40
1.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ENJIN CARIAN? Enjin carian web ialah sebuah Enjin carian (perkomputeran) direka untuk mencari informasi di World Wide Web. Informasi termasuklah laman web, imej, dan pelbagai jenis fail lain. Sesetengah enjin carian juga mengorek data yang boleh didapati dalam newsbook, pangkalan data, atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori web yang diselenggara oleh manusia, enjin carian dikelola secara algoritma atau campuran algoritma dan masukan manusia. Secara ringkasnya, enjin carian ditakrifkan sebagai sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu enjin carian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai search engine. Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pengkalan data yang menyimpan segala pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Sebagai contahnya apabila anda menaip IrfanzBlog pada enjin carian, ia akan mencari kata kunci atau pautan yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pengkalan data. Sebagai hasilnya, apabila kata kunci yang dimasukkan dijumpai, maka segala laman web yang berkaitan akan dipaparkan kepada anda. Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Ini adalah serba sedikit info tentang enjin carian.

FM 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: FM 1

1.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ENJIN CARIAN?

Enjin carian web ialah sebuah Enjin carian (perkomputeran) direka untuk mencari informasi di World Wide Web. Informasi termasuklah laman web, imej, dan pelbagai jenis fail lain. Sesetengah enjin carian juga mengorek data yang boleh didapati dalam newsbook, pangkalan data, atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori web yang diselenggara oleh manusia, enjin carian dikelola secara algoritma atau campuran algoritma dan masukan manusia. Secara ringkasnya, enjin carian ditakrifkan sebagai sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa.

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu enjin carian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai search engine. Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pengkalan data yang menyimpan segala pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Sebagai contahnya apabila anda menaip IrfanzBlog pada enjin carian, ia akan mencari kata kunci atau pautan yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pengkalan data. Sebagai hasilnya, apabila kata kunci yang dimasukkan dijumpai, maka segala laman web yang berkaitan akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Ini adalah serba sedikit info tentang enjin carian.

Page 2: FM 1

Bagaimana enjin carian berfungsi

Terdapat lima proses yang diketengahkan untuk menjelaskan cara sesebuah enjin carian berfungsi perkara pertama yang akan dijalankan oleh agen carian adalah melayar atau merangkak ke laman untuk melihat apa yang ada. Ia dilakukan oleh sebuah perisian yang dipanggil Web Crawler atau Spider (untuk Google ia dipanggil Googlebot). Perisian ini akan melayari dari sebuah laman ke laman yang lain menerusi pautan link. Dalam dunia internet terdapat lebih kurang 20 billion laman dan ianya bertambah setiap hari. Jadi adalah mustahil untuk perisian ini untuk melihat laman web setiap hari untuk melihat sama ada terdapat artikel baru yang ditambah atau dikemaskini. Kadangkala Crawler tidak akan melawat atau menjenguk laman web untuk sebulan lebih. Ianya memang situasi yang biasa dan tidak boleh mengawalnya. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah menganalisis dan memeriksa laman apa yang dapat dilihat oleh Crawler. Jika laman yang dipenuhi dengan gambar, video, flash, javascript dan frames akan menyebabkan Crawler melihat ianya adalah laman yang kosong sahaja. Agen carian akan mentafsirkan yang laman tersebut adalah tidak wujud.

Langkah kedua yang akan dijalankan oleh agen carian adalah mengindeks. Selepas satu laman atau keseluruhan laman dilayari oleh Crawler, ia akan mula mengindeks. Laman yang telah diindeks akan disimpan dalam sebuah pangkalan data yang besar di mana ianya akan dipaparkan dan diguna semula. Proses mengindeks adalah mengenalpasti setiap perkataan atau teks untuk mendapat satu kata kunci (keyword) yang mendefinasi atau menerangkan laman tersebut.Oleh kerana proses mengindeks ini melibatkan berjuta-juta kata kunci (keyword), kadangkala agen carian tidak dapat mengaitkan kata kunci tertentu untuk sesebuah laman. Sekiranya ini dapat membantu agen carian dengan melakukan klasifikasi dan pengoptimuman kata kunci, proses ini lebih mudah dilakukan dan tidak mustahil untuk mendapatkan tahap populariti tertinggi dengan mudah.

