38
Format Penulisan Terdapat dua jenis iaitu Format A dan Format B. Format A sesuai untuk kajian lapangan yang memerlukan sumber dan maklumat di luar. Cth: Kajian di sekolah atau di tempat kerja. Format B sesuai untuk kajian teks atau kepustakaan. Cth: Kajian novel atau laporan akhbar.

Format Penulisan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Format Penulisan. Terdapat dua jenis iaitu Format A dan Format B. Format A sesuai untuk kajian lapangan yang memerlukan sumber dan maklumat di luar . Cth : Kajian di sekolah atau di tempat kerja . Format B sesuai untuk kajian teks atau kepustakaan . - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Format  Penulisan

Format Penulisan

Terdapat dua jenis iaitu Format A dan Format B.

Format A sesuai untuk kajian lapangan yang memerlukan sumber dan maklumat di luar.Cth: Kajian di sekolah atau di tempat kerja.

Format B sesuai untuk kajian teks atau kepustakaan.Cth: Kajian novel atau laporan akhbar.

Page 2: Format  Penulisan

Isi Kandungan format ABab 1: Pendahuluan

latar belakang kajian penyataan masalah objektif kajian kepentingan kajian skop kajian definisi istilah

Bab 2: Sorotan Literatur/Kajian subtajuk A, B atau C

Page 3: Format  Penulisan

Bab 3: Metodologi rekabentuk kajian kaedah kajian lokasi kajian populasi dan persampelan instrumen kajian prosedur/tatacara kajian kaedah menganalisis data

Bab 4: Hasil Kajian dan Perbincangan subtajuk A,B dan C

Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan

Page 4: Format  Penulisan

Isi Kandungan format BBab 1: Pendahuluan

latar belakang kajian penyataan masalah objektif kajian metodologi kajian

kepentingan kajian skop kajian definisi istilah

Bab 2: Sorotan Literatur subtajuk A, B atau C

Page 5: Format  Penulisan

Bab 3: Perbincangan Subtajuk A, B atau C

Bab 4: Kesimpulan dan Cadangan

Page 6: Format  Penulisan

TAJUK Tajuk ialah identiti penulisan. Tajuk yang baik merupakan satu pernyataan yang pendek, sempurna dan mudah difahami. Tajuk yang menggunakan istilah yang betul dapat membayangkan isi penulisan. Istilah dalam tajuk mesti berkaitan dengan isi dan analisis penulisan. Penggunaan tajuk yang tidak sesuai boleh mengagalkan penulisan tesis.

Page 7: Format  Penulisan

Disarankan setiap tajuk ditulis tidak melebihi 15 perkataan.

Contoh: 1. Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia.2. Gangguan Ekspresi Verbal Anak Autistik

Tinjauan Neuropsikolinguistik. 3. Konsep Pemikiran Melayu Nusantara

dalam Peribahasa Melayu.4. Struktur dan Tatabahasa Teks Berita

Surat Khabar Indonesia.

Page 8: Format  Penulisan

Abstrak

Rumusan yang menyeluruh tentang isi laporan kajian akademik.

Abstrak yang dapat menyampaikan maklumat jitu tentang kandungan kajian.

Abstrak penting untuk pembaca sama ada hendak meneruskan pembacaan manuskrip ataupun tidak.

Page 9: Format  Penulisan

Abstrak yang sempurna memiliki pernyataan masalah/ persoalan kajian, ringkasan metodologi dan dapatan kajian dengan hipotesis yang diuji.

Abstrak merupakan satu laporan sahaja. Elakkan daripada membuat sesuatu

penilaian, penambahan komen atau cadangan kajian lain.

Bagi Projek Ilmiah BBM 3990, penulisan abstrak tidak melebihi 200 patah perkataan.

Page 10: Format  Penulisan

Latar Belakang kajian

Dimulakan dengan huraian umum. Perbincangan ditumpu kepada

pengkhususan bidang yang akan dikaji. Isi tertumpu pada tajuk. Isi boleh dimulakan dengan sejarah,

kedudukan muktahir kajian atau isu semasa.

Sebaiknya isi tidak menyentuh definisi pada tajuk.

Page 11: Format  Penulisan

Pernyataan Masalah

Asas kepada haluan kajian. Pernyataan masalah akan memberi

panduan kepada penyelidik bagi memberi penumpuan pada analisis isu yang dikaji.

Perlu ditulis dengan bahasa yang mudah. Setiap ayat mesti mengandungi satu

makna dan satu maksud sahaja. Cara penyampaian pernyataan masalah

akan mempengaruhi reka bentuk kajian dan analisis.

