24
MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M)-220-08/2015 ANTARA SHAHRIL BIN JAAFAR PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Alor Setar No: 45B-17-04/2012 Antara Pendakwa Raya Lawan Shahril Bin Jaafar) KORUM: MOHD. ZAWAWI SALLEH, HMR AHMADI HJ. ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: K-05(M)-220-08/2015

ANTARA

SHAHRIL BIN JAAFAR … PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(Dalam Perbicaraan Jenayah Mahkamah Tinggi Alor Setar No: 45B-17-04/2012

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

Shahril Bin Jaafar)

KORUM:

MOHD. ZAWAWI SALLEH, HMR

AHMADI HJ. ASNAWI, HMR

KAMARDIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

2

PENGHAKIMAN Latar belakang [1] Ini adalah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman mati

yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan

kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

[2] Butir-butir pertuduhan dimana perayu telah disabitkan ialah seperti

berikut:

“Bahawa kamu di antara 14 Januari 2006, jam 5.30 petang hingga

15 Januari 2006, jam 3.05 pagi, di Kawasan Kelab Cinta Sayang,

Sungai Petani, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam Negeri Kedah

Darulaman, telah membunuh Chee Gaik Yap, KP: 810831-02-5220

dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di

bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”

[3] Kami telah mendengar dan menimbangkan rayuan perayu pada

29.11.2016. Kami telah dengan sebulat suara menolak rayuan perayu

dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan

perayu dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Kami juga mengekalkan

hukuman mati yang dijatuhkan ke atas perayu. Kini kami menzahirkan

alasan-alasan kami dalam menolak rayuan perayu.

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

3

Kes Pendakwaan [4] Seramai 15 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan untuk

membentangkan naratif kes pihak pendakwaan. Tiada saksi mata

(eyewitness) yang melihat kejadian pembunuhan si mati dalam kes ini.

Oleh itu, kes pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada

keterangan mengikut keadaan.

[5] Hakim bicara yang bijaksana telah menyimpulkan fakta ringkas

kes pendakwaan sebagaimana keterangan saksi-saksi yang dipanggil

memberi keterangan seperti berikut. Pada 14.1.2006, jam lebih kurang

5.00 petang, Chee Gaik Chun (SP6) iaitu adik kepada si mati telah pergi

berjoging bersama-sama si mati di kawasan Kelab Cinta Sayang. Pada

mulanya, mereka berjoging secara bersama. Bagaimanapun, pada satu

peringkat, si mati telah berjoging dengan laju meninggalkan SP6 di

belakang. Akhirnya, SP6 tidak lagi dapat melihat si mati yang telah

berada jauh di hadapan. Selanjutnya, SP6 melihat sebuah kereta jenis

Naza berwarna hitam dengan bercermin gelap (tinted) membuat

pusingan U di hadapan SP6 dan kemudiannya dipandu laju menuju ke

arah si mati berjoging (m/surat 87 RR Jld.2A).

[6] SP6 berasa pelik melihat kereta Naza tersebut tetapi beliau terus

berjoging. Selepas itu, SP6 ternampak getah ikat rambut bersama kasut

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

4

si mati yang mempunyai kesan darah yang agak banyak. SP6 menjadi

cemas dan terus menghubungi seorang lagi kakak sulungnya, Chee

Gaik Fong, supaya datang ke tempat kejadian untuk bersama-sama

mencari si mati. Kemudiannya, SP6 bersama Chee Gaik Fong dan

seorang adik lelaki mereka, Chee Han Keong (SP5), telah berusaha

untuk mencari si mati namun gagal menemui si mati. Mereka

kemudiannya balik ke rumah dan berbincang bersama ahli keluarga

sebelum akhirnya SP6 membuat satu laporan polis (D2 di m/surat 523

RR Jld.3) di Balai Polis Sg. Petani pada 8.30 malam hari yang sama.

[7] Hasil maklumat dari orang awam, Inspektor Hashim bin Ismail

(SP1) telah menemui mayat si mati pada 15.1.2006 pada jam 3.05 pagi.

Mayat si mati ditemui dalam keadaan bogel dan terlentang di luar pagar

Kelab Cinta Sayang.