Setelah berlaku aktiviti carian dalam pangkalan data, agen carian akan mula melakukan pemprosesan. Di mana ia akan melakukan perbandingan frasa carian dengan laman yang telak diindeks. Sekiranya terdapat perbandingan yang sepadan dengan frasa carian, laman tersebut akan dipilih dan dimasukkan dalam penyenaraian sementara. Proses penyenaraian sementara mungkin akan melibatkan lebih dari sebuah laman dan mungkin sehingga berjuta yang mengandungi frasa carian. Agen carian perlu melakukan satu lagi proses tambahan iaitu penilaian relevansi untuk setiap laman yang tersenarai. Penilaian ini dilakukan menerusi algoritma yang tersangat kompleks. Setiap agen carian seperti Google, Yahoo! dan MSN mempunyai algoritma yang tersendiri dan tidak sama antara satu sama lain. Algoritma ini melibatkan banyak elemen-elemen seperti pemberat, ketumpatan, meta tag dan pautan (links) untuk satu-satu kata kunci (keyword). Difahamkan yang agen carian sentiasa mengubah algoritmanya dan bagi memastikan laman kita sentiasa berada di barisan yang tertinggi, kandungan setiap laman perlu sentiasa dikemaskini. Proses terakhir yang akan dilakukan adalah memaparkan atau menyenaraikan semua keputusan yang telah dinilai. Kebiasaanya keputusan akan dipaparkan mengikut populariti yang paling tinggi sehingga yang paling rendah.

Page 3: FM 1

1.2 CONTOH-CONTOH ENJIN CARIAN

1) Nama : Google§ URL : https://www.google.com.my/webhp?

tab=ww&ei=i2rZVOCHHIuZuQTu0oKAAQ&ved=0CAcQ1S4 § Sinopsis :

Google merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan.

Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol, yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris dibubuh dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet. Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. Misi Google adalah "untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal". Slogan tidak rasmi syarikat ini, diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail Paulus Buchheit, adalah "Jangan jahat". Kritik terhadap Google termasuk kebimbangan tentang privasi maklumat peribadi, hak cipta, dan sensor.

2) Nama : Yahoo

Page 4: FM 1

§ URL : https://www.yahoo.com/ § Sinopsis :

Yahoo! dimulakan pada tahun 1994 oleh dua orang pelajar kolej bernama David Filo dan Jerry Yang. Mereka memulakan Yahoo sebagai satu cara menjejak minat mereka di Internet. Mereka tidak pernah membayangkan bahawa usaha di talian mereka akan menjadi salah satu jenama paling terkemuka di Internet.

Panduan Yahoo dengan pantas menjadi popular sebagai tapak popular bagi mendapati laman Internet berguna. Pada musim luruh 1994, Yahoo mencecah capaian sejuta sehari, iaitu hampir 100 ribu pelawat unik. Kini Yahoo merupakan salah satu laman tertinggi dilawati di internet, menerima melebihi 345 juta pengunjung setiap bulan. Sepanjang tahun kewujudannya, Yahoo telah melalui beberapa pertukaran muka utama. Anda boleh melihat sejarah bergambar melalui tapak laman WayBackMachine (http://web.archive.org/web/*/http://www.yahoo.com). Yahoo kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaran pod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian.

3) Ask.com§ URL : http://www.ask.com/ § Sinospsis :

Dulunya ia dikenali sebagai Ask Jeeves yang bermula pada tahun 1995 yang berfungsi sebagai enjin carian yang fokus kepada "question and answer" tetapi kemudiannya AskJeeves.com gagal bersaing dengan Google maka pada penghujung tahun 2010 ia menukar sedikit format "question and answer" kepada secara terbuka dimana soalan boleh dijawab oleh semua pengguna tetapi masih mengekalkan fungsi sebagai enjin carian yang dikenali sebagai Ask.com.

Page 5: FM 1

Namun sedikit keunikan dan keistimewaan Ask.com ini adalah ianya ada pilihan ruangan untuk anda bertanya soalan dan akan dijawab oleh para pengunjung laman enjin carian ini. Jika tiada pengguna yang menjawabnya, Ask.com akan menggunakan pihak lain untuk menjawab soalan anda. Setiap soalan dan jawapan akan disimpan dalam database dan dijadikan rujukan buat pengguna yang mencari topik atau soalan yang berkaitan. Pasti ramai yang tidak menegtahui dan menggunakan enjin carian Ask.com namun ketahuilah ianya kini merupakan salah satu enjin carian yang amat berpengaruh. Ask.com telah digunakan lebih dari 100 juta pengguna diseluruh dunia pada setiap bulan. Ask.com juga menyediakan web browser toolbar untuk melayari internet, sama seperti firefox, chrome dan explorer. Ianya juga boleh di akses melalui aplikasi App Store dan iTunes.

