19

Download (29MB)

  • Upload
    letruc

  • View
    231

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Download (29MB)
Page 2: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 1015

EDITORIAL BOARD

CONDESCENDENT Assoc. Prof. Dr. Mohd Sazili Bin Shahibi

ADVISOR Encik Azmi Bin Abd Rahman

CHIEF EDITOR Akmal Shahmeen Bin Ahamad Sabarudin

DEPUTY CHIEF EDITOR Nur Atiqa Binti Saleh

SECRETARY Hafawati Husna Binti Mohamed

Khairudin

TREASURER Noor Izzaty Binti Mohd Radzi

DESIGN AND LAYOUT Nadia Fazira Binti Nor Amir

Nurul Aida Binti Jamil

EDITORS Fatin Eleena Binti Sha'mar

Nor Adaviah Binti Mohd Sabri

Norshahida Binti Kalis

Nurul Amirah Binti Md Suhaimi

Siti Nur Athirah Binti Saiffuddin Zuhri

REPORTERS Fatin Syahirah Binti Pawzi

Siti Aishah Binti Yahpar

PUBLISHER Faculty of Information Management

UiTM Puncak Perdana

ISSN 0127-5100

EDITOR'S ACKNOWLEDGEMENT

Assalamualaikum

First and foremost, I would like to thank to Allah s.w.t. because giving us strength and determine to finish the publication of TINTA about Superheroes in Information Professional.

Thank you to our lovely advisor, Mr Azmi Bin Abdul Rahman who always tries to make us understand the actual process of publication and amend the mistake arises during the preparation of this task. With his guidance, we are now clearly understood the publication process. I also like to express our greatest appreciate to lecturer from Faculty of Information Management who contribute their article.

For my entire group, thank you for all of your work in this TINTA publication which willing to help in writing, editing, designing and etc. With all of your commitment, we could produce the high quality publication of TINTA.

Sincerely,

Akmal Shahmeen Bin Ahmad Sabarudin

Chief Editor,

TINTA Jun 2015

TINTA has established by Universiti

Teknologi Mara, Faculty of Information

Management or also known as FPM since

1982. TINTA is a medium to highlight FPM

students' article as well as lecturers to

publish in TINTA. The theme of TINTA Bil

25, Vol. 2/2015 is Superheroes in

Information Professional.

CONTENTS

1 | Pa ge

Page 3: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

PAGE

PERIBADI PENGURUS REK0D YANG CEMERLANG

Ahmad Azman B. Mohamad Rami

BUKU-BUKU YANG PERLU Dl BACA SEBELUM 'MATT

Shaharom TM Sulaiman

INFORMATION TECHNOLOGY COMPETENCY TO INVIGORATE

INNOVATIVE PERFORMANCE IN MALAYSIAN ACADEMIC LIBRARIES

Haziah Sa'ari

COMPLETE CRITERIA TO BE INFORMATION PROFESSIONAL

Akmal Shahmeen B. Ahamad Sabarudin & Naqiuddin B. Abd Haris

THE ISSUES IN ACADEMIC LIBRARIES

Noor Farahain Bt. Abdul Razak, Nur Aliah Bt. Zainal & Nur Athirah

Hanani Bt. Jailani

EFFECTIVENESS MALAYSIAN ARCHIVAL INSTITUTIONS NOW AND

FUTURE

Fatin Eleena Bt. Sha'mar, Nur Atiqa Bt. Saleh & Nurul Aida Bt. Jamil

2 | P a g e

Page 4: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

HOW TO BE 21S T CENTURY LIBRARIAN

Hafawati Husna Bt. Mohamed Khairudin & Nor Adaviah Bt. Mohd Sabri

INFORMATION SECURITY SUPERHEROES

Nurul Aishah Bt. Samin & Nurul Amirah Bt. Md Suhaimi

LIBRARIANS JOB SATISFACTION

Noor Izzati Bt Mohd Radzi, Nurul Nadia Bt. Karim & Wan Nurul

Syahida Bt. Wan Kamaruddin Mukri

LIBRARIES' EFFORT TO ATTRACT USER

Nursyafiqah Bt. Wahid & Siti Aishah Bt.Yahpar

THE SURVIVAL OF LIBRARIAN IN NEW ERA

Fatin Syahirah Bt. Pawzi & Nor Ashikin Bt. Ngadiron

THE FATHER OF LIBRARY

Nadia Fazira Bt. Nor Amir & Nur Sarah Syafiqah Bt. Ismail

Page 5: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

PERIBADI PENGURUS REKOD YANG CEMERLANG

Oleh:

