67
1 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara ______________________________________________________________ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KENAPA PERLU DIPERTAHANKAN DI NUSANTARA Haji Haji Haji Haji Jainal Sakiban Al Jainal Sakiban Al Jainal Sakiban Al Jainal Sakiban Al-Jauhari Jauhari Jauhari Jauhari

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

1 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

AHLI SUNNAH

WAL JAMAAH

KENAPA

PERLU DIPERTAHANKAN

DI NUSANTARA

Haji Haji Haji Haji Jainal Sakiban AlJainal Sakiban AlJainal Sakiban AlJainal Sakiban Al----JauhariJauhariJauhariJauhari

Page 2: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

2 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Page 3: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

3 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara Haji Jainal Sakiban al-Jauhari Cetakan Edisi Baru 2014

ISBN 978-983-43884-1 HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak penerbit. Disemak oleh Lujnah Pemyemak Dan Pentashih Penerbitan Agama Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Diterbitkan oleh: Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor; dan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dicetak oleh: Master Gifts Sendirian Berhad

Page 4: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

4 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Kandungan

Bil Perkara Halaman

1. Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah

- Mukadimah ………………………….. 5

2. Pengertian Al-Sunnah …………………… 9

3. Pengertian Al-Jamaah …………………. 12

4. Pandangan para ulama …………………. 13

5. Cabang ilmu Ahli Sunnah dan ciri-cirinya 25

6. Ajaran yang membezakan Ahli Sunnah

Wal Jamaah ……………………………… 32

7. Lahirnya nama Ahli Sunnah Wal Jamaah 51

8. Bahaya fahaman lain daripada Ahli

Sunnah Wal Jamaah kepada ummah,

agama dan Negara …………………….. 54

9. Langkah-langkah yang perlu diambil ….. 58

10. Kesimpulan ……………………………… 61

11. Rujukan …………………………………… 65

Page 5: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

5 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal 1

ijk

SIAPAKAH

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?

Persoalan mengenai fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengamalkan mazhab Syafi’e tidak pernah menemui noktah sejak dulu himgga ke hari ini.

Sebaik sahaja satu-satu fahaman itu dapat diatasi daripada merebak kepada masyarakat Islam, muncul pula fahaman baru, begitulah yang berlaku di negara kita termasuk di negeri Johor yang mungkin akan terus berlaku hingga ke hari kiamat.

Kini setelah beberapa tahun fahaman yang

bercanggah dengan Mazhab Syafi’e mereda, kini terdapat satu fahaman yang telah ditolak oleh Mufti Johor pada tahun 50-an dulu muncul semula dengan segala variasinya. Ini dibuktikan dengan penang-kapan kader-kader ajaran tersebut di Negeri Johor.

MUKADIMAHMUKADIMAHMUKADIMAHMUKADIMAH

Page 6: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

6 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Persoalannya, adakah fahaman yang bercanggah dengan Mazhab Syafi’e wajar dibiarkan berkembang di negara ini? Untuk menjawab persoalan ini kita lihat realiti semenjak kedatangan Islam ke negara kita.

Malaysia merupakan sebuah negara yang

berpegang teguh kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansor Al-Maturidi. Dalam Fiqah ia mengikut mazhab Syafi’e dengan tambahan-tambahan yang diperlukan berdasarkan keputusan-keputusan fatwa (sama ada di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan) mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah. Dalam huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara.1

Ulil-amri menurut Dr. Uthman al-Muhammady

wajib menjaga agama dan perlaksanaannya serta kefahamannya pada orang ramai mengikut landasan-landasannya yang asal dan benar tanpa

1 Dr. Uthman al-Muhammady, mantan seorang Fellow Amat Utama

Akademik ISTAC IIUM, Pesuruhjaya SUHAKAM, ahli lembaga pengarah IIM dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan dalam kertas kerja: Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya. Hal.1.

Page 7: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

7 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

penyelewengan sama ada dalam bentuk lama atau baru2; dalam bentuk lama seperti Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Batiniah, dan yang sepertinya, dalam bentuk baru seperti Mu’tazilah fesyen baru, atau Khawarij fesyen baru, atau Batiniah fesyen baru yang menggunakan nama-nama atau istilah-istilah yang menarik tetapi yang mengandungi ‘racun’ di dalamnya dan yang membawa kekeliruan.

Masalah yang berlaku di negara kita ialah ada

di kalangan mereka yang ahli dalam akademik, mempunyai kedudukan dalam masyarakat disebabkan mereka berjawatan tinggi, serta mempunyai kemahiran menulis dan kepetahan berbicara sering memberikan pendapat yang mengelirukan masyarakat dalam soal-soal cabang syariah yang sering menjadi pertikaian di kalangan para ulama. Sebenarnya, perbincangan-perbincangan akademik di pusat pengajian tinggi untuk kajian perbandingan tentang aliran pemikiran, itu perkara yang khusus yang perlu ditangani di kalangan para ahlinya. Maka ajaran dan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e mesti dikekalkan.

2 Berkenaan dengan kewajipan ulil-amri menjaga agama supaya

berada atas dasar-dasar asal yang hak dijelaskan oleh Imam al-Mawardi ra dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’nya dalam bab: Kewajipan-kewajipan khalifah atau imam yang pertama sekali dalam senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh itu.

Page 8: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

8 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Menurut Dr. Uthman al-Muhammady lagi, apa yang dimaksudkan dengan pemahaman arus perdana dalam Islam itu ialah fahaman, pegangan dan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah; perkara pokok di dalamnya, intinya melibatkan faham ilmu, atau “epistemology”; ia falsafah ilmu3, teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya, dasar-dasarnya, batasan-batasannya dan kesahihannya.

Manakala yang dimaksudkan ilmu itu menurut al-Baqillani dalam kitab al-Tamhid ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaan hakikatnya yang sebenarnya.4

, Para ulama Usuluddin dari kalangan Ahli

Sunnah mentarafkan peringkat mengenali itu sebagai peringkat tertinggi, iaitu mengenali apa yang diketahui dengan sebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil. Ianya melebihi sangkaan yang kuat (zann), syak (sama banyak antara yang ya atau tidak), sangkaan yang lemah (waham), kejahilan semata (al-jahl), dan jahil yang bersusun (jahil al-murakkab), iaitu tidak disedari ianya jahil, disangkanya dirinya mengetahui sebenarnya. Ianya

3 Qur'an sendiri memulakannya dengan ( ����� ) (� �� � � �����)

4 Ini takrif ilmu mengikut al-Baqillani dalam ‘al-Tamhid’; Imam Syafie

rd menggunakan takrif yang sama katanya (���� �� �� ��� ����� ���� �� �����) dalam ‘al-Fiqhul-Akbar’, Matbahah al-‘Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, 1324 hlm.10.

Page 9: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

9 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan yakin tidak dipanggil ilmu atau ma’rifah.5

As-Sunnah berasal dari Bahasa Arab seerti dengan At-Thoriqah (jalan) ertinya: Kaedah, kebiasaan, perjalanan hidup atau perilaku, baik terpuji mahu pun tercela. Ini berdasarkan hadis :

���� �� � !�"# ���$%&� '� ()� �*�+�()� $�$�'� $��,'����- �$��,'� ���� ��!.$/ &0�1�0 ����2'3 !��� $4��&� $�5� ���(67�8 !��� 6',��&9!��� �:��;< = ���� �� � !�"# ���$%&� '� ()� ��>�$?)� $@$�� ��$��� �&-�A'9��� �-&-�A'9 ���� ��!.$/ &0�1!� ��� �0��!2!3 !��� $4��&� $�5� ���(67�8 !��� $��-�A!&9!��� �:��BC.��+� ��-9 .

Ertinya : Barangsiapa melakukan Sunnah yang baik dalam Islam, maka selain memperoleh pahala bagi dirinya juga mendapat tambahan pahala daripada orang yang mengamalkan sesudahnya tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka. Dan barangsiapa melakukan Sunnah yang buruk dalam Islam, maka selain memperolehi dosa bagi dirinya

5 Imam Syafie rh dalam teks yang sama (hlm 10) membezakannya

daripada zan dan taqlid.

Apakah Apakah Apakah Apakah Pengertian Pengertian Pengertian Pengertian

AsAsAsAs----Sunnah?Sunnah?Sunnah?Sunnah?

Page 10: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

10 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

juga mendapat tambahan dosa daripada orang yang mengamalkan sesudahnya tanpa mengurangi sedikit pun dosa mereka.6

Al-Kadi ‘Iyad berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

��6E$��F$G $��$@ ���� ���('� �'�&F H�HI$� Ertinya: Sesungguhnya kamu akan mengikuti Sunnah-sunnah orang sebelum kamu. Kalimah Sunan bererti jalan atau sistem. Ada

pun jika dibaca '��(J� atau '�'(J� maka ertinya perjalanan

hidup. Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan petunjuk jalan yang lurus.7 Menurut Ibnu Athir, kata Sunan dengan segala variasinya disebutkan berulang-ulang kali dalam hadis yang erti asalnya ialah (perjalanan hidup) dan (perilaku).8 Pengertian Sunnah disegi syarak:

� Menurut Ahli Hadis ialah segala sesuatu yang

diriwayatkan daripada Nabi SAW yang berupa perkataan, perbuatan, pengakuan,

6 Riwayat Muslim.

7 Muhamammad Abdul Hadi Al-Masri, hal. 67-68.

8 Ibn Athir dalam An-Nihayah, (2/409).

1111

Page 11: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

11 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

akhlak, atau pun perilaku, baik sebelum mahu pun sesudah diangkat menjadi Nabi. Dalam hal ini pengertian Sunnah menurut sebahagian mereka sama dengan hadis.9

Menurut Ahli Usul, Sunnah ialah sesuatu yang diambil daripada Nabi SAW secara khusus.