4) Nama : Hot Bot§ URL : http://www.hotbot.com/ § Sinopsis :

Hotbot adalah enjin carian web yang kini dimiliki oleh Lycos . Ia telah dilancarkan pada Mei 1996 oleh majalah Wired . Dalam tahun 1990-an , ia adalah salah satu enjin carian yang paling popular di World Wide Web .

Page 6: FM 1

5) Nama : Gigablast§ URL : http://www.gigablast.com/ § Sinopsis :

Gigablast adalah enjin carian web kecil bebas yang berpangkalan di New Mexico . Ia telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Matt Wells , sebelum ini daripada Infoseek . Kod sumbernya telah dihasilkan di bawah lesen Apache pada tahun 2013. Ia telah dibeli oleh Yippy , Inc pada tahun 2013. Gigablast menyediakan , atau telah disediakan , hasil carian kepada syarikat-syarikat lain , seperti Ixquick , Clusty , Zuula , Snap, dan Blingo . Pada bulan Julai 2013, Gigablast enjin carian kod sumber dalam C / C ++ diisytiharkan sebagai sumber terbuka di bawah versi 2.0 lesen Apache .

Page 7: FM 1

6) Nama : Looksmart§ URL : http://www.looksmart.com/ § Sinopsis :

Looksmart adalah sebuah syarikat awam, syarikat pengiklanan dalam talian Amerika ditubuhkan pada tahun 1995. Berdasarkan di San Francisco ia adalah salah satu daripada lima ahli pengasas IAB Klik Panel Pengukuran .

7) Lycos§ URL : http://www.lycos.com/ § Sinopsis :

Lycos , Inc adalah enjin carian dan web portal yang ditubuhkan pada tahun 1994. Lycos juga merangkumi rangkaian e-mel , webhosting , rangkaian sosial , dan laman web hiburan .

Page 8: FM 1

8) Bing§ URL : https://www.bing.com/ § Sinopsis :

Bing (dahulu dikenali sebagai Live Search, Windows Live Search dan MSN Search) merupakan sebuah enjin carian (diiklankan sebagai enjin keputusan) daripada syarikat Microsoft. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2009. Bing mula didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Steve Ballmer pada 28 Mei 2009 dekat persidangan All Things Digital di San Diego, California, Amerika Syarikat sebelum ia dilancarkan. Antara perubahan ketara termasuklah penyenaraian hasil carian ketika pertanyaan dimasukkan dan senarai carian berkaitan (dikenali sebagai "anak tetingkap jelajah") berdasarkan kepada teknologi semantik daripada Powerset, dimana pihak Microsoft telah membelinya pada 2008. Pada 29 Julai 2009, Microsoft dan Yahoo! mengumumkan satu perjanjian di mana Carian Yahoo! akan dijana oleh Bing. Kesemua pengguna sejagat dan rakan kongsi Carian Yahoo! dijangka telah membuat peralihan pada awal 2012.

Pada Oktober 2011, Microsoft menyatakan bahawa mereka sedang bekerja pada infrastruktur pencarian belakang yang baharu dengan matlamat untuk menyediakan hasil carian yang lebih cepat dan lebih relevan untuk para pengguna. Dikenali sebagai "Tiger", teknologi khidmat indeks telah digabungkan ke dalam Bing secara global pada Ogos 2011. Pada Mei 2012, Microsoft mengumumkan satu lagi reka bentuk semula enjin carian yang merangkumi "Bar sisi", satu ciri sosial yang mencari rangkaian sosial para pengguna untuk maklumat yang berkaitan dengan permintaan carian.[8] Pasa September 2013, rupa baharu Bing telah dilancarkan dengan menggunakan bahasa reka bentuk "Metro".

Page 9: FM 1

9) AOL Search§ URL : http://search.aol.com/aol/webhome § Sinopsis :

AOL Inc ( sebelum ini dikenali sebagai America Online , ditulis sebagai AOL) AOL Inc adalah sebuahperbadanan media massa multinasional yang berpangkalan di New York City yang berkembang, tumbuh , dan melabur dalam jenama dan laman web . Perniagaan syarikat menjangkau pengedaran kandungan digital, produk , dan perkhidmatan , yang menawarkan kepada pengguna, penerbit dan pengiklan . Pada bulan Julai 2005, AOL melancarkan AOL Explorer sebagai muat turun percuma dan sebagai turun dengan pilihan AIM versi 5.9. AOL Explorer menyokong “tab browsing”.

