Upload
others
View
17
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 9: BAHAN AUDIO
9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran
Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bahan
audio dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran
keseluruhan tanpa melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar. Elemen
audio berbentuk naratif seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat
menghidupkan lagi gaya penyampaian maklumat. Deria pendengaran murid boleh
dirangsang deria melalui pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam
sekitar, muzik serta pelbagai jenis kesan bunyi.
Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan
idea dan konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan
membangkitkan mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun
peristiwa yang terbabit. Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan
senario yang menggambarkan persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi
membangkitkan minat, mencetuskan mood dan emosi tertentu serta merangsang
imaginasi murid-murid.
Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran
mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu
dilatih mendengar secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
mesej yang diterima dengan baik serta mewujudkan persefahaman antara penyampai
dan pendengar. Pemahaman ini akan dapat membawa perubahan tingkah laku yang
diingini dan menjayakan usaha pembentukan kumpulan secara berkesan (Rogers &
Farson, 1987).
Murid yang mendengar secara aktif mengamalkan tabiat mendengar yang berikut:
i. Menumpukan perhatian kepada penceramah ataupun guru (termasuk aspek
lisan dan gerak badan bukan lisan)
ii. Melibatkan diri secara aktif seperti memberikan respon yang bersesuaian
mengikut keperluan dan keadaan
iii. Sanggup menundakan sikap menghakimi sehingga selesai menerima kesemua
maklumat
Kemahiran mendengar yang baik dalam kalangan murid dapat membawa kepada
pembentukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana murid telah dapat mentafsir
dan memahami mesej lisan dan emosi yang terlindung di sebalik pertuturan.
Kemahiran mendengar yang baik dapat membantu murid mewujudkan hubungan yang
baik semasa berinteraksi dengan guru, rakan sebaya dan ahli keluarga. Ia juga
membantu murid-murid memperoleh maklumat yang sesuai untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah.
9.2 Jenis peralatan audio
Peralatan audio boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat
termasuk:
i. Peralatan input untuk merakam bunyi
ii. Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi
iii. Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi
iv. Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi
Terdapat dua jenis audio iaitu audio analog dan audio digital. Terdapat perbezaan dari
segi jenis peralatan dan perisian bagi merakam, menyunting dan storan antara audio
analog dan audio digital.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
9.2.1 Peralatan merakam bunyi
Alat merakam bunyi termasuk alat perakam pita gelung dan perakam kaset untuk audio
analog, dan digital voice recorder seperti komputer, MP3 recorder, iPod serta
sesetengah telefon mudah alih dan kamera digital. Umumnya semua alat tersebut
perlu mempunyai mikrofon untuk membolehkan bunyi di input ke dalam alat perakam.
9.2.1.1 Alatan Merakam bunyi
Jenis Audio Alat Perakam
Analog Perakam pita gulung
Perakam kaset audio
Digital Komputer
Digital voice recorder iPod
Perakam MP3
iPod
Telefon mudah alih
Kamera digital multi fungsi
Rajah 11.3.3 – Contoh Alatan Perakam Audio
9.2.1.2 Mikrofon
Mikrofon boleh dikelas mengikut bentuk, mekanisme dan arah penerimaan bunyi.
Jenis Mikrofon Ciri
Mikrofon jenis dinamik
Ia sesuai untuk bunyi dari jarak dekat dan bahana
bunyi outputnya pula tidak begitu kuat, namun ia tahan
lasak dan lebih murah harganya. Ia sesuai untuk
merakam suara pada pic bass dan mid-range, punca
suara yang dekat dan bahana bunyi outputnya rendah.
Ia sesuai digunakan untuk rakaman suara untuk untuk
konsert Pop ataupun rock n roll, instrumen muzik
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
Jenis Mikrofon Ciri
seperti genderang, gitar, dan perakam bunyi untuk
kamera.
Mikrofon jenis kondenser
(condenser )
Mikrofon jenis bermutu tinggi , lebih sensitif. Ia respons
kepada pic ataupun frekuensi bunyi yang lebih tinggi
dan liputan (range) bunyi yang lebih luas dan berupaya
mengeluarkan bunyi yang kuat.