Dia tidak ada nasnya dalam Al-Quran tetapi dinyatakan oleh Nabi SAW dan sekaligus merupakan penjelasan dari isi Al-Quran.10

Menurut Ahli Feqh, Sunnah itu bererti ketetapan daripada Nabi SAW yang bukan fardhu dan bukan wajib.11

Bila telah tersebar perkara-perkara bid’ah maka Sunnah itu digunakan sebagai lambang perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamah dengan bid’ah. Bila disebut Si Fulan itu Ahli Sunnah bererti dia beramal sesuai dengan yang diamalkan Nabi SAW. 12

9 Masyariq al-Anwar, ((2/233) مشارق ا�نوار

10 Al-Syatibi dalam al-Muafaqat (4/47).

11 Al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul, hal. 31.

12 Al-Syatibi dalam al-Muafaqat (4/4).

2 2 2 2

3 3 3 3

Page 12: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

12 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Jamaah berasal daripada Al-Jamaah (berkumpul atau bersatu) yang lawan katanya Al-Firqah (berpecah-belah). Ibnu Taimiyah menjelaskan Al-Jamaah bererti persatuan, sedangkan lawan katanya adalah perpecahan. Lafaz Al-Jamaah telah menjadi nama bagi kaum yang bersatu.13

Jika lafaz Jamaah dirungkaikan dengan As-Sunnah menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah pendahulu umat ini, mereka adalah para sahabat dan tabi’in yang bersatu mengikuti kebenaran yang jelas daripada kitab Allah dan Sunnah RasulNya.14 Demikianlah apa yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya merupakan kebenaran yang wajib diteladani dan diikuti. Dan setiap orang yang datang sesudah mereka dengan menempuhi jalan mereka dan mengikuti jejak mereka, maka dia itulah Al-Jamaah baik secara individu mahu pun kelompok.

13

Ibn Taimiyah dalam Majmuk Fatawa (3/157). 14

Harras dalam Syarh al-Wasithiyah, hal. 16.

Apakah Apakah Apakah Apakah Pengertian Pengertian Pengertian Pengertian

AlAlAlAl----JamaahJamaahJamaahJamaah

Page 13: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

13 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Setengah ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan Al-Jamaah ialah para sahabat sahaja dan bukan orang-orang sesudah generasi mereka.

Kerana para sahabat itulah yang sesungguhnya telah menegakkan tunggak-tunggak agama dan menegakkan asas-asasnya.15

Pendapat ini diriwayatkan daripada Umar Bin Abdul Aziz r.a. Menurut pendapat ini lafaz Al-Jamaah

sesuai dengan riwayat lain dalam hadis Nabi : $� $ ���$����&0��K�L$�- !��� … yakni jalan yang aku tempuh dan para

sahabatku. Kalimah hadis ini merujuk kepada perkataan, perilaku dan ijtihad mereka. Dengan demikian, lafaz tersebut menjadi hujah secara mutlak dengan kesaksian Rasulullah SAW, khususnya dengan sabda Rasulullah: Hendaklah kamu berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Ada ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan Al-Jamaah itu adalah Ahli

15

Al-Syatibi dalam al-I’tishom, (2/262)

Pandangan Pandangan Pandangan Pandangan

Para UlamaPara UlamaPara UlamaPara Ulama

2 2 2 2

1111

Page 14: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

14 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Ilmu, Ahli Feqh dan Ahli Hadis daripada kalangan Imam Mujtahidin sebab Allah telah menjadikan mereka hujah atas manusia dan mereka menjadi ikutan dalam urusan agama.16

Pendapat ini daripada Al-Bukhari dalam kitabnya bab (demikian pula kami jadikan kamu umat pertengahan) dan perintah Nabi SAW untuk beriltizam kepada Al-Jamaah, beliau mengatakan bahawa mereka (Al-Jamaah) itu adalah Ahli Ilmu. Ini bermakna Al-Jamaah itu adalah Ahli Sunnah yang alim, arif dan mujtahid.17 Maka tidaklah termasuk Al-Jamaah mereka yang Ahli Bid’ah dan orang-orang awam yang taklid, kerana mereka tidak boleh diteladani dan biasanya orang-orang awam hanya mengikuti ulama sahaja.

Ada ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan Al-Jamaah itu adalah jamaah Ahli Islam yang bersepakat dalam masalah syarak.

Mereka tidak lain adalah Ahli Ijma’ yang sentiasa bersepakat dalam masalah hukum, baik syariah mahu pun akidah. Pendapat ini berdasarkan hadis

16

Al-Bukhari dalam Fath al-Bari, (13/27). 17

Al-Bukhari dalam Fath al-Bari, (13/316)

3 3 3 3

Page 15: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

15 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Nabi yang ertinya: Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan.18

Ada ulama berpendapat bahawa yang

dimaksudkan Al-Jamaah itu adalah �+���'M $��$N� (kelompok besar).

Dalam kitab An-Nihayah disebutkan : Hendaklah kamu mengikuti �$N��$ 'M���+� iaitu kebanyakan manusia

yang bersepakat dalam mentaati pemerintah dan menempuhi jalan yang lurus. 19 Pendapat tersebut diriwayatkan daripada Abi

Ghalib yang mengatakan, sesungguhnya �$N��$ 'M���+� ialah orang-orang yang selamat daripada perpecahan. Maka urusan agama yang mereka sepakati itulah kebenaran. Barangsiapa menentang mereka baik dalam masalah syariah mahu pun keimanan maka dia menentang kebenaran dan kalau mati dia mati jahiliah.20 Diantara orang yang bersepakat demikian ialah Abu Mas’ud Al-Ansari dan Ibnu Mas’ud r.a. As-Syatibi berpendapat, berdasarkan pendapat ini maka yang termasuk Al-Jamaah ialah para mujtahid, ulama dan Ahli Syariah yang mengamalkannya.

18

Al-Syatibi dalam al-I’tishom, (2/263) 19

An-Nihayah (2/ 419) 20

Al-Syatibi dalam al-I’tishom, (2/260)

4 4 4 4

Page 16: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

16 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Al-Syatibi berkata: Berdasarkan pendapat ini, maka yang termasuk Al-Jamaah ialah para mujtahidin, ulama dan ahli syariah yang mengamalkannya.

Jadi orang yang mengikuti dan mentauladani Jamaah bererti masuk dalam golongan mereka, manakala orang yang keluar dari Jamaah mereka bererti telah menyimpang dan menjadi tawanan syaitan. Mereka adalah terdiri dari ahli bid’ah kerana mereka telah menentang para pendahulu umat ini,

sebab itu mereka sama sekali tidak termasuk 'M���+��$N��$ . 21

Ada ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan Al-Jamaah itu adalah Jamaah kaum Muslimin yang sepakat atas seorang pemimpin.

Ini adalah pendapat At-Thobari yang menyebutkan pendapat-pendapat terdahulu. Kemudian dia mengatakan: Memang benar, pengertian tentang beriltizam kepada Jamaah ialah taat dan bersepakat atas pimpinannya. Maka barangsiapa melanggar bai’ahnya dia telah keluar daripada Al-Jamaah.22 Menurut At-Thobari jika Jamaah itu telah sepakat dengan redha untuk mengangkat seorang pemimpin,

21

Al-Syatibi dalam al-I’tishom, (2/261) 22

Al-Bukhari dalam Fath al-Bari, (2/254).

5 5 5 5

6 6 6 6

Page 17: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

17 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

sedangkan orang yang menentangnya mati dalam keadaan jahiliah, maka itu Al-Jamaah yang digambarkan Abu Mas’ud Al-Ansari. Mereka kebanyakannya adalah daripada ahli ilmu yang berpengetahuan tinggi tentang agama serta

pengikut-pengikutnya. Mereka itulah �$N��$ 'M���+� 23

Menurut pendapat ini Al-Jamaah ialah kesepakatan atas pemimpin yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah. Adapun kesepakatan yang menyalahi sunnah bererti telah keluar dari makna Al-Jamaah yang disebutkan dalam, hadis-hadis Rasululullah SAW. 24

Daripada pendapat-pendapat di atas dapat disimpulkan:

Pertama: Dia disebut Al-Jamaah apabila bersepakat dalam hal memilih dan mentaati seorang pemimpin yang sesuai dengan ketentuan syarak, kita wajib beriltizam kepadanya dan haram keluar daripadanya. Kedua: Jamaah adalah jalan ditempuh oleh Ahli Sunnah yang meninggalkan segala macam bid’ah. Inilah yang disebut Mazhabul Hak. Pengertian Al-Jamaah di sini merujuk kepada para sahabat

Nabi, Ahli Ijma’ atau �$N��$ 'M���+�. 23

Al-Syatibi dalam al-I’tishom, (2/264) 24

Ibid, (2/265)

Page 18: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

18 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Semua itu merujuk kepada suatu makna iaitu: Orang yang mengikuti jalan hidup Rasulullah SAW dan para sahabatnya baik sedikit mahupun banyak sesuai dengan keadaan ummah serta perbezaan zaman dan tempat. Kerana itu Ibnu Mas’ud berkata:

$O�.���6� ���- �$��P $Q P �-!5� 6@�(�R �-�*�2�S Ertinya: Al-Jamaah ialah orang yang menyesuaikan diri dengan kebenaran walaupun engkau seorang diri.25. Dalam lafaz yang lain disebutkan:

