2.0 Elektrik dan Elektronik (EE) 2.1 Prinsip Elektrik & Elektronik Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan. Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan. . Objektif 1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel. 2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. 3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik. 4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan. 5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya. 6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri. i
1. 2.0 Elektrik dan Elektronik (EE)2.1 Prinsip Elektrik &
Elektronik Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan
pengabung jalinan antarabidang Elektrik dan Elektronik yang
berteraskan teknologi dan memberi penekananyang lebih kepada
pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori danamali
dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari
mengikuti topikberkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik,
murid akan dilengkapkan dengankemahiran penting yang lain melalui
topik seperti keselamatan, keusahawanan danpengurusan. Topik-topik
Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan
bekalankuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa,
pengendalian dan kawalanmotor elektrik.Topik-topik Elektronik pula
merangkumi asas elektronik, pengujian danpengawalan, asas sistem
berdigit dan asas sistem perhubungan. .Objektif 1. Mematuhi dan
mengamalkan peraturan keselamatan bengkel. 2. Mengetahui, memahami
dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan
prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik. 3. Mengenal
pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan
elektronik. 4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan
elektronik berpandukan perincian yang diberikan. 5. Mengetahui dan
memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya. 6. Mengguna
peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri. i
2. 2.1.1 Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat Tajuk ini
mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik
;jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan
penebat ; rintanganpengalir dan penggunaan alat ujian dan alat
ukuran. Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk
memaparkanbentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk
mengukur arus, voltan danrintangan ; menyambung sel secara siri,
selari dan siri-selari dan mengukur bacaanvoltan.2.1.2 Aplikasi
Elektrik & Elektronik Tajuk ini dibahagikan kepada dua mata
pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik danElektronik serta Aplikasi
Elektrik dan Elektronik. Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik
merupakan pengabung jalinan antarabidang Elektrik dan Elektronik
yang berteraskan teknologi dan memberi penekananyang lebih kepada
pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori danamali
dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari
mengikuti topikberkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik,
murid akan dilengkapkan dengankemahiran penting yang lain melalui
topik seperti keselamatan, keusahawanan danpengurusan.2.1.3 Peluang
Melanjutkan Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Politeknik Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Institut Kemahiran Mara (IKM) Kolej
Komuniti i
3. Objektif : 1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan
bengkel dan peraturan STM / IEE. 2. Memahami kaedah dan membuat
kerja pemasangan elektrik fasa tunggal domestik dan industri. 3.
Memahami ciri, fungsi, penggunaan dan penyenggaraan alat
kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektrik dan
elektronik. 4. Membina dan menguji litar elektrik dan elektronik
berpandukan perincian yang diberi. 5. Mengesan dan membaiki
kerosakan litar elektronik, penerima radio AM, FM dan penerima TV
warna. 6. Memasang dan mendawai pemula, motor elektrik dan
komponen-komponen kawalan magnetik. 7. Mengaturcara mudah PLC untuk
mengawal motor elektrik. 8. Membaca, melukis dan mentafsir lukisan
elektrik dan elektronik. 9. Mengenal pasti ciri-ciri dan peranan
usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi
prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan
perniagaan yang mudah berkaitan dengan kursus elektrik &
elektronik yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.2.1.4
Lukisan Elektrik Dan Elektronik Modul ini memberi pendedahan dan
pengetahuan tentang kaedah melukissimbol-simbol kompenan elektrik
dan elektronik; melukis skema pemasangan danpendawaian elektrik;
susunatur peralatan yang berkaitan; kaedah mentafsir danmemindahkan
litar skema kepada papn tercetak dan sebagainya. Murid dinilai
kompetensinya dalam kerja melukis rajah litar skema dan rajahsusun
atur pendawaian 1 fasa dan 3 fasa; melukis simbol kompenan, litar
skemadan litar bercetak. i
4. 2.1.5 Litar Elektrik Modul ini mendedahkan murid kepada
kemahiran membina litar siri, selaridan siri-selari ; teknik
mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakanHukum Ohm dan
Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ;
menggunakanmeter pelbagai. Murid dinilai kompetensinya dalam
membuat lakaran dan sambunganperintang secara siri, selari dan
siri-selari ; memateri perintang secara siri-selaripada papan
jalur.2.1.6 Laluan Kerjaya Wireman Mekanik Radio TV Mekanik Mesin
dan Peralatan2.2 Jenis Komponen Elektronik i
5. Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai
komponen pasifdan komponen aktif. Komponen pasif ialah
komponen-komponen yang tidakmenyumbang kepadagandaan voltan, dan
arus kepada suatu litar. Ianya tidakmemerlukan sebarang input untuk
berfungsi. Contoh komponen pasif ialahperintang, pemuat dan pearuh.
Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai
kebolehanuntuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini
juga bolehmenghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar.
Kebanyakan komponen jenis inidibina menggunakan bahan separuh
pengalir. Contoh komponen aktif ialahtransistor, diod dan litar
bersepadu.2.2.1 Komponen Pasif a) Perintang Perintang merupakan
komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litarelektronik.
Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar
keranaadanya rintangan. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi
voltan. Komponenini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba.
Unit untuk menyukat rintanganialah ohm ().Terdapat dua jenis
perintang: 1. Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai
rintangan yang tetap 2. Perintang boleh ubah perintang yang nilai
rintangannya boleh diubah-ubah b) Jenis Pemuat Komponen kapasitor
atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentukdan saiz. Walau
bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada duajenis
iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. c) Pemuat tetap i
6. Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap.
Pemuat jenis iniada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda
perlu pastikan pemuat berkutubdisambung pada kekutupan yang betul.
Pemuat tetap jenis tidak berkutub sepertipemuat seramik, mika dan
kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkirakekutupan
sambungannya. d) Pemuat boleh ubahPemuat boleh ubah ialah jenis
pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilaikemuatan dapat
diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yangberkesan
atau jarak antara plat. e) Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk
menyimpan cas dinyatakan dalamkemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah
farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuatdinyatakan pada badan pemuat
itu dengan menggunakan salah satu daripada caraberikut: Nilai
sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan
menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga
digit f) Suis digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar
dengan mudah dan pantas. dua perkara yang perlu diberi perhatian
berhubung dengan penggunaan suis: kadaran voltan kendalian dan arus
maksimum suis tersebut. Jika kadaran voltan kendalian dan arus
maksimum suis dilampaui, suis akan rosakJenis-jenis Suis i
7. Suis Togel (Rajah 7) dan Suis Gelangsar (Rajah 8) Rajah 7:
Suistogel Rajah 8: SuisGelangsar Suis punat tekan digunakan untuk
membuka atau menutup litar dalam masa yang singkat. Terbahagi
kepada dua jenis: - suis punat tekan hidup (NO) - suis punat tekan
mati (NC). Bagi suis punat tekan hidup, litar akan tertutup apabila
punat ditekan. Apabila punat dilepaskan, litar akan terbuka.
Contoh: Suis loceng dalam bas. Bagi suis punat tekan mati, litar
akan terbuka apabila punat ditekan dan litar akan tertutup apabila
punat dilepaskan. Contoh: suis amaran di pintu kereta. g) Mentol
i
8. Mengeluarkan cahaya apabila arus mengalir melalui
filamennya. Mentol selalunya rosak apabila filamennya putus. Mentol
dan simbol skematiknya adalah seperti dalam rajah 11. Rajah 11:
Mentoldansimbolskematik h) Sel dan Bateri Komponen ini membekalkan
tenaga elektrik untuk membolehkan sesuatu projek elektronik
berfungsi. Binaan asas suatu sel dan bateri terdiri daripada
elektrod positif, elektrod negatif dan elektrolit. Tindakbalas
kimia di antara elektrolit dan plat-plat tersebut menyebabkan
tenaga elektrik terhasil. Terdapat dua jenis sel: sel primer dan
sel sekunder Sel kering yang digunakan dalam lampu suluh adalah
contoh sel primer. Beberapa sel yang disambung secara siri
membentuk satu bateri. Bateri basah yang digunakan dalam kereta
merupakan contoh sel sekunder. sel bateri Rajah 12:
Simbolskematikseldanbateri2.3 Komponen Aktif i
9. 2.3.1 Diod Diod ialah komponen yang membenarkan arus
elektrik mengalir dalam satu arah. Diod dibina dengan mencantumkan
bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan
diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P
dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod
(-). Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya.
Rajah 13: Diodsimpangdansimbolskematik Bahagian katod ditandakan
dengan satu gelang yang tercetak berhampiran dengannya. Satu fungsi
penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus
terus. Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan
menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. Lihat
rajah 14. pincanghadapan pincangbalikan Rajah 14: Cara
memincangdiod2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED) i
10. Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang
dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada
anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir
sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada
voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri
kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.
