2
SILA HAFAL (Pembukaan Doa-Bahasa Arab) Ya Allahu ya Alim.... Sesungguhnya kami warga SK Tinusa Jaya berhimpun pada pagi ini merafa’kan kesyukuran dan pujian kepada- Mu atas nikmat kurniaan yang tidak terhitung banyaknya. Ya Allah Ya Rahman .... kami mohon inayah dan taufik-Mu agar dibukakan hati-hati kami, dilapangkan dada-dada kami untuk menerima ilmu , kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu, Mudahkanlah kami untuk mengamalkannya . Dan hilangkanlah sifat malas yang membelenggu kami , Ya Rahman Ya Rahim.... Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam mencari dan menimba ilmu pengetahuan serta tambahkanlah kepada kami

DOA PERHIMPUNAN PAGI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DOA PERHIMPUNAN PAGI

SILA HAFAL (Pembukaan Doa-Bahasa Arab)

Ya Allahu ya Alim....Sesungguhnya kami warga SK Tinusa Jaya berhimpun pada pagi ini merafa’kan kesyukuran dan pujian kepada-Mu atas nikmat kurniaan yang tidak terhitung banyaknya.

Ya Allah Ya Rahman ....kami mohon inayah dan taufik-Mu agar dibukakan hati-hati kami,dilapangkan dada-dada kami untuk menerima ilmu , kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu, Mudahkanlah kami untuk mengamalkannya .Dan hilangkanlah sifat malas yang membelenggu kami ,

Ya Rahman Ya Rahim.... Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam mencari dan menimba ilmu pengetahuan serta tambahkanlah kepada kami rasa kecintaan kepada segala kebaikan, YA Allah...jadikanlah kami, guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan ikhlas dalam menabur bakti untuk membangunkan syi'ar Islam.

Page 2: DOA PERHIMPUNAN PAGI

Penutup Doa-Bahasa Arab.