Page 10: FM 1

10) Open Directory§ URL : http://www.dmoz.org/ § Sinopsis :

Dmoz ( dari directory.mozilla.org , nama domain yang asal ) adalah sebuah enjin pencariandirektori terbuka dan kandungannya berbilang bahasa dalam pautan Wide Web . Tapak dan masyarakat yang mengekalkan ia juga dikenali sebagai Projek Direktori Terbuka (ODP). Ia dimiliki oleh AOL tetapi dibina dan diselenggarakan oleh masyarakat editor sukarelawan .Dmoz menggunakan skim ontologi hierarki untuk menganjurkan penyenaraian tapak. Senarai di atas topik yang sama dikumpulkan ke dalam kategori yang kemudiannya boleh termasuk kategori yang lebih kecil .

11) MSN§ URL : http://www.msn.com/en-my/ § Sinopsis :

MSN ( berasal daripada Rangkaian Microsoft ; dimodifikasikan sebagai msn ) adalah laman web dan perkhidmatan Internet yang disediakan oleh Microsoft . Microsoft Network memulakan kerjaya sebagai perkhidmatan dalam talian dan pembekal perkhidmatan internet pada 24 Ogos 1995, bertepatan dengan pengeluaran Windows 95 sistem operasi . [ 3 ]Rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh MSN telah berubah sejak dilepaskan awal pada tahun 1995. MSN pernah perkhidmatan mudah dalam talian untuk Windows 95 , satu eksperimen di awal kandungan multimedia interaktif di Internet, dan salah satu yang paling popular pembekal perkhidmatan Internet dial-up . Sejak tahun 1998 , MSN telah terutamanya merupakan portal web popular .Microsoft menggunakan MSN nama jenama untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan berasaskan web yang popular di akhir 1990-an , terutamanya Hotmail dan Rasul , sebelum penyusunan semula banyak daripada mereka pada tahun 2005 di bawah nama jenama lain , Windows Live .

Page 11: FM 1

12) Nama : Dogpile§ URL : http://www.dogpile.com/ § Sinopsis :

Dogpile adalah enjin carian yang mengambil keputusan dari enjian carian seperti Google, Yahoo! dan Yandex, dan termasuk hasil dari beberapa enjin carian popular lain , termasuk dari pembekal kandungan audio dan video . Ia berdaftar di bwah Blucora, Inc.

13) Excite

Page 12: FM 1

§ URL : http://www.excite.com/ § Sinopsis :

Excite adalah koleksi laman web dan perkhidmatan yang dilancarkan pada Disember 1995. Excite adalah perkhidmatan dalam talian yang menawarkan pelbagai kandungan , termasuk portal Internet yang menunjukkan berita dan cuaca dan lain-lain (di luar Amerika Syarikat sahaja) , enjin carian , e-mel berasaskan web , mesej segera , harga saham, dan laman utama pengguna disesuaikan. Kandungan ini dikumpul dari lebih 100 sumber yang berbeza .

14) Nama : Netscape§ URL : http://isp.netscape.com/ § Sinopsis :

Netscape Communications (dahulu dikenali sebagai Netscape Communications Corporation dan umumnya dikenali sebagai Netscape ) adalah sebuah syarikat Amerika perkhidmatan komputer , paling dikenali untuk Netscape Navigator , web browser . Apabila ia menjadi sebuah syarikat bebas , ibu pejabat berada di Mountain View , California .Di bawah AOL , pembangunan web browser Netscape terus sehingga Disember 2007, apabila AOL mengumumkan bahawa syarikat akan berhenti penggunaan web browser Netscape yang pada awal tahun 2008. AOL terus menggunakan jenama Netscape pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk memasarkan Internet diskaun perkhidmatan pembekal .

Page 13: FM 1

15) Galaxy§ URL : http://www.galaxy.com/ § Sinopsis :

Dilancarkan pada tahun 1994 , Galaxy adalah direktori Internet dicari pertama. Sebahagian daripada bahagian Einet di daerah Research Consortium di Universiti Texas, Austin. Lebih kepada direktori daripada enjin carian.

