25
MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH NEGERI SEMBILAN FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI - fp.utm.my€¦ · 2.6 Cara-Cara Bagi Menangani Masalah Gejala 32 Sosial Remaja 2.7 Kajian-Kajian Lepas 34 2.8 Kesimpulan 37 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH

NEGERI SEMBILAN

FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i  

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA DI SALAH SEBUAH DAERAH

NEGERI SEMBILAN

FADILAH BTE MOHAMAD NAWAWI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

ii  

iii  

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Selawat Serta Salam Buat Nabi Junjungan

Teristimewa Buat:

Keluarga Tercinta

Jasa, pengorbanan dan berkat doa dari seluruh ahli keluarga, akan cubaku balas

segala jasa dan segala pengorbanan kalian di atas kejayaan yang

ku kecapi selama ini…

Pensyarah dan Guru

Berkat bimbingan dan doa sekelian akan ku tingkatkan lagi keperibadian diri demi

menjadi insan yang cemerlang……

Sahabatku yang diingati

Perjuangan di dalam menuntut ilmu bersama kalian tidak akan ku lupakan sehingga

ke akhir hayat…….

iv  

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan keizinanya dapat saya menyiapkan

Laporan Projek Sarjana Muda ini sebagai latihan ilmiah dengan jayanya. Dengan

sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas

merakamkan penghargaan kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Dr.

Amirmudin Bin Udin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan

motivasi yang diberikan sepanjang menjalani dan menulis laporan penyelidikan ini.

Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti

perjuangan menuntut ilmu ini, saya berdoa agar keutuhan keluarga akan kekal ke

akhir hayat. Akhir sekali penghargaan ini ditujukan juga buat semua rakan

seperjuangan yang banyak membantu dalam perbincangan untuk menyediakan

laporan projek ini.

v  

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti permasalahan gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan iaitu Daerah Jempol. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif deskriptif dan responden kajian ini adalah seramai 5 orang ketua pegawai badan kerajaan yang terpilih sebagai sampel. Soalan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Soalan tembual yang diedar mengandungi 8 item, namun penyelidik hanya lebih memfokuskan kepada jenis-jenis masalah gejala sosial remaja, golongan remaja yang sering melakukan masalah gejala sosial, faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial dan cara-cara yang perlu diambil oleh setiap badan kerajaan yang telibat dalam menangani masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Data yang diperolehi di analisa secara manual menerusi analisis interpritasi kod (Open Coding) dan ditafsir dengan cara tafsiran kod. Terdapat juga beberapa statistik daripada dokumen asal di analisis secara manual. Dapatan kajian ini telah mengenalpasti beberapa aspek penting mengenai masalah gejala sosial dikalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan. Hasil statistik yang dikeluarkan menjadi penyokong bagi dapatan yang telah diperolehi dan mempunyai beberapa persamaan daripada jawapan persoalan kajian temubual yang dijalankan. Ini menunjukkan hasil keseluruhan aspek-apsek yang dikaji membuktikan masalah gejala sosial di kalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan berada pada tahap yang serius.

vi  

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify all the problems of social ills among teenagers abused in Negeri Sembilan Jempol District. This study is a descriptive qualitative and the respondent of this study was about 5 of the chief elected officers of the governmental body selected as samples. The questionnaire has been used as survey instruments. Interview questions were distributed contains 8 items, but researchers only focus on the types of youth social problems, of youths who often social problems, the factors of social problems and ways to be taken by any governmental body involved in addressing social problems in the District of Negeri Sembilan Jempol. The data had been analyzed manually through analysis and interpretation of the code may be interpreted by the way of interpretation of the code. There are also some data from the original document which manually by analyzed. The finding of this study has identified several important aspects of social problems among youth in the District of Negeri Sembilan Jempol. Revenue statistics released has some similarity of answers the statement question interview study conducted. This shows that overall results of the analysis demonstrate social problems among youth in the District of Negeri Sembilan Jempol be at a serious level.

