Upload
nor-hazmi-bin-kamaruzaman
View
4.682
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Untuk Maklumat Lanjut Sila Tadah Tangan Dan Minta Yang Berada Di Atas Langit Itu..... Maklumat Lanjut Email Kepada NHK / HaZMi15294 ([email protected]) ( Yahoo Mesengger, Myspace, Facebook, Friendster ).....
Citation preview
Disediakan Oleh : Nor Hazmi Bin Kamaruzaman 2TDisemak Oleh : Encik Shahnun Bin Abdul Ghani
1
2
Tajuk Muka Surat
1) Tajuk Kajian 2) Senarai Kandungan 3) Penghargaan 4) Objektif Folio 5) Sejarah Penubuhan 6) Lokasi Sekolah 7) Pelan Sekolah 8) Lencana Sekolah 9) Bendera Sekolah10) Lagu Sekolah11) Ikrar Sekolah12) Visi Dan Misi Sekolah13) Motto Sekolah14) Falsafah Sekolah
134579
10111213141617181920
3
15) Matlamat Sekolah 16) Piagam Pelanggan17) Bekas Pengetua18) Peristiwa Sejarah19) Koleksi Gambar20) Penutup21) Rujukan
4
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
mereka yang telah membantu saya menjalankan kajian imenyiapkan Folio
Sejarah Tingkatan Dua ini Bantuan, dorongan ,dan tunjuk ajar mereka telah membantu saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung
budi kepada ahli keluarga saya terutamanya ayah saya
Kamaruzaman Bin Abd Rasid serta abang saya Nor Aizat Bin
Kamaruzaman dan juga ahli keluarga saya yang lain. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan saya yang turut membantu saya menyiapkan folio ini .Tanpa bantuan mereka saya
mungkin tidak dapat menyiapkan Folio Sejarah Tingkatan Dua ini.
5
6
Objektif khusus Folio Sejarah Tingkatn Dua ini dijalankan adalah untuk :
Mengenal pasti sejarah Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Mengenal pasti edentiti Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Mengkaji sejarah Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
7
8
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN atau lebih dikenali sebagai STAR telah ditubuhkan pada tanggal 14 Januari 1957 di sebuah tempat di
Ipoh yang dikenali sebagai Baeza Avenue atau kini dikenali dengan nama Ashby Road. Pada masa itu ia dikenali dengan nama THE MALAY
SECONDARY SCHOOL (MSS). Objektif penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi
pendidikan yang lebih sempurna kepada anak-anak bumiputera luar bandar agar mereka dapat menikmati kemudahan
pembelajaran sama seperti rakan-rakan mereka di bandar.
Pada 2 haribulan Januari 1958, ia telah berpindah dari Baeza Avenue ke tapak sekarang yang pada waktu itu dikenali
sebagai ‘Tiger Lane’. STAR telah berubah wajah menjadi sebuah sekolah yang gah
9
dengan bangunannya yang modern waktu itu di atas tapak seluas 46 ekar. Pada 14 Mei
1958,sekali lagi sejarah terukir apabila THE MALAY SECONDARY SCHOOL ini telah ditukarkan namanya kepada SEKOLAH
TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR) seperti yang kita kenali hari ini.
Pada 23 September 1958, Al-marhum Tuanku Abdul Rahman, Duli Yang Maha Mulia Yang
Dipertuan Agong Pertama Tanah Melayu telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan pembukaan sekolah ini. Baginda juga telah
berkenan menyempurnakan istiadat permasyuran nama sekolah ini dengan nama SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN sempena
nama baginda.
Pada peringkat awal, terdapat 16 orang tenaga pengajar telah diamanahkan untuk
mendidik 360 orang pelajar yang dibahagikan kepada 5 buah kelas tingkatan satu dan
empat buah kelas peralihan. Bahasa pengantar yang digunakan pada waktu itu ialah Bahasa Inggeris. STAR telah menjadi sebuah sekolah yang disegani di bawah
kepimpinan pengetuanya yang pertama iaitu Al-marhum Tun Hamdan bin Sheikh Tahir
(jawatan yang terakhir beliau ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang).
telah berkenan menyempurnakan istiadat
10
11
12
13
14
15
Bangunlah wahai teman-temanku,
Berkorban segenap tenagamu,Bersama berusaha memajukan
bangsa,Serta tanah air kita.
Bangunlah tuntut segala ilmu,Tunjukkan kebaktianmu,Jangan membuang masa,
Dengannya sia-sia,Kerna ILMU PANDUAN HIDUP.
16
KAMI WARGA SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
Dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan berusaha untuk:
KECERMELANGAN DIRI
Menghasilkan kerja yang bersifat positif terhadap ilmu pengetahuan.
Memastikan kesinambungan ilmu dan keintelektualan melalui pembinaan minda.
Menjamin pembangunan insan sepadu menerusi penitisan ilmu bersepadu.
PENINGKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI
Menghasilkan kerja yang bermatlamat kecermelangan.