! �.$O ��.���6� ���- �$��P $T���$� "� �-!5� 6@�(�R �-�*�2�S Ertinya: Al-Jamaah itu ialah mentaati Allah walaupun

engkau seorang diri. 26

Ini bermakna bahawa Ahlu Sunnah Wal Jamaah itu ialah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang diamalkan oleh para sahabat, Tabi’in, Tabi’ At-Tabi’in dan seterusnya disampaikan kepada kita melalui ulama-ulama muktabar yang disepakati oleh jumhurul ulama. Ajaran ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah antaranya surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

25

Abu Syamah dalam al-Hawasyit wal Bida’,.(الحواشيت والبدع, hal. 22) 26

Al-Lu’lui dalam Syahr al-Sunnah, ( شھر السنة، الؤلؤي (1/108-109)

Page 19: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

19 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153:

# x‹≈ yδ ‘ ÏÛ≡u�ÅÀ $ VϑŠ É)tG ó¡ ãΒ çνθ ãèÎ7̈?$$ sù ( Ÿωuρ (#θ ãèÎ7−F s? Ÿ≅ç6�¡9$#

s− §� x�tG sù öΝä3 Î/ tã Ï& Î#‹Î7y™ 4 öΝä3 Ï9≡sŒ Ν ä38¢¹ uρ ϵÎ/ öΝà6̄= yès9

tβθ à)−G s? ∩⊇∈⊂∪

Ertinya : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai- beraikan kamu dari jalan Allah. FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 85:

tΒuρ Æ�tG ö; tƒ u�ö�xî ÄΝ≈ n= ó™ M} $# $ YΨƒÏŠ n=sù Ÿ≅t6ø)ãƒ çµ ÷ΨÏΒ uθ èδ uρ ’Îû Íο t� Åz Fψ$#

zÏΒ zƒÌ� Å¡≈y‚ ø9$# ∩∇∈∪

Ertinya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.

Hadis Rasulullah SAW mengenai al-Jamaah antaranya:

Page 20: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

20 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

1 . ���� &X� $� &��0 YZ!���� $[�$G $[�$G 6[�'��9 !�\�� �\��L '�\�� !���$��� ��\����- \�&] ^&(�0 $/�!_����&] �R$G���H5� �$��� `�2�*&]

�a!��F���- )�$G��!� \�&]�- ^!H �6� 'b&��H5c�H�� �$��� &����H�(!d �a!��F���- )�$G��!� ��1e�6@ ^!� &9� (� &]\ )f�2!*�- �̂ !��- 6�����.�g5� .

Ertinya: Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnyaa Bani Israil telah berpecah kepada 71 gulongan, dan umatku akan berpecah kepada 72 golongan, semuanya masuk

neraka kecuali satu sahaja iaitu Al-Jamaah.

2 . ���� ^&0$� h�!���� >̂ & �A���15� ���� $���&-���'� &��0 ^&0$� $����5c'�

'� $� ���$G ��(�!� $[�$7$� $$� \�&] $[�'��9 !�\�� �\��L '�\�� !���$��� ��\����- ���$G ��(�!� $[�$7$� �$ \�&] ���� ��6E$��F$G ��!� &/��$� &i��H!E5� ���H5��6G

�$��� &����H�(!d �a!��F���- )�\�!� \�&]�- !3!j�� $�\�!.5� 'b&��H5c�H�� �$��� $d$%Yk �a!��F���- !���H�(!d $��'��F���- ^!� &9� (� Bf�2!*�-�- ^!� !� (�g5�

�̂ !��- 6�����.�g5� .

Ertinya: Daripada Abi Amir al-Hauzani daripada Ma’awiyah ibn Abu Sufyan beliau tinggal bersama-

Page 21: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

21 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

sama kami, bukankah Rasulullah SAW ada bersama-sama kami? Lalu baginda bersabda bukankah sebelum kamu terdapat ahli kitab mereka berpecah kepada 72 golongan dan umat agama ini akan berpecah kepada 73 golongan, 72 daripadanya masuk neraka dan hanya satu sahaja yang masuk syurga iaitu al-Jamaah.

3 . ���� !2�F�� !�\�� &��0 -h��.�� $[�$G $[�$G 6[�'��9 !�\�� �\��L

'�\�� !���$��� ��\����- ���!m5n��$� �$��� ^!H �6� ��� ��m$� �$��� ^&(�0 $/�!_����&] �-5j�* &/�� (� &/�� (��&0 � H�* 5�&] $��$@ ��'1�(!� ���� ��m$� '� �6� )���& �$��� $��$E$� !�^ ^!H �6� ���� 'o�(�p�� �Z!�$q \�&]�- ^&(�0 $/�!_����&] �R$G �$c�m �$��� &����H�(!d �a!��F���- )�\�!� 'b&��H5c�m�- ^!H �6� �$��� Yk�$�$d �a!��F���- )�\�!� ��'1e�6@ ^!� &9� (� �\�&] )�\�!� )f�2!*�- �6��$G �����- �̂ !� ���

$[�'��9 !�\�� $[�$G ��� �� $� !���$��� ^&0��K�L$��-.

Ertinya: Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 millah, dan umatku akan berpecah kepada 73 millah, kesemuanya masuk neraka kecuali satu millah sahaja, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu baginda menjawab, pegangan dan ajaran yang aku amalkan dan para sahabat-sahabatku.

Sabdanya lagi:

Page 22: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

22 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

4 . ���� ���F!2 "� �0&� ��&s��Y2 = ���� ���F!2 "� �0&� ���.'�- = $G$[� :$G$[� I'�9��6[ "� �L\�� u� ��$���!� �-��\��� :» $���5n!m�� � ��$�� 6� �!H�̂ ��� $��m� ��$�� �0&(�̂ &]����!_��$/ ��$w)% �0�.$wh/ �*5j�- (���&/ &0 (����&/ = �* H� $��� $@$�� !���&1�� I��� � $E�x 6� �'� ��$%& �)� $@$�� !��̂ )� �!H�̂ !�5w6�'�= &]\� �0&(�̂ &]����!_��$/ 5��H��6G�� ��$�� &]�*�2` �-���F!����� !�\�)� = �-�m5c�H&�'b 6� �!H�̂ ��$�� $d$%$k �-���F!����� !�\�)� 6@e��1� !�^ (�&9� &] \!�\�)� �-!*�2)f = $�!7��$/ $�'� :��� ���!*�26f y $G$[� :��� $�� � ��$���!� 5������� �-$��L�K&0��̂.

Ertinya: Sesungguhnya bani Israil telah berpecah kepada 71 golongan, dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemunya masuk ke neraka kecuali satu golongan sahaja, lalu baginda ditanya para sahabat, Siapa yang satu itu? Nabi menjawab, Apa yang aku pegang dan amalkan dan para sahabatku. Kesimpulan Daripada huraian dan hadis-hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi SAW dan para sahabatnya

Page 23: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

23 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

sebagaimana yang ternyata daripada hadis yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya, mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dasar dan amalan inilah yang kemudiannya berkembang di kalangan para ulama Ahli Sunnah dalam pelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadis dan cawangan-cawangannya, usul al-din, fiqah, usul al-fiqah, akhlak dan tasawwuf, termasuk falsafahnya, demikian seterusnya dengan pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranya sebagaimana yang dihuraikan dalam “al-Muqaddimah” oleh ‘Abdul Rahman ibn Khaldun r.a dan. (c.f. Osman Bakar, The Classification of Knowledge).27

Abd al-Qahir al-Baghdadi r.a membahagikan

Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bahagian yang kemudian dalam kitabnya al-Farq bainal-Firaq kepada beberapa bahagian mengikut disiplin ilmu dalam epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti: ilmu al-kalam atau usuluddin, ilmu tafsir Quran dan

27

Huraian ringkas berkenaan dengan Ahli Sunnah dibuat dalam ‘Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah’ dalam buku ‘Dinamika Dakwah’, (ed) Dr Abdul Halim El-Muhammady, Budaya Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1992, 101-135, dengan huraian berkenaan dengan hadis-hadisnya, sejarahnya, dan prinsip-prinsipnya secara ringkas.

Page 24: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

24 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

qiraat, ilmu hadis dan cawangan-cawangannya, ilmu fiqah dan ahli-ahlinya (termasuk usul al-fiqahnya), ilmu sastera dan nahu sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf dan para ahlinya. Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam yang mengikut panduan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga mereka yang menjaga sempadan negeri-negeri Ahli Sunnah Wal Jamaah.28

28

Dr. Uthman al-Muhammady dalam Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya.

Page 25: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

25 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal 2Fasal 2Fasal 2Fasal 2

CABANG-CABANG ILMU

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Dalam persoalan ini, Dr. Uthman al-Muhammady menjelaskan lagi, bahawa cabang ilmu tersebut adalah seperti berikut:

� Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran.

� Panduan hadis-hadis.

� Huraian-huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, al-Khazin, al-Baghawi, Fakhrul-Razi dan seterusnya; sampailah kepada para mufassirin zaman kemudian.

APAKAH CABANG-

CABANG ILMU

AHLI SUNNAH DAN

CIRI-CIRINYA?

1 1 1 1 ---- Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu TafsirTafsirTafsirTafsir�

Page 26: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

26 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Berdasarkan ilmu-ilmu hadis oleh para imam yang diakui seperti para pengumpul "kutub sittah" dan lainnya dan para pensyarah kitab-kitab mereka.

� Huraian para ulama tentang mustalah al-hadis. � Huraian para ulama tentang "al-jararh wa ta’dil". � Huraian para ulama tentang sejarah

perkembangan hadis.

Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma’.

� Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul-Hasan al-Ash’ari, Abu Mansor al-Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberi huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab samawi, akhirat, qadha dan qadar.

� Juga berdasarkan kepada huraian mereka yang menolak Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji’ah, Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.

Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpati supaya akidah Ahli Sunnah dijadikan pegangan dan dihayati dan yang lain-lain dijadikan

3 3 3 3 ---- Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu UsuUsuUsuUsulllluddin uddin uddin uddin �

2 2 2 2 ---- Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu HadisHadisHadisHadis�

Page 27: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

27 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

sempadan dan ditolak, sama ada dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden.

Yang moden yang perlu difahami dan ditolak seperti materialisme, sekularisme, dekonstruksinisme, pasca-modernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yang berlawanan dengan ciri-ciri pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Mana-mana tulisan moden yang boleh membantu dalam memahami akidah ini boleh dimanafaatkan seperti tulisan-tulisan Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Barat seperti Frihtjof Chapra antaranya dengan The Tao of Physicsnya antara lainnya.

Tulisan Dr. Iqbal seperti The Reconstruction of Religious Thought in Islam juga perlu difahami dengan jelas dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perlu didapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkara tentang pemikirannya kita berbeza dengannya.

Cabaran-cabaran terhadap pemikiran dan akidah Ahli Sunnah dalam penulisan semasa - termasuk apa yang ada dalam internet - perlu diberi respon yang tepat oleh para ulama dan sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yang berwenang.

Nusantara atau Dunia Melayu Muslim mesti dikekalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya dengan ciri-cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan juga kestabilan intelektual dan

Page 28: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

28 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

rohaninya sebagai asas yang kukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini (selain daripada mengambil kira dan memanafaatkan perkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmu pengetahuan dan teknologi termasuk ICT).

Perlu dihadapi dengan cara berkesan fenomena pihak-pihak yang tertarik dengan pemikiran Syiah, Wahabi, Islam Libral, Pluralisme dan sebagainya sehingga dianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah Ahli Sunnah di Dunia Melayu.

Juga perlu dihadapi dengan berkesan fenomena Kristianisasi dan yang sepertinya.

Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum syarak dalam Islam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma’ mereka yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga istihsan, istislah, istishab dan seterusnya.

Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakui dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan kalau di Nusantara mazhab Imam Syafi’e dengan tambahan-tambahan dalam bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan baharu yang diperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhab yang diakui.

4 4 4 4 ---- Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu FiqFiqFiqFiqaaaahhhh�

Page 29: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

29 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Ini demi untuk menjaga kesahihan dalam perkembangan dan pengamalan hukum serta keseragaman dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalam menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.

Perlu dihadapi fenomena pemikiran dan pemahaman tentang hukum yang terbebas daripada mazhab yang muktabar (aliran “al-lamadhhabiyyah” tanpa mazhab) kononnya kerana hendak “kembali kepada Quran dan Sunnah” sahaja, atau kerana “hendak menghapuskan sarang labah-labah yang berabad-abad itu” (“the web of the centuries”) dan sebagainya.

Perlu dihadapi fenomena memberi fatwa atau pendapat secara tidak mengikut adab dan ketertiban sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabar tentang fatwa dan membuat keputusan hukum (‘istinbat’), mengeluarkan pendapat sendiri-sendiri, atau mengikut apa yang dipanggil sebagai ulama “haraki” dan ditolaknya yang “tidak haraki” sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusan hukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (c.f. teguran al-Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan dengan istilahnya yang empat yang menyalahi ijma’ Ahli Sunnah Wal Jamaah; demikian pula teguran yang dibuat dalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb r.a dengan penuh penghormatan kita kepada beliau yang sangat banyak berjasa itu).

Page 30: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

30 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Perlu dihadapi fenomena yang bercanggah dengan dasar “bertanyalah kepada ahli ilmu kalau kamu tidak mengetahui”29 yang tertingginya merujuk kepada para mujtahidin sebenarnya; Juga fenomena yang bercanggah dengan pengajaran dalam hadis:

$>2�'�� (�!p���K6�"…I{!_ .!� 6��+!�!.���� …30

Hubungan yang baik dan mesra antara para

ulama dan para pemimpin dalam kehidupan

bermasyarakat amat diperlukan khasnya hubungan

yang mengamalkan adab-adab dan cara-cara

berkomunikasi yang dijelaskan dalam teks-teks Ahli

Sunnah Wal Jamaah.

Keperluan kepada usaha

merujuk dan mengambil

panduan daripada sistem ilmu

tasawwuf yang muktabar

29

Al-Nahl.43. 30

Riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud , al-Tobarani, dan Imam Ahmad.hadis sahih. Sikap ‘al-nasihah’ dalam erti keceriaan murni yang gigih ini dihuraikan oleh Imam Nawawi rh dalam ‘Sharah Muslim’nya.Berkenaan dengan sikap terhadap ulim-amri dalam Ahli Sunnah ini boleh didapati dari pendirian-pendirian para imam seperti al-Asy’ari, al-Maturidi, al-Tahawi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya dalam kalangan ulama Ahli Sunnah yang menghidupkan budaya ‘al-din al-najihah’ dalam erti yang menyeluruh.

5 5 5 5 ---- Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu Akhlak dan Akhlak dan Akhlak dan Akhlak dan TasawwufTasawwufTasawwufTasawwuf�

Page 31: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

31 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

sebagaimana yang ada dalam

Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti

Imam al-Ghazali dan al-Qushairi

serta al-Junaid al-Baghdadi dan

lainnya serta teks-teks mereka

dan perjalanan hidup mereka.

Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidak wajar dalam kefahaman sufiah dan amalan-amalannya, apa lagi yang bercanggah dengan hukum syarak dan ciri-ciri Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas nama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan juga keperluan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengannya.

Keperluan mengembalikan umat kepada “makarim al-akhlak” dengan pemusatan kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis sifat-sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahuan yang berkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah dalam kehidupan harian.31

31

Ibid, hal. 4-6.

Page 32: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

32 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal 3Fasal 3Fasal 3Fasal 3

AJARAN

YANG MEMBEZAKAN AHLI SUNNAH

WAL JAMAAH

Al-Syeikh Muham-mad Abdul Hadi Al-Masri dalam bukunya Ahli Sunnah Wal Jamaah Ma’alimul Inthilaq Al-Kubra menjelaskan: “Bahawa prinsip yang membezakan antara Ahli Sunnah dengan golongan lain ialah komitmen mereka terhadap sunnah Rasul SAW dan jemaah sahabat yang diredhai Allah SWT.

Sikap inilah yang membentuk pandangan umum yang dapat dijadikan kayu ukur identiti mereka dan yang membezakan mereka dengan golongan, kelompok dan aliran yang menyimpang dari ajaran

APAKAH

AJARAN YANG

MEMBEZAKAN

ANTARA AHLI

SUNNAH WAL

JAMAAH

DENGAN

LAIN-LAIN

GOLONGAN

Page 33: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

33 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Ahli Sunnah Wal Jamaah.” Jelasnya, kesemuanya dapat disimpulkan seperti berikut:

Ahli Sunnah Wal Jamaah mempersepadu-kan agama melalui ilmu dan amalan, zahir dan batin.

Ahli Sunnah Wal Jamaah mempersepadukan agama melalui ilmu dan amalan, zahir dan batin dengan berpegang kepada kemurnian Islam yang dibawa oleh Nabi SAW dan dipelihara oleh para sahabat.

I’tikad golongan yang diistilahkan sebagai Jamaah diperdekatkan oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, kesemuanya masuk neraka hanya satu sahaja yang masuk syurga. Golongan yang masuk syurga ini ialah yang mengikuti jalan hidup seperti yang aku tempuhi hari ini dan jalan para sahabatku. I’tiqad inilah yang ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat yang diredhai Allah. Oleh kerana itu barang siapa

yang mengikuti mereka termasuklah ke dalam ��,�(� �G�� (golongan yang selamat).

Jalan hidup mereka ialah agama Islam yang dengannya Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu iaitu Al-Jamaah. Dalam hadis yang lain disebutkan:

1111

Page 34: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

34 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Mereka yang menempuh jalan hidup yang aku tempuhi dan para sahabatku, yang selalu berpegang teguh pada kemurniaan Islam serta bersih daripada sebarang percampuran, merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ahli Sunnah mempersatukan agama secara bersepadu dalam menegakkan ajarannya. Mereka sepakat dalam hal ini kerana Al-Jamaah merupakan sebab dan akibat sekaligus sebagai ketaatan dan rahmat.

Memelihara Jamaah merupakan sebahagian daripada taat kepada Allah dan di antara rahmat Allah bagi orang yang mentaati-Nya ialah terpeliharanya Jamaah mereka.

Sesungguhnya yang menjadi faktor penyebab kesatuan dan kesejahteraan manusia ialah sentiasa beribadat dan bertaqwa kepada Allah, tidak mensekutukannya dengan apa pun baik zahir mahupun batin. Sedangkan faktor penyebab berlakunya perpecahan ialah meninggalkan sebahagian dari apa-apa yang diperintahkannya dan berbuat kezaliman di antara mereka. Al-Jamaah akan membuahkan rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat sedangkan Al-Firqah atau perpecahan akan mendatangkan siksa dan laknat Allah.

