahagian A ialah maklumat latar belakang responden, Bahagian B terdiri
soalan berbentuk skala Likert mengenai persepsi dan minat pelajar dalam mempelajari
kimia manakala bahagian C terdiri daripada soalan berbentuk struktur untuk melihat
kefahaman responden tentang tajuk Formula dan Persamaan Kimia. Data yang diperolehi
dijadualkan serta dihuraikan dengan cara statistik deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi dalam mempelajari kimia.
Namun begitu, tahap kefahaman responden tentang tajuk Formula dan Persamaan Kimia
adalah sederhana. Selain itu, terdapat beberapa masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam tajuk ini.
vii
ABSTRACT
Formula and Chemical Equation topic stands from abstract concepts and
has always been claimed as difficult to be learned by students. A research has been
conducted to determine student’s comprehenssion in Formula and Chemical Equation.
The research took place at three schools in the district of Kuala Terengganu. 191 form
four students were involved in this study. Questionnaires were distributed to each student.
It consisted of 3 sections, section A requires the respondents to fill in their self
particulars. In section B, questions presented using a Likert scale were aimed to
investigate respondent’s perception and interest in chemistry subject while in section C
structured question were formulated to determine student’s understanding of Formula and
Chemical Equation. Data were analyzed in a table form and evaluation have been made
that the respondents have an alarming interest in chemistry learning but respondent’s
comprehenssion level for this topic is still in an average. Besides, there were also other
problems faced by the students while studying this topic.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
ix
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 9
2.2 Pengetahuan Asas Sains dan Matematik 10
2.3 Kelemahan Menguasai Sesuatu Hukum atau Konsep 11
2.4 Faktor Sikap dan Minat Pelajar 12
2.5 Masalah dari Segi Bahasa dan Istilah 13
2.6 Masalah Dari Segi Kandungan dan Topik Yang Sukar 13
2.7 Kurang Cekap Dalam Penyelesaian Masalah 13
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 15
3.2 Reka Bentuk Kajian 15
3.3 Tempat Kajian 16
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 16
3.5 Instrumen Kajian 17
3.6 Prosedur Kajian 18
3.7 Analisis Data 18
BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 21
4.2 Analisis Data 21
4.3 Analisis Latar Belakang Responden
Bahagian (A) 22
4.3.1 Sekolah 22
x
4.3.2 Jantina 22
4.3.3 Bangsa 23
4.3.4 Pencapaian Mata Pelajaran Sains Dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 23
4.3.5 Jangkaan Gred Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 24
4.3.6 Tahap Pendidikan Bapa 25
4.3.7 Tahap Pendidikan Ibu 25
4.4 Analisis Kecenderungan Minat dan Persepsi Pelajar Dalam Mempelajari Kimia 26
4.4.1 Analisis Faktor Minat Terhadap Mata Pelajaran Kimia 27
4.4.2 Analisis Faktor Penggunaan Makmal Dalam Mempelajari Kimia 28
4.4.3 Analisis Faktor Rakan Dalam Mempelajari Kimia 29
4.4.4 Analisis Faktor Ibubapa Dalam Mempelajari Kimia 30
4.4.5 Analisis Faktor Guru Dalam Mempelajari Kimia 31
4.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Responden Dalam Tajuk Formula dan Persamaan Kimia (Bahagian C) 33
4.5.1 Analisis Aspek 1 (Nama Ion) 34
4.5.2 Analisis Aspek 2 (Formula Ion) 35
4.5.3 Analisis Aspek 3 (Cas) 36
4.5.4 Analisis Aspek 4 (Formula Kimia) 36
4.5.5 Analisis Aspek 5 (Persamaan Kimia) 38
4.6 Tahap Kefahaman Responden Bagi Tajuk Formula dan Persamaan Kimia 40
xi
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 41
5.2 Perbincangan 42
5.2.1 Kecenderungan Minat dan Persepsi Responden Mempelajari Kimia 42
5.2.1.1 Faktor Minat Pelajar Dalam Mempelajari Kimia 42
5.2.1.2 Faktor Penggunaan Makmal Dalam Mempelajari Kimia 42
5.2.1.3 Faktor Rakan Dalam Mempelajari Kimia 43
5.2.1.4 Faktor Ibubapa Dalam Mempelajari Kimia 43
5.2.1.5 Faktor Guru Dalam Mempelajari Kimia 43
