Upload
amirul-alif-ioz-einsteinium
View
2.079
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya
dapat juga menyiapkan folio sivik ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang masalah yang
boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan folio sivik ini. Terima kasih
yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Haji Shabani bin Ahmad,
Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Langkawi dan Madam Hajar selaku guru
matapelajaran Sivik yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta
panduan ketika menyiapkan folio sivik ini.
Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, ayah serta
ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan.Terima kasih juga kepada
mereka kerana telah banyak membantu dalam segi kewangan mahupun
pengetahuan dalam mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang lain dan juga ahli-ahli kelas yang lain kerana telah banyak beri
kerjasama dengan berkongsi pengetahuan dan tunjuk ajar.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Saya, Muhamad Nur Amirul Alif bin Muhamad Arbain merupakan salah
seorang pelajar Tingkatan 202 Einsteinium di Maktab Rendah Sains Mara
Langkawi. Tajuk yang telah saya dan rakan-rakan Tingkatan 2 terima untuk folio
sivik bagi persediaan kerja sekolah pada cuti kali ini ialah Hasil Kraftangan Yang
Terdapat Dalam Kalangan Suku Kaum Di Malaysia.
Maklumat yang ingin saya perkenalkan ialah berkaitan dengan Kain
Songket.Tujuan saya memilih kain songket ini adalah kerana ia merupakan satu
bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia
telah menemui kaedah pembuatan kain songket secara tradisional. Ia boleh
dipakaikan dengan pakaian tradisional kaum melayu seperti baju melayu. Ia juga
boleh digunakan dalam adat istiadat pertabalan raja, adat istiadat perkahwinan dan
adat istiadat yang lain. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan
memudahkan kerja bagi melengkapkan folio sivik ini. Semua data dan maklumat
yang dipilih telah direkod.
2
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian yang terdapat dalam folio sivik adalah seperti berikut :
a) Mengenalpasti nama kraftangan dan asal-usulnya
b) Mengenalpasti kaum yang menghasilkannya
c) Bahan atau alat yang digunakan
d) Mengetahui cara penghasilan
e) Kegunaannya
1.3 KAEDAH KAJIAN
1.3.1 Pengenalan Kepada Bidang Kajian
Kajian awal telah dijalankan terlebih dahulu sebelum mengenalpasti
objektif utama kajian ini. Tujuan kajian awal ini adalah untuk menentukan
kesesuaian isu-isu yang dibincangkan. Kajian awal ini dibuat melalui kajian
literatur secara mendalam dengan pembacaan, rujukan ke atas sumber-sumber
seperti buku-buku, keratin akhbar, majalah dan sumber internet. Langkah-langkah
yang terlibat ialah:
1. Mengenalpasti tajuk kajian
2. Mengenalpasti objektif penyelidikan yang ingin dicapai
3. Menjelaskan kepentingan kajian yang dilaksanakan
4. Menentu dan menyusun metodologi penyelidikan yang akan
digunakan
3
Pada peringkat ini, memberikan kefahaman konsep dan gambaran awal
terhadap kajian yang akan dijalankan. Selain itu, pada peringkat ini juga akan
mengetahui langkah-langkah di dalam melakukan kajian iaitu melalui metodologi
penyelidikan.
1.3.2 Pengumpulan Data
Pada peringkat ini, data yang diperlukan dan dari sumber manakah untuk
memperolehnya akan dikenalpasti. Dalam menjalankan penyelidikan ini, beberapa
kaedah telah dikenalpasti akan digunakan bagi tujuan pengumpulan data dan
seterusnya menganalisa data tersebut. Terdapat tiga sumber yang diperlukan. Ianya
dikategorikan kepada tiga jenis sumber data:
1. Data Primer
Data primer ini adalah sumber data yang belum dianalisa yang
diperolehi daripada kaedah iaitu mendapatkan sumber dengan
mendapatkan beberapa maklumat. Tujuan mendapatkan maklumat-
maklumat ini adalah untuk memperolehi maklumat bagi mencapai
objektif sebenar kajian.
2. Data Sekunder
Sumber data sekunder merupakan data yang diterbitkan hasil
daripada analisis terhadap data primer yang diperolehi. Sumber ini
4
diperlukan untuk menguatkan pemahaman dalam bidang penyelidikan
yang hendak dikaji. Ini juga penting untuk pembaca di dalam
menambahkan dan mamperdalamkan lagi pengetahuan pembaca.