AHMAD AZMAN BIN MOHAMAD RAMLI

Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA

[email protected]

Abstrak: Berdasarkan pengalaman kerja penulis selama hampir 10 tahun sebagai

seorang pegawai arkib di Arkib Negara Malaysia, penulis mendapati terdapat tujuh

peribadi yang paling mustahak dimiliki oleh seorang pengurus rekod untuk menjadikan

mereka pengurus rekod yang cemerlang. Peribadi-peribadi tersebut ialah versatil,

sabar, baikhati, berdisiplin, menghargai masa, tekun dan inovatif serta kreatif.

Kata Kunci: Peribadi, Pengurus rekod, cemerlang

1. Pendahuluan

Penulis telah bertugas selama hampir 10 tahun di Arkib Negara Malaysia

sebelum menjawat jawatan sebagai pensyarah dalam bidang pengurusan rekod dan

arkib di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Kampus Puncak

Perdana, bermula pada bulan April tahun 2009 sehingga sekarang. Di antara tugas-

tugas utama penulis sebagai seorang pegawai arkib ialah menasihat kakitangan awam

tentang kaedah pengurusan rekod awam yang terbaik bagi mempastikan rekod-rekod

awam tersebut dapat digunakan sebagai satu sumber untuk meningkatkan kecekapan

perkhidmatan sesebuah pejabat awam di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman kerja penulis sebagai pegawai arkib, penulis

berpendapat untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang, seseorang itu

perlu memiliki peribadi-peribadi yang tertentu. Untuk perbincangan di sini, penulis telah

memilih tujuh jenis peribadi yang difikirkan paling mustahak dimiliki oleh pengurus rekod

iaitu versatil, sabar, baik hati, berdisiplin, menghargai masa, tekun dan sikap inovatif

4 | P a g e

Page 6: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

serta kreatif. Bagi tujuan memudahkan pemahaman terhadap kandungan dalam artikel

ini, berikut didefinasikan beberapa istilah yang kerap digunakan dalam artikel ini.

2. Definasi

Peribadi

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan peribadi sebagai sifat-sifat

(kelakuan, sikap, dan Iain-Iain) seseorang yg sudah sebati dengan dirinya sendiri untuk

merupakan wataknya (yang terasing daripada yang umum). Untuk tujuan penulisan

dalam artikel ini, peribadi yang dibincangkan memfokuskan kepada peribadi seorang

pengurus rekod.

Pengurus rekod

Savumthararaj (2008) menyatakan pengurus rekod iaiah pegawai yang

bertanggungjawap mengurus rekod-rekod di sesuatu organisasi. Tugas utama mereka

iaiah menjimatkan kos perbelanjaan pengendalian rekod serta meningkatkan kecekapan

pentadbiran organisasinya. Nama-nama yang lain kepada jawatan pengurus rekod iaiah

seperti pengawal dokumen (document controller) atau pengawal data (data controller).

Cemerlang

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan cemerlang sebagai sangat baik

atau kualiti yang sangat tinggi.

3. Peribadi pengurus rekod yang cemerlang

Berdasarkan definasi-definasi yang telah dibincangkan di atas dan untuk tujuan

penulisan dalam artikel ini, peribadi pengurus rekod yang cemerlang bermaksud

kelakuan atau sikap seorang pengurus rekod yang mengurus rekod-rekod di

organisasinya dengan cara kerja yang sangat baik atau sangat berkualiti. Satu contoh

cara kerja yang sangat baik atau sangat berkualiti iaiah seseorang pengurus rekod

5 | P a g e

Page 7: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2 0 t 5

mengurus rekod-rekodnya berdasarkan cara kerja yang berkualiti seperti yang telah

ditetapkan oleh standard pengurusan rekod terkini yang sedang diamalkan di organisasi

di seluruh dunia. Contoh-contoh standard tersebut ialah ISO 15489, ISO 23081, ISO/TR

15801 dan MS ISO 16175. Lazimnya juga pengurus rekod yang cemerlang akan

banyak diberikan imbuhan oleh majikannya seperti selalu menerima anugerah dan

pujian, cepat dinaikkan pangkat serta mendapat bayaran atau pendapatan yang

lumayan hasil daripada tugas pengurusan rekod yang dilakukannya.

