10
Disediakan oleh : Pn. Norazimah 1 Bab 14 : KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN 14.1 PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain dan berdagang. Denai dan lorong digunakan untuk mencari hasil hutan selain menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai. Pengankutan air melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting. Perdagangan yang dijalankan menggunakan system barter dan penggunaan mata wang iaitu duit emas. Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat seperti berikut: i. Asap : api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain ii. Bunyi : isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk, ketuk-ketuk dengan batang kayu/buluh dan laungan. 14.2 KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan & perhubungan di Negara kita. Mereka mengeksploitasi sumber khususnya bijih timah dan getah 14.2.1 PENGANGKUTAN JALAN DARAT Kemasukan British telah memodenkan system pengangkutan. 1885 : British telah membina landasan kereta api yang pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 13 km untuk mengangkut bijih timah untuk dieksport. 1981 : Landasan kereta api dibina dari Seremban ke Port Dickson Akhir abad ke-19 : Kuala Lumpur ke Port Swettenham Perkembangan system kereta api telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport. Rangkaian pengangkutan lebih padat di sebelah pantai Barat Semenanjung kerana tumpuan kegiatan ekonomi. Sabah : Landasan kereta api dibina dari Wetson ke Beaufort & dari Tenom ke Jesselton(Kota Kinabalu) Sarawak : Landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 kerana negeri ini masih bergantung pada system pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian. Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu menghubungkan Taiping dengan Matang kemudian bersambung ke Kerian dan Seberang Perai Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang

Disediakan oleh : Pn. Norazimah - cikgunorazimah.weebly.comcikgunorazimah.weebly.com/uploads/8/0/5/8/8058057/geo-bab1415.pdf · ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport

  • Upload
    lyliem

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

1

Bab 14 : KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN

14.1 PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air

untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain dan

berdagang.

Denai dan lorong digunakan untuk mencari hasil hutan selain

menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.

Pengankutan air melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan

awal yang penting.

Perdagangan yang dijalankan menggunakan system barter dan

penggunaan mata wang iaitu duit emas.

Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat seperti

berikut:

i. Asap : api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara

bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang

lain

ii. Bunyi : isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk,

ketuk-ketuk dengan batang kayu/buluh dan laungan.

14.2 KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL PADA

ZAMAN PENJAJAH

Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mempengaruhi

perkembangan pengangkutan & perhubungan di Negara kita.

Mereka mengeksploitasi sumber khususnya bijih timah dan getah

14.2.1 PENGANGKUTAN JALAN DARAT

Kemasukan British telah memodenkan system pengangkutan.

1885 : British telah membina landasan kereta api yang pertama dari

Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 13 km untuk

mengangkut bijih timah untuk dieksport.

1981 : Landasan kereta api dibina dari Seremban ke Port Dickson

Akhir abad ke-19 : Kuala Lumpur ke Port Swettenham

Perkembangan system kereta api telah mengubah kegiatan

ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.

Rangkaian pengangkutan lebih padat di sebelah pantai Barat

Semenanjung kerana tumpuan kegiatan ekonomi.

Sabah : Landasan kereta api dibina dari Wetson ke Beaufort & dari

Tenom ke Jesselton(Kota Kinabalu)

Sarawak : Landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 kerana

negeri ini masih bergantung pada system pengangkutan air untuk

mengangkut hasil pertanian.

Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu menghubungkan

Taiping dengan Matang kemudian bersambung ke Kerian dan

Seberang Perai

Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di

Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

2

14.2.2 PENGANGKUTAN AIR

Pada zaman penjajahan British, pengangkutan air melalui sungai

dan pelabuhan adalah penting.

Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut

bekalan makanan, jentera dan buruh.

Kapal wap digunakan untuk membawa hasil seperti bijih timah dan

getah ke Negara penjajah.

Kemasukan buruh asing dari India dan China melalui pengangkutan

air.

Pihak British telah membuka beberapa buah pelabuhan seperti

Pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham dan Pelabuhan Labuan.

Pelabuhan ini menjadi pusat untuk mengimport barang buatan dan

perkakas kilang.

14.2.3 PERHUBUNGAN AWAL

Penjajah British juga telah memulakan perhubungan awal melalui

pos dan telegraf.

Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan pada

tahun 1862 di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau

Pinang.

Perkhidmatan pos ini diperkembang dan melibatkan pengangkutan

surat khabar, dokumen perniagaan, bungkusan dan juga

kemudahan insurans.

Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan

kereta api.

System telegraf yang pertama digunakan di Perak pada tahun 1876.

Perkhidmatan ini penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan

penjajahan negeri-negeri Melayu.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

3

Pada peringkat awal, system telegraf ini dibina untuk menjaga

kepentingan pihak British di kawasan perlombongan di Perak dan

Selangor selain membolehkan maklumat dan arahan dari pusat

pentadbiran jajahan di Singapura disampaikan dengan cepat ke

pusat pentadbiran di Tanah Melayu.

Di Malaysia, perkhidmatan telefon mula diperkenalkan di negeri-

negeri Selat pada tahun 1886.

Pada masa itu, telefon digunakan untuk tujuan keselamatan dan

dipasang untuk menghubungi pihak polis

Kemudian, penggunaannya berkembang untuk tujuan pentadbiran,

digunakan peniaga, pemodal, dan pengusaha estet yang

memerlukan maklumat dengan cepat.

KATA KUNCI

Interaksi : Saling kaitan antara satu individu dengan individu yang lain

Jong : Kapal layar Cina

Mengeksploitasi : Meneroka sasuatu sumber untuk sesuatu kepentingan

sendiri

Sara diri : Tanaman untuk keperluan sendiri

Lanca : Kenderaan beroda dua untuk seorang atau 2 penumpang yang

ditarik oleh seseorang

Ketersampaian : Darjah senang atau susah/payah untuk sampai ke sesuatu

kawasan

Kesimpulan: Keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi

dan dasar penjajah.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

4

Bab 15 : PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

15.1 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

15.1.1 PENGANGKUTAN DARAT

i. Jalan Raya

Jaringan jalan raya yang terdapat di negara kita adalah

sepanjang 66 445 km.

Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih

padat dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia,

pantai barat Sabah dan pantai barat Sarawak.

Kawasan tersebut mempunyai jaringan penduduk yang tinggi

dan keperluan terhadap pengangkutan adalah tinggi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah meningkatkan

taraf jalan raya yang sedia ada.

Cth: Lebuhraya Persekutuan dinaikkan taraf daripada 2 lorong

kepada 3 lorong.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, jalan baru sepanjang 3214km

akan dibina.

Hal ini telah meningkatkan tahap ketersampaian penduduk luar

Bandar dan meningkatkan ekonomi mereka.

Cth: progam Jalan Kanibongan-Nangoh di Sabah dan Jalan

Pesisiran Pantai Triso-Melebu-Pusa di Sarawak.

Jalan raya juga dibina untuk menghubungkan kawasan

penanaman getah, kelapa sawit, perlombongan bijih timah,

serta kawasan perindustrian dengan pelabuhan.

Hasil bahan mentah dan barangan kilang dihantar ke pelabuhan

dengan mudah.

Cth: Jalan raya dan lebuhraya yang menghubungkan Ipoh

dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan kawasan perindustrian

Shah Alam ke Pelabuhan Klang.

Di Semenanjung Malaysia, jalan raya dan lebuhraya dibina

untuk menghubungkan sesuatu kawasan dan untuk

memendekkan perjalanan.

Cth: Padang Besar di sempadan Thailand ke Johor Bahru, Lebuh

raya Timur-Barat yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa

dan Jambatan Pulau Pinang yang mengubungkan tanah besar

Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.

Di kawasan pinggir pantai Sarawak, jalan raya dibina bagi

menghubungkan Bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Di Sabah, jalan raya tertumpu di pantai barat dan pantai timur

untuk menghubungkan Kudat dengan Membakut dan pantai

timur sabah untuk menghubungkan Lahad Datu, Semporna dan

Tawau.

Lembah Klang mempunyai jaringan jalan raya paling padat di

Malaysia.

Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan jalan raya.

Lebuh raya Persekutuan dibina untuk menghubungkan Kuala

Lumpur dengan Pelabuhan Klang untuk mengurangkan

kesesakan lalu lintas selain Lebuhraya Damansara-Puchong

(LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE).

LDP menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) iaitu alat

pengesan pergerakan kenderaan yang pertama di lebuh raya

Bandar.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

5

Penggunaan ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan,

rangkaian maklumat, video berkeupayaan tinggi dan peralatan

pengawasan.

ii. Jalan Kereta Api

Landasan keretapi terawal dibina menghubungkan Taiping ke

Port Weld (Kuala Sepetang) pada tahun 1885.

