48
8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 1/48 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pengenalan Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud  jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain- lain.

Isi-Isi Sivik Good

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 1/48

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pengenalan

Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik

pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan

merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam

kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar,

pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk

komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran

pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai

berikut.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah

peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud

  jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi

faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

 Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran

yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar 

bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk

mencapai objektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedahitu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan

dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi

mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai

nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-

lain.

Page 2: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 2/48

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk

semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus

pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan

pelajar.

  Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran.

2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

3. Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar.

4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.

5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.

7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

  An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,

malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan

cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran

dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah

pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula

dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan

strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,

matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialahsatu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu

disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai

perkara-perkara berikut, iaitu:

Page 3: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 3/48

1. Tujuan am (learning goal)

2. Objektif pelajar (specific objective)

3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk

menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.

4. Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar.

5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh

guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan

teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educ ational Psy c hology for Teac hers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang

dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup

menghasilkan tindak balas yang baru.

Umumnya ³Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan

atau kemahiran´. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Cond ition of Learning ,

pembelajaran merupakan ³perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang

dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan´.

Page 4: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 4/48

1.Kaedah Pembelajaran Koperatif 

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan

murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu

matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang

maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

saling berinteraksi secara bersemuka,

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

kemahiran koperatif, dan

pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.

Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan

memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan

kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh

pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students

Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan

Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara

Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam

kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik

kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah

menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam

kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas

Page 5: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 5/48

itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami

dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran

berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan

pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif 

dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri

dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

2.Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) 

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan

(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini

mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru,

membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.

Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya µThe Condition of Learning¶ mendefinisikan

pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat

dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut

Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang

melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah

perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi

pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang

mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri

kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yangdiharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan

berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam

proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan

masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk

Page 6: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 6/48

memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom

1981).

2.1 Konsep Pembelajaran Masteri 

1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya:

ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat

menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran.

3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke

unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai.

5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang

sesuai.

6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar.

7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri.

2.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri 

Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu:

1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan

memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.

Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada

hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting

yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai,

kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian

yang akan digunakan dalam pembelajaran.

2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.

Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut

minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi

tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-

Page 7: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 7/48

peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat

seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata

pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.

Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar 

mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:

i. Modul dan pakej pembelajaran.

ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka

(frame) (³Programmed Instruction´).

iii. Audio-tutorial.

iv. ³Keller Plan´ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap

tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.

v. Pembelajaran berbantukan komputer.

3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah

pemulihan yang sesuai.

Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan

cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran.

 Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara

lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu

dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar 

seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai

terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada

akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan samaada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

2.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri 

Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu:

1. Penentuan hasil pembelajaran.

Page 8: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 8/48

2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.

3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan

4. Pelaksanaan tindakan susulan.

2.4 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri 

Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut:

1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.

Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian

murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru

apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang

ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.

2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil

yang dikenali sebagai unit pembelajaran.

Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih

kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.

3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.

Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar 

memahami dan mencapainya.

4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.

Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau

bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran

pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur 

sehingga mencapai 80%.

5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan

dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan

atau secara individu.

Page 9: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 9/48

Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu

pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya

aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan

menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan.

6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan

pembelajaran murid.

Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam

bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah

bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah

dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.

Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum

balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.

8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan

setiap murid.

Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum

menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai

aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti

pengayaan.

3.Kaedah Pembelajaran Kontekstual 

 APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan

kaedah kontekstual?

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal

bahasa Latin c on = with + text um = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam

konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

Page 10: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 10/48

Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningf ul ).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga

memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang

mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku

oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar 

tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah

syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk

memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh

kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri

apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa

pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau

melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila

pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu

sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan

mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka

sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan

mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan

persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang

diterima akal dan kelihatan bermakna. Terbentuk daripada pemahaman ini, teori

pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran

pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer,

Page 11: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 11/48

tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih

dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak

bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah

mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar 

menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam

konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan

menghubungkaitkan.