16) Webcrawler

Page 14: FM 1

§ URL : https://www.webcrawler.com/ § Sinopsis :

WebCrawler adalah enjin metasearch yang menggabungkan hasil carian dari Google Search dan Yahoo! Search . WebCrawler juga menyediakan pengguna pilihan untuk mencari imej, audio , video , berita , muka surat kuning dan halaman putih . WebCrawler adalah tanda dagangan berdaftar InfoSpace , Inc. Ia dilancarkan pada 20 April 1994 dan telah dicipta oleh Brian Pink di Universiti Washington .

1.3 APAKAH KEGUNAAN ENJIN CARIAN DALAM INTERNET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU?

ª Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.

ª Dapat mencari pelbagai maklumat dari serata dunia.ª Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet.ª Menawarkan kepelbagaian bentuk penyampaian seorang guru.ª Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.ª Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.ª Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan

menerokai pembelajaran kendiri. ª Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah

mengikut tahap dan kebolehan mereka.ª Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah

mengikut tahap dan kebolehan mereka.

1.4 BEZA ANTARA ENJIN PENCARIAN?

Page 15: FM 1

Terdapat beberapa kelebihan di antara Google dan Yahoo. Kedua-duanya menawarkan produk yang menarik kepada semua pelangan mereka. Dengan kata lain kedua-duanya menawarkan versi untuk kegunaan pelangan yang sama seperti (Maps, Local Search, Image Search) tetapi dapatkah kedua-dua versi ini dibezakan. Rajah di bawah akan menerangkan kebaikan dan kelemahan di antara perkhidmatan yang diberikan kepada pelangan.

PRODUK GOOGLE'S DESIGN YAHOO'S DESIGN

AlertsGoogle Alerts (beta)Google Alerts adalah pilihan email baru kepada penggunan yang menawarkan web, berita, dan lain-lain berdasarkan citarasa pengguna.

Yahoo! AlertsGet real-time akan dikemaskini dan terus dikirimkan melalui email, telifon bimbit, atau Yahoo Messenger.

Answers

Google AnswersGoogle Answers adalah kemudahan kepada pegangan dengan mudah untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.

Ask Yahoo!Yahoo akan mencari maklumat yang dicari dengan teliti sepertimana yang diinginkan oleh pelangan.

Desktop Search

Google Desktop Akan menentukan email, file, media, riwayat web dan berchatting secara langsung.

Yahoo! Desktop Search (beta) Disediakan secara percuma dengan menawarkan downloadable search application dan memastikan setiap fail itu dapat disimpan mengikut citarasa yang diingini.

Directory

Google DirectoryGoogle Web Directory yang telah direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory dimana memudahkan pencarian di web.

Yahoo! DirectoryYahoo! Directory akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di web side.

Finance

Google Search Feature: StocksUntuk mengunakan google bagi mendapatkan maklumat megenai saham dengan hanya memasuki salah satu simbul ticker.

Yahoo! Finance Pengguna memiliki akses pelbagai di yahoo bagi kemudahan ini.

Groups

Google Groups (beta)Google Group adalah perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.

Yahoo! GroupsBagi Yahoo pula ianya direka bagi memudahkan pelanggan mengunakannya bersama keluarga, teman dan telah direka melalui web dan email berkumpulan.

Image Search

Google Image SearchPencarian gambar Google adalah yang paling komprehensif di web dengan menawarkan lebih dari satu mailing gambar yang tersedia

Yahoo! Image Search Image Search yahoo juga menawarkan berjuta-juta gambar kepada pelanggan.

Page 16: FM 1

untuk dilihat.

Local Search

Google Local (beta) Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data local yang dicari.

Yahoo! Local Yahoo ada menyediakan yellow pagesnya tersendiri bagi memudahkan pelangan terus mencari nombor telifon, alamat dan sebagainya.

Mail

GmailGmail adalah satu lagi medium baru bagi menghantar web email, dengan adanya email ini ianya akan menjadi mudah berbanding menghantar surat.

Yahoo! MailMail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan mengunakan cross-platform email solution, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding pesaing.

Maps

Google Maps (beta)Google Maps adalah layaran Google yang menawarkan perhidmatan yang canggih dengan teknologi pemetaan termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.

Yahoo! Maps Peta perjalanan dan arah perjalanan untuk Bandar yang terdapat di USA sahaja.

Mobile

Google Mobile Pencarian google terletak ditangan penguna.

Yahoo! Mobilepenggunan juga dapat membaca berita, maklumat yang diperlukan, serta memuat turun maklumat yang diperlukan.

Movies

Google Search Feature: MoviesGoogle menawarkan pencarian mudah dengan hanya klik di ruang pencarian google sahaja untuk mencari tajuk serta tarikh ditayangkan .