4. Tujuh peribadi pengurus rekod yang cemerlang

Berdasarkan pengalaman kerja penulis, didapati terdapat tujuh peribadi yang

paling mustahak dimiliki oleh setiap pengurus rekod bagi menjadikan beliau itu dapat

pengurus rekod dengan cemerlang. Tujuh peribadi tersebut ialah seperti yang berikut:

4.1 Versatil

"Work done spontaneously and joyfully is never oppressive." (Mahatma Gandhi)

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki peribadi yang versatil atau serba boleh. Di antara ciri-ciri

seorang kakitangan yang berperibadi serba boleh ialah sanggup melaksanakan

sebarang jenis tugas, walaupun tugas tersebut berada di luar bidang tugas hakikinya.

Contohnya, walaupun tugas hakiki pengurus rekod itu ialah mengurus rekod di

organisasi masing-masing, pengurus rekod yang serba boleh juga sanggup

melaksanakan tugas selain daripada tugas hakikinya seperti menjadi ahli jawatankuasa

kepada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh majikan, menjadi urusetia lawatan

kakitangan organisasi, menjadi penyambut tetamu atau juru acara semasa majlis-majlis

rasmi organisasi, membuat persembahan semasa majlis makan malam organisasi dan

sebagainya. Peribadi sebegini sangat baik diamalkan oleh pengurus rekod kerana

berdasarkan pengalaman kerja penulis, peribadi sebegini sangat disukai oleh majikan

6 | P a g e

Page 8: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

dan rakan setugas. Apabila pengurus rekod tersebut telah disukai oleh majikan dan

rakan setugas, maka akan menjadi lebih mudah beliau menjalankan tugas pengurusan

rekodnya serta meningkatkan kemajuan kerjayanya seperti mudah mendapat kenaikan

pangkat, mudah mendapat anugerah dan pujian daripada majikan dan sebagainya.

Perkara ini dibuktikan oleh pengalaman penulis semasa bertugas di sebuah jabatan

kerajaan dahulu. Di jabatan ini terdapat seorang kakitangan yang bersikap serba boleh.

Beliau sentiasa bersedia menerima sebarang tugasan yang diarahkan oleh ketua

jabatannya, walaupun tugasan tersebut berada di luar bidang tugas hakikinya. Sikap

sebegini telah menyebabkan beliau sangat disukai oleh ketua jabatan dan rakan-rakan

setugas. Hasilnya, beliau sentiasa mendahului rakan-rakan sekerja yang lain di dalam

dunia kerjaya, seperti cepat dinaikkan pangkat dan kerapkali mendapat anugerah

perkhidmatan cemerlang daripada jabatan.

Pengurus rekod yang tidak berperibadi serba boleh akan sentiasa cuba

mengelakkan diri daripada melakukan pekerjaan yang berada di luar bidang tugas

hakiki sebagai seorang pengurus rekod. Contohnya, mereka akan cuba menolak

apabila diminta melaksanakan tugas-tugas yang berada di luar tugas hakikinya.

Sekiranya diarahkan melaksanakan tugas-tugas tersebut, mereka akan memprotes atau

melakukannya dengan hati yang berat dan tidak ikhlas. Berdasarkan pengalaman kerja

penulis, majikan sangat tidak menyukai kakitangan organisasi yang bersikap sebegini.

Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan pengurus rekod tersebut sukar

melaksanakan tugasannya serta meningkatkan kemajuan kerjayanya. Beliau juga tidak

disenangi oleh rakan-rakan setugas dan seterusnya akan disisihkan.

