Upload
others
View
142
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MENGIKUTI TUISYEN BAHASA INGGERIS DI PUSAT-PUSAT
TUISYEN DI SEKITAR ZON KERAMAT,
KUALA LUMPUR
FARIDA BT BAHARUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJARSEKOLAH MENENGAH MENGIKUTI TUISYEN BAHASAINGGERIS DI PUSAT-PUSAT TUISYEN DI SEKITAR ZONKERAMAT, KUALA LUMPUR.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya FARIDA BT. BAHARUDIN____________________(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ()
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIRNO. 38, JALAN AU4/3, .............................................................TAMAN SRI KERAMAT TENGAH, Nama Penyelia54200 KUALA LUMPUR
Tarikh: 29 APRIL 2008 Tarikh: 29 APRIL 2008
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”
Tanda tangan : ………………………………................
Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Tarikh : 29 APRIL 2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH MENGIKUTI TUISYEN BAHASA INGGERIS DI
PUSAT-PUSAT TUISYEN DI SEKITAR ZON KERAMAT,
KUALA LUMPUR
FARIDA BINTI BAHARUDIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
Universiti Teknologi Malaysia
2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :.........................................................
Nama Penulis : FARIDA BINTI BAHARUDIN
Tarikh : APRIL, 2008
DEDIKASI
“Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya maka terhasillah tesis ini”
Jutaan terima kasih khas untuk ibu & bapaku,
FAUZIAH BINTI HJ. MOHD ALI
BAHARUDIN BIN DOL MAJID
Di atas segala pengorbanan serta doa yang dicurahkan
sepanjang anakanda berada di sini. Berkat doamulah yang mengiringi
setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Buat adinda-adindaku,
semoga kejayaanku menjadi teladan dan dorongan buat kalian..
Buat ibu & ayah mertuaku,
HJH. PATIMAH BINTI ISNAWY
HJ. ZAINAL ABIDIN BIN ABDUL MUTALIB
Terima kasih kerana sudi memahami. Tanpa pengertiannmu,
tidak mungkin anakanda akan sampai di sini..
Teristimewa buat suami tersayang
MOHD HAT’TA BIN HJ. MOHD ZAINAL ABIDIN
Berkat doamu, pengorbananmu serta hasil keringatmu
Terimalah kejayaan isterimu ini.
Semoga kejayaanku ini dapat memberikan inspirasi kepada kita
dalam mendidik anak yang bakal lahir ini.
Buat pensyarah penyelia
DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan
Moga-moga Allah memberkatimu
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan,
Jasa kalian amat ku hargai
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Dalam ruangan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada penasihat penyelidikan, DR. LOKMAN BIN
MOHD TAHIR yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar
dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar tahun 4SPH, Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan
kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk
anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang
banyak memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali untuk suami tercinta Mohd Hat’ta bin Mohd Zainal Abidin yang
banyak berkorban untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan. Terima kasih di
atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.
Sekian, Terima Kasih.s
SALAM UKHUWAH
ABSTRAK
Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris.
Responden kajian adalah terdiri daripada 148 orang pelajar yang mengikuti kelas
tuisyen Bahasa Inggeris di sekitar Zon Keramat, Kuala Lumpur. Satu set soal
selidik yang mengandungi 25 item yang berhubung dengan persoalan kajian telah
diedarkan kepada pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan peratusan dan min. Dari hasil kajian
mendapati bahawa faktor utama pelajar menghadiri tuisyen Bahasa Inggeris adalah
kerana pengaruh daripada rakan-rakan. Pelajar juga menghadiri tuisyen kerana
pengaruh guru di sekolah, pengaruh daripada pusat tuisyen dan minat pelajar itu
sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan ibu bapa merupakan faktor yang paling
kurang mempengaruhi pelajar mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, tuisyen dapat membantu keperluan pembelajaran iaitu untuk
mendapat pendidikan tambahan bagi menampung mana-mana yang kurang dari
pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan, bahawa
proses pembelajaran di sekolah guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan untuk
menarik minat pelajar kerana setiap pelajar mempunyai kesediaan dan kebolehan
yang berbeza untuk belajar.
