39
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PANDUAN PENULISAN AKADEMIK 1. PENDAHULUAN Panduan penulisan penulisan akademik disediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang untuk kegunaan calon yang menyediakan tugasan penulisan akademik sebagai memenuhi keperluan untuk tugasan Kerja Kursus Pendek, Projek dan sebarang penulisan akademik di peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan program-program lain yang terlibat. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh pelajar agar penulisan yang dihasilkan adalah bermanfaat dan menepati piawaian penulisan akademik. 2. FORMAT PENULISAN AKADEMIK 2.1 Kertas Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang- kurangnya 80gsm. 2.2 Penaipan

FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK

1. PENDAHULUAN

Panduan penulisan penulisan akademik disediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus

Pulau Pinang untuk kegunaan calon yang menyediakan tugasan penulisan akademik

sebagai memenuhi keperluan untuk tugasan Kerja Kursus Pendek, Projek dan sebarang

penulisan akademik di peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

dengan kepujian (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian

(PISMP), Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan program-program

lain yang terlibat. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh

pelajar agar penulisan yang dihasilkan adalah bermanfaat dan menepati piawaian

penulisan akademik.

2. FORMAT PENULISAN AKADEMIK

2.1 Kertas

Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.

2.2 Penaipan

Penulisan akademik mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon

hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.

2.2.1 Huruf

Calon mesti menggunakan font “Times New Roman” dengan saiz 12

poin.

Page 2: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

2.2.2 Langkauan

Penulisan akademik mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris

(double spacing). Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip

tanpa langkauan (single spacing) dalam teks:

i. Penghargaan.

ii. Petikan asal.

iii. Senarai rujukan.

iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.

v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.

vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

2.2.3 Penaipan tajuk

Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal

tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas.

2.3 Santak teks

Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).

2.4 Perenggan

i. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah

dimulakan santak kiri.

ii. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25 sm

dari birai kiri.

iii. Antara perenggan satu baris (sekali ‘enter’).

iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3

kali ‘enter’).

Page 3: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

v. Antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali ‘enter’). Perenggan baharu pada

bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurangkurangnya

dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka

surat baharu.

2.5 Birai (Margin)

Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:

i. Tepi sebelah atas :3.0sm

ii. Tepi sebelah kanan :2.5sm

iii. Tepi sebelah kiri :3.8sm

iv. Tepi sebelah bawah :2.5sm

Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah. (Rujuk lampiran B)

2.7 Penomboran muka surat

2.7.1 Kedudukan nombor muka surat

Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan

1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor

berkenaan.

2.7.2 Jenis nombor

Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1

penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan

(i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.

Muka surat judul hadapan penulisan penulisan akademik di anggap

1, tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman diletakkan pada muka

surat pertama selepas muka surat kedua judul. Teks, rujukan dan lampiran

Page 4: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan seterusnya) bermula pada muka

surat kedua teks.

2.8 Susunan Teks

Pihak IPG Kampus Pulau Pinang tidak menetapkan keperluan tertentu tentang

pecahan kecil susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada

keseluruhan penulisan akademik..

2.9 Nota kaki

Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam

penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat

penyelia masing-masing. Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan.

Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz

huruf 8 poin.

2.10 Jadual

2.10.1 Penomboran jadual

Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab)

dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab

jadual. Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual

dalam Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan

seterusnya.

2.10.2 Kedudukan Jadual

Page 5: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk

dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya

dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada

muka surat berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai

contoh) ‘Jadual 5,sambungan). Keterangan tidak diulangi. Jika jadual

petikan, rujukan mestilah dicatat.

2.10.3 Bentuk Jadual

Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis.

Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas

perangkaan disusun menegak dengan betul.

Contoh:

Jadual 3.1Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran____________________________________________Mata Pelajar PelajarPelajaran Lelaki Perempuan

____________________________________________

Matematik 52 72Fizik 85 65Biologi 70 86Kimia 66 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk landskap.

2.11 Rajah

Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang

tidak menyerupai skrip atau jadual.

2.11.1 Kedudukan Rajah

Page 6: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya

diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka

surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran

rajah juga berurutan.

2.11.2 Gambar foto

Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan

kemas.

2.12 Cetakan

Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak

hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4. SUSUNAN KANDUNGAN

Setiap Penulisan akademik mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan.

Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan

tertentu. Susunan dan kandungan penulisan Penulisan akademik perlu mengikut tertib

seperti berikut:

i. Halaman Judul

ii. Pengakuan

iii. Penghargaan

iv. Abstrak dalam Bahasa Melayu

v. Abstrak dalam Bahasa Inggeris

vi. Kandungan

vii. Senarai jadual

viii. Senarai rajah

ix. Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah

x. Teks Rujukan

Page 7: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

xi. Lampiran (jika ada)

4.1 Halaman judul

Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:

i. Judul Penulisan akademik (dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm

dari jidar))

ii. Nama penuh penulis (seperti dalam kad pengenalan / pasport

antarabangsa)

iii. Penulisan akademik yang dikemukakan, contohnya

PENULISAN AKADEMIK YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK

MEMENUHI SYARAT KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

(KKBI) / PROJEK

iv. Nama Pensyarah dan Jabatan

v. Nama Institut Pendidikan Guru

(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG)

vi. Tahun Penulisan akademik itu diserahkan untuk pemeriksaan.

4.2 Pengakuan / Declaration

Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di

tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan

menandatangani pengakuan tersebut. Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris

bagi penulisan akademik yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan.

4.3 Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Penulisan

akademik merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang

perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Penulisan akademik calon.

Page 8: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

4.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa

Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.

Abstrak berupa ringkasan penulisan akademik yang memberi pendedahan tentang

masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan

penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak

melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.

4.5 Kandungan

Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai

kandungan yang terdapat dalam Penulisan akademik, iaitu Bab, tajuk dan sub

tajuk yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras

seperti yang terdapat dalam teks. Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

4.6 Senarai jadual

Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini

mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah

seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan.

4.7 Senarai rajah

Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah

mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan sebagainya

yang terdapat dalam penulisan.

4.8 Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah

Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

Page 9: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

4.9 Teks

Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:

BAB1 : Pendahuluan

BAB 2: Tinjauan Literatur

BAB 3: Metodologi

BAB 4: Dapatan kajian

BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan

atau

BAB1 : Pendahuluan

BAB 2: Tinjauan Literatur

BAB 3: Metodologi

BAB 4: Dapatan dan Perbincangan

BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan

4.9.1 Rujukan

Sebarang Penulisan akademik yang menggunakan karya lain

sebagai rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang

menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan

dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya

tersebut perlu disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran

kepada rujukan dan diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM. Seksyen

ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN

ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka

surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan

ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak

dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih

daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak

tujuh ruang.

Page 10: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

4.9.2 Lampiran

Penulisan akademik tidak semestinya mengandungi lampiran.

Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh

soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau yang

tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang

dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai

LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

Page 11: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN A

Page 12: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEMPENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH

MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.

SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH

DISERTASI/TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN / DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

SILA TETAPKAN BIRAI (MARGIN) SEPERTI BERIKUT :

Tepi sebelah atas :6sm @ 2.35 inci

6 sm @ 2.35 inci

4 sm @ 1.55 inci

Page 13: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN L

Contoh kandungan

Page 14: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL vii

SENARAI RAJAH viii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Kaedah Pengajaran yang digunakan. 1

1.2 ……………………………………. …

1.2.1……………………… …

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR …

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN …

BAB 4 DAPATAN KAJIAN …

RUJUKAN 170

LAMPIRAN 178

Page 15: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN D

Contoh senarai jadual

Page 16: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

2.1 Julat pencapian subdimensi menganalisis 13

4.3 Kategori eksperimen yang dijalankan 59

4.5 Penggunaan istilsh di dalam kelas 63

Page 17: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx
Page 18: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN N

Contoh senarai rajah

Page 19: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

3.1 Carta pai peratus pencapaian PMR 10

5.3 Graf peratus pencapaian 45

5.5 Peta Konsep Piawai : Makenisme Pengangkutan 55 Bahan Merentasi Membran Plasma.

Page 20: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN B

Page 21: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

FORMAT PENULISAN AKADEMIK (TEMPLATE)

1. Birai (Margin)

2. Saiz kertas

Tepi sebelah atas :3.0sm @ 1.15 inci

Tepi sebelah bawah :2.5sm @ 1 inci

Tepi sebelah kiri :3.8sm @ 1.5 inci

1

2

3

Page 22: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

3. Langkauan (spacing) – double spacing

4. Huruf – Times New Roman saiz 12

Kertas A4

12

3

12

Page 23: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

5. Muka surat

6. Muka surat pertama setiap bab tidak dicetak nombor muka surat

2 - Sila klik disini

1 2

3

4 – Atas sebelah kanan

1

3

Page 24: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

7. Santak teks - Jusitfy

12

Page 25: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

(1 enter @ enter ke-2 selepas tajuk)