[8] Semasa siasatan dijalankan, pihak polis telah menahan beberapa

orang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan si mati. Perayu turut

dipanggil oleh Supt. Law Tiang Huat (SP12) untuk dirakamkan

percakapannya pada 1.3.2009 bagi membantu siasatan. Ini berlaku 3

tahun selepas mayat si mati ditemui. Pada 5.3.2009, perayu telah pergi

ke Australia dan berada di negara itu selama hampir 3 tahun. Perayu

telah ditangkap di KLIA Sepang apabila kembali ke tanah air dan telah

dipertuduhkan dengan kesalahan membunuh si mati.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

5

[9] Pakar Forensik, Dr. Mohd Suhani bin Mohd Noor (SP4), telah

melakukan bedah siasat terhadap jasad si mati pada 15.1.2006, mulai

jam 8.20 pagi. SP4 telah menemui 50 kecederaan luaran pada jasad si

mati yang disenaraikan dalam laporan Bedah Siasat (P3 dan P4 di m/s

394 – 415 RR Jld.3). SP4 membuat rumusan bahawa kematian si mati

berpunca dari luka tikaman di bawah leher kanan. Kematian si mati

dijangkakan telah berlaku antara 9 – 15 jam sebelum bedah siasat

dilakukan.

[10] SP4 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa terdapat

kesan kecederaan pada kemaluan dan dubur si mati. SP4 menyatakan

bahawa kecederaan-kecederaan itu telah berlaku ketika si mati masih

hidup. Saksi SP4 turut menemui bahan berwarna putih berkrim yang

dipercayai krim rambut pada kemaluan dan dubur si mati. Selain itu,

SP4 telah mengambil sejumlah 22 sampel dari badan si mati,

termasuklah contoh darah, rambut, bulu kemaluan serta swab pada

dubur dan kemaluan si mati dan telah menyerahkan sampel-sampel

tersebut kepada Pegawai Penyiasat, DSP Lim San Aik (SP 15).

[11] Sampel-sampel yang diterima dari SP4 telah kemudiannya di

hantar oleh SP 15 kepada Ahli Kimia DNA Forensik, Bakhtiar bin Kassim

(SP14), untuk dianalisis. Hasil analisis perbandingan profil DNA yang

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

6

dijalankan, SP14 mengesahkan bahawa terdapat DNA perayu pada

swab yang diambil pada kemaluan dan dubur si mati.

[12] Siasatan oleh SP15 menunjukkan bahawa keluarga perayu

memiliki sebuah kenderaan jenis Naza Ria berwarna hitam bercermin

gelap dengan nombor pendaftaran PFU 651 (kereta Naza tersebut).

Siasatan juga menunjukkan perayu tinggal bersama dengan

keluarganya di kawasan Kelab Cinta Sayang dan sering menggunakan

kereta Naza tersebut. SP 15 menyatakan bahawa siasatan lanjut tidak

menemui sebarang kesan darah atau kesan air mani di dalam kereta

Naza tersebut.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [13] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat dapatan

bahawa keterangan-keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan

oleh pihak pendakwaan iaitu bahawa keluarga perayu memiliki kereta

Naza tersebut berwarna hitam dan bercermin gelap, perayu tinggal

dalam kawasan tempat kejadian, penemuan air mani perayu pada

kemaluan dan dubur si mati serta fakta perayu telah meninggalkan

Malaysia untuk ke Australia dan berada di Negara Australia selama 3

tahun setelah pihak polis memulakan siasatan terhadap perayu, tidak

mencukupi untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu.

Hakim bicara juga menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

7

menunjukkan bahawa perayu adalah orang yang telah mendatangkan

kecederaan-kecederaan terhadap tubuh badan si mati yang telah

membawa kepada kematian ke atas si mati.

[14] Hakim bicara berpendapat bahawa keterangan kukuh terhadap

perayu ialah keterangan DNA. Namun begitu, memandangkan

terdapatnya alel 8 dan alel 9 pada lokus STR THOI pada sampel yang

diperolehi melalui palitan di kemaluan dan dubur si mati, terdapat

kemungkinan orang lain yang ada kaitan dengan kematian si mati. Di

dalam keputusannya, hakim bicara menyatakan seperti berikut (di m/s

214 RR Jld.2A):

“Saya dapati keterangan DNA ini tidak dapat menghilangkan keraguan

bahawa terdapat orang lain selain dari OKT yang ada kaitan dengan

apa yang berlaku ke atas si mati. Selepas menilai keseluruhan

keterangan saya dapati keterangan-keterangan ini tidak membuktikan

sama ada secara langsung atau secara mengikut keadaan bahawa

OKT telah mengenakan kecederaan yang menyebabkan kematian si

mati. Di dalam keadaan sedemikian pihak pendakwa telah gagal

membuktikan kes prima facie terhadap OKT. OKT dilepaskan dan

dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyan 302 Kanun Keseksaan.”