Page 12: Format  Penulisan

Sebaiknya ditulis mengikut urutan:1. Sejarah masalah/perbincangan lampau2. Masalah dalam kajian.3. Tujuan masalah dikaji

Page 13: Format  Penulisan

Contoh (asas bagi penulis baru):1. Tulisan Jawi semakin terabai dan sedang

mengalami zaman kemerosotan.2. Akhbar jawi seperti Utusan Melayu tidak

mendapat tempat dalam pasaran media cetak

3. Anak-anak muda pada masa kini semakin buta akan sistem tulisan Jawi dan bilangannya semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Page 14: Format  Penulisan

4. Pencapaian mata pelajaran Jawi di sekolah semakin kurang memuaskan. Hal ini kerana telalu banyak penekanan diberikan kepada mata pelajaran sains dan bahasa Inggeris, tetapi dalam tulisan Jawi di anak tirikan di sekolah.

5. Pelajar Universiti tidak dapat menguasai tulisan Jawi. Kurang pendedahan penggunaan tulisan Jawi sama ada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Page 15: Format  Penulisan

6. Ramai pelajar Universiti berkecimpung dan berkeupayaan dalam mata pelajaran lain tetapi tidak menguasai sepenuhnya sistem tulisan Jawi terbaru dan terkini.

7. Sistem tulisan Jawi sekarang tidak memberi penekanan yang sewajarnya untuk menjamin kelangsungan warisan orang Melayu yang amat berharga.

Page 16: Format  Penulisan

Pernyataan masalah dipadukan dengan pemboleh ubah yang akan diguna dalam kajian.

Penyelidik tidak akan lari dari skop kajian dan pemboleh ubah.

Teknik penulisan: penyelidik mengajukan soalan untuk mengawal dan menghadkan kajian.

Cth pemboleh ubah: Apakah hubungan alat pembelajaran dengan cara pembelajaran?

Page 17: Format  Penulisan

2 bentuk penyampaian penulisan pernyataan masalah (sebagai panduan):

1. Bentuk soalan mudah.“Apakah perkaitan antara status sosial pelajar dengan minat membaca?”- terdapat 3 pemboleh ubah, (1) pelajar, (2) status sosial, (3) minat membaca.

Page 18: Format  Penulisan

2. Bentuk soalan am : Satu pernyataan am dengan pecahan soalan

Kajian membandingkan komunikasi verbal antara penutur bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia.

soalan:1. Adakah faktor geografi membezakan kedua bahasa.2. Sejauh manakah pemahaman kedua penutur Malaysia dan Indonesia ketika berkomunikasi?

Page 19: Format  Penulisan

Objektif

Matlamat kajian pada objektif. Perbincangan dan dapatan kajian

berdasarkan objektif. Objektif mesti merujuk pada

permasalahan atau pemboleh ubah yang dibina penyelidik.

Sekurang-kurangnya 3 objektif dalam sesuatu kajian.

Objektif bermula dengan perkataan, “mengkaji, menyelidik, mencari, meninjau, untuk dsb.

Page 20: Format  Penulisan

Kepentingan Kajian

Memberi penjelasan pentingnya kajian penyelidik.

Kepentingan merujuk pada luar kajian atau selepas kajian, cth;

1. Kepentingan kajian terhadap persepsi luar.

2. Kajian untuk memperoleh maklumat baru dsb.

Page 21: Format  Penulisan

Skop Kajian

Penyelidik menyatakan lingkungan kajian mengikut:

1. Objektif,2. Kaedah kajian,3. Lokasi dan sampel. Tujuan penulisan supaya kajian tidak

keluar dari lingkungan

Page 22: Format  Penulisan

Sorotan Literatur

Juga ditulis sorotan kajian namun teknik penulisan kedua tajuk berlainan.

Idea, kajian yang relevan harus diterapkan dalam perbincangan.

Perbincangan kajian lepas perlu bersandarkan kepada kajian yang penulis buat.

Perbincangan perlu ditulis secara teratur dan sistematik.

Page 23: Format  Penulisan

Contoh subtajuk:

Kajian: Pemerolehan bahasa kanak-kanak.Subtajuk:1. Kajian terdahulu2. Kajian luar negara3. Kajian dalam negara

Page 24: Format  Penulisan

Rujukan asal penting bagi penulisan bab ini.

Penulis perlu meletakkan nama, tahun, nama kajian pengkaji terdahulu.

Kontroversi atau perbezaan pendapat sarjana terdahulu, contoh:Bloomfield (1928) dan Miller (1956)

berpendapat bahasa manusia terhasil dari evolusi terhadap persekitaran, begitu juga dengan sarjana neurologi Kolb (1970) bahawa evolusi otak manusia menyebabkan manusia boleh berbahasa. Namun pendapat ini disangkal oleh Chomsky (1968) yang berpendapat otak manusia terdapat language acquisition device (LAD) yang dianugerah secara semulajadi.

Page 25: Format  Penulisan

Teknik penulisan lain:1. Teori-teori lepas.2. Perbezaan pendapat antara sarjana.3. Reka bentuk kajian lepas.4. Dapatan dan keputusan kajian lepas.