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan

tajuk Pengkonduksian Ter ma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan

pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk

atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang

mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara

bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan

persekitaran.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan

pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan

situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara

pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli

keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

4. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan 

Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian:

Bahagian 1: mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan,

prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan.

Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang

menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa

depan. konsep utamanya ialah:

berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa

depan.

Page 12: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 12/48

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

Membina sikap dan nilai tentang masa depan.

Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka

perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri.

4.1 Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan : 

  Aktiviti Bahan/keadaan

Memerhati

Carta, spesimen,benda maujud, model

situasi,proses.

Mengukur 

Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter,

perimeter, jarak,pepenjuru.

Menyukat Isipadu, suhu.

Menimbang berat

Melukis dan melabel Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.

Mendengar 

Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman,

syarahan,ceramah.

Membaca Bahan-bahan bertulis dan cetakan

MenontonTayangan vedio, filem,slid, televesyen,

Page 13: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 13/48

pertunjukan, simulasi

Mencerita Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa

Menghurai Prosedur, proses, pemerhatian

Menerang, bersoal

 jawab,berbincang

Kesan, sebab, akibat, situasi, proses,

peristiwa

Memasang Alat, radas, model

Membuat laporan

Hasil kajian,eksperemen, lawatan,

pemerhatian

Menemubual Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.

Membuat rujukan Bahan bacaan, spesimen, tokoh

Membuat lawatan

Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan,

pameran, pertunjukan, ekspo, pusat

pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman

tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-

lain.

Merancang Aktiviti pembelajaran

Membuat hipotesis Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah

Membuat eksperimen

Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan

fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori

Page 14: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 14/48

Membuat kajian Semua situasi

Mengumpul data dan

maklumat Menggunakan berbagai-bagai cara

Permainan

Berdasarkan kepada konsep atau prinsip

dengan menggunakan format seperti tangga-

ular,teka-teki, silang kata, mencari benda

tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.

Melakon simulasi Peristiwa, situasi dan kejadian.

Memeta Taburan dan lokasi

Membuat model

 Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-

lain.

Membanding Objek, situasi, proses

Mengelas

Benda yang mempunyai persamaan dan

perbezaan

Menjadual Aktiviti, kepurusan, prosedur.

Menyenarai Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh.

Menyusun Benda dalam kumpulan atau kategori

Menganalisa/mentafsir Data, maklumat

Page 15: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 15/48

Membuat perkiraan Berdasarkan data dan maklumat terkumpul

Membuat ramalan

telahan Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan

Menyelesaikan

masalah Isu, situasi

Membuat kesimpulan Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian

Membuat generalisasi Keputusan, Prinsip, hukum, teori

Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi

perincian dan nota guru.

Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu.

Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh

memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru(penuh dengan cabaran dan dugaan).

Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan

masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima dan

menangani perubahan.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Konsep dan Definisi

Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan

mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang

psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan ± S kala 1905. 

S kala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek

Page 16: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 16/48

keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang

abstrak.

Pada tahun 1912, William Stern telah memperkenalkan konsep darjah

kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik,

kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara

langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan

mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.

Menurut Vygotsky, keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan

orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan sc affol d ing .

Potensi Dan Kecerdasan Manusia 

Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika

dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. Dikaitkan dengan bakat manusia

yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia ± kebolehan manusia

melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Ditinjau dari aspek-

aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial

³« memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan «´ (Falsafah

Pendidikan Kebangsaan )

Kecerdasan-Kecerdasan 

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang

berbeza dalam fitrahnya.

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi,

perbahasan, berjenaka dan bercerita.

Page 17: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 17/48

 kecerdasan logikal-matematikal

Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah

dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta

mengamati dunia visual.

Kecerdasan visual-spatial

Kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan

membina gambaran mental serta mengamati dunia visual

Kecerdasan muzik 

Kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta

mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

Kecerdasan tubuh kinestetik

Kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota,

sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.

Kecerdasan interpersonal 

Kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin

serta berkomunikasi dengan berkesan.

Kecerdasan intrapersonal

Kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.

kecerdasan spritual 

Ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai 

1. Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

Page 18: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 18/48

2. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap

murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas.

4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan.