Mengamalkan semangat bermuafakat dan perancangan kemas kearah kesempurnaan.
Menghasilkan kerja yang optimum dan meminimumkan kesilapan.
KEBERKESANAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
17
Mewujudkan kepimpinan berteraskan ketakwaan, keimanan, dan prinsip musyawarah.
Mengamalkan sikap tegas, toleransi dan kebijaksana untuk kemantapan organisasi.
Mewujudkan warga sekolah yang dedikasi, tanggungjawab dan produktif.
KEMANTAPAN PERPADUAN
Melahirkan semangat hormat menghormati dan kasih sayang tanpa mengira status.
Penyatuan matlamat, fikiran dan amalan ke arah pencapaian wawasan.
Melahirkan semangat kekitaan.
KECERMELANGAN KOKURIKULUM
Memupuk kecermelangan dan kegemilangan ilmu.
Membina daya saing yang tinggi bagi mengekalkan kecermelangan.
Melahirkan generasi serba boleh dalam pelbagai bidang.
KEGEMILANGAN KOKURIKULUM
Melatih pelajar menjadi pemimpin yang berwibawa.
Melahirkan atlit-atlit yang bakal mewakili Negara dalam pelbagai jenis sukan.
Membina ketinggian peribadi kearah warga berwibawa.
18
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Membekalkan generasi yang menyambung keyajaan dan kecermelangan.
Melahirkan watak berwatakan kreatif, inovatif dalam menghadapi cabaran.
Menyediakan landaan ke arah di dunia dan akhirat.
19
VISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman sebagai sekolah terbilang pada 2010.
MISI SEKOLAH
Menjadikan Sekolah Tuanku Abdul Rahman sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara, mampu mencipta kecemerlangan dunia dalam bidang;
Pengurusan dan kepimpinan yang cekap,berkesan,telus dan tulus.
Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan yang terbilang.
Sahsiah yang berasaskan proses pembangunan insan.
Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
20
“Ilmu Panduan Hidup”
21
Ilmu panduan hidup.Manusia adalah makhluk yang
sempurna yang boleh dididik, berkemampuan untuk mencapai ketinggian akhlak.
Pembelajaran, keupayaan pembelajaran dan prestasi seorang pelajar itu bukannya berpunca dari sifat semulajadinya tetapi dari alam persekitarannya sama ada di dalam bilik darjah mahupun luar .
Kebolehan dan kepandaian manusia itu bukanlah ditetapkan tetapi boleh dimanipulasikan.Manipuasi adalah proses melakukan sesuatu dengan berhajat untuk menghasilkan sesuatu.
22
Untuk memberi peluang pelajar-pelajar berpotensi bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur dan sempurna.
Untuk memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pelajaran dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan negara.
Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan.
Untuk membina akhlak dan nilai-nilai hidup yang sesuai bagi memenuhi kehendak Malaysia bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu, beriman dan beramal.
Untuk menanam kesedaran dikalangan kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar supaya berusaha kearah penghayatan dan pencapaian Sekolah Berasrama Penuh(SBP).
Untuk mengadakan segala kemudahan pembelajaran bagi mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat dicapai.
Untuk menjadikan STAR sebagai institusi yang sempurna dan yang boleh
23
dibanggakn bagi memungkinkan pelajar mencapai tahap kecemerlangan dari segenap bidang.
24
Bahawasanya kami guru dan staf Sekolah Tuanku Abdul Rahman akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk :
Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum
Mendidik pelajar supaya mmpunyai sahsiah yang cemerlang dan terpuji.
Menjana potensi pelajar bagi melahirkan kepimpinan yang unggul.
Menerapkan budaya teknologi maklumat bagi memudahkan pelajar mendapat ilmu.
Menentukan tempat kediaman pelajar dan aktiviti harian pelajar sentiasa kemas dan teratur.
Memastikan persekitaran yang ceria, bersih dan menarik.
Mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dengan warga sekolah.
25
26
27
GAMBAR PERSEKITARAN BLOK AKADEMIK
28
GAMBAR PERSEKITARAN PINTU MASUK UTAMA
29
GAMBAR PERSEKITARAN DI DALAM BLOK AKADEMIK
30
31
Saya menyedari betapa bertuahnya pelajar Sekolah
Tuanku Abdul Rahman kerana dapat melanjutkan pelajaran ke
sebuah sekolah Elit dan Berasrama Penuh. Saya berharap
semoga Impian dan hasrat Sekolah Tuanku Abdul Rahman
(STAR) Ipoh tercapai dan menjadi sebuah sekolah yang agung pada
suatu masa nanti.Saya juga berharap Sekolah Tuanku Abdul
Rahman (STAR) Ipoh dapat melahirkan ramai perlajar yang berjaya dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum
32
Buku Perintis Jubli Emas 2007Buku Peraturan Sekolah Tuanku Abdul
RahmanLaman Web www.staripoh.comLaman Web www.wikipedia.orgLaman Web www.yahoo.comLaman Web www.google.com
33