Bab ini akan membincangkan secara keseluruhan kajian dan permasalahan kajian. Seterusnya akan

melihat tujuan kajian dan persoalan kajian. Akhir sekali bab ini akan melihat kepentingan dan batasan

kajian yang dijalankan. Kerangka……

4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm

4 kali enter atau enter yang ke 5 dari ayat terakhir @ 4.0cm

2 kali enter , mula menaip di ‘enter’ ke 3 @ 5.0cm

Set ‘ CENTER’ dan ‘BOLD’

Perenggan pertama tidak perlu di TAB

Tekan butang TAB 1 kali Tajuk perlu

BOLD

Page 26: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

(1 enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas)

Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati

golongan berpendapatan bahawa ffsdfskfasfJgpjvjs[gpj gpapgjpgpg pdgjdjbzlbjztjp asfddfpsdfp adkadljf

sfklfjsd sdfkkjasjatjlvlzv dlgjgjjdgldgl…………

1.1 Kajian rintis

1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk

Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan leh penyelidik dan kajian rintis telah

dijalankan di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan unutk menguji

kemampuan instrument tersebut mengutip dana yang dikehendaki. Selepas beberapa pemerhatian

dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya senarai semak yang sesuai dan memenuhi

keperluan penyelidikan di kemukakan (Lampiran B)......................................................

(1 kali enter @ enter ke-2 selepas ayat terakhir di atas)

Kesalahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi berpengalaman dan

pensyarah universiti untuk membaca dan memberi komen. Senarai semak yang dibina juga telah

disemak dari segi bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan.

1.2 Kesahan dan kebolehpercayaan

Ensotan / indent 1.25cm (TAB 1 kali)

Subtajuk baharu - 2 kali enter atau enter yang ke 3 dari ayat terakhir

Page 27: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

1 kali enter @ enter ke-2 selepas tajuk

Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan tehadap senarai semak selepas kaji dijalankan dengan

menggunakan program SPSS.Nilai alpha bagi senarai semak yang atau yang dipakai dalam kajian

(Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak yang

sebelumnya (Lampiran A) adalah alpha 0.5………………….

Pastikan sekurang-kurangnya mengandungi dua baris yang lengkap di taip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada muka surat baharu.

Page 28: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN J

Page 29: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

5.0 sm

PENGAKUAN (2 kali enter)

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

15.11.1999 TandatanganSITI NORBAYA BT ABDULLAH

19980201486

nombor pendaftaran

Page 30: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

LAMPIRAN F

Page 31: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx

RUJUKAN

A Dictionary of Human Behaviour. (1981). Cambridge: Harper & Row Publisher.

Ahmad Kamal Ariffin. (2006).Tekanan Kerja Di Kalangan Kaunselor Pelajar Daerah Petaling. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya.

Al- Darmaki dan Fatima, R. (2004). Counselor Training , Anxiety and Counseling Self Efficacy : Implication For Training Psychology Student From The United Arab Emirates University. Social Behavior and Personality, 31, 497-508.

Allinder, Rose, M. (1996). Effects of Differential Implementation of Curriculum-Based Measurement .Exceptional Children, v62 n6 p525-35 May 1996

Anis Anwar (2005) Kaunseling Keluarga, blog Nur Qudrah Enterprise di perolehi pada Ogos 5, 2009.

Andi Audryanah Md. Noor. (2007). Kepimpinan Pengajaran Dan Efikasi Kendiri Pengetua Sekolah Menengah Dan Hubuungannya Dengan Pencapaian Akademik Sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan. Shah Alam. UiTM.

Anastasia, A. (1982). Psychological Testing. Ed. -5. New York : Mac Millan Publishing Co. Inc.

Arina Yasir (2007) Siapa kaunselor?diperolehi pada September 9, 2008 daripada siapa-kaunselor. Html.

Asrah Datok Ambas. 2003. Perkembangan Profesion Yang Berterusan. Seminar Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian Sumber Manusia. Kementerian Pendidikan Malaysia

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Selangor: PTS .Professional.

Azwan Ahmad , Abdul Ghani Abdullah , Mohammad Zohir Ahmad dan Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz. (2005). Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Kajian Yang Diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jilid 7. Disember 2005. Jurnal Penyelidikan, Universiti Sains Malaysia

Page 32: FORMAT PENULISAN AKADEMIK IPGKPP.docx