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

viii  

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Definisi Terminologi 8

1.9.1 Masalah 8

1.9.2 Gejala Sosial 9

1.9.3 Remaja 9

1.9.4 Pelajar 10

1.9.5 Daerah Jempol 10

1.9.6 Polis Diraja Malaysia 10

1.9.7 Jabatan Kebajikan Masyarakat 11

1.9.8 Hospital 12

1.9.9 Sekolah 12

1.9.10 Jabatan Pelajaran Negeri 12

1.9.11 Jabatan Agama Islam 13

1.9.12 Jenis 13

1.9.13 Faktor 13

1.9.14 Cara-cara 14

1.10 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Masalah Gejala Sosial 15

2.3 Jenis-jenis Masalah Gejala Sosial Remaja 17

2.3.1 Jenayah 17

2.3.2 Penyalahgunaan Dadah 22

2.3.3 Masalah Disiplin Murid 23

2.4 Teori Masalah Sosial 25

2.4.1 Teori Pathalogi 26

2.4.2 Teori Label 26

2.4.3 Teori Pembelajaran Sosial 26

2.5 Faktor-Faktor yan Mempengaruhi Masalah 27

Gejala Sosial Remaja

2.5.1 Faktor Ibu Bapa 28

ix  

2.5.2 Faktor Sikap Remaja 29

2.5.3 Faktor Persekitaran 30

2.5.4 Faktor Rakan Sebaya 31

2.5.5 Faktor Guru 31

2.6 Cara-Cara Bagi Menangani Masalah Gejala 32

Sosial Remaja

2.7 Kajian-Kajian Lepas 34

2.8 Kesimpulan 37

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.2.1 Temubual 39

3.2.2 Pendokumentasian 39

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Persampelan Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Analisis Data 45

3.9 Kesimpulan 48

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Persoalan Kajian 50

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 50

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 54

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 55

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 57

4.3 Analisis Dokumen 60

4.3.1 Statistik Kelahiran Luar Nikah 61

4.3.2 Statistik Jenayah 62

x  

4.3.3 Statistik Tingkah Laku Murid-Murid 65

Sekolah Menengah

4.3.4 Statistik Pemasalahan Psikososial 67

4.4 Kesimpulan 68

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan Kajian 70

5.3 Perbincangan 72

5.3.1 Jenis-Jenis Masalah Gejala Sosial 73

5.3.2 Golongan Remaja yang Terlibat 76

dengan Masalah Gejala Sosial

5.3.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi 77

Masalah Gejala Sosial

5.3.4 Cara-Cara Mengatasi Masalah Gejala 82

Sosial Remaja

5.4 Cadangan 83

5.4.1 Cadangan Penambahbaikan 84

5.4.2 Cadangan Lanjutan 86

5.5 Penutup 87

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 96

LAMPIRAN B 98

LAMPIRAN C 140

LAMPIRAN D 142

LAMPIRAN E 146

xi  

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kes Jenayah Remaja Januari Hingga 19