[15] Pihak pendakwaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan

terhadap perintah pembebasan perayu oleh hakim bicara. Panel

Mahkamah Rayuan (Linton Albert, HMR; Mohtarudin Bin Baki, HMR dan

Abdul Rahman Sebli, HMR) telah pada 13.10.2014 membenarkan

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

8

rayuan Pendakwa Raya dan memerintahkan agar perayu membuat

pembelaan di hadapan hakim bicara yang sama atas pertuduhan di

bawah Sekeysn 302 KK (Perintah Mahkamah Rayuan di m/s E1 dan E2

RR Jld.1).

Kes Pembelaan [16] Setelah tiga (3) pilihan untuk membela diri diterangkan kepada

perayu, dia telah membuat pilihan untuk memberi kenyataan dari

kandang tertuduh, tanpa bersumpah. Perayu telah membaca kenyataan

bertulis dari kandang tertuduh seperti yang tertera di m/s 525 – 534 RR

Jld.3 mengandungi 38 perenggan.

[17] Teras pembelaan perayu ialah bahawa beliau tidak membunuh si

mati walaupun dia mengakui ada menemui si mati untuk tujuan

mengadakan hubungan seksual secara sukarela. Perayu menyatakan

bahawa dia telah melanggan si mati melalui seorang rakan bernama

“Wayne” dengan bayaran RM350. Perayu seterusnya menyatakan dia

dan si mati telah mengadakan hubungan seksual di bahagian belakang

MPV Naza yang dia pandu pada hari kejadian. Setelah selesai

hubungan seksual, perayu menyatakan dia telah meninggalkan si mati

dalam keadaan masih hidup tanpa sebarang kecederaan sebelum dia

bergegas pergi menjemput ibunya, Datin Nor Bahrian bt Ibrahim (SP11),

di Rumah Kelab Golf Cinta Sayang. Perayu menafikan terlibat dengan

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

9

kematian si mati dan menafikan telah melarikan diri ke Australia semasa

siasatan polis sedang dijalankan.

[18] Pihak pembelaan telah memanggil bapa perayu, Dato’ Jaafar bin

Jamaludin (SD3/SB2) sebagai saksi. Saksi ini menyatakan bahawa dia

telah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu

pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

untuk kegunaan ahli keluarganya. Saksi ini turut menafikan telah

membuang pisau yang telah dijumpai di dalam kereta yang dikatakan

telah digunakan oleh perayu untuk menikam si mati. Pihak pendakwaan

telah mencabar kebolehpercayaan saksi ini kerana keterangannya di

Mahkamah bercanggah dengan percakapannya yang dirakamkan di

bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ). Satu perbicaraan

dalam perbicaraan telah diadakan. Hakim bicara mendapati saksi ini

telah gagal untuk memberikan penjelasan yang munasabah dan boleh

diterima mengenai percanggahan-percanggahan yang material dalam

percakapan bawah seksyen 112 KAJ dengan keterangannya di

Mahkamah. Kenyataan saksi yang didapati bercanggah secara material

adalah terhadap tiga perkara seperti yang terdapat dalam jawapan

diberikan semasa rakaman percakapan di bawah seksyen 112 KAJ:

“Q : Kenapa kamu menjual kereta tersebut?

A : Saya jual kereta itu kerana ada kes pembunuhan

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

10

…..

Q : Adakah kamu pergi bersama Shahril semasa buang pisau

yang digunakan untuk bunuh perempuan Cina itu?

A : Ya, saya pergi bersama isteri saya dan Shahril.

…..

Q : Di mana pisau itu dibuang?

A : Di dalam tong sampah berdekatan tapak pasar malam

Taman Ria Jaya, Sg. Petani, Kedah.”

