Upload
dobao
View
302
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 1
DRAF
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN 4 � 6
DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 2
1.0 PENGENALAN
Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pendidikan formal dalam kelas aliran perdana. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu memperkenalkan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6.
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia merupakan inisiatif KPM bagi memastikan murid yang mempunyai masalah berbahasa dalam Bahasa Malaysia dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Dalam tempoh ini, murid yang mempunyai masalah dalam Bahasa Malaysia akan mendapat bimbingan secara berfokus melalui modul Program Membaca, Menulis, dan Mengira (ProTiM). Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 KPM prihatin terhadap penguasaan kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia (BM) dalam kalangan murid. PPPM (2013-2025) menyatakan tentang pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang mengalami masalah membaca, dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Inisiatif ini terkandung dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015, iaitu memperkukuh sistem sedia ada. 2.2 Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini juga selaras dengan dasar MBMMBI.
2.3 Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006�2010 .
2.4 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan. Hal ini termaktub dalam Laporan Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1961. Oleh itu, penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia penting untuk memastikan semua murid dapat berinteraksi dengan baik dan sebagai wahana merealisasikan perpaduan kaum.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 3
3.0 RASIONAL
3.1 Memastikan setiap murid mahir dan cekap berbahasa dalam Bahasa Malaysia. 3.2 Menyediakan murid dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Menaakul)
sebelum ke sekolah menengah. 3.3 Merapatkan jurang pencapaian murid antara jenis dan lokasi sekolah. 3.4 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid semasa berkomunikasi. 3.5 Mengeratkan perpaduan antara kaum. 3.6 Membina jati diri murid. 3.7 Memartabatkan bahasa kebangsaan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah hanya akan dijalankan jika masih terdapat dalam kalangan murid:
i. Tidak menguasai literasi (LINUS) Saringan 2 Tahun 3 ii. Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 Bahasa Malaysia dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) iii. Tidak melepasi penguasaan praujian dan pascaujian ProTiM (2M)
5.0 KERANGKA KONSEP
INPUT/SUMBER a) Kelas Linus (Murid tidak menguasai kemahiran literasi saringan 2 Tahun 3) b) KSSR Bahasa Malaysia (Murid Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 ) c) ProTiM (Praujian - murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia)
PROSES Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar jadual
waktu
OUTPUT/KELUARAN Pencapaian 100% murid dalam kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015
Tahun Pencapaian 2014 4 94% 2015 5 100%
*Tidak termasuk murid berkeperluan khas
OUTCOME/HASIL Murid menguasai
kemahiran literasi dan kemahiran Bahasa
Malaysia
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 4
6.0 OBJEKTIF
6.1 Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015.
6.2 Memastikan semua murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia.
6.3 Memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah. 6.4 Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.
7.0 MATLAMAT
Merealisasikan visi dan misi PPPM (2013-2025) serta meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Malaysia dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
8.0 PERANAN PENTADBIR
8.1 Peranan KPM
8.1.1 Membentuk Jawatankuasa Kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat kebangsaan.
8.1.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama bahagian di KPM.
8.1.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
8.1.4 Menyediakan garis panduan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.1.5 Menyediakan modul untuk pembelajaran dan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 (modul ProTiM).
8.1.6 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua JPN.
8.1.7 Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru yang mengendalikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.1.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN.
8.1.9 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pengarah JPN.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 5
8.10 Mengumpulkan pelaporan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga 6 daripada pihak JPN.
8.1.11 Melaporkan pencapaian pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada pihak Pengurusan Tertinggi KPM.
8.2 Peranan JPN
8.2.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat negeri. 8.2.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama PPD. 8.2.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a T a h u n 6 k e p a d a P P D . 8.2.4 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sebagai
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah Pendidikan Negeri. 8.2.5 Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur
pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.2.6 Mengumpul, menyemak dan membuat analisis data berkaitan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.2.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia di peringkat JPN.
8.2.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu persekolahan.
8.2.9 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.
8.2.10 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pegawai pelajaran daerah.
8.2.11 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada KPM.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 6
8.3 Peranan PPD
8.3.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat daerah.
8.3.2 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru besar.
8.3.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar dan ketua panitia Bahasa Malaysia.
8.3.4 Memantau dan membimbing secara berterusan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.3.5 Mengadakan dialog prestasi berkaitan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan guru besar.