Ia sesuai digunakan untuk merakam audio di dalam
studio dan persembahan Okestra.
Mikrofon satu hala
(Unidirectional)
Menerima signal bunyi daripada SATU arah sahaja,
biasanya dari dari arah hadapan, pola penerimaan
signal bunyi termasuk pola cardioid, dan
Hypercardioid. Ia sesuai digunakan sekiranya kita ingin
meminimumkan gangguan bunyi dari sekeliling subjek.
Mikrofon dua hala (bi-
directional)
Ia berkeupayaan menerima signal dari dua arah yang
bertentangan.
Mikrofon semua hala
(Omnidirectional)
Ia dapat menerima signal a sesuai untuk digunakan
dalam senario bertemuramah.audio dari semua arah.
Ia sesuai digunakan dalam situasi di mana terdapat
ramai juru cakap yang menggunakan mikrofon yang
tunggal. Ia juga boleh digantung di syiling untuk
merakam suara penyanyi dan kumpulan pemain alat
muzik di bawahnya.
Jenis mikrofon mengikut bentuk dan penggunaan
Shotgun dipasang pada kamera video
Lavaliere dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian
Headset lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
Jenis Mikrofon Ciri
pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun
artis yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun
berupaya bergerak dengan lebih bebas
Tanpa wayar Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya
bergerak dalam kawasan yang lebih luas.
9.2.1.3 Alat Pembesar suara
Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang
dikeluarkan oleh alat perakam/pemain audio.
Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu,
Tweeter – paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang
audio) yang tertinggi
midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam ranj gelombang audio yang
sederhana.
woofer – menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.
Rajah 9.1 - Speaker terdiri daripada 3 pemacu yang dapat menghasilkan bunyi.
(sumber: http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm)
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
9.2.4 Pengadun (mixer) dan Editor bunyi
Pengadunan audio dapatmenggambarkan senario dan mood dalam sesuatu cerita,
pementasan drama, penerangan dll.
Bagi audio analog, pengadun merupakan alat yang dapat mengabung dan mengawal
output pelbagai saluran signal audio sehingga mencapai kesan audio yang diingini.
Bagi audio digital, pengadun dan editor merupakan aplikasi komputer yang boleh
mengadun dan mengedit bunyi digital bagi membentuk satu fail bunyi yang dapat
memenuhi citarasa pengguna.
9.2.5 Storan fail audio
Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan
atau diguna dalam diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan
utama audio analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan
dalam storan komputer seperti cakera keras, kad momori, cakera optik seperti CD dan
DVD.
9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio
Perancangan dan penyediaan bahan audio menjadi asas kejayaan penyampaian mesej
pendidikan melalui media audio. Guru yang mempunyai kemahiran mengolah dan
membentangkan maklumat menggunakan audio mengikut keupayaan muridnya, dapat
menyumbang kepada tercapainya objektif pembelajaran yang dirancang.
Perancangan dan persediaan sebelum rakaman melibatkan:
i. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran
a. Berpandukan kepada sukatan pelajaran dan subjek, kita dapat
mengenalpasti objektif dan aras kemahiran, ruang lingkup isi kandungan,
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
bentuk aktiviti dan nilai yang perlu diterapkan dalam persembahan audio
nanti.
ii. Analisis murid (kumpulan sasaran)
a. Dengan menganalisispengetahuan sedia ada, kebolehan dan
kecenderungan kumpulan sasaran, kita dapat menentukan pendekatan,
laras bahasa, skop dan liputan isi kandungan, contoh dan huraian yang
bersesuaian supaya dapat membangkit dan mengekalkan minat murid di
samping menyampaikan mesej pendidikan yang penting.
iii. Mendapatkan maklumat (tajuk, kemahiran, isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran) dan bahan (kesan bunyi, muzik latar, CD dll.)
iv. Menyediakan skrip – Menetapkan turutan penyampaian isi kandungan, kesan
bunyi, muzik latar, tempat untuk berhenti, memberikan penekanan dll.