5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

6. Mewujudkan kolaboratif disekolah.

7. Mempelbagaikan penilaian.

Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran 

1. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.

2. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan

murid

3. Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum

menyerlah

Kontekstual

Definisi 

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi

kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on.

Matlamat 

Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 19/48

Objektif  

Guru berupaya:

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan

pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah

dengan yakin dan berkesan.

4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan

kontekstual.

Teori Kontekstual

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila

pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang

bermakna dalam rangka minda mereka.

Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut:

1. Konteks pembelajaran yang pelbagai

� Budaya

� Sosial

� Psikologi

� Fizikal

2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran

� Bilik darjah

� Makmal

� Tempat kerja

Page 20: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 20/48

� Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu

� Matematik

� Sains

� Komunikasi

� Teknikal dan Vokasional

� Kemanusiaan

Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna

kepada murid.

Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian

persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains,

Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau

lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut ,ia dapat diringkaskan menjadi

³REACT´

a) Relating (menghubungkait)

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan

pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya

berlaku di kalangan kanak-kanak.

Page 21: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 21/48

Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan

konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan

pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar 

kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan

keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu

masalah.

Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk

menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan

aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat

tinggal mereka setiap hari.

b) Experiencing (mengalami)

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta

merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh

dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau

aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang

pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan

yang aktif.

Contoh murid dibawa melawat kawasan bersejarah dan diceritakan sumbangan

tokoh-tokoh. Pengalaman ini boleh digunakan sebagai satu tauladan dan meningkatkan

semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tokoh-tokoh dan tempat bersejarah.

c) Applying (Mengaplikasi)

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam

situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya

berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan

amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan, merayakan hari kebudayaan,

dan sebagainya.

Page 22: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 22/48

Contohnya, apabila murid mempelajari teori dan konsep menghormati orang

yang lebih tua. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu dengan orang

yang lebih tua seperti guru, atuk, nenek dan sebagainya.

d)  Cooperating (Bekerjasama):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan

pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam

pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu

kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten

dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan sewaktu melakukan aktiviti

berkumpulan di dalam kelas. Penyelesaian untuk meyiapkan tugasan tersebutmemerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti

data yang dikumpul oleh sesuatu kumpulan bergantung secara langsung kepada

prestasi setiap ahlinya.

e)  Transferring (Memindahkan): 

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau

memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan

ini menyerupai R E LATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan

diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran

yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh

membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat

menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui

pelajar.

Contoh murid mempelajari cara menghormati orang tua di sekolah, seterusnya

dengan ilmu yang diperolehi tersebut, murid dapat mempraktikkan ilmu tersebut apabila

bertemu dengan orang yang lebih tua dengan cara memberi salam, senyum dan

sebagainya.

Page 23: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 23/48

Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual

Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, dan

terdorong melakukan aktiviti hand s-on. 

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual

Perlaksanaan ini memerlukan:

Motivasi 

Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk

yang akan dibincangkan. Contohnya sebelum cikgu mengajar tajuk keluarga

kembangan, guru boleh menyuruh murid melakonkan watak dalam suatu ahli keluarga

tersebut dan ini akan membuat murid tertarik dan bermotivasi serta bersedia dengan

apa yang akan di ajar oleh guru selepas aktiviti tersebut.

Pemahaman 

Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah

penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap

sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang

berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat

kajian.

Kemahiran 

Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan

pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian.

Penilaian 

Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti

boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio

Kesimpulan

Page 24: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 24/48

Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat

atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang

akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang

bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual

menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik

darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial,

budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah

pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

Konstruktivisme

Definisi dan Konsep 

Menurut pendapat John Dewey (1910), ³Pendidik yang cekap harus

melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti

P&P.´

Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran

kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu :

· Fasa Pertama 

Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.

· Fasa Kedua 

Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.

· Fasa Ketiga 

Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.

· Fasa Keempat  

Page 25: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 25/48

Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

� Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong

pembelajaran secara koperatif 

� Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid

� Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

� Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar 

� Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme 

y  Guru merasa mereka tidak mengajar.

y  Kawalan kelas agak merosot.

y   Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.

y  Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme

memerlukan sokongan profesional. 