8.3.6 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD.
8.3.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malays ia pada peringkat daerah.
8.3.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dengan berkesan.
8.3.9 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dijalankan di luar jadual waktu persekolahan.
8.3.10 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada JPN.
8.4 Peranan Guru Besar
8.4.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah. 8.4.2 M e m a s t i k a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a
Tahun 4 hingga Tahun 6 dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM.
8.4.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru di sekolah.
8.4.4 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru di sekolah.
8.4.5 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru besar.
8.4.6 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada waktu yang ditetapkan.
8.4.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia di peringkat JPN.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 7
8.4.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berterusan.
8.4.9 Mencerap pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.
8.4.10 Mengenal pasti murid yang terlibat dalam kelas pemulihan Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan melaksanakan ujian/saringan.
8.4.11 Melantik guru untuk mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.4.12 Memastikan tempat pelaksanaan yang sesuai dan kondusif bagi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah.
8.4.13 Menyediakan jadual Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 d i luar jadual waktu persekolahan.
8.4.14 Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa murid yang terlibat dalam Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.4.16 Memastikan murid menghadiri Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sepenuhnya.
8.4.17 Menyebar luas pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia kepada ibu bapa dan komuniti.
8.4.18 Memastikan pelaksanaan/pelaporan /pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia menjadi agenda mesyuarat profesionalisme di sekolah.
8.4.19 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai tahap penguasaan berbahasa Malaysia.
8.5 Peranan Guru
8.5.1 Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
8.5.2 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
8.5.3 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru.
8.5.4 Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sepenuhnya.
8.5.5 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dihantar kepada guru besar pada waktu yang ditetapkan.
8.5.6 Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar secara berterusan.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 8
8.5.7 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai sasaran.
8.5.8 Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid.
8.6 Peranan Guru Pemulihan Khas
8.6.1 Menjadi ahli jawatankuasa Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
8.6.2 Menjalankan PdP Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sekiranya bilangan waktu mengajar kurang daripada 30 waktu seminggu.
8.6.3 Memberi khidmat bimbingan kepada guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
8.6.4 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
8.7 Peranan Ibu Bapa/Penjaga
8.7.1 Menyokong dan memberi kerjasama dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah.
8.7.2 Memastikan anak jagaan hadir dan mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah.
8.8 Peranan PIBG
8.8.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid
Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah sama ada dari segi kewangan dan sokongan moral.
8.8.2 Menyebar luas pelaksanaan Ke las Pemulihan Ba hasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua ibu bapa.
8.8.3 Menjadi perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang terlibat.
8.8.4 Memastikan setiap murid pemulihan yang terpilih mengikuti kelas pemulihan yang dirancang.
8.9 Peranan Komuniti
8.9.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid
Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah sama ada kewangan atau pun sokongan moral.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 9
9.0 PROSEDUR STANDARD OPERASI
9.1 Pentadbiran
9.1.1 Jadual Waktu
i. Agihan Waktu Mengajar a) Dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. b) 2 hingga 5 jam seminggu.
c) Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan sebelum atau selepas sesi persekolahan.
d) Jadual waktu hendaklah diberikan kepada guru, murid dan ibu bapa yang terlibat. e) Bekerjasama dengan jawatankuasa induk jadual waktu.
ii. Bilangan Murid
Maksimum 5 orang murid bagi setiap Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
iii. Penyediaan jadual waktu
a) seorang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau
b) lima orang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau c) seorang guru berdasarkan kemahiran; atau d ) p i l ih a n - p i l ih a n la in b e rda sa rk a n k e b i j aks an aa n G u ru
Besar.
iv. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.
9.1.2 Pengurusan Fail
i. Fail Induk Pengurusan
Pelan Tindakan Takwim Carta Gantt Jadual Waktu Surat Keluar / Masuk Borang Tindakan Susulan
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 10
ii. Fail Individu Murid Borang Pencalonan Profil Murid Salinan Surat Persetujuan Ibu Bapa
iii. Fail Guru
Data Prestasi Murid (Individu) Data Praujian ProTiM Data Pascaujian ProTiM Rekod Pencapaian Murid
Rekod Persediaan Mengajar (Boleh ditulis dalam bentuk helaian)
Rekod Kedatangan Murid
9.1.3 Rekod Kedatangan Murid
Rekod Kedatangan Murid di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia hendaklah disediakan bagi merekodkan kehadiran murid setiap kali kelas dijalankan.