Skrip merupakan panduan bagi penerbit, pelakun dan lain-lain lagi bagi
mengetahui cara penyampaian dan menandakan masa yang sesuai untuk
menyelitkan muzik latar dan/ataupun kesan bunyi.
Jadual 9.1 merupakan contoh skrip rakaman audio yang diadaptasi daripada
IELTS Listening Recording 1:
Pelakon /
Penyampai
Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi
Bunyi “Beep”
Penyampai
(Narrator)
You will hear a telephone
conversation between a
customer and an agent at a
company which ships large
boxes overseas.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
Pelakon /
Penyampai
Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi
Bunyi telefon
berdering dan
bunyi orang
mengangkat
ganggang
telefon.
Pelakon A Good morning, Packham’s
Shipping Agents. Can I
help you?
Pelakon B Oh yes, I’m ringing to make
enquiries about sending a
large box, a container,
back home to Kenya from
the UK.
Pelakon A Yes, of course. Would you
like me to try and find some
quotations for you?
Pelakon B Yes, that’d be great.
Thank you.
Pelakon A Well first of all, I need a few
details from you.
Pelakon B Fine.
Pelakon A Can I take your name?
Pelakon B It’s Jacob Mkere.
Pelakon A Can you spell your
surname, please?
Pelakon B Yes, it’s M-K-E-R-E. Muzik Fade
in
Bunyi menaip
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
Jadual 9.1 - Contoh Skrip Untuk Rakaman Audio.
Penyampai dan para pelakon perlu mengkaji skrip dan membuat raptai sebelum
rakaman sebenar berlangsung.
v. Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun yang sesuai bagi menghidupkan
lagi penceritaan yang disediakan.
vi. Menyediakan peralatan dan menempah bilik rakaman jika perlu.
9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio
Langkah-langkah merakam audio:
i. Sebelum rakaman, pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.
ii. Dapatkan tempat rakaman yang sunyi.
iii. Semasa menjalankan rakaman sebenar, pastikan tahap bahana input mikrofon
dan bahana output speaker adalahbersesuaian, iaitu tidak terlalu tinggi ataupun
sebaliknya.
iv. Anda boleh merakamkan penceritaan (narration) tanpa iringan kesan bunyi dan
muzik latar bagi memudahkan anda membuat pengadunan audio kemudian.
v. Memainkan semula rakaman tersebut bagi mengenalpasti mutu rakaman itu
memuaskan. Rakam semula seksyen-seksyen tertentu jika perlu.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
Penyuntingan audio
Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh dirakam dan disimpan dalam
pelbagai format dan boleh diedit dan dimain kembali menggunakan pelbagai aplikasi
bunyi. Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi
komputer . Antara aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder,
Soundforge, dan Audacity.
Format Audio Digital File
extension
Ciri
Waveform Audio File
Format .wav
Format audio standard yang biasa
digunakan untuk komputer yang
menggunakan sistem operasi “Windows”.
Ia biasanya tidak dikompres, dengan ini,
saiz failnya agak besar.
MPEG Layer-3format) .mp3
Format audio yang popular untuk
memuat turun dan menyimpan fail audio
menggunakan internet
Musical Instrument Digital
Interface) .mid
Merupakan satu set arahan yang
menyelaraskan komunikasi antara alat
muzik elektronik, pengawalan
persembahan dan komputer supaya
dapat menerbitkan bunyi dan kesan audio
yang lain.
Audio Interchange File
Format .AIFF
Format fail audio yang biasanya
digunakan untuk komputer peribadi Apple
Macintosh.
Jadual 9.2 – Format file audio digital.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
Rumusan Sub-Tajuk
Penghasilan bahan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
perancangan dan persediaan yang rapi supaya dapat menyediakan bahan sumber
maklumat yang membawa kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pengetahuan
tentang jenis peralatan dan prinsip membuat rakaman dan suntingan audio akan
membantu kita mencapai kesan optimum yang memanafaatkan murid kita. Mudah-
mudahan anda dapat menggunakan kemahiran ini untuk menerbitkan bahan audio
anda sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran nanti.
Sila jawab soalan-soalan yang berikut bagi menguji kefahaman anda berhubung topik
ini.
