4
13 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif D Sweet Enterprise Oleh : Shahzunizam bin Zulkafli [email protected] B ermula dengan membawa dodol ke sekolah semasa bertugas sebagai guru dibeberapa sekolah pada masa dahulu, telah menarik minat seorang bekas guru besar sekolah rendah untuk menceburi bidang perusahaan dodol dengan lebih meluas lagi. Menyingkap kembali kenangan bagaimana kuih tradisional dodol yang dimasaknya dibawa ke sekolah bagi menjamu guru- guru sekolah yang bukan berketurunan melayu pada masa itu membuatkan beliau tersenyum lebar dan penuh bersemangat untuk bercerita tentang kenangan bersama- sama untuk merasai kuih tradisional dodol yang telah di hasilkannya. Begitu juga dengan rakan-rakannya telah menyuntik semangat dan keyakinan bahawa kuih tradisonal ini boleh dikormersialkan. Bermula dari saat itu, Puan Hajah Asiah bt. Amat dan suami bertekad serta berazam untuk membuka syarikat perusahaan dodol apabila beliau bersara sebagai guru. Beliau yang berasal dari Melaka merasakan satu keperluan untuk mengenengahkan kepada orang ramai kerana bimbang pada suatu hari nanti kuih tradisonal ini akan lenyap dan hilang di makan zaman. Selain itu dapat menjadikan produk makanan yang boleh dinikmati oleh pelbagai kaum dan masyarakat setempat mahupun antarabangsa selaras dengan Gagasan 1Malaysia. Setelah besara daripada bidang tersebut, pada tahun 2006, beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat yang di beri nama D Sweet Enterprise yang tubuhkan pada pada tahun 2006 di alamat 244-3, Taman Setiakawan Bukit Piatu, 75150 Melaka. Perniagaan beliau yang berasaskan kepada pembuatan makanan ini pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan. Lantas daripada permintaan yang semakin bertambah telah membuatkan beliau untuk menerokai bidang ini dengan lebih mendalam lagi. Dodol yang di usahakan oleh Puan Asiah adalah dodol Melaka asli, yang mana resepinya adalah warisan keluarga dengan pelbagai perasa diantaranya adalah durian, kopi dan asli. Dodol keluaran syarikat D Sweet Enterprise adalah bersih, halal dan mendapat sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka. Kualiti dodol yang dihasilkan oleh Puan Asiah amat dititik beratkan supaya rasa keaslian dodol D Sweet Enterprise dapat dikekalkan. Namun begitu, cabaran yang dihadapi bukannya mudah kerana tidak ramai yang mampu membuat dodol ekoran kerja memasaknya agak renyah dan memakan masa yang panjang. Lagipun, kuih tradisional tersebut menjadi kurang enak jika tidak menggunakan bahan-bahan adunan yang diperlukan dengan secukupnya. Dodol Melaka 13 http://www.lpp.gov.my Lahir Peladang Progresif

dodol

  • Upload
    ruzaina

  • View
    178

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: dodol

12

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

D Sweet Enterprise

Oleh : Shahzunizam bin [email protected]

Bermula dengan membawa dodol ke sekolah semasa bertugas sebagai guru dibeberapa sekolah pada masa dahulu, telah menarik minat seorang bekas

guru besar sekolah rendah untuk menceburi bidang perusahaan dodol dengan lebih meluas lagi. Menyingkap kembali kenangan bagaimana kuih tradisional dodol yang dimasaknya dibawa ke sekolah bagi menjamu guru-guru sekolah yang bukan berketurunan melayu pada masa itu membuatkan beliau tersenyum lebar dan penuh bersemangat untuk bercerita tentang kenangan bersama-sama untuk merasai kuih tradisional dodol yang telah di hasilkannya. Begitu juga dengan rakan-rakannya telah menyuntik semangat dan keyakinan bahawa kuih tradisonal ini boleh dikormersialkan. Bermula dari saat itu, Puan Hajah Asiah bt. Amat dan suami bertekad serta berazam untuk membuka syarikat perusahaan dodol apabila beliau bersara sebagai guru.

Beliau yang berasal dari Melaka merasakan satu keperluan untuk mengenengahkan kepada orang ramai kerana bimbang pada suatu hari nanti kuih tradisonal ini akan lenyap dan hilang di makan zaman. Selain itu dapat menjadikan produk makanan yang boleh dinikmati oleh pelbagai kaum dan masyarakat setempat mahupun antarabangsa selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Setelah besara daripada bidang tersebut, pada tahun 2006, beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat yang di beri nama D Sweet Enterprise yang tubuhkan pada pada tahun 2006 di alamat 244-3, Taman Setiakawan Bukit Piatu, 75150 Melaka. Perniagaan beliau yang berasaskan kepada pembuatan makanan ini pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan. Lantas daripada permintaan yang semakin bertambah telah membuatkan beliau untuk menerokai bidang ini dengan lebih mendalam lagi.