2 2 2 2

Page 35: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

35 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Hal ini merupakan dalil bahawa Ijma’ adalah hujjah Qath’i kerana jika mereka beriman dan sama-sama mentaati Allah, sudah tentu mereka akan mendapat rahmatNya. Oleh sebab itu tidak akan ada ketaatan kepada Allah dan tidak akan ada pula kedatangan rahmat-Nya bila mereka melakukan keyakinan (i’tiqad), perkataan atau pun perbuatan bertentangan dengan kehendak ajaran Allah (Islam). Ertinya jika perkataan atau amalan yang mereka lakukan tidak berdasarkan perintah Allah, tentulah tidak akan lahir ketaatan kepadaNya dan tidak ada sebab yang boleh mendatangkan rahmat kepadaNya.

Bila manusia telah meninggalkan sebahagian yang diperintahkan Allah SWT, maka saat itu pula timbullah permusuhan dan kebencian, dan jika satu kaum telah berpecah belah akan rosak dan binasalah mereka. Sebaliknya jika satu kaum itu bersatu maka akan lahirlah kebaikan dan kedamaian. Jadi dapat disimpulkan bahawa Jamaah itu adalah rahmat, sedangkan perpecahan disimpulkan sebagai azab.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan sederhana lagi lurus di antara berbagai kelompok umat antara melebihkan dan mengabaikan.

Mereka berada di tengah-tengah kelompok umat, sebagaimana kedudukannya di tengah-tengah

3 3 3 3

Page 36: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

36 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

berbagai aliran dan agama. Jalan lurus itu ialah agama Islam yang bersih sebagaimana termaktub dalam kitab Allah. Jalan yang lurus adalah Ahli Sunnah Wal- Jamaah, kerana sunnah yang murni adalah agama Islam. Perkara ini banyak disebutkan dalam hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para musnad seperti Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lainnya bahawa nabi bersabda :

�-\�!j� |5c'X '��K .Y2 &0��!2!3 $��H5c�H&�'b 6 �!H�� ^$�$d �$%Yk �-���F!����� !���$G)� $���!*�2Bf !�5 �$O (!� �-5d�(�H!�� �-���F'���$� !� (� �&9� !G��$/ ���� '��� ���9 �'���$[ $G y�$[� :$���6/ }+� (!� �-5��g�.���!� .

Ertinya : Umat ini akan berpecah kepada 73 golongan, satu golongan masuk syurga dan 72 golongan masuk neraka, Nabi SAW ditanya: Siapakah golongan yang masuk syurga itu, baginda menjawab, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam riwayat yang lain disebutkan :

���� $@$�� ��$�!� �5w&/ ��$ �� �� �$���!� ������� �-$�L�K&0��̂

Ertinya: Mereka adalah orang-orang yang menempuh jalan seperti yang aku tempohi hari ini dan para sahabatku.

Page 37: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

37 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Golongan yang selamat adalah Ahli Sunnah, kerana mereka berada di tengah-tengah berbagai aliran sebagaimana halnya Islam sendiri berada ditengah-tengah antara berbagai agama. Demikian juga dalam semua perkara sunnah, mereka mengambil jalan tengah, sebab mereka berpegang teguh kepada kitab Allah, Sunah Rasul serta ijma’ para sabiqun al awwalun dari kaum Muhajirin dan Ansar beserta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik dari masa ke semasa.

Mereka berada di tengah-tengah antara firqah-firqah umat sebagaimana halnya umat Islam itu sendiri adalah pertengahan di antara umat-umat yang lain. Lantaran itu mereka bersikap sederhana dalam masalah sifat-sifat Allah antara golongan yang ingkar dan golongan pelampau dengan golongan orang-orang yang menyerupakan Allah dengan yang lainnya dari golongan musabbihah. Mereka juga bersifat sederhana dalam masalah af'alullah antara faham Qodariyah dengan Jabariyah. Demikian juga dalam masalah janji dan ancaman, antara murjiah dengan waaidiah dari golongan qodariah lainnya. Mereka juga bersikap sederhana dalam masalah istilah-istilah iman dan agama, antara golongan Hurriyah dan Mu'tazilah serta antara Murjiah dengan Jahmiyah dan dalam soal Rasul antara Rofidhah dengan Khawarij.

Page 38: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

38 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan ijma’.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah orang-orang yang begitu berpegang teguh kepada Al-Quran, Sunnah dan ijma’, merekalah orang-orang yang taat mengikuti agama yang datang daripada Rasulullah SAW bukan sistem ajaran yang berasal dari falsafah dan Ahli Kalam.

Orang-orang yang menghimpunkan tiga perkara utama yang merupakan sumber segala kebaikan dan pahala, selamat dari hukuman dan azab seksa, tidak takut kepada cabaran, serta tidak merasa cemas dan sedih terhadap apa yang mereka tinggalkan. Tiga hal itu ialah beriman kepada Allah dan hari akhirat, beramal soleh iaitu melaksanakan semua titah perintah Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah penerus sejarah bagi penganut agama Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah asal pegangan umat Muhammad.

Mereka juga merupakan penerus ajaran Allah di muka bumi ini bagi pemeluk agama Islam sebagaimana halnya agama nabi Muhammad SAW adalah menjadi penerus bagi agama-agama para nabi sebelumnya. Oleh yang demikian jika ada golongan lain di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah maka

4 4 4 4

5555

Page 39: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

39 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

mereka dikira asing bagi agama ini, dan dianggap sebagai golongan minoriti yang menyimpang dari jalan yang asli dan benar.

Ahli Sunnah adalah Ahli Syariah yang mengikuti sunnah Rasul meliputi seluruh aspek ajaran Islam sama ada akidah, manhaj tinjauan, perubahan-perubahan, tujuan-tujuan asasi, siasah syariah mahupun lainnya.

As-Sunnah sebagaimana halnya syariah adalah sesuatu yang disunahkan dan disyariatkan oleh Rasul dalam hal akidah dan amalan, yang kedua-duanya mengandungi makna yang sama.

Oleh kerana itu, Ibnu Abbas dan lainnya

menafsirkan kalimah ( ~�1(�- ���: ) dengan sunnah dan

jalan. Istilah sunnah dan syariah terkadang menjelma dalam akidah dan perkataan-perkataan, terkadang dalam tujuan dan perbuatan. Istilah pertama berkaitan dengan keadaan dan cara. Selain daripada itu dipakai juga untuk peribadatan lahiriah dan sistem politik pemerintahan.

Ahli Sunnah hanya mengambil sumber hukum yang kuat ketetapannya daripada Rasulullah SAW dan Salafus Soleh.

6 6 6 6

7 7 7 7

Page 40: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

40 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

As-Sunnah wajib diikuti, patut dipuji pelakunya dan dicela bagi yang menyalahinya, sunnah Rasul yang terdapat dalam bidang akidah, ibadat dan berbagai perkara lainnya. Hal ini diketahui berdasarkan pengetahuan tentang hadis-hadis nabi yang telah menjadi ketetapan, baik dalam perkataan, perbuatan atau apa-apa yang diikrarkan. Selain daripada itu apa-apa yang ditempuhi oleh orang-orang terdahulu dan pengikut-pengikutnya.

Ahli Sunnah adalah orang yang paling mengetahui hal ehwal Rasul, baik berupa perkataan mahupun perbuatan-perbuatannya serta yang paling besar kecintaan dan kesetiaan baik terhadap sunnahnya mahu pun pendukungnya.

Orang yang paling berhak dikategorikan sebagai firqah An-Najiah adalah ahli Hadis dan As-Sunnah iaitu yang tetap mengikuti dan bertaksub kepada Rasulullah SAW. Merekalah yang paling mengetahui perkataan nabi dan hal ehwalnya. Disamping itu mereka memiliki perhatian besar dalam mempertimbangkan antara riwayat-riwayat yang sahih dan yang lemah. Imam-imam mereka adalah orang yang benar-benar mengetahui hadis dan mengetahui maknanya, mengikutinya, mengamalkannya, membenarkannya, mencintainya serta menaruh hormat kepada orang yang menghormatinya dan memusuhi orang yang memusuhinya. Mereka meriwayatkan perkataan-

8 8 8 8

Page 41: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

41 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

perkataan yang global, lalu menjelaskannya dengan merujuk kepada kitab dan hikmah.

Ahli sunnah adalah orang yang mencintai hadis nabi dan patuh melaksanakan isi kandungannya.

Ahli Sunnah dan Ahli Hadis bukanlah mereka yang sekadar sibuk dalam urusan ilmu hadis, mereka juga yang mencintai dan mencurahkan perhatian kepadanya, beriltizam dengannya serta menyeru orang lain agar beriltizam kepadanya baik dia sebagai ahli hadis, fiqah, sufi, pemimpin ataupun orang awam.

Yang dimaksudkan dengan Ahli Hadis bukannya hanya setakat mendengar sahaja, menuliskan atau meriwayatkannya tetapi ia adalah mereka yang paling benar hafalannya, pengetahuannya dan pemahamannya, kemudian mengikutinya secara lahir dan batin.

Demikianlah pula halnya dengan Ahli Quran, sekurang-kurangnya mereka mencintai Al-Quran dan hadis dengan penuh perhatian serta beramal dengan ilmunya sebagai bukti penghormatan terhadap kedua-dua sumber itu. Oleh kerana itu fuqaha hadis lebih memahami perihal rasul jika dibandingkan dengan fuqaha lainnya, sufi mereka lebih murni mengikuti jejak Rasul daripada sufi

9 9 9 9

Page 42: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

42 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

golongan lainnya, pemimpin mereka lebih teguh mengikuti garisan kebajikan rasul daripada pemimpin lainnya dan orang awam mereka lebih teguh pegangan mereka kepada rasulullah dibandingkan dengan orang awam lainnya.