A. Soalan Aneka Pilihan
1. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan kelebihan penggunaan
bahan audio dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali
A. boleh mengulang seksyen-seksyen tertentu untuk meningkatkan
pemahaman.
B. turutan untuk memainkan fail audio adalah tetap dan tidak berubah.
C. sesuai digunakan untuk murid yang menghadapi masalah membaca.
D. mudah diperbanyakkan dan kos penghasilannya adalah murah
2. Mikrofon yang sesuai untuk digunakan untuk senario temubaul ialah:
A. Satu hala (unidirectional)
B. Dua hala (bi-directional)
C. Semua hala (Omnidirectional)
D. Mikrofon lavalier (lavaliere microphone)
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
3. Kesan penyuntingan yang manakah menggambarkan muzik latar beransur
lenyap ataupun hilang?
A. Amplify
B. Fade in
C. Fade out
D. Silence
4. Bagaimanakah anda dapat memanjangkan capaian mikrofon anda kepada
subjek yang berdiri jauh daripada anda?
Kita boleh menggunakan:
A. Boom
B. Pop-filter
C. Stand
D. Windscreen
B. Soalan Esei
1. Penyampaian audio yang berkesan datang daripada perancangan dan
persediaan yang rapi.
Terangkan apakah perancangan dan persediaan yang perlu anda lakukan
sekiranya anda ingin membuat rakaman audio untuk persembahan slaid
(PowerPoint) berhubung menerangkan budaya Kaum Iban.
2. Anda merupakan penerbit rakaman sesi bercerita untuk murid Tahun 1
hingga 3 pada waktu rehat sekolah. Anda akan menyediakan rakaman audio
untuk menyampaikan cerita dogeng dan lagenda.
Bagaimanakah anda dapat mempelbagaikan rangsangan deria audio murid
anda dengan membekalkan pengalaman audio yang dapat membangkitkan
minat dan merangsang daya imaginasi murid-murid?
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
13
Bibliografi
Boyer, M. (2012). HowStuffWorks: 10 types of microphones. Akses pada September
10, 2012, daripada
[http://electronics.howstuffworks.com/gadgets/audio-music/question3091.htm]
CDC Centers for disease control and prevention (2011). CDC audio script writing guide.
Akses pada September 12, 2012, daripada
[http://www2c.cdc.gov/podcasts/AudioScriptWritingGuide.pdf]
FileInfo.com (2012). Audio file types. Akses pada September 4, 2012, daripada
[http://www.fileinfo.com/filetypes/audio]
Harris, T. (1998-2012). HowStuffWorks: How speaker works. Akses pada September
10, 2012, daripada
[http://electronics.howstuffworks.com/speaker.htm]
Holman, T. (2005). Sound for digital video. Amsterdam: Focal Press.
Home Theater Network, LLC. (2005-2012). Speaker. Akses pada September 10, 2012,
daripada
[http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm]
IELTS 2012. IELTS Test takers: listening sample . ILETS listening samples - Recording
1. Akses pada September 12, 2012, daripada
[http://www.ielts.org/pdf/Listening%20Sample%20Task%20-
%20Form%20Completion.pdf]
Malamed, C. (2012). The Elearning Coach: Audio recording: prepare your script. Akses
pada September 12, 2012, daripada
[http://theelearningcoach.com/media/audio/audio-recording-scripting-conventions/]
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
14
Microphones. (n.d.). Akses pada September 10, 2012, daripada
[https://microphones.audiolinks.com/microphones.shtml]
Noraiti, A. R., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2012).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemas kini. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. L., & Rosnah, A. Z. (2009). Teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
OmniProductionMoriam. (2011, February 14). Radio equipment. Akses pada
September 10, 2012, daripada [http://msproductionmoriam.blogspot.com/2011/02/radio-
equipment.html]
Rogers, C. R., & Farson, R. E. (1987). Active listening. Retrieved september 4, 2012,
daripada [http://www.go-get.org/pdf/Rogers_Farson.pdf]
Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2002). Instructional
technologi and media for learning. 8th ed. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Types of dynamics microphones. (2012). Akses pada September 10, 2012, daripada
[http://www.recording-microphone.com/dynamic-microphones.php]