9.2. Sumber Kewangan
9.2.1 Pihak Pentadbir sekolah disarankan merujuk kepada Pekeliling Kewangan Bil:2/91�KP1573/17/ jld.8 (78) bth. 11 Feb. 1991 ( Di bawah �Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling�)
9.2.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia diguna sama untuk penyediaan bahan bantu mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
9.2.3 Pihak pentadbir sekolah boleh memohon bantuan kewangan daripada PIBG/Komuniti.
9.3 Pelantikan Guru
Semua guru boleh dilantik sebagai guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Guru yang dilantik mestilah berkemahiran Bahasa Malaysia dengan baik.
9.4 Pencalonan Murid
Pencalonan murid adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam: i. Kelas LINUS (belum menguasai literasi) ii. KSSR Bahasa Malaysia (TP 1 dan TP 2) iii. ProTiM (Praujian)
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 11
9.5 Pelaksanaan program
Bermula pada tahun 2014 selepas praujian ProTim
9.6 Bahan sokongan
9.6.1 Modul ProTiM yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
9.6.2 Bahan-bahan sokongan lain yang sesuai
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 12
10.0 CARTA ALIR
CARTA ALIR PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Belum menguasai kemahiran berbahasa meneruskan pengajaran pemulihan Bahasa Malaysia
Murid LINUS (Saringan 2 Tahun 3)
KSSR ( TP 1 & 2)
Keputusan Praujian ProTiM
Belum menguasai
Pengajaran dan pembelajaran
Keputusan Pascaujian ProTiM
Murid belajar seperti biasa
Sudah menguasai
Praujian ProTiM
Pascaujian ProTiM
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 13
11.0 SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6
Waktu PdP guru pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga 6 selama 2 hingga 5 jam
seminggu di luar PdP.
Membantu murid Tahun 4 hingga 6 yang tidak
menguasai kemahiran asas bertutur, membaca, menulis dan menaakul.
SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
HINGGA TAHUN 6
Kelas Pemulihan Bilangan murid dalam PdP
tidak melebihi 5 orang untuk seorang guru.
(Nisbah Guru : Murid; 1 : 5)
Menyediakan BBM untuk murid pemulihan Bahasa
Malaysia
Menyediakan perancangan strategik untuk peningkatan pencapaian murid
yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Malaysia
Mengadakan Program Intervensi untuk murid pemulihan BM
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 14
12.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6
PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM
Mula
Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana Kelas Pemulihan BM
Mendapat data murid yang tidak menguasai LINUS/KSSR TP 1 dan TP 2 daripada guru BM tahun 3 sebelumnya
Menjalankan praujian ProTiM kepada murid yang telah dikenal pasti
Menyediakan pelan tindakan/intervensi untuk murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Melaksanakan PdP murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang telah dikenal pasti
Melaksanakan pascaujian ProTiM
Membuat analisis kepada murid pemulihan selepas selesai pelaksanaan modul ProTiM
Membuat pelaporan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (Murid menguasai BM masuk arus perdana, belum menguasai BM akan
meneruskan PdP pemulihan pada tahun yang berikutnya)
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 15
13.0 SOP GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SEMASA PdP
SOP GURU KELAS PEMULIHAN BM SEMASA PdP
Mula
Merekod kehadiran murid pemulihan BM
Melaksanakan PdP kepada murid pemulihan BM
Membuat refleksi PdP
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 16
14.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SELEPAS PROSES PdP
PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM SELEPAS PROSES PdP
Mula
Memaklumkan hasil dapatan bimbingan dan tahap pencapaian murid kelas pemulihan kepada pihak pentadbir sekolah
Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat hasil dapatan selepas bimbingan
Melaporkan perkembangan dan pencapaian kepada pentadbir, PPD, JPN
Merangka pelan tindakan susulan/intervensi
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 17
15.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BM
Pengerusi Guru Besar
Timbalan Pengerusi PK Kurikulum
Naib Pengerusi PK HEM
PK Petang PK Pendidikan Khas
Setiausaha Ketua Panitia BM
AJK Semua Guru yang Dilantik
Guru Pemulihan
