Daulah Islamiyyah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Daulah Islamiyyah

    1/3

  • 8/14/2019 Daulah Islamiyyah

    2/3

    Hendaklah dia mengikut para imam selepasku, kerana sesungguhnya mereka adalah kaumkeluargaku, diciptakan daripada asal-usulku, direzekikan kefahaman dan ilmuku. Celakalah golonganumatku yang membantah kelebihan mereka dan memutuskan hubungan denganku. Semoga Allahtidak memberikan mereka syafaatku.

    Pada nilaian ulama hadis aliran Ahli Sunnah hadis ini palsu, sanadnya (rangkaian rawinya) gelap,kesemua para perawinya tidak dikenali dengan pasti kecuali seorang iaitu Ibn Abi Rawwad. Nama-nama para perawi lain tidak pernah disebut oleh para ulama al-Jarh wa al- Tadil. Apapun hadis inidisanjung oleh Syiah kerana ia penting dalam kempen politik yang dibawa oleh aliran tersebut.

    Berbalik kepada isu pembentukan negara agama, Syiah nampaknya jauh lebih berpengalamandisebabkan itulah perjuangannya sejak awal kewujudannya. Perjuangan merebut kerajaan daritangan pemerintah-pemerintah muslim yang pernah ada sepanjang sejarah untuk membentuknegara yang tersendiri pada aliran dan pegangannya.

    Adapun aliran muktabar ahli sunnah, mereka lebih cenderung menyerahkan urusan politik kepada

    sesiapa sahaja di kalangan umat Islam, dengan mereka mensyaratkan agar tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, berlaku keadilan dan memerintah atas asas kemaslahatan rakyat. Sesiapasahaja yang sanggup melakukan demikian dipuji dan disokong oleh para ulama Ahli Sunnah yangikhlas, jika tidak amar makruf nahy munkar akan dijalankan. Bukan kecenderungan merekamempolitikkan agama atau terlibat dengan politik agama.

    Inilah yang kita lihat dihayati oleh al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al- SyafiI, al -ImamAhmad, al-Imam Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Ya, mereka merupakan pengkritik yang tegas danberani, namun mereka tidak pernah menyeru untuk diberikan kerusi kepada mereka. Berdasarkankepada tulisan dan kenyataan mereka, ternyata mereka ingin mengelakkan penumpahan darah

    sesama kaum muslimin.

    Ya, politik itu penting namun bukanlah segala-galanya dalam kehidupan muslim. Juga politik bukanseperti ibadah khusus yang tetap dan tidak boleh diubah. Politik itu begitu anjal (fleksibel) terdedahkepada keadaan dan perubahan atas asas maslahah rakyat.

    Apabila jatuh Khalifah di Turki dan Kuasa-Kuasa Barat menjajah Dunia Islam, kesedaran umat Islamtentang tanggungjawab jihad membebaskan tanahair Islam berkembang. Selepas penjajah dihalaukeluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulisdalam buku- buku fekah lama. Apa yang wujud adalah nation state atau negara bangsa yangmempunyai kedaulatan tersendiri.

    Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah(islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan didunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini. Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam(sebelum penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu Wilayah Islam.

    Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam. Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan muslim danbermusuhan dengan Dar al-Islam. Dalam ertikata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negaraitu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.

    Adapun soal sejauh manakah komitmen seseorang pemerintah itu, ia diuruskan oleh umat Islam dibawah tanggungjawab menasihati pemerintah juga Amar Makruf dan Nahy Munkar. Namun apabila

  • 8/14/2019 Daulah Islamiyyah

    3/3