Implikasi Konstruktivisme

Page 26: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 26/48

1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah

pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukanoleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang

kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 

Semasa menyampaikan pengajaran sivik dalam kelas, guru harus boleh memilih

dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah

berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu

pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia

bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja. Jika

demikian halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang

berkesan.

Dalam pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan, sememangnya terdapat

pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan

pengajarannya, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat

digunakan untuk semua keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik

yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid

serta pengajaran yang hendak disampaikan.

Teknik pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa objekif. Di

antaranya ialah :

a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara ang yang boleh menarik

minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin

tahu mereka.

Page 27: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 27/48

b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang

dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini ditakrifkan sebagai cara atau alat yang

digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Cara-cara atau peralatan itu

meliputi pelbagai jenis cara bermain (permainan), perbincangan, penyelesaian

masalah, bercerita, bersyarah, berlakon, latih tubi, tunjuk ajar dan menghafaz. Cara-

cara lain seperti menggunakan filem 16 mm, televisyen, radio, video, simulasi, buku

teks, lawatan boleh digunakan sebagai teknik mengajar. Berikut adalah di antara

teknik-teknik mengaar yang biasa digunakan.

Teknik Bercerita. 

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,

malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan

sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat

anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru

menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan

lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku

dalam keadaan yang menyeronokkan.

Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar 

mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan

kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus

memahami maksud cerita itu tadi. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi

peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran

akan lebih berkesan.

Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita

dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Janganlah disebabkan

terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan

ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak

disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Page 28: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 28/48

Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan

pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak

diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus

dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita

Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita

adalah seperti berikut:

a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak

disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.

c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai

yang hendak disampaikan itu.

d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini.

e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada

aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu.

f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat

bantu mengajar.

g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain

berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk

pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

Teknik Bersyarah. 

Teknik bersyarah sering juga diertikan sebagai teknik kuliah dan ia melibatkan

pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Teknik inisebenarnya banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif,

dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Interksi satu hala seperti yang biasnya

berlaku, tidak banyak dapat melibatkan aktiviti murid.

Page 29: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 29/48

Bersyarah bukanlah bermakna membaca sahaja daripada sesuatu teks, tetapi

guru mestilah menerangkan, memberikan intepretasi dan menghuraikan idea-idea dan

konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan dapat memudahkan murid-

murid memhami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya.

Teknik ini tidaklah semestinya digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar 

dan ia boleh disingkatkan. Waktu-waktu yang selebihnya boleh dijalankan

perbincangan. Waktu yang terlalu panjang untuk satu-satu syarahan itu hanya akan

membosankan dan murid tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengajaran

sepenuhnya. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah

kerana masa penumpuan perhatian mereka singkat .

Teknik bersyarah ini mempunyai beberapa kelebihan. Guru dapat menjimatkan

masa, kerana segala idea dan pengalaman guru dapat dikmukakan sekaligus. Dengan

itu masa tidak terbuang sebagaimana yang berlaku apaila murid-murid itu dibiarkan

belajar sendiri atau berbincang. Walaubagaimanapun, kejayaan teknik ini sebagai salah

satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru yang menyampaikan syarahan

tersebut.

Di sudut lain, kelebihan-kelebihan yang ada pada teknik boleh menjadi lemah

 jika ia disalahgunakan. Guru-guru yang tidak mahir menggunakannya akan hanya

menambahkan kesusahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus

terlebih dahulu menyelidik dan meninjau setakat manakah kebolehan murid-murid

mereka unttuk mengikuti syarahan yang disampaikan.Pastikan sama ada mereka telah

boleh memahami konsep-konsep, pekara-perkara asas yang menjadi isi bagi bahan

yang dikuliahkan. Setelah mengkaji maklumat-maklumat mengenai mengenai muid,

guru harus merancang dan menyusun kuliahnya dengan rapi.

Disamping perancangan ini, guru harus juga menyediakan rangka kuliah, dicetak

dan diedarkan kepada kelas. Rangka kuliah seperti ini menjadi panduan kepada murid-

murid. Selain daropada itu guru harus banyak menggunakan rangsangan seperti peta,

bahan pengajaran sebenat, papan tulis dan sebagainya.