4.2 Sikap sabar

"Sabar itu salah satu daripada cabang iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh

badan." (Sabda Rasulullah s.a.w)

7 | P a ge

Page 9: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki peribadi yang penyabar. Di antara ciri-ciri seorang

kakitangan yang memiliki peribadi yang penyabar ialah beliau mampu menerima atau

menyerap sebarang cabaran atau kesukaran, tidak mudah berputus asa, pemaaf dan

sentiasa tenang menghadapi sebarang masalah kerja yang rumit. Contohnya, apabila

dimarahi atau ditegur oleh majikan, beliau akan menghadapi teguran tersebut dengan

sabar, menerima teguran tersebut dengat hati yang terbuka dan akan berusaha

memperbaiki sebarang kelemahan diri. Apabila diarahkan pulang lewat daripada

tempat kerja kerana menyiapkan sesuatu tugasan atau menghadiri mesyuarat

mengejut, beliau akan mematuhi arahan tersebut tanpa sebarang rungutan atau

perasaan marah. Apabila dibebankan dengan tugasan yang banyak, beliau akan

berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan tersebut tanpa sebarang rungutan.

Pernah berlaku di sebuah jabatan kerajaan, beberapa orang kakitangan jabatan

telah menerima arahan untuk melaksanakan suatu tugasan pada waktu petang dan

tugasan tersebut mesti disiapkan sebelum pukul sembilan pagi keesokan harinya.

Tugasan tersebut mesti disiapkan sebelum waktu tersebut kerana bermula pada pukul

sembilan pagi keesokan harinya akan berlangsung majlis perasmian yang melibatkan

Perdana Menteri dan menteri kabinet. Kakitangan-kakitangan tersebut telah menerima

tugasan tersebut dengan sikap yang sabar. Walaupun terpaksa berjaga sepanjang

malam dan menghadapi pelbagai kesulitan, kakitangan tersebut berjaya juga

menyiapkan tugasan dengan jayanya. Selepas majlis tersebut berakhir, kakitangan

tersebut telah menerima pujian dan sijil penghargaan daripada majikan mereka.

Pengurus rekod yang tidak berperibadi penyabar akan bersikap takutkan

cabaran, sangat lekas mengalah, tidak mampu menghadapi sebarang kesusahan dan

tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kemajuan organisasi tempat bekerja.

Contohnya, beliau akan mudah marah sekiranya dibebankan dengan kerja yang

banyak, mudah memaki hamun pekerja lain walaupun perkara yang dimarahkan itu

remeh sahaja, sangat cepat membuat kesimpulan atau tuduhan tanpa menyiasat

8 | P a g e

Page 10: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

kebenaran sesuatu maklumat dan akan mudah rasa sukar dan lemah semangat bila

menerima cabaran atau kesukaran semasa melaksanakan tugasan. Berdasarkan

pengalaman kerja penulis, pengurus rekod yang bersikap sebegini sukar untuk berjaya

di dalam dunia kerjayanya. Oleh sebab itu, setiap pengurus rekod di mana-mana

organisasi perlu berusaha sedaya upaya mengelakkan diri daripada mengamalkan

sikap tidak bersabar sebegini.

4.3 Sikap baik hati

"Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta, tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa."

(Sabda Rasulullah s.a.w)

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki peribadi yang baik hati, samada kepada rakan setugas atau

kepada majikannya. Di antara ciri-ciri seorang kakitangan yang mempunyai peribadi

baik hati ialah beliau sentiasa bersopan santun, pemaaf, ikhlas dan bertimbangrasa,

bersih daripada perasaan hasad dengki, sentiasa bersimpati kepada kesusahan dan

masalah pekerja lain, sangat pemurah, mudah mesra, mudah membantu dan

bekerjasama dengan pekerja lain, sentiasa merendah diri, bersedia menerima teguran

dan cadangan daripada rakan-rakan setugas dan majikan dan berlaku adil dalam

semua tindakan.

Semasa penulis sedang berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan dahulu,

terdapat seorang ketua jabatan yang sangat popular di kalangan kakitangan di

jabatannya dan dengan kakitangan jabatan lain. Ini disebabkan beliau sangat mesra

dan menjaga kebajikan kakitangannya. Tidak pernah beliau memarahi kakitangan di

khalayak ramai dan beliau amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Apabila beliau

bersara, beliau masih lagi menjalinkan hubungan mesra dengan bekas kakitangannya.