Rajah 15: Bentukfizikaldansimbolskematik LED Ada tiga cara untuk
menentukan kaki LED: 1. Kaki yang hampir dengan permukaan rata
adalah katod, dan yang jauh adalah anod. 2. Bagi LED yang baru,
kaki anod lebih panjang dari kaki katod 3. Hujung kaki berbentuk
bendera (di dalam badan LED) adalah katod2.3.3 Transistor (Simpang
DwikKutub) - BJT dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang
elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar
menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas
menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah
i
11. peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol
transistor BJTTerdapat dua jenis transistor BJT PNP --- satu
lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan
separa pengalir jenis-P NPN --- satu lapisan nipis bahan separa
pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N dasar
dasar pengeluar pengeluar Simbol Struktur transistor PNP Simbol
Struktur transistor NPN Rajah 16: Strukturasasdansimbolskematik
transistor Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis
transistor dalam rajah 16 setiap bahan separa pengalir ini
disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor
adalah seperti dalam jadual 1: Nama Kaki Fungsi dasar (base B)
mengawal arus pemungut pengeluar (emitter membekalkan cas-cas
kepada E) pemungut pemungut (collector mengumpulkan cas daripada C)
pengeluar Jadual 1: Namadanfungsi kaki transistor BJT i
12. 2.4 Rajah Litar Bergambar Binaan sesuatu sistem
elektronikboleh dipersembahkan denganmenggunakan rajah
litarbergambar.Dalam rajah ini komponen-komponendilukiskan
menyerupai bentuk fizikalnyayang sebenar. Rajah 25 menunjukkanrajah
litar bergambar suatu projek yangdi pasang menggunakan
bongkahpenyambung. Rajah ini sesuai digunakan oleh Rajah 25: Rajah
LitarBergambar bidang orang yang baru menceburielektronik. Ianya
juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecildan
mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur
fizikal sebenarsesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan
orang memahami suatu litardengan mudah kerana kurang berbentuk
teknikal.2.5 Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek
menjadisemakin besar, litarnya akan menjadisemakin kompleks.
Bilangan dan jeniskomponen yang terlibat juga bertambahbanyak dan
berbagai-bagai. Jika litarkompleks dilukis menggunakan rajah
litarbergambar, ruang yang diperlukan untukmelukisnya lebih besar.
Tambahan pula, pertalian di antara komponen-komponen Rajah 26:
Rajah LitarSkematiksemakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litar
bergambar tidak sesuai digunakan untukmempersembahkannya. Rajah
litar skematik lebih sesuai digunakan untukmempersembahkan suatu
litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkansuatu litar
besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang
lebihkecil. Rajah 26 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek
dalam rajah 25. i
13. Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah
litar skematik kelihatanmembingungkan. Jangan bimbang dengan
keadaan ini kerana anda sudahmengenali simbol beberapa komponen
elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.Sebenarnya, rajah ini tidak
jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanyadilukis
menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan
latihan,kesabaran dan ketelitian. Lukisan rajah litar skematik
menggunakan simbol skematik piawai untukmewakili sesuatu komponen
tertentu. Garisan-garisan digunakan untukmenunjukkan sambungan di
antara komponen-komponen. Selain daripada simbol,komponen-komponen
juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali bersertanombor)
tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya
saturajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang
mengandungimaklumat penting mengenai sesuatu komponen.Rajah
skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: 1.
susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang 2. saiz
dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang
kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza
walaupun saiz simbolnya sama Bagi tujuan pembelajaran dan
sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlumenguasai kemahiran
menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litarbergambar dan
sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu
litarjuga akan menjadi lebih mudah. i
14. 2.6 Rajah Papan Litar Bercetak Peralatan elektronik
komersialbiasanya dipasang menggunakan papanlitar bercetak. (Papan
litar bercetakseringkali dipanggil PCB - singkatan bagiPrinted
Circuit Board). Rajah 27menunjukkan satu contoh projek
elektronikyang dipasang menggunakan papan litarbercetak. Ciri utama
PCB ialah penggunaanbalapan kuprum tercetak menggantikan kebanyakan
wayar-wayar penyambung Rajah 27:
PapanLitarBercetakkomponen-komponen.Beberapa kebaikan PCB: 1.
Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar
penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang. 2. Pemasangan
litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi 3. Pembinaan litar
boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan komponen di
tempat yang disediakan dan pateri. 4. Kesilapan semasa memasang
litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah
ditentukan lebih awal. 5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama
hendak dihasilkan dengan banyak. Kerja penting semasa melukis rajah
litar jenis ini ialah menentukan susun aturkomponen-komponen yang
akan dipasang serta melakar balapan kuprum yangmenyambungkannya.
Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatiansemasa melukis
rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubanguntuk
setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan
litarbercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal
komponen berkenaan atausimbol skematiknya. Kedudukannya juga
dilabelkan dengan label huruf (bernombor)untuk mengelakkan
kesilapan semasa memasang komponen. i
15. Rajah 28 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar
bercetak disediakanberdasarkan rajah litar skematik. Hasil lukisan
rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik
kuprumnipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama
dengan saiz sebenar papanlitar bercetak yang akan dihasilkan. Rajah
PapanLitarBercetak Rajah 28:Langkah-langkah mencetak papan litar
bercetak adalah seperti berikut: 1. Dapatkan sekeping bod berlapik
kuprum untuk cetakan PCB. 2. Bersihkan permukaan kuprum dengan
bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus. 3.
Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke
permukaan kuprum. 4. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke
atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. 5.
Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik
klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g
hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila
semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci
bod kuprum dengan air dan keringkan bod. 6. Buat lubang pandu pada
setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen. 7. Tebuk lubang pada
lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm. 8. Bersihkan
dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti
thinner) 9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter
pelbagai. i
16. 2.7 Menghasilkan Projek Elektronik Penghasilan projek
elektronik boleh dilakukan dengan berbagai caramenyambung dan
memasang komponen-komponen elektronik. Sesetengah caramelibatkan
penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi.
Adapula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.
Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara
ataukekal. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang
berubah-ubahserta pengujian dan pembaikan yang kerap.
Komponen-komponen boleh digunakanberulang-kali untuk beberapa
projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunyadigunakan dalam
kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan
kajianmakmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina
projek yang telahmantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan
pematerian. Dalam tajuk ini andaakan pelajari cara pemasangan
projek elektronik. Rajah 29: PemasanganProjekMenggunakan
BongkahKayuBerskruAtauPaku Rajah 30: PemasanganProj
ekMenggunakanBon gkahPenyambung Rajah 31:
PemasanganProjekMenggunakanV i erobod
17. 2.7.1 Susun Atur KomponenPemasangan projek elektronik
melibatkan langkah-langkah kerja berikut: 1. Kaji susun atur
komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan.
Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula
rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan
yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen
dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek.
Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek.
2. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara
penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang
dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan.
Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan. 3.
Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum
di pasang. 4. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan
mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk.
Perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun
komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah
litar): a) Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti
transistor, penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier
SCR dan litar bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu.
Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke
bahagian yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja
mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan
komponen itu. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan
kaki komponen tersebut. b) Komponen-komponen yang berkutub (seperti
pemuat elektrolit, diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di
sambungkan mengikut kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke
punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif.
Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen. i
18. 5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki
komponen itu disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan
komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang
longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal
berfungsi.Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur
komponenberdasarkan rajah litar.2.7. 2 Pengujian Pemasangan dan
Penyambungan Projek Elektronik Pengujian litar perlu dilakukan
setelah pemasangan disemak. Langkah iniperlu dilakukan sebelum
bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siapdipasang.
Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan
ujiankefungsian.2.8 Ujian Keterusan Ujian ini dilakukan untuk
memastikan sambungan-sambungan yang dibuatmempunyai keterusan. Pada
masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untukmengesan keadaan
litar terbuka dan litar pintas.Ujian keterusan boleh dilakukan
dengan dua cara:2.8.1 Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan
visual, tanda-tanda tertentu yang mungkinmenyebabkan litar pintas
dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan denganmata kasar.
Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam
bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan
ini menyebabkan projekgagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula
bukan sahaja menyebabkan projek gagalberfungsi tetapi juga boleh
menyebabkan kerosakan kepada komponen i
19. 2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian Pemeriksaan visual
tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu padasesuatu litar.
Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan
denganmenggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah
satu alat pengujianyang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan
ini. Satu daripada tujuanpemeriksaan ini ialah untuk memastikan
bahawa jumlah rintangan keseluruhan litaryang dipasang tidak sifar
atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litarpintas
dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar
terbuka.Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis
ini: 1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat
yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). 2. Sentuhkan
prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan
perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang
ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang
ditunjuk oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang
ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek
dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil
memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar
julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan
keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh
meter pada julat yang dipilih. 3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi
langkah 2. Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya
pemeriksaan secaravisual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum
bersebelahan yang pintas (keranalimpahan timah pateri yang terlalu
kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakanmeter ohm mengikut
langkah berikut: i
20. 1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih
julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). 2.
Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada
balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan
bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja
disambung menggunakan wayar pelompat). 3. Jika bacaan sifar ohm
diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan
untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri. 4. Ulangi langkah
2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi. Setelah
kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah
litarpintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki,
barulah projek tersebutboleh dikenakan punca voltan. Walau
bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut
sebelummenyambung bekalan voltan kepada projek: 1. Wayar-wayar
penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul.
Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah
wayar negatif (-). 2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik
adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi
dengan sempurna. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen
manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang
memuaskan. 3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK
boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus
ulangalik. i
21. Prakata Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata
dalam kerja khususpanjangKaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah kami. Saya Mohd AidilB Othman bersama dua orang rakan yang
lain iaitu Mohd Faiz B Damanhuri danMuhammad Asyraf Adib B Nordin
berasa bersyukur kerana mendapat tugasan inikerana banyak perkara
yang boleh kami pelajari seperti cara-cara membuatrancangan
pelajaran harian, teknik mengajar secara berkesan dan
pembelajaransecara mikro dan makro. Kami juga tahu bagaimana
menganalisis dan membuat isipelajaran yang diperolehi dengan cara
yang betul. Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya
kepada pensyarahyang banyak membantu kami iaitu En Zulkifli B
Ariffin. Beliau bnyak membantu kamiuntuk menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepadaibubapa kami yang
bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkantugasan kerja
kursus pendek ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terimakasih kepada rakan-rakan lain yang bnyak menolong untuk
menyiapkan tugasan ini Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnianya kami berjayamenyiapkan tugasan yang diberikan ini.
i
22. Isi KandunganPerkara Muka SuratBiodata i1.0 Prakata ii2.0
Elektrik dan Elektronik 2.1 Prinsip elektrik dan elektronik 2.1.1
Tenaga Elektrik, Pengalir Dan Penebat 2.1.2 Aplikasi Elektrik &
Elektronik 2.1.3 Peluang Melanjutkan Pelajaran 2.1.4 Lukisan
Elektrik Dan Elektronik 2.1.5 Litar Elektrik 2.1.6 Laluan Kerjaya
2.2 Jenis Komponen Elektronik 2.2.1 Komponen Pasif 2.3 Komponen
Aktif 1-20 2.3.1 Diod 2.3.2 Diod pemancar cahaya (LED) 2.3.3
Transistor (Simpang DwikKutub) BJT 2.4 Rajah Litar Bergambar 2.5
Rajah Litar Skematik 2.6 Rajah Papan Litar Bercetak 2.7
Menghasilkan Projek Elektronik 2.7.1 Susun Atur Komponen 2.7.2
Pengujian Pemasangan dan Penyambungan Projek Elektronik 2.8 Ujian
Keterusan 2.8.1 Pemeriksaan Visual 2.8.2 Pemeriksaan Menggunakan
Alat Ujian 3.0. Rancangan Pengajaran 3.1. Rancangan pengajaran
Mingguan 21-30 3.2. Rancangan pengajaran Harian i
23. 4.0 Isi pelajaran 4.0 Carta alir pengajaran 4.1 Langkah 1
pengenalan komponen elektrik dan elektronik
4.2.1powerpoint4.2.2penilaian4.3 Langkah 2 persediaan kerja
kumpulan4.3.1 power point4.3.2 persediaan amali 31-404.4 Langkah 3
Membina projek4.4.1 Gambar rajah4.4.2 Amali dan penilaian4.5
Pengukuhan4.5.1 Aktiviti pop quiz 5.0 Bahan bantu mengajar 40-45
5.1 Cakera padat dokumentasi kerja kursus6.0 Refleksi 45-507.0
Bibliografi 518.0 Lampiran 52 i