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 18
16.0 TERMA RUJUKAN (TOR)
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN
1 Jenis dan lokasi sekolah
Jenis SJK(C) dan SJK(T) Lokasi bandar, luar bandar dan pedalaman
PPPM 2013-2025, EMIS
2 Mengeratkan perpaduan antara kaum
Semangat penyatuan antara Melayu, Cina, India, Bumiputera dan lain-lain melalui Bahasa Malaysia
Kamus Dewan, PPPM 2013-2025
3 Unjuran bilangan murid
Jangkaan pengurangan murid yang belum menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia
LINUS, KSSR-PBS, ProTiM
4 Pegawai Pendidikan Daerah
Ketua Jabatan di Pejabat Pendidikan Daerah
5 Melaporkan secara berkala
Setiap bulan kepada guru besar, PPD , JPN dan KPM
6 Jawatankuasa kerja Kumpulan pelaksana pada peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah
7 Tempat pelaksanaan Bilik darjah atau mana-mana ruang yang sesuai dan kondusif untuk PdP
8 Garis panduan yang ditetapkan
Garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM dan perlu dipatuhi
9 Kehadiran sepenuhnya Semua murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia wajib hadir dan direkodkan
10 Fail induk pengurusan Dimasukkan di dalam Fail Induk Panitia Bahasa Malaysia
11 Kelas Pemulihan yang dirancang
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang dirancang di luar jadual waktu (Penetapan guru, kelas, murid dan jadual waktu)
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 19
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN
12 Semua guru boleh dilantik
Semua guru terlatih boleh dilantik. Guru pelatih, guru ganti dan guru sandaran tidak terlatih tidak boleh dilantik
13 Pentadbir sekolah Guru besar, penolong-penolong kanan
14 Pelaksanaan Kelas Pemulihan BM
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula Tahun 2014.
2014 2015 2016 2017 2018 Tahun
4 Tahun
5 Tahun
6
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
15 Komuniti
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Swasta, Masyarakat Setempat, JKKK, MGB, Pejabat Daerah dan lain-lain.
16 ProTiM Program Tiga M( Membaca, menulis dan mengira)
17 LINUS Program Literasi dan Numerasi Buku Program LINUS
18
KSSR Tahap Penguasaan 1 dan Tahap Penguasaan 2 (TP)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap Penguasaan 1 � Sangat Terhad Tahap Penguasaan 2 � Terhad
19 Luar jadual waktu
Sebelum atau selepas waktu persekolahan sehingga 2 hingga 5 jam seminggu. Tidak boleh mengganggu waktu PdP murid.
Buku Panduan PPPM 2013-2025,
20 Standard Bahasa Malaysia
Bentuk bahasa yang betul/gramatis dan diterima oleh semua penutur
Kamus Dewan Edisi Keempat
21 PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 20
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN
22 Pelantikan guru
Surat pelantikan yang ditandatangani oleh guru besar
23 Standard operasi
Prosedur tertentu yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan kredibiliti yang ditetapkan untuk mencapai sasaran
Perfomance Standard DBP
24 Peruntukan PCG
Garis panduan pengurusan kewangan peruntukan bantuan persekolahan ke sekolah berdasarkan per kapita dan enrolmen murid.
SP Kewangan Bil. 8 /2012
25 Pelan tindakan Langkah-langkah tindakan yang diambil untuk mencapai satu tujuan
Kamus Dewan Edisi Keempat
26 Intervensi
Tindakan awal dalam mengesan keupayaan murid dan mengambil langkah membantu mengatasi masalah yang dikesan
27 Pencalonan murid
Mencadangkan atau mengemukakan nama murid untuk mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
28 Saringan
Hasil daripada proses mengesan murid yang layak mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
29 Prosedur kerja Proses kerja yang disediakan mengikut prosedur yang ditetapkan
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 21
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN
30 2 jam hingga 5 jam
Jam Deskripsi 5 jam Murid Linus yang
tidak menguasai Konstruk 1-2
Murid Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 dalam KSSR
4 Jam Murid Linus yang tidak menguasai Kontruk 3-6
3 jam Murid Linus yang tidak menguasai konstruk 7-10
2 Jam Murid Linus yang tidak menguasai konstruk 11-12
31 Semua guru boleh dilantik
Bil Kriteria 1 Guru Bahasa Malaysia 2 Bukan guru Bahasa Malaysia
perlu sekurang-kurangnya memperoleh gred B4 atau B- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya (bagi sekolah yang kurang guru opsyen BM).