Page 26: Format  Penulisan

bahan-bahan yang relevan untuk bab 2;1. Tesis 2. Jurnal/prosiding3. Buku akademik4. Nota akademik5. Syarahan akademik6. Laporan akhbar7. Internet

Page 27: Format  Penulisan

Tidak digalakkan menggunakan rujukan dari internet terutama dari wikipedia atau blog.

Laman sesawang yang sesuai untuk rujukan seperti yang berkaitan dengan kementerian, NGO, e-jurnal, e-book dan sbgnya.

Page 28: Format  Penulisan

Metodologi

Cohen dan Manion (1996) mentakrifkan metodologi sbg pendekatan yang diguna dalam penyelidikan pendidikan bagi mengumpul data.

Metodologi merupakan satu prosedur yang sistematik menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan sendiri bagi mencapai objektif kajian.

Page 29: Format  Penulisan

Metodologi mesti sempurna dan pengkaji mampu menggunakan metodologi yang ditulis.

Metodologi adalah tetapan cara pengkaji mengkaji sesuatu.

Pengkaji mesti pandai memilih metodologi yang sesuai untuk kajian.

Page 30: Format  Penulisan

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah suatu panduan tentang pendekatan kaedah yang sesuai digunakan bagi sesuatu kajian.

Reka bentuk kajian yang diambil harus dipatuhi.

Reka bentuk kajian dapat menentukan strategi kaedah serta kesesuaian pemilihan sesuatu ujian statistik bagi menganalisis data kajian.

Pembaca akan dapat gambaran kajian berdasarkan kerangka yang dibuat.

Page 31: Format  Penulisan

Kaedah kajian

Kaedah kajian merujuk kepada cara kita mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat kajian.

Pengkaji boleh merujuk kaedah yang pernah digunakan asalkan tidak meniru kajian orang lain.

Page 32: Format  Penulisan

Boleh menggunakan kajian terdahulu contoh:

Kajian lakuan bahasa penutur di pusat ekonomi.

Metodologi: kaedah etnografi. Kaedah pengumpulan data lakuan bahasa

dalam sifat semulajadi dalam perbualan. Teknik etnografi menggunakan pemerhatian atau pemerhatian ikut-serta. Istilah lain untuk kedua-dua teknik ini ialah ‘pemerhatian etnografik’ (Cohen 1996).

Page 33: Format  Penulisan

Kaedah pemerhatian ikut-serta memerhati keaslian perlakuan sesebuah lakuan bahasa dalam perbualan seharian dalam pelbagai latar belakang subjek.

Sesuai dengan sifat lakuan bahasa yang membentuk aktiviti perbualan harian spt ucap selamat, pujian, nasihat dan sbgnya.

Analisis dan kesimpulan kajian dapat dikatakan sebagai keadaan atau bentuk sebenar sebuah lakuan bahasa (Wolfson, 1989).

Page 34: Format  Penulisan

Alat kajian

Alat kajian diguna untuk kesesuaian kajian.

Alat kajian perlu dibincangkan berdasarkan kebolehpercayaan dan kesahan.

Contoh: Kajian temuramah: perakam suara.Kajian eksperimen: gambarajah, kertas ujian.Kajian pemerhatian/kuantitatif: borang soal selidik, SPSS

Page 35: Format  Penulisan

Tatacara kajian

Terbahagi kpd dua iaitu kajian rintis (1) dan kajian sebenar (2).

Kajian rintis – kajian permulaan bagi mengelak masalah di luar kajian (cth; subjek tidak memberi kerjasama)

Kajian sebenar – setelah pengkaji memperbaiki kelemahan alat-alat kajian.

Page 36: Format  Penulisan

Bibliografi dan rujukan

Rujukan bebas tanpa sekatan asalkan relevan untuk kajian.

Boleh tiru kaedah kajian tetapi jangan tiru gaya penulisan.

Pembaca akan mengandaikan penulis rajin/ banyak buat rujukan.

Petik kata-kata penulis asal dengan guna perkataan menurut, menyatakan, berdasarkan

Page 37: Format  Penulisan

Petikan ayat asal, contoh:“…dalam transformasi generatif, hanya frasa kerja

membentuk keseluruhan ayat..”(Noam Chomsky, 1968)

Petikan dari bahasa Inggeris juga boleh digunakan tanpa menterjemahkan petikan tersebut

Sekiranya ada jadual atau gambarajah yang diambil dari buku lain, nyatakan sumber asal di bawah jadual.

Page 38: Format  Penulisan

Contoh BibliografiNoor Aina Dani, 1996. Pemindahan Bahasa di

Kalangan Pelajar Dwibahasa, Tesis Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Abdul Hamid Mahmood (1990). “Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar-pelajar” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34: 4, hlm. 243-252.