3
TEORI KEPERLUAN FITRAH MANUSIA MENURUT AL-GHAZALI Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayyed Naquib al- Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka. Secara kasar, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama. Menurut Ragib Al-Isfahami (Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Ini disokong oleh al- Ghazali (1971) yang menyatakan setiap insan wajib mengenali ALLAH S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Malah, beliau turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. Dalam teori keperluan al-Ghazali turut mengelaskan dua bahagian jasad manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk dipenuhi. Yang pertama ialah jasad (tubuh badan) dan yang kedua ialah roh. Unsur-unsur keperluan manusia menurut beliau ialah kerohanian, ilmu, adab, kuasa dan jasmani. Al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya ‘Ulumuddin telah membezakan di antara roh dengan jasad. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan ia wujud

Fitrah - Al Ghazali

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori keperluan fitrah menurut al ghazali

Citation preview

Page 1: Fitrah - Al Ghazali

TEORI KEPERLUAN FITRAH MANUSIA MENURUT AL-GHAZALI

Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan

kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-

Faruqi dan Sayyed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang

membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

Secara kasar, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri

manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan

kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

Menurut Ragib Al-Isfahami (Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada

kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang

menciptakannya. Ini disokong oleh al-Ghazali (1971) yang menyatakan setiap insan

wajib mengenali ALLAH S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha

mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Malah, beliau turut menyatakan

tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.

Dalam teori keperluan al-Ghazali turut mengelaskan dua bahagian jasad

manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk dipenuhi. Yang pertama

ialah jasad (tubuh badan) dan yang kedua ialah roh. Unsur-unsur keperluan manusia

menurut beliau ialah kerohanian, ilmu, adab, kuasa dan jasmani.

Al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya ‘Ulumuddin telah membezakan di

antara roh dengan jasad. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan

dan tumbuh-tumbuhan dan ia wujud dengan sendirinya, manakala jasad bergantung

kepada roh untuk mewujudkan hakikat makhluk itu. Roh yang ada pada manusia

kekal dan abadi manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Oleh

itu, al-Ghazali membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-

tumbuhan dengan unsur-unsur tertentu.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa roh manusia itu pada

asal kejadiannya sememangnya mempunyai pengetahuan yang kukuh , oleh itu,

perintah menuntut ilmu (al-ta’allum) sebenarnya bertujuan untuk mengembalikan

kesempurnaan roh manusia itu agar kembali kepada fitrah dan pengetahuan yang

asal mengenai Tuhan yang satu iaitu Allah yang telah hilang atau terlupa ekoran

daripada  kelekaan manusia terhadap kemewahan dunia yang merupakan faktor

Page 2: Fitrah - Al Ghazali

utama yang merosakkan hati manusia. Jadi, dengan menuntut ilmu sajalah

seseorang itu dapat menyempurnakan kembali hati mereka dan mencapai

ketenangan yang sebenar.

   Harus diingat, memenuhi roh dengan menuntut ilmu yang bermanfaat,

kelemahan hati dapat dihilangkan. Apatah lagi jiwa yang sakit, lagi perlu

mendekatkan diri dan cuba memenuhi  keperluan ruh diri dengan mempelajari  ilmu-

ilmu yang sepatutnya. Al-Ghazali juga berpendapat bahawa pengabaian ilmu

ketuhanan merupakan racun yang boleh memusnahkan hati manusia dan

mengingkari perintah Allah dengan mengikut jejak langkah syaitan juga boleh

menyebabkan hati yang berpenyakit.

Dalam konteks ini, Al-Quran menjelaskan fitrah sebagai agama pertama

ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia

mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya

didukung agama pertama ini. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa

agama Islam percaya manusia yang dijadikan di dunia ini mempunyai keperluan-

keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya.