27
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU MEMILIH LATIHAN VOKASIONAL RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … filedistriktif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 100 orang responden digunakan sebagai sampel kajian ini. Data yang diperolehi

  • Upload
    dokien

  • View
    228

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR INSTITUT

KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU MEMILIH LATIHAN

VOKASIONAL

RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR INSTITUT

KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU MEMILIH LATIHAN VOKASIONAL

RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………..….

Nama Penulis : RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

Tarikh : ……………………………

iii

Buat yang teristimewa,

Ayah yang dikasihi En. Mohd Zulkifli Bin Daud

Ibu yang disayangi Pn. Hamidah Bt Ahmad

Adik-adik yang disayangi Ahmad Rafie, Radiah, Raedah dan Rashidah

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan

ikhlas buat penyelia projek PM. Dr. Abd. Wahid Mukhari yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini

dijalankan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat Tuan Pengetua Institut

Kemahiran Mara serta tenaga pengajar yang terlibat dalam memberikan kerjasama

yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan

ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber maklumat pelajar tentang

latihan vokasional dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Institut Kemahiran

Mara Johor Bahru menceburi bidang vokasional. Kajian ini melibatkan kajian secara

distriktif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 100 orang responden

digunakan sebagai sampel kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan

SPSS 15.0. Kajian rintis yang telah dijalankan memperolehi darjah kebolehpercayaan

sebanyak 0.865. Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min. Data

yang diperolehi menunjukan bahawa rakan merupakan sumber maklumat utama

pelajar berkaitan latihan vokasional.Manakala faktor utama yang mempengaruhi

pelajar memceburi bidang vokasional adalah faktor kerjaya yang disediakan didalam

bidang tersebut. Daripada kajian yang dijalankan juga didapati responden

mempunyai persepsi yang positif terhadap Institut Kemahiran mara ketika memilih

latihan vokasional di Institusi tersebut.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify source of information about

vocational training and factors that influence students to enroll in vocational field.

This study involved descriptive survey that used questionnaires. 100 respondents

were used in this study. The data were analyzed using SPSS 15.0. From the pilot

study that had been done, the alpha croncbach score was 0.865. Data indicated

colleague was the largest source of information about the vocational field. While, the

main factor respondents enrolled in vocational field was the job opportunity in this

field. Data also showed that respondents hold positive perception toward Institut

Kemahiran Mara during the decision making.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKSI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

viii

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Mempengaruhi 11

1.8.3 Pelajar 11

1.8.4 Memilih 11

1.8.5 Latihan Vokasional 12

1.8.6 Rakan Sebaya 12

1.8.7 Minat 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Teori Membuat Keputusan 13

2.2.1 Teori Gelatt 14

2.2.2 Teori Sosial Learning 15

2.2.3 Pendekatan Sosiologis atau Situasi 16

2.2.4 Pendekatan Teori Belajar 16

2.3 Sumber Maklumat Berkaitan Vokasional 17

2.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pelajar

Memilih Latihan Vokasional

2.4.1 Pengaruh Ibu Bapa 20

2.4.2 Pengaruh Rakan Sebaya 23

2.4.3 Minat 24

2.4.4 Pengaruh Kaunselor 26

2.4.5 Faktor Kerjaya 27

2.4.6 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

ix

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Kajian Rintis 40

3.7.1 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 41

3.8 Analisis Data 42

3.9 Kesimpulan

43

BAB IV ANALISIS DATA DAN INTEPERTASI

4.1 Pengenalan 44

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 46

4.3 Analisis Data Item-Item Persoalan Kajian

(Bahagian B)

50

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Sumber

Maklumat Pelajat Institut Kemahiran

Mara Mengenai Latihan Vokasional

50

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Faktor-Faktor

yang mempengaruhi Pelajar Institut

Kemahiran Mara memilih Latihan

Vokasional

53

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah persepsi

Pelajar Institut Kemahiran Mara Johor

Bahru dalam mendorong mereka Memilih

Latihan Vokasional

57

4.4 Rumusan Analisis Data 60

BAB V RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan Kajian 64

x

5.3 Rumusan Dapatan kajian 70

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 70

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 71

5.3.2.1 Rumusan Persoalan Kajian 1 72

5.3.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 2 73

5.3.2.1 Rumusan Persoalan Kajian 3 74

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 74

5.4.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 75

5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 76

5.4.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 78

5.4.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 80

5.5 Cadangan 81

5.5.1 Cadangan Kepada Jabatan Teknik dan

Vokasional

81

5.5.2 Cadangan Kepada Pihak Institusi 82

5.5.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 82

5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 83

5.7 Penutup 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN 92

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Pengetahuan Mengenai Pendidikan Vokasional

Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Akedemik

Dan Sekolah Vokasional

18

2.2 Sumber-Sumber Di Mana Pelajar Sekolah

Akedemik Dan Sekolah Vokasional

Memperolehi Maklumat Mengenai Pendidikan

Vokasional

19

2.3 Sebab-sebab ibu bapa menghantar anak mereka

ke sekolah vokasional.

23

2.4 Kandungan Matapelajaran Kemahiran Hidup 30

3.1 Kandungan Soal Selidik 36

3.2 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 36

3.3 Skala Pemeringkatan Lima Mata 37

3.4 Pemilihan Kaedah Penilaian Item 37

3.5 Analisis Keboleh Percayaan bagi setiap objektif

mengunakan alpha Cronbach

41

3.6 Pengkelasan Skor Min dan Tahap 42

4.1 Perubahan Skala 5 mata ke 2 mata 45

42 Pengkelasan Skor Min dan Tahap 45

4.3 Taburan Frekuensi Responden Mengikut Umur 46

4.4 Taburan Frekuensi Responden Mengikut Jantina 46

xii

4.5 Taburan Frekuensi Responden Mengikut

Kelulusan Akedemik

47

4.6 Taburan Frekuensi Responden Mengikut

Kedudukan Dalam Keluarga

48

4.7 Taburan Frekuensi Responden Mengikut

Pendapatan Ibubapa

49

4.8 Taburan Frekuensi Responden Mengikut Kursus 49

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi,

Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 1

mengikut Kedudukan Min

51

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi,

Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 2

mengikut Kedudukan Min

54

4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi,

Peratus dan Min bagi Persoalan Kajian 3

mengikut Kedudukan Min

58

4.12 Taburan pengkelasan skor Min dan Tahap bagi

Persoalan Kajian Apakah Sumber Maklumat

Yang Membolehkan Pelajar Institut Kemahiran

Mara Mengetahui Tentang Latihan Vokasional

60

4.13 Taburan pengkelasan skor Min dan Tahap bagi

Persoalan Kajian Apakah Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pelajar Institut Kemahiran Mara

Johor Bahru Memilih Latihan Vokasional

61

4.14 Taburan pengkelasan skor Min dan Tahap bagi

Persoalan Kajian Apakah Persepsi Pelajar

Terhadap Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

dalam mendorong Mereka Memilih Latihan

Vokasional

62

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

3.1 Carta Aliran Proses Penyelidikan 39

xiv

SENARAI SINGKATAN

IKM -Institut Kemahiran Mara

JB -Johor Bahru

MLVK -Majlis Latihan Teknik dan Vokasional Kebangsaan

MARA -Majlis Amanah Rakyat Malaysia

SPM -Silil Pelajaran Malaysia

STPM -Sijil Tinggi Pelajar Malaysia

SPMV -Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 92

B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 97

C Surat Pengesahan Item Soalan 98

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :

Tarikh: __________ Tarikh: __________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU MEMILIH LATIHAN VOKASIONAL

(HURUF BESAR)

PM. DR. ABD. WAHID MUKHARI

PTD 640, KAMPUNG AIR PUTERI, 86800 MERSING, JOHOR

PSZ19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : PM. DR. ABD. WAHID MUKHARI

Tarikh : ............................................................

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada lewat tahun 1980, perubahan pesat dalam ekonomi Malaysia telah

memperlihatkan kekurangan tenaga kerja berkemahiran terutamanya dalam sektor

pembuatan. Kekurangan tenaga mahir ini bertambah buruk menjelang tahun 1990

sehingga diwujudkan jawatan ahli kabinet di dalam bidang latihan kemahiran.

Dalam laporan akhir pada tahun 1991, mesyuarat ahli kabinet telah mencadangkan

enam belas polisi yang membawa ke arah penubuhkan dan usaha memperkukuhkan

sistem latihan kemahiran. Tujuan polisi ini dilaksanakan adalah bermatlamatkan tiga

objektif iaitu:

i. Meningkatkan maklumbalas pusat latihan kemahiran dengan

keperluan pasaran semasa

ii. Memperluaskan peranan sektor swasta

iii. Memperkukuhkan perhubungan sistem latihan dan perubahan

teknologi.

(Sumber: MLVK ,2005)

2

Leonord (1989), menyatakan di negara-negara maju kesedaran tentang

kepentingan bidang kemahiran telah mendorong sistem pendidikan negara mereka

supaya menekankan kurikulum teknikal dan vokasional. Di negara Jerman

contohnya, telah diwujudkan satu sistem pelatih atau perantis yang dipuji dan

diiktiraf sejagat. Jerman telah mewujudkan satu model peralihan daripada sekolah

kepada aliran kerja. Ia menggabungkan pendidikan, latihan dan kerja praktikal serta

mendapat kerjasama di antara pihak majikan dan masyarakat.

Selain itu Leonard (1989) turut menjelaskan bahawa di negara Jepun, pihak

industri juga telah menyedari kepentingan latihan teknik dan vokasional. Beliau

menyatakan bahawa tiga suku daripada pusat latihan vokasinal di Jepun disediakan

oleh pihak industri itu sendiri. Syarikat-syarikat Jepun berpendapat pendidikan,

adaptasi kemahiran, dan sifat inovatif semasa kerja akan memberikan sumbangan

ekonomi yang besar kepada pihak syarikat.

Sehubungan dengan kepentingan bidang teknikal dan kemahiran, kerajaan

Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 625.2 juta ke atas pembangunan

latihan dalam Rancangan Malaysia ke-6 ( 1991-1995), daripada RM 8,2025.2 juta

yang diperuntukan untuk pembangunan pendidikan dan latihan. Manakala

pemberian peruntukan sebanyak RM 1,661.6 juta daripada RM 10,098.8 juta dalam

Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000) dan RM 4,000 juta daripada 22,660 juta

dalam Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) (MLVK, 2005).

Dalam usaha membangunkan modal insan, Dato’ Seri Abdullah Ahmad

Badawi berkata tumpuan akan diberikan kepada latihan kemahiran dan kepakaran

teknikal. Peruntukan sebanyak RM493 juta akan diberikan bagi menampung

enrolmen pelajar sekolah teknik, vokasional dan latihan kemahiran yang akan

ditingkatkan daripada 72,000 orang pelajar pada tahun ini kepada 98,000 orang

pelajar pada tahun depan. Selain itu, katanya peruntukan hampir RM1 bilion

disediakan bagi latihan perdagangan dan industri yang dilaksanakan di Institut

Kemahiran Mara (IKM), Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara

3

(IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi.

(Berita Harian, 30 September 2006)

Kesemua institusi vokasional di Malaysia ini disatukan dibawah Majlis

Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) yang telah ditubuhkan di bawah

Kementerian Sumber Manusia pada 2 Mei 1989. Tujuan utama ia ditubuhkan adalah

untuk mempromosi dan mengatur strategi latihan kemahiran dan merancang

program-program yang diperlukan bagi memenuhi keperluan teknologi dan ekonomi

Malaysia. Objektif penubuhan Maljis Latihan Vokasional ini adalah untuk:

i. Mengatur sistem latihan kemahiran dalam memenuhi keperluan

pembangunan negara

ii. Memperkenalkan pembangunan dalam latihan kemahiran

iii. Mengiktiraf kemahiran.

(MLVK ,2005)

Dalam usaha untuk memastikan MLVK memenuhi keperluan industri,

Kementerian Sumber Manusia telah memastikan MLVK mempunyai kerjasama

dengan pelbagai pihak yang merangkumi sektor kerajaan dan sektor swasta.

Kerjasama ini melibatkan Ketua Setiusaha Kementerian Sumber Manusia yang

bertindak sebagai pengerusi, 10 wakil daripada sektor kerajaan, 10 wakil daripada

sektor swasta dan dua ahli tambahan yang pada pendapat kementerian mampu untuk

memberikan sumbangan kepada pihak majlis.( MLVK,2005)

Institut Kemahiran Mara merupakan salah satu institut kemahiran yang

berada dibawah Majlis Latihan Vokasional Malaysia. Sebanyak 14 buah IKM telah

dibina di seluruh negara dari sejak IKM yang pertama dibina di Melaka pada tahun

1968. Keluasan setiap IKM adalah berbeza dari yang paling kecil iaitu 42,166 kaki

persegi di IKM Petaling Jaya kepada yang paling besar iaitu 50 ekar di IKM

Besut, Terengganu. Kapasiti pelatih juga berbeza bagi setiap IKM iaitu mengikut

keluasan tempat dan kemudahan yang telah diadakan (MARA, 2007).