Dodol yang di usahakan oleh Puan Asiah adalah dodol Melaka asli, yang mana resepinya adalah warisan keluarga dengan pelbagai perasa diantaranya adalah durian, kopi dan asli. Dodol keluaran syarikat D Sweet Enterprise adalah bersih, halal dan mendapat sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka. Kualiti dodol yang dihasilkan oleh Puan Asiah amat dititik beratkan supaya rasa keaslian dodol D Sweet Enterprise dapat dikekalkan.

Namun begitu, cabaran yang dihadapi bukannya mudah kerana tidak ramai yang mampu membuat dodol ekoran kerja memasaknya agak renyah dan memakan masa yang panjang. Lagipun, kuih tradisional tersebut menjadi kurang enak jika tidak menggunakan bahan-bahan adunan yang diperlukan dengan secukupnya.

Dodol Melaka

13

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 2: dodol

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Sebanyak RM150,000 modal sendiri telah di keluarkan untuk membangunkan syarikatnya. Beliau juga membuat pinjaman sebanyak RM25,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah Program Usahawan Peladang yang di luluskan pada tahun 2008 dan sebanyak RM30,000 lagi telah di terimanya daripada Tekun Nasional.

Beliau bersyukur kerana suaminya senantiasa menyokong didalam penghasilkan dodol. Beliau juga berterima kasih kepada Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Melaka iaitu Encik Sulaiman bin Embong dan Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan Melaka Tengah Encik Husin bin Hitam dan pegawai-pegawai daripada MARDI, FAMA, SIRIM, PKPKS dan Pemasaran Melaka didalam memberikan khidmat nasihat dan tenaga untuk mengembangkan perniagaan beliau di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.

Bagi memantapkan lagi didalam penghasilan dodol, beliau telah menghadiri beberapa kursus yang dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan serta selok- belok perjalanan perniagaannya. Antara kursus yang pernah di hadirinya adalah Kursus Usahawan, Kursus Halal/GMP, Kursus Pelebalan dan Kursus Pembungkusan serta lain-lain kursus.

Kini selepas lebih kurang 10 tahun berlalu, Puan Asiah dan suami boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila dodol yang dihasilkan diiktiraf ramai selain mendapat permintaan tinggi terutama daripada kalangan penggemar kuih berkenaan. Lebih membanggakan,

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 3: dodol

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

mereka kini memiliki 6 mesin membuat dodol yang mampu menghasilkan sebanyak 40 kilogram kuih tradisional itu setiap satu. Dodol keluarannya terdapat tiga (3) perisa iaitu durian, kopi dan asli yang dijual pada harga serendah RM6.00 (200 gram) hingga RM22.00 (1kg). Secara purata mereka mampu menjual kira-kira 1 tan yang bernilai lebih kurang RM60,000 sebulan yang bergantung kepada permintaan serta tempahan kuih tradisional ini.

Menurut Beliau, selain dodol syarikatnya juga menerima tempahan seperti acar buah, serunding bilis, snek dan sambal goreng bilis sebagai pelengkap dan sumber rezeki didalam menambahkan pendapatan keluarga. Kebanyakkan tempahan-tempahan ini meningkat pada musim perayaan dan majlis kenduri perkahwinan.

Harapan Puan Hajah Asiah bt Amat adalah mahu melihat perusahaan kuih tradisional ini terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi dan bukannya hanya untuk pasaran tempatan. Kuih tradisonal ini juga tidak harus di lupai kerana ia adalah salah satu warisan peninggalan nenek moyang kita dengan arus pembangunan negara yang kian pesat dan membangun di samping dapat menjana ekonomi negara pada masa kini. Selain itu, ia dapat bersaing dan bekerjasama dengan usahawan-usahawan IKS yang lain dalam pasaran glokal dan global. Beliau juga menaruh harapan yang tinggi terhadap Lembaga Pertubuhan Peladang dan Kerajaan Negeri Melaka untuk membantu beliau menyalurkan bantuan yang sewajarnya di dalam mempromosikan kuih tradisional serta meningkatkan prasarana bangunan dan peralatan yang sedia ada.

15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 4: dodol

16

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Edisi InternetHaninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid

GrafikKamaruzzan bin Hanif

JurufotoIshak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungHaji Arpan Shah bin Haji Satu

PenasihatHaji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosmina bt Ishak

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Bil 06/2010 Edisi JUN

Destinasi Agro-Pelancongan Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok

D Sweet Enterprise Dodol Melaka

Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani

Air Kelapa Pandan Minuman Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Destinasi Agro-Pelancongan Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok

D Sweet Enterprise Dodol Melaka

Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Petani

Air Kelapa Pandan Minuman Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Agro Pelancongan Chalet TerapungPertubuhan Peladang Kawasan Merbok

Destinasi Pelancongan yang unik menunggu anda. Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi :

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MERBOKJalan Batu Hampar,08400 Merbok, Kedah.

Tel : 04 4572 117 / Fax : 04 4572 611 (waktu pejabat)

Alamat e-mail : [email protected]

atau :Hyder Jaleel bin Gafoor Abdul Rasheed : h/p - 019 5746 639Hamdan bin Awang : h/p - 019 4421 5560Rozita binti Adnan : h/p - 019 5775 812