3 Guru yang mengikuti kursus bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPG/ Universiti
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 22
17.0 RUMUSAN
Garis Panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mulai tahun 2014. Diharapkan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demimembantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 23
Soalan Lazim
1. Apakah Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah untuk Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015, menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah dan memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.
2. Siapakah murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah murid tidak menguasai kemahiran Literasi (LINUS) saringan 2 Tahun 3, m urid Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 dalam KSSR dan murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia semasa praujian ProTim.
3. Berapa lama masa pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK mengambil masa 2 jam hingga 5 jam mengikut keperluan murid.
4. Siapakah guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah semua guru terutamanya guru bahasa Malaysia, guru yang memperoleh keputusan Bahasa Malaysia SPM sekurang-kurang B4 atau B- dan guru yang pernah atau telah mengikuti kursus Bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPGM/ Universiti.
5. Bagaimanakah pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah melalui keputusan Linus saringan 2 tahun 3, Keputusan PBS tahun 3, murid yang dicalonkan oleh guru. Kesemua murid ini akan mengambil praujian ProTim dan mereka yang tidak melapas pra ujian inilah yang akan terlibat dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 24
6. Adakah murid berkeperluan khas terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid berkeperluan khas tidak terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK.
7. Bilakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan? Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK akan bermula pada tahun 2014.
8. Adakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan dalam waktu PdP atau di luar PdP? Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan di luar PdP.
9. Berapa orang murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK? Murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah seramai 5 orang.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 25
LAMPIRAN A
BORANG PENCALONAN
KEMASUKAN KE KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 20....
1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................
3. Nama Murid : ........................................................................................................................
4. Jantina : 5. Tarikh Lahir : ................................
6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain
7. No. Sijil Lahir : .............................................................................................
8. Umur : .............................................................................................
9. Jantina : .............................................................................................
10. Jumlah Kedatangan : ............................................................................................ (Tahun Sebelumnya)
11. Sebab-sebab dicalonkan ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
(Tandakan ✓ pada kotak yang sesuai)
11.1. Tidak Menguasai Saringan LINUS Konstruk ..........................
11.2. Tidak melepasi Ujian PraProTiM Markah ............................
11.3. Tidak melepasi TP KSSR TP ....................................
11.4. Masalah Kesihatan Nyatakan:............................
11.4 Cadangan guru mata pelajaran
11.5. Permintaan ibu bapa
11.6. Cadangan Guru Besar
11.7. Lain-lain
Nyatakan: ..................................................................................................................................
Tandatangan Guru Kelas Tarikh : ...............................
L P
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 26
LAMPIRAN B
BORANG PROFIL MURID KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN 20............. 1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................
3. Nama Murid : ........................................................................................................................
4. Jantina : 5. Tarikh Lahir : ................................
6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain
7. No. Sijil Lahir : ...................................... Umur : .......................................................
9. Bil. Adik-beradik : ....................... anak ke : ...............
10. Tarikh Masuk Sekolah:..............
11. Alamat Rumah : ........................................................................................................................
........................................................................................................................
12. Bandar/Luar Bandar: ................................ Jarak dari sekolah: ....................................................
13. Cara ke sekolah : ........................................................................................................................
14. Nama ibu/bapa : ........................................................................................................................
15. Nombor Telefon Bimbit: ............................................... 16. Pekerjaan ibu/bapa: ..........................
17. Latar belakang Pendidikan Ibu bapa/penjaga: ................................................................................ (Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti)
Tandatangan guru Tarikh: .......................................
-photo-
L P
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 27
LAMPIRAN C
Contoh Borang Ujian Saringan (Praujian ProTiM)
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TAHUN :...............................