4

Institut Kemahiran Mara pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Tukang ialah

sebuah pusat latihan yang berfungsi untuk melahirkan tukang membuat sesuatu. Ia

kemudiannya berkembang mengikut peredaran zaman dan perkembangan yang

berlaku ini adalah selaras dengan perkembangan dunia pendidikan yang diterajui

oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi. Perkembangan ekonomi

berasaskan teknologi ini menyebabkan negara memerlukan lebih ramai pekerja

berpengetahuan atau lebih dikenali sebagai Knowledge Workers (MARA, 2007).

Selain itu MARA (2007) turut menyatakan bahawa pembangunan teknologi

yang berlaku menyebabkan syarikat-syarikat pembuatan dan perindustrian berminat

terhadap program-program yang berasaskan pendidikan kemahiran. Program-

program berasaskan kemahiran ini adalah seperti program-program yang dijalankan

di Institut Kemahiran Mara. Program-program ini diperlukan oleh pihak industri

kerana ia dapat membantu dalam menyediakan sumber tenaga manusia.

Sehubungan dengan itu, aliran kemahiran menjadi penting dalam program-

program pembangunan sumber manusia dan secara langsung merupakan satu haluan

yang selari dengan aliran akademik. Hal ini telah membolehkan pelajar lepasan

sekolah menengah untuk membuat pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang

hendak mereka ceburi. Hakikat inilah yang telah menjadi asas utama di dalam

Pembangunan Institut Kemahiran Mara (MARA, 2007).

1.2 Latar Belakang Masalah

Lazimnya remaja mempunyai kerjaya idaman mereka yang tersendiri.

Bermula zaman kanak-kanak lagi, mereka sudah mempunyai cita-cita ingin menjadi

doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang mereka yang sering bertukar

cita-cita kerana telah dipengaruhi oleh persekitaran. Pemilihan kerjaya ini juga yang

5

akan mendorong seseorang itu untuk memilih bidang pengajian yang berkaitan

dengan cita-cita mereka. Misalnya jika seseorang itu bercita-cita untuk menjadi

seorang doktor maka aliran pengajian yang akan diambil oleh beliau ialah pengajian

bidang perubatan. Manakala seseorang yang ingin menjadi seorang jurutera pula

akan memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan kejuruteraan.

Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menjelaskan pemilihan

kerjaya yang dilakukan oleh seseorang individu. Zaccaria (1969) telah mengelaskan

beberapa teori dalam pemilihan kerjaya yang telah dibangunkan oleh tokoh-tokoh

tertentu kepada empat jenis iaitu teori Faktor dan Sifat , Teori Pola Penghidupan,

Teori Sosial dan Teori Keperluan .

Menurut Zaccaria (1969), dalam Teori Pola Penghidupan yang diutarakan

oleh Ginzberg (1951), pemilihan pekerjaan seseorang itu adalah satu proses

perkembangan yang melibatkan beberapa keputusan yang dibuat dalam tempoh

beberapa tahun. Ginzberg juga berpendapat pada peringkat kanak-kanak, keperluan

fantasi mengatasi perkembangan pemilihan pekerjaannya. Pemilihan kerjaya ini juga

dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti minat, bakat, nilai dan faktor-faktor luaran

yang lain. Teori ini juga menjelaskan bahawa pemilihan sebenar bagi pekerjaan

seseorang itu adalah pemilihan yang dilaksanakan disebabkan penyesuaian , tolak

ansur dan kompromi faktor -faktor lain (Ginzberg 1951).

Dalam Teori Sosial, Zaccaria (1969) menekankan kepentingan ekonomi dan

faktor-faktor sosial dan pengaruhnya dalam pemilihan kerjaya seseorang. Mengikut

beliau para analisis psikologi percaya bahawa seseorang yang normal tidak

memerlukan bantuan dalam memilih kerjaya kerana mereka tahu dan sedar dengan

apa yang diperlukan oleh diri sendiri. Namun apabila mereka diberi nasihat dan

pandangan berkaitan sesuatu pekerjaan, mereka akan terperangkap dan mempunyai

kesulitan untuk memilih satu pekerjaan.

6

Terdapat satu lagi teori yang sering digunakan dalam menjelaskan

penglibatan atau pemilihan seseorang dalam bidang vokasional. Teori yang

dimaksudkan ini ialah teori Pemilihan Kerjaya Holland (Holland,1966). Teori ini

dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek

personaliti. Oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu akan

mengambarkan personaliti seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti

melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran disekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi,

hobi dan kerja. Oleh yang demikian seseorang yang mempunyai minat atau

kecenderungan dalam bidang vokasional kebiasaannya mempunyai minat terhadap

matapelajaran, aktiviti dan kerja yang berkaitan dengan bidang vokasional.