Keputusan hakim bicara di akhir kes pembelaan [19] Hakim bicara memutuskan bahawa SD3 ialah seorang saksi yang

tidak boleh dipercayai kerana terdapat percanggahan yang material

antara keterangan lisan SD3 di Mahkamah dengan rakaman

percakapan yang diberikan kepada pihak polis di bawah seksyen 112

KAJ. Hakim bicara mendapati SD3 telah gagal untuk memberikan

penjelasan yang munasabah dan boleh diterima mengenai

percanggahan tersebut.

[20] Hakim bicara seterusnya telah membuat pertimbangan terhadap

keterangan yang telah diberikan oleh perayu dari kandang tertuduh

sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Chong Soon Wah [2009] 7

MLJ 865; Teuku Nawardin Syamsuar v. PP [2011] 3 CLJ 353 dan PP

v. Muhamad Rasid bin Hashim [2011] 7 MLJ 845.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

11

[21] Hakim bicara telah menolak versi pembelaan perayu bahawa dia

telah melakukan hubungan seksual dengan si mati secara sukarela

sebagai tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai. Hakim bicara

mendapati bahawa tujuan si mati ke tempat kejadian bersama SP6

adalah semata-mata untuk berjoging setelah diajak oleh SP6 dan bukan

untuk mengadakan hubungan seksual dengan perayu. Keterangan ini

tidak dicabar oleh pihak pembelaan.

[22] Hakim bicara juga menerima keterangan SP6 bahawa terdapat

darah yang banyak pada kasut (P46A-B) dan pengikat rambut (P45A)

milik si mati yang ditemui di tempat kejadian tidak lama selepas si mati

hilang dari pandangan SP6. Keterangan ini juga tidak dicabar oleh

pihak pembelaan. Keterangan tanpa sumpah perayu bahawa dia telah

melakukan hubungan seksual secara sukarela dengan menggunakan

“cecair daripada tubuh masing-masing”, tidak boleh dipercayai.

[23] Hakim bicara akhirnya memutuskan bahawa pembelaan perayu

telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah

terhadap kes pihak pendakwaan. Hakim bicara mendapati perayu telah

melakukan pembunuhan terhadap si mati dengan mendatangkan

kecederaan luka tikaman terhadap tubuh badan si mati yang mana

kecederaan yang diniatkan itu dalam keadaan biasa dan lazimnya akan

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

12

membawa kepada kematian si mati. Perayu telah disabitkan dan

dihukum gantung di leher hingga mati.

Rayuan perayu [24] Di hadapan kami, peguambela terpelajar telah berhujah atas satu

isu pokok bahawa hakim bicara terkhilaf dalam mensabitkan perayu

dengan hanya bergantung kepada tiga aspek keterangan mengikut

keadaan. Selanjutnya dihujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf

dalam membuat penilaian terhadap pembelaan perayu yang diputuskan

oleh hakim bicara telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang

munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Tiga aspek keterangan

mengikut keadaan yang diterima oleh hakim bicara dalam mensabitkan

perayu dengan pertuduhan ialah seperti berikut:

(a) berkaitan dengan kereta Naza Ria berwarna hitam dan

bercermin gelap;

(b) hubungan seks dengan kekerasan; dan

(c) perayu melarikan diri ke Australia.

[25] Mengenai aspek keterangan yang berkaitan dengan penglibatan

kereta Naza Ria berwarna hitam dan bercermin gelap, peguambela

menghujahkan bahawa keterangan SP6 mengenainya adalah tidak

kredibel atas alasan bahawa pihak polis pada awalnya telah merampas

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

13

sebuah pick-up truck berwarna hitam. Pihak polis hanya mencari kereta

Naza Ria milik keluarga perayu setelah DNA perayu ditemui pada

simati. Laporan polis (D2) yang dibuat oleh SP6 juga langsung tidak

ada menyebutkan tentang penglibatan sebuah kereta dalam

pembunuhan si mati.

[26] Secara alternatifnya, peguambela terpelajar berhujah bahawa jika

benar keterangan SP6 melihat Naza Ria yang dipandu oleh perayu

dalam keadaan laju dan tergesa-gesa, perayu telahpun memberikan

penjelasan bahawa selepas mengadakan hubungan seks secara

sukarela dengan si mati, perayu perlu segera untuk mengambil ibunya

(SP11) di rumah Kelab untuk dibawa pulang ke rumah. Dihujahkan

bahawa keterangan kereta Naza Ria dipandu sedemikian rupa oleh

perayu tidak dapat membuktikan bahawa perayu bersalah.