Ahli sunnah memiliki pengetahuan yang tinggi tentang sunnah, mengamalkannya dan mempertahankannya,

As-Sunnah adalah segala sesuatu yang diterima oleh para sahabat daripada Rasulullah SAW, kemudian diteruskan kepada para tabi’in, tabi' tabiin dan seterusnya sampai hari qiamat. Sebahagian imam lebih mengetahui dan lebih mampu bersabar atau menghadapi cabaran daripada setengah imam lain.

Ahli sunnah berbeza dalam ijtihad mereka sesuai dengan tingkat pengetahuan mereka terhadap sunnah.

Ahli Sunnah menghadapi kenyataan kepelbagaiannya ilmu pengetahuan yang menyebabkan mereka berbeza dalam berijtihad. Perbezaan ijtihad ini disebabkan perbezaan latar belakang dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang itu.

10 10 10 10

11111111

Page 43: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

43 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Ahli Sunnah sentiasa berusaha agar perbezaan ijtihad mereka mengarah kepada satu pendapat bagi menjaga kesejahteraan hidup.

Sekalipun berlaku perbezaan pendapat di

kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam masalah ilmiah dan amaliah, namun mereka berusaha keras mengendalikan perilaku mereka sekalipun begitu jauh perbezaan tersebut disertai dengan etika dalam perbezaan pendapat yang menekankan sikap kasih sayang, baik sangka dan saling menghormati antara satu sama lain. Semua itu dilakukan untuk memelihara soal dasar dan hukum iaitu memelihara keutuhan dan keutuhan jemaah serta menyingkirkan perpecahan dan tuduhan yang bukan–bukan.

Sesungguhnya Allah mengutus Nabi Muhammad SAW dengan kebenaran dan menurunkan kepadanya kitab Al-Quran. Rasulullah SAW diutus ditengah-tengah manusia dengan latar belakang, kemahuan, hati dan pendapat yang berbeza-beza akan tetapi baginda dengan kitab itu berjaya mempersatukan mereka dalam satu ikatan ukhwah islamiah. Hati mereka tenteram dalam persatuan dan terlindung dari penipuan dan hasutan syaitan.

Allah menjelaskan bahawa masalah prinsip ini, ertinya al-Jamaah merupakan tiang agama Islam.

11112222

Page 44: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

44 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Nabi tidak menyukai perselisihan dan perdebatan yang boleh menimbulkan perbezaan dan perpecahan. Lantaran itu Baginda menyebut Al-Jamaah sebagai golongan yang selamat disebabkan keteguhan mereka dalam memegang sunnahnya. Merekalah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. Para Ulama dari kalangan para sahabat , Tabi'in dan pengikut selepas mereka selalu mengikuti perintah Allah jika menemui perselisihan dalam satu-satu persoalan sebagaimana firmannya yang bermaksud : Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah dia kepada kitab Allah ( Al-Quran ) dan rasulnya (Sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih baik pula akibatnya.( An-Nisa' : 59 )

Setiap permasalahan mereka tinjau atas dasar mesyuarat dan saling nasihat menasihati sehingga kesejahteraan dan persaudaraan Islam sentiasa terpelihara. Perbezaan yang berkaitan dengan hukum misalnya banyak membuang masa dan tenaga, bukan hanya beban masalah itu berat tetapi jumlahnya pun cukup banyak. Maka jika terdapat perselisihan pendapat mereka saling memutuskan hubungan sudah tentu kesejahteraan dan persaudaraan di kalangan kaum muslimin tidak dapat dipelihara bahkan terancam kepada kebinasaan.

Page 45: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

45 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya tidak membolehkan adanya pengecualian dalam iman kerana amal merupakan unsur keimanan. Mereka mencela golongan Murjiah yang tidak mewajibkan hal-hal yang wajib dan tidak menjauhi perbuatan-perbuatan terlarang. Mereka menganggap iman hanya cukup dinyatakan dengan ucapan dengan alasan bahawa perselisihan mengenai sesuatu pesoalan adalah soal lafziah atau istilah sahaja. Ertinya perselisihan pendapat yang terjadi antara ahli agama termasuk jenis perselisihan pendapat yang banyak berkaitan dengan soal hukum maka mereka semua termasuk di kalangan ahli iman dan ahli Quran.

Ahli Sunnah tidak mengabaikan kebenaran.

Ahli Sunnah dalam apa juga situasi dan keadaan tidak pernah mengabaikan kebenaran dari jemaah mereka kerana para ulama dan ahli ilmu di kalangan mereka berdiri teguh memelihara risalah Muhammadiyah untuk menegakkan Islam mengikut kepakaran dan bidang masing-masing. Mereka memikul tugas sebagai penyambung warisan para Nabi sesuai dengan kemampuan masing-masing sama ada yang berkaitan dengan ilmu dan ibadah atau yang berkaitan dengan kedua-duanya sekali.

11113333

Page 46: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

46 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Di antaranya terdapat para Saddiqin, Syuhada dan Solihin. Disamping itu terdapat juru tunjuk dan pembimbing yang menjadi rujukan kepada orang Islam.

Ahli Sunnah adalah golongan yang mendapat pertolongan.

Ahli Sunnah merupakan orang-orang yang mendapat petunjuk dan pegangan agama yang benar. Allah telah berjanji untuk membela Islam dan mengunggulkannya daripada agama – agama lain. Oleh kerana itu, Ahli Sunnah merupakan golongan yang mendapat pembelaan dan pertolongan Allah sebagaimana disabdakan oleh Baginda :

$ �m�s6[ $T!_�$cB� !��� 6 �!H� ����&�!��$� ����� 5$Q>P $ ��'�}�'��� ���� ��$j$� ��'1�-$ ���� ��$��$c'1�� �* H�m �67���� +����6� .

Ertinya: Ada segolongan daripada umatku yang membela kebenaran. Mereka tidak memperdulikan orang-orang yang mengecewakan atau yang menentang mereka sampai datang hari kiamat.

Mereka adalah golongan yang mendapat kemenangan dan selalu membela kebenaran kerana mereka mengikuti petunjuk agama yang hak. Dengannya Allah mengutus para Rasul. Mereka telah dijanjikan Allah untuk menegakkan agama

11114444

Page 47: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

47 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Islam di atas agama – agama lain dan cukuplah Allah sebagai saksi.

Ahli Sunnah adalah manusia biasa di antara mereka ada yang melakukan kebaikan dan ada yang melakukan maksiat.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah manusia biasa, di antara mereka ada baik dan ada yang jahat. Ada yang Sodiqin dan Solihin dan ada juga yang fasik dan melakukan maksiat sebagaimana halnya dengan golongan lain yang banyak melakukan maksiat.

Orang-orang yang mengaku diri mereka Ahli Sunnah tentu lebih baik dibandingkan dengan golongan lain. As-Sunnah di dalam Islam seperti halnya Islam terhadap agama lain. Yang terjadi di kalangan mereka juga terjadi di kalangan selain mereka, ada kebaikan dan ada kejahatan, meskipun demikian, kebaikan yang ada di kalangan mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada di kalangan golongan lain daripada Ahli Sunnah. Demikian juga jika ada keburukan di kalangan kaum muslimin maka pada golongan selain mereka keburukan itu lebih banyak lagi.

Demikian pula halnya dengan orang yang mengaku ahli Sunnah, mereka memiliki kebaikan dan

11115555

Page 48: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

48 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

keburukan. Dan jika di kalangan Sunnah terdapat keburukan maka keburukan itu akan lebih banyak lagi terdapat pada golongan selain daripada mereka. Demikian juga halnya dengan kebaikan, Ahli Sunnah lebih banyak memilikinya dibandingkan dengan golongan lainnya.

Ahli Sunnah adalah jumhur al-Kabir dan

�$N��$ 'M���+� ( Majoriti umat Islam ).

Ahli Sunnah adalah majoriti umat Muhammad

yang berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul, mencintai para sahabat dan mengambil hadis Nabi Muhammad SAW daripada mereka baik dalam hal ilmu dan amalan atau pun fiqah dan perilaku.

Mereka adalah orang–orang yang menjunjung tinggi Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan qiyas. Mereka sentiasa berpegang teguh pada Al-Jamaah dan berusaha menjaga keutuhannya, memelihara kesejahteraan serta bersatu di bawah panji–panji Al- Jamaah, seterusnya menjauhkan diri dari perkara–perkara yang membawa kepada perpecahan, kesesatan dan golongan yang membawa persengketaan dan kehancuran umat.

Pada hakikatnya dalam jemaah Ahli Sunnah sendiri terdapat perbezaan pendapat dalam berbagai masalah. Namun kesemuanya ditangani dengan

11116666

Page 49: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

49 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

menekankan konsep kesederhanaan dengan berpegang teguh pada persaudaraan dan persahabatan disertai dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulnya yang merupakan unsur utama Al-Jamaah sekaligus merupakan teras agama Islam. Itulah rahmat Allah kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.32

Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. SAW menjelaskan yang diriwayatkan oleh Abd bin Hamid dan Ibn Majah daripada Anas ra (hadis marfu'), Rasulullah bersabda: 33

\�&] $ �!H �6� 'o!.�H�g�m Y�$�$%�� �$��� '�'H��$��9 $q&�$� 5��$%!H��!

5 !M�� +��&0 ��6E��$���$� . &�$N��$

Ertinya: "Sesungguhnya umatku tidak bersatu mengenai perkara yang menyesatkan, maka jika kamu melihat sesuatu perselisihan maka ikutlah pendapat kebanyakan mereka".

32

Jainal Sakiban Al-Jauhari, Ahli Sunnah wal Jamaah Gambaran Secara Umum, Risalah Al-Firdaus Bil (18) Tahun (7) 1996, terbitan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor sempena Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1417/1996, hal.12-21.