Page 30: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 30/48

Berikut diperlihatkan beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik

bersyarah:

a) Sediakan nota-nota yang mencukupi.

b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang

telah dikaji terdahulu daripada itu.

c) Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau

beberapa masalah. Masalah-masalah itu boleh dituliskan di papan tulis. Kaitkan

isi pelajara dengan masalah-masalah ini.

d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang penting

sahaja.

e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk peraturan biasa. Jangan

baca sahaja, guru harus menerangkan, membuat interpretasi, menghuraikan

idea-idea dan sebagainya.

f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan.

g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran

tersebut.

h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid.

i) Guru harus membuat kesimpulan di akhir syarahannya. Ini boleh dilakukan

dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara yang penting.

Teknik Berbincang. 

Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia

dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan

pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu danmengarahkan pandangan ±pandangan mereka ke suatu prinsip yang menyeluruh.

Melalui teknik mengajar ini, murid-murid dapat memperkembangkan

pertumbuhan dan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir 

dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama

Page 31: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 31/48

bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan

masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat

menggalakkan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas.

 Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktumenjalankan aktiviti perbincangan:

a) Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang

murid-murid. Ia juga harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka.

b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh

murid.

c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaru dan ia mungkin dapat

mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan.

d) Bahan-bahan harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang

diperuntukkan.

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:

a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan .

b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih

seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua

aspek perbincangan dapat dicapai.

c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan

cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka.

d) Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan

lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan

perbincangan menghala ke jalan yang betul¶

e) Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap

kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut mana-mana yang penting. Selepas itu guru bolehlah meneruskan dengan aktiiviti-

aktiviti seperti penulisan.

Page 32: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 32/48

Teknik Main Peranan. 

Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh

pengalaman secara spontan. Biasanya, main peranan melibatkan gambaran-gambaran

murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa

bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut sebagai µambil peranan¶

atau µsosiodrama¶yang mementingkan interaksi iindividu serta kumpulan dan sentiasa

pula dikelolakan dalam situasi kumpulan.

Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau

besar. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang

sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya,

atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan

sebagainya. Selepas itu diminta mereka melakonkannya.

Teknik ini menekankan perkara-perkara berikut :

a) Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti.

Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai, alat

kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya.

b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada

kelas situasi dan masalahnya.

c) Sewaktu main pernan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati.

Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila

sampai pada penghujung masa yan sesuai, guru harus menamatkannya.

d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. Perbincangan harusmenumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi

perkara yang dituturkannya an mnilai sama ada main peranan itu telah dapat

menyelesaikan masalah asal.

Page 33: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 33/48

Teknik Bersoal Jawab. 

Teknik ini adalah satu cara penyampaian pelajaran yang paling popular dan paling

kerap dilakukan guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukanlah

kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan

interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada

pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan

perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid.

Teknik soal jawab mementingkan perkara-perkara berikut :

a) Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Ia tidak dikaburkan

dengan hentian-hentian yang tidak diperlukan. Soalan itu harus disebut dengan

cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan khusus kepada orang tertentu

dalam kelas. Soalan-soalan itu tidak seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan

yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid.

b) Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Sebaik-baik

sahaja menyoal, guru harus berhenti sekejap dan memerhatikan seluruh kelas.

Biasanya memang ada isyarat-isyarat bukan lisan yang dapat menyatakan sama

ada seseorang murid itu sudah bersedia untuk menjawab. Mengangkat tangan

itu menyatakan secara formal bahawa seseorang itu telah ada jawapannya tetapi

sebelum ini ada-ada tanda lain yang harus diperhatikan.

c) Soala-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. Guru harus

mengurangkan kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada

murid-murid tertentu

d) Soalan-soalan yang dikemukan itu juga haruslah bersifat mencungkil. Guru

patutlah membentu murid-murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul.

Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara

mendalam dan berkesan.

e) Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat.

Soalan-soalan ini mungkin akan mengelirukan.

Page 34: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 34/48

KOMPONEN UTAMA PENGAJARAN

Komponen utama pengajaran berasaskan model Glaser 

Secara umum, sesuatu proses pengajaran mempunyai empat komponen asas iaitu:

1.Objektif pengajaran

2.Pengetahuan sedia ada,

3.Kaedah pengajaran

4.Proses penilaian.

