Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK KARAKTER DAN PERSONALITI
NURAFIFAH BINTI ABD MANAN
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan
(Teknologi Seni Reka)
2017
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK KARAKTER DAN PERSONALITI
NURAFIFAH BINTI ABD MANAN
Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
keperluan bagi Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiaan
(Teknologi Seni Reka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2017
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ……………..day of……………..2017.
Student’s Declaration:
I NURAFIFAH ABD MANAN 50169 FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that the
work entitled RELATIONSHIP BETWEEN CHARACTER DESIGN AND PERSONALITY is my original work. I
have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or
acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
____________________ ________________________
Date submitted Nurafifah Abd Manan (50169)
Supervisor’s Declaration:
I JONG SZE JOON hereby certifies that the work entitled RELATIONSHIP BETWEEN CHARACTER DESIGN
AND PERSONALITY was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *
partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR DEGREE WITH HON’S (DESIGN TECHNOLOGY), and
the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by:_____________________ Date:____________________
Jong Sze Joon
ii
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for
Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research
only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic
exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the
sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any
party by the student except with UNIMAS permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature: ___________________________
Current Address:
No 29, Jalan Perkasa Indah 1,
Taman Perkasa Indah,
43100, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the
organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi memberikan saya kekuatan untuk terus kuat ketika
saya jatuh. Dengan kekuatan yang diberikan, dapat saya menyempurnakan penulisan ilmiah
projek tahun akhir saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada
penyelia saya, Cik Jong Sze Joon atas segala bimbingan, nasihat, dorongan dan keperhatian
semasa menyempurnakan tesis ini. Amat saya hargai kesabaran Ms Joon yang sedia berkongsi
maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan tidak jemu dalam membantu saya semasa sesi
penyeliaan sepanjang pengajian ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah animasi yang
terlibat membimbing saya dalam menyiapkan tesis saya iaitu Cik Auzani Zeda, Puan Syaryfah
Fazidawati, Encik Ang Tse Chwan dan Dr Azaini. Seterusnya terima kasih kepada semua
kakitangan dan Juruteknik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) kerana memberikan
kerjasama yang baik dalam menghasilkan kajian ini.
Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya,
Encik Abd Manan Bin Mohd Din dan Puan Norain Binti Ahmad diatas segala pengorbanan,
dorongan dan kesabaran mereka mengiringi saya mengharungi segala cabaran dan dugaan
sepanjang tempoh pengajian ini. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, sepupu dan sahabat baik
saya Farhana, Arief, Irfan, Fazrin, Nadirah dan Nabillah yang sentiasa ada sewaktu saya
memerlukan mereka sewaktu saya menyiapkan tesis ini. Buat Muhammad Ikram, terima kasih
kerana sentiasa memberikan kata semangat dan nasihat sewaktu saya memerlukan kekuatan.
Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengambil peluang untuk megucapkan ribuan terima
kepada teman seperjuangan saya Muhammad Shahriman, Nur A’aina Syafiqah, Adeline Jong
Zi Tin dan semua rakan sekelas yang mengambil subjek projek tahun akhir pada semester ini.
Bersama mereka, memori indah ini terlukis di ingatan, menjadi kenangan sehingga akhir hayat.
iv
ABSTRACK
Personality and character design are closely related in animation production. In general,
personality is a characteristic behavior of any individual, but each individual has a different
personality. Personality also represents the character of individuals and to be concerned and be
judged by his conduct in the situation at some point. According Fleeson (2007), the
organization's personality is character, temperament, intellect, physique relatively stable and
that determines a unique adaptation to the environment. The aim of this case study is to
investigate the relationship between the design of the character and personality. Next, the
second goal of this case study is to identify the design of the characters generated through
personality. This case study was conducted using a qualitative approach in which researchers
will conduct analysis and observation. Observations carried out by analyzing several existing
animation video. This study is expected to be used as reference and guidance to researchers in
the future.