33 Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya (5/440). Kitab al-Fitan, Bab

sawad al-a'dzam, hadith 3950. Abd bin Hamid dalam al-Muntakhab hal. 367 hadith 1220. Daripada jalan Tariq bin Rifaah al-Salami daripada Abi Khalaf al-A'ma daripada Anas (hadith marfu'). Banyak hadith menetapkan supaya ikut jamaah sebagaimana yang ditetapkan oleh makna yang dikehendaki dan dikuatkannya, berdasarkan kepada inilah yang diikuti oleh para ulama sepanjang zaman.

Page 50: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

50 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Diriwayatkan oleh Abu Naim dan al-Hakim

dan Ibn Mandah melaluinya al-Dyia' al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah daripada Ibn Omar (hadis marfu'):

�2�0$� Y�$�$%�� �$��� 6� �6 3!j�� 'o!.�H�g�m $, �o�� !�\�� �2�� \�&]�- !�����.�g5�, $ �M�� +� �'�&F m�$� ��$N��, ': \j�: ���� \�&�$� �!� \j

. &9� (� Ertinya: Umat ini tidak akan bersatu ke atas perkara yang sesat selama-lamanya, dan keberkatan daripada Allah itu bersama jemaah, justeru itu ikutilah golongan kebanyakan, kerana sesiapa yang ganjil (sumbang atau menyendiri) akan dimasukkan ke dalam neraka.

Page 51: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

51 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal 4Fasal 4Fasal 4Fasal 4

LAHIRNYA

NAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pada masa hayat Rasulullah SAW, kaum muslimin dikenal sebagai masyarakat yang bersatu, tidak ada golongan ini dan tidak ada golongan itu, tidak ada syiah ini dan tidak ada syiah itu, semua di bawah pimpinan dan pertunjuk Rasulullah SAW.

Bila ada masalah atau perbedaan pendapat antara para sahabat, mereka secara langsung datang kepada Rasulullah SAW. itulah yang membuat para sahabat saat itu tidak sampai berpecah belah, baik dalam masalah akidah, syariah mahupun dalam urusan duniawi.

BILAKAH

LAHIRNYA

NAMA

AHLI

SUNNAH

WAL

JAMAAH ?

Page 52: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

52 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Kemudian setelah Rasulullah SAW wafat, benih-benih perpecahan mulai tampak dan puncaknya terjadi saat Saiyidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah. Namun perpecahan tersebut hanya bersifat politik, sedang akidah mereka tetap satu iaitu akidah Islamiyah, meskipun saat itu benih-benih penyimpangan dalam akidah sudah mulai ditebarkan oleh Ibni Saba’, seorang pendita Yahudi dari yaman memeluk Islam yang dalam sejarah Islam dikenal sebagai pencetus fahaman Syiah (Rawafid).

Tapi setelah para sahabat wafat, benih-benih perpecahan dalam akidah tersebut telah berkembang dan pelbagai penyimpangan dari ajaran Rasulullah SAW telah berlaku.

Saat itu muslimin berpecah kepada dua

golongan, satu bahagian dikenal sebagai golongan ahli bid’ah, atau kelompok-kelompok serpihan dalam Islam, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid), Khowarij dan lain-lain. Sedang bahagian yang satu lagi adalah golongan terbesar, iaitu golongan orang-orang yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dikerjakan dan diyakini yang sumbernya datang daripada Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya.

Golongan yang terakhir inilah yang kemudian menamakan golongannya dan akidahnya dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang

Page 53: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

53 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

mengikuti sunnah-sunnah nabi dan jama’atus shohabah.

Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW: Bahawa golongan yang selamat dan akan masuk syurga (al-Firqah al-najiyah) adalah golongan yang mengikuti apa-apa yang aku (Rasulullah SAW) kerjakan bersama sahabat-sahabatku.

Dengan demikian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah akidah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah dan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah umat Islam. Jelasnya, Islam adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah itulah Islam. Sedang golongan-golongan ahli bid’ah, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid) dan lain-lain, adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang bererti menyimpang dari ajaran Islam.

Dengan demikian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sudah ada sebelum Allah menciptakan Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafi’e dan Imam Hambali lagi dan telah ada sebelum timbulnya ahli bid’ah atau sebelum timbulnya kelompok-kelompok serpihan.

Page 54: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

54 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal Fasal Fasal Fasal 7777

BAHAYA FAHAMAN LAIN

DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Untuk menjawab persoalan ini, dinukilkan pandangan daripada Dr. Muhammad ‘Uthman al-Muhammady

mengenai bahaya pegangan selain daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam masyarakat Islam di negara kita secara khusus seperti berikut:

Bahaya Terhadap Akidah:

Menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: ada yang membawa kepada kekufuran, ada yang membawa kepada kesesatan.

APAKAH BAHAYA

FAHAMAN SELAIN

DARIPADA AHLI

SUNNAH WAL

JAMAAH KEPADA

UMMAH, AGAMA

DAN NEGARA?

1 1 1 1

Page 55: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

55 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Membawa kepada kekufuran seperti yang menyalahi Ahli Sunnah dalam akidah tentang Allah, Sifat-SifatNya, Af’alNya, tentang Rasul dan Kerasulan, tentang para Imam dan Imamah, tentang Qur’an, tentang ada Qur’an yang selain daripada ’Mushaf Uthmani, tentang Sunnah, tentang tambahan berkenaan dengan raj’ah dan tentang mengkafirkan sahabat.

Bahaya terhadap hidup kerohanian:

Ajaran yang menyeleweng tentang sembahyang, puasa, zakat, haji, dan yang sepertinya yang membawa kepada kelainan dalam hidup kerohanian, yang membawa kepada tidak sahnya ibadat seseorang; atau menimbulkan ketegangan dalam hidup keagamaan; termasuk penafsiran tentang bid’ah yang menggugat amalan agama dalam masyarakat. Kesetiaan kepada guru-guru rohaniah yang sesat dan menyesatkan.

Bahaya terhadap perkembangan nilai-nilai akhlak yang baik:

Kelainan-kelainan dalam menafsirkan akhlak, dan nilai-nilainya membawa kerosakan dalam akhlak; misalnya penafsiran tentang ketaatan yang ditafsirkan secara keras dan bukan secara Ahli Sunnah.

2 2 2 2

3333

Page 56: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

56 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Bahaya terhadap hidup bermasyarakat:

Bila berlaku kelainan dalam pegangangan-pegangan sedemikian ia membawa kepada berpuak-puak secara yang terlalu terasing antara satu dengan yang lain, bukan berpuak-puak yang ada kaedah di kalangan mereka sebagaimana yang ada antara mazhab-mazhab dalam Ahli Sunnah. Keadaan berpuak-puak ini, bila kelainan pegangannya tajam dan keras membawa kepada kerosakan hidup bermasyarakat, mengganggu rumah tangga dan hubungan dengan jiran tetangga; ia boleh membawa kepada perceraian, dan yang lebih berat lagi daripada itu. ’Track record’ golongan-golongan yang berkenaan menunjukkan bahawa bahayanya terlalu besar sekali kalau dibiarkan ’ideologi’ mereka berkembang.

Bahayanya terhadap keselamatan dan negara

Pegangan tentang hubungan antara ulil-amri dan orang yang beriman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah -seperti Khawarij misalnya, boleh membawa kepada pemberontakan dan huruhara sebagaimana yang kelihatan dalam sejarah kerajaan Uthmaniah di zaman moden: Tentangan

4 4 4 4

5 5 5 5

Page 57: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

57 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

mengambil bentuk menganggap kerajaan itu sebagai ’tidak Islam’ maka halal darah orang-orangnya; berlakulah peperangan dan pemberontakan menentangnya, dibantu oleh pihak luar seperti yang sedang berlaku sekarang ini di Iraq, Afghanistan, Lubnan dan lain-lain lagi. Pegangan yang berlainan daripada Ahli Sunnah ini juga senang sekali menyebabkan golongan yang berkenaan berkerjasama dengan musuh-musuh bila dianggap kerajaan yang ada tidak sah mengikut sangkaan penafsiran akidahnya. Sejarah sangat banyak memberi bukti tentang yang demikian, termasuk apa yang telah berlaku dalam negara ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.34

34

Dr. Uthman al-Muhammady dalam Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya. Hal. 80.

Page 58: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

58 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Fasal Fasal Fasal Fasal 8888

LANGKAH-LANGKAH

YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN

Langkah-langkah yang perlu diambil antara lain ialah:

Langkah pendidikan kepada masyarakat dan generasi muda.

Ini bertujuan supaya mereka mengenali pendirian dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mempertahankannya dan mengelak diri daripada pegangan yang selain daripadanya.

Ini boleh dilakukan melalui masjid-masjid,

jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, NGO-NGO Islam dan media (kerjasama erat media

1 1 1 1

APAKAH LANGKAH-

LANGKAH YANG

PERLU DIAMBIL

UNTUK MENGATASI

PERMASALAHAN

DI ATAS DARIPADA

BERLAKU?

Page 59: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

59 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

diperlukan sekali untuk mempertahankan Ahli Sunnah).

Langkah pemulihan terhadap mereka yang terlibat di dalamnya dengan berkesan dalam pusat-pusat pemulihan akidah atau yang sepertinya, dengan melibatkan para pegawai dan guru serta pentadbir yang mahir dan boleh bertindak dengan berkesan. Kalau pusat permulihan belum ada hendaklah diadakan.

Langkah dialog tertutup dengan para pemuka golongan ini – mengikut contoh Saidina Ali krw yang berdialog dengan golongan Khawarij sehingga menyebabkan sebahagian daripada mereka tunduk taat kepadanya – supaya mereka tidak mengembangkan pemikiran mereka kepada orang awam.