[27] Mengenai aspek keterangan yang sama, peguambela terpelajar

menghujahkan bahawa keterangan SP15 menunjukkan terdapat dua

buah kereta MPV Naza Ria berwarna hitam berada dalam kawasan

Kelab Cinta Sayang. SP12 mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti

ditemui yang dapat mengaitkan kes pembunuhan si mati dengan kereta

Naza Ria yang dimiliki oleh keluarga perayu.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

14

[28] Mengenai aspek keterangan yang berkaitan dengan hubungan

seks antara perayu dengan si mati, peguambela terpelajar

menghujahkan bahawa perayu tidak menafikan hubungan seks tersebut

berlaku tetapi dengan sukarela. Dihujahkan bahawa tiada bukti yang

boleh menunjukkan telah berlaku hubungan seks secara kekerasan atau

keganasan. Peguambela turut mempersoalkan aspek keterangan pakar

patologi forensik yang diberikan oleh SP4 mengenai terdapatnya

kecederaan terhadap kemaluan dan dubur si mati yang dikatakan

sebagai tidak kredibel.

[29] Mengenai aspek keterangan bahawa perayu melarikan diri ke

Australia semasa siasatan polis masih dijalankan, peguambela berhujah

bahawa perayu telah terlebih dahulu dengan secara sukarela

memberikan specimen DNAnya kepada pihak polis. Peguambela

selanjutnya menghujahkan bahawa perayu tidak perlu memberikan

DNAnya jika dia ingin melepaskan diri dari jenayah yang dipertuduhkan.

Lagipun, perayu ke Australia dengan penuh pengetahuan pihak

Imigresen Malaysia. Dihujahkan perayu ke Australia untuk memenuhi

keperluan mengekalkan taraf penduduk tetap (PR) Negara Australia.

Akhirnya, dihujahkan bahawa keterangan DNA perayu pada kemaluan si

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

15

mati tidak membuktikan bahawa perayu telah mendatangkan lain-lain

bencana tubuh yang telah membawa kepada kematian si mati.

Keputusan Kami [30] Mengenai hujahan peguambela perayu bahawa hakim bicara telah

gagal membuat pertimbangan dengan sewajarnya terhadap pembelaan

perayu, kami tidak bersetuju dengan dakwaan tersebsut. Meneliti

Penghakiman hakim bicara, kami mendapati bahawa hakim bicara yang

bijaksana telah membuat pertimbangan yang teliti terhadap pembelaan

perayu. Dalam penghakimannya, hakim bicara telah menyatakan

seperti berikut mengenai keterangan yang diberikan oleh perayu dari

kandang tertuduh:

“[28] Dengan mempertimbangkan keputusan kes-kes duluan di atas

saya berpendapat kenyataan tanpa sumpah Tertuduh dari kandang

Tertuduh adalah keterangan yang boleh ditimbangkan oleh Mahkamah

ini sebagai satu pembelaan Tertuduh. Selanjutnya saya perlu

menimbangkan keberatan (weight) yang boleh diberikan kepada

keterangan tersebut. Di dalam Teuku Nawaardin Syamsuar v. PP

[2011] 3 CLJ 353 Heliliah HMP mengatakan:-

[15] In the present appeal the appellant had chosen to furnish an

unsworn statement from the dock and no other witness was called for

the defence. The decision in Mohammed Salleh v. PP [1968] 1 LNS 80

is useful. In the words of Wee Chong Jin CJ:

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

16

In our judgment, the right of an accused at his trial on a criminal

charge to make an unsworn statement from the dock is not a

procedural right but a substantive right of an accused and

accordingly does not depend on whether or not there is a

specific provision for it in the Criminal Procedure Code.

[29] Selanjutnya Mahkamah Persekutuan melalui Heliliah FJ

membuat Penghakiman berikut:-

[16] While that case pertains to a trial with a jury nevertheless the

guidelines established is still applicable with respect to the probative

value to be accorded to the unsworn statement that is a judge will

naturally not be inclined to give so much weight to what he said in the

dock as you would if he gave evidence as there was no opportunity of

cross examining him in order to test veracity of his evidence as

opposed to that of the prosecution.