BIL KEMAHIRAN
(IKUT UNIT) NAMA MURID
Skor
Keseluruhan
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 28
Lampiran D
Contoh Borang Hasil Penilaian yang telah dijalankan (Pascaujian ProTiM) NAMA : ________________ TAHUN : ________________ SEKOLAH : ________________
BIL NAMA MURID JANTINA KAUM MARKAH LULUS MENGIKUT UNIT L P M C I L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
...................................... ............................... Nama: Guru Kelas Pemulihan BM Guru Besar
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 29
Lampiran E
Contoh Rancangan Pengajaran
CONTOH 1 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Tajuk : Membaca dan menulis suku kata terbuka Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,
1. Murid dapat membaca suku kata terbuka 2. Murid dapat menulis suku kata terbuka
Aktiviti : 1. Guru mengedarkan 10 gambar yang terdapat suku kata terbuka Contohnya pasu, keju, baja, kerusi, kereta
2. Murid diminta menyebut nama gambar tersebut secara individu dan kumpulan 3. Murid boleh menyebut suku kata terbuka mengikut gambar 4. Murid melengkapkan suku kata berdasarkan gambar
Refleksi : Semua murid boleh membaca dan menulis suku kata terbuka dengan
betul.
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 30
Lampiran F
CONTOH2 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Tajuk : Membaca Ayat Tunggal dengan sebutan yang betul serta intonasi yang jelas dan lancar
Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membaca 5 ayat tunggal yang ditunjukkan dengan betul dan lancar Aktiviti : 1. Guru mengedarkan beberapa keping kad perkataan.
Contohnya: perpustakaan , menghias , membuat 2. Murid diminta menyebut perkataan tersebut (sebutan lancar dan jelas) 3. Guru menunjukkan kad ayat tunggal 4. Guru meminta murid membaca bersama-sama (bacaan mekanis) 5. Murid diminta membaca secara individu (penilaian) Refleksi : Semua murid boleh membaca 5 ayat yang diberi dengan jelas dan lancar
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 31
Lampiran G
CONTOH 3 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Tajuk : Membaca dan menulis perkataan diftong Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, 1. Murid dapat membaca 6 perkataan diftong 2. Murid boleh menulis 6 perkataan diftong Aktiviti : 1. Murid mengambil kad perkataan yang mengandungi diftong Contoh: pulau, kedai, pakai, helai, lebai, boroi, pukau 2. Murid menyebut perkataan diftong secara individu dan kumpulan 3. Murid mengeja perkataan diftong dengan betul 4. Murid melengkapkan dan menulis perkataan diftong Refleksi : Semua murid dapat membaca dan menulis perkataan diftong
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 32
Lampiran H
CONTOH 4 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Tajuk : Bapaku pulang dari kota Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, 1. Murid dapat membaca cerita pendek yang diberi dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan lancar 2. Murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman yang diberi dengan tepat dan betul . Aktiviti : 1. Guru mengedarkan petikan cerita pendek bertajuk 'Bapaku pulang dari kota' 2. Guru meminta murid membaca bersama-sama petikan yang diberi (bacaan mekanis) 3. Murid diminta membaca secara individu (penilaian) 4. Murid diberikan soalan pemahaman dan diminta untuk menjawab 5. Berbincang mengenai jawapan dan semakan jawapan pelajar (penilaian) Refleksi : 1. Semua murid boleh membaca petikan yang diberi dengan jelas dan
lancar 2. Semua murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman dengan tepat dan Betul
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 33
Lampiran I
CONTOH 5 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
Tajuk : Menulis ayat dalam perenggan Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, Murid dapat menulis ayat dalam bentuk perenggan Aktiviti : 1. Guru mempamerkan lima gambar pada papan tulis
2. Murid mengambil kad ayat yang disediakan dan padankan dengan gambar
3. Murid membaca ayat yang lengkap berdasarkan gambar mengikut urutan 4. Murid menulis ayat yang lengkap berdasarkan kad ayat mengikut
urutan dalam satu perenggan Refleksi : Semua murid dapat menulis ayat dalam satu perenggan
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 34
Lampiran J Cadangan Jadual Waktu A
(sekolah 2 sesi)
Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak)
7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)
2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
Cadangan Jadual Waktu B
Cadangan Jadual Waktu C (sekolah satu sesi)
Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak)
7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)
2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak)
7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)
2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 35
Lampiran K Cadangan Jadual Waktu D
Nota : 1. Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula
pada hari Ahad hingga Khamis, manakala negeri-negeri lain kelas pemulihan bermula pada hari Isnin hingga Jumaat.
2. Masa diperuntukkan adalah 2 hingga 5 jam seminggu. 3. Pindaan jadual tertakluk kepada pihak pengurusan sekolah.
Hari/masa 6.30-7.00 pagi ( 30 minit) (Sabah & Sarawak)
7.15-7.45 pagi (30 minit) (Semenanjung)
2.00-3.00 petang (1 jam) (Semenanjung)
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 36
Lampiran L
Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan Bahasa Malaysia
KEPALA SURAT SEKOLAH
Rujukan: Tarikh :
Tuan/Puan/Encik/Cik ---------------------------------- ---------------------------------- Tuan/Puan, PELANTIKAN GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik ................................................................
(No. KP :.............................) telah dilantik sebagai Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di
SJK........................................................................ mulai .................................
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar waktu pengajaran dan pembelajaran agar matlamat Kelas pemulihan Bahasa Malaysia untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia (menulis dan membaca) tercapai. 4. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia mestilah dirujuk kepada pentadbir sekolah untuk kelulusan. Sekian, terima kasih. �BERKHIDMAT UNTUK NEGARA� Saya yang menurut perintah, .................................................. ( )
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 37
Lampiran M Contoh Surat Makluman Ibu Bapa KEPALA SURAT SEKOLAH
Rujukan: Tarikh :
Tuan/Puan/Encik/Cik ---------------------------------- ---------------------------------- Tuan/Puan, PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA 2014 Saya dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan/Encik/Cik .............................................................
(No. Sijil Lahir :.............................) telah dikenal pasti untuk mengikutiKelas Pemulihan Bahasa Malaysia
tahun ............................... mulai .................................
3. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan dikehendaki hadir mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Kelas ini akan dijalankan di luar waktu pembelajaran supaya anak tuan/puan dapat menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia dengan baik. 4. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi _______________ melalui talian ________________. Sekian, terima kasih. �BERKHIDMAT UNTUK NEGARA� Saya yang menurut perintah, .................................................. ( )
G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6
SULIT 38
Jawatankuasa Kerja Penyediaan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Pengurus Program Rusdi bin Mat Nor Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Ahli Panel Dr Roziah binti Abdullah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Dr Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Hjh Tuslah binti Abdan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Ismail bin Ibrahim Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Norhafizah binti Kamaruddin Bahagian Perkembangan Kurikulum Norliah binti Mohd Amin Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Shafiron bin Hashim Lembaga Peperiksaan Suaini binti Mohd Amin Bahagian Buku Teks Khawidah binti Abd Samad Bahagian Pendidikan Guru Tajudin bin Abdullah Bahagian Sukan Hjh Siti Khadijah binti Hj Mion Bahagian Kokurikulum Aishah binti Othman Bahagian Teknologi Pendidikan Nor Zalina binti Nasir Bahagian Pendidikan Khas Norhayati binti Aziz@Esa Intitut Aminuddin Baki Siti Nafsiah binti Ismail Institut Pendidikan Guru Malaysia Nordin bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kamarozaman bin Hj Ahmad Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Zoraimi bin Shariff Jabatan Pendidikan Negeri Perak Rubiaton binti Ibrahim Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Nasri bin Ramli Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Harun bin Mahbut Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Hesam bin Mohd Kasron Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mohamad Hashim bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Ab. Abid bin Mohamad Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Meor Mohamad Zain bin Meor Jadi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Hanri bin Hamden Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Noorartini binti Hj Arjikal Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Azizah binti Jupri Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Afandi bin Nasir Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Muhammad Aris bin Shuib Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Cheng Yew Teck Guru Besar SJK(C) Kepong 1, Kuala Lumpur Sitha A/P Thangavaloo Guru Besar SJK(T) Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur Chong Not Mooi Guru Besar SJK(C)Nan Yik Lee Rubber, Kuala Lumpur Mariyamal A/P Sinathamby Nadarajah Guru Besar SJK(T) Sungai Besi, Kuala Lumpur Ch�ng Sim Imm Guru Besar SJK(C)Yoke Nam Oug, Kuala Lumpur Goh Ai Guat Guru Besar SJK(C)Chung Hua Klang, Kota Kemuning, Selangor T Hanaseelan A/L N. Seethapathy Guru Besar SJK(T) Ladang Rinching Chin Ah Soon Guru Besar SJK(C) On Pong 2, Hulu Langat Selangor Arasirani A/P Chelliah Guru Besar SJK(T) Batu Caves, Selangor Chew Hock Jin Guru Besar SJK(C) Subang, Selangor A. Rajendra Devi Guru Besar SJK(T) Bestari Jaya, Selangor Malarkodi A/P Krishnan Pen. Kanan (HEM) SJK(T) Jalan San Peng, Kuala Lumpur