Yahoo! Movies Yahoo pula menawarkan Trailers, DVD, showtimes, reviews, dan banyak lagi.

News

Google News (beta)Google News menawarkan lebih dari 4,500 berita terbaharu seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa.

Yahoo! NewsYahoo News pula menawarkan di halaman utama yahoo dan hanya ke ruangan berita pelangan akan memperolehi pelbagai berita di seluruh dunia.

Personal Page

Personalized Google Homepage Personalized homepage akan memberikan pelanggan melayari web diseluruh dunia.

My Yahoo Pelanggan akan dapat melayari dimana sahaja web yang diingini oleh pelangan dan juga menawarkan perkhidmatan email, berita, tv dan filem berdaftar serta banyak lagi.

Page 17: FM 1

Photos

PicasaPicasa perisian yang membantu pelanggan mencari maklumat, mengedit dan pelbagai gambar yang terdapat di dalam komputer pelangan.

Yahoo! Photosdapat meyimpan setiap gambar ke dalam album dan juga dapat menghantar kepada semua kawan melalui email.

Flickrdapat mempamirkan gambar kegemaran pelangan ke seluruh dunia.

Product Search

Froogle (beta)Froogle adalah kemudahan yang ditawarkan pencarian secara sepesifik tentang kedai yang menjual barangan yang dicari serta menunjukkan lokasi tersebut.

Yahoo Shoppingdalam Yahoo Shopping, pelangan dapat mencari barangan yang diingini dan membuat pembandingan harga dengan mengunakan Yahoo Store dalam mencari harga yang terbaik.

Product Testing

Google LabsGoogle labs yang menyediakan idea yang menarik bagi mereka yang mencari maklumat.

Yahoo NextIanya menyediakan perhidmatan yang terbaharu yang dilakukan seumpama lakukan hari ini untuk berkerja untuk hari esok.

Social Networking

Orkut Ianya memberi pelangan berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat.

Yahoo 360° Dengan Yahoo 360°, pelangan akan disediakan suatu tempat yang khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan.

Toolbar Google Toolbar Yahoo! Toolbar

Travel

Google Search Feature: Travel Timesmenyediakan kemudahan pencarian seperti hotel, airport serta tempat yang menarik untuk dilawati.

Yahoo Travel memudahkan pelangan mencari dimana tempat yang ingin dilawati.

Video Search

Google Video Search (beta)mencari rancangan TV didalam talian.

Yahoo Video Search

Weather Google Search Feature: WeatherMemudahkan pelangan mengetahui keadaan cuaca di tempat sendiri mahupun dikawasan lain.

Yahoo News Weatherkeadaan grafik disediakan, keadaan semasa, catatan seluruh dunia yang telah disediakan oleh weather.com.

Web SearchGoogleSelain kemudahan yang ditawarkan kepada lebih 8 billion halaman web, Google juga memiliki banyak lagi kemudahan bagi kemudahan pelanggan.

Yahoo Searchyahoo juga menawarkan maklumat pencarian kepada pelangan, pelangan akan mendapat apa yang diingini dengan pencarian yang mudah dan senang.

Page 18: FM 1

Saya berpendapat bahawa enjin carian yang paling baik di dunia adalah Google. Hal ini adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan lain selain daripada untuk mencari laman web yang dikehendaki. Google meyediakan kemudahan email, terjemahan, pencarian laman khas untuk maklumat pembelajaran (google scholar), google map dan sebagainya berbanding dengan persainnya. Google juga merupakan salah satu enjin carian yang terpantas secara puratanya 0.38 saat.

1.5 CATATKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN PENCARIAN YANG SANGAT CEPAT?

Sebenarnya kita juga boleh menggunakan kaedah ‘Boolean’ dalam pencarian tersebut. Kebanyakan enjin pencarian menggunakan kaedah ini tetapi ada juga yang boleh menggunakan simbol yang berbeza. Contohnya adalah Alta Vista yang menggunakan juga tanda + bagi AND dan - bagi NOT. Apakah sebenarnya kaedah ‘Boolean’? ‘Boolean’ bermaksud menghadkan atau mengabungkan skop pencarian dengan mengunakan perkataan yang dikenali sebagai ‘Boolean operators’ iaitu 'AND, OR dan NOT'. 'AND, OR and NOT’ berfungsi menhubungkan antara satu katakunci dengan yang lain manakala ‘AND and NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian. Jika kita memasukkan perkataan ‘internet searching skills’, enjin pencarian akan menganggap kita mencari maklumat bagi ‘Internet OR searching OR skills’. Maklumat mengenai salah satu dari tiap perkataan itu yang terdapat dimana-mana tapak Web akan disenaraikan. Enjin pencarian akan hanya mencari tapak web yang mengabungkan ketiga-tiga perkataan yang dicari. Perlu diingatkan bahawa kita mestilah menggunakan huruf kecil bagi menaipkan katakunci melainkan kita ingin mencari nama khas (proper names). Kita juga boleh menggunakan simbol & (ampersand) bagi menggantikan AND.