Tujuan pembinaan adalah untuk mengangkut bijih timah dari

kawasan perlombongan ke pelabuhan.

1913, Perlis dan Singapura dihubungkan dengan jalan keretapi

1930, Gemas dihubungkan dengan Tumpat sehingga ke Hat Yai.

Gemas merupakan stesen persimpangan keretapi antara pantai

barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Di Sabah, landasan keretapi menghungkan Tanjung Aru ke

Tenom sepanjang 138km yang tertumpu di pantai barat Sabah

Di Sarawak dan Terengganu, tiada perkhidmatan keretapi.

Perkhidmatan keretapi digunakan untuk mengangkut barangan

dan penumpang selain meningkatkan hubungan dengan

kawasan pedalaman dan memudahkan usaha membangunkan

ekonomi kawasan berkenaan.

Kini, landasan keretapi yang terdapat di Malaysia adalah

sepanjang 1949km.

Kerja membaik pulih dan menaik taraf landasan keretapi rel

juga dilakukan. Koc-koc baru menggantikan koc lama.

Perjalanan penumpang menjadi lebih selesa dan perkhidmatan

keretapi juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan

barangan dan membantu meningkatkan urusan perniagaan dan

perdagangan.

Untuk perjalanan jarak jauh, perkhidmatan yang disediakan

seperti Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi (Utara-Selatan)

dan Ekspres Kenali dan Ekspres Wau (pantai timur) dan

perjalanan adalah dari KL Sentral ke Singapura dan Hat Yai.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

6

Perkhidmatan keretapi Ekpres Antarabangsa menghubungkan

Bangkok, KL dan Singapura. Perkhidmatan ini telah

menggalakkan industri pelancongan di negara kita.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah

menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang moden dan

canggih di Lembah Klang antaranya Komuter dan transit aliran

ringan seperti STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL Monorel dan ERL (

Express Rail Link) .

Perkhidmatan rel bersepadau diperkenalkan di Lembah Klang

kerana keperluan terhadap pengangkutan penumpang adalah

tinggi.

Perkhidmatan ini amat penting kerana dapat mengurangkan

kesesakan lalu lintas di Bandaraya KL.

Penumpang tidak perlu membazir masa terperangkap dalam

kesesakan lalu lintas selain memberikan keselesaan kepada

penumpang dan masa perjalanan dapat dipendekkan.

Perkhidmatan rel bersepadu menjadikan system pengangkutan

awam lebih cekap dan masalah pencemaran udara dapat

dikurangkan selain menjadi alternative kepada penumpang

terutama di pusat bandaraya KL.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

7

15.1.2 PENGANGKUTAN AIR

i. Sungai

Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan sungai masih penting

sebagai system pengangkutan.

Cth: kapal laut dapat berlayar atau mudik ke Sibu sejauh 112 km

dan ke Kapit sejauh 274 km sepanjang Sungai Rajang. Sibu dan

Sarikei merupakan pelabuhan sungai terbesar di Sungai Rajang

Sungai Baram, Sungai Kemena dan Batang Lupar di Sarawak

digunakan juga sebagai pengangkutan penumpang dan

barangan seperti hasil pertanian dan kayu balak

Di Sabah, Sungai Kinabatangan, Sungai Segama dan Sungai

Padas merupakan sungai yang terpenting.

Sungai Kinabatangan dapat dimudik oleh kapal sejauh 192 km.

Pengangkutan sungai di Semenanjung Malaysia kurang penting

kerana keadaan sungai yang cetek, pendek dan sempit

menyebabkan kapal tidak sesuai digunakan.

Walau bagaimanapun, pengangkutan sungai masih penting di

sungai-sungai besar

Cth: di Pahang, bot digunakan untuk membawa pelancong

sepanjang Sungai Tembeling ke Taman Negara

Kerajaan telah melaksanakan projek meningkatkan keupayaan

dan membangunkan pengangkutan sungai seperti

mendalamkan sungai di bahagian pelabuhan di muara sungai.

Cth: pembesaran Pelabuhan Lahad Datu di Sabah.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

8

ii. Laut

Malaysia mempunyai jaringan jalan laut yang menghubungkan

pelabuhan utama dengan pelabuhan negara lain seperti

Pelabuhan Yokohama, Jepun dan Pelabuhan New York di US.

Sebanyak 90% perdagangan antarabangsa dikendalikan melalui

pelabuhan.

