3
Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam bahasa Arab perkataan ahli Sunnah wal jamaah bermaksud keluarga , kerabat, dan pemilik. 1 Menurut kamus Lisan Al-Arab, perkataan as-sunnah dari sudut etimologi dimaksudkan sebagai as-sayr iaitu perjalanan. Sama ada perjalanan itu dalam kebajikan, kebaikan, atau keburukan. 2 Menurut pengertian epistemology, As-sunnah bermaksud pedoman hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Sama ada ilmu pengetahuan, keyakinan, dan kepercayaan (ideologi), perkataan (ucapan), dan perbuatan (praktikal). Ajaran-ajaran Sunnah tersebut wajib diikuti dan ditaati oleh umat Islam. Oleh itu, sekiranya kita mengaku sebagai ahli Sunnah, maka kita telah berada dan mengikuti di jalan yang betul lagi lurus. 3 Al-Jamaah dari sudut etimologi bermaksud penggabungan sesuatu dengan yang lainnya. Sebaimana yang dinyatakan oleh Ragib Al-Asfahani bahawa al-jamaah adalah menggabungkan 1 Kamaluddin Nurdin , Kamus Sinonim Arab-Indonesia Syawarifiyyah. 2 3 Ibnu Manzhur (1406H) , Lisanul Arab , Beirut-Lebanon , Al-Maktabah Al- Islami , m/s 13/226 3

Definisi Hhlu Sunnah Wal Jamaah (3) 100%.docx

  • Upload
    kucing

  • View
    235

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Definisi Hhlu Sunnah Wal Jamaah  (3)  100%.docx

Definisi Ahli Sunnah Wal JamaahDalam bahasa Arab perkataan ahli Sunnah wal jamaah bermaksud

keluarga , kerabat, dan pemilik.1 Menurut kamus Lisan Al-Arab, perkataan

as-sunnah dari sudut etimologi dimaksudkan sebagai as-sayr iaitu

perjalanan. Sama ada perjalanan itu dalam kebajikan, kebaikan, atau

keburukan.2 Menurut pengertian epistemology, As-sunnah bermaksud

pedoman hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Sama ada ilmu

pengetahuan, keyakinan, dan kepercayaan (ideologi), perkataan (ucapan),

dan perbuatan (praktikal). Ajaran-ajaran Sunnah tersebut wajib diikuti dan

ditaati oleh umat Islam. Oleh itu, sekiranya kita mengaku sebagai ahli

Sunnah, maka kita telah berada dan mengikuti di jalan yang betul lagi

lurus.3Al-Jamaah dari sudut etimologi bermaksud penggabungan sesuatu

dengan yang lainnya. Sebaimana yang dinyatakan oleh Ragib Al-Asfahani

bahawa al-jamaah adalah menggabungkan sesuatu dengan lainnya ataupun

menghimpunkannya.4” Menurut pengertian epistemology pula, Al-Jamaah

adalah salaf Al-Ummah”.5

Definisi-definisi ini memberikan gambaran bahawa yang

dimaksudkan denga Ahli Sunnah adalah mereka yang mengikuti cara

Rasulullah s.a.w., para sahabatnya, tabiin, dan siapa sahaja yang mengikuti

mereka , dengan menghindarkan diri daripada amalan bidaah, sepanjang

zaman dan tempat.

1 Kamaluddin Nurdin , Kamus Sinonim Arab-Indonesia Syawarifiyyah.2 3 Ibnu Manzhur (1406H) , Lisanul Arab , Beirut-Lebanon , Al-Maktabah Al-Islami , m/s 13/2263

4 Raghib Al-Asfahani , Al-Mufradat fi Gharib Al-Quran , Beirut-Lebanon , Darul Ma’rifat , m/s 96-975 Yang dimaksudkan dengan pemikiran salafi di sini adalah cara berfikir ( Manhaj Fikri ) yang dilihat dalam pemahaman generasi terbaik daripada umat ini . Iaitu para sahabat dan orang-orang yang mengikut mereka dengan setia , dengan pedoman kepada Al-Quran dan tuntutan Nabi s.a.w. Rujuk : Ibnu Ab A-‘Izz (1997) , Syarh Aqidah At-Thahawi, Muassasah Ar-Risalah , Beirut-Lebanon.

Page 2: Definisi Hhlu Sunnah Wal Jamaah  (3)  100%.docx

Kesimpulan daripada definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka

yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para sahabatnya.

Kesimpulan ini ditegaskan oleh Ibnu Al-Jauzi. Beliau mengatakan , “Tidak

diragukan bahawa orang yang mengikuti atsar (Sunnah) Rasulullah s.a.w.

dan para sahabatnya adalah Ahlus Sunnah”. 6 Oleh itu, istilah Ahli Sunnah

Wal Jamaah adalah golongan terdahulu, muncul sebelum adanya Mazhab

Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hanbali kerana para sahabat menerima secara

langsung ajaran-ajaran agama daripad Rasulullah s.a.w. Siapa sahaja yang

menyalahi mazhab dan pendirian para sahabat, maka mereka dianggap

bidaah di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah.7

6 Ibnul Jauzi , Talbis Iblis , m/s167 Ibnu Taimiyah Minhaj As-Sunnah , 1/256.