Pada setiap komponen, guru memberikan maklum balas untuk membantu dan

membimbing pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep. Model umum proses

pengajaran yang melibatkan empat komponen ini adalah sebagaimana yang

dicadangkan oleh Glaser (1968) adalah seperti rajah di bawah

Proses pengajaran berasaskan Model Glaser 

Model Robert Glaser 

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan

proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran,

pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga

menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan

Page 35: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 35/48

pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan

objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran

dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,agar guru dapat mengubahsuai proses

pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.

Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep

pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran

iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Sim

Selain membahagikan sesuatu pengajaran kepada empat komponen asas di

atas, terdapat juga kecenderungan melihat proses pengajaran sebagai interaksi antara

sumber pengajaran (persekitaran dan isi pelajaran) dengan manusia (guru dan pelajar),

berasaskan kepada matlamat tertentu(objektif). Interaksi antara kelima-lima komponen

dalam sesuatu proses pengajaran ini adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah

dibawah.

Model pengajaran Sim

Page 36: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 36/48

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Generatif 

Model pengajaran ini diperkembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). Model

ini adalah berguna untuk tujuan mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik

pelajaran yang telah sedia diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah

fasa cabaran iaitu semasa pandangan beberapa tokoh seperti tokoh kemerdekaan yang

menerangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Guru akan cuba mewujudkan satu

keadaan sama ada pandangan itu diterima sebagai lanjutan kepada pemahaman awal

pelajar mahupun pandangan itu bertentangan dengan pemahaman awal mereka.

Oleh itu, objektif pengetahuan yang ingin dicapai adalah pada asasnya

menumpu. Model ini sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar 

yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubahsuai apa yang

telah diketahuinya. Model pengajaran interaktif melibatkan empat komponen/fasa

seperti jadual di bawah.

Komponen/fasa Aktiviti guru Aktiviti pelajar 

Persediaan Meninjau pendangan

pelajar secara informal

Mencetuskan satu

pandangan tokoh

Mengenalpasti pandangan

lama dan sebabnya

pandangan lama ditolak.

Fokus Menetapkan konteks.

Menyediakan pengalaman

yang memotivasikan

Mula memberi sumbangan

kepada perbincangan

tentang konsep

Memikirkan apa yang

berlaku, menanya soalan

Page 37: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 37/48

Menyertai dan menanya

soalan terbuka dan

berorientasikan diri dan

individu.

Mentafsir gerak balas

pelajar.

Mentafsir dan menjelaskan

pandangan pelajar 

berkaitan dengan konsep.

Menentukan dan

memerihalkan apa yang

diketahuinya tentang

peristiwa berkenaan.

Menjelaskan pandangan

diri tentang konsep.

Membentangkan

pandangan diri kepada

kumpulan dan kelas melauiperbincangan dan

persembahan.

Cabaran Memperkenalkan

pandangan tokoh-tokoh

pejuang kemerdekaan,

menggunakan analogi,

mengemukakan konsep

alternatif dan mentakrif 

semula istilah.

Mengemukakan bukti-bukti

yang menyokong

pandangan tokoh-tokoh

pejuang kemerdekaan.

Membandingkan

pandangan tokoh-tokoh

dengan pandangan kelas.

Menguji kesahan

pandangan dengan cara

mendapatkan bukti.

Aplikasi Meminta pelajar 

menggunakan pandangan

tokoh-tokoh kemerdekaan

dalam konteks diri mereka.

Menimbangkan aplikasi

untuk diri sendiri, waktu

lapang, pekerjaan dan

persekitaran.

Page 38: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 38/48

Memudahkan pelajar 

mengaitkan konsep ini

dengan konsep lain yang

dipegang mereka.

Memikirkan masalah yang

dapat diselesaikan dengan

mudah dan elok dengan

menggunakan pandangan

tokoh pejuang yang

diterima umum

Contohnya pandangan;

Tunku Abd Rahman,Tun

Hussein Onn dan

sebagainya.