Bekas kakitangannya juga sentiasa memuji jasa dan kebaikan beliau serta sentiasa

mendoakan kesejahteraannya walaupun beliau telah bersara lebih daripada 10 tahun!

9 | P a ge

Page 11: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

Pengurus rekod yang tidak berperibadi baik hati pula akan bersikap kasar dan

kurang bersopan santun dengan pekerja lain dan majikannya, terlalu mementingkan diri

sendiri, sombong dan suka membesar-besarkan diri, suka bermuka-muka, cepat

menuduh dan menghukum seseorang tanpa siasatan yang rapi, suka menghina

kakitangan lain, tidak boleh menerima kritikan dan cepat membuat kritikan, suka

mencari kelemahan atau keaiban kakitangan lain serta mendedahkannya kepada pihak

yang tidak berkenaan dan akan berdendam sekiranya tidak mendapat sesuatu yang

dihajati atau permohonannya tidak diluluskan oleh majikan. Berdasarkan pengalaman

kerja penulis, kakitangan yang tidak baik hati akan dibenci dan dijauhi oleh kakitangan

lain. Sekiranya kakitangan tersebut seorang ketua organisasi, kakitangan bawahan

akan hanya akan berurusan dengan beliau sekiranya dalam keadaan terpaksa sahaja.

Hanya kakitangan yang bermuka-muka dan ingin mengampu sahaja yang berpura-pura

mesra dengan beliau. Selepas beliau bersara pula, kakitangan akan memutuskan

hubungan dengan beliau dan tidak akan mendoakan kesejahteraannya.

4.4 Sikap berdisiplin

"Buruk laku itu menambahkan buruknya amalan, sebagaimana cuka merosakkan

madu." (Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali)

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki peribadi yang berdisiplin. Di antara ciri-ciri peribadi seorang

kakitangan yang berdisiplin ialah beliau sentiasa mematuhi peraturan dan arahan di

tempat kerja, sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga

imej dan maruah diri daripada sebarang perbuatan cuai dan keji. Contohnya, kakitangan

yang berdisiplin akan datang ke pejabat dan akan pulang daripada pejabat mengikut

waktu yang telah ditetapkan, tidak mencuri harta pejabat dan harta pekerja yang lain,

tidak menggunakan harta dan waktu pejabat untuk kepentingan diri sendiri dan sentiasa

berpakaian kemas mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan.

10 | P a ge

Page 12: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

Semasa penulis sedang berkhidmat dengan sebuah jabatan kerajaan dahulu,

ada seorang pemandu kenderaan jabatan yang sangat disukai dan dihormati oleh

pekerja lain dan ketua jabatan. Ini disebabkan beliau seorang pemandu yang sangat

berdisiplin. Contohnya, beliau sentiasa memandu mengikut had laju yang ditetapkan,

sangat menepati masa dan sentiasa memastikan kenderaan jabatan di dalam keadaan

yang bersih dan injin dalam keadaan yang baik. Disebabkan sikap beliau yang sangat

berdisiplin ini, beliau telah dilantik sebagai pemandu kepada ketua jabatan dan kerapkali

menerima pujian dan anugerah daripada jabatan. Tidak beberapa lama selepas penulis

meninggalkan jabatan tersebut, penulis dimaklumkan bahawa pemandu tersebut telah

ditawarkan jawatan sebagai pembantu tadbir pejabat. Inilah satu contoh seorang

kakitangan yang memiliki peribadi yang cemerlang!

Pengurus rekod yang tidak berperibadi berdisiplin akan suka melanggar

peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh majikan, tidak berasa bersalah tetapi

merasa megah dan bangga apabila melanggar peraturan dan arahan di tempat kerja,

suka melakukan kerja-kerja keji dan tidak bersopan seperti mencuri harta pejabat,

mabuk, berjudi, menghisap dadah, merokok di tempat yang tidak dibenarkan

membuang sampah merata-rata dan menggunakan waktu pejabat untuk urusan

peribadi. Berdasarkan pengalaman kerja penulis, kakitangan yang bersikap sebegini

kebiasannya akan gagal dalam dunia kerjayanya. Ini kerana mereka akhirnya akan

dikenakan tindakan disiplin oleh majikan, seperti diberi amaran, tidak disahkan dalam

jawatan, tidak mendapat kenaikan pangkat, diturunkan pangkat, ditahan kenaikan gaji

dan seterusnya dibuang kerja. Untuk menjadi pengurus rekod yang cemerlang, sikap

tidak berdisiplin mestilah dihindarkan.