v
ABSTRAK
Personaliti dan reka bentuk karakter amat berkait rapat dalam penghasilan animasi. Secara
umumnya, personaliti adalah ciri-ciri tingkah laku yang ada pada individu, namun setiap
individu mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti juga mewakili perwatakan seseorang
individu dan dapat diperhatian dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada suatu
ketika. Menurut Fleeson (2007), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk
badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya. Matlamat kajian kes ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara
reka bentuk karakter dan personaliti. Seterusnya, matlamat kedua kajian kes ini dijalankan
adalah untuk mengenal pasti reka bentuk karakter yang dihasilkan melalui personaliti. Kajian
kes ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dimana pengkaji telah
melakukan analisis dan pemerhatian. Pemerhatian dijalankan dengan menganalisis beberapa
video animasi yang sedia ada. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan
garis panduan kepada pengkaji pada masa hadapan.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB MUKA SURAT
Pengakuan pelajar i
Penghargaan iii
Abstrak iv
Isi kandungan vi
Senarai rajah x
Senarai jadual xii
BAB 1: PENGENALAN KAJIAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Rasional dan motivasi 2
1.2 Pernyataan masalah 2
1.3 Persoalan kajian 3
1.4 Objektif kajian 3
1.5 Skop kajian 3
1.6 Kepentingan kajian 4
vii
1.7 Kaedah penyelidikan 5
1.8 Struktur organisasi bab kajian 6
1.9 Andaian 7
1.10 Rumusan 8
BAB 2: SOROTAN KAJIAN LEPASAN 9
2.0 Sorotan kajian lepasan 9
2.1 Reka bentuk karakter 9
2.1.1 Reka bentuk karakter ikonik (iconic) 11
2.1.2 Reka bentuk karakter mudah (simple) 12
2.1.3 Reka bentuk karakter meluas (broad) 13
2.1.4 Reka bentuk karakter komedi (comedy relief) 14
2.1.5 Reka bentuk karakter memimpin (lead character) 15
2.1.6 Reka bentuk karakter realistik (realistic) 16
2.2 Personaliti karakter 17
2.3 Rumusan 21
viii
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 22
3.0 Pengenalan 22
3.1 Kaedah kualitatif 23
3.1.1 Analisis bahan bacaan 24
3.1.4 Pemerhatian video animasi sedia ada 24
3.2 Rumusan 25
BAB 4: DAPATAN KAJIAN 26
4.0 Pengenalan 26
4.1 Analisis bahan bacaan 27
4.1.1 The art of how to train your dragon 27
4.1.2 The art of moana 28
4.1.3 The art of brave 29
4.1.4 The art of big hero 6 30
4.2 Analisis video 31
4.2.1 Karakter hiccup horrendous haddock III 32
4.2.2 Karakter moana 34
ix
4.2.3 Karakter merida 36
4.2.4 Karakter hiro hamada 38
4.2 Rumusan 40
BAB 5: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 41
5.0 Pengenalan 41
5.1 Perbincangan 42
5.2 Kesimpulan 44
RUJUKAN 45
x
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1: Skop kajian yang telah dikaji. 4
Rajah 2: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan. 5
Rajah 3: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan. 11
Rajah 4: Reka bentuk karakter kategori simple (Galamoth, 2013). 12
Rajah 5: Reka bentuk karakter kategori broad (Jennifer G. Oliver,
2010).
13
Rajah 6: Reka bentuk karakter kategori comedy relief (Galamoth,
2013).
14
Rajah 7: Reka bentuk karakter kategori lead character
(Kanaeheart, 2011).
15
Rajah 8: Reka bentuk karakter kategori realistic (Brandon
Peterson, 2009).
16
Rajah 9: Karakter Moana dalam animasi Moana (Schwab, 2016). 18
Rajah 10: Karakter Hiccup dalam animasi How to Train Your
Dragon 2 (Mary, 2014).
19
Rajah 11: Watak karakter Merida dalam animasi Brave (Christina,
2012).
20
Rajah 12: Skop kajian yang telah dikaji. 23
Rajah 13: Senarai bahan bacaan yang dipilih. 27
Rajah 14: Senarai karakter yang dikaji. 31
Rajah 15: Penerangan karakter Hiccup dalam animasi How to Train
Your Dragon 2.