Teknik lain untuk mencari maklumat dengan cepat adalah dengan penggunaan tanda petik setiap kali mencari maklumat secara maya. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “kemalangan jalan raya”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan kemalangan, jalan dan raya secara berasingan. Pilihlah maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya. Kita juga boleh menggunakan tanda ‘quotation’ bagi frasa (phrase) yang mana enjin pencarian akan hanya mencari frasa tersebut. Terdapat beberapa enjin pencarian yang memberikan lebih banyak kemudahan menghad/meluaskan atau menapis pencarian. Alta Vista contohnya memberipilihan mengecilkan pencarian dengan menghadkan tapak Web mengikut jangkamasa tarikh yang tertentu sahaja ataupun mengkelas-kan katakunci mengikut hireki dengan menggunakan simbol (…..) (parenthesis). Beberapa enjin pencarian lain seperti Lycos menggunakan tanda $ bagi pencarian ‘wildcard’ iaitu mencari apa sahaja perkataan mengikut sesuatu katakunci, contohnya ‘comp$’ akan menghasilkan perkataan seperti ‘computer’, ‘computing’ dan lain-lain lagi.

Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy). Kita

Page 19: FM 1

juga menggunakan bookmark sebagai salah teknik dalam mencari maklumat di internet dengan cepat. Teknik terakhir yang ingin saya sentuh ialah membuat pencarian maklumat dalam internet apabila trafik internet tidak sibuk.

1.7 Alamat internet dan Katalog Internet

ALAMAT INTERNET

BIL TAJUK URL1 Kata nama http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm2 Kata kerja http://hazelniabell2.wix.com/cikgu-bellabell#!kata-kerja/c5wb3 Kata adjektif http://mnorela207.blogspot.com/2012/11/pagi-satu-amalan-badan-

sihat-aktif.html4 Kata hubung http://cikgusurayabukhari.blogspot.com/p/kata-hubung.html5 Kata ganti

namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_ganti_nama_%28bahasa_Melayu%29

6 Kata seru https://docs.google.com/document/d/1eV5Rbj52bebUevh7aMu83SnoRAhlS_9LgefCpvktmM4/edit?pli=1

7 Kata perintah http://cikgusurayabukhari.blogspot.com/p/kata-perintah.html8 Kata bantu http://bmsgi.blogspot.com/2012/11/tatabahasa-kata-bantu.html9 Kata nafi http://www.ddhamidon.com/2013/12/kata-nafi.html10 Kata tanya http://liewhueypyng2.blogspot.com/2012/11/kata-tanya-1.html11 Simpulan

Bahasahttp://rohana-rahman-bm.blogspot.com/p/blog-page_12.html

12 Perumpamaan

http://midieja.blogspot.com/p/perumpamaan_05.html

13 Bidalan http://norazila2012.blogspot.com/2012/12/bidalan.html14 Penanda

Wacanahttp://megawati-tatabahasabahasamalaysia.blogspot.com/2011/12/penanda-wacana.html

15Penjodoh Bilangan

http://mrafain.blogspot.com/p/sistem-bahasa_23.html

16 Sinonim http://rohainiabdulsatar.blogspot.com/2011/11/sinonim.html17 Antonim http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/antonim.html18 Imbuhan http://hzurain.blogspot.com/2011/08/nota-imbuhan-tips-untuk-semua-

jenis.html19 Pengandaan http://cikgusmkputra.blogspot.com/2012/11/penggandaan.html20 Tanda Baca http://cikguanitahashim.blogspot.com/2012/11/tanda-baca.html

Katalog Internet

1. TAJUK Kata NamaURL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

SINOPSIS

§ Perkataan NAMA terbahagi

kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL

§ dan satu lagi

Page 20: FM 1

2.TAJUK Kata KerjaURL http://hazelniabell2.wix.com/cikgu-bellabell#!kata-kerja/c5wb