Holland 1966 telah mengkategorikan enam jenis personaliti dalam seseorang

individu. Personaliti-personaliti tersebut adalah Realistik, Investigatif, Artistik,

Sosial, Enterprising dan Conventional. Menurut Holland (1966), setiap jenis

personaliti ini terbentik hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan

dan personal termasuklah rakan sebaya, perwarisan biologi, keluarga, kelas sosial,

budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi antara individu dengan

faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada

aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini

mendorong kepada pembentukkan kumpulan kecekapan yang tertentu.

Selain teori pemilihan kerjaya, teori keputusan juga adalah satu cara yang

boleh digunakan untuk menjelaskan proses-proses pemilihan seseorang individu.

Teori keputusan ini berdasarkan pendapat bahawa, seorang individu mempunyai

pelbagai pilihan dalam membuat keputusan. Urutan peristiwa yang dapat mendorong

seseorang dalam membuat sesuatu keputusan merangkumi mendefinisikan masalah,

merumuskan beberapa penyelesaian, mengumpulkan maklumat, memproses

maklumat, membuat penilaian, memilih tujuan, dan mengimplementasikan

keputusan (Bergland, 1974; Herr & Cramer, 1984 dalam Zunker, 1986).

7

Menurut Harian Metro, (25 Julai 2007) pendedahan peringkat sekolah

mengenai alam pekerjaan berperanan dalam membimbing pelajar membuat

keputusan tentang haluan kerjaya yang ingin diceburi. Menerusi itu juga, pelajar

berupaya memperoleh maklumat secukupnya lalu membolehkan mereka membuat

keputusan kursus yang ingin diceburi.

Seperti di Amerika, perkembangan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling di Malaysia juga berkembang dengan pesatnya. Berdasarkan pekeliling

pada tahun 1985, Pekeliling KP (BS) 8591 / Jld. 11 (29) Kementerian Pelajaran

Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan

Pelajar Sekolah. Manakala Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / (78) pula menegaskan

peruntukan kewangan akan diberikan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling.

Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya kesemua sekolah menengah perlu sekurang-

kurangnya mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah

rendah pula, pekeliling ini mula dikuat kuasakan bermula pada tahun 2002. (Sufean,

2005)

Aminah dan Arthur (1995), menjelaskan terdapatnya beberapa jenis

bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu memberi bimbingan dan kaunseling

pelajaran, memberi bimbingan dan kaunseling berkaitan peribadi/psikologi, memberi

bimbingan kaunseling kerjaya, dan memberi bimbingan kaunseling sosial. Di dalam

konteks bimbingan dan kaunseling kerjaya pelajar dibantu dalam mendapatkan

maklumat dan membuat pilihan kerjaya yang sesuai. Antara aktiviti yang terlibat

dalam bimbingan dan kaunseling kerjaya ini ialah mengenali dan menerokai pelbagai

jenis pekerjaan disemua peringkat dan mengenal pelbagai jenis latihan dan

pendidikan tertentu yang sesuai dengan jenis pekerjaan.

Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan

Vivekananda, Mohd Kamil Abd Shukor berkata pelajar perlu diberi pendedahan awal

dalam alam pekerjaan menerusi penganjuran program seperti karnival atau minggu

kerjaya di sekolah. Menurutnya lagi, pendedahan itu penting bagi membantu serta

8

membimbing pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya bersesuaian dengan minat

serta potensi diri (Harian Metro 25 Julai 2007)

1.3 Pernyataan Masalah

Latihan vokasional merupakan satu pendidikan yang memberi peluang

kepada pelajar dalam mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang lebih

mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan industri. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar di Institusi Kemahiran Mara

Johor Bahru memilih latihan vokasional.

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti sumber maklumat pelajar IKM JB berkaitan latihan

vokasional

ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar IKM JB memilih

latihan vokasional

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar IKM JB terhadap Institut Kemahiran Mara

ketika memilih latihan vokasional.

9

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah:

i. Apakah sumber maklumat pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

berkaitan latihan vokasional

ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Institut Kemahiran

Johor Bahru untuk memilih latihan vokasional

iii. Apakah persepsi pelajar Institut Kemahiran Mara Johor Bahru terhadap

Institut Kemahiran Mara ketika memilih latihan vokasional