ABSTRACT
This research was conducted to determine the important factors that influence
secondary school students to attend English Language tuition classes. Respondent
for this study consist of 148 students whom attend English Language tuition classes
at Keramat Zone, Kuala Lumpur. Sets of questionnaires which comprited of 25
items related to research questions were distributed to these students. Data was
analyzed using SPSS software to obtain the percentage and mean. The finding of
this research showed that the main factor these students attend English tuition
classes are influence from friends or peers groups. Students also attend tuition due
to influence from teachers, tuition centers, and also the students interest as well.
Research outcome shows parents influential is least effected to students for
attending English Language tuition classes. However, tuition plays an important
role in helping in learning process where extra knowledge is obtained to replace the
weakness of learning process at school. In conjunction with that, it is suggested that
teachers use various approach in teaching and learning process at school to attract
the students’ attention as different student has different way or ability of learning.
KANDUNGAN
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Kajian / Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Kajian 11
1.10 Penutup / Rumusan 12
BAHAGIAN DUA
BAB 2 TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian Berkaitan 15
2.3 Tuisyen dalam Pendidikan di Malaysia 16
2.4 Peranan Ibu Bapa 17
2.5 Peranan Guru dan Sekolah 19
2.6 Peranan Rakan Sebaya 23
2.7 Pengaruh Pusat Tuisyen 23
2.8 Penutup 24
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Persampelan 27
3.4 Instrumen Kajian 29
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 33
3.7 Prosedur Kajian 34
3.8 Kaedah Penganalisaan Data 36
3.9 Kesimpulan 38
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Maklumat Latar Belakang Pelajar 39
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Tingkatan 41
4.2.3 Bilangan Mata Pelajaran yang Diikuti 42
4.2.4 Jumlah Bayaran 43
4.2.5 Bilangan Adik-beradik yang Mengikuti
Tuisyen 44
4.2.6 Kekerapan Menghadiri Tuisyen BI dalam
Seminggu 45
4.2.7 Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga 46
4.3 Dapatan Kajian – Analisis Peratusan dan Min
(Bahagian B) 47
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Satu 47
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Dua 50
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Tiga 52
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Empat 53
4.3.5 Analisi Data Persoalan Kajian Lima 56
4.4 Rumusan 58
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 62
5.2.1 Bahagian A – Perbincangan Latar Belakang
Responden 63
5.2.2 Bahagian B – Perbincangan Persoalan
Kajian 64
5.2.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian Satu 64
5.2.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian Dua 66
5.2.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian Tiga 68
5.2.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian
Empat 69
5.2.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian Lima 71
5.3 Rumusan Kajian 73
5.4 Cadangan 74
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
SENARAI RAJAH
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 35
SENARAI GRAF
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Tingkatan Pelajar yang Mengikuti Tuisyen 41
4.3 Taburan Bilangan Mata Pelajaran yang Diikuti di Pusat Tuisyen 42
4.4 Taburan Bayaran Tuisyen untuk Sebulan 43
4.5 Bikangan Adik-beradik yang Menghadiri Tusyen BI dakam
Seminggu 44
4.6 Kekerapan Menghadiri Tuisyen BI dalam Seminggu 45
4.7 Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga 46
SENARAI LAMPIRAN
Borang Soal Selidik
Surat Perakuan UTM
A Surat Pengakuan Pakar Bidang
B Surat Pengakuan Pakar Bidang
C Keputusan Ujian Kajian Rintis
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
"…kita tidak akan dapat pelajar yang berkualiti di sekolah menengah jika di
sekolah rendah mereka tidak didedahkan dengan kualiti pendidikan yang baik. Sama
juga di universiti untuk mendapat pelajar yang baik mestilah mereka mendapat
pendidikan baik di sekolah menengah barulah mereka menjadi pelajar berjaya di
universiti…"
(Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)
Petikan di atas yang diambil daripada tajuk Pelajar Berkualiti Lahir Daripada