Menikmati permainan, teka-

teki, kuiz, perbincangan

yang mengeratkan konsep

baru dengan bidang

pemahaman yang lain.

Menyelesaikan masalah

yang praktikal dengan

menggunakan konsep

sebagai asas.

Komponen/Fasa Model Pengajaran Generatif 

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pembelajaran Koperatif 

Pembelajaran koperatif melibatkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam struktur 

dengan matlamat bekerjasama, berlainan dengan struktur yang bermatlamat bersaing

atau berindividu secara kaedah pembelajaran tradisional. Pembelajaran koperatif 

dicirikan melalui saling bergantungan secara positif di kalangan setiap ahli kumpulan,

tanggungjawab individu kepada kejayaan kumpulan, interaksi bersemuka dalam ahli-

ahli kumpulan, kemahiran kolaboratif dengan interaksi sosial serta pemprosesan

refleksi tentang cara perbincangan dijalankan. Kajian telah menunjukkan bahawa model

pembelajaran ini membawa kesan positif kepada pencapaian akademik, harga diri,

Page 39: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 39/48

saling hormat antara budaya, tingkahlaku, kerjasama, dan sikap terhadap ahli yang

kurang upaya.

Pembelajaran koperatif menekankan kemahiran berfikir aras tinggi seperti

analisis dan penilaian. Guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan

pembelajaran jenis ini. Persediaan bahan dan maklumat bacaan adalah paling penting

kerana memerlukan bahan rujukan secukupnya semasa perbincangan dijalankan.

Terdapat beberapa jenis pembelajaran koperatif. Tiga jenis yang popular ialah Student

Team Achievement Division (STAD), Jigsaw, dan Group Investigation (GI) yang

disenaraikan mengikut format tiga fasa dalam pembelajaran koperatif seperti jadual di

bawah.

Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar belakang.

Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk

Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk

kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk

Persediaan

Pandangan terdahulu

Aktiviti penerokaan

Penyoalan pelajar

Page 40: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 40/48

 

Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat, katakan 2-3 soalan sehari.

Kenyataan individu atau kumpulan dikumpul dan dibandingkan dengan kenyataan awal

mereka.

Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa yang masih perlu

diselidiki.

Komponen dalam pengajaran koperatif 

Penyiasatan

Refleksi

Pandangan kemudian

Page 41: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 41/48

Komponen Utama Pengajaran Mengikut Model Lima Fasa Needham

Model Pengajaran dan Pemelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan

dalam "Chil d ren's Learning in S c ienc e Projec t " (Needham, 1987). Terdapat lima

fasa/komponen dalam model ini.

Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea, sama seperti set induksi, fasa

ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi

pemelajaran. Fasa kedua, iaitu dalam pencetusan idea, murid digalakkan bertukar-tukar 

fikiran. Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka.

Seterusnya menerusi fasa ketiga, iaitu penstrukturan semula idea, guru digalakkan

merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka.

Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan

mereka. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri

biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami

dan berguna.

Dalam fasa keempat, iaitu penggunaan (aplikasi) idea, murid boleh

menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan

fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali (refleksi)

merupakan fasa yang terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka

dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah

menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan

kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti

berikut:

1. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan

mereka dengan suasana pemelajaran. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali

penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau

permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar.

Page 42: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 42/48

2. Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea

terdahulu. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab, perbincangan dalam

kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.

3. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran

tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia

ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik,

mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada

sendiri, menguji kesahan idea-idea sedia ada, melakukan pengubahsuaian,

pengembangan/pertukaran idea. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah

perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru,

amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru.

4. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea): Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan

atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa.

Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti

penulisan kerja projek dan reka cipta.

5. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang

perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal

mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti

penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan

lain-lain.

Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini sesuai dilaksanakan jika sesuatu P&P

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran itu menekankan aktiviti ³ hand s-on´ dan ³ mind s-

on´ .