4.5 Sikap menghargai masa

11 An inch of time cannot be bought by an inch of gold" (Peribahasa Cina)

11 I P a g e

Page 13: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL l o t s

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki peribadi yang sangat menghargai masa. Di antara ciri-ciri

peribadi seoarang kakitangan yang menghargai masa ialah mereka sangat menepati

masa, menyegerakan tugas yang diarahkan, mempunyai perancangan waktu, bijak

menguruskan tempoh masa yang diberikan, menumpukan masa kepada kerja-kerja

yang produktif dan kreatif, menetapkan target date untuk menyiapkan sesuatu tugasan

dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Untuk membantu

menguruskan masa dengan terbaik, kakitangan ini akan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu seperti penggunaan time planner samada secara manual atau elektronik.

Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bekas pemilik syarikat konglomerat Kumpulan

Genting di dalam buku riwayat hidupnya mendedahkan di antara rahsia yang telah

menyebabkan beliau berjaya menukarkan sebuah kawasan hutan rimba di gunung Ulu

Kali di sempadan negeri Pahang dan Selangor menjadi sebuah pusat percutian

terkemuka dunia yang dikenali kini sebagai Genting Highlands Resort ialah kerana

beliau sangat menghargai masa! Contohnya, sekiranya beliau mempunyai temujanji,

beliau akan memastikan diri beliau telah berada di tempat temujanji tersebut 10 minit

lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Pengurus rekod yang tidak berperibadi menghargai masa pula mempunyai

sikap-sikap seperti tidak menyegerakan tugas yang diarahkan, tidak merancang

pekerjaan dengan baik, tidak ada priority terhadap tugas yang diarahkan, membuat

kerja peribadi semasa waktu pejabat, berniaga di waktu pejabat, meninggalkan pejabat

tanpa kebenaran, melayan tetamu yang tiada kaitan dengan tugas seperti melayan

jurujual dan tidak peka kepada pembaziran masa di pejabat. Berdasarkan pengalaman

kerja penulis, kakitangan yang tidak menghargai masa tidak akan dihormati oleh

majikan dan pekerja lain. Mereka juga kebiasaannya tidak akan diberi kepercayaan

untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang penting dan perlu disiapkan dengan segera.

Keadaan ini seterusnya boleh menghalang pekerja tersebut menjadi pekerja yang

cemerlang.

12 | P a g e

Page 14: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

4.6 Sikap tekun

"Victory belongs to the most persevering." (Napolean Bonaparte)

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu bersikap tekun semasa melaksanakan kerja. Sikap tekun

bermaksud pekerja memberikan sepenuh tumpuan kepada sesuatu kerja sehingga kerja

tersebut berjaya disiapkan dengan sempurna. Di antara ciri-ciri seorang kakitangan

yang mempunyai sikap tekun ialah mereka sangat gigih dalam melaksanakan sebarang

tugasan yang diamanahkan, sentiasa bersemangat dalam melaksanakan sebarang

tugasan yang diarahkan, sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menyiapkan

sesuatu tugasan, sentiasa cekal menghadapi sebarang kesulitan semasa bertugas dan

sentiasa bercita-cita tinggi untuk menghasilkan output kerja yang terbaik.

Kita boleh mengambil contoh sikap semut untuk membincangkan sikap tekun ini.

Walaupun bersaiz sangat kecil, disebabkan sikap tekun, semut berupaya mengangkut

makanan yang berkali ganda lebih besar dan berat daripada dirinya ke sarang yang

jauh lokasinya daripada makanan tersebut. Penulis memerhatikan di pelbagai

organisasi, pekerja yang tekun kebiasaannya akan mudah meningkatkan kemajuan

kerjayanya. Oleh itu, setiap pekerja perlu berusaha untuk mengamalkan sikap tekun

demi untuk menjadi pekerja yang cemerlang.