September 2010

2.2 Statistik Tangkapan Jenayah Syariah Negeri 20

Sembilan Enakmen Jenayah Syariah Negeri

Sembilan 1992

2.3 Perbandingan Penagih Mengikut Golongan 23

Bagi Bulan Januari Hingga Ogos 2010

dan 2009

2.4 Garis Panduan Baru Jadual Peraturan-Peraturan 24

Pendidikan: Disiplin Murid 1998

4.1 Jawapan Temubual Bagi Jenis-Jenis Masalah 51

Gejala Sosial Remaja

4.2 Taburan Kekerapan Bagi Jenis-Jenis 53

Masalah Gejala Sosial Remaja

4.3 Jawapan Temubual Bagi Golongan Remaja 54

Bermasalah

4.4 Taburan Kekerapan Bagi Golongan Remaja 55

Bermasalah

4.5 Jawapan Temubual Bagi Faktor-Faktor Masalah 56

Masalah Gejala Sosial

4.6 Taburan Kekerapan Bagi Faktor-Faktor Masalah 57

xii  

Gejala Sosial

4.7 Jawapan Temubual Bagi Cara-Cara Menangani 58

Masalah Gejala Sosial

4.8 Taburan Kekerapan Bagi Cara-Cara Menangani 59

Masalah Gejala Sosial

4.9 Data Kelahiran Luar Nikah Dikalangan 61

Remaja Daerah Jempol Negeri Sembilan

Bagi Tahun 2008 Hingga 2011

4.10 Analisis Tangkapan Belia dan Remaja Felda 62

di Daerah Jempol Negeri Sembilan Daripada

Tahun 2008 hingga 2011 Mengikut Jenis

Seksyen Kesalahan Penyalahgunaan Dadah

4.11 Statistik Jenayah Indeks yang Berjaya 63

Diselesaikan Daripada Tahun 2008 hingga

2009 di Daerah Jempol Negeri Sembilan

4.12 Tangkapan Jenayah Syariah Keseluruhan dan 64

di Kalangan Remaja Negeri Sembilan Mengikut

Setiap Daerah

4.13 Analisis Salah Laku Murid-Murid Daerah 65

Jempol Negeri Sembilan Darul Kursus Bagi

Tahun 2007 Hingga 2011

4.14 Analisis Salah Laku Murid-Murid 66

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih

Jempol Negeri Sembilan

4.15 Statistik Kes Kanak-Kanak Lingkungan 18 67

Tahun Ke Bawah Yang Bermasalah Daripada

Tahun 2008 Hingga 2011 Mengikut Jantina

xiii  

SENARAI RAJAH

NO CARTA TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian 44

3.2 Penganalisan Data 47

xiv  

SENARAI SINGKATAN

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

PDRM Polis DiRaja Malaysia

RESPONDEN A Pihak Polis Daerah Jempol Negeri Sembilan

RESPONDEN B Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat

RESPONDEN C Pihak Jabatan Penguatkuasa Agama Seremban Negeri

Sembilan

RESPONDEN D Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

RESPONDEN E Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih

ADB Akta Dadah Berbahaya

APD Akta Penagih Dadah

LLPK Langkah-Langkah Pencegahan Khas

xv  

SENARAI LAMPIRAN

BIL LAMPIRAN MUKA SURAT

A Soalan Temubual 96

B Transkrip 98

C Kajian Rintis 140

D Surat Pengesahan Maklumat 142

E Keratan Akhbar 146

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Remaja merupakan golongan yang amat penting dalam perkembangan

sesebuah negara. Harapan yang begitu tinggi ini diletakkan kepada golongan remaja

kerana remaja adalah bakal menjadi pemimpin negara di masa akan datang dan

penyumbang utama dalam pembentukan kesejahteraan negara. Namun ramai

golongan remaja yang sering melakukan masalah gejala sosial ini. Masalah gejala

sosial ini kebanyakannya di kalangan remaja kerana pada tahap ini mereka

mengalami perubahan-perubahan fizikal, intelek dan emosi. Selain itu juga mereka

menghadapi berbagai-bagai konflik di dalam dirinya dan juga konflik dalam

masyarakat (Hall, 1904).

Mereka dikategorikan delinkuen iaitu yang sering dilabelkan sebagai

semseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan

sebagainya. Devian pula adalah tingkah laku seksual yang dianggap sebagai sesuatu

yang ganjil dan tidak bermoral serta tidak dapat diterima. Tingkah laku devian boleh

ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira usia atau jantina seperti

ponteng sekolah, melawan guru sehinggalah kepada salah laku yang lebih seruis

2  

seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang akhirnya mewujudkan

pelbagai gejala sosial seperti bersekedudukan, lari dari rumah, pelacuran bawah

umur dan akhirnya membawa kepada perlakuan penguguran dan pembuang bayi.

Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dianggap tingkah laku devian seperti kes

pecah masuk rumah, penyalahgunaan dadah, mencuri, minum minuman keras,

menyerang fizikal, vandalism dan sebagainya (Regoli dan Hewitt, 1991).