5.2.2 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Tajuk Formula Dan Persamaan Kimia 44
5.2.3 Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Tajuk Formula dan Persamaan 45 Kimia
5.3 Kesimpulan 46
5.4 Implikasi Kajian Terhadap Pendidikan 46
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 47
5.6 Penutup 48
RUJUKAN 49
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 17
3.2 Tahap Kefahaman 19
4.1 Taburan responden berdasarkan sekolah 22
4.2 Taburan jantina responden yang dikaji 22
4.3 Taburan bangsa responden 23
4.4 Taburan keputusan PMR mata pelajaran sains responden 23
4.5 Taburan Jangkaan SPM mata pelajaran kimia responden 24
4.6 Taburan tahap pendidikan bapa responden 25
4.7 Taburan tahap pendidikan ibu responden 25
4.8 Taburan responden mengenai minat terhadap mata pelajaran kimia 27
4.9 Taburan persepsi responden tentang Penggunaan makmal dalam mempelajari Kimia 29
4.10 Taburan persepsi responden tentang rakan dalam mempelajari kimia 29
4.11 Taburan persepsi responden tentang Ibubapa dalam mempelajari kimia 30
4.12 Taburan persepsi responden tentang guru dalam mempelajari kimia 32
4.13 Taburan aspek yang dikaji 33
4.14 Taburan penguasaan responden bagi persamaan ion 34
xiii
4.15 Taburan penguasaan responden bagi menyatakan formula ion 35
4.16 Taburan penguasaan responden bagi mengingati cas 36
4.17 Taburan penguasaan responden berkaitan dengan formula kimia 37
4.18 Taburan penguasaan responden berkaitan dengan persamaan kimia 38
4.19 Tahap kefahaman pelajar secara keseluruhan 40
xiv
LAMPIRAN
Lampiran A : Maklumat diri pelajar dan set lembaran soalan
Lampiran B :Skema jawapan soal selidik
Lampiran C : Surat kelulusan EPRD
Lampiran D : Surat Akuan Pelajar
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Negara kini sedang berusaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun
2020. Bagi merealisasikannya, negara memerlukan sebuah masyarakat yang
berpendidikan, celik sains dan bijak dalam pelbagai bidang. Pendidikan di Malaysia
merupakan satu usaha untuk mengembangkan potensi individu secara berterusan dengan
hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(KPM 1989).
Pendidikan sains merupakan salah satu elemen penting yang wajar diberi
penekanan dalam sistem pendidikan negara untuk menyampaikan pengetahuan kepada
sumber manusia yang terlatih dan mahir. Ini kerana sains juga merupakan satu bidang
keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk memahami fenomena di sekeliling mereka.
Pembelajaran sains memberi kefahaman tentang susunan dan kesalinghubungan yang
terdapat dengan Pencipta alam. Ia membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran asas sains supaya mereka boleh menghadapi kehidupan harian dengan lebih
berkesan dan bermakna.
2
Mata pelajaran kimia merupakan salah satu mata pelajaran sains yang diperkenal
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mata pelajaran ini wajib diambil oleh mana-
mana pelajar yang memasuki aliran sains. Dalam pembelajaran, pencapaian akademik
seseorang pelajar bergantung kepada pembelajarannya. Sekiranya terdapat faktor-faktor
negatif yang mempengaruhi pembelajaran, maka pencapaian akademik yang baik sukar
diperolehi oleh pelajar. Oleh itu, mata pelajaran kimia perlu diterapkan secara optimum
agar matlamat pelajar, ibubapa, guru dan negara tercapai.
Jesteru itulah, pelbagai strategi pengajaran pembelajaran diperkenalkan dan
digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar tentang apa yang dipelajarinya.
Perkara-perkara yang dapat mendorong pelajar dalam sains ialah aktiviti seperti latih tubi
untuk mengukuhkan fakta baru, pemberian ganjaran dalam bentuk hadiah, pujian atau
perbuatan, pembelajaran melalui “hands-on” dan “minds-on” yang bersesuaian dengan
perkembangan kognitif belajar berfikir tentang proses pembelajaran dan membina
pemahaman yang tesendiri kerana guru hanyalah sebagai pemudahcara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Coles dan Marriot, 1991).