SINOPSIS

§ Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

§ Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

3.TAJUK Kata AdjektifURL http://mnorela207.blogspot.com/2012/11/pagi-satu-amalan-badan-sihat-

aktif.html

SINOPSIS

§ Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

§ Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

§ Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

Page 21: FM 1

4.TAJUK Kata HubungURL http://cikgusurayabukhari.blogspot.com/p/kata-hubung.html

SINOPSIS

§ Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

5.TAJUK Kata Ganti NamaURL http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_ganti_nama_%28bahasa_Melayu%29

SINOPSIS

§ Kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri. Untuk pengetahuan anda, kata ganti nama bukan sahaja terhad kepada kata ganti nama diri tetapi merangkumi juga kata ganti tak tentu, kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti tanya.

Page 22: FM 1

6.TAJUK Kata SeruURL https://docs.google.com/document/d/

1eV5Rbj52bebUevh7aMu83SnoRAhlS_9LgefCpvktmM4/edit?pli=1

SINOPSIS

§ Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya

§ Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

§ Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

7. TAJUK Kata PerintahURL http://cikgusurayabukhari.blogspot.com/p/kata-perintah.html

SINOPSIS

§ Digunakan supaya seseorang mematuhi sesuate perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan

§ Digunakan untuk membentuk ayat perintah§ Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.

8. TAJUK Kata BantuURL http://bmsgi.blogspot.com/2012/11/tatabahasa-kata-bantu.html

§ Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

§ Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat.

Page 23: FM 1

SINOPSIS

§ Kata bantu dapat

dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

9.TAJUK Kata NafiURL http://www.ddhamidon.com/2013/12/kata-nafi.html

SINOPSIS

§ Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

§ Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.§ Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa

sendi nama.

10.TAJUK Kata TanyaURL http://liewhueypyng2.blogspot.com/2012/11/kata-tanya-1.html

Page 24: FM 1

SINOPSIS

§ Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.§ Untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.

11.TAJUK Simpulan BahasaURL http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/p/blog-page_12.html

SINOPSIS

§ Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.§ Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang

membawa maksud yang tepat dan padat.

12.TAJUK PerumpamaanURL http://midieja.blogspot.com/p/perumpamaan_05.html

SINOPSIS

§ Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempuyai maksud tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Page 25: FM 1

13.TAJUK BidalanURL http://norazila2012.blogspot.com/2012/12/bidalan.html

SINOPSIS

§ Perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik kelompok kata yang diberikan.

§ Kelompok kata-kata tersebut adalah berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia.

§ Bidalan biasanya mengandungi kata-kata nasihat,pengajaran dan teladan.

14.TAJUK Penanda WacanaURL http://megawati-tatabahasabahasamalaysia.blogspot.com/2011/12/penanda-

wacana.html

SINOPSIS

§ Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.

§ Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

§ Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.

Page 26: FM 1

15.TAJUK Penjodoh BilanganURL http://mrafain.blogspot.com/p/sistem-bahasa_23.html

SINOPSIS

§ Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

§ Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

Page 27: FM 1

16.TAJUK SinonimURL http://rohainiabdulsatar.blogspot.com/2011/11/sinonim.html

SINOPSIS

§ Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.

17.TAJUK AntonimURL http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/antonim.html

SINOPSIS

§ Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya.

18.TAJUK Imbuhan

Page 28: FM 1

URL http://hzurain.blogspot.com/2011/08/nota-imbuhan-tips-untuk-semua-jenis.html

SINOPSIS

§ Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).

19. TAJUK PenggandaanURL http://cikgusmkputra.blogspot.com/2012/11/penggandaan.html

SINOPSIS

§ Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Page 29: FM 1

20.TAJUK Tanda BacaURL http://cikguanitahashim.blogspot.com/2012/11/tanda-baca.html

SINOPSIS

§ Tanda baca digunakan untuk menentukan keberkesanan penyampaian mesej bertulis.

Page 30: FM 1

8.Tajuk Kata nafi

URL http://zaifulzanirisham.blogspot.com/2011/11/kata-nafi.html

Sinopsis Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

9.Tajuk Kata nama terbitan

URL http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/05/kata-nama-terbitan.html

Sinopsis Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar menerima sama ada imbuhan awalan, akhiran, atau imbuhan ampitan.

Page 31: FM 1

10.Tajuk Kata nama majmuk

URL http://cikguszila.blogspot.com/2012/11/kata-nama-majmuk.html

Sinopsis Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan baharu dengan makna tertentu.