Page 43: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 43/48

Unsur-Unsur Pengajaran Berkesan

Pendahuluan

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para

murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga

perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di

samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza

dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai

dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain

berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu

membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta

dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran,

aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk

membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga

harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam

merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan

yang baik serta diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran bagi

menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi

penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan

suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif 

terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan

Page 44: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 44/48

bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu

guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke

atas pembelajaran yang berlaku.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah

merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir 

yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi

bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal

pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka

tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran

berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk

melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, terdapat tiga bahagian penting iaitu sebelum

proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Rancangan Pengajaran

Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan

yang mantap oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru,ia perlu tahu

kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta

objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti.

Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu

pada awal semester lagi , seseorang guru mestilah membuat Rancangan Pengajaran

Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul PSVK yang telah

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh teliti dan

bertanggungjawab. Guru juga mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) pada setiap hari dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti

Page 45: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 45/48

persembahan ³ power  point ́, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah

terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini akan

membantu seseorang guru itu untuk melangsungkan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan.

Membuat Rujukan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga seseorang guru

  juga mestilah membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa dalam

kelas sewaktu sesi P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Selain dari membaca

dari buku-buku rujukan, guru juga boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan

akhbar.

Selain itu juga, guru boleh mengadakan perbincangan ilmiah ³  intellec t ual 

d isc ouse ´ bersama rakan guru yang lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan

mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar 

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seorang guru Pendidkan Sivik

seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sebanyak

mungkin kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat

  ± bulat tanpa diterangkan rasionalnya. Seorang guru mestilah mempunyai

pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar dan kepakaran di dalam

bidang yang diajar atau sub jec t  c ontent  adalah merupakan faktor dominan yang

menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Komunikasi Berkesan. 

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

seseorang guru mesti bijak dalam menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan

bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi

adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan,

persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada

penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan.

Page 46: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 46/48

Selain menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan

bersemangat, seorang guru juga perlu memastikan nada suaranya sentiasa berubah-

ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi guru dan pelajar 

berlaku dua hala iaitu dengan kaedah penyoalan dan pelajar menjawab. Dengan ini

pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik

kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya

kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar, maka guru

perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif kanak-

kanak sekolah rendah. Kaedah komunikasi berkesan yang diamalkan ini terbukti telah

membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah

laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar.

Selain komunikasi secara lisan, seorang guru juga perlu mempraktikkan

komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan

persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray

Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65%

komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi

memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah

komunikasi yang berhikmah, bijaksana, lemah-lembut dan percakapan yang baik

diharap akan menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi

menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Berjenaka. 

Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan

dan perilaku yang mencuit hati. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan

perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya

merupakan suatu gurauan. Apabila seorang guru itu melihat keadaan bilik kuliah

menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka

ia sepatutnya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan.

Namun begitu ia perlu dipastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau

releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi

Page 47: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 47/48

seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan

sempurna.

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti

dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang

menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula

dalam bukunya bertajuk Com petenc ies For Teac her Educ ation, menjelaskan bahawa

bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh.

Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri guru yang

baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di

kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga

memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Refleksi & Penilaian

Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis,

mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang

dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai,

seseorang guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan

kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah

disampaikan.

Guru juga boleh meminta supaya pelajar menilai pengajarannya dengan mengisi

borang soal selidik. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Selain itu, guru juga boleh membuat penilaian semula terhadap kefahaman

pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta

pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan

kajian tindakan. Dapatan atau tindak balas yang diterima daripada pelajar akan berguna

Page 48: Isi-Isi Sivik Good

8/6/2019 Isi-Isi Sivik Good

http://slidepdf.com/reader/full/isi-isi-sivik-good 48/48

untuk seseorang guru memperbaiki cara pengajaran demi pengajaran dan

pembelajaran berkesan di masa hadapan.

PENUTUP

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu

yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk

menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia

berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.

Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan

kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan.

Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan

kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan

kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, guru juga

memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara .

Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia

yang berbunyi:³   S ebagai golongan yang  berad a d i  barisan  paling had a pan d alam 

menjayakan Wawasan Negara, peranan g ur u amat   penting  unt uk  memastikan Nilai 

Nasional  d a pat  d isem purnakan.´ ( Y.B Dato¶ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein ,

Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya seorang guru yang mempunyai

komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai

akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga akan berjaya menjalankan

tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.

Sekian.