Kerajaan telah meningkatkan taraf dan kemudahan

infranstruktur pelabuhan seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan

Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan

Bintulu.

Keadaan ini telah telah menambahkan jumlah dan saiz kapal

yang dapat singgah di pelabuhan tersebut selain pertambahan

jumlah import dan eksport dan perdagangan antarabangsa.

Kerajaan juga melengkapkan pelabuhan dengan kemudahan

kontena dan membaiki kapal.

Cth pelabuhan kontena: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir

Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu.

Pengangkutan pesisiran pantai penting bagi penduduk yang

tinggal di pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal

seperti hasil pertanian dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke

pelabuhan utama.

Cth: barangan dibawa dari pelabuhan kecil iaitu Pelabuhan

Tumpat ke Pelabuhan Kuantan malah penting juga untuk

mengangkut penumpang.

Di Lumut, jeti digunakan untuk menghubungkan Pulau Pangkor

dengan tanah besar Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Pelabuhan Lumut juga terdapat pangkalan tentera

laut untuk mengawal keselamatan pengairan negara.

15.1.3 PENGANGKUTAN UDARA

Pengangkutan udara di Malaysia semakin berkembang pusat

kerana menyediakan system pengangkutan yang cekap.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

9

Pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama

yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah

dan Sarawak.

Kawasan Lapangan Terbang

Antarabangsa

Lapangan Terbang

Domestik

Semenanjung

Malaysia

Lapangan Terbang

Antarabangsa KL (KLIA) di

Sepang, Bayan Lepas,

Langkawi dan Senai

Alor Setar, Ipoh, Kuantan,

Kuala Terengganu dan

Kota Bahru

Sarawak Kuching Sibu, Bintulu, Miri,

Limbang, Mukah

Sabah Kota Kinabalu Kudat, Sandakan, Lahad

Datu, Semporna, Tawau,

Pulau Labuan

Perkhidmatan penerbangan membolehkan pergerakan

penumpang antara negara kita dengan Negara luar. Kemasukan

pelabur dan pedagang asing dapat ditingkatkan.

Barangan seperti komponen computer, bunga dan buah-buahan

dieksport melalui udara kerana barangan ini mudah rosak dan perlu

dihantar dengan segera.

Melalui Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan berusaha

meningkatkan kecekapan dan prestasi perkhidmatan udara di

Malaysia.

KLIA dibangunkan menjadi pusat penerbangan serantau.

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dipertanggungjawabkan

untuk mengurus kesemua 36 lapangan terbang dan padang terbang

negara.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah

10

15.1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

JARINGAN PENGANGKUTAN

i. Dasar Pembangunan negara

ii. Perkembangan ekonomi

iii. Kemajuan teknologi

iv. Aspek fizikal

v. Keselesaan pengguna

15.2 PERBANDINGAN KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DENGAN

NEGARA LAIN

Perkara Malaysia Kanada

1. Jalan

raya/lebuh

raya

Pengangkutan darat yang padat&termoden di dunia

Merangsang pembangunan pelbagai industry seperti

pelancongan dan perindustrian

Cth: Tasik Merah dan Nilai

66445 km

Cth: Lebuhraya Utara

Selatan (PLUS)

Jambatan Confederation

Bridge: jambatan

terpanjang&berterusan

melalui laut yang diliputi ais

9000000 km

Cth: Trans Canada

Highway

Jambatan Pulau

Pinang: jambatan

terpanjang di Asia

2. Jalan kereta

api

Penting membawa

penumpang & barangan

System pengangkutan

utama di Kanada

Penting membawa

bhn mentah, buruh &

penumpang

Cth: Perkhidmatan

Kereta Api Pasifik

Kanada & Kereta Api

Kebangsaan Kanada

3. Jalan air Pelabuhan

Penting menggalakkan

perdagangan

Cth:Pelabuhan Klang

Pelabuhan penting

Cth: Jalan Air St.

Lawrence-Tasik tasik

besar

4. Pengangkutan

udara

Penting

Cth:MAS, Air Asia

Penting

Cth : Air Canada

15.3 KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM

SEKITAR

15.3.1 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Pencemaran udara

Pencemaran bunyi

Kesan terhadap air dan perubahan landskap

15.3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN TERHADAP ALAM

SEKITAR

Penggunaan alat catalytic converter

Pengurusan trafik

Kawalan undang-undang

Menanam rumput, membina dinding&longkang