Pengurus rekod yang tidak berperibadi tekun pula akan mempunyai ciri-ciri

seperti mudah berputus asa apabila menghadapi kesukaran dan cabaran dalam

melaksanakan kerja, tidak mempunyai inisiatif (seperti peribahasa pahat dengan

penukul) dan inovatif serta kreatif, suka bertangguh apabila melakukan kerja, kurang

berdisiplin dan tidak bercita-cita tinggi untuk menghasilkan output yang terbaik semasa

melaksanakan kerja. Mereka melaksanakan kerja seperti peribahasa melepaskan batok

di tangga dan hangat-hangat tahi ayam, iaitu membuat sesuatu kerja dengan tidak

bersungguh-sungguh. Berdasarkan pengalaman kerja penulis, pekerja sebegini

13 I P a g e

Page 15: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 1015

lazimnya akan menghadapi kekecewaan dalam dunia kerjayanya. Ini kerana mereka

lazimnya akan kurang diberi perhatian oleh majikan untuk sebarang imbuhan seperti

anugerah dan kenaikan pangkat. Oleh itu, setiap pengurus rekod perlu berusaha

menghapuskan sikap tidak tekun daripada diri demi untuk menjadi seorang kakitangan

yang cemerlang dan seterusnya mencapai kejayaan di dalam dunia pekerjaan.

4.7 Sikap inovatif dan kreatif

"Real joy comes not from ease or riches or from the praise of men, but from doing

something worthwhile." (Sir Wilfred Grenfell)

Pada pendapat penulis, untuk menjadi seorang pengurus rekod yang cemerlang,

seseorang itu perlu memiliki sikap inovatif dan kreatif. Inovatif bermaksud sesuatu yang

baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, sistem dan peralatan).

Kreatif pula bermaksud kemampuan atau kebolehan mencipta. Sikap ini sangat

digalakkan, terutamanya di sektor awam Malaysia pada masa kini. Buktinya kerajaan

Malaysia telah melancarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 3/91

yang bertajuk Anugerah Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam. Anugerah ini merupakan

pengiktirafan kerajaan Malaysia kepada agensi-agensi dan pekerja perkhidmatan awam

yang telah berjaya memperkenalkan sesuatu inovasi dalam perkhidmatan awam. Di

antara ciri-ciri seorang kakitangan yang mempunyai sikap inovatif dan kreatif ialah

mereka sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah, berani

mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja dan suka

bermain dengan idea dan berani mencuba sesuatu yang baru. Majikan sangat sukakan

kakitangan yang mempunyai sikap sebegini kerana mereka dapat membantu organisasi

menyelesaikan masalah-masalah dalaman dan seterusnya membantu memajukan

organisasi. Keadaan ini seterusnya boleh membantu kakitangan tersebut menjadi

seorang kakitangan yang cemerlang.

14 | P a g e

Page 16: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 1013

Pernah berlaku suatu peristiwa di sebuah hospital kerajaan yang boleh dijadikan

contoh menunjukkan betapa pentingnya setiap pekerja memiliki sikap inovatif dan

kreatif. Pada suatu hari, sebuah mesin yang digunakan untuk merawat pesakit telah

mengalami kerosakan. Disebabkan masalah ini, ketua jabatan telah memanggil sebuah

syarikat pembekal untuk menilai kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Syarikat

tersebut telah mendakwa bahawa mesin tersebut tidak boleh dibaiki lagi dan perlu

diganti baru. Kos untuk membeli mesin tersebut sangat mahal iaitu mencecah puluhan

ribu ringgit. Malangnya pada ketika itu, hospital tersebut tidak mampu membeli mesin

tersebut kerana tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Keadaan ini seterusnya

telah menyebabkan hospital tersebut mengalami kesulitan kerana kekurangan mesin

perubatan. Mujur tidak beberapa lama kemudian, seorang pekerja am hospital yang

mempunyai sedikit pengetahuan dalam membaiki barangan elektronik telah

menawarkan diri untuk memeriksa dan membaiki mesin tersebut. Hasil daripada sikap

inovatif dan kreatif beliau, mesin tersebut berjaya beliau baiki dengan menggunakan alat

ganti elektronik yang kosnya tidak mencapai puluhan ringgit! Pekerja tersebut telah

menerima pujian dan sijil penghargaan daripada ketua jabatan di atas sikap inovatif dan

kreatif. Inilah satu contoh pekerja yang cemerlang.