Pendidikan Baik Di Semua Peringkat. Melalui ucapan Perdana Menteri, beliau amat
memberi penekanan terhadap setiap peringkat pendidikan anak-anak ke arah melahirkan
modal insan yang berkualiti. Terdahulu ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 pelajar
sekolah menengah, Perdana Menteri memuji langkah Yayasan Gabungan Pendidik
Melayu Semenanjung yang terus menganjurkan Kelas Bimbingan Sijil Pelajaran
Malaysia kepada pelajar supaya mereka mencapai keputusan cemerlang dalam
peperiksaan tersebut. Beliau juga menekankan bahawa program bimbingan dan kelas
tuisyen amat berfaedah dalam membantu meningkatkan kemampuan pelajaran kanak-
kanak serta mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
2
Kini, dasar pendidikan negara yang bermatlamatkan orientasi sains dan
matematik telah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020 mendorong
pelajar untuk menitikberatkan Bahasa Inggeris. Kegagalan pelajar menguasai Bahasa
Inggeris yang diajar di peringkat sekolah memungkinkan mereka gagal memberikan
sumbangan yang bermakna terhadap pembangunan. Ini adalah kerana matapelajaran
sains dan matematik menghendaki pelajar menguasai Bahasa Inggeris kerana kedua-
duanya diajar dalam bahasa itu.
Falsafah pendidikan negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional
terhadap pendidikan. Tujuan Falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan
kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan
negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan yang dicerminkan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.
Oleh itu, Falsafah Pendidikan Negara telah digubal secara rapi dan teliti oleh
pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Untuk menggubal Falsafah
Pendidikan Negara yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada
segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan
semasa menggubal Falsafah Pendidikan Negara: (Mok Soon Sang, 1997) merangkumi
aspek:
1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara
2. Faktor sosial yang meliputi seluruh masyarakat dan kebudayaannya.
3. Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya
mempengaruhi dasar pendidikan
4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha
membawa pembangunan dan kemajuan negara.
5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti
keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
3
6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara
memberikan sumbangan ke arah yang membawa persefahaman
antarabangsa.
Dalam konteks pelaksanaannya, sistem pendidikan pada masa kini lebih
menumpukan kepada peperiksaan mensyaratkan pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan yang cemerlang sahaja yang dibenarkan memasuki sekolah-sekolah
berasrama penuh. Keputusan peperiksaan pelajar juga menjadi ukuran kepada pelajar
sekolah berasrama penuh. Namun begitu, di sekolah-sekolah biasa sesebuah kelas dihuni
oleh lebih daripada 35 orang pelajar dan mereka ini terdiri daripada pelbagai perbezaan
seperti kecerdasan, minat dan motivasi. Guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian kepada setiap pelajar. Sehubungan dengan itu, murid berpencapaian rendah
dalam akademik akan sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan, menganggap
pelajaran susah untuk difahami, mempunyai perasaan cemas apabila berhadapan dengan
guru dan rakan-rakan serta tidak berasa gembira apabila berada di sekolah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Kebanyakan murid berpencapaian rendah didapati
mempunyai beberapa kelemahan diri seperti kadar keresahan yang tinggi, sentiasa
bertindak secara defensif di hadapan pihak yang berkuasa, merasakan diri mereka
diabaikan dan tidak mempunyai matlamat yang realistik (Gaver et al., 1984). Dalam hal
ini, cabaran seorang guru adalah untuk menyediakan satu cara pengajaran yang berkesan
bagi membantu murid-murid berpencapaian rendah ini.
Permintaan untuk mendapatkan ‘pendidikan tambahan’ kepada pendidikan di
sekolah rendah dan menengah akan meningkat terutamanya dalam matapelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Geografi. Selaras
untuk memenuhi permintaan tersebut, kelas-kelas tuisyen dianjurkan oleh pihak swasta,
orang-orang perseorangan mahupun pertubuhan dan persatuan tertentu diadakan sama
ada di premis perniagaan, rumah kediaman atau di kelab. Kelas-kelas tersebut
mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa dan pelajar.