Oleh itu, satu kajian untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman tajuk
Formula dan Persamaan Kimia di kalangan pelajar Tingkatan 4 akan dijalankan. Ini perlu
untuk memastikan sistem pengajaran kimia bagi tajuk Formula dan Persamaan Kimia
dapat dilakukan dengan lebih berkesan dihayati dalam menjelaskan fenomena harian bagi
tujuan membudayakan sains dalam kehidupan seharian pelajar.
1.2 Latar belakang masalah
Mata pelajaran kimia merupakan mata pelajaran elektif bagi mereka yang
mengambil aliran sains. Ia memerlukan pelajar berfikir secara kreatif, memahami konsep
dan mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari bidang kimia.
3
Namun, ramai pelajar kurang berminat dalam mata pelajaran kimia. Mereka
beranggapan kimia suatu mata pelajaran yang sukar difahami dan di pelajari. Kajian
Gussarsky dan Gorodetsky (1998) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak dapat
memahami konsep Formula dan Persamaan Kimia.
Kimia sememangnya merupakan satu mata pelajaran yang mengandungi banyak
formula, peraturan, prinsip dan persoalan yang perlu diselesaikan. Formula sains
merupakan satu rumusan sains yang ringkas dan sangat berguna dalam menyelesaikan
permasalahan sains. Formula-formula sains ini mungkin wujud dalam bentuk gabungan
nombor-nombor, huruf-huruf, abjad dan simbol-simbol yang sukar dipelajari. Kebolehan
pelajar mengingat kembali serta memilih formula yang sesuai untuk menyelesaikan
permasalahan kimia merupakan cabaran yang sangat tinggi dalam kehidupan mereka
sebagai seorang pelajar (Aziz Nordin dan Tai Say Moi, 2000).
Kajian yang dijalankan oleh Berquist (1990) menunjukkan walaupun pelajar telah
diajar tentang tajuk Persamaan Kimia namum pelajar masih tidak dapat menyelesaikan
permasalahan persamaan kimia sekalipun mereka diberi soalan yang mudah. Pelajar
seringkali menggunakan logik tanpa memahami konsepnya yang sebenar.
Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kurangnya kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep selalunya menggalakkan pelajar menghafal sebagai
contoh, pelajar menghafal sesuatu takrifan tanpa memahami apa yang mereka perkatakan.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi hasil pembelajaran seseorang pelajar. Faktor
seperti latar belakang pelajar, sikap, motivasi, proses pendidikan termasuklah kaedah
pengajaran guru dan lain-lain faktor boleh memberi kesan kepada hasil pembelajaran
(Alias Baba, 1989).
Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah kelemahan dan masalah yang sering
dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari tajuk Formula dan Persamaan Kimia
sehinggakan terdapat soalan-soalan mudah tidak dapat dijawab oleh pelajar.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah ketidakkukuhan penguasaan pelajaran merupakan antara masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar di dalam mempelajari konsep semasa pembelajaran kimia.
Masalah sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh para pendidik. Mereka seharusnya
berusaha untuk mencari alternatif bagi mempelbagaikan kaedah dan strategi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran supaya segala konsep dan pengetahuan yang hendak
disampaikan mudah difahami oleh pelajar.
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang pernah dijalankan oleh guru kimia
mendapati kebanyakan pelajar masih lagi keliru menjawab soalan-soalan ringkas
berkaitan tajuk Formula dan Persamaan Kimia seperti mengingati cas, menyatakan
formula sebatian dan membina persamaan kimia yang seimbang.
Berasaskan kepada keadaan inilah pengkaji ingin membuat penyelidikan yang
bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar dalam mempelajari tajuk Formula dan Persamaan Kimia Tingkatan 4.
1.4 Objektif kajian
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti minat pelajar dalam mempelajari kimia.
2. Mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam
tajuk Formula dan Persamaan Kimia.
3. Mengukur tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan Persamaan
Kimia dalam mata pelajaran kimia KBSM Tingkatan 4.
5
1.5 Persoalan kajian
Perkara-perkara yang boleh menjadi persoalan kajian ini adalah:
1. Apakah minat pelajar dalam mempelajari kimia?
2. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam tajuk
Formula dan Persamaan Kimia?
3. Apakah tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk Formula dan Persamaan
Kimia dalam mata pelajaran kimia KBSM Tingkatan 4?