4
**SAMBUTAN HARI LAHIR MURID** PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Bohor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir kepada setiap murid sebagai merealisasikan salah satu aktiviti Program Sekolah Penyayang 201! Sebagai pembuka tirai tahun ini" seramai 11 orang murid #ahun 1 hingga #ahun $ telah diraikan dalam Perhimpunan Pagi %had! Program ini akan dijadikan aktiviti &ajib dalam Perhimpunan Pagi %had pada setiap hujung bulan! %ktiviti ini telah diran'ang dan dikelolakan oleh (a&atankuas Pelaksana Sekolah Penyayang bersama)sama *nit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah! Murid)murid telah dihadiahkan sebuah buku nota ke'il yang disampaikan oleh +uru Besar iaitu ,atin -attana a.p /an sambil diiringi dengan nyanyian lagu Selamat Hari (adi oleh rakan)rakan yang lain serta guru)guru! MATLAMAT

Dokumentasi Sambutan Hari Lahir Murid 2015_baru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dokumen

Citation preview

**SAMBUTAN HARI LAHIR MURID**

PENGENALANSekolah Kebangsaan Bohor telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir kepada setiap murid sebagai merealisasikan salah satu aktiviti Program Sekolah Penyayang 2015. Sebagai pembuka tirai tahun ini, seramai 11 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diraikan dalam Perhimpunan Pagi Ahad. Program ini akan dijadikan aktiviti wajib dalam Perhimpunan Pagi Ahad pada setiap hujung bulan.

Aktiviti ini telah dirancang dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Penyayang bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Murid-murid telah dihadiahkan sebuah buku nota kecil yang disampaikan oleh Guru Besar iaitu Datin Rattana a/p Yan sambil diiringi dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan-rakan yang lain serta guru-guru.

MATLAMAT Membudayakan sikap kasih sayang serta memiliki sifatkepedulian terhadap apa yang berlaku di sekolah.

Menjadikan guru sebagai 'role model' kepada murid melalui sikap penyayang yang ditunjukkan.

Memupuk sikap saling menghargai di antara satu sama lain.

Menimbulkan perasaan kasih sayang, hubungan mesra dan keprihatinan antara warga sekolah dan murid.

OBJEKTIF Mewujudkan satu persekitaran sekolah yang harmoni iaitu saling menyayangi antara guru, murid dan pentadbir serta semua warga sekolah.

Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.

Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan dan guru-guru.

Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.

PELAKSANAAN Sambutan Hari Lahir bagi murid yang menyambut Hari Lahir pada Bulan Januari telah diadakan pada Perhimpunan Pagi Ahad.

Tarikh : 01.02.2015 (AHAD)Masa : 8.00 PagiTempat : Dewan Sinaran

.PENUTUP

Walaupun majlis tersebut dibuat secara ringkas, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid-murid terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui program ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka oleh ibu bapa. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat mereka.