Oleh itu Ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat perlulah mengikuti

perkembangan remaja dengan membantu remaja mengelakan diri daripada

terjerumus dengan kegiatan yang negatif. Sekiranya remaja tidak dibimbing dan

masalah ini tidak dibendung daripada peringkat awal, maka masalah ini pasti akan

menjadi barah seterusnya sukar untuk dikawal. Penyelidikan juga harus dijalankan

bagi mengenalpasti masalah gejala sosial di kalangan remaja agar ianya dapat terus

dikurangkan angka atau jumlah kes yang timbul terutamanya golongan belia di

Malaysia serta membantu masyarakat daripada terbelenggu dengan pemasalahan ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seperti kita lihat sekarang ini, ramai golongan remaja terjebak dengan

masalah gejala sosial dalam kehidupan mereka. Keadaan masalah ini semakin hari

semakin runcing dan masih berleluasa seterusnya mendatangkan kebimbingan

pelbagai pihak. Pelbagai-bagai kes mengenai gejala sosial remaja dipaparkan didada-

dada akhbar dan media massa. Contohnya kes terkini yang paling hangat disiarkan

didada-dada akhabar dan dikaca-kaca televisyen adalah mengenai kes pembuangan

bayi. Walaupun kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah

sebenar remaja yang hamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi,

remaja ponteng dan berhenti sekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan

peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa

permasalahan ini menjadi semakin parah. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran

3  

Negara, Alwi Ibrahim (2010) telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar

nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Menurut

beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada

2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di Jabatan Pendaftarn Negara (JPN)

manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar

nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan

kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. (Berita

harian, 21hb Mac 2010).

Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan

Masyarakat tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di

luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata

masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina

semakin merebak termasuk dikalangan remaja Melayu. Sebahagian besar daripada

mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan

remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini

merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

Selain itu Ahmad Nasarudin (2011) juga turut melaporkan dalam keratan

artikelnya di dalam sebuah majalah berkenaan dengan kes jenayah remaja yang

diperolehi dari PDRM Bukit Aman yang merekodkan seramai 135,121 remaja

melakukan kes jenayah. Masalah gejala sosial jenayah seperti ini merupakan satu

perkara yang paling kerap berlaku di kalangan remaja pada masa kini. Jenayah ini

secara umumnya dianggap sebarang perbuatan yang melanggar peraturan dan

undang-undang sesebuah masyarakat atau negara yang mana pada konsepnya

bukannya lumrah kepada perbuatan tersebut tetapi hanya akan dianggap pembuatan

jenayah sekiranya masyarakat itu melihat ataupun mengetahui (Shatar Sabran, 2003).

Masyarakat keseluruhannya sedar dan mengetahui bahaya serta kesan yang bakal

timbul apabila jenayah seperti rompakan, penagihan dadah, pembunuhan, penderaan

dan penculikan itu berlaku kerana masalah sosial ini adalah jelas dan ianya bersifat

objektif (Robert, 1938).

4  

Setiap negara mempunyai masalah sosial yang tersendiri. Begitu juga di

negara Malaysia yang mempunyai banyak negeri dan dalam setiap negerinya

mempunyai beberapa daerah. Setiap daerah dalam negeri itu mempunyai tahap-

tahap masalah sosial yang berbeza-beza. Ini kerana masalah sosial itu bersifat

subjektif dan ianya boleh berubah-ubah mengikut keadaan, tempat dan masa (Shatar

Sabran, 2003). Oleh itu penyelidik telah mengecilkan skop kajian dengan

menjalankan penyelidikan di salah sebuah Daerah Negeri Sembilan iaitu Dearah

Jempol Negeri Sembilan.

Melalui media massa terdapat kes yang pernah disiarkan yang melibatkan

masalah gejala sosial remaja di kawasan Daerah Jempol. Harian Metro (21 Oktober

2009) menyiarkan berita mengenai seorang pelajar cemerlang tetak ibu dan adik

tanpa diketahui sebab. Kejadian ini berlaku di Felda Palong 4 Gemas, Jempol Negeri

Sembilan. Remaja lelaki terbabit dipercayai tidak dapat mengawal diri dan

mengamuk menggunakan sebilah parang menyebabkan jari manis adik lelakinya

hampir putus dan menyerang ibunya dibahagian tangan dan kepala. Daripada

laporan yang dibuat ini merupakan satu kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh

remaja terbabit.