4
Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak
terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar,sebaliknya tuisyen
lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah konsep pelatihan (bahasa
inggeris: coaching). Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, iaitu pelajar
berkenaan akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat
menguasai kemahiran berkenaan dengan lebih baik.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa terutamanya di bandar-bandar, tidak keberatan
untuk mendapatkan sejumlah wang untuk membiayai tuisyen anak mereka. Mengikut
Mohamad Daud (1994) pula, pelajar-pelajar di bandar yang kebanyakannya datang
daripada keluarga kelas sosial menengah di mana ibu bapa sanggup berkorban untuk
membantu anak-anak mereka mencapai matlamat masing-masing dan menggalakkan
anak-anak mereka berdikari. Mereka lazimnya suka memaksa anak-anak mereka supaya
sentiasa ingin belajar, bekerjasama dan berusaha untuk mendapatkan pencapaian tinggi.
Selain itu, pelajar yang mengikuti kelas tuisyen juga menyatakan tuisyen perlu
bagi membimbing dan memahirkan lagi ilmu yang dipelajari di sekolah. Mereka
didapati lebih memahami apa yang guru ajar, tetapi melalui tuisyen mereka akan dapat
penjelasan lebih mendalam. Mereka juga ingin memenuhi tuntutan untuk memperolehi
keputusan peperiksaan yang baik selain untuk memahirkan diri untuk menguasai
sesuatu pelajaran.
Sebagai seorang guru, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang keseluruhan
domain yang ingin diajar, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang apa yang
ingin diajar, mempunyai pengetahuan tentang cabaran yang akan mendatang dalam
sesuatu idea, mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sesuatu idea itu boleh
disampaikan dan mempunyai pengetahuan bagaimana menilai kefahaman murid.
Pengajaran berkesan memerlukan guru membuat refleksi dan usaha berterusan untuk
mencapai pembaharuan (NCTM,2000).
5
Persoalannya, mengapakah pelajar-pelajar sekolah kini begitu ghairah untuk
mengikuti kelas di pusat-pusat tuisyen yang semakin hari semakin banyak didaftarkan di
Jabatan Pelajaran Negeri? Adakah masih wujud kepincangan di sekolah yang
menyebabkan pelajar-pelajar dan ibu bapa kurang yakin dengan kemampuan sekolah
untuk melahirkan insan yang berilmu dan berketrampilan untuk mendukung arus
pembangunan negara?
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada alaf 21 kini, kecemerlangan dalam pendidikan adalah elemen penting dalam
usaha melahirkan guru dan pelajar yang berkualiti. Justeru itu, tidak hairanlah semakin
banyak pusat-pusat tuisyen yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
akibat daripada status individu yang lazimnya diukur daripada setinggi mana kelayakan
akademik yang dimiliki. Ibu bapa juga mulai sedar bahawa mereka harus berusaha
semampu yang mungkin ke arah menjamin kejayaan anak-anak mereka dalam bidang
pendidikan demi masa depan mereka.
Bilangan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen semakin bertambah, begitu juga
jumlah wang yang perlu dibayar oleh ibu bapa mereka untuk menghantar mereka ke
kelas-kelas tersebut. Jika dahulu tuisyen dianggap sebagai kelas pemulihan kepada
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran, tetapi kini pelajar yang cemerlang juga
sanggup berbelanja besar dengan hasrat untuk berjaya dengan cemerlang dalam
pelajaran (Jumaliah Rahmat, 1999).
Kebanyakan pelajar mempunyai pandangan yang negatif terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Mereka juga tidak mempunyai keyakinan diri dalam menguasai
matapelajaran tersebut. Pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dirasakan amat
membebankan, ditambah pula dengan penambahan matapelajaran matematik dan sains
yang diajar menggunakan penguasaan Bahasa Inggeris. Kedua-dua matapelajaran ini
6
akan dijawab dalam Bahasa Inggeris buat pertama kalinya pada tahun 2007 dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Atas dasar inilah maka pelajar merasakan bahawa
mereka perlu mengikuti kelas tuisyen sebagai penyelesaian untuk berjaya.