Sumber data sekunder ini amat penting untuk mengukuhkan lagi
pemahaman terhadap bidang penyelidikan yang hendak dikaji.
3. Kajian literatur
Kajian literatur daripada sumber-sumber ilmiah seperti buku-buku
rujukan dan sebagainya. Ia dapat membantu penulis mendapat
gambaran yang jelas dan menyeluruh akan rangka kajian serta membei
haluan dalam usaha-usaha mencapai objektif kajian ini. Bahan-bahan
yang diperlukan seperti majalah, jurnal dan buku-buku yang berkaitan.
3.3.3 Menganalisis Data Penyelidikan
Pada peringkat ini, data yang dikumpul hasil daripada pengumpulan data
dibuat penganalisaan untuk mendapatkan maklumat dan penyelesaian kepada isu-
isu yang ditimbulkan bagi memenuhi objektif kajian.
5
3.3.4 Rumusan
Hasil daripada penganalisaan yang dilakukan akan dibuat rumusan sama
ada kajian ini mencapai objektif yang ditetapkan. Masalah dan kesukaran yang
timbul semasa atau dalam penyelidikan disenaraikan berserta cadangan-cadangan
untuk meningkatkan keberkesanan penyelidikan pada masa akan datang.
6
BAB 2
HASIL KAJIAN
HASIL KRAFTANGAN YANG TERDAPAT DALAM KALANGAN SUKU KAUM
DI MALAYSIA.
2.1 NAMA KRAFTANGAN, ASAL-USUL DAN KAUM YANG
MENGHASILKANNYA.
Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang
ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di
Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau dan kain songket ini kebanyakannya
dihasilkan oleh kaum Melayu. Perkataan songket berasal daripada perkataan
sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang
pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan
Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun.
Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis,
pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran
seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan
sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang
7
mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak
songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus
daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
2.2 BAHAN DAN ALATAN YANG DIGUNAKAN DAN CARA PENGHASILAN.
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan
teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang
loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses
menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang
digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
2.2.1 Mencelup Benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna.
Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja
selanjutnya dilaksanakan.
2.2.2 Melerai Benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk
melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat
pemutar rahat.
2.2.3 Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi
menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
8
2.2.4 Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung
dengan sekeping papan loseng.
2.2.5 Menyapuk Benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera,
kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui
setiap celah gigi jentera.
2.2.6 Mengarak Benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng
berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli
sewaktu menenun.
2.2.7 Menyongket Benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan
alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak
tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat
butang.
2.2.8 Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas,
dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut
corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang
telah siap ini dipotong mengikut saiz.
9
2.3 KEGUNAAN
Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan
pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya
adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja.
Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan
dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya
mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.
Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini
corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan
pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan
Perpustakaan Negara Malaysia.
10
BAB 3
RUMUSAN
Saya mendapati kain songket mempunyai banyak kegunaannya. Saya juga
dapat mengetahui tentang proses menghasilan kain songket, saya berbangga
kerana kaum Melayu yang menghasilkan kain songket ini. Mereka juga bijak
mengaplikasikan corak kain songkat ini dan membuat sesuatu yang baharu. Pada
ketika ini, Malayasia telah terkenal diperingkat antarabangsa dalam
memperkenalkan dan menghasilkan songket yang berkualiti dan bermutu tinggi
hasil daripada kraftangannya.
Melalui daripada kajian ini, hasil memperolehi objektif yang telah dicapai,
saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga sekali dengan hasil kraftangan
negara sendiri yang sangat bermutu dan berkualiti tinggi serta mengharumkan
nama negara dalam penghasilan songket. Saya berharap agar hasil kraftangan ini
berkekalan sehingga ke generasi yang akan datang.
11
SENARAI RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
www.Warisan Budaya Malaysia Seni Halus Kain songket.mht
www.Kain Songket – pengenalan PesonaKainSongket_com.mht
www.Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia.mht/malaysiana.pnm.my/04/0408kainsongket.htm
12
13
CARA-CARA MEMBUAT KAIN SONGKET
14
CONTOH-CONTOH KAIN SONGKET
15