Kemudian terdapat juga kes jenayah yang berat pernah dilakukan oleh remaja

Daerah Jempol. Ini berikut kes jenayah bunuh seorang warga emas peneroka Felda

Palong 2 yang dilaporkan oleh Utusan (15 Januari 2011) awal tahun lalu yang

melibatkan empat remaja. Selain itu pasangan warga emas ini turut mengalami

kecedaraan. Dikatakan salah seorang remaja terbabit merupakan cucu kepada warga

emas berkenaan. Ini jelas memperlihatkan terdapatnya masalah sosial di kalangan

remaja di Daerah Jempol.

5  

1.3 Penyataan Masalah

Daripada latar belakang yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan bahawa

masih terdapat banyak masalah sosial yang melibatkan remaja di sekitar Daerah

Jempol pada hari ini. Memandangkan masalah ini seperti kes-kes seperti jenayah

dan hamil luar nikah dan pembuangan bayi sering berlaku dan melibatkan remaja

pada masa kini. Ianya menjadi isu hangat oleh media massa serta masyarakat di luar

sana. Disebabkan ini, satu kajian dilakukan untuk melihat masalah gejala sosial dari

segi sudut aspek jenis-jenis masalah gejala sosial remaja, jenis golongan remaja yang

terlibat, faktor-faktor berlakunya masalah ini dan cara-cara bagi menangani masalah

gejala sosial ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat yang

lebih tepat mengenai masalah gejala sosial di kalangan remaja Daerah Jempol.

Berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan dalam menjalankan kajian ini.

i. Mengenalpasti jenis-jenis masalah gejala sosial di Daerah Jempol Negeri

Sembilan.

ii. Mengenalpasti golongan remaja yang sering terlibat dalam masalah gejala

sosial di Daerah Jempol.

iii. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial di Daerah

Jempol Negeri Sembilan.

6  

iv. Mengenalpasti cara-cara yang diambil bagi menangani masalah gejala sosial

di Daerah Jempol Negeri Sembilan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang dijalankan adalah seperti dibawah:

i. Apakah jenis-jenis masalah sosial yang biasa melibatkan remaja di sekitar

Daerah Jempol?

ii. Golongan remaja manakah yang sering melakukan masalah gejala sosial di

Daerah Jempol?

iii. Apakah faktor-faktor berlakunya masalah gejala sosial di Daerah Jempol

Negeri Sembilan?

iv. Apakah cara-cara yang diambil dalam menangani masalah gejala sosial di

Daerah Jempol Negeri Sembilan?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dari kajian ini, penyelidik akan dapat melihat sejauhmana

perkembangan masalah gejala sosial di kalangan remaja Daerah Jempol yang akan

dikaji. Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat:

7  

i. Mengetahui statistik terperinci mengenai masalah gejala sosial yang

diperolehi melalui badan-badan kerajaan yang terlibat.

ii. Menentukan faktor utama yang menyebabkan masalah gejala sosial di

kalangan remaja di Daerah Jempol Negeri Sembilan.

iii. Menentukan cara bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin serius

berlaku di kalangan remaja.

iv. Membuka mata masyarakat luar terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak-

anak mereka berakhlak mulia di peringkat awal.

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan masalah gejala sosial di

kalangan remaja Daerah Jempol Negeri Sembilan. Perkara yang akan dibincangkan

mengenai segala aspek jenis-jenis masalah sosial yang biasa dilakukan di kalangan

ramaja, jenis golongan remaja yang seing terlibat dengan gejala sosial, faktor-faktor

masalah ini berlaku dan cara-cara bagi mengatasi pemasalahan ini serta data-data

mengenai masalah gejala sosial yang telah direkod oleh setiap badan kerajaan yang

telah dipilih.

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan batasan kajian. Kajian ini hanya

dilaksanakan di sekitar beberapa buah badan kerajaan di Daerah Jempol Negeri