Guru adalah pendidik dan pengasuh pelajar yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kamajuan negara pada masa depan. Peranan
guru adalah faktor yang paling penting dalam kejayaan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran Bahasa Inggeris (Effendi Zakaria, et. al., 2007). Peranan yang dimainkan
oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Selain menyebar ilmu
kepada pelajar, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar.
Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat, dan kualiti peribadi,
professional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai taasusila
yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna (Mok
Soon Sang, 1996).
Sikap guru yang berdedikasi dan prihatin serta mudah didekati amat disenangi
oleh pelajar. Ini akan dapat mengurangkan batasan interaksi antara pelajar dengan guru
dan akan membentuk sikap positif pelajar terhadap pelajaran terutamanya bagi
matapelajaran Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen bukan
hanya terhad kepada pelajar yang berada di sekolah menengah bahkan terdapat juga
murid-murid tahun satu dan dua. Malahan, tidak keterlaluan dikatakan ada juga ibu bapa
yang menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen seawal usia enam tahun.
Persoalan yang timbul ialah mengapa tuisyen begitu popular pada alaf ini? Mengapa ibu
bapa sanggup membayar sejumlah wang kepada pusat-pusat tuisyen sedangkan anak-
anak mereka telah diajar oleh guru di sekolah? Adakah ibu bapa hari ini sibuk dengan
tugas masing-masing hingga tiada masa untuk melatih anak-anak hingga sanggup
menyerahkannya kepada orang lain? Adakah sebab-sebab ini yang mendorong ibu bapa
menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen? Bagaimanakah dengan keputusan
peperiksaan atau ujian bulanan di sekolah? Adakah pelajar bertambah minat dengan
mata pelajaran Bahasa Inggeris? Bolehkah pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen
7
membahagikan masa antara ke kelas tusyen dengan kerja rumah yang diberikan oleh
guru di sekolah?
1.3 Pernyataan Masalah
Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen Bahasa Inggeris di
pusat-pusat tuisyen yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia sama ada pelajar
sekolah rendah atau menengah ataupun pelajar daripada berbagai peringkat kecerdasan
samada pandai, sederhana ataupun lemah. Adakah kerana pengajaran di sekolah yang
lebih berfokus kepada murid yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai
menyebabkan pengajaran tuisyen menjadi popular? Tidak hairanlah maka pengajaran
juga bertumpu kepada kaedah yang sesuai untuk mereka. Guru lebih suka mengajar
secara langsung kerana kaedah tuisyen dikatakan adalah satu cara yang cepat dan boleh
menyampaikan maklumat dengan banyak. Amalan ini memang menjadi perkara yang
biasa bagi kebanyakan pengajar. Adakah disebabkan campurtangan guru, rakan sebaya,
ibu bapa dan pusat tuisyen itu sendiri mendorong pelajar untuk mengikuti kelas tuisyen
Bahasa Inggeris.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian secara umumnya adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajajar-pelajar sekolah mengikuti tuisyen Bahasa Inggeris di pusat-
pusat tuisyen.
Objektif Khusus
1. Mengkaji minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris yang
mendorong mereka mengikuti tuisyen di luar.
2. Mengkaji pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar mengikuti
kelas tuisyen di luar.
3. Mengkaji pengaruh pusat tuisyen yang dapat mendorong pelajar mengikuti
kelas tuisyen Bahasa Inggeris.
4. Mengkaji pengaruh guru Bahasa Inggeris di sekolah yang mendorong pelajar
mengikuti kelas tuisyen di luar.
5. Mengkaji pengaruh keluarga (ibu bapa dan penjaga) yang mendorong pelajar
mengikuti kelas tuisyen di luar.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah faktor minat pelajar mendorong mereka mengikuti kelas tuisyen di
luar?
2. Adakah pelajar-pelajar dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk mengikuti kelas
tuisyen Bahasa Inggeris?
3. Adakah pengaruh pusat tuisyen yang mendorong pelajar mengikuti kelas
tuisyen Bahasa Inggeris?