32
xi
Rajah 16: Penerangan karakter Moana dalam animasi Moana. 34
Rajah 17: Penerangan arakter Merida dalam animasi Brave. 36
Rajah 18: Penerangan arakter Hiro dalam animasi Big Hero 6. 38
xii
SENARAI JADUAL
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Jadual 1: Penerangan karakter Hiccup Horrendous Haddock III. 33
Rajah 2: Penerangan karakter Moana. 35
Jadual 3: Penerangan karakter Merida. 11
Jadual 4: Penerangan karakter Hiro Hamada. 37
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
1
BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
1.0 PENGENALAN
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia mempunyai personaliti yang berbeza. Sehubungan
dengan itu, reka bentuk sesebuah karakter amatlah berkait rapat dengan personaliti. Oleh yang
demikian, reka bentuk karakter dipengaruhi oleh personaliti yang berbeza. Sebagai contoh, reka
bentuk bagi karakter yang mempunyai personaliti rajin dan reka bentuk bagi karakter yang
malas.
Menurut Ortony, Norman dan Revelle (2005), personaliti ialah apa-apa yang mencerminkan
tentang seseorang. Manakala menurut Santrock (2001), pula berpendapat bahawa personaliti
merupakan teori tingkah laku seseorang dan cara untuk individu meyesuaikan diri dengan
dunianya. Menurut Fleeson (2007), personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk
badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya. Terdapat lima jenis personaliti antaranya ialah keterbukaan (openness),
kehematan (conscientiousness), tekanan (neuroticism), ekstraversi (extraversion) dan
penerimaan (agreeableness).
Menurut Lasseter (2013), reka bentuk watak adalah satu komponen penting dalam sebuah
filem. Watak merupakan subjek yang mendorong cerita dan memberikan nafas hidup ke dalam
filem. Selain itu reka bentuk karakter juga melambangkan tugas karakter tersebut dalam filem.
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
2
Sekiranya karakter tersebut mempunyai personaliti yang malas, reka bentuk karakter tersebut
berkemungkinan dalam keadaan badan yang kurus, mata yang kecil, cepat marah dan kadang
kala tidak terurus. Setiap reka bentuk watak yang dihasilkan mestilah mengikuti personaliti
watak mengikut tugasnya dalam animasi.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji perkara yang berkaitan dengan hubungan antara reka
bentuk karakter dengan personaliti. Sehubungan dengan itu, satu kajian yang lebih mendalam
telah dilaksanankan bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan dalam kajian ini. Selain itu,
reka bentuk karakter yang bersesuaian dengan personaliti diperlukan bagi melambangkan tugas
karakter tersebut dalam animasi.
1.1 RASIONAL DAN MOTIVASI
Reka bentuk karakter yang berpandukan karakter jarang dilakukan khursunya di Malaysia.
Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para pereka dan juga juru animasi untuk
menghasilkan karakter yang baik dan boleh difahami oleh penonton mengikut personaliti yang
telah diberikan kepada karakter.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Sehingga ke hari ini khususnya di Malaysia, kajian yang mengkaji hubungan antara
personaliti dan reka bentuk karakter masih terhad. Kajian analisis hubungan antara personaliti
dan reka bentuk karakter kurang dihasilkan oleh pembangun animasi di Malaysia. Oleh itu,
maklumat yang berkaitan dengan kajian ini masih kurang dan agak terhad. Selain itu, pengkaji
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
3
turut menghadapi masalah dengan menghasilkan reka bentuk karakter yang bersesuaian
personaliti karakter.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan berikut:
i) apakah hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter?,
ii) apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi personaliti dalam reka bentuk karakter?,
iii) bagaimanakah perbezaan personaliti mempengaruhi reka bentuk karakter?.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif kajian yang perlu dicapai pada akhir kajian:
i) untuk mengkaji hubungan personaliti dan reka bentuk karakter,
ii) untuk mengenal pasti pasti perbezaan reka bentuk karakter yang dihasilkan melalui
personaliti,
iii) untuk menganalisis perbezaan hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.
