19
DEMONSTRASI

Demons Tras i

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknik pengajaran dan pembelajaran Matematik

Citation preview

Page 1: Demons Tras i

DEMONSTRASI

Page 2: Demons Tras i

PRINSIP DEMONSTRASI• dikenali sebagai tunjuk cara.• kaedah untuk melatih murid

memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.

• melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.

• Dalam proses demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.

• Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana mereka berfungsi.

• Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

• Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.

Page 3: Demons Tras i

• Digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.• Prinsip demonstrasi adalah

penting untuk di dikuasaikan oleh bakal-bakal guru untuk melakukan demonstrasi dalam pembelajaran dan pengajaran.

• Kebiasaanya, tanpa menguasai prinsip-prinsip demonstrasi,guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang berkesan terhadap murid-muridnya.• Malahan, ini akan menyebabkan

berlaku ketidakfahaman murid-murid terhadap pelajaran yang dipelajarinya.• Ini akan merumitkan guru-guru

untuk mengajar murid-murid supaya maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan kepada murid-muridnya.

Page 4: Demons Tras i

CIRI-CIRI DEMONSTRASI• memberi peluang kepada pelajar untuk

benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan oleh

• Pelajar boleh memahami pelajaran yang dipelajarinya. Sebagai contoh,cara-cara menyelesaikan masalah matematik.

• Pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya,guru akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk menyelasaikan masalah matematik iaitu menyelesaikan soalan matrik.

• Oleh itu pelajar akan mudah menguasai konsep penyelesaian masalah tersebut dan dijadikan sebagai bekalan untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.

• Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.

• Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu kepada rakan sekelasnya.

• Kaedah mengajar secara demonstrasi sangat berkesan kerana mudah memahami apa yang dipelajarinya.

• Walau bagaimanapun, kaedah ini sangat berkesan apabila bersesuaian dengan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

Page 5: Demons Tras i

DEMONSTRASI SECARA TULEN

• Guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum melakukan aktiviti itu secara individu.• Murid-murid memerhati,

mengingat, menguasai pelajaran tersebut.• Selepas demonstrasi, murid-murid

akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan apa yang didemonstrasikan untuk diselesaikan oleh murid-murid dalam individu.

Kelebihan : • memudahkan guru untuk

memerhati murid yang dapat menguasai ataupun tidak menguasai pembelajarannya pada masa itu.• mengesan murid-muridnya yang

kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.

Page 6: Demons Tras i

DEMONSTRASI DENGAN KOMEN

• Demonstrasi guru dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.

• Apabila sesi demonstrasi berlangsung kanak-kanak akan meramal ataupun menjangkakan apakah proses atau tindakan selepas itu.

Contoh :

• Murid-murid boleh meramal apakah yang akan berlaku sekiranya air suling akan dipanaskan seperti suhunya akan meningkat sebanyak seratus darjah celcius.

• Murid dapat meramal tindakan balas apakah yang berlaku sekiranya satu garam akan dilarutkan kedalam air suling menyebabkan suhunya akan meningkat dan melebihi seratus darjah celcius.

Page 7: Demons Tras i

DEMONSTRASI DENGAN PENGLIBATAN

• Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukan kadar penglibatan.• Guru sering bertanya dengan

murid-muridnya sebaliknya murid-murid akan sering bertanya dengan gurunya.

• Demonstrasi ini melibatkan penglibatan guru dan murid-murid untuk melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu• Sebagai contoh,penyelesaian

masalah dari segi mata pelajaran pengajian akaun.Guru dan murid sering berinteraksi untuk menyelasaikan masalah tersebut sehinggalah mendapatkan jawapan akhir.

Page 8: Demons Tras i

Jenis-jenis Demonstrasi

Page 9: Demons Tras i

Model Hidup• Model yang sebenar digunakan. (Demonstrasi guru

dan murid)Tingkah laku guru yang baik, termasuk pertuturan yang

bersopan santun.

Demonstrasi guru dalam pelbagai mata pelajaran seperti sains, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan pendidikan seni.

Demonstrasi murid dalam kemahiran permainan alat muzik dan aksi dalam tarian atau permainan sukan.

Page 10: Demons Tras i

Model Simbolik• Secara bertulis, bergambar atau arahan pengajar.

PJ - guru memberi arahan; murid mencontohi dan melaksanakannya.

Sains rumahtangga - murid mengikut langkah yang dihuraikan dalam resipi untuk membuat kuih lapis.

Sains - murid melakukan suatu ujikaji berdasarkan langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah.

Page 11: Demons Tras i

Model Persepsi• Penggunaan video yang menayangkan sesuatu

demonstrasi. Menunjukkan cara yang betul untuk menggerakkan tangan

semasa berlari 100m dengan menunjukkan gerakan tangan secara perlahan-lahan mengikut tayangan video.

Menunjukkan sesuatu teknik pengajaran melalui pengajaran mikro. Guru pelatih dapat mencontohi teknik pengajaran yang ditonton.

Page 12: Demons Tras i

Cara-cara Melaksanakan Demonstrasi

Page 13: Demons Tras i

Sebelum Demonstrasi……• Tentukan topik, objektif dan kandungan demonstrasi

terlebih dahulu.

• Alatan atau bahan disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang diperlukan.

• Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas.

Page 14: Demons Tras i

• Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat atau bahan.

• Beritahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Page 15: Demons Tras i

Semasa Demonstrasi……• Guru harus memandang ke arah murid semasa

memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi dijalankan.

• Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

• Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

Page 16: Demons Tras i

• Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.

• Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.

Page 17: Demons Tras i

Selepas Demonstrasi……• Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian

demonstrasi yang penting untuk memastikan murid telah memerhatikan langkah demonstrasi dengan betul.

• Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya boleh membuat rumusan dengan tepat.

• Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. (Aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru / mencatat langkah-langkah demonstrasi)

Page 18: Demons Tras i

Kebaikan

• Gambaran yang diberikan oleh guru jelas dan terperinci.

• Murid mudah memahami fakta dan prinsip pembelajaran dengan cepat dan berkesan.

• Menarik perhatian pelajar supaya tidak membosankan.

• Memperkenalkan cara baru kepada pelajar dari segi penglihatan dan pendengaran.

• Melibatkan anggota badan.

Keburukan

• Guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan.

• Kekurangan peralatan atau kurang keupayaan untuk berfungsi menyebabkan tergendalanya sesi pdp.

Page 19: Demons Tras i