[30] Di dalam mempertimbangkan kenyataan tanpa sumpah Tertuduh

Pertama sebagai pembelaan, Mahkamah harus mempertimbangkannya

secara menyeluruh kenyataan tersebut bersama-sama kesemua

keterangan yang telah dikemukakan di dalam kes ini. Kenyataan tanpa

sumpah sedemikian tidak boleh ditimbangkan secara berasingan dari

keterangan-keterangan lain. Di dalam Public Prosecutor v

Muhammad Rasid bin Hashim [2011] 7 MLJ 845 Abang Iskandar J.

(beliau pada masa itu) telah menimbangkan kanyataan tanpa sumpah

pembelaan dan memutuskan:-

“In order to properly appreciate that unsworn statement made by the

accused from the dock (D64) it ought not however, to be considered in

isolation. Rather, it must be juxtaposed side by side with the evidence

led by the prosecution witnesses. In so doing, the court must also

consider the inherent credibility or otherwise of such statement as

contained in D64. This court must also compare it with the credible

evidence led by the prosecution…”

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

17

…..

[33] Dengan membuat dapatan bahawa kenyataan tanpa sumpah

Tertuduh tidak boleh dipercayai dan perlu ditolak, saya masih perlu

menilai sama ada pembelaan sedemikian telah berjaya menimbulkan

keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Ini mesti

dilakukan walaupun keseluruhan keterangan pembelaan tidak dapat

dipercayai (Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ

263.”.

[31] Kami mendapati tiada apa-apa kekhilafan dalam dapatan hakim

bicara dalam membuat pertimbangan terhadap pembelaan perayu

dalam kes ini. Hakim bicara telah berpegang kepada prinsip undang-

undang yang betul dalam membuat penilaian terhadap keterangan

membela diri perayu yang telah diberikan dari kandang tertuduh tanpa

bersumpah dan tidak diuji dalam pemeriksaan-balas.

[32] Berkaitan dengan aspek keterangan mengenai hubungan seksual

yang didakwa oleh perayu telah dilakukan dengan sukarela dan tanpa

keganasan dan paksaan, kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara

yang menolak pembelaan perayu. Kami mendapati tiada kekhilafan

dalam dapatan hakim bicara mengenai isu ini. Kami perturunkan

dapatan hakim bicara seperti berikut (di m/s 35 – 37 RR Jld.1):

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

18

“[31] Saya dapati kenyataan tanpa sumpah ini walaupun berupa satu

keterangan namun nilai pembuktiannya rendah kerana kebenaran

kenyataan ini tidak dapat diuji melalui pemeriksaan balas oleh mana-

mana pihak. Saya meragui kebenaran kenyataan Tertuduh tentang dia

hanya melakukan hubungan seks dengan si mati secara sukarela. Jika

benar hubungan seks tersebut dilakukan dengan sukarela kenapa si

mati perlu pergi ke situ bersama-sama SP6. Adalah tidak munasabah

untuk si mati menyerlahkan rahsia sebagai seorang yang memberi

perkhidmatan seks atas panggilan. Rahsia ini akan terserlah apabila

SP6 ikut bersamanya ke tempat kejadian, walaupun disamarkan oleh

aktiviti jogging di situ. Keterangan SP6 dengan jelas mengatakan si

matilah yang mengajaknya berjogging di tempat kejadian. Keterangan

SP6 tentang perkara ini tidak dicabar dan ini secara langsungnya

membawa inferens bahawa tujuan si mati dan SP6 ke tempat kejadian

adalah semata-mata untuk berjoging dan bukan bertujuan untuk

mengadakan hubungan seksual dengan Tertuduh. Secara

langsungnya saya dapati kebenaran kenyataan tanpa sumpah Tertuduh

tentang perkara ini tidak dapat dipercayai sama sekali.

[32] Kenyataan tanpa sumpah Tertuduh dan profil DNA membuktikan

berlaku hubungan seksual d antara Tertuduh dan si mati.