1.5 SKOP KAJIAN
Skop bagi kajian ini hanya tertumpu pada hubungan antara reka bentuk karakter dan
personaliti. Kajian ini hanya mengkaji reka bentuk karakter yang terhasil daripada personaliti
yang berbeza. Kajian ini hanya tertumpu pada karakter manusia. Manakala personaliti karakter
hanya tertumpu pada personaliti seorang remaja dalam lingkungan 12 hingga 25 tahun. Oleh
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
4
itu, kajian ini menghuraikan lebih lanjut berkaitan hubungan antara reka bentuk karakter dan
personaliti. Rajah 1 menerangkan lebih lanjut tentang skop kajian.
Rajah 1: Skop kajian yang telah dikaji.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingn kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara reka bentuk karakter dan
personaliti. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai personaliti diri yang berbeza. Melalui
kajian ini, pengkaji dapat menghasilkan karakter yang sesuai digunakan dalam jalan cerita.
Selain itu, pengunaan karakter yang tepat dapat menjadikan animasi lebih menarik dan dapat
menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Seterusnya kajian ini dapat
menjadi panduan untuk mengkaji dimasa hadapan membuat kajian dan menghasilkan animasi
yang baik.
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
5
1.7 KAEDAH PENYELIDIKAN
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang memerlukan pengkaji membuat
pemerhatian tentang personaliti seseorang. Perhatian dijalankan dengan menganalisis beberapa
video animasi yang dikenal pasti.
Kajian ini menganalisis data dan visual daripada personaliti, persekitaran, dan kehidupan
seharian watak. Akhir sekali, pengkaji telah merujuk pada bahan bahan bacaan yang berkaitan
denga topik yang dikaji. Rajah 2 menerangkan lebih lanjut tentang kaedah penyelidikan yang
telah digunakan.
Rajah 2: Kaedah penyelidikan yang telah digunakan.
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
6
1.8 STRUKTUR ORGANISASI BAB KAJIAN
Melalui bab Pertama, penyelidik telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang terdapat
di dalam kajian serta menjelaskan tentang tujuan kajian ini secara keseluruhan. Bab pertama ini
juga menjelaskan secara ringkas berkenaan subjek kajian iaitu hubungan antara personaliti dan
reka bentuk karakter. Penjelasan ringkas berkaitan skop kajian yang telah diaplikasikan dalam
menganalisis hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter. Seterusnya, dalam bab
Pertama secara ringkas telah menjelaskan kaedah dan objektif yang diaplikasikan ke dalam
kajian ini. Penjelasan tentang kepentingan kajian ini dijalankan turut di nyatakan dalam kajian
ini dijalankan supaya penyelidik dimasa hadapan mengetahui dengan lebih jelas berkaitan tajuk
yang dikaji iaitu hubungan antara personaliti dan reka bentuk karakter.
Dalam bab Kedua pula, penyelidik telah mengumpulkan beberapa maklumat yang berkaitan
dengan tajuk kajian pengkaji melalui kajian lepas yang dijadikan sebagai rujukan dan garis
panduan tepat untuk mereka bentuk karakter berdasarkan personaliti karakter. Melalui beberapa
sorotan kajian yang telah diteliti oleh pengkaji, dapat memudahkan serta membantu pengkaji
untuk membuat rujukan yang berkaitan dengan kajian untuk bab seterusnya iaitu metodologi
kajian. Beberapa penelitian terhadap teori yang sedia ada menjelaskan beberapa perkara penting
yang harus ditekankan untuk menghasilkan reka bentuk karakter yang tepat.
Dalam bab Ketiga, penyelidik telah menerangkan proses kajian yang digunakan oleh penyelidik
dalam mendapatkan serta mengumpul maklumat sepanjang menjalankan kajian. Bab ini juga
menerangkan kaedah metodologi yang digunakan oleh peyelidik. Kaedah kajian metodologi
banyak membantu penyelidik dalam mendapatkan serta mengumpul maklumat yang berkaitan
dengan tajuk yang berkaitan dengan kajian.