Langkah menyampaikan mesej tentang bahaya mereka kepada pihak keselamatan negara dan para pemimpin dalam negara pada semua peringkat dengan cara dan kaedah yang sesuai dengan kedudukan mereka. Ini perlu dilakukan supaya tindakan menguatkan Ahli Sunnah dan menjayakannya dalam negara menjadi

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

Page 60: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

60 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

berkesan dan tidak terbengkalai. Ini boleh juga dikaitkan dengan realiti bahawa kalau dibiarkan aliran-aliran yang sedemikian berkembang maka usaha membina modal insan yang dikehendaki dalam negara akan mengalami kegagalan.

Langkah undang-undang, yakni tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan mengikut akta-akta yang berkenaan; kalau akta-akta belum ada maka hendaklah diadakan dalam mana-mana yang berkenaan.

Para penulis dalam media cetak dan elektronik - termasuk dalam laman web dan media baru - perlu diawasi supaya penyelewengan-penyelewengan terhadap fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak berlaku.

’Kebebasan bersuara’ atau ’mengeluarkan pendapat’ hendaklah berjalan dalam rangka dan peraturan-peraturan yang mendatangkan keselamatan kepada masyarakat dan umat, dan bukan ditafsirkan secara yang tidak serasi dengan Islam yang menjadi agama negara ini. 35

35

Ibid. hal. 81.

5 5 5 5

6 6 6 6

Page 61: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

61 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Malaysia merupakan Negara pengamal ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah semenjak kedatangan Islam ke Negara ini lebih kurang lima kurun yang lalu.

Semenjak itu Negara kita membina dan memperkukuhkan ajaran ini dalam semua kegiatan dan syi’ar yang dijalankannya. Dari kenyataan yang ada dihadapan kita selama ini, kita tidak menghadapi apa-apa masalah dari segi pelaksanaannya dalam kehidupan masyarakat. Malahan kita dapati kebanyakan dunia Islam dan rantau sebelah sini yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak membenarkan fahaman asing berkembang terus berada dalam keadaan aman dan harmoni. Sebaliknya pula kita dapati mana-mana negara yang membenarkan masyarakatnya mengamalkan dualisme atau lebih fahaman-fahaman atau ajaran-ajaran yang berbeza dalam sesebuah negara lambat laun ia akan menimbulkan masalah perpecahan dalam masyarakat khususnya ajaran Syiah, contohnya di Lubnan antara Sunni dan Deruz, di Afghanistan antara Sunni dengan Wahabi, di India dan Pakistan antara Sunni dengan Syiah, di Indonesia antara Nahdhatul Ulama dengan Muhammadiyah, Syiah dan lain-lain lagi.

KESIMPULANKESIMPULANKESIMPULANKESIMPULAN

Page 62: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

62 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Pegangan kita di Negeri Johor Darul Ta’zim amat jelas dan teguh mengatakan bahawa fahaman Syiah, fahaman Wahabi, Islam Libral dan seumpamanya yang sedang berkembang di rantau ini adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e.

Bibit-bibit perpecahan telah mula berputik di masjid-masjid dan surau-surau akibat adanya guru-guru agama yang mengajar kelas-kelas fardhu ain dan kelas takmir yang tidak memperdulikan pentingnya perpaduan ummah dengan menonjolkan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e. Kononnya fahaman mereka sahaja yang betul, sedangkan fahaman yang telah mantap diamalkan oleh masyarakat Islam selama ini yang ternyata menghasilkan kesejahteraan dan mampu memupuk ukhuwah Islamiah yang sejati itulah yang didakwa sebagai bid’ah dan ssesat. Mereka yang berbeza fahaman dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e mendakwa bahawa amalan membaca qunut dalam solat Subuh, wirid dan zikir selepas solat, berdoa secara berjemaah, membaca Yasin beramai-ramai pada malam Jumaat, membaca talqin selepas jenazah dikebumikan, tidak menggerakkan jari telunjuk ketika bertahiyyat, tidak meletakkan kedua tangan di atas dada ketika solat dan lain-lain lagi sebagai bid’ah dan menyesatkan, sedangkan apa

Page 63: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

63 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

yang dicanangkan itu merupakan perkara cabang ilmu fikah dan perkara khilafiyah (ada perselisihan pendapat di kalangan para ulama) yang memang tidak boleh dielakkan dan memang berlaku sejak zaman para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in hinggalah ke hari ini. Sepatutnya amlan perkara cabang syariah yang telah diterima dan telah menjadi amalan serta tidak ada bangkangan daripada kalangan ulama, tidak perlu dijadikan isu atau dijaja untuk mencari publisiti. Lebih malang lagi bila mana perbezaan pendapat ini menjejaskan akidah dan merosakkan pengajaran ilmu tauhid dari ulama yang di iktiraf dunia Islam yang kita anuti selama ini iaitu Imam Abu Hassan Al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang menolak fahaman yang dibawa oleh golongan Wahabi iaitu menjisimkan Allah dan menyamakan zat yang Maha Suci dengan sifat makhluk.

Lantaran kita begitu peka dalam soal-soal yang berkaitan dengan akidah, maka kita telah mengorak langkah mendedahkan kepada masyarakat Islam di negeri ini melalui program Road Show bahaya fahaman yang bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e. Ini menyedari hakikat betapa bahayanya fahaman-fahaman yang bercanggah itu jika dibiarkan berkembang di negeri ini, ia akan mendedahkan kita kepada perselisihan, perpecahan dan pengasingan

Page 64: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

64 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

kuburr di mana akhirnya akan menghancurkan agama, bangsa dan keselamatan negara.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan janganlah kiranya Engkau timpakan mudarat ke atas kami. Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kebahagiaan, tentukan kelebihan jua akan segala cita-cita kami, sertakan sihat afiat ke atas diri kami dan jadikanlah akhir tempat kembali kami dalam cucuran rahmatMu, cucurkan limpah keampunanMu menghapuskan dosa kesalahan kami, kurniakanlah lindunganMu menutupi cacat cela kami, jadikan takwa sebagai bekalan kami, mematuhi agamaMu sepenuh-penuh tenaga kami, kepadaMu kami berserah dan kepadaMu kami bergantung harap, dan jauhkanlah kami di dunia daripada menghadapi penyesalan di hari kiamat kelak, ringankanlah kami bebanan dosa, kurniakanlah kami kehidupan yang baik-baik; cukupkan dan jauhkanlah kami daripada kejahatan orang-orang yang berniat jahat.

Akhir kata, kepada Allah dipohonkan pertunjuk dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Amin.

Page 65: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

65 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada

Pengertian Al-Quran, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.

2. Sahih Al-Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan al-Nasa’i Bi Syarh al-Imamain al-Suyuti wa al-Sindi, Dar al-Hadis al-Qahirah, 1999.

5. Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad ibnu Isa ibnu Saurah, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman ibnu al-Asy’as al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

7. Musnad Ahmad Ibnu Hambal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki..

8. Dr. Ali Jumaat, (Mufti al-Diyar al-Masriyah), al-Bayan Lima Yasyghalu al-Azhan (huraian mengenai perkara yang menggangu pemikiran) cetakan al-Muqattam li al-Nasyr wa al-Tauzi' tahun 2005,

9. ‘Abd al-Qahir al-Baghdadiqu Bainal Firaq. 10. Dr. Uthman al-Muhammady, kertas kerja

Penyerapan Unsur-Unsur Aqidah Yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Malaysia

Page 66: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

66 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

Termasuk Negeri Johor Serta Penyelesaian Segera Terhadapnya

11. Al-Syatibi, al-I’tishom. 12. Dinamika Dakwah’, (ed) Dr Abdul Halim El-

Muhammady, Budaya Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1992.

13. Jainal Sakiban Al-Jauhari, Ahli Sunnah wal Jamaah Gambaran Secara Umum, Risalah Al-Firdaus Bil (18) Tahun (7) 1996, terbitan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Johor sempena Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1417/1996.

14. Al-Ghazali (1973), al-Mustasfa, Mesir: Maktabat Tijariyyah al-Kubra.

15. Ibn al-Humam, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi.

16. Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Alaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidus Syari’atal Islamiyyata (H. Anas Thahir Syamsuddin), P.T. Bina Ilmu, Surabaya, 1981,

17. Al-Subki (1965), Jam‘ul Jawami‘, Surabaya: Syarikat Maktabah Said bin Nubhan wa Awladuhu.

18. Hasbi, al-Siddiqi, Pokok-pokok Pegangan Imam-imam Mazhab dalam Membina Hukum Islam, Jakarta: Bulan.

19. Al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (1427), Kuwait: Wizarat al-Auqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.

Page 67: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH - mufti.johor.gov.mymufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_13_Ahli... · Rujukan ... senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh ... al-Baqillani

67 Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu Dipertahankan Di Nusantara

______________________________________________________________

20. Dr. Wahbah Al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Dimasyq: Dar al-Fikr.

21. Fatawa al-Azhar, Mesir: Wizarat al-Auqaf al-Misriyyah.

22. Abu ‘Ala’ So’id ibn Ahmad ibn Abu Bakar al-Razi, Rasail Hammah Wa Mabahis Qaiyimah, 2007.

23. Drs. Asep Saifuddin Al-Mansur, Kedudukan Mazhab dalam Syari’at Islam, Badan Bookstore Sdn Bhd, Johor Bahru,1994.

24. Ringkasan Aqidah dan Manhaj Imam al-Syafi’e, rencana di Milis-Muslim.