Bagaimanapun saya tidak mempercayai kenyataan Tertuduh bahawa

hubungan seksual tersebut berlaku secara sukarela dan tidak terdapat

unsur (sic) keganasan. Dalam hal ini saya juga pertimbangkan

keterangan SP6 tentang beliau ternampak getah ikat rambut kepunyaan

si mati bersama sebelah kasut si mati dan kesan darah yang agak

banyak pada barang-barang peribadi si mati. Keterangan ini juga tidak

pernah dicabar melalui pemeriksaan balas ke atas SP6. Keterangan ini

menunjukkan terdapat perlakuan yang ganas terhadap si mati

berdasarkan kehadiran darah yang banyak tersebut dan kenyataan

Tertuduh bahawa hubungan seks yang berlaku di antara dia dan si mati

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

19

secara sukarela tidak dapat dipercayai apabila dipertimbangkan

bersama keterangan ini. Sayugia diingat, penemuan barang-barang

peribadi si mati yang berdarah ini berlaku tidak lama selepas si mati

hilang dari pandangan SP6. Saya tidak pertimbangkan perkara ini

semasa memutuskan kes pendakwaan kerana pada masa itu saya

dapati pihak pendakwa gagal membuktikan Tertuduh adalah satu-

satunya orang yang terlibat. Keterangan tersebut menjadi berkaitan

sekarang bagi mempertimbangkan benar atau tidak kenyataan tanpa

sumpah Tertuduh bahawa dia telah melakukan hubungan seksual

secara sukarela dengan si mati. Keterangan ini menunjukkan

kenyataan tanpa sumpah Tertuduh tidak dapat dipercayai.”.

[33] Kami ingin menambah, dapatan hakim bicara adalah disokong

dengan keterangan yang telah diberikan oleh SP4 yang menyatakan

bahawa terdapat kecederaan terhadap kemaluan dan dubur si mati

selain terdapat kesan air mani perayu serta krim rambut pada kemaluan

dan dubur si mati. Kesan-kesan kecederaan ini dan kehadiran krim

rambut yang digunakan sebagai pelincir sekaligus menolak dakwaan

perayu bahawa hubungan seksual dilakukan secara sukarela.

Keterangan material SP4 mengenai perkara ini dapat dilihat seperti

berikut:

(i) “A : Hasil pemeriksaan luaran, saya dapati kaku mayat telah

terbentuk dengan sepenuhnya dan ada bahan berlendir

yang pekat, putih seperti krim di bahagian kemaluan dan

dubur mayat. Saya dapati ada sehelai rambut hitam

yang berketak yang berada di atas bahagian abdomen

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

20

mayat.” (m/s 55 RR Jld. 2A);

(ii) “17. Ada kesan lebam dan melecet di bahagian belakang

selaput dara dan bibir kecil kemaluan sebelah kanan.

18. Ada luka koyak kecil di bahagian belakang dubur.” (m/s

56 RR Jld.2A);

(iii) “A : Untuk nombor 6, merujuk pendapat saya kecederaan-

kecederaan yang saya lihat di bahagian kemaluan dan

di dubur adalah bersifat berlaku ketika si mati masih

hidup. Untuk nombor 7 pendapat saya kemungkinan

bahan putih berkrim yang terdapat di kemaluan dan di

dubur berkemungkinan satu bahan pelincir.” (m/s 60 RR

Jld. 2A).”

[34] SP4 seterusnya memberikan pendapat beliau bahawa si mati telah

ditikam menggunakan pisau ketika berada dalam keadaan terbaring.

[35] Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa hakim bicara telah

terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa si mati yang telah mengajak

SP6 untuk berjoging pada hari kejadian. Kami telah meneliti Rekod

Rayuan dan mendapati keterangan yang tidak dicabar menunjukkan

sebenarnya SP6 yang telah bersungguh-sungguh mengajak si mati

untuk pergi berjoging dan bukan sebaliknya (m/s 84 RR Jld.2A).

Kekhilafan ini pada pandangan kami bukanlah merupakan satu

kekhilafan yang mewajarkan rayuan dibenarkan.