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
7
Bab Keempat menerangkan secara terperinci mengenai cara pengkaji melakukan pengumpulan
data dan mendapatkan maklumat. Setiap proses kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah
direkodkan untuk menguatkan lagi hasil dapatan kajian. Sehubungan itu, segala data dan
maklumat yang berkaitan dengan kajian penyelidik telah digunakan oleh penyelidik untuk
membuat rumusan akhir pada bab kelima
Akhir sekali, dalam bab Kelima telah menerangkan hasil daripada dapatan kajian yang telah
dilakukan oleh penyelidik. Rumusan akhir disertakan dengan fakta dan bukti yang diperoleh
oleh penyelidik setelah mengumpul maklumat dan data dari bab Pertama sehingga ke bab
Kelima. Sehubungan dengan itu, kajian mengenai hubungan antara reka bentuk karakter dan
personaliti dapat dibuktikan dan mencapai sasaran penyelidik untuk dijadikan paduan bagi
penyelidik pada masa hadapan.
1.9 ANDAIAN
Kajian ini beranggapan bahawa reka bentuk karakter mestilah berhubung kait dengan
personaliti karakter. Mereka bentuk karakter yang merujuk personaliti karakter telah
menghasilkan karakter yang baik dan boleh difahami oleh penonton.
Bab 1: Pengenalan Kajian
___________________________________________________________________________
8
1.10 RUMUSAN
Dalam bab ini, penyelidik dapat mengenal pasti beberapa permasalahan yang terdapat di
dalam kajian serta menjelaskan tentang tujuan kajian ini secara keseluruhan. Bab ini juga
menjelaskan secara ringkas berkenaan subjek kajian iaitu hubungan antara reka bentuk karakter
dan personaliti. Penjelasan ringkas berkaitan skop kajian yang telah diaplikasikan dalam
peranalisis hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.
Seterusnya, bab ini secara ringkas menjelaskan kaedah dan objektif yang telah diaplikasikan ke
dalam kajian ini. Penjelasan tentang kepentingan kajian ini dijalankan turut di nyatakan dalam
kajian ini dijalankan supaya penyelidik pada masa hadapan mengetahui dengan lebih jelas
berkaitan tajuk yang dikaji iaitu hubungan antara reka bentuk karakter dan personaliti.
Bab 2: Sorotan Kajian Lepasan
___________________________________________________________________________
9
BAB 2
SOROTAN KAJIAN LEPASAN
2.0 SOROTAN KAJIAN LEPASAN
Bab ini telah membincangkan lebih mendalam tentang hal yang berkaitan dengan hubungan
antara reka bentuk karakter dengan peresonaliti. Selain itu, melalui kajian lepasan ini juga
menerangkan secara terperinci kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian dan kemampuan
kajian.
2.1 REKA BENTUK KARAKTER
Menurut Lasseter (2013), reka bentuk watak adalah satu komponen penting dalam filem.
Watak merupakan subjek yang mendorong cerita dan memberikan nafas hidup ke dalam filem.
Selain itu reka bentuk karakter juga melambangkan tugas karakter tersebut dalam filem.
Manakala menurut Maestri (2006), menyatakan reka bentuk watak baik adalah salah satu
komponen asas dalam animasi yang baik. Mereka bentuk watak dengan betul telah membuat
personaliti mereka menjadi lebih menarik. Penonton akan memahami watak tersebut serta-
merta dan akan menyukainya. Apabila reka bentuk dipadankan dengan personaliti yang hebat,
hasilnya amat menarik.
Perbezaan personaliti amat mempengaruhi reka bentuk sesebuah karakter. Hal ini kerana setiap
manusia mempunyai personaliti yang berbeza, begitu jugalah bagi watak yang terdapat dalam
Bab 2: Sorotan Kajian Lepasan
___________________________________________________________________________
10
animasi. Menurut Mishel (1968), personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang
individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing.
Reka bentuk yang dihasilkan melalui personaliti watak dapat menyampaikan dan
mengambarkan dengan lebih tepat tentang tugas karakter tersebut dalam animasi. Oleh itu, reka
bentuk karakter yang dihasilkan amat berkait rapat dengan personaliti setiap watak.
Menurut Bancroft (2006), reka bentuk karakter boleh dibahagikan kepada 6 kategori iaitu
i) ikonik (iconic)
ii) mudah (simple)
iii) meluas (broad)
iv) komedi (comedy relief)
v) watak memimpin (lead character)
vi) realistik (realistic)