Pengurus rekod yang tidak berperibadi inovatif dan kreatif pula mempunyai ciri-

ciri seperti tidak gemar kepada perubahan dan pembaharuan, tidak gemar mencuba

dan takut kepada kegagalan, mudah putus asa, sentiasa memandang remeh usaha-

usaha pembaharuan yang dilaksanakan oleh pekerja lain dan mempunyai perasaan

hasad dan dengki kepada kejayaan pekerja lain. Sikap sebegini mesti dielakkan oleh

setiap pengurus rekod demi untuk membolehkan mereka menjadi seorang kakitangan

yang cemerlang dan seterusnya berjaya di dalam dunia pekerjaan.

15 | P a g e

Page 17: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 20*5

5. Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman kerja penulis, pengurus rekod perlu memiliki tujuh

peribadi untuk membolehkan mereka menjadi kakitangan yang cemerlang di organisasi

tempat mereka berkerja. Tujuh peribadi tersebut ialah sikap versatil, sikap sabar, sikap

baik hati, sikap berdisiplin, sikap menghargai masa, sikap tekun dan sikap inovatif serta

kreatif. Di harap perbincangan mengenai topik ini akan dapat memberi sedikit panduan

dan dorongan kepada pembaca untuk menjadi pengurus rekod khususnya dan

kakitangan amnya yang cemerlang di organisasi tempat bekerja masing-masing dan

seterusnya berjaya di dalam dunia pekerjaan.

16 | P a g e

Page 18: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

BIBLIOGRAFI

Budi Bahasa Budaya Kita. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia, 2005.

Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1994.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

Lim, Goh Tong. My Story. Subang Jaya: Pelandok Publications, 2005.

Longman-Dictionary of Contemporary English. Essex: Pearson Education Limited, 2006.

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1991.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1991 - Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd, 2002.

Perintah-Perintah Am Bab "A"- Bab "G". Kuala Lumpur: MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd, 2008. Savumthararaj. G. (2008) Pengurusan Rekod & Sistem Fail. Kuala Lumpur: Intan Spektra

Smith, Judith Read, Ginn, Mary Lea & Kallaus, Norman F. Records Management. 9 th ed. South-Western: Cengage Learning, 2011.

Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1992.

17 | P a g e

Page 19: Download (29MB)

SUPERHEROES IN INFORMATION PROFESSIONAL 2015

LIST OF TINTA'S CONTRIBUTORS

TINTA (Lecturers) SHAHAROM TM SULAIMAN AHMAD AZMAN BIN MOHAMAD RAMLI HAZIAH BINTI SA'ARI

[email protected] [email protected] [email protected]

(Students)

AKMAL SHAHMEEN BIN AHAMAD SABARUDIN NOOR IZZATI BINTI MOHD RADZI SITI NUR ATHIRAH BT SAIFFUDDIN ZUHRI NURUL AMIRAH BINTI MD SUHAIMI NURULAIDABT. JAMIL NUR SAHIDA BT KALIS SITI AISHAH BINTI YAHPAR FATIN ELEENA BINTI SHA'MAR NOR ADAVIAH BT MOHD SABRI NADIA FAZIRA BINTI NOR AMIR FATIN SYAHIRAH BT PAWZI HAFAWATI HUSNA BT. MOHAMED KHAIRUDIN NUR ATIQA BT SALEH

[email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

OTHER CONTRIBUTORS ASLAM BIN KAMARUDIN NUR SARAH SYAFIQAH BINTI ISMAIL NOR ASHIKIN BINTI NGADIRON NAQIUDDIN BIN ABD HARIS NURUL NADIA BINTI KARIM WAN NURUL SYAHIDA BINTI WAN KAMARUDDIN MUKRI NURUL AISHAH BINTI SAMIN NOOR FARAHAIN BINTI ABDUL RAZAK NUR ALIAH BINTI ZAINAL

aslamkamarudin811 @gmail.com [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

syida241 [email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

112 | P a g e