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

21

[36] Hakim bicara turut mempertimbangkan aspek keterangan yang

berkaitan dengan kereta Naza Ria hitam bercermin gelap dan tindakan

perayu melarikan diri ke Australia sebagai keterangan mengikut

keadaan yang boleh menyokong sabitan terhadap perayu. Dapatan dan

keputusan hakim bicara dapat dilihat di m/s 37 – 39 RR Jld.1, seperti

berikut:

“[34] Didalam mempertimbangkan perkara tersebut saya perlu

menyentuh kedudukan kes prima facie dan keterangan yang

dikemukakan oleh pihak pendakwa. Pada asasnya keterangan yang

dikemukakan oleh pihak pendakwaan sebenarnya keterangan mengikut

keadaan. Secara intipatinya terdapat tiga aspek di dalam keterangan

mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa untuk

membuktikan kes terhadap Tertuduh iaitu terdapatnya kereta Naza

berwarna hitam yang digunakan, terdapat hubungan seksual yang

berlaku dengan si mati secara kekerasan dan akhirnya tingkah laku

Tertuduh melarikan diri ke Australia tidak lama selepas dia dipanggil

untuk tujuan siasatan. Keterangan mengikut keadaan ini termasuklah

keterangan profil DNA. Saya mendapati keterangan ini tidak

mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membuat perintah supaya Tertuduh

membela diri, yang menunjukkan bahawa Mahkamah Rayuan telah

mendapati keterangan ini telah membuktikan satu kes prima facie

terhadap Tertuduh.

[35] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah membuat peruntukkan

mengenai tugas Mahkamah untuk mempertimbangkan keseluruhan

keterangan yang dikemukakan sebelum membuat keputusan

muktamad pada akhir sesuatu perbicaraan. Bagaimanapun, dengan

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

22

latar belakang di atas, saya perlu mengingatkan diri saya bahawa

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa pihak pendakwa

telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh pada

akhir kes pendakwaan. Seperti yang difahami dari keputusan kes-kes

PP V. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Balachandran v

Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 dan Lee Kwan Who v. PP [2009] 5

MLJ 301, Mahkamah Rayuan semestinya telah mempertimbangkan

keseluruhan keterangan tersebut dengan pertimbangan yang maksima

dan pembelaan perlu mengemukakan keterangan yang boleh

menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes prima facie

tersebut ke atas ketiga-tiga keterangan mengikut keadaan yang

dikemukakan pihak pendakwa.

[36] Saya telah membuat penilaian secara berhati-hati ke atas

pembelaan Tertuduh melalui kenyataan tanpa sumpah beliau dan

mempertimbangkannya bersama-sama keterangan yang dikemukakan

oleh pihak pendakwa. Berasaskan pertimbangan sedemikian saya

dapati pembelaan tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang

munasabah ke atas kes pendakwaan ke atas ketiga-tiga aspek yang

menjadi asas kes prima facie tersebut.

[37] Berasaskan keseluruhan keterangan yang dikemukakan saya

dapati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes terhadap

Tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan

melampaui keraguan yang munasabah dan dengan yang demikian

saya mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan

tersebut.”.

[37] Kami telah meneliti keseluruhan keterangan dan berpendapat

bahawa hakim bicara adalah betul dalam mensabitkan perayu

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

23

berdasarkan kepada keterangan mengikut keadaan yang terdapat

dalam kes ini. Keterangan mengikut keadaan tersebut hanya menjurus

kepada satu kesimpulan iaitu perayu adalah orang yang

bertanggungjawab menyebabkan kematian si mati (Farose Tamure

Mohamad Khan v. PP & Other Appeals [2016] 9 CLJ 769; Jitweer

Singh Ojagar Singh v. PP [2016] 1 LNS 784; Hasyim Rahman v. PP

[2016] 1 LNS 506; Hanif Mohamad Ali v. PP [2016] 7 CLJ 487).

Kesimpulan [38] Berdasarkan alasan-alasan yang dihuraikan di atas, kami dengan

sebulat suara mendapati bahawa rayuan perayu tidak bermerit. Sabitan

terhadap perayu oleh hakim bicara adalah selamat. Oleh itu, rayuan

perayu terhadap sabitan ditolak. Kami mengekalkan sabitan dan

hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas perayu.

Bertarikh: 7 Februari 2017 t.t

(KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI …M)-220-08-2015C.pdftelah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar

MRJ NO:K-05(M)-220-08/2015

24

Peguam Cara Bagi Pihak Perayu: Shamsul Bin Sulaiman Tetuan Shamsul Sulaiman No. 4, Jalan P16D, Presint 16 62150 Putrajaya Bagi Pihak Responden: Hamdan Bin Hamzah Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya.